OLEH : NUR DAEYA
Asyik sungguh Nur Adriana meneliti dompet Zeril Iskandar yang agak tebal itu. Maklumlah, orang kaya seperti Zeril Iskandar ni memang kena berdompet tebal. Kalau tak ada duit banyak bukan orang kaya maknanya!
Tergelak kecil Nur Adriana
apabila menatap kad pengenalan yang diletakkan pada poket kecil dompet
itu.Tangisan yang berlagu tadi segera ditepis dan wajahnya kembali seperti
asal.Kelakar gilermuka Zeril Iskandar
ketika ini.Mesti pihak Jabatan Pendaftaran Negara bengang bila tengok muka
Zeril yang masam tak tersenyum ini.Mungkin dia tak suka bergambar kut.Kalau tak
suka bergambar, kenapa mesti ada gambar dia kat tv10 hari tu?Tapi muka dia kat
tv10 masam jugak.Ish..ish..memang lelaki ni tak suka bergambar betullah!
Diperhatikan pula poket
yang berisi duit. Wow, memang banyak betul seratus ringgit Malaysia! Kalau dia
ada duit sebegini banyak, memang shopping sakanlah dia macam dulu!
Ada baiknya dia
pulangkan dompet ini semula pada Zeril Iskandar.Manalah tahu, pihak hospital
inginkan salinan kad pengenalan Zeril Iskandar untuk dibuat rujukan. Hari tu
dia terlupa untuk serahkan kepada nurse di
kaunter lobi utama. Macam mana dia nak
pulangkan balik jika kemarahan Datin Zafiah masih membara terhadapnya?
Terang dan jelas ditalian semalam bahawa Datin Zafiah tidak suka anaknya berada
dibawah penjagaannya.
Dia perlukan seseorang
untuk membantunya memulangkan semula dompet ini tetapi siapa yang boleh tolong
dia ye? Nak suruh dia pulangkan,dia memang tidak mampu.
Siapa ye?Hmm…fikirnya.
Beberapa minit
berfikir, dia teringat sesuatu.Kawan baiknya, Adibah dan Noreyn. Mereka orang
yang sesuai untuk memulangkan dompet Zeril Iskandar!
‘Baik aku jumpa mereka
sekarang.’katanya sendiri.Dia bangkit dari katil.Beg dompet Zeril Iskandar
dimasukkan semula ke dalam beg sandangnya. Kunci bilik dibawa bersama. Takut
dua beranak kat bawah tu akan menyelinap masuk ke dalam bilik dia dan
menyelongkar barang peribadinya.Ditinggalkan wajah sedih dan kesuraman yang
melanda dirinya tadi.Dia bangun dengan senyuman yang lebar.Nur Adriana ialah
perempuan kuat.Tak perlu menangis sebab Wan Zubair. Ramai lagi lelaki luar kat
sana. So, Nur Adriana…don’t worry, be happy!
****
Sewaktu dia keluar dari
bilik, dia memerhatikan ibu tirinya dan Farah sedang enak dibuai mimpi diatas
sofa.Haii..dah takde bilik ke diaorang ni sampai nak tidur kat ruang
tamu?Dahlah pintu depan tak tertutup.
Patutlah Wan Zubair senang-senang masuk
rumah ni sampai naik ke bilik dia! Kan semua pasal dia dan perempuan sundal Wan
Zubair dah tahu, tak pasal-pasal Wan Zubair tak suka dengan sikap dia.
Ayah pun tak
balik-balik lagi dari dewan muafakat tu. Busy sangat ke ayah kat sana sampai
kena duduk lama sangat kat sana? Dia kat sini rasa lonely sangat.Kalau ayah
ada, bolehlah dia bergurau senda dengan ayah.Ini tidak, duduk sini bercakaran
pulak dengan perempuan sundal tu.Hesy…ingat dia suka ke berlawan kata dengan
perempuan tu?Tak suka tau.Menghabiskan air liur aje berlawan kata dengan
perempuan tak guna tu.Apa yang dia dapat.Tarik rambut lagi adalah.
Pintu biliknya ditarik
perlahan-lahan supaya mereka tidak dengar pintunya dibuka.Dia mahu keluar dari
rumah ini dengan senyap.Namun bila difikir kembali ada eloknya dia menyedarkan
mereka berdua dari tidur diatas sofa itu.Biar diaorang terkejut.
Pintu yang ditarik tadi
dikuak lebar kemudian dihempas dengan kasar.Bunyi dentuman pintu itu ternyata
memeranjatkan mereka anak beranak.Segera mereka bangun dengan reaksi
terperanjat.
Nur Adriana sudah
ketawa terkekeh-kekeh. Bestnya dapat kenakan dua beranak tu!Biliknya dikunci
dengan senang hati.
Puan Farzana
membeliakkan mata.Dia berdiri dengan tangan memegang dada yang dirasakan
berdegup pantas.Farah pula tercungap-cungap nafasnya.Bagaikan orang yang lemas
didalam air.
“Woi setan! Aku nak
tidur dengan anak aku kat sini.Yang kau hempas pintu tu apesal? Dah takde kerja
lain nak buat ke?”jerit Puan Frazana kuat. Orang nak tidur pun tak senang!
Pelik jugak dia dengan
perempuan ni. Tak terkesan dalam hati ke bila Wan Zubair tak suka dengan sikap
dia?
“Like I care…”ejek Nur Adriana sambil tangannya mengerakkan kunci
biliknya. Dia turun ke bawah tanpa perlu rasa bimbang.
“Kau memang nak kena
dengan aku kan?Tak puas lagi dengan apa yang dah jadi pada kau tadi?”sambungnya
lagi. Kali ini nada suaranya lebih kuat.Farah meminta ibu bersambar namun dia
tidak pedulikan.Apabila berhadapan dengan bekas banduan ini sahaja, mulutnya
memang tak boleh tutup.Ada sahaja balasan jawapan darinya.
Nur Adriana melemparkan
pandangan ke tempat lain. Malas dia mahu menjawab persoalan ‘kasar’ ibu tirinya.Lebih
baik dia keluar sekarang. Biar jelah perempuan tu nak membentak, nak bertempik
depan dia, dia malas nak mendengar. Fokusnya sekarang, hanya bertemu Adibah dan
Noreyn.
Pintu depan yang sudah
sedia terbuka memberinya peluang untuk keluar dengan senang hati. Ya Allah!
Terima kasih kerana sudi mempercepatkan langkahku.
Puan Farzana mengetap
bibir bengang. Dia kat sini tercongok menanti jawapan bekas perempuan banduan
itu, perempuan tu pulak senang-senang keluar tanpa menjawab persoalannya,
memang hatinya panaslah!
“Huh! Kau tak jawab
soalan aku kan? Selamba badak kau aje kan keluar sampai muka aku langsung tak
nak pandang. Nak kau ambik ni!”Bantal yang dia baring tadi diangkat dengan
kasar lalu dilemparkan ke kepala Nur Adriana.
Terjerit kesakitan Nur
Adriana apabila sampai di pintu depan.Bantal yang dilempar ke arahnya sudah
jatuh ke bawah lantai.Diambil dengan berbuku-buku perasaan geram dan
bengangnya. Ada ke dia baling bantal kat aku?Ini memang kena balas balik ni!
Bantal itu kembalikan
semula kepada tuannya.Bukan cara lembut dia membalas tetapi dengan cara yang
cukup kasar.Mengerang kesakitan Puan Farzana yang berdiri didepan sofa
itu.Farah berdiri dan menenangkan ibunya.
“Tata!” Nur Adriana
mengangkat tangan lalu digerakkan dengan manja. Senangnya hati dapat kenakan
diaorang!!Selipar dicapai lalu dia bergerak dengan lenggok seakan-akan catwalk diatas pentas.
***
“Eh, ayah!” Kedatangan
ayah di lorong jalan ke rumah Noreyn dan Adibah mengembirakan hatinya.Ahmad
Jamil yang melihat anaknya berjalan kaki keseorangan tanpa ditemani sesiapa
memberhentikan motornya.
“Anak ayah nak pergi
mana ni?Sorang-sorang aje jalan.Ibu tahu tak yang Adriana nak keluar ni?”tanya
Ahmad Jamil. Dia takut jiran-jiran kawasan perumahan ini akan melihat anaknya
yang baru keluar dari penjara ini. Meskipun mereka semua tidak tahu, pasti
mereka akan bertanya juga ke mana Nur Adriana menghilang selama enam bulan ini.
Segelintir penduduk kampung disini mengenali Nur Adriana sebagai perempuan yang
pandai bersilat.Kebanyakan anak muda yang tinggal dikampung ini mempelajari
ilmu silat.
“Adriana nak pergi
jumpa Adibah dengan Noreyn. Dah lama tak bersua muka dengan diaorang. Rasa
rindu pulak.”jawab Nur Adriana sambil tersengih-sengih.
Cahaya yang menyinar
menandakan sudah masuk waktu tengah hari.Ahmad Jamil perlu plang ke rumah
segera.Badannya sudah melekit terkena peluh yang merenik di badan.Kuih talam
buatan isterinya sudah habis dimakan di dewan muafakat sebentar tadi.Tak sangka
dia kena turut serta mengagihkan kuih-muih di dewan itu.Ramai jugak yang
hadir.Penat tangannya meletakkan satu persatu kuih di dalam pinggan plastik
untuk orang ramai di dewan muafakat itu.
“Nak jumpa Adibah
dengan Noreyn? Bukan ke diorang kerja hari ini?”
Nur Adriana menepuk
dahi.Lupa pulak dia yang Adibah dengan Noreyn kerja hari ini. Salah dia jugak
sebab main keluar aje dari bilik tadi sampai lupa hari ni hari bekerja.
“Sorry, ayah. Adriana
lupa. Hmm…tak dapatlah Adriana nak jumpa diaorang.”keluhnya. Sememangnya dia
terlalu rindukan dua kawan baik yang sentiasa menyokongnya dari belakang.
“Marilah, naik motor
dengan ayah. Kita balik. Dah masuk tengah hari ni. Petang nanti kamu jumpalah
diorang tu.”ajak Ahmad Jamil.
“Tak naklah,ayah.
Adriana nak ronda-ronda sekitar kawasan jap. Bosanlah duduk rumah.”
“Kalau macam tu cakap
kamu, ayah tak boleh nak paksa. Ayah balik dulu ye.Jangan meronda jauh
sangat.Kamu tu jalan kaki je bukannya naik kereta.
Ahmad Jamil sudah start
kan enjin. Bunyi deruman motor itu kedengaran. Dicampur sekali asap yang
berhembus keluar dari lubang eksos. Mahu bertolak pulang ke rumah namun ditegah
Nur Adriana.
“Ayah, mana kereta
Adriana? Adriana nampak kat parking tadi tak ada pun. Fida pakai ke?”
Ahmad Jamil
termangu.Dia lupa untuk khabarkan pada anaknya yang Fida telah membawa Myvi
seawal pagi tadi.
“Ayah minta maaf sebab
lupa nak cakap pada kamu pagi tadi. Fida nak pergi kilang naik bas.Ayah tak
kasi. Ayah cakap kereta kak Adriana kamu kan ada jadi ayah bagi ajelah. Lagipun
ayah tak nak Fida kena marah dengan bos dia sebab datang lambat.”
Nur Adriana mendengus
geram. Ayah pun satu! Main bagi aje Fida tu guna kereta dia. Mana boleh! Ingat
minyak kereta tu seposen per liter ke?jawabnya dalam hati.
“Lain kali ayah bagilah
tahu Adriana dulu. Adriana tak sukalah adik-adik pinjam. Adriana bukannya kerja
lagi.”rungutnya dengan mulut memuncung didepan.
Ahmad Jamil tergelak
kecil. “Ala, anak ayah ni. Kamu maafkan ajelah Fida tu.Dia guna sebab terdesak.
Adriana jangan marahkan dia. Adik kamu jugak kan?”pujuk Ahmad Jamil. Dia tahu
anaknya cerewet bab pinjam-meminjam ni.
Muncung Nur Adriana
sedepa.Maunya dia tak marah kalau ada orang ambik barang dia tanpa izin.Kereta
tu bukannya beli pakai daun. Pakai duit tau!
“Yalah…yalah. Adriana
maafkan.” Muncungnya ditarik kembali.Dia melebarkan senyuman. “Ayah baliklah
dulu. Adriana gi ronda-ronda jap. Petang nanti Adriana balik.”ujarnya sebelum
dia menepuk lembut bahu ayahnya.
Ahmad Jamil
mengangguk.Senang dengan jawapan yang diberikan anaknya.Dia terus bergerak
meninggalkan anaknya disitu.
Nur Adriana memandang
pemergian ayahnya dengan dengusan nafas yang kasar.Mujur Fida sokong dia
semalam. Kalau tidak, sekelumit maaf pun tak akan meniti dibibirnya!
***
Di hospital, Wan Zubair
menunjukkan riak wajah yang tegang.Masuk sahaja di lobi utama wad kecemasan,
dia langsung tidak mengukirkan senyuman kepada Fatyn dan Nur Aisyah.Terus dia
berlalu pergi ke bilik yang menempatkan Zeril Iskandar.Dia tidak mahu beramah
mesra dengan pelawat yang datang.Dia mahu memenangkan fikirannya yang kini
sedang kacau-bilau.
Pintu bilik Zeril Iskandar
dibuka dengan kasar. Wan Zubair masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
Zeril Iskandar dan
Datin Zafiah terperanjat besar tatkala pintu dikuak secara kasar.
“Kau kenapa main redah
aje bilik ni tanpa ketuk pintu?Takde hormat ke? Kau nak bagi aku sakit jantung
ke hah?”marah Zeril Iskandar. Jantung yang berdegup secara normal kini kembali
kencang.Dadanya dipegang kemudian nafasnya dihembus perlahan.
“Aah, doktor Wan. Lain
kali kalau nak masuk ketuklah pintu dulu. Ini tidak, main redah aje.Apa yang tak
kena?”celah Datin Zafiah dengan matanya menoleh
kearah doktor Wan Zubair yang muram itu.
Wan Zubair tanpa
berkata apa-apa terus menunduk hormat dan berdiri tegak semula. Salahnya juga
kerana merempuh masuk ke dalam bilik Zeril Iskandar dengan cara yang agak
kasar.Zeril Iskandar dan Datin Zafiah menjadi pelik dengan kelakuan doktor
lelaki ini.
Kepalanya buntu teramat
sangat pagi ini.Putus tunang yang diucapkan Nur Adriana memeritkan
hatinya.Adakah terlalu kasar percakapannya pada Nur Adriana sebentar tadi
sehingga Nur Adriana sanggup menuturkan perkataan putus itu?
“Awak okey ke doktor
Wan Zubair? Pelik saya tengok awak ni.”ujar Datin Zafiah. Pagi tadi, wajah
doktor lelaki ini ceria dengan senyuman , bila datang sini buat kali kedua dia
nampak keceriaan itu sudah hilang. Bergaduh dengan teman wanita ke?gumamnya
sendiri.
“Saya baik-baik aje,
Datin Zafiah. Nothing to worry.”Senyuman
terpaksa diukirkan pada Datin Zafiah.Dia terpaksa berbuat demikian kerana mahu
menjaga hubungan baiknya dengan Datin Zafiah.Dia mahu menjaga tatasusila
sebagai seorang doktor yang disegani dan murah dengan senyuman.
“Maaf sebab masuk tanpa
ketuk pintu. Saya ada hal kat luar tadi. Itu yang lambat sikit.”sambungnya.
Datin Zafiah mengangguk
faham.
Zeril Iskandar
memandang hairan doktor lelaki ini. Doktor ni ada jumpa Nur Adriana ke tadi
sampai muka berubah muram begitu sekali? Bergaduh ke mereka tadi?soalnya dalam
hati.
Wan Zubair merenung
Zeril Iskandar yang sedang memandangnya. Dia tahu Zeril Iskandar tidak berpuas
hati dengan jawapan yang diberinya. Tapi apa boleh buat. Rahsia
“Zeril Iskandar, awak
dah maklumkan kepada Datin mengenai pembedahan yang telah awak persetujui
tadi?”
Zeril Iskandar
mengerutkan dahi. Aik?Tetiba cakap sopan ni, mesti dia takut dengan mama ni.gumamnya.
“Dah!”ujarnya sepatah.
Matanya masih merenung tajam wajah Wan Zubair sehingga doktor lelaki itu berasa
gelisah.
“Saya bersyukur sangat
sebab Zeril Iskandar setuju lakukan pembedahan ini. Terima kasih sekali lagi,
doktor Wan.”sampuk Datin Zafiah. Dia menjinjit beg tangannya hingga ke paras
lengan. Selepas ini, dia mahu beredar.Ada kerja yang perlu
dilaksanakan.Persetujuan daripada Zeril Iskandar sebentar tadi melegakan
dirinya.
“Sama-sama. Pihak
hospital akan lakukan pembedahan selewat-lewatnya esok pagi. Jadi saya berharap
Datin akan datang ke sini untuk menemani Zeril Iskandar sepanjang pembedahan
itu.”balas Wan Zubair.
“Semestinya saya akan
menemani anak saya.”jawab Datin Zafiah dengan senyuman. “Baiklah, saya dah tahu
keputusan daripada Zeril, saya rasa ada baiknya saya beredar dulu. Ada hal
diluar.”Datin Zafiah memberi kata putus. Dia tidak boleh berlama disini.Madz
Hazrul sudah menunggunya didalam kereta.
“Mama pergi dulu ye.
Jaga diri.”pesan Datin Zafiah sambil mencium dahi Zeril Iskandar dan menyentuh
lembut rambut anaknya. Zeril Iskandar akur dan membiarkan mama pergi.
Wan Zubair memberi
sedikit ruang kepada Datin Zafiah untuk keluar. Dengan hormat, dia menunduk
sebelum Datin Zafiah meninggalkannya dan Zeril Iskandar.
Sesudah Datin Zafiah
keluar, Zeril Iskandar kembali merenung tepat wajah doktor lelaki ini.Ada
sesuatu yang perlu diperkatakan.
“Mama aku dah pergi.
So, aku ada peluang nak cakap dengan kau sekarang.”
“Kau nak cakap
apa?”Wajah Wan Zubair berubah kelat. Zeril Iskandar boleh rasa ke apa yang sedang
berlaku diantara dia dan Nur Adriana tadi?
“Mungkin aku tak tahu
apa yang terbuku didalam hati kau sekarang ni tapi aku tahu kau ada sembunyikan
sesuatu. Dari pandangan mata aku, aku dapat rasakan kau ada masalah besar.
Walaupun kau tak nak cakap, aku dapat rasakan yang kau ada masalah.”kata Zeril
Iskandar dengan berterus-terang.
“Kau merepek apa ni?
Aku takde masalahlah. Kau memandai aje.”jawab Wan Zubair tidak puas hati. Kan
betul apa yang difikirkan seketika tadi. Zeril Iskandar memang pandai menelaah
masalah manusia!
“Apa kau nak
sebenarnya? Cuba cakap terus-terang! Aku tak ada msa nak bersoal jawab dengan
kau. Banyak kerja menanti aku kat luar sana.”sambungnya lagi.
“Aku nak mintak sesuatu
daripada kau sebelum aku buat pembedahan esok.”
“Permintaan? Permintaan
apa?”Wan Zubair sudah gelabah. Ada-ada aje Zeril Iskandar ni!
Zeril Iskandar
tersenyum sinis.Permintaannya bukan mudah.Hanya Wan zubair yang dapat
merealisasikannya. Hanya Wan Zubair seorang sahaja!
BERSAMBUNG... ;)
smbng lgi.. cemuih dngan mak tiri heroin.. huhu
ReplyDeletemaaf yerw..tp knapa yerw xleh bca yg seterusnye...
ReplyDeletexsbar nk baca smbungan dia ni..hehhe