OLEH : LELA VANILA
MENYESAL.Perasaan
kesal menyelubungi dirinya.Keluhan kecil terbit dibibir Tengku Danial.Farisya
masih gagal dihubungi.Telefon bimbit I-phone 5 miliknya dipandang
berkali-kali.Kereta Mazda RX-8 diberhentikan di tepi jalan.Tengku Danial keluar
dari perut kereta dan cuba mencari kelibat Farisya yang sekelip mata sahaja
sudah menghilangkan diri.Belum sempat dia meminta maaf Farisya sudah pergi
meninggalkan perkarangan rumah Nenda.Penyesalan mula kuasai diri.Tidak dia
sangka Farisya begitu marah dengannya kerana benda yang kecil.Berkali-kali dia
cuba menghubungi Farisya tetapi tetap tiada jawapan.
“Arghh!”Tengku
Danial mengosok rambutnya kasar dengan sebelah tangannya lagi diletakkan
dipinggangnya.Kepalanya kusut.Dia tidak tahu kemana harus mencari Farisya
memandangkan rumahnya juga Tengku Danial tidak ketahui.Dia memusingkan badannya
kekanan kemudian beralih kekiri.Mana tahu kalau-kalau kelibat Farisya ada
dimana-mana tetapi tetap hampa.Tengku Danial mendengus.
“Farisya
mana kau pergi ni”
Tengku Danial menyandarkan tubuhnya ditepi
kereta.Orang yang lalu lalang dipandang sepi.Difikirannya hanya Farisya.Dia
pasti Farisya mesti marah gila dengannya atas apa yang berlaku.Sekali lagi
nombor telefon Farisya dihubungi.Hanya kedengaran operator wanita yang menyahut panggilannya daripada
tadi.Badannya dipusingkan menghadap kereta.Dengusan kasar dilepaskan.
“Arrhh
..Lantak kaulah”
Bumbung
kereta diketuk kuat.Semua yang melintas hanya memandang Tengku Danial dari
pandangan jauh.Tengku Danial meraup mukanya kasar.Pintu kereta dibuka.Sebelum
masuk kedalam perut kereta sempat Tengku Danial menjenggahkan kepalanya mencari
kelibat Farisya tetapi tetap tiada.Tengku Danial menghidupkan enjin
keretanya.Stering kereta dipegang kuat sebelum diketuknya berkali-kali.Gear
dimasukkan dan sekelip mata sahaja keretanya sudah berada ditengah-tengah jalan
raya besar yang sesak dengan pelbagai pacuan beroda.
*************************
“Farisya
masuk kebilik saya sekarang.”Arah Tengku Danial tegas didalam
interkomnya.Farisya tersentak.Dia memandang sepi interkom yang sudah kembali
senyap.Dengan malas dia mengapai buku kerjanya kemudian bangun menuju ke bilik
Tengku Danial.
“Masuk”Kedengaran
suara Tengku Danial menyahut ketukan biliknya dari arah luar.Perlahan Farisya
memulas tombol pintu bilik Tengku Danial.Dia menapak masuk.
“Ada
apa Tengku panggil saya?”Soal Farisya lagak seperti biasa.Pandangannya
ditumpukan pada buku yang dibawanya.Tiada hati mahu melihat wajah
majikannya.Kemarahannya masih belum hilang sejak peristiwa kelmarin.Soalan Farisya
dibiar sepi.Kening Farisya terjongket.Pelik dengan kelakuan Tengku Danial yang
tiba-tiba menyepi.Kepalanya didonggakkan.
“Oh mak kau!”Latah Farisya yang terkejut
dengan kehadiran Tengku Danial yang tiba-tiba sudah berada betul-betul
dihadapannya.Farisya menapak kebelakang.
“Tengku!Terkejut
saya”marah Farisya.Dadanya diurut.Mahu gugur jantung dia sebab terkejut yang
teramat sangat.Kening Tengku Danial terangkat.
‘TENGKU?’Farisya
memanggilnya ‘Tengku’ adakah dia tersilap dengar.Telinganya digosok.Farisya
sudah merubah panggilannya.Adakah Farisya masih marah dengannya selepas
seminggu perkara itu berlalu.Fikirnya Farisya sudah memaafkannya selepas diberi
cuti selama tiga hari tanda dia menebus kesalahannya yang telah membatalkan
cuti Farisya dan telah mempermainkannya.Tetapi nampaknya hati gadis seperti
Farisya sukar dipujuk.Keras seperti batu.Tengku Danial senyum sebaris sebelum
menyandarkan punggungnya dihadapan meja yang mengadap Farisya.
“Awak masih marahkan saya ke Farisya?”Soal
Tengku Danial lembut.Dia berpeluk tubuh.Farisya mengalihkan pandangannya
ketempat lain.Soalan Tengku Danial dibiarkan tanpa jawapan.Dia tidak menggeleng
mahupun mengangguk,menyahut apatah lagi.
“Jujur
dengan saya,awak masih marahkan saya ke?Bukan ke saya dah minta maaf dengan
awak.”
Tengku
Danial merenung Farisya yang diam kaku didepannya.Lama.Tengku Danial memangku
dagunya pula.
“Farisya
saya cakap dengan awak ni.Awak masih..”
“Kalau
Tengku tiada apa-apa lagi nak cakap saya nak minta diri dulu.Banyak lagi kerja
yang saya perlu lakukan.”
Farisya
yang lama menyepi mula bersuara memotong percakapan Tengku Danial.Tengku Danial
yang mati kutu untuk berkata hanya mengeleng.Dia tahu Farisya masih ada
perasaan marah padanya.Dia kata apa pun Farisya tetap dengan pendiriannya.Lebih
baik dia ikutkan sahaja rentak Farisya.Penat sudah dia memujuk.Berpuluh-puluh
mesej dihantar satu pun tidak dijawab mengatakan yang dia sudah memaafkannya.
“Saya
keluar dulu”
Farisya
melangkah menuju kepintu.Dia pergi selepas menerima kebenaran Tengku Danial.Farisya
berlalu.Sedikit pun dia tidak menoleh.Tengku Danial hanya memerhati.Dia tiada
idea lagi untuk memujuk Farisya.Akhirnya keluhan berat terbit dibibirnya.Dia
memang lelaki yang lemah terhadap wanita.Dia menekup wajahnya kemudian mengusap
rambutnya kebelakang.
“Aku
mesti cari cara agar budak kampung tu maafkan aku”Bisiknya.
Tengku
Danial kembali ketempat duduknya.Pen yang berada diatas meja digapai kemudian
diketuk berkali-kali.Farisya yang berada diluar biliknya dipandang.Satu
senyuman terukir dibibir apabila idea mula menerjah akalnya.
“Mesti
menjadi punya”gumam Tengku Danial.Pen dihentikan ketukannya.
***************************
“Farisya
bunga untuk kau.”
Maisara
menghulurkan sejambak bunga Ros berwarna merah kepada Farisya.Dia tersenyum
lebar.Farisya yang kebinggungan hanya menyambut huluran Maisara tanpa banyak
soal.
“Kelas
kau jah..Dapat bunga pagi-pagi lagi.Cemburu aku”sambung Maisara sambil mencuit
bahu Farisya.Farisya tersenyum sengget.
“Siapa
bagi?”soal Farisya hairan.Maisara hanya menjongketkan bahunya.
“Tak
tahu aku.Ada mamat mana entah hantar bunga ni tadi.Dia suruh aku bagikan dekat
kau.Aku ambil ajelah.”Balas Maisara lincah sambil membelek-belek bunga yang
sudah berada dipegangan Farisya.Kad yang
diselitkan ditepi bunga diambil Farisya sebelum membaca isi kandungannya.Kening
Farisya terangkat.
“Siapa?”Soal
Maisara sibuk.Dia menjengah-jengah melihat apa yang tertulis didalam kad
tersebut.Farisya mengelak.
“Tak
perlulah kau tahu siapa yang bagi..Biarlah rahsia”Dalih Farisya tersenyum
sumbing.Maisara mencebik.
“Dengan
aku pun kedekut”Maisara memandang ketempat lain.Merajuk.Farisya tersenyum
sebelum memegang tangan Maisara.
“Terima
kasih ye..”
Farisya
tersenyum manis sebelum melambaikan tangannya kepada Maisara agar meninggalkan
dia sendirian.Maisara menjuihkan bibirnya.
“Sama-sama”Balas
Maisara.Dia menghentakkan kakinya tanda protes.Farisya mengelengkan
kepalanya.Perangai macam budak-budak.Gumam Farisya.
Beza
umur Maisara dengan Farisya hanyalah dua tahun dan itu memudahkan dia bergaul
rapat dengan Maisara.Mulutnya yang lincah ketika berkata membuatkan Farisya
selesa berkawan dengannya kerana bagi Farisya mereka serupa.Mudah mesra.Selain
Norita,Maisara merupakan salah seorang rakan baiknya didalam T&S HOLDING.
“Orang
pagi-pagi dah dapat bunga.Aku jek yang melepas.Apa yang aku dapat?Habuk pun tak
ada”rungut Maisara sambil melangkah kemejanya.Farisya hanya ketawa kecil
mendengar rungutan Maisara.
Kini
wajah Farisya kembali serius.Bunga yang sudah diletakkan diatas mejanya
dipandang tanpa minat.Dia memang gadis yang tidak sukakan pada bunga.Dia juga
bukan gadis yang mudah tergoda dengan kata-kata manis lelaki.Kad yang terletak
bersama bunga diambilnya lagi.Kandungannya dibaca berulang kali.
~I’m so
sorry about that.Plez forgive me.~
Tengku
Danial
‘I’m
sorry about that’perkataan itu disebut semula oleh Farisya dengan gaya
meluat.Farisya mencebik.Kad yang dipegangnya dicampak kasar diatas meja.Dia
menoleh memandang bilik Tengku Danial.
‘Ingat
senang ke nak minta maaf dengan aku’Desis Farisya.Dia tersenyum sumbing sebelum
berdiri menuju ke meja Maisara.Bunga itu dibawa bersama.
“Mai!”
“woi!Apahal?”
Maisara
yang sedang mencari Fail dibelakang mejanya menoleh.Terkejut dengan panggilan
Farisya yang tiba-tiba datang menerjah.
“Untuk
kau”
Farisya
meletakkan bunga itu dia atas meja Maisara.Maisara terlopong.Rambutnya yang
tidak gatal digaru.Wajah Farisya dipandang pelik.
“Apasal
ni”Maisara merapati mejanya.Bunga yang sudah berada diatas mejanya diambil
sebelum dipulangkan balik kepada Farisya.
“Alah..Ambil
aje lah.Aku bagi kau.Lagipun aku tak suka bunga.Kau ambil ea..”Farisya menolak
bunga itu semula.
“Tapi
kenapa?”
“Adoi..Banyak
tanyalah kau ni.Kau nak ke tak nak bunga ni?Kalau kau tak nak aku campak dalam
tong sampah”
Farisya
sudah beragak-agak mahu mengambil semula bunga tersebut dan ingin berlalu ke
Pantri.Maisara yang kalut mengejar Farisya.
“Okey.Okey.Aku
ambil bunga ni.”
Pantas
bunga beralih tangan.Maisara mengendong bunga itu seperti anaknya.Dia tersenyum
lebar.
“Orang
kata rezeki jangan ditolak,Musuh jangan dicari”Sambung Maisara sebelum berlalu
pergi.Farisya mengelengkan kepalanya.Dia tahu Maisara pasti tidak akan tolak
pemberiannya.Lebih-lebih lagi benda yang dia suka.Perlawa sekali sudah cukup
pasti akan disambarnya.Itulah perangai Maisara kalau semua orang nak tahu.Nasib
baik Farisya belum sampai ketahap itu.Dimintak simpang.
“Selesai
satu masalah.”
Farisya
menepuk-nepuk tangannya.Puas rasanya dapat mengenakan Tengku Danial.Ini baru
sikit.Farisya tersenyum nakal.Tengku Danial masih tidak tahu siapa
dirinya.Gadis yang pantang mengalah tau.Sekali dicabar tahulah
akibatnya.Farisya menepuk dadanya.Tiba-tiba terasa megah apabila dapat
mengenakan Tengku Danial yang sentiasa berlagak bagus didepannya.Padahal dari
zahirnya Tengku Danial itu kosong.Berlagak saja lebih.Kutuk Farisya.
************************
Tengku
Danial mengerling jam yang sudah menunjukkan waktu sudah larut malam.Lehernya
yang terasa lenguh akibat terlalu lama menghadap Komputer riba diurut
lembut.Mulutnya yang menguap dari tadi dikatup.Terasa senggal-senggal satu
badannya kerana bekerja satu hari suntuk.Dia menjenggahkan kepalanya melihat
keadaan diluar biliknya.Gelap dan hanya diterangi lampu pantri yang
samar-samar.Pekerjanya semua sudah pulang.Badannya disandarkan.
“Dah
malam rupanya”
Tengku
Danial menguak rambutnya.Ruang meja Farisya dipandang.Kosong.Begitu juga
hatinya.Sikap Farisya semakin lama semakin berubah.Gadis itu seakan-akan mahu
menjauhkan dirinya.Tengku Danial merasakan dirinya kembali sepi tanpa kehadiran
Farisya.Selama ini Farisyalah yang memberi sinar dalam hidupnya tetapi kini
sinar itu semakin lama semakin hilang dalam hidup Tengku Danial.Begitu hebat
penangan Farisya dalam hidupnya.Dia sendiri tidak tahu kenapa kehadiran Farisya
begitu bermakna dalam hidupnya.
“Aku
rasa aku dah tak betul sebab selalu bayangkan budak kampung tu”Desis Tengku
Danial.Dia mengelengkan kepalanya berkali-kali.Cuba membuang bayangan Farisya
yang selalu bermain difikirannya.Senyuman Farisya,tawa Farisya,keletah Farisya
bersilih ganti difikirannya.Dia buntu.Tidak tahu apa yang perlu dia
lakukan.Wirdani Farisya.Nama itu tiba-tiba terdetik didalam hatinya tanpa dia
sedari.
***************************
Bunyi
deringan telefon bimbit mengejutkan Tengku Danial yang baru mahu melelapkan
matanya.Tengku Danial pantas mencapai telefon bimbit yang berada diatas meja
kecil bersebelahan katilnya.Satu dengusan dihela.
“Assalammualaikum
Abang”Kedengaran satu suara seorang gadis yang terpekik memberi salam seperti
menyedarkan Tengku Danial yang sedang mamai.Tengku Danial terbeliak.Seperti
tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“Balqis”jerit
Tengku Danial penuh teruja.Pantas dia bangun dari baringannya.Hilang segala
katuknya.Adik yang dirindui selama ini menghubunginya setelah lama menyepi.Kedengaran
tawa kecil dihujung talian.
“Amboi
terujanya sampai salam kita pun tidak dijawabnya..Iyelah Balqis adik
abang”perli Tengku Balqis Batrisya.Dia ketawa kecil.Geli hati dengan keletah
abangnya yang begitu teruja mendapat panggilan daripadanya.
“Maaf!maaf!Abang
teruja sangat.Waalaikummussalam..”
Tengku
Danial berdiri menuju ke balkoni rumahnya.Senyuman mekar dibibirnya.Dia
memangku tubuhnya dipagar besi balkoni.Matanya terarah pada bangunan yang masih
terang disimbahi cahaya lampu walaupun jam sudah menunjukkan sudah keangka dua
pagi.Seperti kebiasaan Bandar besar
seperti Kuala Lumpur tidak pernah tidur.
“Bang..Kau
berangan ke?!”Sergah Tengku Balqis menyedarkan Tengku Danial.Lupa pula dia
sedang berbual dengan adiknya yang jauh di perantauan.Tengku Danial tersenyum
sebaris.Macamlah Tengku Balqis boleh melihatnya.Lehernya diusap.
“Mana
ada abang berangan”Sangah Tengku Danial.Malu.Kedengaran Tengku Balqis ketawa
galak sebelum meneruskan kata-katanya.
“Iyelah
tu.Kalau tak berangan apasal Balqis tanya abang dari tadi diam je”
“Ada
ke?Tak dengar pun”Dalih Tengku Danial.Dia ketawa kecil.
“Hah!Tengok
tu.Nampak sangat pembohongannya disitu”
“Tak
adalah mana ada”
“Sudahlah
abang nampak sangat menipunya”Sakat Tengku Balqis.Dia ketawa besar.Senang hati
dapat mengenakan abangnya.Sudah lama mereka tidak bergurau mesra.
“Dahlah.Sengajalah
tu nak kenakan abang”bidas Tengku Danial geram.Tengku Balqis menekup mulutnya
menahan ketawa.Dia tahu abangnya pasti sudah bengang dengan sikapnya yang suka
menyakat.Pasti sudah merah muka abangnya.
Hampir
sejam mereka berbual ditalian.Tengku Danial lebih gemar mendengar daripada
bercerita.Bebelan Balqis ditalian seperti telah menghapuskan segala kekusutan
yang ada dikelapanya.Dia rindu benar dengan adik bongsunya yang seorang ni.Sesekali
dia ketawa mendengar loyar buruk Tengku Balqis.Sudah lama dia tidak menghubungi
Tengku Balqis memandangkan adiknya belajar jauh dia Seoul,Korea menyukarkan
mereka untuk selalu berhubung.
Mereka
memang rapat sejak dari kecil memandangkan mereka hanya ada dua beradik didalam
keluarga dan apabila mereka menghadapi masalah mereka akan selalu berkongsi dan
menyelesaikannya bersama.Tetapi yang sering mempunyai masalah sudah pastinya
Tengku Danial .Terutamanya pasal wanita.Tengku Balqis pula semestinya menjadi
pendengar setia dan kaunseling yang terbaik untuk dia.Tengku Balqis selalu
hadir masa dia memerlukan.Tetapi sejak Tengku Balqis mendapat tawaran sambung
belajar diluar Negara Tengku Danial menjadi seorang yang pendiam dan selalu
menyibukkan dirinya dengan kerja dan kerja.Dia juga sudah menjadi seorang yang
mudah marah dan selalu memendam rasa seorang diri.Dia tidak tahu pada siapa dia
mahu luahkan.Disebabkan sejarah lalu membuatkan dia serik untuk bercinta.Tengku
Balqis juga tahu akan sejarah itu.Dan mereka tidak mahu mengungkit perkara itu
lagi.
“Bang..Are
you okey?”Soal Tengku Balqis tiba-tiba.Dia perasan yang abangnya tidak banyak
bicara.Dari tadi hanya dia yang membebel dan abangnya hanya mendengar.Terasa
seperti bercakap seorang diri pula.Terdengar keluhan dilepaskan Tengku
Danial.Dia tidak tahu patut atau tidak dia berkongsi dengan adiknya masalah
yang dia hadapi sekarang. Dia buntu.Tidak pasti dengan perasaannya sendiri.
“Bang
Danny kalau ada benda nak share dengan Qis abang ceritalah.Balqis sedia mendengarnya”
Tengku
Balqis seperti dapat merasakan kekusutan yang dialami abangnya.Dia tahu
abangnya sedang memendam sesuatu dan tidak mahu berkongsi dengannya.Tengku
Danial mengeleng.
“Tengku
Danial!”
Tengku
Balqis baran dengan sikap abangnya yang menyepi.
“Nothing
Qis.Abang okey”
Akhirnya
Tengku Danial bersuara setelah lama menyepi.Kedengaran Tengku Balqsi pula
mengeluh dihujung talian.
“Tipu!”Marah
Tengku Balqis.Faham benar dia dengan sikap abang sulungnya.Dia bukan baru
sehari mengenali lelaki ini.Hampir 20 tahun dia mengenali Tengku Danial.
“Betul
abang tak ada apa-apa”
“Sure?”
“Sure”
Tengku
Balqis akhirnya mengalah.Dia malas mahu memanjangkan cerita.Dia yakin suatu
hari nanti abangnya pasti akan menceritakan kepadanya masalah yang dia hadapi.Dan
kalau abangnya tidak mahu berkongsi dengannya sekali pun dia sendiri akan
menyiasatnya.Ini Tengku Balqis Batrisya tiada apa yang boleh disembunyikan
daripada pengetahuannya.Tengku Balqis tersenyum sendiri.
“Adik..Ada
apa telefon abang pagi-pagi buta ni?”soal Tengku Danial mematikan lamunan
Tengku Balqis.
“Adik
ada berita gembira ni nak cakap”Suara Balqis berubah ceria.
“Apa
dia?”
“Next
week..Adik..akan..balik Malaysia!!”pekik Tengku Balqis teruja.
“Betul
ke ni?Gembiranya abang dengar.Pasti mama dengan papa suka.Lebih-lebih lagi
nenda.”Sambung Tengku Danial.Dia tersenyum lebar.Gembira mendengar khabar
berita daripada adiknya.Sudah lama mereka menantikan kepulangan adiknya.
“Itulah..Adik
pun teruja sangat.Tak sabar nak jumpa Mama,Papa dan yang paling penting
Nenda.Rindu gila dengan Nenda”
Tengku
Danial ketawa kecil mendengar bebelan adiknya yang manja dengan keluarga.Selama
ini Tengku Balqislah menjadi penceria didalam keluarganya.Sekarang rumah mereka
akan kembali riuh seperti dulu.
“Abang
ingat ambil adik dekat Airport tau”
“Baiklah
abang tahu.”
“Okeylah..Ada
masa kita sembang lagi.Adik tahu abang dah penat kerja.Jadi adik tak nak
ganggu.Selamat malam.Assalammualaikum”
Talian
dimatikan selepas salam disambut Tengku Danial.Tengku Danial masuk semula
kedalam biliknya.Tubuhnya disandarkan dihujung kepala katil.Tidak sabar dia
menunggu kepulangan adiknya.Dia yakin Tengku Balqis pasti ada cara untuk
menyelesaikan masalahnya.Pada asalnya dia tidak mahu berkongsi dengan
adiknya.Tapi dia tahu lama kelamaan pasti Tengku Balqis akan tahu juga.Jadi
tidak salah dia meminta tolong.Tengku Danial meletakkan tangannya diletakkan
dibelakang kepala.Senyuman masih lekang dibibirnya.Penatnya hilang serta
merta.Masalahnya dengan Farisya mesti diselesaikan secepat mungkin.
BERSAMBUNG... :D
best2.. smbng lgii
ReplyDelete