OLEH : FR
Rina
melihat Miqael hanya tersenyum diselang-seli dengan ketawa. “Kau ingat aku nak
lepaskan ke peluang yang tak selalu ada? Aku tak akan lepaskan kau Rina. Kau
akan menjadi milik aku Rina. Bukan Taufik atau lelaki lain. Hanya aku yang
boleh memiliki kau”, tengking Miqael.
“Semua
milik kau, akan jadi milik aku. Tidak ada sesiapa pun dapat memisahkan kita
bila kita ‘bersatu’ nanti sayang”, ujar Miqael perlahan sambil membelai pipi
Arina. Arina mengundur ke belakang bagi mengelak dari di sentuh Miqael.
“Miqa..
Please Miqa. Janganlah kau buat macam nie dekat aku. Ingat tuhan Miqa. Ingat
tuhan. Apa yang kau nak buat nie salah Miqa”, kata Arina sambil menangis
teresak-esak.
‘Fika...!
Mana kau Fika? Tolonglah aku Fika!. Aku takut Fika...’, jerit hati kecil Rina.
Bunyi
decitkan tayar membingitkan, disebabkan kereta berhenti secara mengejut
dilebuhraya. ‘Kuss semangat. Sejak bila pula ada kucing melintas dekat
lebuhraya nie? Orang nak cepat, ada je yang nak melambatkan’, rungut Fika dalam
hati. Selepas kucing itu melintas, terus Fika memecut laju keretanya untuk
cepat sampai ke rumah.
‘Ya
Allah, kenapa hati aku dari tadi berdebar. Fika berada dalam kegelisahan. Asyik memikirkan keadaan Rina.
Sampai
sahaja di depan rumah, Fika terus meletakkan keretanya diluar rumah kerana
kereta Rina menghalang keretanya. Tanpa berlenggah lagi, Fika terus turun dari
keretanya. Dia memandang sekeliling sebelum masuk ke dalam rumah namun matanya
terpaku pada sebuah kereta putih.
‘Ehh,
aku rasa macam pernah tengok kereta nie. Tapi... dekat mana ye?’, Fika cuba
berfikir sejenak. Setelah mengamati kereta itu, baru dia teringat yang kereta
itu milik... ‘MIQAEL’, jerit Fika dalam hati. Dengan pantas Fika melangkah laju
membuka pintu lalu menguak pintu dengan perlahan. Dengan lafaz
bismillahirrahmanirrahim Fika masuk ke dalam rumah. Fika panik dan kalut
apabila melihat keadaan rumah mereka yang bersepah dan kaca bertaburan di
merata tempat. Fika melangkah menaiki anak tangga satu persatu. Dia berdoa
sepanjang menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas supaya dilindungi dari
bahaya. Sampai sahaja di tingkat atas, dia terdengar jeritan Rina meminta
tolong. Fika dengan beraninya menghampiri pintu bilik Rina. Dia menarik nafas
panjang sebelum memulas pintu bilik itu.
Saat
Fika menguak pintu itu, dia tergamam. Terkaku. Dia amat mengenali seraut wajah
lelaki yang sedang menindih tubuh Rina. Lelaki itu sedang menampar pipi
Rina. ‘Itu Miqa’, jerit hati Fika.
Miqael yang masih menindih tubuh Arina tidak perasan dengan kehadiran Fika di
belakangnya. Rina pula sudah terkulai layu namun masih mahu bertahan. Dia
melawan Miqael sehingga tangannya yang setia memukul dada bidang milik lelaki
itu semakin lemah.
Tanpa
menunggu lama, Fika berlari dan memeluk Miqael dari belakang dan menarik tubuh
Miqeal menjauhi Rina. Miqael terkejut dengan pelukan itu berusaha untuk
melepaskan pautan di lehernya. Tetapi Miqael gagal melepaskan pautan gadis itu.
Lalu Miqael berundur ke belakang dan berjalan perlahan keluar dari bilik itu.
Tanpa membuang masa Miqael terus menggoyangkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.
Fika
yang tidak dapat bertahan lama, pautan tangannya pada leher Miqael semakin
longgar. Tenaganya pula semakin lemah. Akhirnya pautan pada leher Miqael
terlepas. Fika yang terlalu lemah itu tidak dapat berdiri dengan stabil dan dia
jatuh dekat tangga. Miqael berpaling dan dia tergamam melihat tubuh Fika yang
jatuh dari satu anak tangga ke satu anak tangga yang lain. Kepalanya terhentak
kuat di lantai. Miqael pantas berlari keluar dari rumah itu tanpa meminta
sebarang pertolongan. Dia membiarkan Fika yang sudah berlumuran darah di
kepala.
Rina
yang sudah lemah cuba bangun, digagahi dirinya untuk bangun walaupun badannya
sakit akibat ditindih oleh badan Miqael yang bersasa itu. Setelah berjaya
keluar dari bilik itu, Rina memandang sekeliling rumah mencari kelibat Fika.
Namun tidak kelihatan. Lalu Rina bersuara memanggil sahabatnya itu.
“Fika...!
Fika...!”, jeritan Arina bergema di dalam rumah dua tingkat itu. “Fika, kau
dekat mana? Jawablah, aku panggil kau nie. Kau janganlah buat aku risau Fika”,
panggil Rina dengan linangan air mata. Hati Rina risau memikirkan keadaan
kawannya itu. Rina cuba turun ke tingkat bawah untuk mencari Fika, tapi matanya
membulat apabila melihat tubuh Fika yang berlumuran darah. Air mata Rina laju
mengalir di pipinya. Dia terus berlari munuruni anak tangga. Walaupun tubuhnya
sakit, dia tidak peduli. Dia cuma mahu berada disisi sahabatnya itu.
‘Kalau
jadi apa-apa pada Fika, aku takkan maafkan kau Miqael. Malah aku akan benci kau
buat selama-lamanya. Aku pernah cakap dekat kau, jangan buat aku benci pada
kau. Sekali aku benci, selamanya aku akan benci’, gumam Arina dalam hati.
Begitu marahnya dia pada Miqael.
“Fikaaaaaaa....bangunlah.
Kau janganlah tinggalkan aku. Kau taukan betapa aku menyayangi kau? Aku tak
boleh hidup tanpa kau Fika. Aku dah anggap kau macam kakak aku sendiri. Hidup
aku tak bermakna tanpa kau Fika. Tolong jangan tinggalkan aku. Kalau aku ada
masalah, siapa yang nak selesaikan masalah aku kalau bukan kau Fika. Kau
sahabat aku dunia akhirat. Kau sahabat aku yang memahami aku. Kau sentiasa ada
disaat aku susah dan senang”. Arina menangis teresak-esak. Dia menjerit sekuat
hatinya. Melepaskan kesedihan yang terbuku didalam hatinya.
Arina
bagaikan baru tersedar. Dia cuba untuk meminta tolong supaya menolongnya dan
Fika, namun kudrat Rina semakin lemah. Matanya mula berpinar-pinar dan dunianya
semakin gelap. Rina rebah disis kawannya. Sebelum dia menutup mata, dia sempat
berbisik dalam hati. ‘Fika, tolong jangan tinggalkan aku. Kau kena bertahan
untuk aku, mama, papa dan abang Aidil’, bisik Rina dalam hati. Dia bagai nampak
wajah milik abangnya Aidil. Dan matanya terus tertutup.
****
Rina
berada di sebuah taman yang sangat cantik dan pemandangan yang cukup indah.
Disaat Rina sedang menikmati udara segar, dia ternampak sebuah kerusi yang
diukir dengan ukiran yang sangat cantik dan unik.
Dia melihat seorang gadis
yang sedang membelakanginya duduk di kerusi tersebut. Rina melangkah perlahan
–lahan menuju kearah kerusi tersebut. Dia ingin menyentuh bahu gadis itu,
tetapi gadis itu lebih pantas berpaling kearahya. ‘Fika’, jerit hati Rina.
Lantas tanpa membuang masa Fika berlari anak dan memeluk Fika bagai melepaskan
rindu yang sarat menggunung.
Lama
mereka berpelukkan. Fika merungkaikan pelukan dan menggenggam tangan Rina lalu
berkata. “Rina bila aku dah tak ada dekat dunia ni, kau jangan nakal-nakal tau.
Kau jangan malas belajar, tidak lama lagi kita akan konvo. Lepas tu, kau jangan
duduk dekat rumah kita tu tau. Kau duduk dengan mama dan papa. Aku akan rasa
tenang kalau kau duduk dengan mereka. Sekurang-kurangnya kau ada teman untuk
berborak dan mereka akan jaga kau. Last but not least, kau jangan marah dan
benci pada Miqael. Dia tidak bersalah. Aku boleh nampak betapa dia mencintai
kau Rina. Mata dia menunjukkan keikhlasan, ketika dia mengungkapkan kata-kata
cinta pada kau. Cuma cara dia salah. Bertindak tanpa berfikir panjang, baik
buruk sesuatu perkara. Aku tahu kau pun menyayangi dan mencintai mamat sengal
tu kan”, ujar Fika mengusik Rina.
Rina
mencebik mulutnya. Fika hanya ketawa melihat mulut kawannya. “Aku nak kau janji
dengan aku. Bila kau keluar dari U nanti, kau akan keluar dengan mengenggam
segulung ijazah.
“Kenapa
aku pulak yang kena berusaha? Kau kan rajin Fika. Mestilah kau pun yang akan
menggengam segulung ijazah. Kita akan menggengam segulung ijazah”, Rina berkata
riang.
“Rina..
aku tidak akan berda disisi kau lagi. Aku akan pergi jauh dari sini. Aku tahu
kau sayangkan aku. Aku pun sayangkan kau. Aku tak boleh temankan kau dan mama
pergi shopping. Tak boleh nak masak makanan kegemaran kau, mama, papa,Kak Min dan Abang
Aidil. Kau jaga mereka untuk aku yer Rina. Katakan pada mereka yang aku sayang
mereka macam keluarga aku sendiri mereka dan sampaikan ucapan terima kasih buat
keluarga kau. Jasa mereka tak akan aku lupakan. Jangan tangisi pemergian aku
yer Rina. Biarlah aku pergi dengan tenang”, ucap Fika begitu tenang.
Rina
menangis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan apa
yang Fika katakan. Lantas dia bersuara. “Tak Fika!. Kau tak akan tinggalkan
aku. Jangan pernah kau tinggalkan aku Fika!. Kalau kau sayangkan aku, mama,
papa dan Abang Aidil, kau jangan tinggalkan kami”, kata Rina teresak-esak.
Fika
meleraikan genggaman tangan Rina. Lalu Fika bangun dan melangkah pergi
meninggalkan Rina seorang diri disitu. Fika melambai-lambaikan tangannya kearah Rina. Rina mahu mengejar Fika, tetapi
badannya seakan terkaku. Tidak bergerak. Dia hanya mampu melihat Fika
meninggalkannya. Rina terus memanggil nama Fika. “Fika..! Fika..! Jangan
tinggalkan aku Fika. Fika...!”, panggil Rina tidak berputus asa. Namun Fika
terus melangkah pergi tanpa menoleh. Sedikit demi sedikit bayangan Fika hilang.
“Fika...!
Jangan tinggalkan aku Fika. Aku sayangkan kau Fika”, ucap Rina sambil menangis.
“Rina sayang. Bangun nak, ini mama sayang”, ungkap Puan.Sri Qasidah Qaseh.
Rina
membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat wajah-wajah orang yang disayangi
berada disisinya ketika itu kecuali Fika. Semua orang ada kecuali seorang.
Orang itu adalah Fika.
“Mama...
Rina dekat mana nie mama?”, tanya Arina pada mamanya.
“Rina,
bawa bersabar sayang. Rina sekarana ada dekat hospital. Dah dua hari Rina tak
sedarkan diri.
“Kenapa
Rina masuk wad ini mama? Rina sakit apa mama?”, tanya Rina kerisauan. Bagai
tersedar dari mimpi. Rina terbayang-bayang satu persatu kejadian yang berlaku
dirumah sewa dua tingkat yang didiami dia dan Fika. Air matanya mengalir dengan
lajunya.
“Ma...
mana Fika ma? Abang, mana Fika? Papa, mana Fika?Kak Min? Kenapa semua orang tak jawab
pertanyaan Rina? Papa, Fika perlukan bantuan pa. Rina nampak kepala dia
berlumuran darah pa.”, tanya Rina kerisauan kerana pertanyaannya tidak dijawab.
Semua orang mendiamkan diri. Air mata Rina mengalir lagi.
“Sabar
sayang. Tenang yer. Fika.. Fika sekarang ada di dalam wad icu. Keadaan dia
tenat selepas dia keluar dari bilik pembedahan. Dia terpaksa membuang darah
beku yang ada didalam otaknya”, kata
Pn.Sri Qasidah Qaseh pada anaknya. Dia sedaya upaya cuba menenangkan anaknya
itu.
‘Ya
Allah... Fika tenat’, ungkapan itu hanya tersimpan didalam hatinya. Rina cuba
untuk bangun dari pembaringannya dan berdiri. Dia berjalan menuju ke pintu wad
biliknya. Belum sempat dia ingin membuka pintu wad, pandangan matanya
berpinar-pinar. Lalu dia rebah.
“Rina..
mari makan sayang”, bayangan kejadian dua minggu lepas di hospital hilang dan
diganti dengan suara mama yang mengajaknya makan.
****
Banglo
tiga tingkat itu berada di lereng bukit. Tersergam indah dan nyaman. Udara
segar pada waktu subuh. Dari bangle itu, boleh lihat pemandangan yang amat
memukau setiap mata yang melihat. Melihat pohon-pohon kehijauan, awan
kebiru-biruan. Tiba waktu malam, bintang tersergam indah di dada langit. Indah
sekali. Tapi.. sayangnya rumah itu kusam tanpa tuan rumah.
BERSAMBUNG ..... ;D
good job! teruskan next n3nye ya :)
ReplyDelete