Followers

Wednesday 16 January 2013

KU PERCAYA ADA CINTA DI HATI BAB 8


OLEH : FR
 
Rina melihat Miqael hanya tersenyum diselang-seli dengan ketawa. “Kau ingat aku nak lepaskan ke peluang yang tak selalu ada? Aku tak akan lepaskan kau Rina. Kau akan menjadi milik aku Rina. Bukan Taufik atau lelaki lain. Hanya aku yang boleh memiliki kau”, tengking Miqael.

“Semua milik kau, akan jadi milik aku. Tidak ada sesiapa pun dapat memisahkan kita bila kita ‘bersatu’ nanti sayang”, ujar Miqael perlahan sambil membelai pipi Arina. Arina mengundur ke belakang bagi mengelak dari di sentuh Miqael.

“Miqa.. Please Miqa. Janganlah kau buat macam nie dekat aku. Ingat tuhan Miqa. Ingat tuhan. Apa yang kau nak buat nie salah Miqa”, kata Arina sambil menangis teresak-esak.

‘Fika...! Mana kau Fika? Tolonglah aku Fika!. Aku takut Fika...’, jerit hati kecil Rina.

Bunyi decitkan tayar membingitkan, disebabkan kereta berhenti secara mengejut dilebuhraya. ‘Kuss semangat. Sejak bila pula ada kucing melintas dekat lebuhraya nie? Orang nak cepat, ada je yang nak melambatkan’, rungut Fika dalam hati. Selepas kucing itu melintas, terus Fika memecut laju keretanya untuk cepat sampai ke rumah.

‘Ya Allah, kenapa hati aku dari tadi berdebar. Fika berada dalam  kegelisahan. Asyik memikirkan keadaan Rina.

Sampai sahaja di depan rumah, Fika terus meletakkan keretanya diluar rumah kerana kereta Rina menghalang keretanya. Tanpa berlenggah lagi, Fika terus turun dari keretanya. Dia memandang sekeliling sebelum masuk ke dalam rumah namun matanya terpaku pada sebuah kereta putih.

‘Ehh, aku rasa macam pernah tengok kereta nie. Tapi... dekat mana ye?’, Fika cuba berfikir sejenak. Setelah mengamati kereta itu, baru dia teringat yang kereta itu milik... ‘MIQAEL’, jerit Fika dalam hati. Dengan pantas Fika melangkah laju membuka pintu lalu menguak pintu dengan perlahan. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim Fika masuk ke dalam rumah. Fika panik dan kalut apabila melihat keadaan rumah mereka yang bersepah dan kaca bertaburan di merata tempat. Fika melangkah menaiki anak tangga satu persatu. Dia berdoa sepanjang menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas supaya dilindungi dari bahaya. Sampai sahaja di tingkat atas, dia terdengar jeritan Rina meminta tolong. Fika dengan beraninya menghampiri pintu bilik Rina. Dia menarik nafas panjang sebelum memulas pintu bilik itu.

Saat Fika menguak pintu itu, dia tergamam. Terkaku. Dia amat mengenali seraut wajah lelaki yang sedang menindih tubuh Rina. Lelaki itu sedang menampar pipi Rina.  ‘Itu Miqa’, jerit hati Fika. Miqael yang masih menindih tubuh Arina tidak perasan dengan kehadiran Fika di belakangnya. Rina pula sudah terkulai layu namun masih mahu bertahan. Dia melawan Miqael sehingga tangannya yang setia memukul dada bidang milik lelaki itu semakin lemah.

Tanpa menunggu lama, Fika berlari dan memeluk Miqael dari belakang dan menarik tubuh Miqeal menjauhi Rina. Miqael terkejut dengan pelukan itu berusaha untuk melepaskan pautan di lehernya. Tetapi Miqael gagal melepaskan pautan gadis itu. Lalu Miqael berundur ke belakang dan berjalan perlahan keluar dari bilik itu. Tanpa membuang masa Miqael terus menggoyangkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.

Fika yang tidak dapat bertahan lama, pautan tangannya pada leher Miqael semakin longgar. Tenaganya pula semakin lemah. Akhirnya pautan pada leher Miqael terlepas. Fika yang terlalu lemah itu tidak dapat berdiri dengan stabil dan dia jatuh dekat tangga. Miqael berpaling dan dia tergamam melihat tubuh Fika yang jatuh dari satu anak tangga ke satu anak tangga yang lain. Kepalanya terhentak kuat di lantai. Miqael pantas berlari keluar dari rumah itu tanpa meminta sebarang pertolongan. Dia membiarkan Fika yang sudah berlumuran darah di kepala.

Rina yang sudah lemah cuba bangun, digagahi dirinya untuk bangun walaupun badannya sakit akibat ditindih oleh badan Miqael yang bersasa itu. Setelah berjaya keluar dari bilik itu, Rina memandang sekeliling rumah mencari kelibat Fika. Namun tidak kelihatan. Lalu Rina bersuara memanggil sahabatnya itu.

“Fika...! Fika...!”, jeritan Arina bergema di dalam rumah dua tingkat itu. “Fika, kau dekat mana? Jawablah, aku panggil kau nie. Kau janganlah buat aku risau Fika”, panggil Rina dengan linangan air mata. Hati Rina risau memikirkan keadaan kawannya itu. Rina cuba turun ke tingkat bawah untuk mencari Fika, tapi matanya membulat apabila melihat tubuh Fika yang berlumuran darah. Air mata Rina laju mengalir di pipinya. Dia terus berlari munuruni anak tangga. Walaupun tubuhnya sakit, dia tidak peduli. Dia cuma mahu berada disisi sahabatnya itu.

‘Kalau jadi apa-apa pada Fika, aku takkan maafkan kau Miqael. Malah aku akan benci kau buat selama-lamanya. Aku pernah cakap dekat kau, jangan buat aku benci pada kau. Sekali aku benci, selamanya aku akan benci’, gumam Arina dalam hati. Begitu marahnya dia pada Miqael.

“Fikaaaaaaa....bangunlah. Kau janganlah tinggalkan aku. Kau taukan betapa aku menyayangi kau? Aku tak boleh hidup tanpa kau Fika. Aku dah anggap kau macam kakak aku sendiri. Hidup aku tak bermakna tanpa kau Fika. Tolong jangan tinggalkan aku. Kalau aku ada masalah, siapa yang nak selesaikan masalah aku kalau bukan kau Fika. Kau sahabat aku dunia akhirat. Kau sahabat aku yang memahami aku. Kau sentiasa ada disaat aku susah dan senang”. Arina menangis teresak-esak. Dia menjerit sekuat hatinya. Melepaskan kesedihan yang terbuku didalam hatinya.

Arina bagaikan baru tersedar. Dia cuba untuk meminta tolong supaya menolongnya dan Fika, namun kudrat Rina semakin lemah. Matanya mula berpinar-pinar dan dunianya semakin gelap. Rina rebah disis kawannya. Sebelum dia menutup mata, dia sempat berbisik dalam hati. ‘Fika, tolong jangan tinggalkan aku. Kau kena bertahan untuk aku, mama, papa dan abang Aidil’, bisik Rina dalam hati. Dia bagai nampak wajah milik abangnya Aidil. Dan matanya terus tertutup.

****
Rina berada di sebuah taman yang sangat cantik dan pemandangan yang cukup indah. Disaat Rina sedang menikmati udara segar, dia ternampak sebuah kerusi yang diukir dengan ukiran yang sangat cantik dan unik.

 Dia melihat seorang gadis yang sedang membelakanginya duduk di kerusi tersebut. Rina melangkah perlahan –lahan menuju kearah kerusi tersebut. Dia ingin menyentuh bahu gadis itu, tetapi gadis itu lebih pantas berpaling kearahya. ‘Fika’, jerit hati Rina. Lantas tanpa membuang masa Fika berlari anak dan memeluk Fika bagai melepaskan rindu yang sarat menggunung.

Lama mereka berpelukkan. Fika merungkaikan pelukan dan menggenggam tangan Rina lalu berkata. “Rina bila aku dah tak ada dekat dunia ni, kau jangan nakal-nakal tau. Kau jangan malas belajar, tidak lama lagi kita akan konvo. Lepas tu, kau jangan duduk dekat rumah kita tu tau. Kau duduk dengan mama dan papa. Aku akan rasa tenang kalau kau duduk dengan mereka. Sekurang-kurangnya kau ada teman untuk berborak dan mereka akan jaga kau. Last but not least, kau jangan marah dan benci pada Miqael. Dia tidak bersalah. Aku boleh nampak betapa dia mencintai kau Rina. Mata dia menunjukkan keikhlasan, ketika dia mengungkapkan kata-kata cinta pada kau. Cuma cara dia salah. Bertindak tanpa berfikir panjang, baik buruk sesuatu perkara. Aku tahu kau pun menyayangi dan mencintai mamat sengal tu kan”, ujar Fika mengusik Rina.

Rina mencebik mulutnya. Fika hanya ketawa melihat mulut kawannya. “Aku nak kau janji dengan aku. Bila kau keluar dari U nanti, kau akan keluar dengan mengenggam segulung ijazah.

“Kenapa aku pulak yang kena berusaha? Kau kan rajin Fika. Mestilah kau pun yang akan menggengam segulung ijazah. Kita akan menggengam segulung ijazah”, Rina berkata riang.

“Rina.. aku tidak akan berda disisi kau lagi. Aku akan pergi jauh dari sini. Aku tahu kau sayangkan aku. Aku pun sayangkan kau. Aku tak boleh temankan kau dan mama pergi shopping. Tak boleh nak masak makanan kegemaran kau, mama, papa,Kak Min dan Abang Aidil. Kau jaga mereka untuk aku yer Rina. Katakan pada mereka yang aku sayang mereka macam keluarga aku sendiri mereka dan sampaikan ucapan terima kasih buat keluarga kau. Jasa mereka tak akan aku lupakan. Jangan tangisi pemergian aku yer Rina. Biarlah aku pergi dengan tenang”, ucap Fika begitu tenang.

Rina menangis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan apa yang Fika katakan. Lantas dia bersuara. “Tak Fika!. Kau tak akan tinggalkan aku. Jangan pernah kau tinggalkan aku Fika!. Kalau kau sayangkan aku, mama, papa dan Abang Aidil, kau jangan tinggalkan kami”, kata Rina teresak-esak. 

Fika meleraikan genggaman tangan Rina. Lalu Fika bangun dan melangkah pergi meninggalkan Rina seorang diri disitu. Fika melambai-lambaikan tangannya  kearah Rina. Rina mahu mengejar Fika, tetapi badannya seakan terkaku. Tidak bergerak. Dia hanya mampu melihat Fika meninggalkannya. Rina terus memanggil nama Fika. “Fika..! Fika..! Jangan tinggalkan aku Fika. Fika...!”, panggil Rina tidak berputus asa. Namun Fika terus melangkah pergi tanpa menoleh. Sedikit demi sedikit bayangan Fika hilang.

“Fika...! Jangan tinggalkan aku Fika. Aku sayangkan kau Fika”, ucap Rina sambil menangis.

“Rina sayang. Bangun nak, ini mama sayang”, ungkap Puan.Sri Qasidah Qaseh.

Rina membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat wajah-wajah orang yang disayangi berada disisinya ketika itu kecuali Fika. Semua orang ada kecuali seorang. Orang itu adalah Fika.

“Mama... Rina dekat mana nie mama?”, tanya Arina pada mamanya.

“Rina, bawa bersabar sayang. Rina sekarana ada dekat hospital. Dah dua hari Rina tak sedarkan diri.

“Kenapa Rina masuk wad ini mama? Rina sakit apa mama?”, tanya Rina kerisauan. Bagai tersedar dari mimpi. Rina terbayang-bayang satu persatu kejadian yang berlaku dirumah sewa dua tingkat yang didiami dia dan Fika. Air matanya mengalir dengan lajunya. 

“Ma... mana Fika ma? Abang, mana Fika? Papa, mana Fika?Kak Min? Kenapa semua orang tak jawab pertanyaan Rina? Papa, Fika perlukan bantuan pa. Rina nampak kepala dia berlumuran darah pa.”, tanya Rina kerisauan kerana pertanyaannya tidak dijawab. Semua orang mendiamkan diri. Air mata Rina mengalir lagi.

“Sabar sayang. Tenang yer. Fika.. Fika sekarang ada di dalam wad icu. Keadaan dia tenat selepas dia keluar dari bilik pembedahan. Dia terpaksa membuang darah beku  yang ada didalam otaknya”, kata Pn.Sri Qasidah Qaseh pada anaknya. Dia sedaya upaya cuba menenangkan anaknya itu.

‘Ya Allah... Fika tenat’, ungkapan itu hanya tersimpan didalam hatinya. Rina cuba untuk bangun dari pembaringannya dan berdiri. Dia berjalan menuju ke pintu wad biliknya. Belum sempat dia ingin membuka pintu wad, pandangan matanya berpinar-pinar. Lalu dia rebah.

“Rina.. mari makan sayang”, bayangan kejadian dua minggu lepas di hospital hilang dan diganti dengan suara mama yang mengajaknya makan. 

****
Banglo tiga tingkat itu berada di lereng bukit. Tersergam indah dan nyaman. Udara segar pada waktu subuh. Dari bangle itu, boleh lihat pemandangan yang amat memukau setiap mata yang melihat. Melihat pohon-pohon kehijauan, awan kebiru-biruan. Tiba waktu malam, bintang tersergam indah di dada langit. Indah sekali. Tapi.. sayangnya rumah itu kusam tanpa tuan rumah.



BERSAMBUNG ..... ;D

1 comment: