Dari
jauh Arina nampak kelibat orang yang di nantinya dari tadi .Mulutnya sudah
muncung sedepa macam itik, tetapi wajah yang sedang melangkah ke arahnya sedang
tersenyum. Macam tidak ada perasaan bersalah langsung, kerana telah
membuatkannya menunggu lama di terminal bas Duta ini. Arina melihat kelibat itu
semakin mendekat dan dia yang tidak bersedia terus di peluk dengan erat oleh
pemuda itu. Arina yang malu di perlakukan seperti itu terus merungkaikan
pelukan pemuda yang masih tersengih menampakkan gigi yang rata dan putih itu.
Pipi Arina mula memerah, dia malu diperlakukan seperti itu di khalayak ramai.
“Apa lah Abang nie ,
Abang janji dengan Adik pukul 10 pagi kat terminal ni. Sekarang nie dah pukul
berapa ?” soal Arina sambil melihat jam dipergelangan tangannya. ‘Sekarang dah
pukul satu petang dah, tak boleh harap betul Abang aku nie. Eh! Aku yang tanya,
aku yang tengok jam sekarang pukul berapa’ Arina merungut dalam hati.
“Abang
tengok nie” Arina menunjukkan kulit lengannya yang sudah
terbakar. Habis kulit Adik yang putih nie terbakar sebab tunggu
abang kat sini. Dah masuk tiga jam tau. Abang memang suka kenakan Adikkan?
Abang nie jahat lah. Takpe nanti Adik mengadu kat mama” Nurul Arina merungut
pada abangnya, Aidil Firdaus.
Aidil
Firdaus tahu dia lambat dan paling dia kesalkan dia telah membuat adiknya yang
manja itu menunggunya hampir tiga jam di terminal. Nasib baik
tidak ada apa-apa yang terjadi dekat adik aku, kalau tak habis aku kena bersoal
jawab dengan mama dan papa. ‘Lepas ni aku yakin yang aku tak akan
terlepas dari mulut laser adik aku ni’ omel hati kecil Aidil Firdaus.
“Adik...abang
mintak maaf sesangat ,sorry, maaf, beribu-ribu maaf, biane abang
lambat tiga jam je takde lah lama mana pun, abang tahu adik sayang
dekat abang. Janganlah marah kat abang.” Adil Firdaus cuba memujuk Nurul Arina.
‘Abis ayat korea sekali keluar, nak mintak maaf punya pasal, hehehehe. Omel
Aidil dalam hati.
“Adik...abang
mintak maaf sesangat ,sorry,
maaf, beribu-ribu maaf, biane.” Nurul Arina mengajuk semula kata-kata
abangnya.
“Hah!
abang ada satu lagu untuk adik, kalau adik dengar confirm adik akan maafkan abang”, kata Aidil sambil tersenyum.
“Ehemm...ehemmm” Aidil membetulkan suaranya sebelum
menyanyikan lagu maaf buat adik kesayangannya itu. Tanpa melodi, Aidil mula
menyanyi lagu ‘Maafkan kami’ dalam cerita ‘Bujang Lapok’.
Maafkan abang
Maafkan abang
Maafkan abang
Maaf..kan abang..
Wahai
cik adik jangan merajuk
Maafkan abang si Bujang Lapuk
Jikalau sal….
Nyanyi
Aidil terhenti apabila Arina menutup mulutnya.
“Abang
baik abang berhenti menyanyi sekarang, Rina takut kejap lagi hujan turun sekali
dengan guruh sambar menyambar sebab suara abang yang tersangatlah merdu tu”
Arina memerli abangnya. Saja dia menekankan perkataan ‘ter’ tersebut. ‘Ishh,
abang aku nie kalau yer pon nak nyanyi agak-agaklah. Malu kot, ada
orang yang memerhati gelagat abang aku yang sedang menyanyi. Tapi
suara abang aku boleh tahan jugak yer. Hhehehehe. Boleh masuk ‘Jangan Lupa
Lirik atau Vokal Bukan Sekadar Rupa. Omel Arina dalam hati.
“Banyaklah abang
punya maaf, kalau macam ni lah adik nak ‘boikot’ tak nak cakap dengan abang
selama 2 minggu, abang jahat tau buat adik macam ni. Penat adik tunggu abang.
Benci abang!” Nurul Arina merajuk. Tapi sebenarnya dia sudah terpujuk dek
kerana nyanyian abangnya sebentar tadi. Dia cuma hendak menguji setakat mana
kesabaran abangnya ‘memujuk’ dia. ‘Padan muka siapa suruh buat aku tunggu lama’
bisik hati kecil Nurul Arina.
“Alaaa....Adik
janganlah benci kat abang, abang bukan sengaja lambat dan buat adik tunggu kat
sini. Takpe meh sini abang peluk adik kesayangan abang ni biar dia cool sikit.
Meh kat abang meh. Alololo, sayang abang nie, lagipun abang dah rindu dekat
adik abang ni”, Aidil Firdaus terus mendepakan tangannya. Nurul
Arina yang melihat abangnya mendepakan tangan terus meluru ke arah abangnya. Di
peluk erat abangnya, seperti melepaskan rindu yang bertahun dipendam.
“Adik
sebernanya dah maafkan abang, masa abang nyanyi lagu Maafkan Kami tadi. Tapi
adik saje je nak menguji tahap kesabaran abang nak memujuk adik kesayangan abang
yang comel lagi manja nie. Hheheheh. Arina yang masih dalam pelukkan abangnya.
“Nakallah
adik abang nie” Aidil sambil menggosok kepala adiknya. Nakal macam mana pun
Arina, dia tetap menyayangi adiknya itu. ‘Adik aku nie masuk bakul angkat
sendirilah’ kata Aidil dalam hati.
Nurul
Arina merungkaikan pelukan di tubuh abangnya, dahinya jelas berkerut seribu
sebaik saja terpandang sesusuk tubuh yang setia memerhatikan dia dan abangnya.
Gadis itu masih setia melihat perlakuan Arina dan abangnya. Gadis itu sedang
berdiri tegak di tempat di mana abangnya meletakkan beg pakaiannya. Arina
melihat gadis di belakang abangnya tersenyum manis ke arahnya, dia membalas
kembali senyuman dari gadis itu. Di tarik tangan abangnya supaya dekat
dengannya. Dia membisikkan sesuatu di telinga abangnya.
“Abang
buat hal ehh?, Abang curang dengan kak Jasmine ke?, Bukan abang sayang setengah
mati ke kat kak Jasmine? Tak lama lagi kan abang nak kahwin, tapi kalau abang
pilih gadis yang ada dekat belakang abang pun okay, jugak sejuk mata memandang.
Cun jugak kalau abang pilih dia jadi kakak ipar adik. Taklah garang macam
Kak Jasmine ,kalau mengamuk kalah singa. Abang tak takut ke kalau Kak Jasmine
tahu ni?”, Soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulut Nurul Arina.
‘Hamik kau,
banyak tak banyak lah soalan yang keluar dari mulut adik aku nie, kan aku dah
kata aku tak akan terlepas dari mulut laser adik aku ni’ kata Aidil dalam hati.
Aidil
mencuit hidung adiknya yang laser melancarkan soalan yang tersangatlah bernas
dekat abang dia. ‘Dia ingat aku ni kaki perempuan ke? Ada muka curang ke
terlakar dekat muka aku ni?’, omel Aidil Firdaus dalam hati.
“Adoiii...sakitlah
bang, apa ni main ciut-cuit hidung orang nie” runggut Nurul Arina.
“Adik
lar mulut laser sangat, banyak soalan pulak tu yang keluar dari mulut adik
abang ni. Sampai abang pun pening nak jawab yang mana satu”.
“Sampai
hati tuduh abang curang dengan Kak Jasmine” sambung Aidil. Lagaknya seperti
merajuk.
“Abang...Rina
tanya ni, siapa awek cun yang abang bawak balik tu. Rina tengok
cantik jer awek tu, sejuk mata Rina memandang, kalau jadi
kakak ipar ni mesti cool boleh Rina
buli, tak macam Kak Jasmine garang yang amat, apa lagi kalau time Kak Jasmine tengah mengamuk. Confirm Rina tak boleh nak
buli Kak Jasmine. Tapi kalau dengan awek tu, macam ada peluang jer nak buli”
Arina mengenyitkan matanya pada abangnya.
“Abang...
calon madu Kak Jasmine errkk?” tambah Arina kepada abangnya, atau kekasih
gela…..” belum sempat dia menghabiskan
ayatnya, kepalanya disekeh oleh abangnya.
“Adoiii...
apalar abang nie, sakit tau kepala Rina, kenapa abang sekeh kepala
Rina? Nanti Rina report
kat mama baru abang tahu langit tu bujur ke bulat. Rina memuncungkan bibirnya,
tanda protes. Terdengar gelak halus dari gadis yang berada di belakang
abangnya.” gelak ketawa gadis itu membuatkan Arina makin merajuk. Buat malu
jer, aku kena gelak dengan minah dekat belakang abang aku nie, sebab kepala aku
kena sekeh. Huh! Jatuh maruah aku. Ehh, apasal pulak aku tetibe cakap pasal
maruah nie. Apalah yang aku melalut nie. Aiissshhhh.
BERSAMBUNG..... :D
nak lagi..:D
ReplyDeletesmbng lgi.. hehe
ReplyDelete