KHAYREENA
mundar-mandir
dihadapan Salmiah,MakSunya.Untuk kesekian kali dia mengeluh.MakSunya yang duduk
dibirai katil hanya termangu merenung lantai.Khayreena menghentikan langkahnya
didepan Salmiah.Salmiah mendonggak.Kemudian mereka sama-sama mengeluh.
“Macam
mana ni Mak Su?”
Khayreena
mencekak pinggangnya merenung Salmiah yang masih memandang lantai.Jarinya
diletakkan dibawah dagu.Otaknya mula berfikir.Macam mana mahu menolong
menyelesaikan masalah Si Khayreena ni.Kejap-kejap kepalanya digaru.Kemudian
dagunya diketuk berkali-kali.
“Maksu!Khay
cakap dengan MakSu ni..MakSu dengar tak?”
Bahu
Salmiah digoncang.Salmiah yang terhangguk-hangguk macam burung belatuk menepis
tangan Khayreena yang mengoncang bahunya.Naik pusing kepala dia dibuatnya.Nasib
baik tidak tertanggal kepala dibuatnya.Khayreena mendengus apabila tiada respon
daripada Salmiah.Dia menarik kerusi dimeja Solek kemudian dipusingkan badan
kerusi kedepan.Khayreena duduk terkangkang persis lelaki sambil menongkat
dagunya diatas kepala kerusi.Dia merenung Salmiah yang masih sepi.
‘Aduhai,MakSu
aku ni.Kalau berfikir mahu makan masa satu jam.Agak-agaknya aku dah nikah
dengan PakCik Ganyut tu barulah idea dia nak masyuk agaknya’
Khayreena
menarik topi yang dipakainya kebawah.Jiwanya betul-betul tertekan.Masakan dia
yang baru sahaja nak masuk 20 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki yang sudah
berusia 60 tahun.Gila ke apa.Dah pangkat
atuk-atuk kot.
’Agak-agaklah
pun nak carikan aku calon suami’Desis Khayreena.Bibirnya diherotkan.
Disebabkan
bapa tirinya yang suka berhutang dia pula yang dipaksa berkahwin untuk menebus
segala hutang-hutangnya.Hello!Sorry naik lori.Ini Nur Khayreena Najwa
okey.Bukan sebarang gadis tau.Ilmu persilatan tebal didada.Ada yang makan guna
paib lepas ni.Sesedap rasa cekodok goreng saja nak suruh dia berkahwin.Dengan
lelaki tua pula tu.Macamlah dia ni tiada cita rasa langsung.Perangai sahaja
macam lelaki okey tapi hati tetap perempuan tau.Wanita tulen.Hanya perlakuaannya
sahaja yang ganas tapi hatinya lembut.
‘Nak
melawan bapak tiri.Karang aku menjawab kena sebijik.Mati aku.Emak pun satu yang
dia pergi setuju tu apahal.Sakit jiwa betullah aku’
Khayreena
mengetuk-getuk kepalannya dihujung kepala kerusi.Salmiah yang perasan tindakan
gila Khayreena pantas menghalang tindakan Khayreena.Dia menekup dahi Khayreena
dengan telapak tangannya.Takut juga dia karang ada pula yang biol budak seorang
ni sebab main hentak-hentak kepala dekat kerusi.Entah ikut perangai siapa dia
pun tak tahu.Dia mengeleng berkali-kali melihat Khayreena yang sudah masam
mencuka.Dahinya berkerut.Keluhan berat diluahkan.Pening kepala dia memikirkan
masalah Khayreena ni.Kenapalah mesti dia yang terlibat sama dalam hal
ni.Khayreenaa!Khayreena!Kenapa MakSu kau juga yang diheret sama.Jerit hati
Salmiah.Pipinya ditekan dengan kedua-dua telapak tangan.
“Macam
mana MakSu?Dah pikirkan ke belum?”
Khayreena
mendongakkan kepalanya merenung Salmiah yang berdiri dihadapannya.Mukanya
dicebikkan.Salmiah memeluk tubuh sambil menggeleng.Khayreena terlopong.Habislah
dia lepas ni.Terpaksa berkahwin dengan orang tua.Tak mahu!
“Ala...”
Dia
menghentak kepalanya untuk kali kedua.Terjerit kecil Salmiah dibuatnya.Dia
menarik Khayreena agar berdiri didepannya.Bahu Khayreena dipegang.
“Don’t
Worry my dear.MakSu ada jalannya..”
Khayreena
tersenyum lebar mendengar kata-kata MakSunya.Topi yang dipakai dipusingkan
kebelakang.Dia turut memegang bahu MakSunya.
“Macam
inilah baru MakSu Khay..”Luah Khayreena sambil menepuk-nepuk bahu Salmiah lembut.
“Okey.Apa
dia rancangan MakSu”Soal Khayreena sambil mengangkat keningnya berkali-kali
persis Ziana Zain.Salmiah tersenyum sebelum menarik tangan Khayreena agar rapat
dengan dirinya agar tiada orang yang terdengar rancangannnya.Khayreena
tersenggih.Dia betul-betul tidak sangka rancangan Salmiah begitu
menarik.Kenapalah dia tidak fikir sebelum ini.MakSunya betul-betul hebat.
“Baguslah
idea MakSu..Khay suka”
Ibu
jari diangkat.Khayreena mengosok dagunya.Dia tersenyum sengget.Akhirnya dia
berjaya meloloskan dirinya daripada menjadi bini yang ketiga kepada Pak Kasim
merangkap Pak Tua Ganyut yang tak sedar diri dah nak kiok tu.Ini semua salah
bapa tirinya.Suka-suka pinjam duit orang bila dah tak ada duit dia pula yang
menjadi mangsanya.Hamba Allah betul.Geram betul Khayreena.
“Siaplah kau Pak Tua Ganyut.. Memang mati kau
esok”Khayreena tersenyum jahat sambil mematah-matahkan tangannya.Penumbuk
digemapal.Otaknya ligat memikirkan rancangan MakSunya.Hatinya berdoa agar
semuanya berjalan dengan lancar.Tahulah nasib orang tua tu.Tak sedar
diri.Khayreena berdesis.
*******************************
Lima
buah kereta sudah datang memenuhi perkarangan rumah Khayreena.Majlis
pernikahnya dilakukan secara sederhana.Katanya tidak mahu buat terlalu
meriah.Membazir kata Pak Kasim baginya akad nikah sudah mencukupi.Tetapi
kebenarannya hanya Khayreena dan MakSunya sahaja yang tahu.Keluarga Khayreena
hanya menurut.Mana boleh melawan memandangkan segala persiapan kenduri nikah
ini semuanya ditanggung Pak Kasim.Jadi segalanya perlu dituruti.
“Macam
mana pengantin sudah bersiap ke?”Tanya Pak Imam yang sudah bersila didepan Pak
Kasim.Semua orang yang mengelilingi pengantin hanya mengangguk.
“Sudah
Pak Imam”Balas Pak Kasim teruja.Sukalah hati dia sebab dapat berkahwin dengan
anak dara.Pandangannya dikalih merenung
Khayreena.Khayreena mencebik sebelum menunjukkan segempal penumbuk
kearah Pak Kasim.Pak Kasim tersentak sebelum tersenyum malu didepan Pak Imam.
‘Aduh!Mana
pula MakSu ni.Dah nak mula akad nikahnya ni’Khayreena bersila sambil memangku
dagunya.Kejap-kejap kelapanya digaru.Habis sanggul yang diletakkan diatas
rambutnya.Mekap yang ditepek dimukanya di lap kasar.Rimas betul.Tubuhnya digaru
seperti monyet.Terasa gatal-gatal macam ada ulat yang sedang merayau-rayau
ditubuhnya.Mana pernah dia pakai baju macam ini seumur hidupnya.Kalau dia pakai
itu pun semasa Hari Raya Aidilfitri.Kalau tidak memang dalam almarilah
tempatnya.Memang susahlah nak tengok si Khayreena ni memakai baju Kurung.Yang
dia tahu pakai baju T-shirt ala-ala jantan dengan seluar Jeans lusuh dan lagi
satu topi kapok dia yang tidak pernah lekang diatas kepalanya.Masakan minah
Romeo disuruh menjadi Juliet.Memang hancurlah jadinya.
‘Aduh!Maksu..Cepatlah
datang..’Renggek Khayreena didalam hati.Dia memandang Pak Imam yang sedang
bercakap-cakap dengan Pak Kasim bakal suaminya.Khayreena membuat muka loya.Nak
termuntah rasanya melihat muka Pak Kasim ni.Tak sedar agaknya yang Khayreena ni
dah pangkat cucu padanya ada hati nak buat bini.Khayreena mengeliat geli
geleman mengenangkan apabila terpaksa menjadi bininya.
‘Mampus!Mampus!’Khayreena
menggeleng berkali-kali.Memang tidak pernah dalam fikirannya untuk menjadi
isteri buat masa sekarang.Yang ada difikirannya hanyalah menyambung pelajaran
sehingga berjaya.Selama ini hanya Maksunyalah yang selalu menyokong segala
impian dan keinginannya.
‘MakSu
tolong!Khay tak nak kahwin dengan orang tua ni..’
Khayreena
mula gelisah apabila Pak Imam mula berjabat tangan dengan Pak Kasim.Matanya
terbeliak seperti ternampak hantu.Wajahnya berubah pucat serta merta.Tidak
dapat dia bayangkan apa yang bakal terjadi selepas ini jika dia terpaksa
bergelar isteri kepada lelaki tidak sedar diri ini.
“Tidak!Tak
Mahu!”Jerit Khayreena kuat memeranjatkan semua orang yang berada didalam
rumahnya.Semua mata terarah kepadanya.Mulut Khayreena yang tergangga dikatup
pantas.Dia tersenggih malu.Tidak sangka dia boleh terjerit begitu
kuat.Fikirannya hanya sekadar dalam hati.Tetapi bagus juga dia buat begitu
dapatlah dia melenggah-lenggahkan masa.Tanggannya diangkat tanda meminta maaf.
“Kau
ni dah kenapa”
Puan
Hasnah,Ibunya mencuit peha Khayreena perlahan.Dia yang duduk disebelah
Khayreena terkejut mendengar jeritan Khayreena yang tiba-tiba.Nasib baik dia
tidak ada sakit jantung kalau tidak mungkin dah jalan.Sabar sahajalah.Hasnah
mengusap dadanya.
Semua
kembali kepada keadaan asal.Pak Kasim tersenyum lebar tatkala Pak Imam mula
mengeluarkan kata-kata keramat untuk menikahinya.Baru sahaja dia mahu membuka
mulut untuk menyahut kata-kata Pak Imam dia disergah seseorang.
“Hentikan
Majlis Pernikahan ni!”Jerit seorang wanita dengan lantangnya sambil bercekak
pingang didepan pintu.Di sebelahnya turut berdiri seorang wanita yang lebih
muda dan dibelakang mereka pula berdirinya Salmiah yang mula menyelinapkan
dirinya disebalik orang-orang ramai untuk melarikan diri.Khayreena yang mula
merasakan hidupnya sudah berakhir kembali segar semula.Terasa rohnya masuk
selepas mendengar jeritan wanita yang sudah separuh abad ini.Dia tersenyum
lebar tatkala terpandang Salmiah.MakSunya menunjukkan ibu jari kepadanya.Dia
membalas.Kenyitan mata dihadiahkan.Bagus!
“Awak
ni siapa?”Soal Pak Imam pelik.
Kini
wajah Pak Kasim pula berubah pucat.Kalau ditores pasti tiada darah punya.Wanita
itu mendekati Pak Kasim.Dia berdiri betul-betul dihadapan Pak Imam.Langkahnya
diikuti wanita yang seorang lagi.Mereka sama-sama mencekak pinggang.Wajahnya
benggis sekali.Kepala Pak Kasim terperosok kedalam seperti kura-kura
ketakutan.Mana tak takut kalau kedua-dua bininya datang menyerang kemajlis
perkahwinannya yang ketiga.Tak kemati dia lepas ni.
“Habis-habis”Pak
Kasim menggelengkan kepalanya.Pak Imam memandang pelik.
“Apa
dah jadi ni”Dahi Pak Imam berkerut seribu.Pening kepala dia.Macam-macam hal.
“Saya
Kamisah Isteri pertama dia Pak Imam”Kata wanita yang menjerit tadi.Jarinya
ditunding kearah Pak Kasim sambil sebelah lagi mencekak pingang.
“Saya
pula Salbiah,Isteri kedua dia”Wanita yang berada disebelah kiri Pak Kasim juga
turut melakukan perkara yang sama.Kini Pak Kasim duduk bersila diantara
kedua-dua isterinya.Perlakuaannya seperti persalah yang akan terima hukuman
gantung selepas ini.
“Jadi
kamu berdua ni isteri pertama dengan isteri kedua dia lah yek”
Pak
Imam turut menunding jari kearah Pak Kasim.Hanya anggukan dibalas mereka.
“Jadi
apa motif kamu datang kesini?”
“Untuk
membatalkan majlis pernikahan inilah”Jerkah Kamisah.Salbiah hanya
mengangguk.Apa punya soalanlah Pak Imam ni.Kening Kamisah bercantum merenung
suaminya.
Mereka
yang terkejut mendapat khabar berita daripada Salmiah bergegas kekampung
Khayreena untuk menghalang perkahwinan antara Khayreena dengan
suaminya.Cukuplah mereka berdua menjadi
madu.Tidak sanggup rasanya nak bermadu lagi.Yang dua ini pun suaminya tidak
mampu uruskan inikan tiga orang isteri nak diuruskan.Tidak tahulah apa
jadinya.Pak Kasim dipandang tajam.Lengan baju disinsing.
“Hebatlah
MakSu datang tepat pada masanya”Khayreena mengapati Salmiah yang sudah jauh
berdiri daripada mereka.Dia ketawa kecil melihat drama yang berlaku dirumah
Kakaknya.Dah lama rasanya dia tidak tengok drama sensasi macam ni.Nasib baik
dia sempat datang.Kalau tidak memang arwahlah Khayreena lepas ni.Pecut habis
dia tadi sebab nak sampai tepat pada masanya.Sayang betul dia pada
Khayreena.Dia tersenyum.
“Tengoklah
MakSu siapa”Salmiah menepuk dadanya megah.Keningnya diangkat sebelah.Khayreena
menutup mulut menahan tawa.Geli hati melihat perlakuan Salmiah.
“MakSu
KhayReena lah..”
“Tahu
pun”
Khayreena
dan Salmiah berpelukkan.
“Kau
balik!ini jek keja kau yek..Tak tahu agaknya nak jaga anak bini kat
rumah.”Pekik Kamisah.Telingga Pak Kasim ditarik agar berdiri setaraf
dengannya.Pak Imam yang masih duduk bersila sudah menepuk dahi sambil
menggeleng laju.Khayreena dan Salmiah menekup mulutnya kerana tidak dapat
menahan tawa apabila melihat Pak Kasim ditarik telinganya keluar daripada rumah
Khayreena.Yang tidak boleh tahan tu kedua-dua belah telinganya ditarik oleh
kedua isterinya.Padanlah muka.
“Mengatal
lagi nak kahwin yekk..Anak-anak kat rumah tu tak nak dijaganya.Kat sini anak
orang pula nak dijaga.Tak sedar diri tu dah tua”Kamisah memulas telinga Pak
Kasim.Mengerang kesakitan orang tua tu.Semua yang melihat agenda mereka sudah
ketawa terbahak-bahak.Lebih-lebih lagi Khayreena dengan Salmiah.Mereka ketawa
tidak berhenti-henti.Segala rancangan mereka berdua sudah berjaya.Khayreena
menepuk tangan Maksunya.Dia betul gembira.Tetapi tanpa mereka sedar sepasang
mata sedang merenungnya tajam.Pak Dolah,Bapa tiri Khayreena merenung mereka
berdua tanpa berkelip.Matanya dibesarkan merenung mereka berdua.Mungkin dia
dapat bau ini semua rancangan mereka.Wajahnya dibenggiskan.Khayreena dan
Salmiah menelan air liur.Kelat.Habislah mereka selepas ini.
***************************
“Aku
dah agak dah semua ni pasti rancangan kau”Herdik Pak Dolah kepada Salmiah.Wajah
salmiah dialihkan ketempat lain.Tidak berminat dia mahu memandang wajah abang
iparnya yang berlagak bagus ni.Khayreena yang berdiri sambil menyandarkan
badannya kedinding bersebelahan biliknya.Wajah Pak Dolah dipandang.Benggis.
“Apa
masalah kau sampai sanggup buat majlis perkahwinan Khayreena dibatalkan..”Pak
Dolah beralih ketingkap rumah.Tanggan diletakkan diatas pagar tingkap kayu.Dia
mendengus.Salmiah pula hanya membuat muka tidak bersalahnya.
“Kenapa
kau buat macam ni Sal”
Hasnah
mula bersuara memecah sepi diantara mereka.Masing-masing melayan
perasaan.Khayreena hanya merenung lantai.Tidak berani untuk bersuara.
“Salah
ke Sal buat semua ni kak?”Wajah Husnah dipandang Salmiah.Kemudian dia beralih
memandang abang iparnya pula yang sedang memandang luar jendela.
“Sal
lakukan semua ini kerana nak menyelamatkan Khayreena.Sal tak nak dia jadi madu
orang.Khayreena masih muda.Sal tak nak hidup Khayreena hancur kerana terpaksa
berkahwin dengan orang tua tu.”Salmiah meluahkan apa yang terbuku dihatinya
selama ini.Wajah kakaknya dipandang.
“Itu
bukan masalah kau.Yang kau pergi sibuk hal kami ni kenapa?”
Tingkap
jendela diketuk kuat.Terjongket bahu masing-masing.Dolah mendekati Salmiah.
“Kau
fikir Khayreena ni macam kau.Tak kahwin sampai sekarang.Kau nak Khayreena tu
jadi macam kau ke.Anak dara tua”Herdik Dolah menyentakkan Salmiah.Dolah
dipandang sipi.Nak sahaja tangannya dilayangkan kemuka Abang iparnya.Tapi dia
masih waras untuk bertindak sesuka hati.Imannya masih kuat. Salmiah berdiri.
“Saya hormat abang sebab abang suami kakak saya.Abang
jangan naikkan darah saya.Jangan nak samakan saya dengan Khayreena.Dia lain.Dia
masih muda.Abang jangan nak pergunakan Khayreena demi kepentingan abang
sendiri.”
“Abang
fikir Khayreena ni apa?Anak patung yang senang-senang dijual beli oleh abang.Dia
juga ada harga diri.Pernah abang fikir perasaan dia selama ini.Abang tahu tak
abang ni memang suami yang tak guna!Bapa yang tidak betanggung jawab!”
Salmiah
menghamburkan segala kemarahannya.Batas kesabaran Salmiah sudah sampai
kemuncak.Tidak dapat lagi dia menyimpan segala amarahnya terhadap abang
iparnya.Abang iparnya memang lelaki yang tidak berguna yang dia tahu mengunakan
orang untuk kepentinggannya sendiri.Dolah yang panas telinga mendengar
kata-kata Salmiah sudah mengangkat tangan tetapi pantas dihalang Khayreena yang
datang tiba-tiba.
“Jangan
guna kekerasan untuk menyelesaikan masalah ni”Perlahan sahaja bicara Khayreena
tetapi keras.Dia memandang bapa tirinya tajam.Jangan fikir selama ini dia diam
bapa tirinya boleh melakukan sesuka hati.
“Jangan
sesekali Pak Dolah nak angkat tangan Pak Dolah tu ke muka MakSu.Pak Dolah tak
layak nak menyentuh MakSu”Sinis sekali kata-kata Khayreena.Tangan Dolah
dilepaskan.Ibu Khayreena yang terkejut dengan tindakan suaminya turut berdiri
untuk menghalang.Takut perkara ini berlarutan.Dia faham benar perangai suami
dengan anaknya.Dari dulu mereka memang tidak sebulu.Khayreena dan suaminya
kedua-duanya panas baran.Pantang dicabar tapi dia tahu dihati Khayreena masih
ada kelembutan.Pantas tangan suaminya dipegang.
“Sudahlah
bang”
Husnah
cuba menenangkan suaminya.Tangannya ditepis kasar.Khayreena memeluk tubuh.Hanya
mendengar.
“Abang
jangan ingat Sal tak tahu yang abang dapat ganjaran besar daripada Pak Kasim
kalau abang kahwinkan Khayreena dengan Pak Kasim.Sal dah tahu semuanya
bang”Sambung Salmiah masih tidak berpuas hati.Dia tidak takut sedikit pun
dengan abang iparnya.Mata Khayreena membutang mendengar kenyataan
MakSunya.Wajah Dolah dipandang.Ibunya yang berada disisi juga ditenung meminta
penerangan.
“Betul
ke ibu?Pak Dolah?”
Husnah
sudah berubah pucat.Wajah suami dipandang.Pak Dolah pula hanya membuat muka
tidak bersalahnya.Salmiah memaut pergelangan Khayreena.Dia faham apa yang
sedang dirasai Khayreena.Pasti kecewa.Ibunya dan bapanya sanggup menjual dia
demi kepentingan diri.Dia fikirkan bapa tirinya seorang sahaja yang jahat
rupanya ibu dia juga sanggup melakukan itu semua semata-mata kerana
duit.Khayreena berdesis.
“Sampai
hati ibu dengan Pak Dolah.Sanggup menjual Khay dekat jantan keparat
tu.”Khayreena mentempeliaskan kemarahannya.Jari telunjuknya ditunding ketepi.
“Ibu
tahukan Khay sayang ibu.Khay ikut sahaja arahan ibu sebab nak jaga hati
ibu.Tapi pernah tak ibu faham perasaan Khay?”
Hasnah
menunduk mendengar kata-kata Khayreena.Air mata menitis sayu.Dia merasa bersalah
dengan anak sulungnya.Khayreena mengetap bibirnya.Hatinya berasa
sebak.Tangannya digempal.Bila-bila masa sahaja tangannya melayang kemuka Pak
Dolah.Sebab lelaki inilah hidupnya hampir hancur.Ibunya pun sanggup menjual
dirinya sebab lelaki ini.Khayreena benci dengan bapa tirinya.
“Khayreena..Ibu..Ibu
minta maaf”Terketar-ketar Hasnah mengucapkan kata maafnya.Khayreena desis
sebelum mengalihkan pandangannya ketempat lain.
‘Sampai
hati ibu!’Hati Khayreena rintih sayu.Adik beradiknya yang sedang duduk didalam
bilik menjenggahkan kepala mereka mengintai apa yang berlaku.Khayreena mengelap
mukanya kasar.Air mata yang mengalir laju diseka.
“MakSu!”Khayreena
memanggil Salmiah.Salmiah menoleh.
“Khay
nak ikut MakSu”
Dolah
dan Husnah terbeliak.Salmiah hanya mengangguk lantas tersenyum sebaris.Dia
memegang bahu Khayreena lembut.
“Macam
mana dengan Majlis perkahwinan ni?”Dolah bersuara setelah lama
menyepi.Khayreena tersenyum sinis sebelum mendekati bapa tirinya.
“Itu
bukan masalah Khay.Pandai-pandailah Pak Dolah uruskan.Lagipun Khay tak dapat
merasa sedikit pun duit ganjaran yang Pak Kasim bagi.Semuanya Pak Dolah yang
tolong habiskan.Jadi apa salahnya kalau Pak Dolah sahaja yang kahwin dengan Pak
Kasim tu”
Salmiah
ketawa kecil mendengar jenaka Khayreena.Dalam keadaan macam ini pun Khayreena
masih sempat membuat lawak.Pak Dolah baran.Baru sahaja dia mahu membalas Husnah
menghalang.
“Khayreena
tak baik cakap macam itu dekat Pak Dolah”Marah Husnah.Dia pula panas telinga
mendengar kata-kata anaknya.
“Sudahlah
ibu.Khay dah malas nak fikir.Khay pergi dulu”Khayreena masuk kedalam biliknya
diikuti Salmiah.Tidak sampai beberapa minit mereka keluar semula.Khayreena
mendekati ibunya.Tangan ditarik sebelum dicium lantas dia menuju ketangga
rumahnya.Salmiah sudah berada ditepi kereta MyVi nya.
“Khay
pergi dulu”Tanpa menoleh Khayreena turun menuju ke kereta MakSunya.Husnah
mengikuti.
“Khayreena
nanti dulu!”Jerit Husnah tetapi dudah tidak berguna kerana kereta Salmiah sudah
meluncur laju keluar daripada perkarangan rumahnya.Pak Dolah mendengus
kasar.Segala rancangannya sudah hancur lebur.Nampaknya segal hutang piutangnya
harus dilangsaikan.Duit yang dia ambil turut harus dipulangkan.
‘Tak
guna punya budak’Dolah menghentak badan kerusi dengan telapak tangannya.Husnah
menoleh kearah suaminya sebelum mengeluh.
*****************************
Kedengaran
pintu bilik diketuk dari arah luar.Suara Salmiah menjerit memanggil Khayreena
dan telah menganggu lenanya.
“Khay!Bangun.Dah
pukul berapa ni.Kamu ada kelaskan hari ni”
Salmiah
mengetuk pintu bilik Khayreena bertalu-talu.Geram dia mengejut orang tidak reti
nak bangun.
“Khayreena
Najwa!MakSu cakap dengan kamu ni.Bangunlah”
“Okey.Okey.Khay
bangunlah ni”Khayreena mengeliat sebelum bangun dari baringan.Dia mengaru
rambutnya yang kusut masai.Mulut yang menguap dikatup.Mengantuknya.
“Dah.Dah
bangun.Karang lambat”
“Baiklah
Mem besar”Jerit Khayreena perlahan dari dalam biliknya.Salmiah yang berada
diluar tersenyum mendengar jeritan Khayreena.Selalu macam ni.Liat sangat nak
bangun pagi.Perangai macam jantan.Tak tahulah dia Khayreena ni ikut perangai
siapa.Degil semacam.Nasib baik dengan dia tidak banyak songgeh.
Salmiah
mengeleng sebelum menuruni tangga menuju kedapur.Nasi goreng yang sudah siap
digoreng diletak kedalam mangkuk.Air soya dituang pula kedalam cawan.Kerusi
ditarik sebelum melabuhkan dudukkannya.
“Sedapnya
bau.MakSu masak apa?”Soal Khayreena.Dia menarik nafasnya dalam sebelum
melepaskannya.
“Nasi
goreng”Balas Salmiah sambil meneguk air soya.Khayreena mengambil tempat
didepannya.Nasi goreng diceduk kedalam pinggan.Salmiah hanya melihat perlakuan
Khayreena.
“Kenapa
MakSu tengok Khay macam tu?”Soal Khayreena pelik.Tiba-tiba sahaja memandangnnya
atas bawah.Rimas pula dia rasa.
“Sampai
bila Khay nak macam ni”Soalan cepumas yang diberikan Salmiah menyedakkan
Khayreena.Habis tersembur nasi yang baru masuk kedalam mulutnya.
“Eish..Kamu
ni makan macam budak-budak.Tersembur bagai”
Salmiah
menghulurkan sehelai tisu dan secawan air soya kepada Khayreena.Huluran
disambut.
“MakSu
lah tanya soalan maut.Mana tak tersedak”
Kening
Khayreena bercantum.Pagi-pagi lagi dah kena serbu dengan soalan bikin maut
ni.Potong stim betullah.Salmiah ketawa kecil.
“Soalan
maut kamu cakap.MakSu dah selalu cakap dekat kamu pasal hal ni.Masa yang sama
kamu ambil mudah saja.Letih dah MakSu cakap”
“Ala..MakSu
ni.Tak rock lah.”
“Banyaklah
kamu punya rock.Bila kamu nak jadi macam perempuan ni?Dah banyak MakSu belikan
kamu baju perempuan tapi baju lelaki juga yang kamu pakai.Khayreena!Khayreena!”
Salmiah
mengeluh melihat keletah Khayreena yang bersahaja memakai pakaian lelaki.Dengan
topi bentuk gitar diatas kepalanya.Headphone yang tergantung dilehernya.Dah
tiada rupa perempuan dah rupa dia.Salmiah mengeleng.
“Aduh
MakSu ni..”Khayreena menepuk dahinya.Topi yang dipakai dipusingkan kebelakang.
“Nanti
kalau Khay dah sedia nak pakai semua tu Khay pakai okey.MakSu tak payahlah nak
membazir air liur membebel dekat Khay.Khay tahulah nak uruskan diri
Khay”Sambungnya lagi.Suapan disambung semula.Dia tersenggih melihat mata
Salmiah yang membutang.
“Aish..Susahlah
cakap dengan kamu ni Khay”
“Macam
tu tak payah cakap”potong Khayreena.Dia ketawa terbahak apabila Salmiah
menjengkelkan matanya.
“Lek
lah MakSu.Suatu hari Khay pasti akan berubah juga.Percayalah.”
“Tapi
bila?”
“Sehingga
Khay jumpa manusia yang mampu merubah kehidupan Khay”Balas Khayreena
spontan.Hujung sudu digigit.Dia tersenggih.Tidak pasti dengan apa yang dia cuba
katakan.Tapi yang dia tahu dia pasti akan ada manusia yang mampu
merubahnya.Salmiah mengeluh.
“Harap-harap
adalah manusia seperti itu”Doa Salmiah sambil menadah tangannya.Tidak sanggup
dah dia melihat kelakuan Khayreena yang persis lelaki ni.Rasa macam tinggal
dengan lelaki pula.Nasib baik Khayreena ni rambutnya panjang tidak
pendek.Tetapi yang dia pelik kenapa Khayreena mahu menjadi lelaki sedangkan dia
mempunyai rupa paras yang cantik.Khayreena dipandang.Rambutnya yang panjang
dimasukkan kedalam topi.Kalau tengok sekali imbas memang serupa lelaki.Apalah
nasib dia dapat anak buah yang degil macam ni.Keluhan berat diluahkan.
*********************
“Woi!Khay.”
Khayreena
disergah dari arah belakang.Khayreena tersentak.Sikunya sudah diangkat mahu
menyiku orang yang menyergahnya.
“Wowowo..Rilek!rilek!”Farnina
menahan siku Khayreena yang hampir mengenai perutnya.Nasib baik sempat
tahan.Kalau tidak ada yang muntah darah lepas ni.Khayreena ni bukan boleh buat
main.Dia ni jenis main terjah jek.Ganas betul.Kedengaran Khayreena mendengus.
“Kau
apahal main sergah-sergah aku!Dah tak ada kerja lain ke?”Marah Khayreena.Dia
menarik headphone yang melekap ditelingganya dan digantungkan
kelehernya.Farnina tersenggih.
“Maaflah
bro.Wa gurau jek”Farnina mengangkat tangannya sebelah paras kepala.Khayreena
mendengus lagi.Buku yang berada diatas mejanya diconteng.Serabut betul kepala
dia.Kata-kata MakSu masih tergiang-giang ditelinganya.Semakin dia menguatkan
lagu didalam IPOD nya semakin kuat pula kata-kata Maksunya bermain
difikirannya.Dah gila agaknya dia ni.Khayreena mengosok kepalanya kasar.Kening
Farnina bercantum.
“Kau
ni apasal?Kusut jek aku tengok”Farnina mengambil tempat didepan
Khayreena.Begnya diletakkan diatas meja.Wajah rakan baiknya dipandang.
“Tak
ada apa-apalah”Balas Khayreena.Dia mengalihkan pandangannya ketempat
lain.Farnina tersenggih.Sambil jari telunjuknya diangkat dan dihala kemuka
Khayreena.
“hekhekhek..Kau
bocor ea”
“Kepala
hotak kau”
Khayreena
mengetuk kepala Farnina kuat.Mengerang kesakitan Farnina.Naik pusing kepala dia
lepas kena ketuk dengan Khayreena.Tangan macam batu.Keras.Patutlah juara Silat
peringkat Kebangsaan.
“Sakitlah
Khay”Ngaduh Farnina sambil memgosok kepalanya yang birat.
“Siapa
suruh mulut tu cabul sangat”Khayreena menghentak muncung pen diatas
meja.Sudahlah kepala tengah kusut lagi nak kusutkan dengan lawak bodoh dia.Kan
dah kena sebijik.
“Maaflah
aku bergurau aje”
“yela”
“Kau
kenapa ni?Ada masalah besar ke?”
Farnina
memeluk begnya kemudian diletakkan kepalanya diatas beg tersebut.Khayreena
menggeleng.
“Tipulah
kau ni.Macam aku tak tahu perangai kau.Ni kalau angin tiba-tiba ni mesti tak
lain.Kalau tak bocor pasti ada hal yang membabitkan jiwa kau ni”Teka
Farnina.Dia menongkat dagunya diatas meja.Faham benar dia dengan sikap
Khayreena.Hampir setahun dia mengenali Khayreena.Sikapnya,perangainya hampir
kesemuanya dihafal Farnina.Jadi tiada apa yang dapat disembunyikan Khayreena
daripada pengetahuannya.Kawan sejatilah katakan.
“Betullah
tak ada apa-apa”Ujar Khayreena berdalih.Dagunya dipangku.
“Kalau
kau ada masalah kongsilah dengan aku Khay.Macamlah kita baru kenal semalam”
Farnina
memegang tangan Khayreena.Ketukkan Khayreena terhenti.Dia terdiam.Wajah Farnina
dipandang.
“Kalau
aku cakap dengan kau.Kau jangan ketawakan aku okey”Khayreena menunjukkan jari
telunjuknya tanda amaran.
“Okey
promise”
Farnina
mengangkat tangannya.Jari kelingking mereka bertaut.
“MakSu
aku tu..”
“Kenapa
dengan MakSu kau?”
“Dia
suruh aku jadi perempuan”Sayu sahaja kata-kata Khayreena.Dia mencebik.Mulut
Farnina terlopong.
“Dia
suruh kau jadi perempuan..ha ha ha”Tawa Farnina meletus setelah mendengar kata
Khayreena.Semua mata memandang kearah mereka akibat terlalu kuat
ketawa.Khayreena mengecilkan biji matanya.Pen yang dipegangnya dibaling tepat
mengenai dahi Farnina.Hilang segala tawanya.Mati begitu sahaja.Wajah Khayreena
yang berubah benggis dipandang.Dia tersenggih.
“Maaflah
aku tak sengaja.Aku kelakarlah..”
“Apa
yang kau kelakarkan sangat”Khayreena mengetap giginya.
“MakSu
kaulah.Suruh kau jadi perempuan.Selama ni kau bukan perempuan ke?”Farnina
menyambung tawanya.
“Kau
memang dah lebihkan”Khayreena menghentak meja kuat.
“Ha
ha ha ..Okey.Okey.Aku faham maksud kau.Aku rasakan betullah apa yang MakSu kau
katakan tu.”
“Apa
yang betul?”Khayreena menjengkilkan matanya.
“Jadi
perempuan”Farnina ketawa kecil.
“Dahlah
kau.Cakap dengan kau ni buat sakit jiwa aku jek.Aku belah dululah”Khayreena menyusun
bukunya yang berada diatas meja lantas dimasukkan kedalam beg.Dia
berdiri.Headphone yang tergantung dilehernya diangkat ketelinga.Dia senyum
sengget.
“Chow!”
Khayreena
mengangkat tangannya sebelum melangkah meninggalkan Farnina yang termangu
sendiri.Farnina tersenyum sebaris sebelum mengejar Khayreena.
“Khay
kau nak pergi mana?”Tangan Khayreena dipaut.
“Cafe”
“Ikut.”Khayreena
hanya menyepi.Menggeleng tak mengangguk pun tak.Farnina mencebik.Merajuklah tu.
**********************
Langkah
Khayreena terhenti tatkala sepasang cermin mata jatuh betul-betul dihadapan
kakinya.Farnina yang mengikuti langkah Khayreena turut berhenti mengejut.
“Kau
kenapa berhenti tiba-tiba ni..Terkejut aku”
Farnina
memandang Khayreena yang membatu.Soalannya tidak diendahkan.Khayreena menarik
headphonenya.Dia memandang sekumpulan gadis sedang seronok ketawa
berdekah-dekah mengelakkan seorang gadis yang sudah terbaring diatas lantai
dengan kepalanya basah disimbahi air.Gadis itu menanggis teresak-esak.Khayreena
membongkokkan badannya lalu cermin mata yang jatuh dikakinya dicapai.
“Eh!perempuan..Kau
tak sedar diri ke nak mengurat Erman.Sedarlah diri tu.Muka dahlah buruk.Pakai
cermin mata besar dah macam belalang dah aku tengok kau tau”Tisha ketawa galak
sambil menunjal-nunjal kepala gadis yang duduk terlepot diatas
lantai.Rakan-rakannya ketawa sinis.Masing-masing berpeluk tubuh.
“Sedarlah
diri kau tu.Erman tak akan pandang perempuang macam kau ni”Sampuk Alina pula
dengan lagaknya.Mereka tersenyum sinis.Khayreena dan Farnina hanya memerhati
dari jauh.Gadis itu mengelap air matanya sambil cuba untuk berdiri.
“Kau
nak pergi mana?Jangan ingat kau boleh lari.Aku masih belum puas lagi dengan
kau”Tisha memaut kuat pergelangan Nadia,mangsa bulinya.Nadia cuba melepaskan
diri tetapi pegangan Tisha lebih kuat.Rakan-rakannya yang lain turut memegang
Nadia.Tisha menuju kemeja makannya.Air jus oren yang masih penuh dicapai.Dia
tersenyum sinis sebelum menuju kearah Nadia.
“Kalau
kau nak tahu benda yang paling sesuai dengan kau adalah benda ni”Tisha
mengangkat gelas yang dipegangnya tinggi sebelum cuba mahu menuang keatas
kepala Nadia.Rakan-rakannya yang lain sudah ketawa galak.Nadia meronta minta
dilepaskan tetapi rayuan Nadia tidak langsung menusuk kehati mereka.Semua
pelajar yang berada disitu tidak dapat berbuat apa selain daripada melihat
sahaja kelakuan mereka.Tisha seorang gadis kaya yang bongkak,sombong dan
merasakan semua orang berkawan dengannya kerana dia berkuasa dan merasakan
dirinya popular.Dia terlalu megah.Dia tersenyum sinis.
“Rasakan
ni”
Belum
sempat Tisha menuang air tersebut keatas kepala Nadia gelasnya dirampas.Tisha
tersentak lantas menoleh.Khayreena tersenyum sumbing sebelum menuang air
tersebut keatas kepala Tisha.Semua mata terbeliak melihat kelakuan Khayreena
yang selamba badak tu.Lebih-lebih lagi Farnina.Mulutnya terganga besar.
“Apa
yang kau buat ni!”Jerit Tisha sambil mengibas-gibas tangannya yang melekit.Dia
menarik rambutnya yang basah.Penat sahaja dia pergi ke salon semalam.Khayreena
tersenyum sinis sebelum memandang satu persatu rakan Tisha.Pegangan mereka
dipandang.Pantas tangan dilepaskan.Nadia tercunggap menahan esak.Farnina
mendapatkan Nadia.Semua orang mengeruni mereka.
“Tuang
air atas kepala kau”balas Khayreena sambil memeluk tubuh.Dia tersenyum
sinis.Keningnya terangkat sebelah.Gelas yang berada ditangannya diletakkan
diatas meja.
“Kau!”
Tisha
menunding jarinya kemuka Khayreena.Dia mengetap gigi.Tubuhnya mengigil sebab
kesejukkan.Wajah Khayreena dipandang tajam.Khayreena membuat muka.
“Aku
kenapa?”
“Kau
memang tak guna!Budak tomboy!”Pekik Tisha geram.Dia mengengam tangannya.
“Habis
kau tu bergunalah yek”
Khayreena
menarik topinya kebawah.Dia menoleh memandang orang yang mula mengelilingi
mereka.Khayreena menekup kepalanya.
‘Aduh!Apa
aku dah buat ni’
Khayreena
merasakan dirinya telah tersalah langkah.Apasallah dia boleh menjejakkan
kakinya kemari.Kalau dia tahu semua ini nak jadi malas dia nak datang
kesini.Dia memang manusia yang tidak suka orang lain ditindas.Itu memang
pantang nenek moyang dia.Masalah!Masalah!Khayreena menggeleng.
“Kau
tunggulah balasan kau budak Tomboy”Jari telunjuk Tisha jatuh.Khayreena
mengangkat kedua-dua tangannya.
“Silakan!”Cabar
Khayreena.Tisha mendengus kuat sambil menghentakkan kakinya.Dia berlalu
pergi.Sempat Khayreena memaut tangannya.
“Jangan
kau fikir kekayaan kau boleh melakukan apa sahaja yang kau suka.Kau perlu ingat
harta tu Mak dengan bapak kau yang cari bukan kau.Kerja kau hanya reti
menghabiskan aje.Jadi jangan nak sombong sangat.”Khayreena melepaskan
pegangannya sebelum berlalu menuju kearah Farnina dan Nadia.Dia membantu Nadia
yang masih dalam ketakutan.Tisha memandang Khayreena tajam.Dia mengigit
bibirnya.Khayreena menoleh sebelum meninggalkan cafe tersebut.Tangannya
dilambaikan menaikkan lagi api kemarahan Tisha.
“Geramnya
aku!!”Tisha menjerit sambil mengibas tangannya.Rambutnya yang sudah melekit
dipegang.Hatinya membuak-buak.Tahulah dia nak buat apa.Khayreena telah menjolok
sarang tebuan jadi terimalah akibatnya.
BERSAMBUNG... :D
Best!! Bila nak sambung??
ReplyDelete