OLEH: LELA VANILA
“Siah!Siah!Buka
pintu ni?”Kedengaran pintu rumah Samsiah diketuk bertalu-dari dari arah
luar.Samsiah yang sedang enak dibuai mimpi terjaga.Dia mengosok matanya yang
terpisat-pisat.Siapa pula yang menganggu tidurnya malam-malam ni?Anak-anaknya
yang sedang tidur disebelah seakan-akan tidak terganggu sedikit dengan ketukan
itu.Samsiah menepuk lembut peha anak-anaknya agar mereka tidak terganggu dengan
ketukan itu.
“Siah!bukalah
pintu ni”Ketukan semakin kuat diketuk.Pantas Samsiah turun dari katilnya.Kalau
dibiarkan mahu pecah pintu dia dibuatnya.Mulut yang menguap ditutup dengan
sebelah tangan.Rambut yang dilepas diikat sanggul.Dengan longlai dia melangkah.
“Siapa pula
kacau malam-malam buta ni”Ngomel Samsiah.Jam di dinding dikerling.
“2 pagi!?”Mata
Samsiah terbeliak.Kakinya diatur menuju ke pintu.Ketukan masih tidak hilang
dari berbunyi.Pasti suaminya yang baru pulang.Tapi kenapa lewat sangat.Kemana
dia pergi?Samsiah mula tidak sedap hati.
“Apasal lambat
sangat kau buka?”Kedengaran suara Roslan keras menyoal Samsiah yang termangu
memandangnya.Bayi yang dikendong Roslan dipandang.Keningnya terangkat.
“Anak siapa ni
bang?”Soal Samsiah yang masih mamai.Dia mengosok-gosok matanya dan sesekali
menutup mulutnya yang menguap.
Roslan tidak mengendahkan
soalan isterinya.Pantas dia melangkah masuk menuju kesebuah kerusi usang lalu
diletakkannya bayi tersebut diatas kusyen.Bayi itu kelihatan sedang lena tidur
sambil mengisap ibu jarinya.Kelihatan polos sekali.Roslan menuju kebilik lalu
mengambil sehelai kain batik lalu membalut bayi itu.Samsiah pula masih berdiri
dimuka pintu sambil memandang bayi itu serong.Dahinya berkerut.Tiba-tiba rasa
menyampah pula bila melihat suaminya melayan bayi itu lebih-lebih.
“Yang terconggok
dekat situ kenapa?Tutup pintu tu”arah Roslan tegas.Samsiah hanya menurut.Dia
mencebik.Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju kearah suaminya yang masih
ralit melayan bayi yang sedang tidur itu.Dia mengambil tempat duduk menghadap
suamainya.Terbit rasa cemburu dihatinya.Selama ini suaminya tidak pernah
melayan anak-anaknya sebaik ini.Siapa budak ni?Samsiah mengetap bibir.Soalan
itu asyik berlegar-legar difikirannya.
“Anak siapa
ni?Kenapa abang bawa dia balik sini?Mana mak bapak dia?”Soalan demi soalan
ditujukan Samsiah kepada suaminya dengan satu nafas.Terasa lega dapat meluahkan segala yang terbuku
dihati.Roslan dipandang.Lelaki itu masih berdiam.Satu soalan pun tidak dijawab
Roslan.Samsiah mengusap tangannya yang kesejukkan.Hatinya membara.
“Abang saya
tanya ni siapa budak ni?Abang pekak ke?”Suara Samsiah sudah sedikit
meninggi.Dia berdiri menghadap suaminya.
“Awak kalau
cakap tu perlahan-lahan boleh tak!Anak-anak sedang tidurkan”Roslan menutup
mulut isterinya yang lancang.Dalam hati nak saja tampar kasi diam.Nasib baik
dia masih ada kesabaran dalam diri.Samsiah duduk kembali.Dia mendengus.Dia
tidak akan berpuas hati selagi suaminya tidak memberi tahu siapa budak yang
dibawanya.
“Budak ni anak
kawan abang.Dia amanahkan abang untuk jaga anak dia..”Perlahan saja Roslan
berkata tetapi masih didengari Samsiah.Mata Samsiah membutang.Amanah?
“Kenapa abang
pula nak jaga dia?Anak sendiri tak terjaga nak jaga anak orang..”Samsiah
berkata sinis memperlekehkan suaminya.Mana tidaknya,mereka pun makan pagi kais
pagi,makan petang kais petang ini nak bagi anak orang makan.Nak bagi anak-anak
makan apa?Makan pasir?ingat pasir tu
beras ke sedap-sedap nak bagi makan begitu saja.Samsiah memandang suaminya
tajam.
“Tahulah saya
nak jaga anak-anak saya macam mana?Lagi satu budak ni bukan beban bagi kita
tapi dia rezeki yang tuhan beri pada kita.Allah amanahkan saya untuk perlihara
budak ni..Ibu bapa dia tidak sempat untuk menjaganya.Allah lebih sayangkan
mereka,Jadi saya sebagai sahabat harus membantu sahabat saya apabila mereka
dalam kesusahan..”Lirih sekali suara Roslan.Matanya bergelinagan.Teringat dia
akan kata-kata sahabatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Lan..Aku
amanahkan anak aku ini pada kau.Jagalah dia seperti anak kau sendiri.Aku dah
tak lama Lan.Tidak lama lagi aku akan ikut jejak isteri aku Wirda.Tuhan lebih
sayangkan kami Lan.Ingat kau mesti jaga dia seperti anak kau sendiri..”Farhan
mengengam kolar baju Roslan.Dia cuba mencari kekuatan untuk bersuara.Nafasnya
seperti tersekat-sekat.Wajah Roslan dipandang sayu.Tinggal berapa saat sahaja
lagi nyawanya akan diambil.Anak yang dikendong Roslan dikucup penuh
kasih.Suara-suara orang kampung membaca yassin penuh syahdu memenuhi ruang
rumah Farhan.
“Paan..Kau mesti
kuat..Tak akan kau nak biarkan anak kau membesar tanpa ayah..”Lirih Roslan berkata.Dia
menahan sebak didada.Sungguh pedih hati dia melihat sahabatnya terseksa melawan
maut.Baru beberapa bulan Isterinya,Wirda meninggal dunia selepas melahirkan
Farisya kini dia pula akan meninggalkan mereka akibat penyakit barah hati yang
dialami.Sungguh besar dugaanmu sahabat.Hati Roslan menangis.Dia cuba untuk
tidak menangis didepan sahabatnya.Tetapi tidak dapat dia memendung perasaannya kini.Kalau
boleh mahu sahaja dia meraung sekuat hati agar sahabatnya tidak pergi
meninggalkannya dan anak yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa ini.Tapi dia
perlu redha dengan takdir allah.
“Nak..Hiduplah
bahagia diluar sana.Membesarlah kamu dengan sihat.Ayah harap kamu kuat untuk
menghadapi segala dugaan yang akan datang Nak..Ayah nak kau tahu bahawa ayah
dan ibu mu amat menyayangi mu..Ingat itu!”Kata-kata terakhir diluahkan Farhan
dalam nada tersekat-sekat menahan sakit.Rambut anaknya diusap penuh kasih.Masih
belum puas dia memberi kasih sayangnya kepada anak ini.Tetapi apakan daya
umurnya tidak panjang.Keluhan berat dilepaskan.
‘Maafkan ayah
nak..’Air mata seorang ayah jatuh jua.Sayu hatinya melihat wajah polos Farisya.Inilah
satu-satunya peninggalan isterinya untuk dia sebelum menghembuskan nafas
terakhir.Tetapi dia tidak mampu membesarkan anak ini kerana dia juga akan
mengikuti langkah isteri yang dicintai.
Gelang tangan
emas berukiran nama WF terhias indah di atas gelang tersebut dipakaikan
ditangan anaknya.Itu adalah hadiah terakhir yang mampu dia berikan kepada
anaknya,Wirdani Farisya tanda kasih dan cinta dia dan isterinya terhadap anak
mereka.Terketar-ketar Farhan memakaikan gelang tersebut.Satu senyuman diukir
Farhan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.Sempat Roslan membisikkan
kalimah allah sebelum melihat sahabatnya pergi meninggalkan mereka buat
selama-lamanya.
‘Damailah kau
disana kawan..’Roslan mengucup dahi sahabatnya buat kali terakhir.
Terlalu banyak
beban yang ditanggung sahabatnya semasa dia masih hidup.Segalanya dikongsikan
bersama Roslan.Farhan tidak mempunyai sesiapa didunia ini selain dia.Isterinya
pula dibuang keluarga akibat memilih Farhan berbanding keluarga dan harta
benda.Roslanlah satu-satunya keluarga yang Farhan ada.Sekarang Farhan telah
meninggalkannya dan anak ini adalah amanah yang diutuskan Allah untuknya.Dia
redha segala ketentuan illahi.Bayi yang dikendongnya dipeluk erat.Kain batik
lepas yang menyelimuti tubuh Farhan ditarik sehingga ke kepalanya menutupi
seluruh tubuhnya.Air mata lelaki jatuh jua saat melihat sahabat baiknya telah
pergi menemui illahi.
“Abang..Abang!”Sergah
Samsiah.Peha suaminya ditepuk.Dia memandang suaminya pelik.Soalannya tidak
dijawab malah termenung seorang diri.Roslan yang seakan-akan baru saja terlena
dengan mimpi yang lepas terjaga dari tidurnya.Air mata yang bertakung diseka.
“Abang kenapa?Saya
tanya bukan nak jawab.Termenung pula dia.”Samsiah memuncung.
“Tak ada
apa-apa.”Roslan mengelengkan kepalanya.Dahi Samsiah berkerut.Tak akanlah tak
ada apa-apa.Kenapa dia nampak wajah suaminya lain macam sahaja.Seperti tidak
bersemanggat.Ada apa-apa ke yang telah berlaku dan suaminya tidak mahu member
tahu dengannya.Baru sahaja Samsiah ingin bersuara Roslan sudah memotong.
“Dahlah..Mulai
sekarang abang nak Samsiah jaga budak ini seperti anak kita sendiri.Abang tak
nak Siah dera budak ini.Kalau abang dapat tahu Siah cuba buat apa-apa dekat
budak ini tahulah nasib kamu..”Roslan memberi amaran kepada isterinya.Mulut
Samsiah terganga.
“Abang nak jaga
budak ni?Mak bapak dia mana?”marah Samsiah.Dia masih belum mengerti apa yang
cuba disampaikan suaminya.Buat penat air liur saja.Samsiah ini memang tidak
boleh berkias-kias dengannya memang lambat faham.Dia mengaru kepala yang
sedikit gatal.Dia memandang bayi itu yang sedang lena dibuai mimpi.Terbit
perasaan benci dihatinya.Semakin susahlah hidup mereka selepas ini.
“Mak bapak dia
dah mati!”Keras sekali Roslan berkata sebelum berlalu pergi membawa bayi itu
kedalam bilik.Samsiah terlopong.Mati?Barulah dia faham apa maksud suaminya.Lidah
dia kelu untuk menyoal lagi si suami tentang apa yang terjadi.Akhirnya Samsiah
mengeluh.Syaitan mula menghasut fikiran Samsiah dengan mengatakan bahawa anak
itu akan membawa satu musibah kepada keluarganya.Mungkin juga budak itu anak
perempuan simpanan Roslan.Kalau tidak,kenapa budak itu tidak dihantar sahaja
kerumah kebajikan.Kebenciaannya semakin membuak-buak.Kedua-dua tangannya
digengam erat.Tahulah dia nak buat macam mana.Sampai bila-bila dia tidak akan
terima kehadiran budak itu dalam hidup dia.Titik.
*************************
“Aku suruh kau
basuh pinggan bukan pecahkan!Kau tahu tak pinggan ni mahal..Sedap-sedap kau
saja nak pecahkan.”Samsiah menjerit memarahi Farisya yang sedang duduk menangis.Ditonyoh-tonyohnya
kepala budak itu.Geram.Pinggan yang berderai dilantai dipandang.
“Aku nak kau
punggut pinggan yang pecah ni.Jangan ada sedikit pun sisa-sisa kaca ni.Kau
faham tak?”Herdik Samsiah lagi.Dia menolak-nolak bahu Farisya pula.Terdorong
kebelakang budak itu dibuatnya.
“Baik ibu”balas
Farisya dalam esakan.Dia memunggut serpihan kaca itu berhati-hati.Samsiah
memeluk tubuh.Badannya disandarkan disingki sambil memandang Farisya sinis.Baru
puas hati dia.Peduli apa dia yang budak ini baru berumur 10 tahun.Yang pasti
dia akan membuat budak ini terseksa tinggal dengan dia.
Siapa
suruh hadir dalam keluarga dia tanpa kebenaran.Semua ini salah suaminya.Sanggup
bekerja siang malam untuk menyara budak yang entah mana asal usul dia.Dah tahu
hidup susah masih nak memperlihara budak ni.Menyakitkan hati betul.Bila suruh
hantar ke rumah kebajikan katanya budak ini amanah dia.Sikit-sikit amanah.Naik
muak Samsiah mendengarnya.Jadi apa yang dia buat pada budak ini memang selayak-layaknya
pun.Budak ni tidak patut hadir dalam keluarga dia.Tahu menyusahkan saja.Dia
tahu macam mana pun dia lakukan pada budak ini pasti tidak akan sampai ke pengetahuan
suaminya sebab awal-awal lagi dia dah memberi amaran.Kalau budak ini berani
mengadu dengan suami dia tahulah akibatnya.Samsiah tersenyum sinis.
“Cepat punggut
tu!Lembab betullah kau ni”pekik Samsiah.Kepala budak itu ditonjol-tonjolnya
pula.Hatinya Geram.Farisya masih teresak.Bukan dia sengaja.Kenapa ibunya
terlalu membenci dirinya.Apakah salah dia lahir kedunia ini.Air mata yang
bercucuran laju turun disapu dengan belakang tangan.
“Entah mana asal
usul kau aku pun tak tahu.Yang aku tahu kau ni anak bawa malang je dalam
keluarga aku.Bawa sial kau tahu!”Samsiah memiat pula telinga kecil budak yang
tidak bersalah ini.Meraung kesakitan Farisya minta dilepaskan.Berkali-kali
perkataan maaf terbit dibibirnya tetapi sedikit pun tidak melembutkan hati
Samsiah.
“Engkau dengan
bapak kau sama saja!”Kepala Farisya ditolak.Tangan Farisya digengamnya erat.Dia
mencangkung menghadap Farisya.Tanggisan budak kecil ini tidak langsung berkesan
dihatinya.Perasaan benci lebih bermaharajalela dihatinya.Seutas gelang tangan
emas dipandang Samsiah.Dahinya berkerut.Sejak bila gelang ini tersarung
ditangan Farisya.Pantas tangannya merentap gelang itu daripada tangan
Farisya.Berbirat tangan kecil Farisya.Tangan budak itu di tolaknya kasar.Farisya
mengusap tangannya yang kemerah-merahan.
“Ini mesti abah
kesayangan kau yang bagi kan?Kalau untuk kau segalanya dia sanggup.Dasar pilih
kasih!Bini sendiri tak pernah pula nak belikan semua ni..”rungut Samsiah sambil
memusing-musingkan gelang tangan itu didepan matanya.Cantik!Desis Samsiah.Timbul
perasaan cemburu dihatinya.Bermulalah tugas syaitan menghasut kaum hawa seperti
Samsiah yang terlalu lemah imannya.Wajah Samsiah berubah benggis.Pantas dia
berdiri.Rambut Farisya ditariknya kasar agak budak itu berdiri.
“Ibu...Sakit
ibu..”Farisya meraung kesakitan.Dia memegang tangan ibunya yang memaut kuat
rambutnya.Terasa pedih seperti nak tertanggal anak-anak rambut dia.Air mata
semakin deras mengalir.Samsiah ketawa sinis.
“Sakit
ye..oh!Sakit..Hati aku ni sakit ada kau tahu?”Samsiah mendekatkan wajahnya
menghadap Farisya.Bengis sekali.Mukanya dikerutkan.Terasa jijik bila menghadap muka
budak tidak berguna ini lama-lama.
“Mulai sekarang
gelang kau ni aku yang pegang..Jangan sesekali kau cakap dengan bapak kau
tu.Kalau aku tahu kau beri tahu dia siap kau!”Samsiah menolak kepala Farisya
sehingga terjatuh terdorong budak itu.Badannya terhentak kabinet.Farisya
mengerang kesakitan.
“Gelang itu abah
bagi Risya ibu..Gelang itu milik Risya..”Farisya masih mahu membela dirinya.Dia
duduk melutut.Kaki ibunya diraih.
“Peduli apa
aku..Sepatutnya semua ni milik aku dengan anak-anak aku bukan milik kau!”Herdik
Samsiah.Dia menolak pegangan Farisya.Dia berlalu pergi meninggalkan Farisya
yang sedang duduk melutut.Bergetar bibir Farisya menahan sebak.Bergema suara
esakan kecil diruang dapur.
Arisa
hanya mampu memerhati Farisya dari jauh.Terbit perasaan simpati dihatinya.Ingin
membantu tetapi wajah ibunya lebih menakutkan.Dimatikan hasratnya.Walaupun
begitu perasaan menyampah juga tersemat kuat dihatinya.Kenapa abahnya lebih
menyayangi adiknya berbanding dia dan Maria.Dia yang kini berusia 16 tahun
sudah mampu berfikir sekarang.Manakala Maria pula baru berusia 12 tahun.Tidak
dapat dia nafikan perasaan cemburunya bila Abahnya selalu melebihkan Farisya
berbanding yang lain.Kenapa Ibu selalu mengatakan Farisya daripada keturunan
yang lain.Farisya bukan adik dia ke seperti Maria.Hatinya berdetik.Betulkah
abahnya memilih kasih seperti yang ibunya selalu katakan.Setelah lama
fikirannya berteka teki.Akhirnya dia juga turut meninggalkan Farisya sendirian
menanggis di ruang dapur.
****************************
“Assalammualaikum
Ibu!”Laung Arisa dari luar rumah.Dia yang baru pulang dari tempat kerja membuka
kasutnya.Pantas kakinya diatur menuju ke dapur.Beg galasnya diletakkan diatas
kerusi.
“Ibu!Mana ibu
ni?”
Arisa melihat
keliling dapur.Kelibat ibunya tiada disitu.Ruang tamu juga begitu.Kemana
agaknya ibu dia pergi?Kata tidak sihat.Kakinya melangkah menuju kebilik
ibunya.Satu keluhan kecil terbit dibibirnya.Disini rupanya ibu dia.Ingatkan
kemanalah menghilang tadi.Mana tidaknya bila dipanggil tidak menyahut.Takut
juga dia membiarkan ibunya yang tidak berapa sihat tinggal seorang diri.Adik
beradiknya yang lain masih belum pulang.Jam didinding dikerling.Jarum jam
menunjukkan keangka 6 petang.Perlahan-lahan kakinya mendekati ibunya yang
sedang termenung.
“Ibu..buat apa
tu?”Tegur Arisa sambil memeluk belakang ibunya.Mak Siah tersentak.Gelang emas
ditangannya pantas digengam lalu dimasukkan kedalam kotak kayu yang berukiran
bunga.Kening Arisa terjongket.Terasa pelik dengan kelakuan ibunya yang
tiba-tiba mengelabah.
‘Bukan ke itu
gelang Farisya’gumam hati Arisa ternampak sekali imbas gelang yang dipegang
ibunya.Dia hanya memerhati ibunya memasukkan kotak tersebut kedalam laci.
“Apa benda tu
ibu?”soal Arisa.Pelukkan terurai.Arisa mengambil tempat duduk disisi ibunya
dibirai katil.Satu senyuman dihadiahkan.
“Tiada
apa-apa”balas Mak Siah acuh tak acuh.Peluh mula memercik.Dia membalas senyuman
Arisa.Tawar.Dahi Arisa berkerut.
“Okeylah..Ibu
dah makan?”Soal Arisa mengubah topik perbualan.Tidak mahu dia meneruskan
perbualan.Dia dapat merasakan perubahan diwajah ibunya.Apakah yang ibunya cuba
sembunyikan?
“Sudah”Sepatah
Mak Siah berkata.Semakin pelik pula Arisa dibuatnya.Selalu ibunya tidak seperti
ini.Kenapa agaknya?
“Baiklah.Arisa
nak pergi mandi dululah..Badan pun dah berbau masam ni”Gurau Arisa sebelum berlalu
pergi.Sempat satu kucupan dihadiahkan dipipi tua ibunya.Mak Siah hanya
tersenyum.Laci yang tersimpan gelang emas milik Farisya ditenungnya.Masih kuat
lagi dalam ingatannya atas kelakuannya mendera Farisya semasa kecil sehingga
sekarang.Bermacam-macam benda yang dia lakukan bagi melepaskan perasaan
bencinya terhadap Farisya.
Gelang emas yang
pernah dia rampas daripada tangan Farisya berpuluh tahun dahulu masih tersimpan
elok didalam bekas.Masih dia ingat lagi perbualan suaminya yang bertanyakan
gelang itu kepada Farisya.Nasib baik budak itu pandai menyimpan rahsia dan
tidak memberi tahu perkara yang sebenar kalau tidak..Memang mati dia.Keluahan
berat terbit dibibir Mak Siah.Belum masanya lagi anak-anak dia mengetahui
perkara yang sebenar.Kepala yang berdenyut-denyut dipicitnya.Kepala disandarkan
diatas bantal.Tidak sampai berapa saat dia telah terlena.Berharap kenangan lama
tidak akan menghantuinya lagi.Banyak dosa yang telah dia lakukan.Terhadap suami
dan juga anak yang tidak berdosa iaitu Wirdani Farisya.Sampai masanya segala
rahsia yang dia simpan selama ini akhirnya pasti akan terbongkar.Dia yakin itu.
*************************
Kedengaran nada
dering telefon bimbit Farisya berbunyi nyaring mintak diangkat.Binggit sekali.Farisya
yang sedang enak dibuai mimpi malas mahu mengangkat.Dibiarkan telefon itu
berbunyi sehingga kembali senyap semula.Baru sahaja dia mahu menghembuskan
nafas lega telefon bimbitnya berbunyi kembali.Nama pemanggil dikerling.Sudah
agak dah siapa yang memanggilnya.Dengan malas pangilan dijawabnya.Mulutnya yang
menguap dikatup dengan tangan.
“Assalammualaikum,Ada
apa bos?”soal Farisya malas.Sekali lagi mulutnya menguap.Mengantuk benar
dia.Jam mickey mouse yang berada diatas meja sebelah katilnya dipandang.Pukul
1.Apa lagilah agaknya bos mangkuk hayun dia ni nak.Malam-malam menganggu
orang.Dalam satu hari tu kalau tak ganggu hidup dia tak boleh agaknya.Farisya
mengeluh.
“waalaikumussalam,Aku
ada benda nak cakap dengan kau ni?”
“Apa dia
bos...esok-esok tak boleh ke?kan dah pagi ni?”Farisya mengosok-gosok matanya
yang mengantuk.Bantal peluk disebelah ditarik kepelukkannya.Kepalanya terasa
berat betul.Dahinya diurut.Terasa pening.
“Aku
tahulah.Benda penting ni.Tak boleh cakap esok.”
“Apa mende yang
penting sangat ni sampai tak boleh tunggu besok!Kacau orang nak tidur
sajalah”Suara Farisya sudah sedikit meninggi.Geram pula bila tidurnya diganggu.
“Amboi!Lawan
tokey nampak”Marah Tengku Danial.Terkejut mendengar suara Farisya yang
meninggi.Farisya tersentak.Seperti baru tersedar dari mimpi.Dia mengaru
kepalanya.
“Maaf
bos..Mengigau tadi”tipu Farisya.Dia tersenggih kambing.Macamlah Tengku Danial
boleh nampak senyuman tak betul dia tu.Matanya disepetkan.Tak larat nak buka.Terasa
seperti berpuluh-puluh guni beras menghempap matanya.
“Banyaklah kau
punya mengigau.Aku nak esok kau ikut aku.”
“Pergi mana
bos?Bukan ke esok saya cuti.Bos dah bagi saya cutikan?”Mata Farisya terbuka
luas.Hilang segala kantuknya.Peningnya juga sudah semakin berkurangan.Kedengaran
Tengku Danial ketawa kecil didalam corong telefon.Farisya mengetap bibir.Terasa
geram mendengar tawa majikannya.Selalu sangat nak menyakitkan hatinya.
“Cuti kau
dibatalkan.Aku ada benda penting nak kau buat.Esok pukul sepuluh jumpa aku
dekat pejabat.”Mulut Farisya terlopong.Cuti dibatalkan?Farisya bangun
terduduk.Giginya diketap.
“Tapi bos..tadi
boskan dah sahkan cuti saya”Luah Farisya tidak berpuas hati.
“Betullah..Tapi
aku tarik balik”
“Tarik balik
kenapa?”soal Farisya geram.Kalaulah Tengku Danial ni ada depan muka dia nak
saja tumbuk bagi patah gigi dia yang tersusun tu.
“Suka hati
akulah.Aku kan bos kau”Tengku Danial mengeluarkan kuasa vetonya.Mata Farisya
yang bulat semakin bulat bila mendengar jawapan daripada Tengku Danial.Bantal
peluk yang ada dalam pelukkan ditumbuk-tumbuknya.
“Tapi...tapi...”
“Dah! Tak ada
nak tapi-tapi...kereta api pun tak ada..Aku tak kira ingat esok pukul sepuluh
tunggu aku dekat pejabat”potong Tengku Danial.Dia sudah tersenyum meleret.
‘Best juga jadi
bos ni.Suka-suka hati buli pekerja’gumam hati Tengku Danial.Dia menahan
ketawa.Perutnya ditekan-tekan.
“Ala...bos..saya..”
“Sudah!Jangan
nak buat macam-macam alasan.Kalau aku suruh kau kerja kau kena kerja.Ingat kau
tu PA aku”Tengku Danial mengeraskan suaranya.Sengaja nak menakut-nakutkan
Farisya.
“Baiklah..esok
pukul sepuluh saya datang”Balas Farisya lemah.Nak tak nak dia kena juga
mengalah.Bosnya ni memang tak ada hati perut.Kejam.
“Bagus!Macam
itulah kalau nak jadi PA aku.Segala arahan aku mesti dituruti”Senyuman masih
mekar dibibir Tengku Danial.
“yela”Keluh
Farisya.Mukanya dimonyokkan.Buruk betul.
“Bagus!bagus!”ucap
Tengku Danial cuba menyembunyikan tawanya.Tamat saja perbualan.Tawanya
meletus.Sampai berguling-guling diatas katil.Suka hati dia dapat mengenakan
Farisya.Seronok sangat ketawa sampai tergolek dari katil.Tak sedar agaknya dah
pagi.Dia mengosok kepalanya yang terasa berpusing akibat terhentak rak meja
sebelah katilnya.Boleh nampak burung sedang berterbangan diatas kepalanya.Itulah
suka sangat kenakan orang.Inilah balasannya.Tawa Tengku Danial masih bersisa.
“Farisya!Farisya!”Tengku
Danial mengelengkan kepalanya.Kenapa entah bila dengan Farisya dia rasa bahagia
semacam.Tak tahu kenapa dia suka sangat membuli Farisya.Perangai Farisya yang
lurus itu selalu mencuit hatinya.Dah lama dia tak rasa segembira ini.Telefon
bimbit diatas katil dicapai.Kekunci telefon ditekan satu persatu.
Esok pakai baju biasa.Pakai
t-shirt dengan seluar trek.Ingat pukul sepuluh!Kalau kau lambat jaga kau. :P
Sebuah pesanan
dihantar kepada Farisya.Sebuah senyuman terukir lagi dibibirnya.Dia bangun dan
melabuhkan tubuhnya ke atas katil sebelum terhanyut dalam dunianya sendiri.
Farisya yang baru sahaja mahu
melelapkan mata terganggu dengan bunyikan mesej.Pantas telefonnya dicapai lalu
membaca apa isi kandungannya.Dia mengeluh berat.
‘Apa lagilah BMH
ni nak’ngomel Farisya sebelum melentokkan kepalanya.Kepalanya terasa berat.Dari
semalam kepalanya terasa berdenyut-denyut sebab itulah dia meminta cuti
daripada Tengku Danial.Ingatkan bosnya itu betul-betul memberinya
cuti.Alih-alih cutinya dibatalkan.Nasib badan.Lama Farisya termenung.Akhirnya
dia juga terlelap selepas menelan ubat menahan sakit.
BERSAMBUNG..... :D
Kesian dekat Farisya..... π_π
ReplyDeleteHuhu.. Kesian kan .. Xpe lama2 nnti lbhagoaan akn jdi mlil dia .. Ngeee~ Lela vanila
Deletebest LA novel ni dh d terbitkn ke terbitan mne nnt leh bgtaw 0178706973
ReplyDeleteGreat and I have a dandy give: How Much House Renovation home depot renovation services
ReplyDelete