Followers

Thursday 27 December 2012

CINTA SI CLEANER BAB 8




OLEH: LELA VANILA

“Siah!Siah!Buka pintu ni?”Kedengaran pintu rumah Samsiah diketuk bertalu-dari dari arah luar.Samsiah yang sedang enak dibuai mimpi terjaga.Dia mengosok matanya yang terpisat-pisat.Siapa pula yang menganggu tidurnya malam-malam ni?Anak-anaknya yang sedang tidur disebelah seakan-akan tidak terganggu sedikit dengan ketukan itu.Samsiah menepuk lembut peha anak-anaknya agar mereka tidak terganggu dengan ketukan itu.

“Siah!bukalah pintu ni”Ketukan semakin kuat diketuk.Pantas Samsiah turun dari katilnya.Kalau dibiarkan mahu pecah pintu dia dibuatnya.Mulut yang menguap ditutup dengan sebelah tangan.Rambut yang dilepas diikat sanggul.Dengan longlai dia melangkah.

“Siapa pula kacau malam-malam buta ni”Ngomel Samsiah.Jam di dinding dikerling.

“2 pagi!?”Mata Samsiah terbeliak.Kakinya diatur menuju ke pintu.Ketukan masih tidak hilang dari berbunyi.Pasti suaminya yang baru pulang.Tapi kenapa lewat sangat.Kemana dia pergi?Samsiah mula tidak sedap hati.

“Apasal lambat sangat kau buka?”Kedengaran suara Roslan keras menyoal Samsiah yang termangu memandangnya.Bayi yang dikendong Roslan dipandang.Keningnya terangkat.

“Anak siapa ni bang?”Soal Samsiah yang masih mamai.Dia mengosok-gosok matanya dan sesekali menutup mulutnya yang menguap.

Roslan tidak mengendahkan soalan isterinya.Pantas dia melangkah masuk menuju kesebuah kerusi usang lalu diletakkannya bayi tersebut diatas kusyen.Bayi itu kelihatan sedang lena tidur sambil mengisap ibu jarinya.Kelihatan polos sekali.Roslan menuju kebilik lalu mengambil sehelai kain batik lalu membalut bayi itu.Samsiah pula masih berdiri dimuka pintu sambil memandang bayi itu serong.Dahinya berkerut.Tiba-tiba rasa menyampah pula bila melihat suaminya melayan bayi itu lebih-lebih.

“Yang terconggok dekat situ kenapa?Tutup pintu tu”arah Roslan tegas.Samsiah hanya menurut.Dia mencebik.Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju kearah suaminya yang masih ralit melayan bayi yang sedang tidur itu.Dia mengambil tempat duduk menghadap suamainya.Terbit rasa cemburu dihatinya.Selama ini suaminya tidak pernah melayan anak-anaknya sebaik ini.Siapa budak ni?Samsiah mengetap bibir.Soalan itu asyik berlegar-legar difikirannya.

“Anak siapa ni?Kenapa abang bawa dia balik sini?Mana mak bapak dia?”Soalan demi soalan ditujukan Samsiah kepada suaminya dengan satu nafas.Terasa lega  dapat meluahkan segala yang terbuku dihati.Roslan dipandang.Lelaki itu masih berdiam.Satu soalan pun tidak dijawab Roslan.Samsiah mengusap tangannya yang kesejukkan.Hatinya membara.

“Abang saya tanya ni siapa budak ni?Abang pekak ke?”Suara Samsiah sudah sedikit meninggi.Dia berdiri menghadap suaminya.

“Awak kalau cakap tu perlahan-lahan boleh tak!Anak-anak sedang tidurkan”Roslan menutup mulut isterinya yang lancang.Dalam hati nak saja tampar kasi diam.Nasib baik dia masih ada kesabaran dalam diri.Samsiah duduk kembali.Dia mendengus.Dia tidak akan berpuas hati selagi suaminya tidak memberi tahu siapa budak yang dibawanya.

“Budak ni anak kawan abang.Dia amanahkan abang untuk jaga anak dia..”Perlahan saja Roslan berkata tetapi masih didengari Samsiah.Mata Samsiah membutang.Amanah?

“Kenapa abang pula nak jaga dia?Anak sendiri tak terjaga nak jaga anak orang..”Samsiah berkata sinis memperlekehkan suaminya.Mana tidaknya,mereka pun makan pagi kais pagi,makan petang kais petang ini nak bagi anak orang makan.Nak bagi anak-anak makan apa?Makan pasir?ingat pasir  tu beras ke sedap-sedap nak bagi makan begitu saja.Samsiah memandang suaminya tajam.

“Tahulah saya nak jaga anak-anak saya macam mana?Lagi satu budak ni bukan beban bagi kita tapi dia rezeki yang tuhan beri pada kita.Allah amanahkan saya untuk perlihara budak ni..Ibu bapa dia tidak sempat untuk menjaganya.Allah lebih sayangkan mereka,Jadi saya sebagai sahabat harus membantu sahabat saya apabila mereka dalam kesusahan..”Lirih sekali suara Roslan.Matanya bergelinagan.Teringat dia akan kata-kata sahabatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Lan..Aku amanahkan anak aku ini pada kau.Jagalah dia seperti anak kau sendiri.Aku dah tak lama Lan.Tidak lama lagi aku akan ikut jejak isteri aku Wirda.Tuhan lebih sayangkan kami Lan.Ingat kau mesti jaga dia seperti anak kau sendiri..”Farhan mengengam kolar baju Roslan.Dia cuba mencari kekuatan untuk bersuara.Nafasnya seperti tersekat-sekat.Wajah Roslan dipandang sayu.Tinggal berapa saat sahaja lagi nyawanya akan diambil.Anak yang dikendong Roslan dikucup penuh kasih.Suara-suara orang kampung membaca yassin penuh syahdu memenuhi ruang rumah Farhan.

“Paan..Kau mesti kuat..Tak akan kau nak biarkan anak kau membesar tanpa ayah..”Lirih Roslan berkata.Dia menahan sebak didada.Sungguh pedih hati dia melihat sahabatnya terseksa melawan maut.Baru beberapa bulan Isterinya,Wirda meninggal dunia selepas melahirkan Farisya kini dia pula akan meninggalkan mereka akibat penyakit barah hati yang dialami.Sungguh besar dugaanmu sahabat.Hati Roslan menangis.Dia cuba untuk tidak menangis didepan sahabatnya.Tetapi tidak dapat dia memendung perasaannya kini.Kalau boleh mahu sahaja dia meraung sekuat hati agar sahabatnya tidak pergi meninggalkannya dan anak yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa ini.Tapi dia perlu redha dengan takdir allah.

“Nak..Hiduplah bahagia diluar sana.Membesarlah kamu dengan sihat.Ayah harap kamu kuat untuk menghadapi segala dugaan yang akan datang Nak..Ayah nak kau tahu bahawa ayah dan ibu mu amat menyayangi mu..Ingat itu!”Kata-kata terakhir diluahkan Farhan dalam nada tersekat-sekat menahan sakit.Rambut anaknya diusap penuh kasih.Masih belum puas dia memberi kasih sayangnya kepada anak ini.Tetapi apakan daya umurnya tidak panjang.Keluhan berat dilepaskan.

‘Maafkan ayah nak..’Air mata seorang ayah jatuh jua.Sayu hatinya melihat wajah polos Farisya.Inilah satu-satunya peninggalan isterinya untuk dia sebelum menghembuskan nafas terakhir.Tetapi dia tidak mampu membesarkan anak ini kerana dia juga akan mengikuti langkah isteri yang dicintai.

Gelang tangan emas berukiran nama WF terhias indah di atas gelang tersebut dipakaikan ditangan anaknya.Itu adalah hadiah terakhir yang mampu dia berikan kepada anaknya,Wirdani Farisya tanda kasih dan cinta dia dan isterinya terhadap anak mereka.Terketar-ketar Farhan memakaikan gelang tersebut.Satu senyuman diukir Farhan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.Sempat Roslan membisikkan kalimah allah sebelum melihat sahabatnya pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

‘Damailah kau disana kawan..’Roslan mengucup dahi sahabatnya buat kali terakhir.

Terlalu banyak beban yang ditanggung sahabatnya semasa dia masih hidup.Segalanya dikongsikan bersama Roslan.Farhan tidak mempunyai sesiapa didunia ini selain dia.Isterinya pula dibuang keluarga akibat memilih Farhan berbanding keluarga dan harta benda.Roslanlah satu-satunya keluarga yang Farhan ada.Sekarang Farhan telah meninggalkannya dan anak ini adalah amanah yang diutuskan Allah untuknya.Dia redha segala ketentuan illahi.Bayi yang dikendongnya dipeluk erat.Kain batik lepas yang menyelimuti tubuh Farhan ditarik sehingga ke kepalanya menutupi seluruh tubuhnya.Air mata lelaki jatuh jua saat melihat sahabat baiknya telah pergi menemui illahi.

“Abang..Abang!”Sergah Samsiah.Peha suaminya ditepuk.Dia memandang suaminya pelik.Soalannya tidak dijawab malah termenung seorang diri.Roslan yang seakan-akan baru saja terlena dengan mimpi yang lepas terjaga dari tidurnya.Air mata yang bertakung diseka. 

“Abang kenapa?Saya tanya bukan nak jawab.Termenung pula dia.”Samsiah memuncung.

“Tak ada apa-apa.”Roslan mengelengkan kepalanya.Dahi Samsiah berkerut.Tak akanlah tak ada apa-apa.Kenapa dia nampak wajah suaminya lain macam sahaja.Seperti tidak bersemanggat.Ada apa-apa ke yang telah berlaku dan suaminya tidak mahu member tahu dengannya.Baru sahaja Samsiah ingin bersuara Roslan sudah memotong.

“Dahlah..Mulai sekarang abang nak Samsiah jaga budak ini seperti anak kita sendiri.Abang tak nak Siah dera budak ini.Kalau abang dapat tahu Siah cuba buat apa-apa dekat budak ini tahulah nasib kamu..”Roslan memberi amaran kepada isterinya.Mulut Samsiah terganga.

“Abang nak jaga budak ni?Mak bapak dia mana?”marah Samsiah.Dia masih belum mengerti apa yang cuba disampaikan suaminya.Buat penat air liur saja.Samsiah ini memang tidak boleh berkias-kias dengannya memang lambat faham.Dia mengaru kepala yang sedikit gatal.Dia memandang bayi itu yang sedang lena dibuai mimpi.Terbit perasaan benci dihatinya.Semakin susahlah hidup mereka selepas ini.

“Mak bapak dia dah mati!”Keras sekali Roslan berkata sebelum berlalu pergi membawa bayi itu kedalam bilik.Samsiah terlopong.Mati?Barulah dia faham apa maksud suaminya.Lidah dia kelu untuk menyoal lagi si suami tentang apa yang terjadi.Akhirnya Samsiah mengeluh.Syaitan mula menghasut fikiran Samsiah dengan mengatakan bahawa anak itu akan membawa satu musibah kepada keluarganya.Mungkin juga budak itu anak perempuan simpanan Roslan.Kalau tidak,kenapa budak itu tidak dihantar sahaja kerumah kebajikan.Kebenciaannya semakin membuak-buak.Kedua-dua tangannya digengam erat.Tahulah dia nak buat macam mana.Sampai bila-bila dia tidak akan terima kehadiran budak itu dalam hidup dia.Titik.

                                                            *************************
“Aku suruh kau basuh pinggan bukan pecahkan!Kau tahu tak pinggan ni mahal..Sedap-sedap kau saja nak pecahkan.”Samsiah menjerit memarahi Farisya yang sedang duduk menangis.Ditonyoh-tonyohnya kepala budak itu.Geram.Pinggan yang berderai dilantai dipandang.

“Aku nak kau punggut pinggan yang pecah ni.Jangan ada sedikit pun sisa-sisa kaca ni.Kau faham tak?”Herdik Samsiah lagi.Dia menolak-nolak bahu Farisya pula.Terdorong kebelakang budak itu dibuatnya.
“Baik ibu”balas Farisya dalam esakan.Dia memunggut serpihan kaca itu berhati-hati.Samsiah memeluk tubuh.Badannya disandarkan disingki sambil memandang Farisya sinis.Baru puas hati dia.Peduli apa dia yang budak ini baru berumur 10 tahun.Yang pasti dia akan membuat budak ini terseksa tinggal dengan dia.

Siapa suruh hadir dalam keluarga dia tanpa kebenaran.Semua ini salah suaminya.Sanggup bekerja siang malam untuk menyara budak yang entah mana asal usul dia.Dah tahu hidup susah masih nak memperlihara budak ni.Menyakitkan hati betul.Bila suruh hantar ke rumah kebajikan katanya budak ini amanah dia.Sikit-sikit amanah.Naik muak Samsiah mendengarnya.Jadi apa yang dia buat pada budak ini memang selayak-layaknya pun.Budak ni tidak patut hadir dalam keluarga dia.Tahu menyusahkan saja.Dia tahu macam mana pun dia lakukan pada budak ini pasti tidak akan sampai ke pengetahuan suaminya sebab awal-awal lagi dia dah memberi amaran.Kalau budak ini berani mengadu dengan suami dia tahulah akibatnya.Samsiah tersenyum sinis.

“Cepat punggut tu!Lembab betullah kau ni”pekik Samsiah.Kepala budak itu ditonjol-tonjolnya pula.Hatinya Geram.Farisya masih teresak.Bukan dia sengaja.Kenapa ibunya terlalu membenci dirinya.Apakah salah dia lahir kedunia ini.Air mata yang bercucuran laju turun disapu dengan belakang tangan.

“Entah mana asal usul kau aku pun tak tahu.Yang aku tahu kau ni anak bawa malang je dalam keluarga aku.Bawa sial kau tahu!”Samsiah memiat pula telinga kecil budak yang tidak bersalah ini.Meraung kesakitan Farisya minta dilepaskan.Berkali-kali perkataan maaf terbit dibibirnya tetapi sedikit pun tidak melembutkan hati Samsiah.

“Engkau dengan bapak kau sama saja!”Kepala Farisya ditolak.Tangan Farisya digengamnya erat.Dia mencangkung menghadap Farisya.Tanggisan budak kecil ini tidak langsung berkesan dihatinya.Perasaan benci lebih bermaharajalela dihatinya.Seutas gelang tangan emas dipandang Samsiah.Dahinya berkerut.Sejak bila gelang ini tersarung ditangan Farisya.Pantas tangannya merentap gelang itu daripada tangan Farisya.Berbirat tangan kecil Farisya.Tangan budak itu di tolaknya kasar.Farisya mengusap tangannya yang kemerah-merahan.

“Ini mesti abah kesayangan kau yang bagi kan?Kalau untuk kau segalanya dia sanggup.Dasar pilih kasih!Bini sendiri tak pernah pula nak belikan semua ni..”rungut Samsiah sambil memusing-musingkan gelang tangan itu didepan matanya.Cantik!Desis Samsiah.Timbul perasaan cemburu dihatinya.Bermulalah tugas syaitan menghasut kaum hawa seperti Samsiah yang terlalu lemah imannya.Wajah Samsiah berubah benggis.Pantas dia berdiri.Rambut Farisya ditariknya kasar agak budak itu berdiri.

“Ibu...Sakit ibu..”Farisya meraung kesakitan.Dia memegang tangan ibunya yang memaut kuat rambutnya.Terasa pedih seperti nak tertanggal anak-anak rambut dia.Air mata semakin deras mengalir.Samsiah ketawa sinis.

“Sakit ye..oh!Sakit..Hati aku ni sakit ada kau tahu?”Samsiah mendekatkan wajahnya menghadap Farisya.Bengis sekali.Mukanya dikerutkan.Terasa jijik bila menghadap muka budak tidak berguna ini lama-lama.

“Mulai sekarang gelang kau ni aku yang pegang..Jangan sesekali kau cakap dengan bapak kau tu.Kalau aku tahu kau beri tahu dia siap kau!”Samsiah menolak kepala Farisya sehingga terjatuh terdorong budak itu.Badannya terhentak kabinet.Farisya mengerang kesakitan.

“Gelang itu abah bagi Risya ibu..Gelang itu milik Risya..”Farisya masih mahu membela dirinya.Dia duduk melutut.Kaki ibunya diraih.

“Peduli apa aku..Sepatutnya semua ni milik aku dengan anak-anak aku bukan milik kau!”Herdik Samsiah.Dia menolak pegangan Farisya.Dia berlalu pergi meninggalkan Farisya yang sedang duduk melutut.Bergetar bibir Farisya menahan sebak.Bergema suara esakan kecil diruang dapur.

Arisa hanya mampu memerhati Farisya dari jauh.Terbit perasaan simpati dihatinya.Ingin membantu tetapi wajah ibunya lebih menakutkan.Dimatikan hasratnya.Walaupun begitu perasaan menyampah juga tersemat kuat dihatinya.Kenapa abahnya lebih menyayangi adiknya berbanding dia dan Maria.Dia yang kini berusia 16 tahun sudah mampu berfikir sekarang.Manakala Maria pula baru berusia 12 tahun.Tidak dapat dia nafikan perasaan cemburunya bila Abahnya selalu melebihkan Farisya berbanding yang lain.Kenapa Ibu selalu mengatakan Farisya daripada keturunan yang lain.Farisya bukan adik dia ke seperti Maria.Hatinya berdetik.Betulkah abahnya memilih kasih seperti yang ibunya selalu katakan.Setelah lama fikirannya berteka teki.Akhirnya dia juga turut meninggalkan Farisya sendirian menanggis di ruang dapur.

                                                ****************************
“Assalammualaikum Ibu!”Laung Arisa dari luar rumah.Dia yang baru pulang dari tempat kerja membuka kasutnya.Pantas kakinya diatur menuju ke dapur.Beg galasnya diletakkan diatas kerusi.

“Ibu!Mana ibu ni?”

Arisa melihat keliling dapur.Kelibat ibunya tiada disitu.Ruang tamu juga begitu.Kemana agaknya ibu dia pergi?Kata tidak sihat.Kakinya melangkah menuju kebilik ibunya.Satu keluhan kecil terbit dibibirnya.Disini rupanya ibu dia.Ingatkan kemanalah menghilang tadi.Mana tidaknya bila dipanggil tidak menyahut.Takut juga dia membiarkan ibunya yang tidak berapa sihat tinggal seorang diri.Adik beradiknya yang lain masih belum pulang.Jam didinding dikerling.Jarum jam menunjukkan keangka 6 petang.Perlahan-lahan kakinya mendekati ibunya yang sedang termenung.

“Ibu..buat apa tu?”Tegur Arisa sambil memeluk belakang ibunya.Mak Siah tersentak.Gelang emas ditangannya pantas digengam lalu dimasukkan kedalam kotak kayu yang berukiran bunga.Kening Arisa terjongket.Terasa pelik dengan kelakuan ibunya yang tiba-tiba mengelabah.

‘Bukan ke itu gelang Farisya’gumam hati Arisa ternampak sekali imbas gelang yang dipegang ibunya.Dia hanya memerhati ibunya memasukkan kotak tersebut kedalam laci.

“Apa benda tu ibu?”soal Arisa.Pelukkan terurai.Arisa mengambil tempat duduk disisi ibunya dibirai katil.Satu senyuman dihadiahkan.

“Tiada apa-apa”balas Mak Siah acuh tak acuh.Peluh mula memercik.Dia membalas senyuman Arisa.Tawar.Dahi Arisa berkerut.

“Okeylah..Ibu dah makan?”Soal Arisa mengubah topik perbualan.Tidak mahu dia meneruskan perbualan.Dia dapat merasakan perubahan diwajah ibunya.Apakah yang ibunya cuba sembunyikan?

“Sudah”Sepatah Mak Siah berkata.Semakin pelik pula Arisa dibuatnya.Selalu ibunya tidak seperti ini.Kenapa agaknya?

“Baiklah.Arisa nak pergi mandi dululah..Badan pun dah berbau masam ni”Gurau Arisa sebelum berlalu pergi.Sempat satu kucupan dihadiahkan dipipi tua ibunya.Mak Siah hanya tersenyum.Laci yang tersimpan gelang emas milik Farisya ditenungnya.Masih kuat lagi dalam ingatannya atas kelakuannya mendera Farisya semasa kecil sehingga sekarang.Bermacam-macam benda yang dia lakukan bagi melepaskan perasaan bencinya terhadap Farisya.

Gelang emas yang pernah dia rampas daripada tangan Farisya berpuluh tahun dahulu masih tersimpan elok didalam bekas.Masih dia ingat lagi perbualan suaminya yang bertanyakan gelang itu kepada Farisya.Nasib baik budak itu pandai menyimpan rahsia dan tidak memberi tahu perkara yang sebenar kalau tidak..Memang mati dia.Keluahan berat terbit dibibir Mak Siah.Belum masanya lagi anak-anak dia mengetahui perkara yang sebenar.Kepala yang berdenyut-denyut dipicitnya.Kepala disandarkan diatas bantal.Tidak sampai berapa saat dia telah terlena.Berharap kenangan lama tidak akan menghantuinya lagi.Banyak dosa yang telah dia lakukan.Terhadap suami dan juga anak yang tidak berdosa iaitu Wirdani Farisya.Sampai masanya segala rahsia yang dia simpan selama ini akhirnya pasti akan terbongkar.Dia yakin itu.

                                                *************************
Kedengaran nada dering telefon bimbit Farisya berbunyi nyaring mintak diangkat.Binggit sekali.Farisya yang sedang enak dibuai mimpi malas mahu mengangkat.Dibiarkan telefon itu berbunyi sehingga kembali senyap semula.Baru sahaja dia mahu menghembuskan nafas lega telefon bimbitnya berbunyi kembali.Nama pemanggil dikerling.Sudah agak dah siapa yang memanggilnya.Dengan malas pangilan dijawabnya.Mulutnya yang menguap dikatup dengan tangan.

“Assalammualaikum,Ada apa bos?”soal Farisya malas.Sekali lagi mulutnya menguap.Mengantuk benar dia.Jam mickey mouse yang berada diatas meja sebelah katilnya dipandang.Pukul 1.Apa lagilah agaknya bos mangkuk hayun dia ni nak.Malam-malam menganggu orang.Dalam satu hari tu kalau tak ganggu hidup dia tak boleh agaknya.Farisya mengeluh.

“waalaikumussalam,Aku ada benda nak cakap dengan kau ni?”

“Apa dia bos...esok-esok tak boleh ke?kan dah pagi ni?”Farisya mengosok-gosok matanya yang mengantuk.Bantal peluk disebelah ditarik kepelukkannya.Kepalanya terasa berat betul.Dahinya diurut.Terasa pening.

“Aku tahulah.Benda penting ni.Tak boleh cakap esok.”

“Apa mende yang penting sangat ni sampai tak boleh tunggu besok!Kacau orang nak tidur sajalah”Suara Farisya sudah sedikit meninggi.Geram pula bila tidurnya diganggu.

“Amboi!Lawan tokey nampak”Marah Tengku Danial.Terkejut mendengar suara Farisya yang meninggi.Farisya tersentak.Seperti baru tersedar dari mimpi.Dia mengaru kepalanya.
“Maaf bos..Mengigau tadi”tipu Farisya.Dia tersenggih kambing.Macamlah Tengku Danial boleh nampak senyuman tak betul dia tu.Matanya disepetkan.Tak larat nak buka.Terasa seperti berpuluh-puluh guni beras menghempap matanya.

“Banyaklah kau punya mengigau.Aku nak esok kau ikut aku.”

“Pergi mana bos?Bukan ke esok saya cuti.Bos dah bagi saya cutikan?”Mata Farisya terbuka luas.Hilang segala kantuknya.Peningnya juga sudah semakin berkurangan.Kedengaran Tengku Danial ketawa kecil didalam corong telefon.Farisya mengetap bibir.Terasa geram mendengar tawa majikannya.Selalu sangat nak menyakitkan hatinya.

“Cuti kau dibatalkan.Aku ada benda penting nak kau buat.Esok pukul sepuluh jumpa aku dekat pejabat.”Mulut Farisya terlopong.Cuti dibatalkan?Farisya bangun terduduk.Giginya diketap.

“Tapi bos..tadi boskan dah sahkan cuti saya”Luah Farisya tidak berpuas hati.

“Betullah..Tapi aku tarik balik”

“Tarik balik kenapa?”soal Farisya geram.Kalaulah Tengku Danial ni ada depan muka dia nak saja tumbuk bagi patah gigi dia yang tersusun tu.

“Suka hati akulah.Aku kan bos kau”Tengku Danial mengeluarkan kuasa vetonya.Mata Farisya yang bulat semakin bulat bila mendengar jawapan daripada Tengku Danial.Bantal peluk yang ada dalam pelukkan ditumbuk-tumbuknya.

“Tapi...tapi...”

“Dah! Tak ada nak tapi-tapi...kereta api pun tak ada..Aku tak kira ingat esok pukul sepuluh tunggu aku dekat pejabat”potong Tengku Danial.Dia sudah tersenyum meleret.

‘Best juga jadi bos ni.Suka-suka hati buli pekerja’gumam hati Tengku Danial.Dia menahan ketawa.Perutnya ditekan-tekan.

“Ala...bos..saya..”

“Sudah!Jangan nak buat macam-macam alasan.Kalau aku suruh kau kerja kau kena kerja.Ingat kau tu PA aku”Tengku Danial mengeraskan suaranya.Sengaja nak menakut-nakutkan Farisya.

“Baiklah..esok pukul sepuluh saya datang”Balas Farisya lemah.Nak tak nak dia kena juga mengalah.Bosnya ni memang tak ada hati perut.Kejam.

“Bagus!Macam itulah kalau nak jadi PA aku.Segala arahan aku mesti dituruti”Senyuman masih mekar dibibir Tengku Danial.

“yela”Keluh Farisya.Mukanya dimonyokkan.Buruk betul.

“Bagus!bagus!”ucap Tengku Danial cuba menyembunyikan tawanya.Tamat saja perbualan.Tawanya meletus.Sampai berguling-guling diatas katil.Suka hati dia dapat mengenakan Farisya.Seronok sangat ketawa sampai tergolek dari katil.Tak sedar agaknya dah pagi.Dia mengosok kepalanya yang terasa berpusing akibat terhentak rak meja sebelah katilnya.Boleh nampak burung sedang berterbangan diatas kepalanya.Itulah suka sangat kenakan orang.Inilah balasannya.Tawa Tengku Danial masih bersisa.

“Farisya!Farisya!”Tengku Danial mengelengkan kepalanya.Kenapa entah bila dengan Farisya dia rasa bahagia semacam.Tak tahu kenapa dia suka sangat membuli Farisya.Perangai Farisya yang lurus itu selalu mencuit hatinya.Dah lama dia tak rasa segembira ini.Telefon bimbit diatas katil dicapai.Kekunci telefon ditekan satu persatu.

Esok pakai baju biasa.Pakai t-shirt dengan seluar trek.Ingat pukul sepuluh!Kalau kau lambat jaga kau. :P

Sebuah pesanan dihantar kepada Farisya.Sebuah senyuman terukir lagi dibibirnya.Dia bangun dan melabuhkan tubuhnya ke atas katil sebelum terhanyut dalam dunianya sendiri.

            Farisya yang baru sahaja mahu melelapkan mata terganggu dengan bunyikan mesej.Pantas telefonnya dicapai lalu membaca apa isi kandungannya.Dia mengeluh berat.

‘Apa lagilah BMH ni nak’ngomel Farisya sebelum melentokkan kepalanya.Kepalanya terasa berat.Dari semalam kepalanya terasa berdenyut-denyut sebab itulah dia meminta cuti daripada Tengku Danial.Ingatkan bosnya itu betul-betul memberinya cuti.Alih-alih cutinya dibatalkan.Nasib badan.Lama Farisya termenung.Akhirnya dia juga terlelap selepas menelan ubat menahan sakit.



BERSAMBUNG..... :D

3 comments:

  1. Kesian dekat Farisya..... π_π

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Kesian kan .. Xpe lama2 nnti lbhagoaan akn jdi mlil dia .. Ngeee~ Lela vanila

      Delete
  2. best LA novel ni dh d terbitkn ke terbitan mne nnt leh bgtaw 0178706973

    ReplyDelete