“Abang..”Terkaku dia disebalik
pokok rendang dibelakangnya. Wajah yang dirindui kini berada dihadapannya.
Sungguh dia rindu untuk menatap sebening mata yang redup itu.
“Abang tak sangka, kita
dapat bertemu semula dihospital ini. Abang rindukan sayang abang.”luah Wan
Zubair tanpa sembunyi. Airmata lelakinya jatuh buat pertama kali didalam hidup.
“Ya Allah! Abang
menangis?Nur Adriana tergamam. Buat pertama kalinya dia melihat seorang lelaki
menangis dihadapannya. Dia merapati lelaki kesayangannya lalu dilap airmata
lelaki itu.
Wan Zubair memegang
kejap tangan mulus Nur Adriana yang
mengelap airmatanya. Dia terharu. Tunangnya masih mengambil berat akan dirinya.
“ Abang menangis sebab tengok sayang ada kat depan mata abang. Dah lama abang
tidak melihat wajah kesayangan abang sejak sayang dimasukkan ke dalam penjara.”luahnya
dalam kesedihan yang tidak dapat dibendung.
Nur Adriana terkejut
yang amat sangat. “Abang tahu sayang masuk penjara?” Wan Zubair mengangguk.
Bibirnya terukir senyuman. Airmatanya tidak dikeluarkan lagi.
“Abang tahu dari mana?
Siapa yang beritahu abang?”soalnya bertalu-talu.
“Sayang, mari kita
duduk dulu. Lama berdiri, sakit kaki nanti.”ajak Wan Zubair. Mengarahkan agar
Nur Adriana duduk bersamanya dibawa kerusi pokok rendang itu. Cahaya yang
menyinar disekitar pokok itu tidak menampakkan kegelapan. Nur Adriana akur.
Betul juga kata tunangnya. Agak lama jugak dia berdiri di sebalik pokok rendang
itu. Kerusi panjang yang berwarna coklat itu langsung tidak diusik malahan
disentuh. Sengaja dia berdiri disitu untuk mendapat angin malam sementara
menanti keputusan daripada doktor yang merawat Zeril Iskandar.
“Abang bawa apa tu? Nur
Adriana melihat sebuah fail yang berada ditangan Wan Zubair ketika mereka duduk
dikerusi panjang ini.
“Sayang nak tahu?”Wan
Zubair menunjukkan fail yang bersaiz segi empat itu kepada tunangnya.
“Mestilah. Semua hal
abang kan sayang wajib tahu.”jawab Nur Adriana sambil tersengih-sengih. Wan
Zubair tergelak kecil. Tak lama lagi kan kita nak kahwin, mestilah sayang kena
tahu apa yang abang buat”sambungnya lagi.
“Fail ini dinamakan
fail pesakit. Apabila doktor dapat mengesan apa yang berlaku pada pesakit
kecemasan, dia akan cepat-cepat catit dan berikan kepada nurse di kaunter untuk
dimaklumkan kepada tetamu. Biasanya apabila doktor sibuk dibahagian lain, dia
akan tinggalkan apa yang dicatit itu kepada nurse yang berada dikaunter dan
pesakit kecemasan lain dapat dirawat. Kebanyakan doktor kecemasan agak sibuk.
So, alternatif terbaik, beri pada nurse
dikaunter dan doktor boleh menguruskan pesakit lain.
“Tetapi, malam ini
terdetik dihati abang untuk katakan sendiri pada tetamu yang membawa pesakit ke
sini. Tidak sangka abang akan berjumpa sayang abang ni.” Dicuit hidung Nur
Adriana yang agak basah sedikit. Nur Adriana tersenyum malu dicuit sebegitu.
“Sayang ke tetamu yang
diberitahu Nur Aisyah tadi?”
“Nur Aisyah? Siapa tu
bang?mukanya keruh. Dihatinya terdetik rasa cemburu apabila tunangnya menyebut
perempuan lain. Siapa yang tidak cemburu jika si jantung hati menyebut nama
perempuan lain.
“Sayang cemburu?”Wan
Zubair tersenyum lebar. Nampaknya, Nur Adriana masih menyayangi dirinya. Dan
dia pun turut begitu juga!.
“Hmm..”Nur Adriana
mengeluh. Baru bersua muka, dirinya sudah ada persaingan. Ini tidak boleh jadi!
“Sayang…”Wan Zubair
memegang erat tangan Nur Adriana. Kasih dan sayangnya tertumpah pada wajah
manis ini. Selagi dia masih hidup, dia berjanji tidak akan mencari yang lain.
Biarlah Nur Adriana seorang sahaja yang berada dihatinya.
“Itu nurse abang lah.
Abang rasa sayang dah jumpa dia tadi. Dekat pintu masuk utama.”Wan Zubair
berterus-terang.
“Oh! Yang itu.
Haa..baru sayang ingat.”Nur Adriana terlupa untuk mengingati sebaris nama itu.
Waktu itu dia agak kelam-kabut sedikit disebabkan kesakitan Zeril Iskandar yang
agak menakutkan dirinya.
“Sekarang ini abang nak
tanya pulak. Siapa lelaki yang sayang bawa kat hospital kecemasan ini?soal Wan
Zubair dengan nada cemburu.
“Aik? Abang pulak yang
cemburu dengan sayang? Tadi sayang cemburu dengan Nur Aisyah tu.”Nur Adriana
tergelak kecil. Tunangnya sudah menampakkan wajah yang cemberut lagi keruh.
Cemburu teramat sangatlah tu!
“Abang cemburu
sangat-sangat. Abang tanya balik, siapa lelaki yang bersama dengan sayang tadi?
Jujur.”
“Ala abang, tak payah
cemburu sangatlah. Sebenarnya, lelaki itu sayang baru pertama kali berjumpa
dengan dia. Dia sakit dalam kereta. Masa itu sayang baru keluar dari masjid.
Sayang ingatkan dia sakit main-main.
Rupanya, dia sakit betul-betul. Sayang
tolonglah bawa kereta dia sampai kat sini.
Tak sangka dapat jumpa abang depan mata.”jawabnya dengan jujur. Dia tidak mahu
timbul salah faham pula nanti.
“Sayang sentuh badan
dia yang tidak berbaju itu?”Wan Zubair memandang tajam wajah tunangnya.
Nur Adriana terdiam.Resah
pula aku bila dia tanya soalan yang sebegini sukar. Apa yang dia nak jawab ni?
“Sayang diam tu
maknanya betul lah kan?”sambung Wan Zubair lagi. Dia mengetap bibir. Geram. Wajahnya
ditundukkan ke bawah. Sedikit kecewa dengan tingkah laku tunangnya yang
mendiamkan diri.
“Abang…memang betul
sayang pegang badan dia.”Nur Adriana berkata jujur. Dipegang bahu tunangnya
lembut. “Tapi sayang pegang badan dia sebab nak tolong alihkan badan dia duduk
kat sebelah pemandu. Masa itu, sayang memang nak menghulurkan bantuan dengan
membawa kereta. Bukan sebab sayang tergoda dengan badan lelaki itu.”Hanya itu
alasan yang terbaik dapat difikirkan. Dalam hati, Nur Adriana akui, sedikit
sebanyak dia terusik dengan perlakuan Zeril Iskandar sebentar tadi yang membawa
tangannya ke jantung lelaki itu. Berdegup jantungnya walaupun seketika cuma.
Wan Zubair memandang
kembali wajah tunangnya dengan pandangan tajam. Ingin mendapatkan kepastian.
“Betul ni?”
Nur Adriana mengangguk
penuh yakin. Untuk mengembalikan keceriaan diwajah tunangnya, dia sanggup
menipu agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
“Abang percaya pada
sayang.”jawab Wan Zubair sambil tersenyum. Tidak perlulah dia meragui tunangnya
lagi. Sememangnya Nur Adriana seorang perempuan yang boleh dipercayai.
“Okay. Make sure sayang
jangan terpikat dengan lelaki lain. Kalau abang dapat tahu, abang mati terjun
sungai.”Wan Zubair mengugut Nur Adriana. Biar tunangnya takut untuk menjalinkan
hubungan dengan lelaki lain.
“Ish, abang ni. Ke situ
pulak. Takkan sebab sayang terpikat dengan lelaki lain, abang nak mati. Abang
jangan bergurau boleh tak?”Nur Adriana mula rasa takut. Tunang dia ini suka
mengugut!
Wan Zubair mempamerkan
muka serius. Nur Adriana mengetap bibir.“Abang tak main-main. Abang betul-betul
serius. Abang memang tak suka sayang dekat dengan lelaki lain. Sayang milik
abang seorang. Tidak ada sesiapapun yang dapat merampas buah hati abang dengan
sesuka hati.”kata Wan Zubair dengan jelas dan padat. Tertelan air liur Nur
Adriana.
“Ada cop kat badan
sayang ke yang mengatakan sayang milik abang?”Nur Adriana cuba mengusik
tunangnya. Namun, tunangnya tetap kelihatan serius.
“Akan ada cop dekat
badan sayang nanti. Tapi lepas abang stabilkan keluarga abang dahulu.”
“Ibu abang masih tidak
restui hubungan kita?”soal Nur Adriana.
Wan Zubair mengetap
bibir. Kemudian mengelengkan kepala.
“Sayang tau ibu sayang
masih tak sukakan sayang. Hmm..patutlah Puan Kamariah suka ambil kesempatan
pada sayang. Dah banyak kali ibu abang suruh sayang buat kerja sampai lewat
malam. Oh maknanya ibu abang tak nak bagi sayang jumpa abang lah tu.
“Abang, nanti cuba
jelaskan pada ibu abang yang sayang curi duit syarikat ada sebabnya.”
“Ada sebab?”
Nur Adriana mengangguk
sambil tersenyum. “Aah. Salah satu sebabnya…sayang berdendam dengan ibu abang.”
“Sayang berdendam
sampai macam itu sekali? Kenapa sayang bertindak sedemikian sampai lupa itu
adalah ibu kandung abang? Bukankah itu satu perbuatan yang membuatkan ibu abang
menjadi bertambah benci pada sayang?Tidakkah sayang terfikir semua itu? Wan
Zubair meninggikan suaranya. Merah mukanya menahan marah. Tidak terjangkau dek
akal fikirannya sehingga tunangnya sanggup berbuat begitu sekali.
Wan Zubair bangun tanpa
mempedulikan fail pesakit yang bertaburan diatas tanah. Dirinya mula tertekan.
Nur Adriana tergamam.
Wan Zubair memarahi dirinya? Tetapi, dia arus akui..itu memang salahnya.
Dia turut bangun. Ingin
memujuk tunangnya.
“Abang marah sayang
ke?”suaraNur Adriana bertukar manja. Dia memeluk pinggang Wan Zubair. Tahu itu
satu kesalahan yang besar apabila memeluk seorang lelaki yang bukan mahram. Ya
Allah! Maafkan hamba-Mu ini.
Wan Zubair terasa damai
apabila dipeluk tunangnya.“Memang abang marah. Sebab sayang curi duit syarikat
itu tanpa fikirkan yang hubungan kita akan menjadi bertambah keruh.”marah Wan
Zubair lagi.
“Abang..jangan begini.
Sayang buat semuanya demi abang.”jelas Nur Adriana lagi. Dahunya menongkat di
bahu Wan Zubair.
“Demi abang?”Badannya
dipalingkan ke wajah Nur Adriana. Meminta kepastian.
“Yup!. Sayang nak
berhenti kerja sebelum curi duit syarikat. Tak tahan nak kerja situ lama-lama.
Semuanya pasal ibu abang tulah. Pekerja lain dia berikan masa untuk siap.
Sayang aje yang kena buat banyak-banyak. Sengajalah tu dia tak nak sayang jumpa
abang. Sayang buat semua demi abang tau tak.”rungut Nur Adriana. Wajahnya monyok.
“Hmm..banyak betul
dugaan yang terjadi masa ini. Sayang… abang bukan tak nak jenguk sayang. Tapi
waktu melawat yang diberikan Penjara Wanita Kajang terhad sehingga pukul 6 petang
sahaja. Waktu itu abang kena layan pesakit kecemasan. Harap sayang tak marah
abang. Abang bukan sengaja tak nak melawat sayang, abang nak sangat-sangat.
Namun, masa tidak mengizinkan abang ke situ.”Wan Zubair mengusap pipi Nur
Adriana yang mulus.
“Ala, abang. Tidak
mengapa. Don’t worry be happy, okay?
Sayang tidak terasa hati walau sedikit pun.
Abang tidak datang pun, abang tetap
dekat dalam hati sayang.Malam-malam, bila nak rest aje…sayang pasti mimpikan
abang. Tidak ada orang lain.”manja suara Nur Adriana ketika itu. Rambut
tunangnya yang agak berselerak sedikit dikemaskan dengan rapi.
Wan Zubair tersenyum
senang. Suka apabila dibelai begitu.
“Sayang..walau apa yang
terjadi, abang akan tetap paksa ibu abang sukakan sayang. Walau apa jua yang
berlaku.”Itu tekad Wan Zubair.
“Wah!! Sayangnya abang
pada kita.Ini yang sayang bertambah-tambah sayang pada abang ni.”Nur Adriana
ketawa manja.
“Mestilah abang sayang,
kalau tak sayang..abang campak kat longkang.”gurau Wan Zubair. Dipeluk pinggang
tunangnya erat-erat. Bagai tidak mahu dilepaskan.
“Ish. Ke situ pulak.
Nakal tau abang ni.Tengok, fail pesakit pun dah terburai. Nasib baik tak
diterbangkan dek angin.”Nur Adriana menegur perbuatan tunangnya yang tidak
mengendahkan fail pesakit yang dipegang tadi. Diambil satu-persatu kertas yang
bertaburan lalu dimasukkan kembali ke dalam fail itu semula.
“Alamak, abang lupalah
pulak.”Wan Zubair menepuk dahi.“Itulah, bila dah peluk pinggang sayang…semuanya
tak perasan.”katanya lagi diringi ketawa kecil. Diletakkan fail pesakit itu ke
kerusi yang mereka duduk tadi.
“Eeeii…nakalnya dia ni.
Anak siapa ni?”usik Nur Adriana.
“Anak Puan Kamariah
Adnan, yang sayang berdendam sangat tu.”jawab Wan Zubair sambil ketawa berdekah
dekah. Nur Adriana turut sama ketawa.
****
“Eh, mana doktor
ni..”Fikri mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Matanya meliar ke hulu
ke hilir mencari doktor Wan Zubair. Ada sesuatu yang perlu dipastikan.
Terjenguk-jenguk kepalanya mencari doktor itu. Menimbulkan ketidakpuashatian
pada Fatyn yang sedang berbual dengan salah seorang tetamu yang dikaunter
tempatnya duduk.
“Sekejap ya, encik.
Nanti saya datang balik.”Lelaki yang berbual dengan Fatyn itu mengangguk. Terus
lelaki itu berlalu dari situ.
Fatyn terus meluru
kearah Fikri Johari yang nampak agak kelam kabut itu.
“ Kau kenapa, Fikri?
Kelam-kabut aje aku tengok kau pagi-pagi ni. Apa hal?”soal Fatyn sambil matanya
tepat memandang wajah Fikri Johari yang seakan gelisah.
“Adik kena jumpa doktor
Wan Zubair lah kak. Important sangat-sangat!
“Cuba bertenang sikit.
Cuba cakap dengan aku, apa masalahnya?soal Fatyn lagi.
“Akak ingat lagi tak
ada seorang perempuan yang datang tanpa memakai kasut bawa seorang lelaki yang
jantung dia berdenyut pantas tu?
Fatyn mengangguk. “
Yang kelam-kabut cakap dengan Nur Aisyah tu. Kenapa dengan dia?
“Lelaki itu pengsan.
Tak sedarkan diri. Adik tengah cari doktor Wan Zubair sekarang ni. Nak minta
bantuan doktor tu uruskan pesakit ini. Mana dia pergi ek?”Sambil dia berbual
dengan Fatyn, matanya meliar ke arah sekekliling.
“Haa.. tadi doktor tu
cari perempuan yang bawa pesakit tu. Cuba kau cari kat luar. Mesti dia ada kat
situ.”balas Fatyn dengan tenang.
“Akak Fatyn tahu, adik
rasa adik macam kenal lah pesakit lelaki itu. Tapi adik dah lupalah dia tu
siapa.”
“Eh, adik pun perasan
jugak? Akak pun sama. Wajah lelaki itu nampak familiar tau.”
“Sekarang ini, adik tak
peduli lelaki itu siapa ke apa ke, yang penting, adik harus berjumpa dengan
doktor Wan Zubair. Lelaki itu dalam keadaan tenat tu. Adik rasa doktor Wan
Zubair kena masukkan dia dalam Zon Merah.”
“Zon Merah? Itu dah
tahap kritikal sangat tu. Baik kau pergi cari dia cepat.”
“Okay..okay. Nanti
kalau kak Nur Aisyah ada kat sini, beritahu dia masuk kat dalam bilik kecemasan
wad 3 ya.”pesan Fikri Johari.
“Hmm..baiklah. Kau
pergilah cepat. Fikri Johari mengangguk dan terus keluar dari wad kecemasan
itu. Tumpuan sekarang hanyalah doktor Wan Zubair!
****
Tidak berkelip mata
Fikri Johari melihat adegan mesra dari doktor Wan Zubair dan pasangannya. ‘Eh!
Itu perempuan tadi kan? Bukan main rapat lagi tu! Siap berpegangan tangan.
Kalau Nur Aisyah nampak, mesti dia merana.’
Untuk tidak membuang
masa, Fikri Johari segera melangkah ke arah mereka. Rasa gementar pun ada.
Takut menganggu pulak doktor Wan Zubair
bermanja-manja dengan perempuan itu.
“Ehem..ehem!” Fikri
Johari sengaja membuat lagak seperti orang batuk agar menyedarkan pasangan itu.
Nur Adriana dan Wan
Zubair tergamam. Terhenti perlakuan mereka daripada bermanja-manja. Wan Zubair
melepaskan tangan Nur Adriana yang dipegang erat tadi.
“Maaf menganggu…doktor,
cik! Fikri mengangkat tangan. Dia tersenyum memandang mereka berdua. Janganlah
doktor tu marah aku. Aku datang sini bukan nak menganggu, tapi benda penting
kenalah beritahu cepat-cepat.
Wan Zubair membetulkan kot
putih yang tersarung ditubuhnya. Fail yang berada atas kerusi diambil lalu
dilekapkan ke dada. Perasaan malu didalam hati hanya Allah yang tahu. Tunangnya
hanya tersengih-sengih. Menampakkan sebaris gigi yang putih. Suara Wan Zubair
mula kembali tegas.
“Macam mana awak boleh
tahu saya ada kat sini, Fikri?”Ditenung tajam wajah pembantu hospital itu.
Fikri Johari sudah kalut.
“Err..saya cari doktor
kat dalam tadi, tapi tak jumpa. Fatyn cakap doktor ada kat luar cari perempuan
yang bawa pesakit lelaki tadi. Itu yang saya cari doktor sampai ke sini. Saya
ganggu perbualan doktor dan cik ke?”
“Eh..mana ada.Tiada apa
yang kami bualkan.”sampuk Nur Adriana. Wan Zubair mengerling tajam ke arah
tunangnya. Matanya terbeliak. Nur Adriana tersenyum.
‘Tak ada apa-apa? Kalau
tak ada apa-apa, takkanlah sampai berpegangan tangan kan? Dia orang mesti ada
relationship ni!’kata hati Fikri Johari.
“So, Fikri Johari. Anything can I help you?”soalan itu
diiringi sindiran. Sebenarnya, dia tidak mahu diganggu buat masa ini. Belum
puas berbual dengan keaksih hati, ada pula yang datang menganggu. Hish! Benci
betul!
“Ya, doktor. Ini
melibatkan nyawa pesakit yang cik bawa ke sini tadi.” Tangan Fikri Johari
menunding kearah Nur Adriana.
“Err..maksud kamu,
pesakit lelaki yang saya bawa tadi. Kenapa dengan dia? Ada masalah ke? Hati Nur
Adriana mula tidak sedap. Teruk sangat ke sakit dia?
Wan Zubair memandang
wajah tunangnya dengan tidak berpuas hati. Dia tidak suka tunangnya terlalu
mengambil berat akan pesakit itu. Dia cemburu!
Fikri Johari
mengangguk. Dia memandang wajah doktor Wan Zubair yang seakan-akan mahu menelan
perempuan disebelahnya. Perempuan ini teman istimewa dia ke?
“Doktor, pesakit itu
dalam keadaan kritikal. Kita kena masukkan dia ke wad Zon Merah. Jika tidak,
dia akan mati jika tidak dirawat dengan segera.
Mati?
Nur Adriana terkaku
disitu!
BERSAMBUNG....:D
eya tidak mampu menghasilkan yg terbaik..tetapi akan berusaha melakukan yg terbaik demi pembaca yang disayangi..<3
eya tidak mampu menghasilkan yg terbaik..tetapi akan berusaha melakukan yg terbaik demi pembaca yang disayangi..<3
Debest 4U dik.
ReplyDeleteakak bangga dgn adik.. <3
:D
haha..adikpn bangga ngn akk sebab berjaya bce karya adik ni..hehe..muah3
Deletesmbng lgi.. :)
ReplyDeletennt akk smbung lg y.. :)
DeleteO kisahnye mak tunang nye tak suka ngan adriana hmmm complicated gak y
ReplyDeletehehe..agak complicated jgk kak..sbb ibu Wan Zubair ni x ska anaknya trlalu rpat dgn Nur ADRIANA..
DeleteBest.....
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu sambungan....#^_^
hehe..nnt akk bg smbungnnya ya.. :)
Deletebest2...
ReplyDeletex sbr nk bce smbungn...truje...
huhu...
alhamdulilah..nnt akk up lg y.. ;)
ReplyDelete