Followers

Monday 24 December 2012

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 6




“Abang..”Terkaku dia disebalik pokok rendang dibelakangnya. Wajah yang dirindui kini berada dihadapannya. Sungguh dia rindu untuk menatap sebening mata yang redup itu.

“Abang tak sangka, kita dapat bertemu semula dihospital ini. Abang rindukan sayang abang.”luah Wan Zubair tanpa sembunyi. Airmata lelakinya jatuh buat pertama kali didalam hidup.

“Ya Allah! Abang menangis?Nur Adriana tergamam. Buat pertama kalinya dia melihat seorang lelaki menangis dihadapannya. Dia merapati lelaki kesayangannya lalu dilap airmata lelaki itu.

Wan Zubair memegang kejap tangan mulus Nur  Adriana yang mengelap airmatanya. Dia terharu. Tunangnya masih mengambil berat akan dirinya. “ Abang menangis sebab tengok sayang ada kat depan mata abang. Dah lama abang tidak melihat wajah kesayangan abang sejak sayang dimasukkan ke dalam penjara.”luahnya dalam kesedihan yang tidak dapat dibendung.

Nur Adriana terkejut yang amat sangat. “Abang tahu sayang masuk penjara?” Wan Zubair mengangguk. Bibirnya terukir senyuman. Airmatanya tidak dikeluarkan lagi.

“Abang tahu dari mana? Siapa yang beritahu abang?”soalnya bertalu-talu.

“Sayang, mari kita duduk dulu. Lama berdiri, sakit kaki nanti.”ajak Wan Zubair. Mengarahkan agar Nur Adriana duduk bersamanya dibawa kerusi pokok rendang itu. Cahaya yang menyinar disekitar pokok itu tidak menampakkan kegelapan. Nur Adriana akur. Betul juga kata tunangnya. Agak lama jugak dia berdiri di sebalik pokok rendang itu. Kerusi panjang yang berwarna coklat itu langsung tidak diusik malahan disentuh. Sengaja dia berdiri disitu untuk mendapat angin malam sementara menanti keputusan daripada doktor yang merawat Zeril Iskandar.

“Abang bawa apa tu? Nur Adriana melihat sebuah fail yang berada ditangan Wan Zubair ketika mereka duduk dikerusi panjang ini.

“Sayang nak tahu?”Wan Zubair menunjukkan fail yang bersaiz segi empat itu kepada tunangnya.

“Mestilah. Semua hal abang kan sayang wajib tahu.”jawab Nur Adriana sambil tersengih-sengih. Wan Zubair tergelak kecil. Tak lama lagi kan kita nak kahwin, mestilah sayang kena tahu apa yang abang buat”sambungnya lagi.

“Fail ini dinamakan fail pesakit. Apabila doktor dapat mengesan apa yang berlaku pada pesakit kecemasan, dia akan cepat-cepat catit dan berikan kepada nurse di kaunter untuk dimaklumkan kepada tetamu. Biasanya apabila doktor sibuk dibahagian lain, dia akan tinggalkan apa yang dicatit itu kepada nurse yang berada dikaunter dan pesakit kecemasan lain dapat dirawat. Kebanyakan doktor kecemasan agak sibuk. So, alternatif terbaik, beri pada nurse dikaunter dan doktor boleh menguruskan pesakit lain.

“Tetapi, malam ini terdetik dihati abang untuk katakan sendiri pada tetamu yang membawa pesakit ke sini. Tidak sangka abang akan berjumpa sayang abang ni.” Dicuit hidung Nur Adriana yang agak basah sedikit. Nur Adriana tersenyum malu dicuit sebegitu.

“Sayang ke tetamu yang diberitahu Nur Aisyah tadi?”

“Nur Aisyah? Siapa tu bang?mukanya keruh. Dihatinya terdetik rasa cemburu apabila tunangnya menyebut perempuan lain. Siapa yang tidak cemburu jika si jantung hati menyebut nama perempuan lain.

“Sayang cemburu?”Wan Zubair tersenyum lebar. Nampaknya, Nur Adriana masih menyayangi dirinya. Dan dia pun turut begitu juga!.

“Hmm..”Nur Adriana mengeluh. Baru bersua muka, dirinya sudah ada persaingan. Ini tidak boleh jadi!
“Sayang…”Wan Zubair memegang erat tangan Nur Adriana. Kasih dan sayangnya tertumpah pada wajah manis ini. Selagi dia masih hidup, dia berjanji tidak akan mencari yang lain. Biarlah Nur Adriana seorang sahaja yang berada dihatinya.

“Itu nurse abang lah. Abang rasa sayang dah jumpa dia tadi. Dekat pintu masuk utama.”Wan Zubair berterus-terang.

“Oh! Yang itu. Haa..baru sayang ingat.”Nur Adriana terlupa untuk mengingati sebaris nama itu. Waktu itu dia agak kelam-kabut sedikit disebabkan kesakitan Zeril Iskandar yang agak menakutkan dirinya.

“Sekarang ini abang nak tanya pulak. Siapa lelaki yang sayang bawa kat hospital kecemasan ini?soal Wan Zubair dengan nada cemburu.

“Aik? Abang pulak yang cemburu dengan sayang? Tadi sayang cemburu dengan Nur Aisyah tu.”Nur Adriana tergelak kecil. Tunangnya sudah menampakkan wajah yang cemberut lagi keruh. Cemburu teramat sangatlah tu!

“Abang cemburu sangat-sangat. Abang tanya balik, siapa lelaki yang bersama dengan sayang tadi? Jujur.”

“Ala abang, tak payah cemburu sangatlah. Sebenarnya, lelaki itu sayang baru pertama kali berjumpa dengan dia. Dia sakit dalam kereta. Masa itu sayang baru keluar dari masjid. Sayang ingatkan dia sakit main-main.

Rupanya, dia sakit betul-betul. Sayang tolonglah  bawa kereta dia sampai kat sini. Tak sangka dapat jumpa abang depan mata.”jawabnya dengan jujur. Dia tidak mahu timbul salah faham pula nanti.

“Sayang sentuh badan dia yang tidak berbaju itu?”Wan Zubair memandang tajam wajah tunangnya.
Nur Adriana terdiam.Resah pula aku bila dia tanya soalan yang sebegini sukar. Apa yang dia nak jawab ni?

“Sayang diam tu maknanya betul lah kan?”sambung Wan Zubair lagi. Dia mengetap bibir. Geram. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Sedikit kecewa dengan tingkah laku tunangnya yang mendiamkan diri.

“Abang…memang betul sayang pegang badan dia.”Nur Adriana berkata jujur. Dipegang bahu tunangnya lembut. “Tapi sayang pegang badan dia sebab nak tolong alihkan badan dia duduk kat sebelah pemandu. Masa itu, sayang memang nak menghulurkan bantuan dengan membawa kereta. Bukan sebab sayang tergoda dengan badan lelaki itu.”Hanya itu alasan yang terbaik dapat difikirkan. Dalam hati, Nur Adriana akui, sedikit sebanyak dia terusik dengan perlakuan Zeril Iskandar sebentar tadi yang membawa tangannya ke jantung lelaki itu. Berdegup jantungnya walaupun seketika cuma.

Wan Zubair memandang kembali wajah tunangnya dengan pandangan tajam. Ingin mendapatkan kepastian.
“Betul ni?”

Nur Adriana mengangguk penuh yakin. Untuk mengembalikan keceriaan diwajah tunangnya, dia sanggup menipu agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

“Abang percaya pada sayang.”jawab Wan Zubair sambil tersenyum. Tidak perlulah dia meragui tunangnya lagi. Sememangnya Nur Adriana seorang perempuan yang boleh dipercayai.

“Okay. Make sure sayang jangan terpikat dengan lelaki lain. Kalau abang dapat tahu, abang mati terjun sungai.”Wan Zubair mengugut Nur Adriana. Biar tunangnya takut untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

“Ish, abang ni. Ke situ pulak. Takkan sebab sayang terpikat dengan lelaki lain, abang nak mati. Abang jangan bergurau boleh tak?”Nur Adriana mula rasa takut. Tunang dia ini suka mengugut!

Wan Zubair mempamerkan muka serius. Nur Adriana mengetap bibir.“Abang tak main-main. Abang betul-betul serius. Abang memang tak suka sayang dekat dengan lelaki lain. Sayang milik abang seorang. Tidak ada sesiapapun yang dapat merampas buah hati abang dengan sesuka hati.”kata Wan Zubair dengan jelas dan padat. Tertelan air liur Nur Adriana.

“Ada cop kat badan sayang ke yang mengatakan sayang milik abang?”Nur Adriana cuba mengusik tunangnya. Namun, tunangnya tetap kelihatan serius.

“Akan ada cop dekat badan sayang nanti. Tapi lepas abang stabilkan keluarga abang dahulu.”

“Ibu abang masih tidak restui hubungan kita?”soal Nur Adriana.

 Wan Zubair mengetap bibir. Kemudian mengelengkan kepala. 
 
“Sayang tau ibu sayang masih tak sukakan sayang. Hmm..patutlah Puan Kamariah suka ambil kesempatan pada sayang. Dah banyak kali ibu abang suruh sayang buat kerja sampai lewat malam. Oh maknanya ibu abang tak nak bagi sayang jumpa abang lah tu. 

“Abang, nanti cuba jelaskan pada ibu abang yang sayang curi duit syarikat ada sebabnya.”

“Ada sebab?”

Nur Adriana mengangguk sambil tersenyum. “Aah. Salah satu sebabnya…sayang berdendam dengan ibu abang.”

“Sayang berdendam sampai macam itu sekali? Kenapa sayang bertindak sedemikian sampai lupa itu adalah ibu kandung abang? Bukankah itu satu perbuatan yang membuatkan ibu abang menjadi bertambah benci pada sayang?Tidakkah sayang terfikir semua itu? Wan Zubair meninggikan suaranya. Merah mukanya menahan marah. Tidak terjangkau dek akal fikirannya sehingga tunangnya sanggup berbuat begitu sekali.
Wan Zubair bangun tanpa mempedulikan fail pesakit yang bertaburan diatas tanah. Dirinya mula tertekan.
Nur Adriana tergamam. Wan Zubair memarahi dirinya? Tetapi, dia arus akui..itu memang salahnya.
Dia turut bangun. Ingin memujuk tunangnya.

“Abang marah sayang ke?”suaraNur Adriana bertukar manja. Dia memeluk pinggang Wan Zubair. Tahu itu satu kesalahan yang besar apabila memeluk seorang lelaki yang bukan mahram. Ya Allah! Maafkan hamba-Mu ini.

Wan Zubair terasa damai apabila dipeluk tunangnya.“Memang abang marah. Sebab sayang curi duit syarikat itu tanpa fikirkan yang hubungan kita akan menjadi bertambah keruh.”marah Wan Zubair lagi.

“Abang..jangan begini. Sayang buat semuanya demi abang.”jelas Nur Adriana lagi. Dahunya menongkat di bahu Wan Zubair.

“Demi abang?”Badannya dipalingkan ke wajah Nur Adriana. Meminta kepastian.

“Yup!. Sayang nak berhenti kerja sebelum curi duit syarikat. Tak tahan nak kerja situ lama-lama. Semuanya pasal ibu abang tulah. Pekerja lain dia berikan masa untuk siap. Sayang aje yang kena buat banyak-banyak. Sengajalah tu dia tak nak sayang jumpa abang. Sayang buat semua demi abang tau tak.”rungut Nur Adriana. Wajahnya monyok.

“Hmm..banyak betul dugaan yang terjadi masa ini. Sayang… abang bukan tak nak jenguk sayang. Tapi waktu melawat yang diberikan Penjara Wanita Kajang terhad sehingga pukul 6 petang sahaja. Waktu itu abang kena layan pesakit kecemasan. Harap sayang tak marah abang. Abang bukan sengaja tak nak melawat sayang, abang nak sangat-sangat. Namun, masa tidak mengizinkan abang ke situ.”Wan Zubair mengusap pipi Nur Adriana yang mulus.

“Ala, abang. Tidak mengapa. Don’t worry be happy, okay? Sayang tidak terasa hati walau sedikit pun.

Abang tidak datang pun, abang tetap dekat dalam hati sayang.Malam-malam, bila nak rest aje…sayang pasti mimpikan abang. Tidak ada orang lain.”manja suara Nur Adriana ketika itu. Rambut tunangnya yang agak berselerak sedikit dikemaskan dengan rapi.

Wan Zubair tersenyum senang. Suka apabila dibelai begitu.

“Sayang..walau apa yang terjadi, abang akan tetap paksa ibu abang sukakan sayang. Walau apa jua yang berlaku.”Itu tekad Wan Zubair.

“Wah!! Sayangnya abang pada kita.Ini yang sayang bertambah-tambah sayang pada abang ni.”Nur Adriana ketawa manja.

“Mestilah abang sayang, kalau tak sayang..abang campak kat longkang.”gurau Wan Zubair. Dipeluk pinggang tunangnya erat-erat. Bagai tidak mahu dilepaskan.

“Ish. Ke situ pulak. Nakal tau abang ni.Tengok, fail pesakit pun dah terburai. Nasib baik tak diterbangkan dek angin.”Nur Adriana menegur perbuatan tunangnya yang tidak mengendahkan fail pesakit yang dipegang tadi. Diambil satu-persatu kertas yang bertaburan lalu dimasukkan kembali ke dalam fail itu semula.

“Alamak, abang lupalah pulak.”Wan Zubair menepuk dahi.“Itulah, bila dah peluk pinggang sayang…semuanya tak perasan.”katanya lagi diringi ketawa kecil. Diletakkan fail pesakit itu ke kerusi yang mereka duduk tadi.

“Eeeii…nakalnya dia ni. Anak siapa ni?”usik Nur Adriana.

“Anak Puan Kamariah Adnan, yang sayang berdendam sangat tu.”jawab Wan Zubair sambil ketawa berdekah dekah. Nur Adriana turut sama ketawa.

****
“Eh, mana doktor ni..”Fikri mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Matanya meliar ke hulu ke hilir mencari doktor Wan Zubair. Ada sesuatu yang perlu dipastikan. Terjenguk-jenguk kepalanya mencari doktor itu. Menimbulkan ketidakpuashatian pada Fatyn yang sedang berbual dengan salah seorang tetamu yang dikaunter tempatnya duduk.

“Sekejap ya, encik. Nanti saya datang balik.”Lelaki yang berbual dengan Fatyn itu mengangguk. Terus lelaki itu berlalu dari situ.

Fatyn terus meluru kearah Fikri Johari yang nampak agak kelam kabut itu.

“ Kau kenapa, Fikri? Kelam-kabut aje aku tengok kau pagi-pagi ni. Apa hal?”soal Fatyn sambil matanya tepat memandang wajah Fikri Johari yang seakan gelisah.

“Adik kena jumpa doktor Wan Zubair lah kak. Important sangat-sangat!

“Cuba bertenang sikit. Cuba cakap dengan aku, apa masalahnya?soal Fatyn lagi.

“Akak ingat lagi tak ada seorang perempuan yang datang tanpa memakai kasut bawa seorang lelaki yang jantung dia berdenyut pantas tu?

Fatyn mengangguk. “ Yang kelam-kabut cakap dengan Nur Aisyah tu. Kenapa dengan dia?

“Lelaki itu pengsan. Tak sedarkan diri. Adik tengah cari doktor Wan Zubair sekarang ni. Nak minta bantuan doktor tu uruskan pesakit ini. Mana dia pergi ek?”Sambil dia berbual dengan Fatyn, matanya meliar ke arah sekekliling.

“Haa.. tadi doktor tu cari perempuan yang bawa pesakit tu. Cuba kau cari kat luar. Mesti dia ada kat situ.”balas Fatyn dengan tenang.

“Akak Fatyn tahu, adik rasa adik macam kenal lah pesakit lelaki itu. Tapi adik dah lupalah dia tu siapa.”

“Eh, adik pun perasan jugak? Akak pun sama. Wajah lelaki itu nampak familiar tau.”

“Sekarang ini, adik tak peduli lelaki itu siapa ke apa ke, yang penting, adik harus berjumpa dengan doktor Wan Zubair. Lelaki itu dalam keadaan tenat tu. Adik rasa doktor Wan Zubair kena masukkan dia dalam Zon Merah.”

“Zon Merah? Itu dah tahap kritikal sangat tu. Baik kau pergi cari dia cepat.”

“Okay..okay. Nanti kalau kak Nur Aisyah ada kat sini, beritahu dia masuk kat dalam bilik kecemasan wad 3 ya.”pesan Fikri Johari.

“Hmm..baiklah. Kau pergilah cepat. Fikri Johari mengangguk dan terus keluar dari wad kecemasan itu. Tumpuan sekarang hanyalah doktor Wan Zubair!

****
Tidak berkelip mata Fikri Johari melihat adegan mesra dari doktor Wan Zubair dan pasangannya. ‘Eh! Itu perempuan tadi kan? Bukan main rapat lagi tu! Siap berpegangan tangan. Kalau Nur Aisyah nampak, mesti dia merana.’

Untuk tidak membuang masa, Fikri Johari segera melangkah ke arah mereka. Rasa gementar pun ada. Takut menganggu pulak doktor Wan Zubair  bermanja-manja dengan perempuan itu. 

“Ehem..ehem!” Fikri Johari sengaja membuat lagak seperti orang batuk agar menyedarkan pasangan itu. 

Nur Adriana dan Wan Zubair tergamam. Terhenti perlakuan mereka daripada bermanja-manja. Wan Zubair melepaskan tangan Nur Adriana yang dipegang erat tadi.

“Maaf menganggu…doktor, cik! Fikri mengangkat tangan. Dia tersenyum memandang mereka berdua. Janganlah doktor tu marah aku. Aku datang sini bukan nak menganggu, tapi benda penting kenalah beritahu cepat-cepat.

Wan Zubair membetulkan kot putih yang tersarung ditubuhnya. Fail yang berada atas kerusi diambil lalu dilekapkan ke dada. Perasaan malu didalam hati hanya Allah yang tahu. Tunangnya hanya tersengih-sengih. Menampakkan sebaris gigi yang putih. Suara Wan Zubair mula kembali tegas.

“Macam mana awak boleh tahu saya ada kat sini, Fikri?”Ditenung tajam wajah pembantu hospital itu. Fikri Johari sudah kalut.

“Err..saya cari doktor kat dalam tadi, tapi tak jumpa. Fatyn cakap doktor ada kat luar cari perempuan yang bawa pesakit lelaki tadi. Itu yang saya cari doktor sampai ke sini. Saya ganggu perbualan doktor dan cik ke?”

“Eh..mana ada.Tiada apa yang kami bualkan.”sampuk Nur Adriana. Wan Zubair mengerling tajam ke arah tunangnya. Matanya terbeliak. Nur Adriana tersenyum.

‘Tak ada apa-apa? Kalau tak ada apa-apa, takkanlah sampai berpegangan tangan kan? Dia orang mesti ada relationship ni!’kata hati Fikri Johari.

“So, Fikri Johari. Anything can I help you?”soalan itu diiringi sindiran. Sebenarnya, dia tidak mahu diganggu buat masa ini. Belum puas berbual dengan keaksih hati, ada pula yang datang menganggu. Hish! Benci betul!

“Ya, doktor. Ini melibatkan nyawa pesakit yang cik bawa ke sini tadi.” Tangan Fikri Johari menunding kearah Nur Adriana.

“Err..maksud kamu, pesakit lelaki yang saya bawa tadi. Kenapa dengan dia? Ada masalah ke? Hati Nur Adriana mula tidak sedap. Teruk sangat ke sakit dia?

Wan Zubair memandang wajah tunangnya dengan tidak berpuas hati. Dia tidak suka tunangnya terlalu mengambil berat akan pesakit itu. Dia cemburu!

Fikri Johari mengangguk. Dia memandang wajah doktor Wan Zubair yang seakan-akan mahu menelan perempuan disebelahnya. Perempuan ini teman istimewa dia ke?

“Doktor, pesakit itu dalam keadaan kritikal. Kita kena masukkan dia ke wad Zon Merah. Jika tidak, dia akan mati jika tidak dirawat dengan segera.

Mati?

Nur Adriana terkaku disitu!



BERSAMBUNG....:D 
 eya tidak mampu menghasilkan yg terbaik..tetapi akan berusaha melakukan yg terbaik demi pembaca yang disayangi..<3

10 comments:

  1. Debest 4U dik.
    akak bangga dgn adik.. <3

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..adikpn bangga ngn akk sebab berjaya bce karya adik ni..hehe..muah3

      Delete
  2. O kisahnye mak tunang nye tak suka ngan adriana hmmm complicated gak y

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..agak complicated jgk kak..sbb ibu Wan Zubair ni x ska anaknya trlalu rpat dgn Nur ADRIANA..

      Delete
  3. Best.....
    Tak sabar nak tunggu sambungan....#^_^

    ReplyDelete
  4. best2...
    x sbr nk bce smbungn...truje...
    huhu...

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah..nnt akk up lg y.. ;)

    ReplyDelete