OLEH : NUR DAEYA
Nur Adriana berdiri tegak dihadapan
telefon awam yang bewarna biru itu.Matanya mengerling ke kiri dan kanan.Agak
ramai juga orang yang berada dikawasan perhentian bas ini.Maklumlah, hari sudah
lewat petang.Kebanyakannya pekerja yang baru balik dari tempat kerja.Sama
seperti dia dulu. Tepat pukul 5.30 petang sahaja, dia pasti akan terpacak di
perhentian bas.
Sebelum petang melabuhkan tirai, Nur
Adriana sudah membuat keputusan. Dan keputusannya adalah muktamad!Dia perlu menelefon Datin
Zafiah seberapa segera.Biar pemuda tak sedar diri itu tahu jalan pulang ke
rumah. Dah besar pun masih menyusahkan
ibu bapa!
Beg dompetnya dikeluarkan dari beg
galas yang setia di bahu kirinya. Gangang telefon dicapai.Sekali lagi dia
mengerling ke kiri dan kanan. Takut apa yang diperkatakan pada Datin Zafiah
nanti akan diketahui umum. Melepasah dia
nanti untuk mendapatkan habuan tersebut.
Dilekapkan gangang itu dengan rapat
sehingga mengena pipinya. Dia mahu bercakap secara perlahan-lahan agar orang
lain tidak mendengarnya.
Sambil memegang gangang, dia membuka
dompet dan mengambil duit syiling yang ada.Duit syiling itu dimasukkan ke dalam
lubang yang telah disediakan.Setelah Berjaya memasukkan duit syiling itu,
ditekan pula nombor Datin Zafiah yang masih diingatinya.Syukurlah, kerana Allah
masih memberikan kekuatan pada dirinya untruk mengingati sesuatu walaupun
dengan pantas.
Tut..tut…
Nur Adriana menanti dengan penuh sabar.
Jika sudah berbunyi tut..tut, maknanya panggilan dari sana sememangnya akan
terjawab juga nanti.Dia berharap Datin Zafiah seorang yang cool dan selamba
sahaja.Tidak terlalu formal dalam percakapannya. Waktu dia bekerja dulu pun,
seringkali dia berjumpa dengan client yang bersatatus VIP terutamanya
Datin-datin yang ingin menempah banner atau buntings untuk majlis yang
seangkatan dengannya.
Ada juga Datin yang berlagak bagus
sehinggakan ada yang tidak mahu bercakap dengannya langsung. Diserahkan pula
kepada pengawal peribadi.Hina sangatkah dirinya sampai perlu menyerahkan segala
percakapan itu kepada pengawal peribadi?
******
Terdetik dihati Datin Zafiah untuk
menenangkan dirinya dengan membaca Al-quran dibilik bacaan.Selain memohon
kepada Allah s.w.t didalam solat agar diberikan petunjuk supaya anaknya kembali
ke sisinya, dia tidak lupa untuk mengalunkan sendiri ayat-ayat al quran supaya
ketenangan dapat diperolehi ketika membacanya.
Tidak
membenarkan sesiapapun menganggunya di bilik bacaan kecuali pengawal
peribadinya, Muhd Hazdrul.Dia takut ada panggilan yang tidak terduga pada waktu-waktu
begini.Manalah tahu, dengan kuasa Allah, anaknya sudah dijumpai.
Datin
Zafiah memberi telefon bimbitnya kepada Hazdrul.Dia tidak mahu diganggu dengan
panggilan telefon sekarang ini.Apa yang penting, dia perlu membaca ayat-ayat
suci al-quran untuk memenangkan dirinya.
Pengawal
peribadinya sudah memaklumkan bahawa pengumuman berkaitan kehilangan anaknya
akan diumumkan sekali lagi pada pukul 8 malam di tv10 dan tidak lupa juga
pencarian penjaga khas untuk anaknya, Zeril Iskandar. Dia tahu tentang itu dan
dia takkan terlepas peluang untuk melihatnya.
Tiada
seorang pun yang masih menelefonnya lagi untuk menyampaikan berita yang anaknya
telah dijumpai. Dia akan tetap tunggu dan sabar menantinya. Mungkin hari ini
???
“Hadzrul,
saya nak baca Al-quran dulu.Awak tunggu diluar. Ada orang call, just inform me.”ujar Datin Zafiah
lembut.
“Baik,
Datin. Saya keluar dulu.”Muhd Hazrul keluar dan menutup pintu.Datin Zafiah
mengangguk.
Dengan
lafaz bismillahirahmanirahim, dia membuka al-quran perlahan-lahan.Alunan ayat-ayat
suci Al-quran bergema jua memenuhi bilik bacaan itu.
****
Hadzrul
membetulkan kot hitam panjang yang dipakainya.Nampak agak berserabut.Sebagai
seorang pegawal peribadi khas kepada Datin Zafiah, Tidak kira dimana sahaja dia
harus berpenampilan kemas.
Diseluk
poket kot kanannya.Diambil handphonemilikDatin
Zafiah, diubah menjadi silent agar tidak menganggu Datin Zafiah yang sedang
khusyuk mengalunkan ayat suci al-quran.Diletakkan telefon itu diatas meja bulat
disebelahnya.
Sudah
empat tahun dia bekerja sebagai pengawal peribadi kepada Datin
Zafiah.Alhamdulilah.Dia rasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Datin
Zafiah.Orangnya baik dan sentiasa mengambil berat.Tidak pernah pun dia memarahi
atau menengking pekerjanya.Lain pula dengan Zeril Iskandar, anak lelaki tunggal
Datin Zafiah.Sikapnya memang sukar dijangka.
Beberapa
minit kemudian, telefon diatas meja itu bergetar.Hadzrul yang masih setia
berdiri tegak di sebelah pintu bilik terkejut.Diambil semula telefon itu dan
dia melihat dicermin telefon itu bermula dengan nombor 03.
03?
Telefon bimbit itu dilekapkan ke
pipinya.Lantas, suaranya kedengaran.Menyentakkan Nur Adriana yang agak lama
menanti jawapan dari Datin Zafiah.
“Hello, Hadzrul Affendi bercakap. Siapa
ditalian?”soalnya dengan hormat.
“Err..Assalamualaikum.Saya Nur Adriana.”
jawabnya lembut.‘Siapa pulak Hadzrul Affendi ni?Pengawal peribadi ke?’katanya
dalam hati.
“Waalaikumsalam.Cik ni siapa?”soalnya
lagi.Hatinya entah kenapa berdebar bila mendengar suara perempuan itu.Lain
macam pulak rasanya.Suara perempuan ini mengingatkannya pada bekas teman
wanitanya dahulu. Tapi mungkin orang lain kot.
“Dan awak pulak siapa?”soalannya
berbalas soalan.
“Saya Hadzrul Affendi, pengawal
peribadi Datin Zafiah. Ada apa yang boleh saya bantu cik Nur Adriana?ucapnya
penuh hormat dan tertib.
‘Hadzrul Affendi? Nama lelaki ini
seakan-akan sama dengan bekas teman lelakinya dulu. Takkanlah orang yang sama
kot?’
“ Ohh, pengawal peribadi Datin rupanya.
Tadi saya tengok di tv10, ada pengumuman mengenai kehilangan seorang pemuda.
Itu sebab saya call nombor ni.”
“Pasal pengumuman itu, memang Datin
Zafiah yang arahkan tv10 supaya menyiarkan pengumuman itu.Baru hari pertama
kami membuat pengumuman sebegitu.Kenapa ya, cik?”soal Hadzrul.
Aduh! Hormat betulcara percakapan dia.
Segan pulak aku bila bercakap dengan mamat ini.”Maaf, Encik Hadzrul. Saya tak
banyak syiling nak bercakap panjang lebar dengan encik.So, boleh saya bercakap
dengan Datin Zafiah?”
Hadzrul tersenyum.Jujur betul perempuan
ini bila bercakap.
“Baiklah..Saya panggil Datin
sekarang.Tapi, tunggu sekejap.Datin kini berada didalam bilik bacaan. Boleh
awak call dalam masa 5 minit lagi?”
“Sure.
Saya tunggu.Tapi cepat sikit ya.Saya ada banyak benda nak buat lagi lepas
ini.”kata Nur Adriana tanpa rasa bersalah.
Tanpa mengucapkan salam, Nur Adriana
pantas menutup telefon. Baki duit syiling didalam telefon awam itu dikeluarkan.
Dia hanya tunggu sahaja disitu.Hari
sudah semakin gelap.
****
Pintu bilik bilik bacaan itu diketuk
secara perlahan-lahan. Takut akan menganggu bacaan bosnya pula. Dalam diam dia
gembira Nampaknya idea Datin Zafiah berhasil juga. Tidak sangka baru sahaja
berapa jam disiarkan pengumuman itu, sudah ada yang menelefon.
Datin Zafiah yang masih lagi
mengalunkan ayat suci al-quran itu tersentak dengan ketukan diluar.Hadrul ke?
“Masuk!”arah Datin Zafiah dari dalam.
Hadzrul masuk sambil tangannya
mengenggam telefon bimbit bosnya.
“Ada apa Hadzrul?”soal Datin Zafiah
sambil memandang muka pengawal peribadinya.
“Maafkan saya kerana menganggu,
Datin.Baru sahaja sebentar tadi ada seorang perempuan call.Dia mahu bercakap
dengan Datin.”Hadzrul berterus-terang.
“Siapa?”Datin Zafiah pelik.
“Namanya Nur Adriana. Katanya, dia tahu
dimana Zeril Iskandar berada.”
Datin Zafiah menutup al-quran dengan
cermat.Pantas dia bangun dari tempat yang didudukinya dan menuju kearah
pengawal peribadinya.Gembira dengan berita yang baru diterimanya. Syukur
alhamdulilah..
“Beri telefon saya.Saya mahu bercakap
dengan dia.”Datin Zafiah menghulurkan tangan.Menyuruh Hadzrul meletakkan telefon
bimbitnya di tangannya. Namun, Hadzrul
“Maaf, Datin. Saya akan bagi Datin
setelah dia call semula. Katanya, dia akan
call dalam berapa minit lagi.”
“Kenapa pulak? Awak tak minta nombor
telefon dia ke supaya senang saya call
balik.”
“Maaf sekali lagi, Datin.Perempuan ini
hanya menggunakan nombor telefon awam sahaja.”
Datin mengeluh hampa. Harap perempuan
itu akan menghubunginya semula.
Tiba-tiba, bunyi telefon
kedengaran.Datin Zafiah tersentak. “Bagi saya telefon tu. Awak keluar
dulu.Nanti saya panggil awak.”Hadzrul menganggukkan kepalanya.Faham yang bosnya
memerlukan privacy, dia keluar dengan segera.
Datin Zafiah memerhatikan nombor yang
tertera dicermin telefon bimbitnya. 03?Dia pasti Nur Adriana yang menelefon.Kata
Hadzrul, perempuan ini hanya menggunakan telefon awam sahaja. Tanpa menunggu
lagi, segera dia menekan butang panggilan masuk.
“Assalamualaikum..Nur Adriana.”Ucap
Datin Zafiah dengan lembut.
“Waalaikumsalam, Datin. Maaf menganggu.
Saya dapat nombor Datin ni dalam tv10 tadi. ”
“Jadi, memang benarlah apa yang
dikatakan Hadzrul pada saya tadi?”
“Pasal apa, Datin? Pengawal peribadi
itu cakap apa?” tanya Nur Adriana. Dia sudah blurr sekejap. Manalah dia tahu
apa yang encik Hadzrul Affendi katakana pada Datin Zafiah.
“Hmm..pasal anak saya, Zeril Iskandar.
Awak ada jumpa dia kan? Betul ke?”
Oh! Tak sangka nama mamat ego tu Zeril
Iskandar. Nama sedap tapi perangai hampeh! Dalam diam Dhia memuji mamat ego
itu, pada masa yang sama sempat mengkritik.
“Benar, Datin.”kata Nur Adriana dengan
tergagap-gagap. Aduh! Tak pasal-pasal ayat kena formal.Enam bulan dipenjara,
tidak pernah sekalipun dia bercakap formal begini.Ada pun, dengan pegawai
penjara ataupun warden. Yang lain, semuanya ayat-ayat selamba aje.
“Are
you alright, dear?”
“Err..saya okay. Saya memang jumpa
Zeril tu. Dia ada berhampiran dengan saya.”
“Awak berada dimana sekarang?Sekejap
lagi, saya akan arahkan pekerja saya pergi mengambil Zeril.”
“Eh, tak mengapalah Datin.Saya akan
suruh dia balik sendiri.”Sebenarnya, dia tidak mahu Datin Zafiah tahu yang
Zeril Iskandar telah melakukan sesuatu diluar jangkaan sebagai orang islam dan
dia tidak mahu membuat Datin Zafiah menangis melihat keadaan anaknya yang tidak
tentu arah itu. Dia faham perasaan seorang ibu yang akan menangis jika anaknya
tidak seperti dahulu lagi.
“Zeril ada berdekatan dengan awak ke?”
“Benar, Datin. Dekat
sangat-sangat.Datin jangan risau. Zeril Iskandar akan pulang semula ke rumah
dengan selamat. Datin tak perlu hantar pekerja Datin untuk mengambil Zeril.Saya
akan uruskannya.”janji Nur Adriana kepada Datin Zafiah.
Datin Zafiah berasa lega.Bagus juga
perempuan ini.Ada bakat jadi penjaga khas secara tidak rasmi.Penjaga khas?
Rasanya, sudah sampai masanya Zeril
diberikan penjaga khas yang baru dan dia dapat rasakan yang perempuan ini
sesuai untuk menjadi penjaga khas anaknya.
“Boleh berikan saya nombor telefon
awak? Nanti boleh saya call awak kembali.Sebenarnya ada hal yang saya nak
katakan pada awak.Berkenaan Zeril Iskandar.Tapi sebelum itu.”pantas ayat itu
memotong percakapan Datin Zafiah.
“Maaf ya, Datin.Saya memang tidak
pernah menggunakan telefon bimbit semenjak kebelakangan ini.Tidak perlulah saya
beritahu kenapa.Asalkan nombor telefon Datin saya sudah tahu, itu sudah
cukup.Lagipun masa telefon hampir tamat.Duit syiling saya memang tidak
mencukupi untuk membuat panggilan selanjutnya.Saya minta diri dulu, Datin.
Esok, saya akan maklumkan pada Datin tentang Zeril Iskandar ya.
Assalamualaikum…”ujar Nur Adriana.
Tanpa sempat Datin Zafiah berkata
apa-apa, talian sudah mati.Seketika, Datin Zafiah mengeluh.Baru nak berbual
lebih lanjut, telefon sudah dimatikan.Sepatutnya, Nur Adriana memberikannya
nombor telefon.Senang dia telefon semula.
Nur Adriana berasa lega.Nasib baik masa
berbual telah tamat tempoh. Jika tidak, memang habislah duit syiling aku ni.
Tak pasal-pasal kena korbankan duit.Gagang berwarna merah itu diletakkan semula
ke tempat asal.Tadi, dia sudah berjanji pada Datin Zafiah agar Zeril Iskandar
dapat pulang dengan selamat.Harap-harap mamat ego itu masih lagi berada di
lorong sunyi.Dia dapat rasakan mamat ego itu pasti berada didalam kereta
lagi.Masa mamai mana boleh bawa kereta.Tak pasal-pasal kena accident. Siapa
yang susah? Aku juga.Eh? Kenapa pula aku yang susah?
Entah kenapa hatinya tidak tenang
selagi mamat ego itu tidak pulang ke rumah.Adakah dia risau? Bila difikir
semula, apa kena mengena aku dengan dia sampai buat hati ini tidak tenang?
Bukannya aku ada tali persaudaraan dengan mamat ego itu. Setakat saudara sesama
islam, adalah.
Ataupun , disebabkan habuan dari Datin
Zafiah yang menjadikan dirinya tidak tenang? Ada benarnya juga. Takut orang
lain yang akan mendapat habuan tersebut.
Esok masih ada. Dan peluang itu akan
digunakan sebaiknya. Tunggu ajelah Zeril Iskandar. Kita bakal bertemu kembali!
*****
Zeril
Iskandar merasakan dia tidak terdaya mahu meneruskan perjalanan ke tempat lain.
Kepalanya terasa pening dan tidak terdaya untuk bangun semula.Nasib baik dia
sudah masuk ke dalam kereta.Enjin keretanya hanya dipanaskan.Membiarkan
air-cond menyejukkan keretanya yang sejak dari semalam tidak berusik.
‘Mama..mana mama, Zeril nak
mama…’rengeknya sendiri Dia bersandar dan memejamkan mata sebentar.. Rasa rindu
kepada mamanya mula mengasak dada.Kini, dia baru merasakan penyesalan akibat
meninggalkan mamanya secara tiba-tiba.
Detak jantungnya seakan
berdenyut-denyut dengan pantas.Badannya terasa menggigil tidak terkawal. Zeril Iskandar mula merasakan akan ada
sesuatu yang akan berlaku padanya. Dadanya terasa sempit. Dia cuba menarik
nafas berkali-kali, namun kesakitannya tidak juga berkurangan. Mungkin kerana
dia mengambil pil ekstasi yang terlalu
banyak. Itu sebab jantungnya tidak dapat berfungsi dengan normal.
Tanpa membuang masa, dia mengambil
first aid di bawah peti dashboard.
Didalam peti inilah dia meletakkan ubat-ubatan jika terjadi sesuatu pada tubuh badannya.
Kotak ubat Panadol dibuka dengan agak
rakus.Salah satu pek pil didalamnya dicapai.Dibuka dan terus dia menelan tanpa
meminum air.
Tekaknya terasa perit.Patutnya dia
mengambil ubat dan menelannya bersama air.Ini tidak, terus sahaja menelan ubat
itu tanpa memikirkan apa-apa.
Bila-bila masa sahaja dia akan muntah.
Tapi Zeril Iskandar cuba juga untuk bertahan. Dia tidak mahu muntah didalam
kereta mewah ini.
Pintu kereta terkuak, dan dia bangun
dan berlari ke longkang berdekatan.
‘Uwek..uwek..’ akhirnya dia muntah
juga. Banyak juga isi yang terkeluar dari anak tekaknya hingga terkena
kemejanya.
Zeril Iskandar yang tidak larat untuk
bangun terbaring disitu juga. Di atas atas jalan tar itu. Dibuka butang
kemejanya yang sudah terkena muntah.Dia puas.Puas kerana dapat memuntahkan
kesemua isinya.
‘Mama..mama..’rengeknya sekali lagi.
Tiada siapa pun yang mendengar suaranya ketika ini.Hanya dia seorang sahaja.
Hanya Zeril Iskandar..
bersambung...:D
best la..
ReplyDeletetq sekali lagi wat adik Qiz..jgn sgan2 mmbaca lg.. :)
ReplyDeleteSkt nye tentang zeril nak lg
ReplyDeleteLpas ni akn ad bab Zeril ok..jgn risau..tq kak..sbb sdi bce karya sy..appreciate sgt2
ReplyDelete