Hanya
Allah yang tahu apa perasaannya ketika ini tatkala melihat suami turun dari
kereta mewah itu. Jiwanya meronta hebat.Hatinya remuk melihat wanita yang
bernama Mariana kini menjadi madunya mengenggam erat tangan suaminya.
Pasangan
pengantin melangkah seiringan menuju ke singgahsana yang telah dihias cantik
itu dengan paluan kompang dan para tetamu yang hadir.
Dhia
mengetap bibir.Nafasnya terasa sesak.Terasa ingin mengalirkan airmata. Tidak
sanggup untuk melihat suaminya duduk diatas pelamin dengan wanita lain. Ditutup
mukanya. Sakitnya hatiku ini!
Tak
disangka Mariana yang bekerja sebagai pembantu peribadi suaminya akan menjadi
madunya.Muzaffar pernah memperkenalkan pembantu peribadinya dua bulan lepas
sewaktu dia mengajak suaminya makan bersama.Airmatanya mula mengeluarkan
manik-manik jernih. Ditekup mukanya.Malu untuk menunjukkan airmatanya kepada
Rayyan.
Rayyan
yang berada disebelah memandang wajah sahabatnya yang menekup muka itu.Dia rasa
resah.Tahu yang Dhia menangis.“Kasihannya sahabatku ini…” keluhnya.
Mungkin
ini dugaan yang terhebat dalam hidup Dhia. Mana tidaknya, suami sendiri duduk
di pelamin bersama wanita lain. Isteri mana yang tidak geram? Kalau dia jadi
Dhia, mungkin dirinya akan menjadi gila.
Bila
diingatkan kembali, bukan main teruja sahabatnya ingin memberi kejutan kepada
Muzaffar yang merangkap kawannya juga. Tapi setelah mengetahui ada wanita lain
yang dikahwini Muzaffar, dia jadi benci melihat wajah itu. Wajah lelaki curang!
“Dhia…”panggilnya.Bahu sahabatnya
dipegang. Namun hampa. Tiada jawapan.
Sahabatnya
masih menekup muka.Mungkin Dhia malu untuk berhadapan dengannya dalam keadaan
yang menyedihkan. “Menangislah Dhia…aku akan setia bersama kau.”katanya di
dalam hati.
“Aku bengang Ray.”Teresak-esak Dhia
bercakap dalam keadaan mukanya ditekup.
Rayyan
menarik nafas lalu dihembuskan perlahan.“Tabahkan
hati kau Dhia. Jangan menangis. Buat-buat macam tak ada apa yang berlaku,ok?”jawabnya
lembut. Buat masa ini, dia perlu mententeramkan jiwa sahabatnya itu dengan
kata-kata yang tidak menyakitkan.
“Kalau
kau rasa tak puas hati dengan apa yang berlaku sekarang, jom kita keluar dari
sini.”sambung Rayyan lagi. Dhia mengangkat muka.Tangannya dijatuhkan ke
sisi.Tidak percaya dengan kata-kata sahabatnya.Takkan dia tidak tahu ini
rumahnya? Buat apa perlu keluar dari sini?
Dikesat airmatanya. Lama
Dhia merenung wajah sahabatnya.Sampai Rayyan malu sendiri.Tak biasa jika ada
perempuan yang merenungnya lama.
Dia ingin meminta kepastian
tentang soalan yang diutarakan sebentar tadi. Dikesat airmatanya.
“Apa yang kau cakapkan ni,
Ray? Apa maksud kau kita kena keluar dari sini? Soalnya.Dia mula marah.
“Aik?Aku tersalah cakap
ke?” bisiknya didalam hati.
“Eh tak. Maksud aku kita
keluar dari sini sebab aku tak mahu tengok kau sedih, faham?”jelasnya. Aku ni
pun bengap juga. Ada ke patut aku tanya soalan yang boleh menyakitkan hati
Dhia. Kan dia dah mengamuk!
“Aku tak nak balik,ini kan
rumah aku, buat apa aku perlu keluar dari sini!”jawabnya dengan nada tidak
berpuas hati. Dhia berpaling dari menghadap wajah sahabatnya.
Tanpa isyarat Dhia mula
melangkah menuju ke singgahsana yang bertemakan warna ungu dan putih itu.Rayyan
mati kutu melihat reaksi sahabatnya yang berlalu pergi tanpa mengajaknya
bersama.
Langkahnya mati apabila
lengannya di pegang kejap oleh Rayyan.Nasib baik mereka berada di belakang
rumah. Kalau tidak, memang tetamu akan memandang serong terhadapnya. Dia tidak
mahu perkara itu terjadi.
“Lepaskan aku!”ditarik
tangannya dengan kasar.Namun tetap dipegang erat sahabatnya.
“Kau nak pergi
mana?”.Rayyan mengeluh bila melihat kepala Dhia mengangguk.Ingin saja dia bawa
Dhia jauh dari sini, dia tidak mahu sahabatnya disakiti.Dia yakin andai Dhia
bertemu empat mata dengan suaminya yang lengkap berpakaian pengantin pasti hati
sahabatnya luka,luka yang dalam.
Semakin banyak persoalan
yang berlegar di fikirannya kini, dia terasa ingin tahu kesemua jawapannya hari
ini juga.Tapi dibiarkan dulu.Dia ingin tahu juga adakah Muzaffar berkahwin
kerana terpaksa atau merelakan sahaja perkahwinan ini.
“Dhia aku nak kau tahu yang
aku setia ada di sisi kau.kalau kau tak kuat biar aku je yang berhadapan dengan
suami kau?”
“Jangan! Aku boleh berdepan
dengan suami aku sendiri.”potong Dhia.Dia tahu andai Rayyan yang bersuara pasti
sahabatnya akan baran bila bercakap dengan suaminya,dia tidak mahu Rayyan
membuat suasana perkahwinan ini menjadi kecoh.Dia masih mahu menjaga air muka
suaminya,keluarganya dan mak mertuanya.
Dhia mengesat air mata.Majils perkahwinan seperti ini tidak
sepatutnya diiringi dengan air mata.Sebagai seorang perempuan, dia harus kuat
untuk menghadapi semua ini.
“Dipersilakan ibu pengantin lelaki, Puan Halimah untuk memulakan
upacara menepungtawar.” Ucap pengacara majlis yang berada disitu.Dhia dan
Rayyan hanya berpandangan sesama sendiri di celah-celah tetamu yang ramai.
Puan Halimah melangkah naik ke tangga pelamin.Tersenyum Puan
Halimah memandang anak dan menantu barunya…Tergambar ceria di wajah pengantin
yang baru menjadi isteri.Diambil sedikit beras putih, beras kuning, bertih dan
bunga rampai lalu menaburkannya ke atas menantunya.Disalam menantu barunya lalu
dipeluk erat.
Pengapit yang berada di sebelah pengantin perempuan membersihkan
taburan daun pandan yang melekat pada tapak tangan dan baju Mariana lalu
diberikan bunga telur kepada Puan Halimah.Lantas kakinya melangkah ke bawah.
Tatkala kakinya melangkah turun dari tangga pelamin itu, dia
sempat memandang Dhia dan Rayyan di celah-celah tetamu.
“Sepatutnya pasangan curang ini tak payah datang! Buat orang benci
saja.” Hatinya mendongkol geram.Dari tadi dia tengok mereka berdua
berkepit.Macam suami isteri pulak.Dengan anaknya, tak pernah dibuat begitu.Masa
dia pengsan tadi pun mereka bersama.Susah kalau dapat menantu curang.Harap
menantu barunya tidak mengikut perangai Dhia.
Mariana, menantu barunya yang bekerja sebagai pembantu peribadi di
syarikat percetakan milik anaknya mula rapat dengannya semenjak sesi suai kenal
pekerja baru di dalam bilik meeting.Dia yang terpikat dengan keramahan Mariana
terus menjadikannya sebagai anak angkat.Tapi Dhia tidak tahu. Sengaja
dirahsiakan.
Memang diakui Dhia dan Rayyan ialah kawan baik semenjak sekolah
menengah lagi.Sejak awal perkahwinan anaknya dan Dhia, menantunya telah
memberitahu dia dan anaknya bahawa dia mempunyai seorang kawan lelaki yang
sangat rapat. Jadi tidak akan timbul salah faham selepas berkahwin nanti.
Tetamu yang hadir masing-masing tidak melepaskan peluang menangkap
gambar pengantin dari bawah untuk dibuat kenang-kenangan.Dhia dan Rayyan hanya
menjadi pemerhati sahaja.
Tiba-tiba, suara pengacara majlisbergema di dalam kawasan ruang
tamu itu.Mungkin ada pengumuman agaknya. Mereka berpaling.
“Siapa lagi mahu salam pengantin baru?”Soal pengacara majlis tadi
sambil memegang mikrofon.
Dhia, kau tak nak ke? Bisik Rayyan. Sudah tiba masanya. Kali ini
biarlah mereka yang membuat kejutan!Dhia menarik nafas panjang.Ditenteramkan
hatinya lalu dipandang Rayyan.
“Mari! Ikut aku.”ajak Dhia.Tak mahu dia berada di atas pelamin
keseorangan.Takut dia tak dapat menahan kesedihan. Cermin matanya dipakai
semula.Mahu menyembunyikan airmatanya dari dilihat suaminya nanti.
Rayyan hanya menurut perintah.Nampaknya sahabatnya itu sudah ada
sedikit kekuatan.
Bila tetamu tidak lagi menangkap gambar pengantin, mereka berjalan
seiringan naik keatas pelamin. Muzaffar dan Mariana yang tadi tersenyum apabila
tetamu mengambil gambar mereka berdua berubah muram sekaligus terkejut dengan
kehadiran isterinya dan Rayyan yang tidak diduga! Terus mati senyuman mereka
berdua.Terpaku melihat dua manusia dihadapan mereka.
“Sayang…”Tergamam dia melihat Dhia dihadapannya. Rayyan pun ada
juga.
“Hmm..ingat pun lagi. Ingatkan anja dah lupa terus isteri
pertama.” Jawabnya sambil tersengih-sengih.Padahal hatinya hanya Allah sahaja
yang tahu.Mariana yang berada disebelah terasa mukanya berbahang. Tahu sajalah
bila madu bertemu, muka yang manis pun akan berubah masam.
Dalam diam Dhia memberontak.Tapi dia harus bertahan buat masa
sekarang.Tidak mahu tetamu melihat ketegangan di wajah pengantin baru. Diambil
tangan suaminya lalu dicium.Ditundukkan sedikit wajahnya. “Selamat pengantin
baru anja…”Ucap Dhia sedikit kuat.Digenggam erat tangan suaminya.Sengaja dia
berkata dengan suara yang sedikit kuat agar didengari Mariana. Biar dia
jealous!
Mariana hanyatersenyum.Baginya, dia tak perlu merasa
jealous.Muzaffar sudah menjadi milik mutlak dirinya.Dan dia tidak perlu takut
untuk itu.
Tidak sabar dirinya mahu membalas dendam terhadap Dhia. Pasti
kemenangan ini akan berpihak kepadanya. Mak mentuanya pun menyokongnya…apatah lagi
suami yang baru dikahwininya.
Puan Halimah yang sedang melayan tetamu sempat berpaling ke sudut
pelamin.Dilihat saja menantu yang tidak disukai mengenggam tangan anaknya.
“Itulah..ada lelaki, curang. Padan dengan muka kau!”Ketawanya
didalam hati.Dulu dia senang memanggil Dhia dengan lemah-lembut.Bila dia dapat
tahu perangai sebenar Dhia dari Mariana, panggilan itu terus bertukar menjadi
kasar.Perempuan curang tak boleh berlembut. Naik kepala nanti!
“Bila balik? Kenapa tak cakap?”Tergagap-gagap suara Muzaffar.Memang
dia terkejut dengan kehadiran Rayyan dan isterinya.
Rayyan memandang wajah Dhia
yang kelihatan agak sugul selepas mencium tangan suaminya.Tahu yang Dhia
bersedih dalam diam.
Dijawab soalan bagi pihak
Dhia. “Kami baru aje sampai tadi.Tahu-tahu kau dah kahwin.Congratulations!”Balas Rayyan dengan nada menyindir.
Muzaffar rasa tersindir.Dia
tahu Rayyan geram dengannya sekarang ini.Dipandang wajah Dhia lama.Pelbagai
persoalan ingin ditanyakan kepada isterinya.Semestinya dia mahu tahu adakah
Dhia curang dibelakangnya seperti yang dilihat di CD itu. Dipendam dulu.
Mungkin suatu hari nanti akan terjawab juga akhirnya.
“Oklah, kami tak boleh
berlama kat atas pelamin ini. Nanti tetamu lain marah pulak tak dapat menepung
tawar pasangan pengantin.So, aku bagi
pihak Dhia sekali lagi mengucapkan selamat pengantin baru. Semoga kekal ke anak
cucu!” Sindirnya lagi.
Tanpa membuang masa, Dhia
terus turun ke bawah diikuti dengan Rayyan yang setia di belakangnya.
Bagaimanalah kehidupannya selepas ini?bisik hatinya. Adakah masih bahagia atau
berlaku persefahaman diantara dia dan Mariana? Entahlah…
**********
Tidak betah berdiri lama di
atas pelamin yang diduduki Muzaffar dan Mariana, mereka terus melangkah keluar
dari rumah itu setelah bersalaman dengan pasangan pengantin.Dhia nampaknya
tidak bercakap langsung dengannya sejak adegan bersalaman dengan suami sendiri
di atas pelamin.Hanya mendiamkan diri sahaja.
Rayyan rasa gelisah.Lantas
dipegang bahu Dhia dan menghadapnya.
“Kau okay ke tak ni?”soalnya. Dia rasa resah jika sahabatnya itu
tidak berkata apa-apa dengannya.Kegembiraan Dhia bermakna kegembiraanya juga.
Namun, Dhia masih diam
juga.Kepalanya masih tunduk ke bawah.
Rayyan mula
bengang.Baik-baik terhadap sahabatnya masih ada hadnya.Dia tak sukakan
kesedihan yang terpamer di muka Dhia.Dirinya rasa tercabar dengan sikap endah
tak endah sahabatnya.Resah tidak menentu. Sepatutnya sahabat yang baik akan
berkongsi segala masalah. Ini tidak, makin diam, makin banyaklah masalah dalam
hati.
Bibirnya menguntum senyuman
sinis.Rasanya dia perlu merancang sesuatu untuk mengenakan sahabatnya. Tak
salah kalau dia kenakan sahabatnya dalam diam. Baru padan muka! Nak tunjuk
sangat muka sedih tu. Ingat orang kat depan kau tak sedih ke tengok kau macam
ini?”katanya hanya terluah di dalam hati.
Dia memulakan
lakonannya.Memanglah dia bukan pelakon yang hebat seperti artis terkenal tanah
air.Tapi dicuba juga untuk berlakon didepan sahabatnya.Biar nampak real!
Mimik wajahnya bertukar
kelat.Dipandang sahaja muka sahabatnya itu.Dalam hati memang nak tergelak
habis.
“Hmm…it’s okay kalau kau tak mahu cakap dengan aku. Aku balik dulu!”Dirinya
mula berpaling dari menghadap muka Dhia.Langkahnya diatur perlahan meninggalkan
Dhia yang tidak memberikan sebarang reaksi.Sengaja dibuat muka merajuk.
Dhia mengangkat
muka.Habislah…Rayyan merajuk! “Salah aku
ke sebab tak layan dia dari tadi?”katanya di dalam hati.
Langkah Rayyan makin jauh
meninggalkan Dhia yang masih lagi tidak bergerak dari tadi.Mahu tengok sejauh
mana Dhia memujuknya.Diseluk poketnya lalu dikeluarkan train key Volvo C70nya.Butang hijau ditekan.Menandakan kereta telah
dibuka dari dalam.Lalu dibuka pintu kereta dan masuk.Tingkap kereta yang
bercermin gelap dibuka.Sengaja mahu mendengar namanya dipanggil Dhia.
Dhia yang masih berdiri
ditempat tadi mula geram.“Nak merajuk pun
agak-agaklah. Akuyang sedih, dia pulak yang lebih.”katanya perlahan.
Ini tak boleh jadi! Nak tak nak aku kena pujuk dia jugak!Kalau
tidak, siapa nak temankan aku kat sini?
“Ray!!”jeritnya sekuat hati sambil berlari anak. Tetamu disekeliling
hanya mengeleng melihat telatah Dhia yang berlari anak itu . Dengan hanya
berbaju kurung, dia tanpa rasa malu berlari dan menjerit nama sahabatnya.
Biarlah tetamu fikir dia macam orang kurang waras menjerit di depan orang
ramai.Dia tidak heran dengan semua itu. Janji Rayyan dapat dipujuknya,hanya
rayyan saja yg faham hatinya di kala ini.
Di dalam kereta, Rayyan
tergelak kuat.Tak sangka Dhia sanggup berlari anak dan menjerit namanya. Di
depan tetamu pulak tu!Tak sia-sia dia meninggalkan Dhia biarpun hanya sekejap.
Dhia semakin hampir ke
arahnya.Ketawanya tadi berhenti secara tiba-tiba.Lakonan perlu
diteruskan.Mukanya kembali muram.Enjin kereta dihidupkan dan di biar
panas.Tingkap yang tadi terbuka ditutup kembali.Stereng kereta dipegang.
“Semakin hampir…semakin hampir …”Bibirnya mengukir senyuman sinis.
Dia pasti sahabatnya itu pasti akan memujuknya kembali.
Sampainya di kereta Rayyan,Dhia sempat menarik nafas panjang.Penatnya dia berlari mengejar sahabatnya walaupun tempat parking kereta Rayyan tidaklah jauh mana pun.
Sampainya di kereta Rayyan,Dhia sempat menarik nafas panjang.Penatnya dia berlari mengejar sahabatnya walaupun tempat parking kereta Rayyan tidaklah jauh mana pun.
“Please open the door, Ray!” Diketuk tingkap kereta bercermin gelap
itu berkali-kali.Namun, tetap tidak diendahkan Rayyan.Dhia mula panas
hati.Penat dia berlari ke sini semata-mata nak pujuk sahabatnya, ini yang dia
dapat dari Rayyan?Terduduk Dhia di situ.
Tetamu yang lalu-lalang
disitu hanya mampu mengeleng sahaja dengan tingkah Dhia yang duduk bersandar di
tepi kereta Rayyan.
Matanya mula merah dan kemungkinan airmatanya bakal tumpah.Kesedihannya berulang kembali.Tadi suaminya yang membuatkannya menangis.Sekarang sahabatnya pula.Dhia mengepalkan kedua-dua tangannya.Disabarkan diri supaya airmatanya tidak tumpah.Dia bangun dari situ dan menghadap kereta Rayyan. Dia pasrah. Orang tak sayang kat kita lagi mana boleh nak paksa-paksa kan?
Matanya mula merah dan kemungkinan airmatanya bakal tumpah.Kesedihannya berulang kembali.Tadi suaminya yang membuatkannya menangis.Sekarang sahabatnya pula.Dhia mengepalkan kedua-dua tangannya.Disabarkan diri supaya airmatanya tidak tumpah.Dia bangun dari situ dan menghadap kereta Rayyan. Dia pasrah. Orang tak sayang kat kita lagi mana boleh nak paksa-paksa kan?
Langkahnya diatur
perlahan.“Ke mana harus ku pergi?” sayu hatinya.Matanya sudah mengeluarkan
manik-manik jernih. Nampaknya airmata yang cuba ditahan tadi sudah tumpah buat
kali kedua. Dikesat airmatanya dengan kasar.Terus dia berlari keluar dari
kawasan perumahan itu.Dilari sekuat hatinya.
Rayyan yang duduk
memerhatikan sahabatnya dari cermin kereta gelapnya itu tergamam melihat Dhia
melangkah pergi dari keretanya. “Ala...baru
nak suruh dia pujuk aku. Kesudahannya…aku
yang kena pujuk dia balik!” rengusnya sendirian.
Terus dia
membuka pintu kereta.Lalu dia keluar dari situ.Dihempas kuat pintu kereta tanpa
menguncinya. Apa yang penting…dia harus segera mengejar mendapatkan Dhia!
“Dhia…tunggu!!”jeritnya. Sebagai lelaki yang dikurniakan sepasang
kaki yang mampu berlari pantas, dia tidak harus membuang masa duduk di dalam
kereta.
Dhia tahu namanya
dipanggil. Tapi seperti yang dikatakan tadi…dia pasrah! Biarlah Rayyan
memarahinya.Dia tidak kisah.Terus dituju ke pondok keselamatan.Berjumpa dengan security guard yang dikenali sebagai Pak
Ali.
“Assalamualaikum Pak Ali…”ucapan salam diberikan buat pertama
kalinya selepas dua minggu tidak berjumpa. Selalunya dia dan suaminya akan
menegur security guard itu walaupun
hanya sekejap ditingkap pondok keselamatan itu.
Pak Ali yang sedang leka
mengelap cermin matanya menggunakan tisu yang berada di atas meja bersegi empat
itu terkedu tatkala disapa penduduk yang hampir dua minggu tidak berjumpa.
Matanya agak kabur untuk melihat siapakah yang memberi salam kepadanya.
“Waalaikumsalam.Eh, kamu ni bukan Dhia ke?”soalnya. Cermin mata yang
dilap tadi, dipakai semula.Maklumlah…umur semakin meningkat, penglihatan pula
semakin kabur.
Dhia tersenyum lebar.Lega
apabila salamnya dijawab.Dia sekadar mengangguk.Tidak sangka Pak Ali yang
dianggap seperti ayah itu masih mengingatinya lagi.
“Kenapa kamu ada kat
sini?”soalnya. Pak Ali rasa pelik.Dia dapat mengesan muka Dhia yang sembap
dengan air mata. Mesti sebelum ini dia menangis! Detik hati kecilnya.
Bibirnya diketap geram.Dia
sudah agak kenapa Dhia bersedih.Perempuan tua tu memang tak guna! Ada ke patut
dia buat majlis perkahwinan besar-besaran. Sampai menantu sendiri pun tak tahu
suaminya kahwin lain. Memang kejam!
Tanpa menjawab soalan Pak
Ali, terus Dhia menukar soalan.“Pak Ali,
boleh saya tahu bus stop yang berhampiran dengan kawasan perumahan ini?”Lembut
pertanyaannya. Di dalam hati, dia sedikit gelabah.Rayyan semakin hampir ke
arahnya.Dia perlu cepat keluar dari kawasan perumahan ini.
“Dekat sebelah kawasan perumahan……tapi kenapa Dhia tanya?”soalnya
lagi.
Soalan itu dibiarkan sepi
tanpa jawapan.Pak Ali mengeluh. Tadi tanya tak jawab, sekarang tanya pun tak
berbalas juga. Nasib kaulah jadi security
guard!
Kakinya melangkah laju
keluar dari kawasan perumahan itu. Tapi nampaknya dia kalah! Rayyan lagi hebat
lariannya.
“Nur Haifa Nadhiya!Mana kau nak pergi hah?”jerkah Rayyan. Matanya
terbeliak. Jelas terlihat kemarahan di mata itu terhadapnya.
Dhia tergamam nama penuhnya
disebut. Lengannya dipaut dengan agak kasar.Terkedu Dhia disitu.Tangannya
terasa sakit.Ah sudah! Rayyan mula marah dan diatidak dapat terlepas lagi.
Pak Ali yang duduk di situ
tercengang dengan perbuatan lelaki dihadapannya yang memaut kasar tangan
Dhia.Didalam hati, dia mahu tahu siapa lelaki yang berani marah isteri Muzaffar
itu.Tapi dia terpaksa pendamkan sahaja dan mendiamkan diri di dalam pondok
keselamatan itu.Takut nanti dijerkahnya pula disitu.
Sampai hati Rayyan
memarahinya. Depan pengawal keselamatan pulak tu!
“Aku…”Berulang-kali dia
menyebut perkataan ‘Aku’. Tergagap-gagap mulutnya hendak membalas soalan
sahabatnya.Rayyan tahu Dhia mesti takut dengan jerkahannya.
“Aku tanya buat kali kedua.
Mana kau nak pergi?”suaranya mula kendur. Lengan Dhia dilepaskan
perlahan-lahan.Dipandang muka Dhia.Terserlah kesedihan diwajahnya.
“Sorry Ray, aku tak berniat buat kau marah.”sayu suaranya menjawab.
“Kau nak pergi mana sebenarnya? Nak lari dari aku?”Soalan yang
ditanya Rayyan membuatkan Dhia terdiam. Sahabatnya itu bagaikan seorang suami
yang begitu mengambil berat akan isterinya. Bertuah siapa yang dapat
sahabatnya.Dia tak boleh sebab masih isteri orang.
“Aku minta maaf sekali lagi. Maafkan aku ye?”pujuk Dhia. Memang dia
bersalah dalam hal ini.
Rayyan mengeluh. Sepatutnya
dia tidak memarahi Dhia dengan teruk.
“Maafkan aku jugak. Aku terlampau emotional sangat tadi.”Dhia
mengesat airmatanya dan memandang sahabatnya itu.
“It’s okay tapi lain kali jangan merajuk lagi. Nanti aku lari
betul-betul baru padan muka kau!”Dhia mengugut sahabatnya. Biar Rayyan
takut dengan ugutannya.
Rayyan tersenyum. Teringat
kembali dengan lakonan tak menjadinya didepan pintu pagar tadi.Sumpah dia tak
mahu merajuk lagi dengan Dhia. Itu tekadnya dalam hati.Apa yang berlaku, dia
akan tetap bersama Dhia sehinggalah Muzaffar dapat menjelaskan kepada Dhia
mengapa Muzaffar curang dan kahwin tanpa pengetahuan sahabatnya.
*******
*******
Keputusan Dhia sudah
muktamad. Dhia harus mendapatkan penjelasan dari mulut suaminya. Dengan adanya
Rayyan disisi menghulurkan bantuan, dia jadi cukup kuat untuk berhadapan dengan
Muzaffar, Mariana dan Ibu mertuanya.
Langkah mereka berjalan
seiringan kembali ke khemah. Cermin mata hitam yang tersangkut ditengah baju
diambil lalu dipakai. Biar ditutup matanya, agar tidak nampak terlalu ketara
kesedihannya.
Mereka masuk ke dalam
khemah yang menempatkan meja makan pengantin. Nampaknya suaminya dan Mariana
sedang bersantap dengan seleranya. Termasuk Ibu mertuannya yang duduk di
sebelah kiri Muzaffar.
"Kau rasa aku perlu berjumpa
dengan mereka?" Soalnya sambil memandang sekilas kearah sahabatnya. Patutkah dia
menganggu pasangan pengantin itu yang sedang enak menjamu selera?
Rayyan tersenyum. “Why not?
Ini peluang kau nak buktikan pada mereka yang kau tak bersalah dalam
ini.”jawabnya dengan lancar.
Dhia mengangguk. Inilah
peluangnya. Biarlah ibu mertuanya memandang sinis terhadapnya. Dia tidak kisah
tentang itu.
“Kau tunggu sini, nanti
kalau Muzaffar nak slow talk dengan aku, kau just perhatikan aje, ok?”pesannya
kepada Rayyan sebelum Dhia melangkahkan
kaki perlahan-lahan meninggalkan sahabatnya keseorangan disitu.
********
Dengan langkah berani, Dhia
menuju kearah meja pasangan pengantin itu. Betul-betul dihadapan suaminya.
Muzaffar terkejut. Sudu yang dipegangnya terjatuh disudut pinggan berwarna
putih itu.Apatah lagi Mariana dan ibu mertuanya.
Terbeliak mata Puan Halimah
memandangnya. Mariana sudah membuat muka keruh. Tidak suka dengan kedatangan
perempuan yang tidak disukainya.
“Anje..”perlahan suaranya
kedengaran memanggil suaminya.Takut nanti tetamu-tetamu VIP yang berada di meja
pengantin itu akan mengetahui yang dia ialah isterinya. Biarlah menjadi rahsia.
bersambung...:D enjoy your reading..sudi2 lah tinggalkan komen tuk mempertingkatkan lagi penulisan nur daeya.....
bestt2...nk lgi kak fika..jhat tul mariana tuh...gram tul..->_<-
ReplyDelete~mila~
uishh.. tragisnya kak fika..
ReplyDeletejahatnya.. geram tul larh...
ReplyDeletekak daeya , terbaik lar kak , chaiyok kak , nanak next n3 , hehhehehe
ReplyDelete~Fae~
wah ni kene tahu ni kenapa maria mcm dengki sangat ngan dhia kan3.... teruskan tertanya2 ni hhehehehe
ReplyDeleterase2 lau saya bunuh enchik suami tu...
ReplyDeleteok tak?? haha
eya syang...akk ary here. haha
This comment has been removed by the author.
DeleteSome, however, will try to take over the garden bed. After all, they
ReplyDeletecan be readily sourced from the internet. This sounds drastic but
as long as you pay due care and attention when carrying the task out the removal should happen without
a hitch.
Feel free to visit my blog post Wart Removal
Coupon Books is where most people all over the world look for deals and ways to save money by purchasing items at a lesser cost
ReplyDeleteReview my homepage Visit http://sixflagsticketscoupons.com/six-flags-over-texas/