OLEH : NUR DAEYA
Bibirnya menguntum senyuman ketika melihat
banner yang berada dipintu pagar masuk syarikat yang berwarna kuning itu.Dipandang
banner itu lalu diamati perkataan yang ditulis disitu.
Peluang Pekerjaan sebagai Admin Asisstant
di syarikat percetakan!
Berminat? Sila hubungi Pn.Faridah
(Admin) di talian : 016-3372691
“Wah!Ini peluang baik.”detik hati
kecilnya. Segera nombor telefon perempuan itu di ingatinya.Lagi cepat lagi bagus
dia bekerja dan lagi cepat dia memperolehi wang untuk membiayai keperluan
hidupnya setelah dia keluar dari penjara.
Beg galasnya dilepaskan dari
genggaman. Segera dikeluarkan dompetnya
di dalam beg tangan berwarna kelabu yang
berada di pergelangan tangannya. Diperhatikan lama wang yang berada di dalam
dompetnya.Bibirnya diketap kuat.“Hanya tinggal seratus!Macamana nak teruskan
hidup kalau duit tinggal ni aje?”keluhnya sendirian.Kad kredit pun awal-awal
lagi dah kena tarik dengan polis.Disebabkan kegiatannya mencuri duit syarikat,
semua kad kreditnya dirampas oleh pihak polis. Tidak lain tidak bukan, si bos
pendendam tulah yang arahkan pihak polis agar semua kad kreditnya dirampas.
Memang dasar pendendam tahap kritikal!
Nasib baik telefon bimbitnya tidak
dirampas.Kalau tidak, terpaksalah kena beli baru.
Biasanya jika duitnya kurang dari
RM1000, dia akan bergegas ke bank yang berhampiran dengan office dan mengeluarkannya tanpa berfikir panjang. Mana cukup kalau
orang bekerjaya seperti dia mempunyai duit bawah RM100?Paling tidak pun, RM1000
dalam genggaman.
Pandangannya mendongak ke langit.Cuaca
sudah berubah menjadi mendung. Kemungkinan besar sebentar lagi akan hujan.
Habislah aku!Baru nak call Mana aku nak berteduh ni?
Mukanya memandang ke kiri dan ke
kanan.Mencari tempat yang sesuai untuk melindungi diri.
Hujan renyai tiba-tiba.Adriana
terkejut.Lantas kot hitam yang dipakai dibuka.Ditutup kawasan mukanya.Menjadi
pelindung kepada dirinya agar tidak dibasahi dengan air hujan.Tak pasal-pasal
hujan turun waktu pagi.Teringat pula yang dia memakai kasut tumit tinggi yang
agak runcing.Kalau lari laju-laju, memang tersadunglah jawabnya.
Nur Adriana terlihat ada satu lorong
sunyi yang tiada penghuni.Terus dia ke berlari ke situ.Hujan makin turun dengan
lebat.Dengan kasut tumit tinggi yang dipakainya, membuatkan kakinya sedikit
sakit ketika berlari.
Dengan tidak semena-mena, dia jatuh
tertiarap dia di atas jalan tar yang mempunyai banyak batu-batu kecil.Terlepas
beg galas dan kotnya. Air hujan membasahi tubuhnya.
Nur Adriana mengerang kesakitan.Dia
cuba untuk bangun. Tapi dia tidak cukup kuat untuk berdiri. Sakitnya, hanya
Allah yang tahu!
Namun, dia tidak patah semangat.Perlahan-lahan
diacuba untuk bangkit. Apabila dia hendak bangun, baru dia perasan yang
lututnya berdarah! Ya Allah, pedihnya!Terduduk dia disitu, menahan kesakitan.
Airmatanya menitik buat kesekian
kalinya.Sakitnya hanya tuhan yang tahu.Tidak pernah dia terjatuh sebegini rupa.
Kalau diketahui ibu tirinya, Puan Farzana, pasti dia akan bersorak kegembiraan
bersama adik-adik tirinya yang lain. Tak pun bertepuk tangan.
Puan Farzana, dari dulu lagi dia tidak
suka dengan sikap mengada-gada yang ditonjolkan ibu tiriya. Didepan ayah,
bolehlah dia berlakon sebagai perempuan yang mengada-gada tapi tidak bagi dia.
Kalau ayah tiada dirumah, mulalah ibu tirinya menunjukkan perangai yang
sebenarnya.Ada satu hari, dia ditampar sehingga berdarah di mulutnya akibat
tidak mendengar kata. Sesungguhnya
perempuan itu boleh diklasifikasikan sebagai perempuan yang mempunyai wajah
talam dua muka! Depan baik, belakang..Masyallah!
Nur Adriana mengeluarkan kedua-dua
kasut tumit tingginyalalu dicampak ke tepi. Tidak guna lagi dia pakai kasut
bertumit tinggi . Lagi bertambah sakit adalah!Terpaksalah dia berkaki ayam.Matanya
melihat ke kiri dan kanan.Nasib baik tiada orang yang melihatnya jatuh disitu.
Jika tidak, mana dia nak letak muka ni?
Dia bangun perlahan-lahan.Sedaya
mungkin dia sabarkan diri supaya kuat melawan kesakitan yang baru
dialaminya.Nak tak nak, terpaksalah dia berjalan dalam keadaan berjingkit.Biarlah
badannya dibasahi hujan.Dia tidak kisah.Janji dia dapat duduk disatu tempat
yang membolehkan dirinya merehatkan diri buat sementara hujan masih lagi tidak
berhenti.
Dengan izin Allah, dia ternampak kerusi
bangku yang masih elok di sebalik laluan kecil yang pada pengamatannya adalah
jalan short-cut, dimana orang yang ingin cepat ke sesuatu tempat yang ingin
dituju, itulah jalan yang paling sesuai sekali untuk dilaluinya . Terus dia
masuk ke laluan kecil itu dalam keadaan basah.
Perlahan-lahan Nur Adriana duduk disitu.
Kotdan beg galasnya yang sudah basah ditimpa hujan diletakkan ke tepi kerusi.Disertai
dengan beg galas yang dibimbit tadi. Alhamdulillah, dapat juga tempat untuk dia
berteduh.
Matanya dipejam seketika bagi mendapat
sedikit ketenangan.Namun, ketenangan itu hanyalah sementara.Jeritan dari arah
kanan tempat dimana dia duduk menyedarkannya dari terus dibuai mimpi indah.
Mata Nur Adriana terbuka luas.Jantungnya
mula berdengup kencang.‘Suara siapa pulak tu?’
“Jangan!”Tiba-tiba ada satu jeritan
menganggu ketenangannya.
“Siapa tu?”dia mula rasa takut.
Takkanlah waktu pagi hantu dah muncul?Jangan-jangan perogol bersiri tak?
Nur Adriana resah.Sudahlah kakinya
sakit.Mahu lari sekarang, tidak mampu rasanya.
“Siapa tu?”ulangnya lagi. Rasa takutnya
makin memuncak.Tangannya terasa kebas semacam.Dia betul-betul ingin tahu
siapakah yang menjerit itu.
Dia menarik nafas.Kekuatannya semakin
menipis. Senjata yang dia ada sekarang hanyalah beg tangannya. Kalau ada yang
ingin merosakkan dirinya, cepat-cepat dia membaling beg galasnya ke muka
penjahat itu.
“Pergi!Jangan ganggu aku!”Akhirnya suara
yang dicari-cari kedengaran juga.Suara itu dapat didengarinya di bawah tangga
putih yang mempunyai ruang kosong.
Dengan lafaz bismillahirahmanirahim,
dibawa beg galas dan kotnya tadi ke bawah tangga itu.
Terkejut Nur Adriana tatkala melihat
seorang pemuda yang sedang bersandar didinding sambil memejamkan mata.Pakaian
yang dipakai pemuda itu menarik perhatiannya.Selalunya, pakaian pengunjung
lorong gelap dan kecil agak lusuh dan tidak mementingkan penampilan.Lain pulak
pada pemuda dihadapannya. Pakaiannya up-to-date!
Tumpuannya beralih pula ke tin-tin
minuman yang berselerakan di situ. Arak! Ya Allah, mamat ni minum arak. Bukan
satu tin, hampir 10 tin! Astagfirullahalazim.Sempat juga dia mengira berapa tin
arak yang diminum pemuda itu.Patutlah pemuda itu bersandar didinding. Mabuk
rupanya!
Ditepi tempat pemuda itu bersandar
pula, Nur Adriana melihat terdapat satu paket yang mengandungi pil yang
berwarna-warni.Dia berasa pelik. Sakit ke mamat ni sampai makan pil banyak
sangat. Nampak macam sihat walafiat aje. Tapi tak tahulah pulak dalam diam
mamat ni mengalami kesakitan yang agak teruk.
Pemuda itu masih memejamkan mata.Takkan
dia tak sedar ada orang didepannya?
Nur Adriana perlahan-lahan mengambil
paket yang mengandungi pil itu tanpa menganggu pemuda yang masih terpejam itu.
Tergamam dia melihat nama yang tertera
di paket itu. Pil ekstasi? Astagfirullahazim…
Mengucap panjang Nur Adriana tatkala
melihat nama pil di atas paket itu. ‘Mamat ni gila ke apa sampai makan pil macam
ni. Harap aje hensem. Tapi perangai macam orang kafir! Senang-senang je makan
pil ni tanpa fikirkan pasal halal dan haram. Memang bodoh betul mamat
ni.’kutuknya dalam diam.
Dikeluarkan pil ekstasi didalam paket
itu. Masyallah! Hampir separuh daripada pil ekstasi ni dia makan? Gila ke apa?Mamat
ni tak tahu ke banyak kesan yang akan muncul kalau makan banyak-banyak pil ni.
Semasa di penjara, salah seorang
pegawai penjara telah menunjukkan jenis-jenis pil yang membahayakan
kesihatan.Dari situ, dia sedar bahawa ada pil yang baik dan ada pil yang
memudaratkan sehingga membawa kematian.
‘Mungkin pemuda ni tak dapat informasi
lagi kot tentang pil ekstasi, so dia main ngap
aje tanpa rasa bersalah.’fikirnya.
Dia perlu mengenal pasti apa yang
membuatkan pemuda ini menjadi sebegini rupa. Tidak terurus dan bermaya.Adakah
masalah keluarga?Atau teman wanita mungkin?
Harap-harap tiadalah jeritan yang akan
kedengaran selepas ini. Dengan tangan yang terketar-ketar, Nur Adriana
menyentuh lengan pemuda yang masih lagi dalam keadaan mamai.
“Encik, encik okay ke?”soalnya dengan
lembut. Kepalanya ditundukkan sikit.
Zeril Iskandar yang dari tadi
memejamkan mata dengan serta-merta matanya terbuka luas.Bulat matanya tatkala
melihat seorang perempuan dihadapannya. ‘Perempuan mana pulak ni? Aku baru je
nak release tension, ada pulak yang
mengacau!’katanya sendirian.
Dia masih lagi dalam keadaan
mamai.Setelah makan pil dan minum arak dalam kuantiti yang agak banyak, dia
terus tidak sedarkan diri.
“Jangan pedulikan aku.Pergi!”jerit
Zeril Iskandar sepuas-puasnya.
Tersentak Nur Adriana disitu.Tangannya
ditarik kembali dari memegang lengan pemuda itu.‘Aduh!Dia menjerit balik. Geram
betul la dia dengan pemuda tak kenang budi ni. Orang nak tolong dia, dia tak
nak.’
“Tapi encik, keadaan encik dah teruk
ni.”Nur Adriana risau jika ada sesuatu yang berlaku pada pemuda itu.Pemuda ini perlu
segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan.
“Aku kata pergi!Pergilah!Tak faham
bahasa ke perempuan!”tersentak Nur Adriana dibuatnya. Zeril Iskandar masih lagi
menjerit.Sakit telinga dia mendengarnya.Dia mula menjauhkan diri.
“Err..faham,faham.” Kakinya mengundur
ke belakang.Dia harus keluar dari situ. Nanti pemuda itu akan menjerit-jerit
lagi ke arahnya. Orang nak tolong pun susah!
Terjongket-jongket
dia berjalan keluar dari situ sambil menjinjit beg galas dan kotnya. Mungkin
dia perlu mencari tempat yang lagi sesuai untuk berteduh. ‘Hmm..mandi hujanlah
aku macam ni. Baru nak rehat, dah kena halau.’keluhnya.
Terus
dia berlalu keluar dari situ dengan kaki berjingkit.
******
Hujan
sudah tidak terlalu lebat.Dia berteduh di bawah bumbung gerai makan yang
kelihatan ramai orang yang sedang menjamu selera. Nampaknya sudah tengah hari!
Perutnya disentuh.Lapar pula rasanya.Nasib baik dia berteduh di bawah gerai
makan.Boleh dia makan sekali disitu.
Duit
RM50 diambil di dompetnya.Tak kisahlah duit makin sikit.Janji perut dapat
diisi.Baru boleh meneruskan perjalanan dengan tenang.
Nur
Adriana beratur panjang menunggu giliran untuk mengambil pinggan kosong.Setelah
pinggan kosong itu berada ditangannya, segera dia menyeduk nasi di dalam tray yang disediakan.Maklumlah, gerai
ini mengamalkan self-service kepada pelanggannya. Ambil apa yang dikehendaki
dan bayar di depan kaunter. Kebanyakkan kedai memang mengamalkan perkhidmatan
sebegini.
“Wah,
banyaknya lauk!”katanya sendirian. Dia jadi teruja.Setelah sekian lama tidak
dijamu dengan makanan sebegini, dia rasa rindu. Masa dipenjara dulu, hanya
makan apa yang disediakan pihak penjara saja. Bila lama-lama makan benda yang
sama, mulut pun rasanya tidak terdaya nak menelannya.
Banyak
juga lauk yang diambilnya.Termasuk masak lemak ikan masin yang menjadi
kegemarannya sewaktu ibunya masih hidup.’ Aduh! waktu macam ni pulak nak fikir
pasal ibu. Jangan layan jiwang sekarang Nur Adriana! Baik makan sekarang,
jiwang kemudian.
Selesai
membayar dikaunter, dia mencari tempat kosong untuk diduduk.Tak sangka ada juga
tempat kosong di hadapan televisyen.Ingatkan dah full tadi.Baik dia duduk disitu sebelum ada yang mencelah masuk.
Dia
duduk di hadapan televisyen yang tergantung di dinding itu. Alamak! Lupa pulak
nak order air!Dia menepuk dahinya
perlahan. Sia-sia saja dia bayar di kaunter tadi tanpa memesan air. Baru sahaja
dia hendak bangun, tiba-tiba suara pembaca berita itu membuatkan dia terduduk
semula.
“ Jika anda
bertembung dengan pemuda ini, sila hubungi Datin Zafiah ditalian 013-1243567.
Habuan akan
diberikan sekiranya anda berjumpa dengan pemuda ini.”
Gambar
yang ditunjukkan dikaca televisyen itu membuatkan dia tergamam.‘Takkanlah dia
kot?Biar betul?’
Bersambung....:D Berikan saya peluang untuk memperbaiki karya yang telah saya buat... :) salam sayang dari Nur Daeya.. <3 <3
oh my.... bessss sgt dik.eya.
ReplyDeletetak sia sia penantian akk tgu cite nie.
beri aku peluang untuk berharap~~~ cepat cepatkan lah smbg bab 2 ye...kihkih
salam syang white coklat <3 mwahh..
waalaikumsalam kak.. alhamdulilah.. nsbaik akk ske cite ni.. :)
Deletemggu dpan sy bg bab 2 plak y..
syg akk jgk..muah3.. <3 <3
suke sgt...
ReplyDeletesemoga impian adik dpt tercapai...
gud luck.. n x sabi tgu next week.
hehe...
sabo j k..insyallah eya akn bg pnye.. :)
Deletesuke sgt...
ReplyDeletesemoga impian adik dpt tercapai...
gud luck.. n x sabo tgu next week.
hehe...
Walaweiiii dikkkk.....syokkk baca....
ReplyDeletebest gila.. smbng lgi ya
ReplyDeleteTq y kak AmyZainudin n Ruunna Qizbal sbb sdi mmbacanya.. :) appreciate sgt..
ReplyDeletebest .. pemulaan yg menarik ... sambung lagi dek :)~~~~~EIDA ARIE~~~~~~~~~~
ReplyDeletetq kak Arie sbb sudi mmbacanya..nnt eya smbung lg y..insyallah jika diizinkan oleh Allah s.w.t
ReplyDeleteBEST! CEPAT2 SAMBUNG. :)
ReplyDeleteHEHE. SAJA CAPS LOCK.. :p
tq y Ainil Nadhira atas komen mu itu..saya appreciate sgt2.. :)
Deleteada beberapa ayat berulang..carefull ye.. plot makin kuat neh... tp awk kena kembangkan baek2 takut nnt awk fokus ke watak utama je nnt..
ReplyDeleteRM
ok kak RM sbb sudi bg teguran tntg karya sy ni..insyallah sy akn cbe kembangkan baik2..
Delete