OLEH:FR
“Amboii,
amboiii, amboiiiii, cantik bahasa. Mulut tu karang abang tonyoh dengan cili
baru padan muka adik.
“Cili?
Dekat mana abang nak cari cili? Dekat terminal bas nie mana ada cili. Werkkkk”,
ejek Nurul Arina pada abangnya.
“Balik
rumah nanti abang tonyoh mulut adik dengan cili. Okay kita tutup kes pasal
cili. Sekarang nie abang nak kenalkan adik dengan ‘awek’ yang adik nak tau
sangat siapa dia”, ujar Aidil Firdaus sambil memaut lengan adiknya mendekati
gadis yang berdiri tegak di tempat beg pakaiannya.
“Adik
ini abang kenalkan Fika Najwa. Fika nie adik abang Aidil Nurul Arina. Panggil saja
dia Rina. Jom kita balik, abang ada benda nak bincang dengan mama, papa dan
Rina”, kata Aidil sambil mengangkat beg pakaiannya dan berjalan beriringan
dengan adiknya Rina dan Fika meninggalkan terminal.
****
Prangggggggg...
Lamunan Arina tentang pertemuannya dengan Fika terhenti dan digantikan dengan
bunyi pinggan pecah.
“Fika
kau nampak kalut dan sangat letih. Biar aku yang bersihkan serpihan kaca yang
pecah tu”, ujar Rina pada Fika. Dia tahu yang Fika begitu kalut dan terkejut
kerana pinggan pecah. Selepas selesai membersihkan kaca yang pecah, Rina terus
menarik tangan Fika ke ruang tamu.
Arina
tahu yang sahabatnya itu sedang sedih. Dia juga tahu yang Fika sedaya upaya
menahan air mata dari jatuh membasahi pipi. ‘Fika aku tahu kau tahan air mata
kau dari mengalir kerana aku. Sebab aku tak boleh tengok orang menangis, nanti
aku pun turut menangis’, kata Rina dalam hati.
Dengan
pantas Rina memalingkan badan fika supaya mengadapnya. Lantas diamemeluk fika
untuk menenangkan Fika.
“Fika...
menangislah, kalau dengan menangis dapat mengurangkan kesedihan kau. Aku
sentiasa berada disisi kau Fika. Sentiasa ada ketika kau susah dan senang.
Lepaskan apa yang kau rasa sekarang nie. Jangan kau pendam”, usai Rina berkata
begitu, Fika terus menangis teresak-esak dibahu Rina. Dia juga turut menangis.
Setelah
hampir setengah jam babak airmata, mereka berpandangan antara satu sama lain.
Belum sempat Rina hendak bersuara, terdengar suara Fika ketawa dengan kuat.
Bergema satu rumah dibuatnya dek kerana suara Fika ketawa. Rina dengan
pantasnya menekup mulut Fika supaya berhenti ketawa. Macam kena sampuk pon ada
jugak. Seram Rina dibuatnya. Mana tidaknya, tadi Fika menangis. Sekarang dengan
tiba-tiba Fika ketawa.
“Woiiiiiiiiii
!”, marah Rina pada Fika. Dalam masa yang sama dia turut risau melihat rakannya
itu.
“Yang
kau nie kenapa? Apasal kau gelak macam pontianak nie Fika? Ishh, seram sejuk
aku dibuatnya”, tanya Rina pada Fika sambil membuat muka ‘derk’ atau dalam erti
kata lain muka tiada perasaan. Selalunya Fika yang suka membuat mimik muka itu
ketika sedang kebingungan atau blurr. Tapi kali ini dia pula yang buat mimik
muka itu kerana kebingungan melihat sikap kawannya yang agak ‘pelik’.
“Macam
mana aku tak ketawa. Yang kau menangis tu kenapa? Kuat pulak tu kau menangis,
macam kau pulak yang sedih. Aku pun tertanya-tanya jugak siapa yang sedih
sekarang nie. Aku ke kau? Hahahahahahah”, jawab Fika. Selepas itu dia sambung
balik ketawa.
‘Malunya
aku. Aku rasa pipi aku nie dah merah, kalah badut kalau mekap. Betul jugak apa
yang Fika cakap tu. Aku ke Fika yang tengah sedih sekarang nie? Hehe’, kata
hati Rina. Tulah, orang menangis dia pun nak menangis. Nilah padahnya, orang
tak sedih mana, dia yang terover.
Baru sahaja Rina mahu melangkah masuk bilik akibat malu. Dia sudah dipeluk dari
belakang oleh Fika.
“Rina...
Terima kasih Rina sebab kau sayang dan anggap aku macam keluarga kau sendiri
walaupun aku han....”, percakapan Fika terhenti apabila dengan pantas Rina
menggelengkan kepala dan menekup mulutnya.
“Kau
jangan cakap macam tu. Aku sayang kau macam keluarga kandung aku sendiri. Aku
sayang dekat kau, malah lebih dari mama, papa dan abang Aidil yang menyayangi
kau. Aku tak nak kau cakap pasal nie lagi. Kau promise dengan aku Fika yang kau takkan cakap pasal nie lagi”, ujar
Rina bersungguh-sungguh.
Lantas
Fika menganggukkan kepalanya, tanda dia berjanji tidak akan cakap pasal itu
lagi. Mereka berpelukkan untuk seketika. Rina seorang yang sangat penyayang.
Dia menyayangi Fika dengan seikhlas hatinya.
Tiba-tiba.....
“Fika...
Kau ada bau something tak? Aku rasa
kan, aku bau daging hangit lah”, ungkap Rina sambil memandang anak mata Fika.
Mereka memandang antara satu sama lain.
“Astaghfirullahalazim”,
serentak mereka berdua mengucap. Yang bau hangit itu ialah daging yang dimasak
Fika untuk hidangan makan malam mereka. Dengan pantas mereka memadamkan api.
Bergema rumah itu dengan ketawa mereka.
****
“Saya
tak tahu kenapa. Tapi bila saya dengar puisi awak tu, saya terus menangis.
Sedangkan puisi itu hanyalah rekaan semata-mata”, Arina meluahkan perasaan
sedihnya pada Miqael apabila dia mendengar puisi yang dicipta oleh Mikail
untuknya.
"Kenapa
awak perlu menangis pulak?", tanya Mikail kehairanan.
"Sebab
saya menyesal sangat berkawan dengan orang puitis macam awak. I’m sorry.
Someone’s waiting for me outside, so I gotta go now.
Miqael
terus menoleh ke belakang. Dia melihat Taufik sedang menunggu Arina di luar
perpustakaan.
“Ceh!
Kalau dengan budak kacukan tu laju saje dia ni! Tak apa... Tak apa... Oowhh
menyesal berkawan dengan aku ya? Kau tengoklah nanti. Aku akan buat kau bahagia
sebab berkawan dengan aku”, gumamnya
perlahan. Dia sudah bertekad.
"Tapi
kenapa?", tanya Miqael selepas Arina menutup buku dan bersedia untuk
keluar dari perpustakaan.
"Sebab
saya lebih suka dengar lagu daripada dengar puisi”, jawab Arina. Langkah
kakinya terhenti sejenak, lantas dia berpaling memandang Miqael yang
terpinga-pinga. “Background muzik tu
sahaja yang buat saya menangis, puisi awak tu tidak memberi apa-apa kesan pun
pada saya”, sambung Arina sinis. Miqael memuncungkan mulut.
Arina
menyambung langkahnya tanpa menghiraukan perasaan Miqael. ‘Tiba-tiba datang
kacau aku. Dahlah aku nak kena siapkan tesis. Sibuk pulak tu tanya pasal puisi.
Aku bukan ambil kelas sastera yang nak tanya aku pasal puisi’, rungut Arina
dalam hati.
Kedebuk
“Hahahahahah",
Miqael ketawa terbahak-bahak. ‘Fuh, bunyi macam buah cempedak jatuh. ‘Hahahah’,
kata Miqael sambil ketawa terbahak-bahak.
Cepat-cepat
Arina bangun.
"Wei
mangkuk! Apasal kaki kau menjalar dekat sini hah? Tak pasal-pasal aku
jatuh", suara Arina yang lantang seperti langsuir. Perasaan malu plus marah bercampur aduk. Dia marah
dengan Ezery Syabil. Baginya, Ezery sengaja membuat begitu.
"Sorry,
aku tak sengaja”, jawab Ezery buat muka tidak bersalah.
Gamat
seketika suasana di dalam perpustakaan. Arina terus memukul bahu Ezery dengan
buku yang berada ditangannya. Ezery menjerit kesakitan akibat dipukul dengan
sejumlah buku yang agak banyak. Arina merengus geram. Puas hatinya dapat
membalas dendam.
‘Eee...
Geramnya aku. Buat malu jer aku jatuh. Dahlah dalam perpustakaan pulak tu.
Sabar jelah aku dengan Miqael and kawan dia yang sengal Ezery tu’, Arina
menyabarkan dirinya sendiri.
"Awak
tak apa-apa ke?", Taufik datang membantu. Hadir ‘si dia’ bagaikan seorang
hero yang menyelamatkan heroin daripada dibaham oleh buaya darat. Tanpa
berlengah, Arina terus menyilangkan tangannya ke lengan Taufik. Mata Miqael
membuntang. Terkejut. Ezery pula memandang wajah Miqael, Taufik dan Arina silih
berganti.
Belum
sempat Arina melangkah keluar dari perpustakaan, Miqael dengan pantas mamaut
pergelangan tangan Arina. Dengan tindakan spontan, Miqael terus mencium bibir
mungil Arina depan Taufik dan Ezery. ‘Puas hati aku’, kata Miqael dalam hati.
Arina
tergamam dan terkaku seketika. Dia terkejut dengan tindakan Miqael itu. Dengan
perasaan marah yang membuak-buak dan malu, tangan Arina terus melayang ke pipi
Miqael.
Pap!
Miqael mengerang kesakitan akibat tamparan yang amat kuat dari Arina.
Jelas
pada pandangan Arina, bibir Miqael ada darah yang mengalir keluar. Mungkin
akibat tamparan Arina yang teramat kuat. Sebelum Arina melangkah keluar, dia
sempat memberi amaran keras kepada Miqael.
“Jangan
sesekali kau cuba buat macam mana kau buat tadi dekat aku. Dan... Jangan bagi
aku benci dekat kau Miqa. Sekali aku benci, selamanya aku akan benci, ingat
tu”, ungkap Arina bersama air mata yang membasahi pipi.
Dia
terus melangkah keluar dari perpustakaan itu. Malu akibat diperlakukan sebegitu
oleh Miqael. Bukan hanya Taufik dan Ezery saja yang menyaksikan ‘drama’ itu
tadi. Malah ramai pelajar yang menyaksikan kejadian itu. Bukan hanya mereka
berempat yang berada dalam perpustakaan itu. ‘Aku takkan lupakan kenangan PAHIT
ini’, hati kecil Arina berbicara.
****
"Aiyoo
Miqa, habis la kau kali ni. Kau ada pesaing", ujar Ezery.
"Ah!
Apa kelas lelaki tu? Setekat muka keluar majalah apa barang”, kata Miqael tidak
mahu kalah dengan Taufik.
"Ha`ah
kan... Apa barang? Muka kau siap keluar televisyen lagi, sebagai promoter jual
minyak wangi”, ungkap Ezery tanpa rasa bersalah.
"Weii,
siot! Kau perli aku ke?", tanya Miqael pada Ezery.
Ezery
lelaki berwajah polos. Berkaca mata besar. Nampak baik tetapi jika dia bersama
Miqael, habis dibulinya Miqael.
Miqael
kacak berpakaian kemeja T lengan pendek berjalur merah hitam. Dengan kaca mata
hitamnya, menyerlahkan lagi kemachoannya.
Dia menanggalkan cermin matanya lalu diletakkan diatas meja. Matanya dari tadi
asyik memerhatikan mamat korea itu.
"Fulamak...
Dia orang keluar makan dekat Restoran McDonalds tu...", ujar Miqael terus
memerhatikan gelagat mereka.
"Mana?
Area mana?", tanya Ezery sambil matanya melilau mencari kelibat orang yang
dimaksudkan Miqael.
“Tu...
Sebelah kedai kasut tu. Fuh! Siap main suap-suap lagi tuh....”, meleret nada
Miqael. Berbaur cemburu tetapi dikawal supaya Ezery tidak mengetahui yang dia
sedang cemburu.
"Patut
la kau ajak Rina, makan pisang goreng dia tak layan. Kau tak pernah ajak dia ke
tempat-tempat macam ni kut. Sengetlah kau ni Miqa... Taufik tukan anak orang
kaya, kau tu pulak anak tauke kedai runcit. Apalah sangat yang kau boleh bagi
dekat Rina tu?", gurau Ezery tanpa mempedulikan perasaan kawannya itu.
"Aku
boleh bagi lebih dari mamat Korea tu beri dekat Rina.", ujar Miqael
mempertahankan kemampuannya.
"Miqa,
kau mampu ke?", tanya Ezery ragu-ragu pada kemampuan Miqael.
Aku yang patut, yang patut,
memberinya segala,
Kerna aku mampu,
aku mampu melakukan apa-apa saja,
Untuk dia, Hey
Untuk dia, Hey
Untuk.. Dia...
Miqael menyanyi sambil
mengangguk-anggukkan kepalanya. Menghayati lirik lagu ‘Untuk Dia’, nyanyian
Sleeq ft Najwa Latif.
Ezery
menepuk dahi. ‘Apasal la aku dapat kawan yang tak siuman macam kau nie
Miqael?’, tanyanya dalam hati. Nasib baik tak hujan, kalau hujan aku salahkan
kau Miqael. Tapi kalau hujan pun tak apa, sebab akukan dalam shopping complex.
So selamat baju aku dari basah.
"Jom!",
Miqael terus menarik tangan Ezery.
"Pergi
mana?", tanya Ezery kehairanan.
"Masuk
dalam”, ujar Miqael sambil tersenyum lebar.
"Eh!
Kau nak buat apa? Kau ada plan
ke?", Ezery terus menyoal Mikail.
"Ikut
je la..." Miqael sudah tersengih-sengih. Rancangan jahat sudah datang.
Arina
merengus geram. Bola matanya seolah-olah mahu terkeluar sahaja. Sungguh
menyinggung hati dan perasaannya ketika ini. Bukan sahaja hatinya yang sakit
malah tubuh badannya juga sakit. ‘Malaun mana yang letak kulit pisang dekat
sini?!. ’Bengang Arina mengenangkan kejadian yang baru sahaja terjadi tadi.
Taufik cepat-cepat membantu Arina yang terjatuh. Malu Arina tidak terkata. Dua
kali dia jatuh dan diselamatkan oleh Taufik.
"Awak
tak apa-apa ke Rina?", tanya Taufik kerisauan.
“Auchh..
Sakitnya kaki saya Taufik. Saya tak boleh jalan. Macam mana nie?”, tanya Arina kesakitan juga
risau kerana dia tidak boleh berjalan. Kakinya bengkak. Takkan hendak suruh
Taufik pimpinnya. Malu.
"Takpe.
Saya pimpin awak duduk dekat kerusi", Taufik terus membantu memimpin Arina
duduk di kerusi.
BERSAMBUNG..... :)
Best..... #^_^
ReplyDelete