OLEH: FIKA NAJWA
FIKA FARISYA tersenyum hambar. Dia tidak tahu
kenapa kebelakangan ini dia sering bermimpi ayah dan ibunya seolah-olah mimpi
yang di alami bakal berlaku.Memang dia rindu ayah, ibu dan semua yang di
tinggalkan di Malyasia. Manakala Kak Rissa melanjutkan pelajarannya di London. Bukan
dia terputus hubungan dengan ayah dan kakak kembarnya, malah mereka selalu
bertanyakan khabarnya dan sering jugak dia berskype dengan ayah dan kak Rissa
sejak dia melanjutkan pelajarannya di UK. Fika Farisya melangkah ke tingkap
melihat bintang yang bertaburan di dada langit, tubuhnya di peluk kejap.
“Aku
memang rindukan keluarga aku Nina.Tambahan pula dah 5 tahun aku kat sini. Aku
tak pernah balik pun sejak aku disini.” Ujar Fika Farisya.Padangannya masih
terarah ke luar tingkap. Sesekali rambut yang jatuh menghalang pandangannya di
kuak perlahan.
Arnina
yang setia mendengar sudah duduk bersila di atas katil Fika Farisya, merenung
wajah sahabatnya.
“Sabarlah Fika, lagi dua minggu
lagi kita pasti akan pulang dengan membawa segulung ijazah. So, lepas ini kau tak perlu lagi
berjauhan dari ayah, kakak kembar kau dan family
kau lagi.Aku yakin mesti keluarga kau bangga sebab kau lulus cermerlang.” Ceria
suara Arnina apabila membayangkan mereka akan kembali ke pangkuan keluarga. Namun
tidak bagi Fika Farisya hatinya tidak seceria sahabatnya. Dia tersenyum hambar
mendengar kata-kata sahabatnya itu. ‘Bangga..? bangga mungkin ayah..paklong
Ilman..Kak Rissa dan keluarga Haji Hassan tapi tidak pada Mak Engku dan..’Detik
hati Fika Farisya.
“Sebelum aku kesini dan bertemu
ayah dan kakak kembar aku, aku hanya ada ibu sahaja dalam hidup aku tapi bila
ibu meninggal hanya Haji Hassan sekeluarga yang jaga aku dan tempat aku
bermanja. Sekarang aku bersyukur sebab aku dapat tunaikan permintaan ibu aku
walaupun ibu aku tak pernah minta pekara ini tapi aku yakin ibu aku mesti
bahagia sebab kini aku dah tinggal di rumah kami dulu dan bersatu. Tapi saying,
Mak Engku masih ego sama seperti dulu masih tak pernah sayang pada aku dan kak
Rissa. Sejak aku kecil hanya api kebencian yang aku pandang pada mata Mak
Engku.” Fika Farisya menghela nafasnya perlahan lalu duduk disebelah sahabatnya
sambil memeluk bantal peluk. Dipandang di sudut meja belajarnya ada frame gambar ketika dia melancong
bersama kakak kembar dan ayahnya sebelum di berangkat ke sini.Di ambil frame
tersebut.
“Selama ini kau tak duduk dengan
ayah dan kakak kembar kau ke Fika? Kenapa kau cakap, baru sekarang kau kembali
pada ayah dan kakak kembar kau? Sorrylah
Fika aku banyak tanya kau macam-macam malam ini, tapi jujur aku cakap kau
terlalu perahsia pasal hal keluarga kau dengan aku…tapi kalau kau tak ada
masalah nak bercerita dengan aku.” Ujar Arnina pada Fika Farisya.
Fika Farisya menoleh pada sahabatnya disebelah,
kepalanya digeleng-gelengkan.
“Maaf aku bukan nak merahsiakan
hal keluarga aku, cuma aku rasa tak ada apa yang istemewa untuk aku
ceritakan.Aku…aku” Fika Farisya teragak-agak untuk meneruskan ayat.
Arnina menggenggam tangan Fika Farisya dia bagai
dapat merasakan bertapa beratnya penanggungan perasaan yang di tanggung oleh
sahabatnya.
“Luahkanlah Fika, aku sedia
mendengar. Luahkanlah semua yang kau rasa, moga dapat mengurangkan sedikit
beban yang kau tanggung walaupun aku tak dapat nak membantu kau.” Pujuk Arnina.
“Nina sebelum aku bertemu balik
dengan keluarga aku, aku dan ibu aku hidup berdua selama ini tanpa ada ayah dan
kakak kembar aku. Aku menumpang kasih seorang ayah hanya pada Haji Hassan. Bila
terkenangkan arwah ibu aku, aku terkilan tak dapat tunaikan hajat dia tuk melihat
keluarga kami bersatu tapi aku yakin ibu aku pasti tenang di sana melihat aku
dah kembali pada ayah dan kakak kembar aku. Aku yakin itu.” Ujar Fika Farisya.
“Cumaa...aa aku masih terasa
terasing lagi dalam keluarga aku sendiri. Sampai sekarang Mak Engku masih tidak
boleh lagi terima aku dan kak Rissa. Mak Engku layan kami seperti kami ini
bukan sebahagian keluarganya atau lebih tepat lagi bukan cucu yang di inginkan.”
Fika Farisya mengeluh perlahan.
“Kenapa Mak Engku tak dapat
terima kau dan kakak kembar kau?”
Fika Farisya naik ke atas katil dan mengengsot
kebahagian tengah katil lalu menyandarkan badan ke dinding. Arnina juga turut
melakukan pekara yang sama.
“Sebenarnya tak banyak yang aku
tahu tentang sejarah keluarga aku, ini pun aku tahu dari Paklong Ilman yang
cerita kat aku. Ikut cerita Paklong Ilman , perkahwinan ayah dan ibu aku tak
direstui oleh Mak Engku kerana ibu aku miskin, anak yatim piatu. Keturunan dari
belah ibu aku tak jelas tapi demi cinta mereka harungi jua.Walaupun hidup ibu
aku di rumah kebajikan sejak kecil dan dewasa, sehingga suatu hari dia bertemu
dengan ayah aku dan mereka berkahwin.Namun takdir penentu segalanya Nina, keluarga
yang terbina selama 6 tahun hancur di
sebabkan beberapa keping foto. Keegoaan, keangkuhan Mak Engku hanya mendiamkan
diri dan membiarkan keruntuhan mahliga yang dibaja oleh benih-benih cinta
hancur. Kalau sahaja pada masa itu Mak Engku menerangkan perkara sebenar pasti
aku, ibu, kak Rissa dan ayah merupakan satu keluarga yang lengkap dan tak
terpisah lama, pasti sebelum ibu aku menghembuskan nafasnya terakhir mungkin….”
ayat terakhir dari Fika Farisya tidak dapat di habiskan. Suaranya mula
bergetar.
Lama Arnina memandang wajah suram
sahabatnya. Mata sahabatnya mula berkaca-kaca.
“Aku simpati pada kau dan
keluarga kau.”Lembut Arnina berbicara. “Fika macam mana ibu kau berjumpa dengan
ayah kau?” sambung Arnina. Kisah cinta ibu dan ayah Fika Farisya sedikit sebanyak menarik minatnya. Pleases la bukan dia kaki kepoh tapi
kisah cinta merupakan topik kegemaran semua. Arnina mengulum senyum.
“Ibu aku bertemu ayah aku sewaktu
ibu aku berjaya melanjutkan pelajarannya hingga Ke University. Disitulah bermula perkenalan ibu dan ayah aku.Mereka
bercinta dan berkasih sayang dalam senyap tanpa diketahui oleh Mak Engku mama
pada ayah aku. Sesudah tamat belajar ayah aku mula memberitahu Mak Engku yang
dia ingin melamar ibu aku untuk di jadikan suri di hatinya tapi Mak Engku tak
setuju dengan pilihan ayah aku. Enggang mana boleh terbang seiring dengan
pipit. Pandangan kolot dan kuno,satu pendapat yang lapuk !” Sinis kata-kata
Fika Farisya.Bibirnya dicebikkan. Ada apa dengan darjat. Itu semua hanya
kepercayaan karut.
Arnina masih setia mendengar keluhan sahabatnya.
“Paklong Ilman aku kata lagi ayah
aku sangat sayangkan ibu aku, walaupun hubungan ayah dan ibu aku ditentang oleh
Mak Engku. Ayah dan ibu akhirnya berjaya mengharungi alam perkahwinan dan
membina sebuah syarikat dari hasil titik peluh mereka bersama, kami sekeluarga
hidup bahagia tapi itu semua masih tak dapat lembutkan hati Mak Engku walaupun
dengan kehadiran aku dan Kak Rissa. Pelbagai cara ibu dan ayah buat supaya
hubungan mereka direstui, semuanya sia-sia malah Mak Engku jugak mencuba
pelbagai-bagai cara tuk memisahkan ibu dan ayah aku.”
Fika Farisya berhenti seketika dan menarik nafas
panjang.
“Tap...ii tidak pada suatu hari
cinta ayah dan ibu diuji.Ayah mula tidak percaya pada ibu,cinta ayah mula goyah
dengan beberapa keping gambar. Ayah mula menaruh syak pada ibu bahawa ibu curang di belakangnya. Cinta yang
di bina selama 6 tahun tidak dapat bertahan lama apabila ayah menghalau ibu
keluar dari rumah tanpa ibu dapat menjelaskan perkara sebenarnya. Dan pada
malam hujan lebat ibu dan aku pergi ke banglo mewah milik Mak Engku. Ibu merayu
pada Mak Engku supaya menceritakan perkara sebenar tapi Mak Engku hanya
mendiamkan diri, ibu pulak masa tu sanggup berbuat apa sahaja tuk menyelamatkan
rumahtangganya dari musnah sehingga sanggup melutu…” Fika Farisya tidak dapat
meneruskan kata-katanya lagi, jika diteruskan pasti malam hujan lebat itu
kembali di kepalanya. Foto di bawah bantal dan frame diatas meja belajarnya diambil tadi didakapnya erat-erat
seolah-olah insan yang tersayang berada disini sedang memeluknya.
Suasana menjadi hening seketika
masing-masing melayan perasaan sendiri. Arnina memandang frame dan foto lama yang didakap oleh Fika Farisya.
“Fika..”Panggil Arnina memecah
sunyi yang bertamu.
“Aku tak bermaksud buat kau
sedih, cuma sejak aku kenal kau dari hari pertama aku lihat hanya frame dan foto lama tu yang kau dakap
dan renung bila kau termenung? Kenapa?”
Melihat Fika Farisya tidak
menjawab Arnina merasa bersalah dikala ini.Dia menyesal menanya dan meminta
Fika Farisya menceritakan tentang keluarganya.Jika dia tidak bertanya atau
menyoal pasti disaat ini luka dihati Fika tak berdarah kembali.
“Foto-foto ini begitu bermakna
pada aku. Setiap kali aku merenung dan mendakapnya aku merasa seolah-olah ibu, ayah
dan kak Rissa sedang memeluk aku. Masih jelas diingatan aku lagi pergaduhan
antara ibu dan ayah aku, sehingga ibu di halau keluar dari rumah. Aku masa itu
jugak berkeras mahu mengikut ibu aku pada malam tu. Renungan Kak Rissa yang
tegak berdiri sambil di peluk oleh Mak Kiah di tiang seri rumah kami masih
terbayang sampai sekarang di mata aku. Setelah di halau ibu sanggup meredah
hujan lebat yang ketika itu kilat sambar menyambar pergi ke banglo Mak Engku, apalagi
ketika itu hari semakin malam tapi ibu tak peduli dia sanggup meredah semuanya
tuk menyelamatkan rumahtangga yang di binanya atas dasar cinta sama cinta. Ibu
sanggup membiarkan maruah di pijak-pijak oleh Mak Engku,waktu ibu aku melutut
dikaki Mak Engku, tanpa rasa simpati atau sekelumit kasih sanggup menendang ibu
aku sampai jatuh tersungkur dan Mak Engku jugak sanggup mendorong aku hingga
jatuh. Sejak itu ibu dan aku memulakan hidup baru di Melaka, usia aku pada
ketika itu 5 tahun. Aku hanya hidup bersama ibu dengan orang-orang di
sekelilingnya terlalu asing bagi aku. Ayah langsung tak mencari kami di mana
kami berada, pasti Mak Engku masih diam membisu dari menceritakan perkara
sebenar. Walaupun ayah dan Kak Rissa jauh dari aku tapi apa yang penting aku
selalu dekat dengan ibu dah cukup untuk aku. Keluarga Haji Hassan sangat
menyayangi aku seperti mana dia menyayangi anak lelakinya,Zafril Zafuan. Dan
aku keseorangan lagi bila ibu yang selalu ada disisi aku pergi meninggalkan aku
ketika aku last Paper SPM. Tiada siapa yang berada disisi aku ketika itu, pada
hari ibu pergi meninggalkan aku juga ketika hari hujan lebat. Tiap kali hujan
pasti hati aku sayu bila terkenangkan apa yang aku lalui bersama ibu aku, Nina.
Hanya Haji Hassan, Mak Tijah dan Zafril yang ada disisi aku. Beri aku semangat
ketika aku tiada sesiapa.”
Arnina yang menjadi pendengar
sedari tadi terus mengangguk. “Aku tahu Fika, kau pernah cerita pada aku pasal family kawan baik kau tu,” jelas Arnina.
“Habis kau bukan kawan baik aku
ke? Kau pun kawan baik aku jugak,” sampuk Fika Farisya. Mereka sempat berbalas
senyuman. Mata Fika Farisya terpejam anak rambut yang menghalang penglihatan
dikuak ke tepi.
“Macam yang aku pernah cerita
dekat kau masa aku sampai di halaman rumah, rumah yang penuh dengan penduduk
kampung yang menziarahi ibu buat kali terakhir, ramai yang ucap takziah pada
aku. Airmata aku bagai kering tidak ada setitik pun airmata mengalir di pipi
aku. Aku tahan airmata dari jatuh, Nina. Mereka sangka aku seorang anak yang
kuat bila tak menangis kemergian ibu aku, mereka tak tahu aku menangis di dalam
hati aku, jiwa aku kosong. Aku terasa sunyi masa ibu aku meninggal. Selepas ibu
aku meninggal aku banyak menghabiskan masa aku dengan berkurung dan
bersendirian di dalam bilik tanpa menghiraukan keadaan sekeliling aku.Tiga
minggu aku mengasingkan diri dan bersendiri tanpa memikirkan perasaan orang
yang sayang pada aku, sampai satu hari aku terdengar perbualan antara Zafril
dan Mak Tijah yang risau akan keadaan aku. Masa aku mendengar perbualan mereka
aku rasa bersalah pada mereka sekeluarga. Aku menyesal buat Mak Tijah menangis
aku menyesal buat sahabat yang selalu di sisi aku risau melihat keadaan aku. Aku
tekad pada masa itu dan berjanji pada diri aku yang aku tak menyusahkan orang
atau membuat mereka sedih disebabkan aku.” Panjang lebar Fika Farisya
menceritakan kisah hidupnya pada rakan sebiliknya.
Walaupun kisah Fika Farisya
kedengaran tragis dalam hidupnya namun Arnina dapat melihat reaksi wajah Fika
Farisya di kala ini cukup tenang, seperti Fika Farisya hanya menceritakan suatu
kisah yang pernah dibaca dari buku sahaja. Jelas ketabahan pada diri sahabatnya
itu.
“Hanya foto ini….Foto lama ini yang menemani
aku, foto ini….”jelas kedengaran getar pada suara Fika Farisya. Matanya mula
berkaca-kaca. Dia tidak dapat menghabiskan ayat terakhir yang diucapnya sambil
memeluk foto ibunya.Arnina yang mendengarnya turut berasa sedih.
“Fika tadi kau cakap Mak Engku
tak terima kehadiran kau dan kakak kembar kau walaupun kau kini dah tinggal
semula dengan ayah dan kakak kembar kau? Mak Engku tak marah atau halau kau
dari banglo ayah kau ke?” Arnina mengajukan soalan yang bermain-main di
mindanya sedari tadi.
Fika Farisya tersenyum sinis
mendengar pertanyaan sahabatnya.Wajahnya diraup lembut.
“Amanat Nina, Mak Engku jugak tak
mahu lagi kehilangan anak bongsunya. Lagipun ini yang ayah aku hantar aku ke
UK, Kak Rissa ke London. Ayah aku ingin menjarakkan aku dan Kak Rissa sejauh
mungkin dari Mak Engku. Ayah tak mahu aku dan Kak Rissa terluka. Yalah, aku dan
Kak Rissa cucu yang tak diiktiraf tarafnya dalam keluarga besar Mak Engku. Aku
ini keturunan yang tak baik, aku hanya bawak sia…”namun perkataan itu terhenti
disitu, Fika Farisya tidak sanggup hendak menghabiskannya. Bibirnya diketap
kuat. Wajahnya merah.Matanya sudah berkaca-kaca tapi di tahan airmatanya dari
jatuh, bahu Arnina ditepuk lembut.
“Dahlah kita bercerita pasal
lainlah pulak” ujar Fika Farisya lembut, lalu terus bangkit dari katil. Dia
terus duduk dimeja belajarnya, komputer ribanya dibuka.
“Nina aku nak hantar e-mail pada
kakak kembar aku. Aku nak tanya dia, dia dah sampai ke kat Malaysia sekali aku
nak tanya dia dimana dia nak tunggu aku nanti boleh senang dia nak jemput aku
kat airport.” jelas Fika Farisya
dengan suara yang cuba diceriakan.
“Maknanya nanti kalau kau balik
kau nak tinggal kat mana nanti Fika?” Soal Arnina.
Tangan Fika Farisya yang sedang lincah menaip terus
terhenti. Fika berpaling dan terus memandang wajah sahabatnya. Dahinya berkerut
mendengar soalan yang keluar dari mulut Arnina.
“Maksud aku kalau kau tak nak
tinggal bersama ayah dan kakak kembar yang berada satu bumbung bersama Mak
Engku, maknanya kau mesti tinggal kat rumah lama ibu kau? Tak akan kau nak
tinggal sorang-sorang kat sana?”
Fika Farisya diam bagai memikirkan jawapan yang
akan diberikan.
“Aku tetap akan tinggal dengan
ayah dan kakak kembar aku lah. Kalau soal Mak Engku dan Megat Ammar tahulah aku
nak buat maacam mana, bila dah sampai Malaysia nanti aku kerah otak aku untuk
berfikir.Lagipun aku bukan duduk sebumbung dengan Mak Engku pun,aku duduk kat
rumah ayah lah,Nina” Sempat lagi Fika Farisya bergurau dengan sahabatnya.
Arnina tersenyum dan terus
mengerutkan dahinya apabila Fika Farisya seperti menyebut nama seseorang.’Siapa
Megat Ammar?’ Desis hati Arnina.
“Fika maaf kalau aku ini banyak
bertanya soalan kat kau? Siapa Megat Ammar?Kau tak pernah cerita pun kat aku
tentang pemilik nama yang baru kau sebut tadi?” Soal Arnina yang penuh minat
hendak mengetahui siapa Megat Ammar.
BERSAMBUNG.... :D SEMOGA CERIA BAK PELANGII SEMUA... MAAF DJ LAMBAT UP CITE INI... PEACE ;)
kak fika nak lagi..:D
ReplyDeleteAssalamualaikum Arifuka...
Deleteinsyallah kang Dj minta kat FN lagi...;D