OLEH : FIKA NAJWA
Fika
Farisya menepuk dahinya.Dia tahu dia dah terlepas kata.Dia tersengih sambil
menunjukan baris gigi yang tersusun cantik.
“Uuurrmmm…..di..di..diaa sepupu
aku,” spontan Fika menjawab,terus berpaling menyambung semula menaip.
“Ooo…aku ingat tadi something special boy,”sanbung
Arnina.’Dia memang special di hati
aku…’bisik hati Fika Farisya.
“Fika apa kata kau ikut aku
balik,kau tinggal aje dengan aku nak tak?”pelawa Arnina bersungguh-sungguh.
Fika Farisya tersenyum
mendengarnya.
“Hmm..okey jugak idea kau itu,lagipun
kau ada beritahu aku yang kau ada dua orang abang kan?Mana tahu kalau aku
tinggal dengan keluarga kau salah satu abang kau tersangkut dekat aku boleh lah
aku jadi kakak ipar kau nanti.”usik Fika mengenyitkan matanya.
Arnina yang mendengar menjengkilkan matanya.
“Fika ,aku serius kau main-main
pulak.”
Fika Farisya tergelak melihat
keletah rakan sebiliknya.
“Apapun terima kasih Nina.Aku tak
nak jauh lagi dari ayah dan Kak Rissa,aku tak nak bersendirian lagi.Aku tak nak
menyusahkan sesiapa lagi.
Arnina sudah bangun dari katil.
“Fika aku nak pergi beli makanan
laparlah pulak,kau nak order tak?”
Fika Farisya hanya menggeleng
namun sebaik sahaja Arnina berada didepan pintu bilik,langkahnya
terhenti.Arnina berpaling melihat Fika yang sedang leka menaip e-mail di
komputer riba.
“Fika ,boleh aku tanya soalan
terakhir….”
Fika Farisya berhenti
menaip.Wajah sahabatnya di pandang.Menanti apa yang mahu di tanya.
“Kau tak teringin ke nak panggil
Mak Engku,Tok wan atau nenek?Aku tahu sejak ibu dank au di halau kau dah
membahasakan panggilan Mak Engku,tapi sekarang kau dah dewasa kau tak teringin
ke nak panggil dia tok wan atau nenek macam yang kau selalu dengar rakan-rakan
sebaya kau panggil?”
Fika Farisya melepaskan nafasnya
perlahan lalu kembali menaip.Arnina terus berpaling dan memulas tombol
pintu,pasti Fika Farisya tidak berminat untuk menjawab soalan itu.Sebaik
kakinya melangkah keluar…
“Biar masa yang menentukan…tapi
aku akan cuba tunaikan kehendak ibu aku tuk melihat Mak Engku menerima kami dan
bersatu menjadi sebuah keluarga tanpa ada perasaan benci.”Ucap Fika Farisya
perlahan dengan matanya yang tidak berkalih dari skrin komputer ribanya.
Perlahan-lahan Arnina menutup
pintu bilik mereka.Cerita dan kata-kata Fika Farisya tadi terus terngiang-ngiang di
telinganya.Moga kasih kau terbalas kelak ,Fika…
******
Megat
Ihsan sibuk mencari fail dari dalam laci mejanya untuk digunakan semasa
mesyuarat sebentar lagi.Satu persatu laci dibuka.Semasa membuka laci di
tengah-tengah,pandangan matanya tertancap pada sekeping sampul surat di atas
sampul surat yang berwarna coklat dan dibawahnya terselit sekeping foto lama.Di
ambil sampul dan foto lama,wajah insan yang amat disayangi jelas ceria semasa
mereka menyambut ulangtahun anak-anak kembar mereka dahulu.Lama foto itu
dipandang makin menggebu rasa rindu yang bertandang ketika menantapnya.
Masih jelas lagi terngiang-ngiang
di telinganya apabila abangnya,Megat Ilman menyampaikan berita yang menyatakan
Rahmah Khalissa sudah meninggal akibat barah rahim.Betapa kecewanya dia sebaik
mendengar berita itu.
“Begitu awal Lissa tinggalkan
abang tanpa abang sempat menebus kesalahan abang pada Lissa dan Fika.Hidup
abang kosong sejak Lissa dan Fika keluar dari banglo kecil kita sayang.Setiap
hari cinta abanag pada Lissa semakin menggunung buat Lissa,rindu ini pula
semakin menebal bila teringat Lissa sayang.Maafkan abang Lissa..maafkan
abang.Abang janji abang akan jaga anak-anak kembar kita dan abang akan cuba
buat mereka bahagia sayang ..”Perlahan-lahan foto itu di bawa ke dalam
dakapannya.Lama didakap foto itu.
Mata Megat Ihsan terpandang pula
sampul surat yang di ambil bersama bersama foto lama,dikeluarkan
isinya.Tergaman dia melihat isi yang berada di sampul itu.Setahu dia dia telah
pun membuang gambar ini ke tong sampah?Kenapa gambar ini masih ada lagi
disini?Disebab gambar inilah dia menghalau isterinya tanpa mendengar penjelasan
dari isterinya.Gambar-gambar ini juga yang buat anak-anaknya ketandusan kasih
sayang dari seorang ayah dan seorang ibu.
“Assalamualaikum..ayah boleh
kakak masuk.”
Megat Ihsan tersentak mendengar
Fhyka Arissa memberi salam di sebalik pintu bilik pejabatnya.Pantas dia
menyimpan sampul tersebut ke dalam laci yang di buka tadi,manakala foto lama
yang lagi satu hanya diselitkan dibawah buku diarinya.Dia khuatir jika Fhyka
Arissa melihat dia menantap foto lama mereka sekeluarga pasti akan mengundang
kesedihan di hati anaknya itu.Dia tidak mahu membuat anak-anak kembarnya
menderita lagi.Lagipun Fhyka baru sahaja balik ke Malaysia,Fhyka Arissa baru
menamatkan pengajiannya di London.
“Waalaikumusalam…sayang masuklah”
“Ada apa kakak datang pejabat
ayah pagi-pagi ini?Ini mesti ada sesuatu yang kakak nak bagitahu ayah kan?”soal
Megat Ihsan dengan senyuman manis terukir di bibir.
Fhyka Arissa nampak ayahnya
menyimpan sesuatu,dia yakin ayah pasti melihat foto ibu lagi.Jelas dipupuk mata
ayah jelas ada airmata yang mengalir,tapi disapu pantas oleh ayah.Fyhka Arissa
menuntup pintu dia membalas senyuman ayahnya. Fhyka Arissa sudah duduk di
kerusi yang disediakan di pejabat ayahnya.
“Ini mesti ayah lupakan?Ayah,esok
adik pulang ke Malaysia.Emm...yah adik tinggal dekat mana nanti?”
Megat Ihsan agak terkejut macam
mana dia boleh lupa yang seorang lagi anak kembarnya akan pulang esok.Padahal
sudah diingatkan oleh Fika Farisya melalui e-mail yang menyatakan dia kan
pulang esok.Nasib Fhyka Arissa meningatkannya.Megat Ihsan terus menyandarkan
tubuhnya pada kerusi kulit yang empuk.
“Tinggal kat mana?Ayah tak faham
apa yang kakak nak cuba cakapkan.Apa masalahnya kalau adik pulang dah tentu dia
akan tinggal dengan kita.”Bersahaja jawapan yang diberi oleh Megat Ihsan.
“Ayah dah lupa satu perkara
sebelum adik berangkat ke UK dulu.?Ayah yakin Tok Wan dan Ammar izinkan adik
tinggal dengan kita nanti.”
Jelas kebingungan terlakar
diwajah Megat Ihsan macam mana dia boleh lupa tentang perkara itu.Kini dia
sudah dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Fhyka Arissa padanya.
“Ayah yakin yang Tok Wan tak akan
minta adik tinggal dengan dia nanti?Macam mana pulak hubungan Ammar dan
adik?Tak akan selamanya adik nak terperangkap dalam wasiat yang dah di
amanahkan oleh ibu dan auntie Ainur?”aju Fhyka Arissa.
Megat Ihsan diam memikirkan apa jawapan yang ingin
diberi pada Fhyka Arissa.Matanya memandang tepat wajah anak kembar yang selalu
di panggil ‘kakak’ yang begitu mirip mewarisi wajah isterinya,cuma mata Fhyka
Arissa sahaja sama warna dengan matanya warna kelabu hitam,manakala Fika
Farisya mewarisi warna mata ibunya iaitu coklat hazel.Itu perbezaan anak
kembarnya.
Fhyka Arissa merapatkan tubuhnya
pada meja,kedua-dua belah tangannya diletak di atas meja.
“Yah,..kakak tak nak adik
menderita lagi.Ini semua tak adil untuk dia?”
Megat Ihsan sudah mahu bersuara
namun Fhyka Arissa lebih pantas memotong,”Ayah dengar dulu apa yang kakak nak
katakan.Kakak tahu ayah, mesti sekarang ini tak tahu nak kata apa sebab kita
tak punya hak lagi ayah,yang paling berhak buat keputusan untuk kehidupan adik
kini hanya Megat Ammar.Kakak takut kalau Ammar dan Tok Wan menyakiti hati adik.Cukuplah
penderitaan dia semasa dia hidup berdua dengan ibu,kakak tak nak tengok adik
sedih lagi yah.Kehilangan ibu cukup perit untuk kakak dan adik yah..” Beberapa
titis airmata Fhyka Arissa mula jatuh bila mengenangkan nasib adiknya.
Megat Ihsan mengapai tangan
anaknya,tangan anaknya digenggam penuh kasih.
“Ayah tahu sayang…ayah tak
mungkin akan biarkan adik keseorang lagi tak mungkin akan berlaku lagi.Walaupun
Ammar lebih berhak tapi ayah masih punya hak lagi.Hak seorang ayah.Kakak tak
perlu bimbang selagi ayah masih hidup tak ada sesiapa boleh buat anak-anak ayah
sedih dan terluka.Kakak tak perlu sedih.Syarikat yang ayah usahakan bersama
Uncle Ilman ini semua untuk anak-anak ayah.Kakak dan adik akan berganding bahu
bersama Ammar memajukan lagi syarikat kita di masa hadapan nanti.Semua syer
ayah dan ibu akan ayah bagi pada kakak dan adik kelak,”Airmata yang menitis
dipipi anaknya diseka.
“Insyallah ayah kakak dan adik
akan majukan lagi Syarikat keluarga kita ini.Tu ayah jangan risau sebab
anak-anak ayah dah berjaya memiliki segulung ijazah.Tapi Tok Wan pasti
menghalang adik dan kakak dari berkerja disini?”
Megat Ihsan begitu bangga
dikurniakan anak yang bernama Fhyka
Arissa dan Fika Farisya.Walaupun keluarganya terpisah lama tapi nilai yang di
ajar oleh isterinya masih ada di dalam diri anak-anak kembarnya.
“Ayah mungkin senang kakak masuk
dan mulakan kerja di Syarikat tapi…adik macam mana?Tok Wan pasti akan bertindak
sebelum ayah.Tok Wan pasti akan buat sesuatu.”
Megat Ihsan mula menyadar semula
di kerusi yang didudukinya.Dipandang wajah anaknya yang jelas mahu dia
bertindak.
“Ayah..say something please,jangan diam.Ayah tentu kenal tok wan kan?Tok
wan pasti gunakan Ammar untuk seksa adik.”
Megat Ihsan melepaskan nafasnya
perlahan,wajah anak gadisnya di pandang kasih,”kakak tahukan yang ayah tak akan
biarkan anak-anak ayah terluka,ayah tak akan izinkan perkara itu berlaku sekali
lagi.Cukup kita sekeluarga merana selama ini.Setiap kali ayah menatap mata adik
kamu ayah pasti teringat ibu.Penderitaan ibu dan adik sentiasa mengingatkan
ayah seorang suami dan ayah yang kejam.Mungkin ramai yang tuduh ayah ini bodoh
tak nak dengar penjelasan ibu dulu terus menghukum.Tapi ayah yakin qada dan
qadar yang tertulis untuk kita sekeluarga…mereka tak tahu apa yang ayah
rasakan.”rintih Megat Ihsan.
“Mereka tak tahu kakak..apa yang
ayah lalui sepanjang ibu dan adik tiada di rumah kita lagi.Hingga hari ini ayah
terus menyalahakan diri ayah kerana gagal mempertahankan keluarga kita dari
hancur,tapi sayang ayah terlalu mengikut amarah dan hasutan syaitan.Bila semua
yang terbongkar,ternyata ibu sama sekali tak pernah menduakan ayah.Ayah
khliaf.Ayah terlambat untuk betulkan semula.Andai masa dapat diundur….”serak
suara Megat Ihsan meluahkan perasaannya pada anaknya tentang apa yang dirasakan
selama ini.
Fhyka Arissa rasa bersalah
mendesak ayahnya,jelas kini di mata ayahnya ada airmata yang cuba di tahan dari keluar.
“Ayah…maafkan kakak sebab desak
ayah,Kakak tahu ayah runsing.Maafkan kakak ayah.” Fhyka Arissa bangun dan terus
meluru memeluk ayahnya dari belakang.
“Sayang…it’s ok.Ayah faham kakak
nak adik bahagia.Kakak tak perlu risau ayah masih ada untuk kamu berdua
disisi.” Megat Ihsan menyakinkan Fhyka Arissa yang dia akan melindungi mereka
berdua dari terluka lagi.Itu janji yang di tanam sejak mereka sekeluarga
bersatu walaupun isterinya tiada disisinya kini.
‘Lissa,abang janji yang abang akan jaga anak kita.’detik hati Megat
Ihsan.
Lama ruang pejabat Megat Ihsan
sepi dan diam membisu.Fhyka Arissa masih memeluk ayahnya dari belakang.
.
“Kakak…ayah tak ada niat nak buat
kakak sedih..maafkan ayah sayang…kak..”Belum sempat Megat Ihsan menghabiskan
ayatnya intercome diatas mejanya berbunyi,pantas saja dia menekan butang merah.
“Tuan Megat semua dah menunggu
tuan di bilik mesyuarat sekarang.”jelas suara Maria setiausaha Megat Ihsan.
“Baiklah Maria,terima
kasih.Sekejap lagi saya ke sana.”Megat Ihsan bangun dan memegang bahu
anaknya.Dipeluk Fhyka Arissa sambil menepuk perlahan di belakang anaknya.
“Okey..kakak,ayah ada mesyuarat
sekarang,nanti kita bincang lagi dan cari jalan yang terbaik.Kakak jangan
risau.” Megat Ihsan memberi jawapan pada anak gadisnya.Sebelum melangkah di
cium dahi Fhyka Arissa,dia terus berlalu ke pintu.namun dipertengahan jalan dia
berpusing.
“Sebelum ayah terlupa tunang kamu
dah tahu ke yang adik pulang esok?Kalau belum tahu tolong kakak bagi tahu pada
Zafril,dia sekarang ada kat pejabat dia.Ayah rasa kakak pun ada perkara nak
bincang dengan dia kan?Sekali ayah bagi chance
anak gadis ayah ini melepaskan rindu dendam pada bakal suami nanti.Tapi ingat
jangan lebih-lebih erkk…!” Megat Ihsan menyakat anaknya,jelas wajah anaknya
blushing,sambil tertawa kecil.
Merah muka Fhyka Arissa bila ayah
bergurau dengan menyebut nama Zafril Zafuan.Ayah senjaga menekan perkataan
‘Tunang.’
“Ayah…”Fhyka Arissa cuba
mencebikan bibirnya tanda dia protes di usik begitu.
“Okey sayang ayah gurau je,ayah
tahu kakak memang nak jumpa Zafril.Ayah pergi dulu.Take care yourself.Assalamualaikum.”
“You too ayah..i love
you.Waalaikumusalam..”Fhyka Arissa membalas perlahan sambil melihat ayahnya
menutup pintu.
Berkerut dahi Fhyka Arissa.Macam
mana ayah boleh tahu aku ke sini memang nak jumpa Zafril?Sah memang tak lain
tak bukan ini semua mesti kerja adik!Dia tersenyum sendiri bila terkenangkan
adiknya walaupun jauh tapi adiknya tu macam pemberita gosip,sentiasa tahu
perkembangan orang sekelilingnya.
BERSAMBUNG... ;D
Assalamualaikum tiza... (sesuka hati DJ je panggil kamu tiza) hihi
ReplyDeleteterima kasih dik nanti DJ habaq kat FN....
best3..smpai nangis2..hehhe..
ReplyDeletesbb pham mcm mna perassan kmbar ni kalo berpisah..
because saya ni pown kmbar...
xdpt nk bygkan kalo berpisah mcm 2...
:)
from :(kd @ miss chocolate )
Assalamualaikum ...
Deleteterima kasih kerana suka n3 KSK kali ini kang DJ up lagi satu n3 KSK... hihi semoga ceria bak pelangi ;)