OLEH : NUR DAEYA
Nur Adriana menyentuh
perutnya yang kempis itu. Dia terasa lapar pula malam ini. Sejak dari petang
tadi perutnya lansung tidak diisi dengan makanan dan minuman. Hendak mencari
makanan dibawah, dia malas mahu memandang muka tiga beranak itu.
Akhirnya, terluah juga
sifat dendamnya pada tiga beranak itu. Penampar sulung yang diberikan pada
Farah membuktikan yang dia bukan perempuan yang boleh dipijak-pijak! Walaupun
hatinya puas mengenakan mereka tiga beranak, namun timbul rasa takut pada
dirinya jika ayah dapat menangkap tamparan pada pipi Farah. Mana tahu, Farah
akan beritahu ayah yang dia tampar muka Farah. Memang nahaslah aku lepas ni!
Ke hulu ke hilir dia
berjalan dari depan katil untuk mencari idea bagaimana caranya untuk menutup
mulut tiga beranak itu dari membongkarkan rahsia penamparan itu. Adakah dia
perlu segera turun ke bawah sebelum ayahnya pulang dari solat isyak? Mampukah
dia untuk berdepan dengan tiga badigol
itu?
Ya, dia mampu! Dia kan
perempuan kuat, seharusnya diaperlu memberanikan diri bertentang mata dengan
tiga beranak itu, biar senyap diorang tu! Biarlah Puan Farzana a.k.a ibu tiri
tak guna tu zip kan mulut dia tu.
Lantas dia membuka
pintu sambil dihela nafas panjang.Langkahnya diatur ke kiri, tempat dimana
tangga berada.
Seeloknya kakinya
menginjak menuruni tangga, matanya melihat tiga beranak itu sedang berbual-bual
duduk disofa tiga berangkai tanpa sedikit pun kesan kehadirannya di tangga. Dia
apalagi, berhentilah kakinya untuk
mendengar apa yang mereka cakapkan. Ini mesti buka topik pasal aku ni.omelnya.
Telinganya menangkap
apa yang tiga beranak itu katakan. Dia mendengar dengan tekun.
“Kalau ayah
korang balik kejap lagi, tahulah
aku nak bagi tahu ayah korang. Perempuan tu memang dah melampau! Dasar bekas banduan tak sedar diri.
Patut dia tak payah balik lagi bagus. Buat semak je duduk rumah ni. Huh!”marah
Puan Farzana sambil tangannya menuam
pipi Farah yang kemerahan bagi mengurangkan kesakitan. Fida yang duduk
ditepi sofa mendengar sahaja luahan hati ibunya.
Nur Adriana tahan
nafas. Ayat bekas banduan itu menaikkan marahnya. Perempuan tu memang nak kena
dengan aku!
“Macam mana Farah nak pergi kerja esok kalau pipi ni
ada kesan merah? Farah malu tau! Kak Adriana tak patut tampar Farah
tadi.”rengeknya kepada Puan Farzana. Fida menepuk perlahan badan adiknya agar
menenangkan diri.
Sebagai kakak kepada
Fida dan adik tiri kepada Nur Adriana,
dia tidak mampu berlawan kata mahupun
bertepuk tampar dengan kakak tirinya. Diaagak takut dengan kakak tirinya. Muka
yang bengis menakutkan dirinya untuk berlawan kata dengan perempuan yang
bernama Nur Adriana Binti Ahmad Jamil.
Sesungguhnya perempuan itu amat ditakuti
dari segi muka dan perawakan yang dibawa.
“Dahlah, Farah. Benda
dah jadi pun. Mungkin dia tak sengaja tu.”pujuk Fida. Dia tidak mahu ayah tahu
tentang perkara ini. Dia takut malam ini akan menjadi malam yang kacau-bilau.
Dia balik rumah bukan untuk bertengkar tetapi untuk merehatkan diri dari
tekanan kerja di kilang.
“Yang kau bela sangat
perempuan sundal tu kenapa, Fida? Adik kau tengah sakit kan? Patut kau
pertahankan adik kau, bukan membela perempuan tu.”bebel Puan Farzana dengan
nada marah. Fida terdiam manakala Farah
mengiyakan apa yang ibunya katakan.
Nur Adriana mengepal
penumbuk. Kegeramannya pada saat ini terserlah apabila perempuan tua itu
memanggilnya perempuan sundal. Tadi perempuan tua itu panggil bekas banduantak
sedar diri dan yang terbaru perempuan sundal. Aku memang tak boleh berdiam diri
lagi ni. Perempuan tua itu harus aku senyapkan sekarang jugak!
Kakinya dihentak kasar
diatas tangga membuatkan tiga beranak itu menoleh laju ke belakang.
Puan Farzana terkaku!
Farah tergamam!
Fida terkesima!
Tiga beranak kini
dipersimpangan dilema. Apa yang
difikirkan Fida tadi akhirnya terungkap jua. Kakak tirinya datang dengan mata yang membulat. Dia rasa takut yang amat
sangat. Janganlah rumah ini berlaku pergaduhan!
“Wah…wah…wah!! Sedapnya
bicara tiga beranak kat sofa ni.”sinis nada Nur Adriana diiringi tepukan di
kedua belah tangannya. Dihampiri sofa tiga berangkai itu dengan pandangan mata
yang menyeramkan.
“Kakak, saya mintak
maaf.”Fida mula bersuara. Dia bangun dari sofa. Dia takut untuk bertembung mata
dengan kakak tirinya. Mukannya
ditundukkan.
“Buat apa kau nak minta
maaf kalau kau tak buat salah? Kau pergi
naik atas! Aku nak cakap dengan dua perempuan sundal tak reti bahasa ni.”jerkah
Nur Adriana tanpa menghiraukan dua perempuan itu.
Puan Farzana dan Farah
masing-masing berpandangan sesama sendiri. Mereka berdua tak sangka Nur Adriana
memanggil mereka perempuan sundal. Maknanya perempuan ini tahulah yang mereka
sedang bercakap mengenai dia.
Fida mengangkat muka.
Kakak Adriana suruh aku naik atas?Aku tak salah dengar kan?
“Pergi cepat!”marah Nur
Adriana lagi. Fida akur tanpa berkata apa-apa seraya dia berlari anak masuk ke
bilik didepan ruang tamu itu.
Setelah Fida hilang
dari pandangannya, dia merenung tajam
dua beranak itu sambil berpeluk tubuh.
“Dah puas korang cakap
pasal aku?”pekiknya tanpa rasa takut. Perkataan saya tidak akan wujud lagi
selepas ini. Peduli apa dia tu ibu tiri ke adik tiri ke…ada aku takut?
“Kau cakap aku pada mak
tiri kau?”Ibu tirinya pula yang memekik. Tuam ais yang dipegang sedari tadi
jatuh ke lantai. Namun, dia tetap bereaksi selamba.
“Kalau aku cakap ‘aku’
sekalipun, tak ada orang nak marah aku lah. Ayah aku belum balik dari surau
lagi. Suka hati akulah nak panggil kau ke apa ke. Ada aku kisah?”balasnya dengan kasar sekali.
“Kau ni, kenapa hah?
Sedap-sedap je panggil mak tiri kau macam tu. Boleh beradab sikit tak?”celah
Farah yang sejak tadi menahan diri untuk membalas kata diantara ibu dan
perempuan itu.
“Huh! Dah pandai
menjawab adik tiri aku ni.” Nur Adriana mencekak pinggang. “ Hoi, minah! Kalau
aku lempang kau buat kali kedua, kau rasa kau dapat ke tak pergi kilang cabuk
kau tu?Aku rasa kalau aku lempang kau, boleh tinggal kat wad hospital seminggu
ni.”sambungnya lagi. Diakui dalam hati, antara dua adik beradik tirinya, Farah
lah yang paling kurang ajar sekali jika bertembung muka dengannya berbanding
Fida, yang lebih lembut dalam pertuturan.
“Kau berani lempang dia
lepas ni, aku bagi tahu suami aku. Kau ingat aku takut dengan kau ke perempuan
sundal?”Puan Farzana menyampuk.Gelaran perempuan sundal masih tidak lekang
dibibirnya. Nur Adriana panas hati. Farah kagum
ibunya menyokongnya dari belakang.
“Wah! Nak bagi tahu
suami kau? “Nur Adriana tergelak kecil. “Suami kau tu ayah aku. Dia akan tetap sokong aku walau apa yang terjadi
dan kau jangan ingat aku takut dengan kaulah. . Kau pun apa kurangnya. Dasar
perempuan perampas suami orang!”jawabnya angkuh.
Terbeliak mata Puan
Farzana mendengar perkataan perampas itu. Dia kata aku perampas? Macam mana dia tahu yang aku rampas ayah dia? Ada
orang bagi tahu dia ke?detiknya dalam hati.
“Kau jangan sesedap
mulut cakap aku perampas. Karang tak pasal-pasal tangan aku yang naik kat muka
kau!”
Nur Adriana mempamerkan
pipinya.“Tamparlah kalau berani! Kalau kau tampar aku, aku cakap kat ayah pulak
yang kau tampar aku.”
Puan Farzana terdiam
mengetap bibir. Ya tak ya jugak kata perempuan ni. Kalau ada kesan kat pipi dia
tu, suami aku tuduh aku yang buat dia. Baik dia jangan buat. Jika tidak, teruk
padahnya!
“Takut ke? Haa..baru
kau tahu kan langit tu tinggi ke rendah! Aku takkan sekali-kali biarkan kau
rapat dengan ayah aku bila aku dah balik dari penjara ni. Ayah aku hanya untuk
ibu aku…bukan untuk kau!”baru puas hatinya dapat mengenakan perempuan ini.
Tanpa mempedulikan dua beranak itu, dia bergerak masuk ke dapur. Perutnya rasa
lapar, tekaknya rasa kering.
“Ibu! Kenapa biarkan
perempuan tu sesuka hati je melawan cakap ibu? Kalau Farah jadi ibu, memang
Farah dah tampar terus muka dia. Biarlah ayah nak marah sekalipun, Farah tak
kisah. Janji apa yang Farah nak, Farah dapat lunaskan.”bisiknya perlahan disisi
ibunya.
Puan Farzana mengerling
sekilas ke anaknya sambil hatinya dihela nafas panjang.
“Ibu tak boleh tampar
dia terus, Farah. Ibu tak nak ayah marah ibu. Ibu sayangkan ayah.”balas Puan
Farzana perlahan. Dia tidak boleh bertindak melulu terhadap anak tirinya itu.
Dia perlu bersabar.
“Memanglah ibu
sayangkan ayah tapi ibu kena fikir, dia
dah melanggar adat sebagai seorang anak tiri. Ibu sanggup ke dengar dia cakap
kau, aku setiap hari bila ayah tak ada?”
“Ibu tak nak dengar
apa-apa buat masa sekarang, Farah pergilah masuk tidur. Esok nak kerja kan?”Dia
menukar topik. Alasannya mudah, tidak mahu memanjangkan isu ini lagi.
Tuam ais yang jatuh ke
lantai tadi diambil semula lalu diserahkan kepada anaknya.
“Farah ambik ni, letak
kat pipi. Biar dia kurang sikit rasa sakit tu. Kalau ais dah kurang, pergi
ambik kat peti ais tu. Ibu nak tunggu ayah kat ruang tamu. Pukul sembilan setengah kejap lagi ayah kau
nak balik tu. Kau pergilah tidur.”
“Ibu ni. Farah tanya
ibu tak nak jawab pulak.”rungutnya. Tuam ais dilekapkan ke pipi. Harap-harap
kesan merah itu akan hilang. Dia tidak mahu diejek rakan sekerjanya terutama
pekerja lelaki di kilang itu yang kebanyakannya suka mengusik pekerja
perempuan.
“Aik,Tak habis lagi
berbual dua beranak ni? Ingatkan mulut tu dah nak tak bercakap, rupa-rupanya
masih aktif lagi mulut tu nak bercakap pasal aku?”sindir Nur Adriana setelah
dia keluar dari dapur. Tangannya penuh membawa air fresh orange dan satu
bungkus biskut oat crunch untuk dibawa ke dalam bilik. Nak makan kat ruang tamu
ni, dua beranak tu tak habis-habis lagi berbincang. Baik dia masuk dalam bilik
lagi bagus.
Farah ingin membalas
balik kata-kata kakak tirinya namun
ibunya melarang untuk menuturkan sebarang kata, dia terpaksa mengalah.
Nur Adriana meniti anak
tangga satu persatu. Matanya sempat mengerling ke belakang dengan cebikan
perlahan.
“Huh, anak beranak sama
je. Perempuan sundal!
****
Seawal pagi lagi Datin
Zafiah dan pembantu peribadinya, Madz Hazrul sudah terpacak didalam bilik yang
menempatkan Zeril Iskandar. Mereka berdua datang kerana ingin memberi kepastian
pad Zeril Iskandar mengenai pembedahan yang akan berlangsung dua hari lagi.
Namun Datin Zafiah sedikit kesal, anaknya membantah sekeras-kerasnya pembedahan
itu. Kata Zeril Iskandar, dia tidak suka pembedahan kerana takut akan kesan
yang akan berlaku pada tubuhnya.
Dengan sikap Zeril Iskandar
yang memprotes itulah yang membawanya ke doktor Wan Zubair. Mungkin dengan
adanya doktor Wan Zubair, Zeril Iskandar akan patuh arahan tersebut dan
melakukan pembedahan itu dengan rela.
“Dah puas saya pujuk
dia, doktor Wan tapi dia masih macam tu jugak.”keluh Datin Zafiah setelah
berapa kali memujuk anaknya untuk melakukan pembedahan namun ditentang
habis-habisan.
“Datin kena usaha pujuk
dia sampai dapat. Pembedahan untuk pesakit jantung seperti Zeril Iskandar
memang tidak boleh ditangguhkan. Kami takut jantung dia akan bertambah teruk
dan akan mengakibatkan kematian.”
Datin Zafiah terasa
hendak menangis apabila doktor Wan Zubair berkata mengenai kematian. Dia tidak
sanggup anaknya mati disebabkan sakit jantung! Tidak! Dia tidak mampu hidup
tanpa Zeril Iskandar.
Perginya Zeril Iskandar dalam hidupnya, gelap-gelitalah
kehidupannya.
“Saya tak mampu memujuk
keseorangan, doktor Wan. Jika boleh, saya perlukan doktor Wan turut serta
memujuk anak saya supaya bersetuju untuk melakukan pembedahan ini.”
Wan Zubair mengeluh
perlahan. Dia kena turut serta pujuk anak dia? Hesy! Dia manalah pandai
pujuk-memujuk pesakit ni. Selalunya nurse yang akan menasihati pesakit
sekiranya pesakit itu tidak mahu memakan ubat-ubatan yang disediakan doktor.
Setakat memujuk tunangnya, dia mampulah. Nur Adriana tu, bukannya pandai bab
pujuk-memujuk ni. Semuanya dia kena mulakan dulu.
“Saya sebenarnya tak
pandai bab pujuk-memujuk ni, Datin tapi untuk menyelamatkan anak Datin, saya
terpaksa lakukan.”
“Baguslah, doktor Wan.
Mungkin bila Zeril Iskandar mendengar apa yang doktor Wan katakan, sikap protes Zeril Iskandar akan hilang
serta-merta dan dia akan setuju untuk melakukan pembedahan.”Datin Zafiah
bersetuju dengan usul yang diberikan doktor Wan Zubair.
“Saya rasa ada baiknya
jika saya yang bercakap sendiri dengan dia secara berdepan. Lagipun, saya belum
kenal sepenuhnya Zeril Iskandar ini.”Dia cuba mencari jalan untuk bersemuka
dengan Zeril Iskandar secara personal.
Selalunya Prof.Dr.Azmi yang memeriksa dan merawat Zeril Iskandar. Dia belum
mengenali Zeril Iskandar sepenuhnya.
“Memang bagus sangat,
doktor Wan.
Datin Zafiah bersetuju
dengan usul yang diberikan doktor Wan Zubair. Cakap secara direct dengan doktor lagi bagus. Memudahkan perbincangan diantara
anaknya dan doktor Wan Zubair.
Harap-harap anaknya
akan setuju dengan pembedahan tersebut. Amin!
BERSAMBUNG... :D
No comments:
Post a Comment