Followers

Thursday, 10 January 2013

RINDU KASIH PART 1 & PART 2




OLEH : WHITE COKLAT

"KELAKAR!!"

"Apa yang kelakar?"

budak perempuan itu berpaling.Dia maju sedikit kehadapan,membawa diri semakin dekat dengan budak lelaki di hapadan dia itu.

"Kau la! di dunia ini, ada ke lelaki nama KASIH? pelik dan teramat pelik. Nasib je depan kasih tu ada bubuh nama Muhammad.Cuba kalau bubuh Siti ke Nur ke Nurul. Memang orang takkan percaya kalau kau tu Jantan! haha..."Bergegar badan budak perempuan itu tertawa. Tertawa dengan apa yang dia ucapkan sebentar tadi. Lelaki yang bernama Kasih itu terkedu. Sedikit terasa hati bila nama yang Orang tua dia bagi itu di perlekehkan oleh gadis di hadapannya kini. Ingin rasanya dia cili-cilikan mulut gadis ini.

" Kenapa pulak orang tak kan tahu aku lelaki? orang lelaki pun ada la dengan nama nur! Macam abang senior kita tu,Nur Zalis Nama dia. Handsome, Macho , baik hati pulak tu. kau je yang tak reti pasal nama semua ni. " Jawab dia polos. Berlagak selamba demi menutupi rasa geram yang mula berputik di hati.

"Memanglah abang Zalis tu hensem. tapi kau!.." Mata gadis itu mencerun kepada Kasih sambil jari menuding ke arah wajah Kasih.

" Kau tu tak macho. tak handsome.."

" Wei..wei..kalau aku tak handsome, tak akan semua gadis
satu sekolah ni boleh TERGILA-GILAKAN aku! Engkau je yang buta!' Ucap Kasih memotong perkataan gadis itu.Geram
dowh!!"

" Bukan aku, tapi dia orang tu yang buta. Kau tu tak handsome. Cantik tu ada la. haha... dah la mata tu sepet,
bibir tu merah macam pompuan, kulit kau tu putih melepak
mengalahkan pompuan kat sekolah ini. Memang sebijik macam Pompuan!!' ucap gadis itu sambil tertawa berdekeh membayangkan wajah Kasih yang menyerupai perempuan Korea. Putih dan sepet.haha... Sampai bergegar tubuh dia tertawa.

Kasih yang mendengar kata-kata gadis dihadapannya sudah tak dapat bersabar. Badan dibawa berdiri menyamai ketinggian gadis itu yang berdiri. Eleh.. pendek je budak ni, ada hati nak lawan aku!'monolog kasih dalam hati.

Ting!! Idea muncul dalam kepala kasih. Senyum diukir dibibir merah dia. Kaki di hala semakin mendekat kepada gadis itu. Tiba-tiba..

Cupp!!

Tawa yang tadi terdengar nyaring dari bibir gadis itu berubah sunyi.Kasih tersenyum. 'Kan dah kena!' .Gadis itu mencerun pandangan mata pada Kasih. Tangan dibawa kebibir yang baru sahaja di kecup oleh lelaki itu."KAU!!.." Jari telunjuk dihala tepat ke depan wajah Kasih.

Kasih yang melihat hanya senyum.Sedikitpun tak takut dengan kemarahan gadis itu. Jari yang ada di depan wajahnya itu digapai,digenggamg walau empunya diri meronta. Mencoba melepaskan.'Kan dah kena lagi. Ada hati nak lawan dengan aku!haha..' Kasih tertawa dalam hati. Wajah sedikit didekatkan kearah gadis itu dan bibir mengukir senyum bila gadis dihadapannya sedikit membawa wajahnya kebelakang.

" Sekarang kau perlekehkan nama aku, dan suatu ketika nanti aku pasti dan teramat pasti kalau nama yang kau perlekehkan ini yang akan menjadi igauan kau setiap saat. Setiap waktu dalam hembusan nafas kau.Kerna aku yakin. Rindu untuk Kasih, dan Kasih untuk Rindu!" Senyum terukir di bibir.

Rindu yang mendengar ucapan selembut itu langsung terdiam.Bukan hanyut dalam lautan asmara yang seakan melintas dalam hidupnya. Tapi terdiam menahan gejolak api kemarahan yang seakan sedang bermukim dihatinya.

"Jangan terlalu yakin dengan apa yang KAU ucapkan! Kerna Rindu tak akan pernah ingatkan Kasih! Camkan itu!' Ucap Rindu lalu melangkah pergi meninggalkan Kasih yang masih berdiri di tempat itu.

"just wait and see Rindu Qaisarah binti Rahman. Suatu hari
nanti kata-kataku pasti akan benar-benar terjadi."


##############


RINDU KASIH PART 2



Semakin aku membenci
Semakin besar rasa untuk mencinta


"RINDUUU!!!!"


Eish minah ni... Tak boleh ke panggil aku dengan slow sikit! Terjerit macam dekat padang bola. Naik pekak telinga aku kalau begini caranya!

" Hurmm.." Jawabku endah tak endah. Tangan masih ligat menyusun file-file yang berselerak atas meja kerja. Perut dah menyanyi lagu Rock, R&B, keroncong , dangdut. Hehe.. Hendak pergi makan siang, kemas sikit biar tak nampak macam sarang tikus. Kehkeh...

"Dah siap engkau kemas 'sarang tikus' tu Beb? hehe.." Ucap Jiha sambil tersengih.

" Eleh...Engkau punya meja pun lebih kurang je. Tak gitu cik Najiha oii ?" Jawabku sambil menaikkan kedua keningku ala-ala Ziana Zain.

" Hehe..." Jiha Tersenyum sambil menggaru leher. Haha.. Tahupun malu.

Aku ambil beg galasku di dalam laci meja lalu aku berjalan beriringan menuju ke destinasi makan siang bersama Jiha. Jiha ni memang terkadang error sikit otak dia, tapi dia lah sahabat aku sejak zaman sekolah lagi.berterusan hingga kami masuk di kolej yang sama. Lepas itu dapat kerja di syarikat yang sama. Memang best walau terkadang tu menyampah tengok muka dia je.haha..

" Beb... Kau tahu tak? Esok kita ada Big Boss baru tau! Anak Tan Sri Kamil."

Aku tercengang. Aku tak tahu pulak Tan Sri Kamil tu dah nak bersara. Adesh..teruknye aku.

"Dari mana engkau tahu pasal ini Ji ?"

" Mesyuarat minggu lepas kan Tan Sri dah gitau. tak kan engkau !" Jiha memandang aku. 'Ape kehalnya minah ni, Pelik je aku tengok muka dia yang seakan terkejut itu. Ada hantu ke kat belakang aku?' Aku pandang belakang, tak ada apa-apapun kecuali lift.

" Apa?"

"Aku lupa bagi tahu engkau la Beb, minggu lepas time Engkau MC tu kan kita Ada mesyuarat dadakan. Saat itu lah Tan Sri Kamil cakap dia hendak bersara dan anak lelaki dia yang urus cawangan dekat UK itu yang akan ganti dan kendalikan MK Holding sekarang ini." MC. Minggu lepas? Bila pulak aku sakit? Seingat aku, aku tak ada pun ambil MC! Ah... Kenapa akhir-akhir ini aku jadi pelupa pulak. Aku ambil MC di kernakan keadaan hati, jiwa,jantung, limpa segala organ dalaman badan aku diserang sakit. Sakit hati dan mata dan tak terkecuali telinga aku. Sakit hati bila aku terima perkhabaran yang menusuk jiwa. Sakit mata melihat si dia yang tiba-tiba muncul di depan mata. Sakit telinga mendengar pengakuan dia yang sungguh tidak aku duga. Sampai hati dia menyisihkan kami yang sabegitu menyayangi dia. Sampai hati dia sakiti hati Ibu yang amat menyayangi dia melebihi aku dan adikku.

Sayang Qistina binti Rahman.Anak sulong Ibu dan Ayahku. Bertahun menuntut ilmu di luar negara. Tak pernah sekalipun dia pulang selama hampir 6 tahun lamanya dan sebaik dia pulang ke tanah air, pulang dengan membawa berita perkahwinan dia dengan seorang rakan kolej dia. Apa yang dia fikirkan sampai perkahwinan dia pun tak di khabarkan kepada orang tuaku, Betapa pedih dan sakit hati Ibu dan Ayah bila anak sulong dan anak kebanggaan mereka menyisihkan mereka dari semua itu. Rasa ingin sahaja aku lempang muka dia yang merayu memohon maaf kepada ibu ketika itu.

"Ibu kecewa dengan Along. Sampai hati Along tak cakap dengan ibu dan ayah tentang perkahwinan Along. Sampai hati Along sisihkan kami dari hidup Along.." Luah ibu lirih sambil mata itu tak henti dari menangis. Aku mengerling Ayah yang duduk di hujung sofa. Ayah hanya membisu dengan raut wajah mendung. Aku tahu ayah amat kecewa dengan semua ini karna Along adalah anak kebanggaan dia. Anak yang kononnya akan membahagiakan dia dan tak akan mencoreng arang pada muka Ayah dan yang baik-baik sahaja yang ayah selalu nampak pada Along. Bukannya aku cemburu melihat Ayah yang selalu membanggakan Along karna aku tahu Along memang lebih dari segala hal dibanding aku. Tapi aku tetap bersyukur walau Ayah selalu menangkan Along, Ibu masih ada untuk membagi keadilan kasih untuk aku, Along dan adik bungsuku. Taqif Hakimi.


Di sofa berhampiran dengan ayah, seorang lelaki sedang duduk sambil tangan menepuk-nepuk kecil belakang Along. Mungkin dialah suami Along, aku menebak. Aku tidak dapat melihat bagaimana rupa abang iparku itu kerna arah dia membelakangiku yang sedang menadah dengar perbicaraan mereka di sebalik dinding dapur.

Beberapa menit kemudian, aku masih setia disini mendengar perbincangan mereka. Bukan aku Mak Cik kepoh atau apa. Sekedar berharap dan memastikan semua akan berakhir tanpa menyakiti lagi hati orang tuaku. Setelah bebwrapa saat berlalu,aku mendengar ayah dan ibu memaafkan mereka dengan besar hati. Aku juga dengar Along menangis meluahkan rasa gembira bila mana ayah dan ibu memaafkan kealpaan dia dan merestui pernikahan itu. Aku jenguk kearah mereka dari pintu dapur. Aku lihat along sedang dalam pelukan ayah dan juga ibu. 'Alhamdulillah..' Aku meraup muka. bersyukur dengan apa yang aku lihat ini. Walau sebentar tadi aku merasa marah dan bengang kepada Along dan suami dia, tapi bagaimanapun dia tetap kakakku. Darah dagingku. Kami berkongsi darah dan air susu yg sama.

Selepas beberapa saat,aku mendengar Along dan suami dia meminta izin masuk kedalam bilik untuk berehat. Aku pandang jam di dinding dapur. 10.30 malam, patut aku pun rasa macam hendak tidur. Malam dah semakin larut rupanya. Setelah pasti yang Along sudah naik ke tingkat atas, akupun keluar dari dapur, dari tempat 'pengintipanku' seketika tadi.

Aku melintasi ayah dan juga ibu yang masih duduk di depan televisyen. Mata memang terarah ke kaca televisyen, tapi aku tahu bahwa tumpuan ayah bukan pada siaran yang terlayar di kaca tv, Tapi pada benda lain.

"Ayah, ibu... Angah masuk tidur dulu ya?" Serentak ayah dan ibu menoleh padaku dan tersenyum. Ibu mengerdipkan matanya sekali lalu mengangguk perlahan. Aku salam tangan keduanya sebelum berlalu menaiki anak tangga ketingkat atas.


" SAMPAI bila kita hendak rahsiakan benda ini dari ayah dan ibu awak Qis?"

Saat aku melintas bilik Along , tanpa sengaja aku mendengar suara orang lelaki berbicara. 'Suara itu??.. Aku seakan tidak asing sekali dengan suara lelaki itu! Tapi siapa?? Ahh..mungkin perasaanku sahaja!' Monologku dalam hati. Aku berdiri di tepi pintu bilik Along yang terbuka sedikit.

"Qis tak tahu Abang. Qis buntu!"

"Abang tidak ingin sampai keadaan Qis dah teruk, baru dia orang tahu dan menganggap Qis meminggirkan mereka lagi. Abang tidak ingin Qis menderita lagi." Apa yang Along rahsiakan lagi dari kami?? Kenapa begitu banyak rahsia yang Along sembunyikan dari kami Long?

"Qis buntu abang! Qis tak tahu bagaimana hendak cakap pada mereka. Qis tak ingin mereka malu kerna Qis! Qis tak ingin ibu dan ayah sedih kerna Qis. Cukuplah sekali Qis buat mereka sedih dengan perkahwinan kita yang tak mereka ketahui dulu. Qis takut mereka akan buang Qis. Benci Qis! Qis takut Bang... Qis takut!!" Ngongoi Along dalam pelukan lelaki yang membelakangiku itu. 'Asik nampak belakang badan je, mungkin tidak ada jodoh lagi hendak aku tatap wajah abang iparku itu.'

"Qis tak perlu takut. Jika mereka tak hendak terima Qis bila Qis bagitahu mereka tentang perkara ini, Qis masih ada abang, suami Qis. Qis masih ada Umi dan Papa yang menyayangi Qis." Apa sebenarnya yang mereka cuba sembunyikan? Aku semakin tak tenang dengan semua ini. Arrgghh!!

"Qis sayang Abang. Qis sayang Umi dengan Papa. Qis sayang ibu dan ayah. Qis sayang Angah juga adik Tapi, apakah mereka akan sayangkan Qis bila Qis bagitahu mereka tentang penyakit AIDS yang sedang bersarang dan menggerogoti badan Qis sekarang ini Bang?"

'Pangg!!!'

Bagai satu tamparan yang maha hebat yang aku rasa ketika ini. Adakah aku silap pendengaran? Adakah aku bermimpi? Adakah apa yang aku dengar tadi itu benar belaka? Along... Tolong beri aku jawaban dalam semua soalan yang berputar di otakku ini Long!!

'YA ALLAH... Dugaan apa yang sedang ENGKAU beri pada kami? Sanggupkah ayah ibuku menerima perkhabaran yang maha berat ini.' Aku berjalan dengan gontai ke sisi sofa depan bilik Along. Aku hamburkan airmata yang deras mengalir dari mataku dan aku tutup mulut ini dengan kedua tanganku agar suara tangisku tidak kedengaran oleh makhluk-makhluk di dalam bilik itu.

Aku terdengar derapan langkah kaki dari arah dalam bilik Along. Segera aku bangkit dari dudukku menuju ke bilikku walau sebenarnya payah hendak aku melangkah bilamana badan ini rasa lembik tak bertenaga.

Belum sempat aku menarik tombol pintu bilikku. Suara seseorang menegurku. Suara lelaki. Mungkin itu suami Along a.k.a abang iparku. Aku kesat airmata yang bersisa di juring mata dan pipi sebelum aku berpaling pada dia.setelah aku rasa tiada kesan airmata di pipiku, akupun berpaling kearah suara itu.

"iya saya!" Jawabku...

Aku terpaku.Terdiam disini melihat gerangan yang berada di hadapanku. Raut wajah itu bagai pernah aku lihat sebelum ini. Tapi siapa? Tidak ku pasti siapa? Tapi hati seakan Yakin dan pasti bahwa aku mengenalnya. 'Astagfirullah.. Apa aku buat ni? Tak patut aku menatap wajah dia sebegini! ' Aku beristigfar dalam hati.

"iya. Ada apa?" jawabku tanpa memandang ke arah Abang Long.

"Haa.. ??" Aku pandang dia sekilas cuma. Dia seakan baru tersedar dari khayalan dan lamunan. Adakah dia berkhayal sebentar tadi. Ahh... Itu bukan urusanku!

"Tadi abang long panggil saya kan? Ada apa?"

"Ermm...maaf, Adakah sebentar tadi Angah dengar perbualan Abang Long dengan Along? Di dalam bilik?" Adui... Kantoi ke? Camne boleh kantoi pulak? Nak jawab ke tak?

" Adakah angan akan membenci Along lepas tahu apa yang terjadi? Lepas tahu penyakit yang Along derita ketika ini?? penyakit yang selalu orang anggap jijik dan pandang serong pada penderitanya??" Soal dia kemudian selepas menerima anggukanku atas soalanya yang pertama tadi.

Aku tarik nafas sedikit dalam.Mencari kekuatan untuk menjawab soalan abang iparku yang begitu menusuk batinku.Dia masih berdiri ditempat itu. Menanti jawaban yang tak kunjung tiba dari celah bibirku.Aku kalih pandangan kearah dia ketika dia hendak berganjak pergi dari tempat dia berdiri.

"Apapaun sakit yang Along derita. Saya akan tetap sayangkan dan kasihi dia sepertimana sayang yang saya berikan pada dia dahulu. Penyakit yang selalu orang pandang hina pada penderita seperti Along tak semestinya kita sisihkan, kita cemuh dan kita caci. Tapi, kita semestinya bagi semangat pada mereka agar mereka lebih semangat untuk terus hidup walau hanya untuk hidup beberapa detik sahaja lagi.Haruskah saya menjauhi dia? Haruskah saya mencemuh dan mencaci dia? Apatah lagi dia kakak saya. Darah daging saya. Kami berkongsi rahim yang sama. Susu yang sama. Jika aku mencaci dan menghina dia, itu sama sahaja aku mencaci diriku sendiri. Tak patut bagi saya berhenti menyayangi dia hanya kerna mendengar perkhabaran tentang sakit dia yang mengaibkan keluarga." Panjang lebar aku bicara. Dia hanya diam. Dan kemudian tersenyum sebelum mengucapkan terima kasih dan akupun berlalu masuk ke dalam bilik beraduku.


Disebalik pintu bilikku yang tertutup rapat. Tubuhku melorot jatuh terduduk diatas lantai yang sejuk ini. Adakah ini semua mimpi. Adakah dia tidak mengenaliku lagi? Adakah dia lupa pada aku yang dia janjikan hanya aku untuk dia dan dia untuk aku!! Beginikah percaturan hidupku? Hanya menjadi mangsa penipuan janji palsu dia bertahun dulu! Kau kejam!! kejam!! Jika kau hanya permainkan hatiku, kenapa kau permainkan aku dengan mengahwini kakakku sendiri!! Rindu untuk Kasih, Kasih untuk Rindu. Semua itu Bulshit!! AKU BENCI KAU AIZAT MUHAMMAD KASIH!!!"


MALAM itu aku susah hendak melelapkan mata. Mengiring kanan, wajah mendung along dalam lakaran. Mengiring kiri, wajah along dalam tangisan. Tengok siling bilik. Wajah along masih terlakar di kornea mtaku.

Along...


"Weii Beb!! Tak nak keluar dari lift ke? Asal khayal pulak engkau ni Beb?"

Aku tersedar dari lamunan panjang mengingati detik kepulangan Along kerumah beberapa minggu sudah bila Najiha mengejutkan aku. Cepat-cepat aku melangkah keluar dari perut lift lalu menyaingi langkah Najiha menuju restoran di tepi bangunan ini.


"ENGKAU nak makan apa Beb? Biar aku orderkan, kau duduk diam sini saja." Aku pandang dia yang berdiri di tepi meja. 'Eh.. eh... Tak biasa-biasanya minah ni hendak orderkan untuk aku. Ada udang disebalik mee kari ke?'

"Lain macam je bunyik." Tanya aku sedikit menjeling dia. Dia senyum padaku. " Lain apa pulak? Ke suara aku dah lebih merdu macam suara shila hamzah ya beb? Haha..." jawab Jiha lalu ketawa.

"Ha ah... Macam shila! Tapi bukan Shila Hamzah..."

"Macam siapa Beb? Siapa? " Gesa dia memotong percakapanku. Tak sabar-sabar nak tahu bila orang hendak puji dia ni. Jiha ni memang pantang kena puji, langsung kembang setaman hati dia kempas-kempis. Haha..

"Macan Shila. Shila.... Mat ancur suara engkau. Hahaha..." berdekeh ketawa dari bibirku semakin rancak melihat muka Najiha yang mencuka.' Tu lerr..perasan sangat Cik Najiha kita ini, haha'

"Apa la engkau ni beb, suara merdu macam ini pon cakap ancur.huhuhu..." Dia hendak menyekeh kepala aku, tapi sayangnya aku dapat menghindar.haha.. " Aku nak order. Engkau bayar. Amacam? Ok kan idea aku?" tanya dia sambil menjungkit kening ala-ala gaya Ziana Zain. ' Hampeh punya member, asik nak free aje makan. Haha'. Aku senyum lalu menjatuhkan anggukan kepala beberapa kali ke arah najiha sebelum dia belalu memesan makanan.

Titt.. Titt...

Aku mencapai Iphone 4S ku yang terletak elok diatas meja. bunyi tanda ada pesanan ringkas.

Assalamuallaikum...
Free x ?


Aku berfikir sejenak. Nak balas ke tak? Dia bagi salam, nanti kalau tak jawab berdosa pulak!

' Tapi engkau kan dah jawab dalam hati' Si 'Hitam' bersuara.

' Apa salahnya engkau balas. Tak banyak mana pun kredit kau kena 'baham' bila engkau balas. Dia kan dah jadi abang kau sekarang ini.' si 'Putih' bersuara juga.

' Engkau dah lupa ke? Apa yang dia janji dulu! Engkau dah lupa ke? Yang dia itu jahat kerna lukakan hati kau!' Si 'Hitam' semakin panas membakar hatiku. Tapi si 'Putih' lebih pandai mendinginkan hatiku dengan kata-kata indah dia.

' Sedih tu memang sedih bila kekasih hati lupa akan janji dia dulu. Tapi andai jodoh tak berpihak pada kalian, kamu hendak buat apa? kamu dan dia hanya manusia biasa yang hanya dapat menerima takdir dari-NYA. Terima dengan Lapang Hati, Dendam tu kan tak elok'

Wa allaikumussalam.
x !


Boleh kan aku balas macam ni aja? huhu... Aku lalu tekan butang Send. Tak sampai 2 minit handponeku sudah berbunyi lagi menandakan dia sudah membalas. Mungkin.

Jangan tipu abang!
Rindu tengah Lunch dengan Ji kan ?



Erkk... Macam mana dia boleh tahu?? Dia Stalker aku ke?

Macam mana kau tahu?
kau spy aku ya?


tak yah spy spy bagai.
kata hati abg mngatakan begitu. ;)



Eeiii... Menyampah betul dengan dia ini! Sekarang dah semakin berani mengusik aku setelah semua 'rahsia' itu terungkap. Tak henti-henti dia mencuba mendekatiku. Apatah lagi setelah kepergian Along dan permintaan Along yang sungguh tak aku sangka dek akal fikiranku.

'Along... Kenapa kau meminta permintaan yang sungguh sulit untuk aku lakukan!'




Bersambung...



Kata WC »» Gamsahamnida, TQ sesangat sudi baca. LUV n' HUG U Ols












5 comments:

  1. Bila nk sambung nie
    Bertahun dah nie

    ReplyDelete
  2. Bila nk sambung nie
    Bertahun dah nie

    ReplyDelete
  3. knpe tk ade sambungn ... yg cupcake pon tk de

    ReplyDelete
  4. knpe tk ade sambungn ... yg cupcake pon tk de

    ReplyDelete