Azzah tersentak rasa bagai di panah petir berita yang disampaikan oleh abang Mukhlis.
“Abang tak boleh buat keputusan macam ini.Azzah tak setuju lagi...?” protes Azzah.
“Aku lakukan ini semua untuk tengok kau bahagia, kau tahu tak? Aku tak kira, kau kena berkhawin dengan orang yang aku pilih untuk kau!!! .kau paham tak?"
"Aku tak nak dengar kau bantah lagi sebab aku yakin kau nak berbakti pada aku dan kedua orang tua kau kan,jadi ikut je apa yang aku rancang.
Telefon bimbitnya melurut jatuh ke atas permaidani dan Azzah terduduk setelah berbicara dengan abang Mukhlis.Air matanya mengalir laju di pipinya.Rina yang nampak adik sepupunya yang terduduk setelah menerima satu panggilan terus melangkah ke arah Azzah di ikuti Nadia dan Dhiya di belakang Rina.
''Hey... kenapa ini dik siapa yang call adik? Kenapa Azzah menangis ini?” Rina menyoal Azzah.Azzah lantas memeluk Kak Rina.Di bahu Rina dia melepaskan segala rasa sedihnya.Setelah berapa detik Azzah mula lega dan dia menceritakan apa yang berlaku sambil teresak-esak.
“Azzah tak tahu nak cakap macam mana dengan abang Hafiz, kak Rina. Azzah tak kuat kak Rina,Azzah tak nak cakap dengan abang Hafiz Azzah takut dia salah paham''
“Azzah, kak Rina rasa Azzah kena jumpa dan bawak berbincang dengan Hafiz.Hal ini Hafiz patut tahu.Apa pun yang Hafiz putuskan setelah tahu hal ini, Kak Rina nak adik tabah dan terima dengan hati yang ikhlas dan redha dik.Yang pasti akak selalu ada kat sisi Azzah” pujuk Rina sambil mengusap belakang badan Azzah.
“Aku pun Azzah. Aku akan ada selalu di sisi kau," kata Nadia dan Dhiya bagi memberi semangat pada sepupunya.
Tiba-tiba Azzah menerima panggilan daripada Hafiz yang mengajaknya keluar. Hafiz ada hal nak di beritahu padanya. Mereka janji mereka akan berjumpa di Macdonald.
''Jangan-jangan abang Hafiz dah tahu pasal abang Mukhlis terima pinangan orang?''bisik hati Azzah dengan penuh debaran di hatinya.
********************
Mereka berjumpa di Mc.Donald.Azzah duduk sambil menunggu Hafiz disitu.Fikirannya buntu macam mana nak menjelaskan tentang penerimaan pinangan oleh abang Mukhlisnya.
Azzah terpandang Hafiz yang melangkah ke arahnya dengan senyuman yang mengambarkan wajah Hafiz Seolah-olah dia ada berita gembira untuknya ini menambahkan debaran di hati Azzah.Azzah berfikir entah macam mana nak menyampaikan berita yang dia bakal menjadi isteri orang tak lama lagi..sekali gus memutuskan hubungannya dengan Hafiz. Azzah cuba bersikap biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Maafkan abang lambat.Azzah dah lama tunggu ke? kenapa tak oder lagi ini?”
“Azzah tak lapar lagi bang tapi Azzah ada oder untuk abang ini,”ujar Azzah sambil menunjukkan sebekas Mac Flurry Oreo di atas meja.
"Mac Flurry Oreo…..ini yang buat abang sayang gila ini dekat Azzah ini. Terima kasih sayang.”
Azza menahan rasa bila ucapan sayang terkeluar dari mulut Hafiz.Mungkin ini kali terakhir dia bertemu sebelum dia sah sebagai isteri orang. Azza menahan hati yang pedih.Dia rasa macam nak menangis tapi di tahan supaya tak di kesan oleh Hafiz.
“ Azzah tengok abang gembira hari ini?Ada yang buat abang gembira ke? Bagi la tahu dekat Azzah?” soal Azzah.
“Sebenarnya abang gembira pasal abang dah di naikkan pangkat sayang. Azzah suka tak dengar kerjaya abang makin maju ini” soal Hafiz pada Azzah.
“Tahniah Abang. Azzah gembira dengar berita ini.''
“Eehhh ...takkan ucap tahniah je.Hadiah tak ada ke untuk abang ,untuk meraikan kejayaan abang ini?” Azzah tersenyum kelat dan terus bertanya.
“Abang nak hadiah apa dari Azzah?”
''Betul abang boleh minta dari Azzah''potong Hafiz.dia melihat Azzah mengangguk.
“Hhmmm......abang nak cium kat pipi Azzah boleh ?” kata Hafiz sambil mengenyitkan matanya ke arah Azzah. Azzah tergamam dengan permintaan Hafiz. Terus mata Azzah membulat.
“Hhisshh...Azzah ini. Tengok mata tu bulat gila, abang tengok seram lak. Abang tengok macam Azzah nak goda abang je rasanya.Takkan la abang nak,selagi kita tak rasmi lagi so Azzah jangan risau abang saja usik buah hati abang ini.” kata Hafiz. Azzah menarik pelahan nafas nya mahu semput mendengar permintaan Hafiz yang belum tentu di tunaikannya.
“Abang tengok sayang banyak diam je macam ada sesuatu nak cakap ?” soal Hafiz cuba menebak kerana dari pandangannya Azzah kelihat agak berlainan.Azzah banyak mendiamkan diri.
“Sebenarnya Azzah ada satu berita nak bagi tahu abang. Azzah harap abang tabah dan sabar dengan berita yang Azzah nak sampaikan ini? Malam kelmarin abang Muhklis ada telefon Azzah.Dia cakap ada orang masuk meminang Azzah.Dia suruh Azzah balik ke kampung secepatnya ,tapi Azzah tak nak balik sebab Azzah tak kuat bang.”
“So...Azzah nak abang tolong hantar Azzah balik ke kampung ke? Atau Azzah nak abang cakap kat abang Muhklis yang menyatakan Azzah tak setuju dengan pinangan tu?”
"Bukan,,,bukan tu bang..maksud Azzah."
"Sebenarnya abang Muhklis telefon bagi tahu yang mak, abah dan dia dah terima pinangan tu.Dalam masa terdekat ini majlisnya akan berlangsung, Azzah akan jadi hak orang lain bang” kata Azzah dengan sayu.
Kelihatan Hafiz hanya tenang ketika Azzah menyatakan berita tersebut kepadanya dan Azzah memutuskan hubungannya dengan Hafiz. Kemudian, Hafiz meminta diri kerana dia ada tugasan yang perlu di siapkan dekat pejabat. Azzah menerima sahaja dan terus meninggalkan restaurant tersebut dengan langkah sayu.
Kak
Rina, Nadia dan Dhiya yang berada di dapur terus bergegas ke ruang tamu setelah
mendengar esakan Azzah. Terkebil-kebil mata mereka memandang Azzah yang terduduk
sambil wajahnya ditundukkan di atas lututnya dengan rasa sebak di dadanya. Azzah
menceritakan pertemuannya dengan Hafiz. Dia menahan sebak. Hatinya sakit bagai
di hiris menceritakan satu persatu kejadian yang baru berlaku yang pasti dia
dan Hafiz telah putus.
“Azzah dah bagi tahu semua kat Hafiz yang Azzah tak setuju
dengan pinangan ini??” soal Kak Rina. Azzah mengangguk kepala tanda mengiyakan
kata-kata Rina.
“Abang Hafiz bagi tahu mungkin antara kami memang tak ada
jodoh dan dia tak mahu Azzah jadi derhaka kat orang-orang yang Azzah sayang dan
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.”
“Dik sabar la mungkin betul apa kata Hafiz tu mungkin ada tak
ada jodoh antara kalian dan pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian tuhan
takkan menguji hambanya kalau hambanya tak mampu dik” tegur Kak Rina.
“Kak Rina, tolonglah jangan membebel sekarang Azzah tengah
sedih ini apa yang Kak Rina Nad dan Dhiya cakap tak mungkin masuk kat kepala
Azzah ini” protes Azzah. Setelah puas menangis, Azzah mencapai telefon. Ingin
mendengar suara mak untuk meredakan perasaan yang tidak menentu dihatinya
“Hah..Azzah mak baru nak telefon kamu tadi? Abang Mukhlis
kamu ada bagi tahu kamu tak yang dia ada terima pinangan dari orang dan tak
lama lagi majlisnya berlangsung dalam masa terdekat ini” macam machine gun
maknya menyoal.
“Mak nak minta maaf, nak. mak tak dapat nak halang Abang Muhklis kamu kamu sendirikan tahu macam mana perangai keras kepala abang kamu tu
sama dengan kamu kan??” Azza terdiam mengawal perasaan yang berantakan ketika
ini. Sebaknya hadir lagi.
“Tak apalah mak Azzah dah terima dengan reda ini mungkin yang
terbaik untuk Azzah kelak. Mungkin betul apa yang abang Hafiz cakap kat Azzah
yang kami memang tak ada jodoh antara kami mak” potong Azzah. Dia pasrah andai
itu ketentuan hidupnya.
“Azzah pasti ke nak? Takkan menyesal nanti?” Puan. Amera Sakinah menyoal.
“Nak menyesal apa mak kan mak dah cakap yang Abang Muhklis
sendiri dah terima pinangan dari orang tu dan Azzah akan melangsungkan majlis
dalam waktu terdekat ini. Mak apa lagi Azzah nak cakap mak” esakkan dari Azzah
mula kedengaran di corong telefon.
“Azzah dah reda dan pasrah mak andai ini kebahagian untuk mak
dan keluarga kita Azzah terima dengan hati yang tenang mak andai ini sudah
tersurat yang jodoh Azzah bukan untuk Abang Hafiz tapi untuk orang lain. Azzah
terima mak. Azzah terima…” Azzah bersuara sayu dan longlai. Airmatanya laju
mengalir sambil menekan butang merah pada telefon bimbitnya.
Azzah masih dalam kesedihan, Hendak bercakap dengan Kak Rina
Nadia dan Dhiya pun dia malas. Dia lebih suka memerap di dalam bilik. Hanya
bercakap bila perlu sahaja dan akan keluar makan seadainya Kak Rina, Nad dan
Dhiya keluar dari rumah. Kepalanya pening dengan pelbagai soalan dari mereka.
Dia tidak sedia menjawab sebarang pertanyaan dari mereka lagi.
Azzah merenung cincin yang sudah tersarung pada jari
manisnya. Teringat perbualan dengan maknya tempoh hari.
“Kalau tu keputusan Azzah mak tak boleh buat apa lagi dan mak
sentiasa sokong cuma mak tak mahu nanti Azzah menyesal bila Azzah dah khawin Azzah
masih ingat kat si Hafiz.
Berdosa jika kita ingat orang sedangkan kita dah
berkhawin, nak. Ingat pesan mak ini kamu kena lupakan si Hafiz jika kamu sah menjadi
isteri orang” pesanan Puan. Amera Sakinah meniti
mindanya. Menitis airmata Azzah apabila Abang Muhklis menyatakan yang majlis pernikahan akan diadakan hujung bulan ini. Cepat
benar rasanya.
Azzah tidak mampu membantah segala persiapan dah di uruskan
oleh abah, mak, Abang Muhklis, Kak Rina, Nadia dan Dhiya dia tak sanggup
menghampakan impian Abang Muhklis yang nak tengok dia bahagia kelak. Azzah tahu Abang Muhklis nak buat yang terbaik untuk adik kesayangannya.
“Kak Rina, Nadia, Dhiya boleh tolong Azzah tak?” Kak Rina,
Nadia dan Dhiya memandang Azzah dengan dahi berkerut apabila mendengar nama mereka
dipanggil oleh Azzah. Mereka dapat mengesan keresahan yang ada di wajah Azzah.
“Tolong uruskan semuanya tentang beli, pakaian pengantin
semua. Azzah tak ada hati nak buat tu semua Azzah takut kalau Azzah buat juga
nanti hilang serinya sambil ketawa yang terpaksa”
“Azzah kenapa kau nak serahkan semuanya kat kita orang ini
kan majlis kau?” Soal Nadia. Tak manis kalau mereka campur tangan.
“Ak…kuuu...aku tak kuat nak buat semua. Lagipun aku memang
tak ada hati nak buat tu sebab aku minta tolong korang buatkan semua persiapan
untuk aku. Tolong aku, aku memang tak kuat” tangisan yang di tahan dari tadi
mengalir juga akhirnya. “Lagi satu aku nak bersendirian dan tenangkan fikiran sebelum
aku jadi isteri orang. Sebelum aku jadi isteri orang aku nak cuba luputkan dan
melupakan Abang Hafiz. Aku nak hapuskan segala rasa sayang dan cinta aku pada Abang Hafiz. Biar kelak aku dapat curahkan semua kasih dan cinta aku untuk
bakal suami aku nanti” ulas Azzah. Nadia hanya mendengar. Kak Rina sudah pun
mengeluh. Tubuh Azzah ditarik ke dalam pelukannya dan di bawa rapat. Supaya Azzah
merasa tenang dan akan selalu merasakan bahawa dia tak bersendirian menghadapi
ujian ini. Azzah yang berada di dalam pelukakan Kak Rina menghamburkan tangisan
dibahu Kak Rina. Nadia dan Dhiya juga turut sama memeluk Azzah dan mereka
masing-masing turut menangis bersama Azzah.
“Azzah Kak Rina rasa Azzah perlu terima qada dan qadar dari
ALLAH sama ada berupa nikmat atau musibah.” Nasihat Rina. Dia tahu Azzah bukan la
seorang yang keras. Ada lembut disebalik kekerasaan dirinya.
Petang itu Hafiz datang ke rumah sewa Kak Rina. Mahu tidak
mahu Azzah terpaksa juga keluar setelah di paksa Kak Rina. Dia tak nak jumpa
Hafiz! Azzah berdiri di tepi buaian yang berada di depan rumah sewa Kak Rina
tanpa memandang Hafiz yang sudah lama duduk dalam buaian.
“Lama abang tak dengar berita dari Azzah? Kenapa Azzah dah
lama tak call abang?” soal Hafiz
dalam nada tegas.
“Azzahkan bakal jadi isteri orang. Kita dah putuskan. Kita
tak ada sebarang hubungan lagi lepas ini”
“Itu Azzah yang cakap tapi abang masih nak berkawan dengan
Azzah tak salah kalau kita jadi kawan kan?”
“Buat apa nak jadi kawan dan buat apa kita nak berjumpa
lagi?”bentak Azzah. Azzah tidak berminat nak bermesra dengan Hafiz baginya waktu
bersama Hafiz sudah tamat dan dia bakal membuka lembaran baru dan memupuk cinta
baru di hatinya.
“Azzah tahu siapa bakal suami Azzah?” Soal Hafiz.
“Siapa dia...siapa nama dia Azzah tak akan ambik tahu cukup
la Azzah tahu masa kami akan bernikah nanti” ujar Azzah tegas. Hafiz terdiam
seketika.
“Kenapa Azzah tak cuba ambik atau selidik tentang latar
belakang bakal suami Azzah. Azzah tak nak tahu orangnya macam mana? Kerja apa?” Soal Hafiz. Dia tidak puas hati dengan jawapan Azzah tadi.
“Azzah dah seperti orang asing. Azzah yang abang kenal
perangai dia tak macam ini. Azzah seolah-olah nak mengelak dan tak mahu lagi
bercakap dengan abang. Hubungan cinta kita memang dah putus tapi tak salahkan
kita berkawan asal kita tak langgar batasnya” Hafiz masih memujuk. Baginya tak
salah walaupun mereka sudah tiada hubungan khusus.
“Tak nak! Azzah tak nak ada kaitan lagi dengan abang dan
abang tak perlu masuk campur dalam hidup Azzah lagi, dengan siapa Azzah nak
khawin. Itu Azzah yang akan tanggung semuanya. Lepas ini Azzah tak nak jumpa
abang lagi” Tinggi suara Azzah menyatakan hasrat hati yang dia tak mahu berjumpa
lagi dengan Hafiz.
“Tapi tak salah kalau abang nak jumpa Azzah sebagai kawan
kan? Bukan berdosa pun!” Hafiz bengang. Dia tidak mengerti.
“Abang tak reti-reti lagi ke? Azzah cakap Azzah tak nak jumpa
lagi, tak nak la. Azzah tak mahu bakal suami Azzah tahu tentang hubungan Azzah
dengan abang. Azzah tak mahu bakal suami Azzah curiga dengan Azzah kelak dan Azzah
tak mahu hati bakal suami Azzah terluka kelak!” Airmatanya mengalir di pipi.
Hafiz mengangguk dan tersenyum. “Kenapa Azzah harus menangis
kalau Azzah dah cakap macam tu kat abang sekarang abang paham”
“Entah la kadang-kadang betul kata orang bercinta bagai nak
rak tapi khawin dengan orang lain” Azzah memandang Hafiz bersama linangan
airmata. Untuk mengapa dia harus menangis sedangkan keputusan sudah dicapai.
Dia sendiri tak mengerti.
“Azzah masih mengharapkan abang dan sampai sekarang Azzah
masih cinta kat abang Azzah susah nak lupakan abang” lambat-lambat Azza
bersuara. Hafiz tersentak.
“Apa yang Azzah cakap ini? Azzah jangan main-main. Azzah dah
janji nak lupakan semua kenangan kita berdua” suara Hafiz kembali serius.
“Azzah cakap betul sampai sekarang Azzah nak lupa semua
tentang abang dan semua tentang kita berdua. Azzah harap semua yang Azzah alami
ini hanya mimpi” Azzah meraup mukanya dengan kedua-dua tangan. Azzah bersuara
sayu.
BERSAMBUNG....:D maaf cite ini terperam lama insyallah MR OREO akan ada bab demi bab baru...
No comments:
Post a Comment