OLEH : MYA AZLISHA
SEBAIK sahaja tiba di Villa Sentosa, Engku Edry Ashman
melihat mummy nya sedang mundar-mandir kerana menantinya. Isterinya, Engku
Adiba pula sedang duduk di sofa sambil menangis teresak-esak. Tentu baru lepas
kena marah dengan mummy. Mulut mummy memang tidak dinafikan lasernya sangat
luar biasa.
Dia langsung tidak marah
apabila mummynya memaklumkan yang Engku Adiba di tangkap khalwat di Kuala
Lumpur bersama dua orang lelaki kerana rumahtangganya memang sudah hilang
kemanisan biarpun perkahwinan mereka baru 3 bulan. Mereka sudah dua bulan
tinggal berasingan dan membawa haluan masing-masing.
“Mummy, kenapa marah-marah ni?
Dahlah, mummy, benda nak jadi kan?” Tegur Engku Edry Ashman. Engku Adiba, sepupu merangkap
isterinya itu mengangkat kepala apabila mendengar suaranya.
“Mana mummy tak marah, mummy
malu tau tak? Menantu mummy kena tangkap khalwat? Hei Diba, yang kau bodoh
sangat ni kenapa? Kot yea pun nak tidur dengan mana-mana jantan sekalipun,
pergilah cari tempat-tempat yang selamat sikit.
Pandai makan, pandailah simpan!
Dah jadi macam ni, tak ke memalukan je? Seronok masuk berita semalam? Menantu
Engku Erman di tangkap khalwat.” Bising Engku Ejah dengan geram.
“Yang kamu ni, Edry apasal
senyap je? Tak mengamuk dengar isteri Edry kena tangkap khalwat? Macam happy
je?” Soal Engku Ejah dengan bengang. Ingatkan kahwin satu keturunan, bolehlah
bahagia, tapi rupa-rupanya bakal musnah juga rumahtangga anaknya ini buat ke
ketiga kalinya.
Engku Edry Ashman tersenyum
gembira mendengar berita ini kerana dia sudah mempunyai alasan kukuh untuk
menceraikan Engku Adiba yang amat menjemukan ini.Otaknya sekarang ini ligat memikirkan talak berapa yang bakal dihadiahkan buat
isterinya ini. 1,2 atau 3?
“Buat apa serabut kepala mummy
nak marah-marah, buat mummy nampak tua ja! Nak mengamuk pada Adiba pun tak
guna, mummy. Edry bercerai jelah dengan dia, habis cerita. Dia kan dah jemu
dengan Edry sebab tu sanggup usung jantan-jantan tu. Lepas ni, bolehlah dia
kahwin dengan kekasih-kekasih dia tu! Biar lelaki tu pula tanggung betina
pengikis ni! Edry dah tak larat!” Mudah Engku Edry Ashman menuturkannya.
Engku Adiba mengetap bibir
geram. Bukan dia tidak tahu, Engku Edry memang tidak pernah ada sekelumit pun
perasaan padanya. Perceraian memang ditunggu-tunggu selama ini.
Perkahwinan yang hanya manis dalam masa seminggu. Bila jemu di buangnya begitu sahaja Dia bertindak curang kerana Engku Edry Ashman tidak pernah mempedulikan dia. Hanya nafkah zahir yang diberikan sedangkan nafkah batinnya terabai.
Perkahwinan yang hanya manis dalam masa seminggu. Bila jemu di buangnya begitu sahaja Dia bertindak curang kerana Engku Edry Ashman tidak pernah mempedulikan dia. Hanya nafkah zahir yang diberikan sedangkan nafkah batinnya terabai.
“You memang tak pernah kisahkan
I kan? Hei, you sendiri pun selalu mengusung perempuan ke bilik tidur. Ingat I
tak tahu? You ingat you baik sangat? I curang dengan you, kerana I selalu
diabaikan!” Marah Engku Adiba dengan deraian air mata. Engku Edry Ashman
tersenyum nipis.
“You jangan nak tunjuk baiklah,
Engku Adiba. Jangan ingat I tak tahu siapa diri you. First time I sentuh you,
you dah bekas orang dear! Kalau you boleh murah berikan harga diri you untuk
lelaki yang bukan suami, bila-bila masa saja you akan curang dengan I!” Sindir
Engku Edry Ashman tersenyum sinis.
“You jangan nak hina I. You
ingat you tu baik sangat?” Jawab Engku Adiba dengan geram.
“Okey I mengaku, I pun bekas
orang, sama seperti you. I mengaku I memang suami yang jahat, tak layak jadi
isteri yang 'baik sangat' macam you!
Jadi, moleklah kiranya kalau I
menghilangkan nasib malang you tu sekarang supaya you, tak ditangkap khalwat
lagi. You boleh kahwin dengan kekasih you dan hidup bahagia. Engku Adiba Engku
Kamaruddin, aku Engku Edry Ashman Engku Erman, ceraikan kau dengan talak satu!
Puas hati?” Terus Engku Edry Ashman keluar dari Villa Sentosa dengan perasaan
yang lega.
'Syoknya, bergelar duda buat
kali ke tiga. Tapi aku duda bukan sebarang duda tau, aku duda yang terhangat di
Malaysia.' Kuat perasan memang sudah sebati dalam diri Engku Edry Ashman.
BERSAMBUNG.... ;D
best cita ni.. smbng lagi♥
ReplyDeletebetul2x.. best.. smbg laju2x.. :D
ReplyDeleteTerima kasih, dptkan dlm versi cetak bulan 12 ya
ReplyDelete