Ketukan pintu rumahnya yang di ketuk bertalu-talu dari luar
membinggitkan telinganya. Fika melangkah pantas ke arah pintu rumahnya yang
berkunci rapat.Perasaan marah mula menular di dalam dirinya setelah mendengar
ketukan yang kasar dan kuat, seperti nak pecah pintu rumahnya.Mulut Fika sempat
merunggut tanda dia tidak senang untuk menerima kehadiran tetamu di kala dia
mahu bersendirian.Dilihat jam di dinding.
“Siapa?” Fika masih berdiri di depan pintu yang masih berkunci.Tiada
sebarang jawapan dari luar.“Siapa kat luar?”Fika menguatkan suaranya.Hatinya
sedikit ragu untuk membuka pintu, memandangkan waktu kini sudah jauh malam.
“Fika aku ini…”suara itu menjawab, tapi masih kurang jelas kedengaran di
telinga Fika Farisya.
“Siapa? Zaf kau ke kat luar itu?” Tanya Fika Farisya sambil membuka
pintu.
“Zaf kau ke?” sapa Fika lagi.Dia tidak nampak wajah yang dihadapannya.Wajah
itu menunuduk menyukarkan dia untuk mengecam tubuh tetamu itu ditambahkan
dengan keadaan di waktu tu agak samar-samar.
Tiba-tiba tubuh Fika rebah di rempuh dengan kuat oleh lelaki yang tidak
dikenalinya. Fika cuba bertenang.Ketika itu dia dapat dapat mendengar bunyi
ketawa dari lelaki itu. Dia melihat lelaki yang merempuhnya menuntup pintu dan di kuncinya.Fika cuba bangun perlahan-lahan.
“Sakitlah bodoh,” suara Fika antara dengar dan tidak. “Kau siapa?” Fika
bertanya pada lelaki yang tidak di kenalinya. “Kau nak apa?” bertalu-talu
soalan Fika Farisya tika itu.
Dia melihat lelaki dihadapannya masih ketawa. Malah ketawanya lebih kuat
dari tadi.YA-ALLAH! Kau lindungilah hambamu. Doa Fika di dalam hati. Fika tahu
kini dia keseorangan di rumah.Sudah tiga minggu dia menumpang di rumah Zafril
setelah meminta kebenaran untuk pulang kembali ke rumahnya.Fika berundur
sedikit.Dia berdiri tegak sambil matanya memerhatikan pergerakan lelaki yang
tidak dikenalinya.
“Aku Hakim!” lelaki itu menjawab.Fika mengerut dahinya.Seperti dia
pernah berkenalan dengan lelaki ini. Kalau tak silap dia,waktu rehat semasa di
sekolah dia ada menangkap seseorang yang sedang merokok di tandas sekolah dan
budak yang di tangkap juga namanya Hakim.
“Apa kau nak datang rumah aku?”
“Apa kau naklah. Kau ingat tak
siapa aku? Kalau kau tak ingat mari
aku tolong ingatkan. Akukan budak yang kau tangkap merokok di tandas sekolah.”
Bangga sekali nada suara itu.
“Bagus betul orang yang mengupah aku, suruh
datang rumah kau malam-malam ini. Aku dapat upah lumayan dari dia. Duit aku
boleh cari. Kalau dapat temankan kau dan merasa tubuh gebu kau mesti sedapkan”
Kata Hakim dengan mata yang galak. Tubuh Fika Farisya di teliti dari atas hingga bawah.
“Siapa yang upah kau haa!! ”Fika
menyoal tapi hampa tiada jawapan dari lelaki yang ada dihadapannya.Hanya
senyuman yang penuh sinis dari pemuda itu.
“Kau tak perlu tahu siapa yang upah aku janji aku akan bagi kau puas
sayang!”
"Mari...mari sayang aku tolong kau macam mana nikmatnya.Mesti kau suka"
Hakim mula melangkah perlahan-lahan mendekati Fika yang kelihatan tenang
dan masih berdiri tanpa riak takut di wajahnya.Mata Hakim galak merenung Fika
dari atas ke bawah.Tiba-tiba langkah Hakim terhenti melangkah.Dia teringat
pertemuannya pada waktu petang tadi.Berlegar kata-kata Shahrini dimindanya.
“Aku nak kau takutkan dia.Biar dia takut dan malu dekat kampung ini.Tapi
kau jangan usik dia lebih-lebih, Kim. Aku cuma nak kau bagi dia rasa takut je.
Jangan sampai nanti aku dengar kau buat yang bukan-bukan pulak” kata-kata
amaran itu muncul dibenaknya.
Hakim kembali memandang wajah Fika yang sedang merenungnya tajam.Dia
tersenyum dan matanya mula meliar ke seluruh tubuh Fika yang berseluar jeans
dan t-shirt longgar merah.
“Arrgghh….peduli apa aku
dengan amaran Shahrini! Sekarang Fika dah ada dekat depan aku.Dari aku kempunan
melepas merasa tubuh dia.’ hati busuk Hakim berkata. “Sekarang aku akan jadikan
kau milik aku.”
Tanpa menunggu lama Hakim mula melangkah menuju ke arah Fika Farisya.Sebaik
sahaja Hakim ingin menarik tangan Fika dengan pantas pergelangan tangan Hakim di
cekak dan dipulas ke belakang.Terjerit kecil Hakim bila tangannya di pulas,
kakinya di pijak oleh Fika. Hakim terkejut dengan tindakan dari Fika Farisya.Dia tidak
sangka Fika ada ilmu tentang seni mempertahankan diri. Fika mula menundukan
wajahnya ke arah Hakim dari belakang.
“Eeehh…mak kau tak pernah ajar ke cara-cara nak hormat
perempuan? Bapak kau tak pernah ajar
ke cara adap masuk ke rumah orang?” jerit Fika di telinga Hakim. “Yea pun kau
kemaruk sangat dengan perempuan baik, kau pilih siapa saja untuk kau buat jadi
bini!” Fika yang geram melepaskan tangan Hakim yang di pulas kini sebiji
penumbuk di hadiahkan bertalu-talu di perut Hakim.
Hakim terasa senak di perut akibat tumbukan Fika. Bukan calang-calang penumbuk
yang dia dapat dari seorang perempuan.Dia melihat Fika melangkah membuka pintu
rumahnya yang di kuncinya tadi. Dalam kesempatan itu, Hakim bangun
perlahan-lahan dan dengan pantas menerkam Fika dari arah belakang dan memeluk
Fika. Namun dengan pantas Fika menghayunkan sikunya ke perut Hakim.Sekali lagi
perut Hakim senak akibat dari penanggan Fika.Tidak cukup dengan itu Fika sekali
lagi mengangkat sikunya dan memusing separuh badannya lalu menyiku dagu
Hakim.Tersembur darah merah yang mengalir di mulut Haklim. Lelaki itu
terjelopok menahan kesakitan yang teramat sangat. Dia memandang Fika yang
tersenyum sinis dari mulut gadis itu. Dia cuba bangun.
“Perempuan macam ini yang aku suka baru ada nafsu aku nak merasa, bak
kata pepatah alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan”
kata Hakim perlahan tapi di dengar oleh Fika Farisya.
Fika yang mendengar hanya mencebikan bibirnya. Ada hati nak merosakkan
maksud peribahasa.Ini lah orang tua suruh sekolah benda lain yang difikirnya.
“Uiiitt….. ada hati lagi nak
merasa penendang aku ini, baru dia nak behenti kot’ Bisik hati Fika sambil
kepalanya digelengkan.Inilah manusia kalau dah nafsu menguasai diri kata syaitan
yang di ikut.Tak kenal baik atau buruk tindakan yang dia ambil.
“Eehhh…nanti aku kata kau bodoh kau marah mana ada orang guna pepatah
dalam kerja-kerja terkutuk ini.”Sinis bicara Fika. “Kau dengar aku punya
pepatah pulak. Air yang tenang jangan di
sangka tiada buaya. Aku nak kau berambus dari rumah aku sebelum lunyai kau
aku kerjakan.” Fika memberi amaran.
Fika sudah bersedia dengan apa jua yang bakal berlaku ilmu yang di
pelajari akan di praktiskan sebaik mungkin untuk melindungi dirinya.Fika
melihat tangan Hakim yang menyeluk poket seluarnya dari belakang jelas
kelihatan ditangannya kini pisau lipat.Pisau lipat sudah yang berada di tangan
Hakim.
“Aku yakin malam ini kau akan jadi milik aku Fika. Dah lama aku tunggu
saat ini.” Dengan pantas Hakim terus meluru ke arah Fika dan menujah pisau
lipat ke arah Fika.Fika sempat menghadang dengan lengannya.
Zapp!! Darah mula mengalir keluar dari lengan Fika.Wajah Fika dikala ini
merah padam. Kemarahan dalam diri Fika semakin memucak.Hakim kelihatan ingin
menhunuskan pisau lipat ke arah mukanya kali ini. Fika mempratikkan apa yang di
pelajarinya dengan pantas Fika terus menangkap pergelangan tangan Hakim, lalu
dipulasnya sekuat hati ke belakang. Pisau yang berada di tangan Hakim terus
terjatuh.
“Apa salah aku dekat kau haaa!!”
“Aku ada buat salah dekat kau ke? Setahu aku, kenal pun tidak dengan
kau!” Jerit Fika kuat.
Fika yang leka memarahi Hakim
tidak sedar ada seorang lagi kawan Hakim yang berjaga dibelakangnya dan hendak
memukul Fika dari arah belakang.Lelaki yang berada di belakang Fika mula
mengangkat kayu yang di pegangnya lalu dihayunkan ke arah Fika Farisya.Hayunan
dari lelaki terbabit tidak tepat mengena Fika apabila lelaki yang berada di
belakang Fika terhumban ke belakang akibat tedangan yang cukup kuat dari
Zafril Zafuan.Fika tersenyum, sambil menyenitkan matanya ke arah Zafril Zafuan. Pasti
tendangan dari Zafril tadi teruk di perut lelaki tadi. Lelaki tadi terus bangun
dan berlari keluar dari rumah Fika tanpa membantu Hakim yang tangannya masih
setia di pulas oleh Fika.Fika dan Zafril yang melihat lelaki itu berlari
lintang pukang.Mereka ketawa kecil. Fika menundukan wajahnya ke arah Hakim yang
sedang melutut dibuatnya.
“Kau dengar apa yang aku nak pesan dekat kau, aku akan lepaskan kau tapi
kalau aku nampak kau lagi kat kawasan rumah aku. Hari itu jugak aku lunyai kau
sampai kau tak boleh bangun lagi berjalan seperti biasa kau faham!” amaran Fika
Farisya.Hakim yang kesakitan segera mengangguk kepalanya.
“Owhh…satu lagi aku lupa nak pesan kat kau.Tolong sampaikan salam
sayang aku pada orang yang dah upah kau.Cakap
dekat dia dalam mimpi ajelah dia
dapatkan takutkan aku, jangan kau dekati orang-orang yang aku sayang faham”
tegas Fika Farisya sambil melepaskan tangan Hakim yang dipulas tadi.Hakim yang
terasa tangannya dilepaskan segera meloloskan diri dari situ.Zafril memandang
Fika. Ternyata apa dia dan keluargnya risau terjadi.Nasib baik hatinya tergerak
hendak melihat keadaan Fika Farisya tadi.kalau tidak pasti Fika Farisya di
timpa musibah angkara dua orang pemuda tadi.
“Kenapa kau baik sangat? Asal kau pergi lepaskan mamat tu?” berang
Zafril Zafuan. Rasanya Fika buat baik pada tempat yang salah. “Kan elok kita
masukkan je dia dalam lokap biar dia
meringkuk kat sana” marah Zafril
tidak puas hati melihat Fika melepaskan lelaki itu pergi begitu sahaja.
“Biarlah. Akukan dah kerjakan dia, apa salahnya kita bagi peluang kat
dia bertaubat” ujar selamba dari Fika Farisya.
“Ini yang aku tak suka dekat kau ini mudah memaafkan orang bagi peluang,
tapi kalau aku nampak mamat itu lagi kacau kau habis aku kerjakan dia” Zafril Zafuan masih tidak puashati.
“Dahlah hari dah jauh malam aku pun dah ngantuk ini kau balik lah Zaf, kalau tunggu kau merunggut mahu
sampai besok pagi tak habis lagi”
potong Fika Farisya.
“Menghalau nampak” sinis Zafril Zafuan.
“Aku bukan halau kau dah memang aku nak masuk tidur. Badan aku pun letih
pasal mamat tu suruh aku senaman tengah malam ini” Fika Farisya berseloroh.
“Aku tak nak balik selagi tangan kau tu
tak dibersihkan”
“Aku tengok luka ini dalam ini,jom kita pergi klinik Fika,” sambung
Zafril. Jelas riak risau tergambar diwajahnya.
“Ala Zaf luka sikit je ini. Aku tak ada apa-apalah”cantas
Fika Farisya.
Mereka tidak sedar pertengkaran kecil mereka di dengar oleh Haji Hassan
dan Hajar Kahdijah yang sudah berada di bawah tangga rumah Fika Farisya. Hajar
Khadijah yang melihat lengan Fika berdarah terus berlari masuk ke dalam rumah
untuk mengambil peti kecemasan.
“Eehemm…”Haji Hassan berdeham
menyedarkan mereka yang asyik bertengkar. Fika dan Zafril terdiam.Akibatnya
Fika terpaksa mengikut Haji Hassan, Hajar Khadijah dan Zafril yang membawanya
ke klinik kerana pendarahan dari lengannya tidak mahu berhenti. Fika yang
berada di dalam kereta memandang cermin depan kereta dia nampak Zafril tersenyum
lebar mengejek dirinya.Akhirnya Fika Farisya tersenyum sendiri.
‘Ibu…tak payah risau akan diri Fika.Fika tak kesunyian ibu’ detik hati
Fika.
Bersambung... :D maaf FN lambat post sejak akhir2 ini....
akhirnya ada juga..saya dah lama tunggu..kak fika cptlah sambung
ReplyDelete