OLEH:NUR DAEYA
Nur Adriana bagaikan
tidak sabar menanti jawapan dari
Pengurus Jabatan Kecemasan dan Trauma itu. Wan Zubair yang berdiri disebelahnya
hanya mendiamkan diri buat seketika. Dia hanya menunggu kata-kata yang ingin
disampaikan oleh Prof.Dr.Azmi.
“Pesakit dah boleh
bernafas semula. “kata-kata itu mengejutkan Nur Adriana. Penantian yang
menyeksakan akhirnya menemui jalan keluar. Maknanya, Zeril Iskandar sudah kembali normal! Ya Allah, Syukur ke hadrat-Mu kerana
menyelamatkan satu lagi nyawa yang dirundung kesakitan yang luar biasa semalam.
“Ya ke, doktor? Betul
saya tak bermimpi di siang hari?”Nur Adriana menepuk perlahan pipinya agar dia
sedar yang dia kini berada dialam realiti bukan fantasi. Wan Zubair memandang
tajam ke arahnya.
Prof.Dr.Azmi tersenyum
nipis. “Betul. Dia dah sedar tapi mata dia masih terpejam lagi. Tangan dia
sahaja yang bergerak. Kalau awak tak percaya, mari ikut saya masuk ke dalam
bilik kecemasan.”ajaknya.
“Prof, tadi Prof kata
dia masih tidak sedar dan memerlukan pembedahan secepat yang mungkin sebelum
terjadi apa-apa. Bagaimana dia boleh sedar semula?”Wan Zubair mencelah. Sedikit
tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Prof.Dr.Azmi sebentar tadi.
Nur Adriana terkejut! Zeril Iskandar kena buat
pembedahan? Kenapa Wan Zubair merahsiakan maklumat itu dari pengetahuannya? Dia
tidak boleh tahu ke tentang pembedahan itu?
“Apa yang doktor ini
cakapkan, abang? Zeril Iskandar kena bedah? Kenapa tak beritahu saya awal-awal?
Apa yang sebenarnya berlaku?”kata Nur Adriana dengan nada tidak berpuas hati.
Dia terasa dipinggirkan dalam hal ini. Bukan ke dia yang bersusah payah membawa
Zeril Iskandar ke sini? Jadi, untuk apa disembunyikan tentang pembedahan itu?
Wan Zubair menarik
tangan tunangnya kasar. Dia tahu Nur Adriana tidak berpuas hati dengannya. Ooo…lelaki
itu namanya Zeril Iskandar. Tapi, bagaimana Nur Adriana boleh tahu nama sebenar
lelaki itu? Adakah tunangnya kenal lelaki itu sebelum ini?Dia sudah mula
ragu-ragu.
Bukan dia tidak mahu
maklumkan apa yang telah dikatakan oleh Prof.Dr.Azmi, cuma dia terlupa. Itu
sahaja! Apabila dia melihat sekumpulan lelaki menghampiri Nur Adriana sebentar
tadi, fikirannya kosong! Yang ada hanyalah untuk tindakannya untuk
menyelamatkan tunangnya. Dia melepaskan tangan Nur Adriana. Matanya tajam mengadap
tunangnya.
“Let me explained!”kata Wan Zubair sedikit tegas. Nur Adriana
terpaku tanpa kata. Hanya mendiamkan diri. “Abang bukan sengaja tak nak cakap
dengan sayang, tapi abang lupa. Masa tu
abang duduk kat lobi utama tadi. Lepas tu Prof.Dr.Azmi datang pada abang dan
mengatakan jantung Zeril Iskandar dalam
keadaan lemah. Dia perlu buat pembedahan.”sambungnya lagi.
Prof.Dr.Azmi memandang
drama sebabak itu dari jauh. Dia hanya menunggu disitu. Selepas ini, dia perlu katakan
pada tunang doktor Wan Zubair berkenaan maklumat Zeril Iskandar. Biarlah doktor
Wan Zubair tidak suka, asalkan dia dapat sedikit information berkaitan dengan Zeril Iskandar.
“Lain kali, beritahulah
awal-awal. Tengah malam tadi masa kat dalam bilik kecemasan sayang dah resah
dan gelisah sebab dia sakit dada, ini pembedahan pulak. Mestilah sayang takut
kalau apa-apa yang berlaku pada dia.”rungut Nur Adriana.
Wan Zubair mengetap
bibir. Asyik-asyik lelaki itu sahaja yang dia risaukan. Dia sebagai tunang, apa
hak yang dia dapat? Sudahlah lebih enam bulan dia tidak bertemu Nur Adriana,
apabila sudah bertemu semula, dia menyebut nama lelaki lain. Mana dia tidak
sakit hati. Semenjak Nur Adriana kembali dalam hidupnya, hatinya sentiasa
berasa tidak enak. Seringkali dia diuji sehingga membuatkan dia menjadi marah
dan sakit hati.
“Kenapa sayang
terlampau risaukan si Zeril tu? Abang yang ada kat depan mata sayang ni tak ada
pula nak risau-risau. Abang tak penting lagi ke dalam hidup sayang?”balasnya
dengan nada tinggi. Membuatkan Nur Adriana terperanjat disitu.
Prof.Dr.Azmi yang masih
lagi setia menunggu dibelakang kereta Zeril iskandar meluru ke arah pasangan
itu. Dia perlu menenangkan doktor Wan Zubair dan menjernihkan apa yang berlaku
dan dia tidak mahu ada sebarang masalah. Cukuplah Zeril Iskandar yang ada
masalah jantung. Bukan pasangan ini!
“Tenang, doktor.
Masalah takkan selesai jika doktor menaikkan kemarahan pada insan yang tidak
tahu apa-apa akan hal ini.”
“Prof, apa tahu? Ini
soal saya dengan dia. Dia tunang saya, pasti saya marah jika ada lelaki lain
yang membuatkan tunang saya risau!”luah Wan Zubair sejujurnya. Kasar suaranya.
“Doktor Wan Zubair,
awak sebagai doktor haruslah menjaga adab dan etika ketika berada dihospital
ini. Jangan terlampau naik kepala. Nanti orang tidak suka. Kalau awak bercakap
dengan tunang awak, janganlah terlalu
emotional sangat! Saya yang tengok dari jauh pun dah jelik dengan sikap
awak. Kalau sikap awak begini… suka marah-marah, nanti tunang awak lari, baru
pada muka awak!” Kata Prof.Dr.Azmi dengan selamba sekali. Biarlah dia berkata
jujur supaya doktor Wan Zubair tidak menunjukkan sikap buruk lagi.
Wan Zubair menahan
nafas. Dia mendiamkan diri seketika.‘Prof ini terlalu menyibuk akan hal orang
lain. Biarlah dia nak marah tunangnya pun, apa hak dia nak halang-halang
orang?’getus hatinya.
Nur Adriana faham apa
yang diperkatakan oleh Prof.Dr.Azmi sebentar tadi. Wan Zubair tidak patut
memarahinya. Salahkah dia mengambil berat tentang Zeril Iskandar? Dia mengambil
berat pun sebab Datin Zafiah yang mengharapkan dia dapat memerhatikan Zeril
Iskandar supaya lelaki itu selamat.
“Dahlah, bang. Jangan
serabutkan pasal perkara ini lagi. Sayang janji sayang tak ambil berat sangat
pasal dia. Abang sahaja yang ada kat dalam hati sayang. Tak ada orang lain.”Nur
Adriana mencelah. Dia sedikit sedih apabila Wan Zubair tiba-tiba memarahinya.
Tapi apa boleh buat, dia tidak mahu kepalanya kusut dengan masalah kecil
sebegini. Dia akan cuba mengurangkan rasa risaunya terhadap Zeril Iskandar dan
akan melebihkan sayangnya kepada Wan Zubair!.
Anak mata Wan Zubair
bertemu dengan anak mata tunangnya. Mencari kesahsihan tentang apa yang Nur
Adriana katakan padanya. Ternyata, perasaan cinta dalam diri Nur Adriana masih
menebal terhadap dirinya.
Wan Zubair menarik nafas panjang. Lega kerana Nur
Adriana sanggup berkata begitu dihadapan Prof.Dr.Azmi. Itu maknanya, Nur
Adriana sayangkannya…dan dia juga turut sayang tunangnya juga!
Prof.Dr.Azmi tersenyum
nipis. Dia suka sifat ‘tenang’ yang ada dalam diri tunang doktor Wan Zubair.
Isterinya juga memiliki sifat sebegitu. Kerana itulah, dia semakin hari semakin
sayang pada isterinya. Kejap lagi, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah…berjumpa
dengan isterinya.
****
Wan Zubair, Nur Adriana
serta Prof.Dr Azmi tiba di bilik kecemasan yang menempatkan Zeril Iskandar.
Mereka bertiga masuk ke dalam bilik itu setelah berada agak lama diluar lobi
utama tadi. Sebuah bilik
Wan Zubair dan
Prof.Dr.Azmi pergi ke bilik belakang untuk melihat x-ray Zeril Iskandar pada
mesin Radiologi. Mereka berdua berlalu dari situ meninggalkan Nur Adriana.
Setelah mereka berdua
tiada, perlahan-lahan dia merapatkan diri menuju ke katil Zeril Iskandar. Dia
berasa kasihan dengan lelaki ini. Dilihat alat oksigen yang dilekapkan pada
wajah Zeril Iskandar membuatkan dia berasa sayu. Mesin SpO2 yang terletak
diatas laci katil menunjukkan peratus oksigen Zeril Iskandar masih lagi di
tahap terbawah. Denyutan jantung lelaki itu juga masih lagi dalam lingkungan
kritikal. Ingin sekali tangannya
menyentuh dada lelaki itu. Tetapi dia tahu, sebagai perempuan yang menjaga adab
diri, dia tidak akan sekali-kali memegang dada yang bukan mahramnya.
Dia meneliti raut wajah
Zeril Iskandar yang pucat itu sambil tangannya memegang kukuh palang besi yang
berada ditepi Zeril Iskandar.“Kesian awak. Tak sangka awak kena buat
pembedahan. Awak sakit jantung tahu tak? Itulah, lain kali jangan minum arak
dan makan pil yang haram tu. Kan dah kena tanggung sendiri sakitnya. Awak kena
kuat tau. Jangan jadi lemah. Nanti mama awak sedih tengok awak terlantar kat sini.”kata
Nur Adriana sendiri. Dia sengaja monolog sendirian bagaikan dia sedang bercakap
dengan Zeril Iskandar. Padahal lelaki itu bukannya suka bercakap dengan dia
pun!
“Saya takkan bagitahu
mama awak yang awak minum arak dan makan pil haram tu. Kalau awak tak nak saya
cakap, jangan tinggikan suara pada saya lagi, faham?”sambungnya lagi. Sengaja
dilunakan suaranya. Dia ketawa perlahan. ‘Apalah aku ni…dah tahu dia tak boleh
bercakap sekarang ni, lagi aku nak terhegeh-hegeh bercakap dengan dia.’
Ketika Nur Adriana
sedang tergelak sendirian, tangan kanan Zeril Iskandar bergerak-gerak
sedikit. Tawa Nur Adriana mati. Air
liurnya bagaikan tersekat dikerongkong. Betul ke apa yang dilihat sesaat tadi?
Tangannya bergerak? Adakah Zeril Iskandar memahami apa yang diperkatakan?
Jika jantung Zeril
Iskandar berdegup kuat ketika ini, dia pun turut sama. Dadanya rasa
berdebar-debar bagaikan sedang dilamun cinta! Selama dia bercinta dengan Wan
Zubair, tidak pernah jantungnya sedegup ini. Jangan-jangan, dia sukakan Zeril
Iskandar tak? Ish! Tak elok begitu. Dia sudah bertunang, buat apa dia nak jatuh
cinta pada lelaki ini?
Matanya meneliti
pergerakan tangan kanan Zeril Iskandar. Jari tengah lelaki itu yang banyak
bergerak. Dia harus segera beritahu Prof.Dr.Azmi dan tunangnya agar melihat miracle yang berlaku didepan mata.
Tangannya dilepaskan dari palang besi katil itu. Baru sahaja dia berpusing ke
belakang, tangannya dipegang erat dari belakang. Dia tersentap! Takkanlah Zeril
Iskandar yang memegang tangannya? Nur Adriana berpaling ke belakang. Lidahnya
kelu ketika ini. Memang benar! Zeril Iskandar memegang tangannya. Dia
memerlukan Wan Zubair dan Prof.Dr.Azmi untuk melihat apa yang berlaku saat ini.
Segera jeritannya kedengaran.
“Tolong saya!!”Nyaring
suara Nur Adriana.
Suara yang kuat dari
bilik kecemasan mengejutkan Wan Zubair dan Prof.Dr.Azmi yang berada dibelakang.
Dikala itu, mereka sedang asyik melihat x-ray jantung Zeril Iskandar di mesin
radiologi. Tanpa melengahkan masa,
mereka berdua berlari untuk melihat suara siapakah yang menjerit itu. Wan
Zubair terfikir. Adakah suara Nur Adriana yang menjerit itu?
Sesudah sampai sahaja
mereka berdua dibilik kecemasan itu, dia terkejut melihat Zeril Iskandar
memegang erat tangan Nur Adriana. Terpaku dia di Prof.Dr.Azmi Hatinya diasak cemburu secara tiba-tiba. Dia
melihat raut wajah Zeril Iskandar yang terpejam. Kenapa Zeril Iskandar memegang
tangan tunangnya?
Dengan hati yang panas
membara, Wan Zubair menerpa ke arah Nur Adriana dan menarik kasar tangan
tunangnya. Tangan Zeril Iskandar kembali ke kedudukan asal. Wan Zubair
mengarahkan Nur Adriana supaya menjauhkan diri dari lelaki ini.Prof.Dr.Azmi
berang dengan tingkah laku doktor Wan Zubair. Tak tahu ke ini pesakit mereka
yang perlu dipulihkan?
“What’s wrong with you, doktor Wan Zubair? Dia hanyalah pesakit! Awak tak boleh berkasar
dengan perempuan. Tak elok!”
“I know, Prof! But why this patients hold my fiancée hands? “kasar
suara Wan Zubair.
Nur Adriana termangu
tanpa kata. Sungguh, dia tidak suka dengan sikap Wan Zubair yang kuat cemburu!
“Kalau awak bersikap
sebegini, ramai pesakit akan tertekan dengan sikap awak!”tegas Prof.Dr.Azmi
berkata. Kesabarannya makin menipis. Jika beginilah sikap doktor Wan Zubair,
tunangnya pasti akan meninggalkan doktor itu. Tadi dibilik belakang, muka
doktor Wan Zubair langsung tidak menonjolkan senyuman. Sepatah dia berkata,
sepatah jugalah dia menjawab.
Kini, Wan Zubair turut
ikut serta mendiamkan diri seperti Nur Adriana. Kelu lidahnya untuk menjawab.
Jauh disudut hati, dia ingin membalas balik kata yang dilontarkan Prof.Dr.Azmi,
tapi dia akui..siapalah dia untuk melawan kata-kata Pengurus Jabatan Kecemasan
dan Trauma. Dia hanyalah doktor biasa...
“You, sweet lady. Cuba ceritakan kepada saya, apa yang berlaku
sampai awak menjerit-jerit? Zeril Iskandar ada buat sesuatu pada awak ke?”soalnya
sambil memandang wajah mulus Nur Adriana. Nur Adriana membalas pandangan itu.
“Errk? Actually, tadi saya perhatikan tangan
kanan Zeril Iskandar bergerak-gerak. Maknanya dia dah sedar. Entah macam mana,
saya baru nak jumpa doktor dengan Wan Zubair nak beritahu tentang Zeril
Iskandar, dia sudah memegang tangan saya. Saya apalagi…terus menjerit meminta
tolong.”jelas Nur Adriana perkara sebenar.
Prof.Dr.Azmi berfikir
sejenak. Mesti ada sebab ni yang buat Zeril iskandar memegang tangan tunang
doktor Wan Zubair.“Hmm..saya rasa dia mesti dengar sesuatu yang membuatkan dia
memegang tangan awak. Dia takut sesuatu ke? Awak ada cakap apa-apa dengan dia
tadi?”
“Err…ada, doktor. Tapi
saya tak rasa dia memahami apa yang saya katakan sebab masa saya bercakap
dengan dia, mata Zeril Iskandar tertutup. Tangan dia aje yang
bergerak.”jawabnya dengan jujur. Mata Nur Adriana teralih ke arah wajah
tunangnya yang menunduk. Dia tahu Wan Zubair tidak sanggup mendengarnya. Namun,
apa boleh buat. Dia kena bercerita juga untuk mengelakkan kemarahan Wan Zubair.
“Boleh saya tahu awak
cakap apa dengan dia?”soal Prof.Dr.Azmi lagi. Seboleh mungkin dia mahu tahu apa
yang berlaku. Wan Zubair mengangkat muka. Dia juga ingin tahu apa yang
diperkatakan tunangnya.
Alamak! Soalan ini yang
sukar aku nak jawab. Takkan aku nak beritahu doktor tu yang Zeril Iskandar
minum arak dan makan pil ekstasi? Karang tak pasal-pasal doktor tu telefon
polis, beritahu Zeril iskandar makan dadah. Ish! Tak mahu aku beritahu dia.
Baik aku bagi jawapan yang buat doktor tu tak beritahu polis.
“Saya cakap dengan dia,
kuatkan semangat dan bertarung melawan kesakitan. Nanti keluarga dia menangis
tengok dia macam ini. Itu sahaja.”terang Nur Adriana dengan nada teragak-agak.
“Ooo…begitu. Awak kenal
siapa family dia?”matanya merenung
tajam pada wajah Nur Adriana.
“Saya tak adalah kenal
sangat. Tapi saya ada juga berhubung dengan mama Zeril Iskandar ni. Kenapa,
doktor? Ada apa-apa yang doktor nak tahu ke?”
Setelah Prof.Dr.Azmi
memandang Nur Adriana, tumpuannya beralih pula pada doktor Wan Zubair. “Doktor,
awak tak beritahu pasal maklumat itu pada tunang awak?”soal Prof.Dr.Azmi pada
doktor Wan Zubair.
“Maklumat apa pulak ni
, doktor? Can you explained?”Nur
Adriana mencelah. Ada sahaja perkara yang Wan Zubair cuba sembunyikan dari dia.
Geram dia dengan sikap Wan Zubair.
“Sebelum pembedahan
dilakukan, seperti yang doktor Wan Zubair katakan pada awak…saya perlukan
maklumat tentang dia. Saya memerlukan persetujuan dari ahli keluarga dia untuk
melakukan pembedahan. Tanpa persetujuan daripada ahli keluarga, agak sukar
untuk mempercepatkan pembedahan. Bukan saya sengaja melengahkan, tapi saya nak
ahli keluarga dia tahu yang dia ada di Hospital Serdang ini.”Kata Prof.Dr.Azmi
panjang lebar.
“Maknanya, saya kena call mama Zeril Iskandar lah ye untuk mempercepatkan pembedahan,
begitu?”jawab Nur Adriana takut-takut. Aduhai…bab Datin Zafiah yang dia tidak
boleh dengar tu. Kalau Datin Zafiah tahu, tak ke aku kena balun habis-habisan
sebab tak jaga anak dia dengan baik!
Dia memandang Wan
Zubair. Agaknya, apa reaksi tunangnya apabila mendapat tahu yang dia mengenali
mama Zeril Iskandar? Jangan dia tarik tangan aku sudahlah.
Prof.Dr.Azmi
mengangguk. Tunang doktor Wan Zubair perlu membantunya. Jika tidak, lagi
lamalah Zeril Iskandar ini akan duduk disini. “ That’s right!. Kalau boleh secepat yang mungkin ye. Saya tak mahu
menanti lama-lama.”ujarnya lagi.
“ Nanti saya akan cuba
usahakan. Saya akan telefon mama Zeril Iskandar diluar. Di pondok
telefon.”Prof.Dr.Azmi merenung wajahnya. Pelik.
“Kenapa doktor pandang
saya macam itu? Saya cakap salah ke?”Nur Adriana gelisah apabila ada orang
memandang dia sebegitu.
“Bukan saya sengaja
pandang awak. Tapi saya hairan, awak tak ada telefon sendiri ke sampai nak guna
telefon awam?”
Dengan teragak-agak dia
menjawab.“Err..sorry, doktor. Kredit
saya habis. Malas nak topup. So, saya guna duit syiling ajelah
telefon mama Zeril Iskandar. Lagi senang.”
“Abang ada telefon,
guna aje abang punya.”sampuk Wan Zubair setelah lama mendiamkan diri. Rentak
nadanya masih sama seperti tadi. Tidak berpuas hati. Memang dia tidak berpuas
hati pun! Nur Adriana kata, dia baru semalam kenal Zeril Iskandar. Tapi hari
ini pulak, tunangnya cakap dia kenal mama Zeril Iskandar.
Bingung kepalanya. Adakah
Nur Adriana mengenali ahli keluarga Zeril Iskandar tanpa pengetahuannya? Jadi,
apa yang dikatakan Nur Adriana semalam semuanya hanyalah palsu belaka? Memang
dia kena selidik sama ada betul atau tidak yang Nur Adriana keluar penjara
semalam.
“Yalah. Nanti sayang
guna abang punya telefon”. Dia menjeling tajam ke arah Wan Zubair.
Prof.Dr.Azmi melihat
mesin SpO2 dilaci bersebelahan katil Zeril Iskandar. Dia mencatit angka yang
muncul di mesin itu diatas kertas A4. Sememangnya denyutan jantung Zeril
Iskandar masih tidak normal. Setelah selesai mencatit dan menulis sesuatu
diatas kertas itu, dia memegang tangan Zeril Iskandar. Benar kata tunang doktor
Wan Zubair, tangan kanan Zeril Iskandar bergerak. Dia melihat pula mata Zeril
Iskandar yang tertutup. Biarpun pesakit lelaki ini sedar secara amnya, namun
dia hanya sedar pada pergerakan tangannya. Bukan matanya. Dia berpaling ke
belakang mengadap tunang doktor Wan Zubair.
“Siapa nama awak?”soal
Prof.Dr.Azmi setelah selesai membuat pemeriksaan pada tubuh badan Zeril
Iskandar. “Dari tadi saya asyik panggil nama awak aje sampai saya lupa nak tahu
nama awak.”sambungnya lagi.
“Err..nama saya Nur
Adriana.”ujarnya.
“Ooo..Nur Adriana.
Sedap nama tu.”puji Prof.Dr.Azmi. Nur Adriana tersipu malu. Wan Zubair pula
yang sakit hati denga pujian itu.
“Hmm…saya rasa saya
perlu balik sekarang. Badan pun dah melekit. Dah sehari saya duduk di hospital
ini. Nanti isteri saya merajuk pulak. Sebelum saya balik ni, awak boleh tolong
saya, Nur Adriana? Ini ada kaitan dengan Zeril Iskandar.”pohon Prof.Dr.Azmi.
“Bantuan apa yang
doktor mahukan?” Nur Adriana hairan.
“Saya cakap dengan awak
dekat bilik belakang. Lelaki macam Wan Zubair tak boleh tahu tentang hal ini.
Kalau dia tahu, nanti dia marah macam tadi. Mari ikut saya. Haa… doktor Wan
Zubair, awak dah lama ada kat hospital ni kan? Lebih baik awak balik dulu. Biar
saya dengan Nur Adriana sahaja. Saya janji, saya takkan mengurat dia.”kata-kata
Prof.Dr.Azmi dengan sinis.
Wajah Wan Zubair
berubah keruh. Lantas, dia keluar dari bilik itu dengan perasaan kecewa yang
amat sangat. Takkan dia tak boleh tahu kut apa yang mereka bualkan? Dia terus
ke bilik kerjanya. Selepas ini, dia mahu balik dan mandi. Petang nanti, dia
akan datang kembali berjumpa dengan tunangnya.
“Jom, Nur Adriana. Kita
ke bilik belakang.”ajak Prof.Dr.Azmi
dengan penuh mesra.
Nur Adriana akur. Dia
menoleh sekilas ke pintu bilik kecemasan sebelum melangkah bersama dengan
Prof.Dr.Azmi ke bilik belakang.
“Maafkan sayang,
abang…”katanya didalam hati.
BERSAMBUNG.... ;D
Hahaha tahap merbahaya la cemburu nye si wan ni ades!!!
ReplyDeletehehe..nk wat mcmana kak..tunang tersyg la ktakan..hehe
Delete