OLEH : FIKA NAJWA
What!! Apa yang Uncle Fuad cakap ni?Takkan Amm nak jadi suami dia, cinta pun
tidak Amm pada dia?” Megat Ammar menggeleng laju kepalanya tanda tidak
bersetuju dengan amanat arwah mamanya. Ini kerja gila. Dia dah ada pilihan hati
sendiri tak mungkin dia nak mengangkat Fika Farisya sebagai isterinya sedangkan
mereka hanya kali ini bertemu. Tidak ada cinta di hatinya buat insan yang
bernama Fika Farisya.
“Amm, tenang dulu.” Megat Ilman
cuba menenangkan anaknya dan di tarik tangan anaknya untuk kembali duduk semula.
Ammar menurut namun riak wajahnya jelas tidak berpuas hati. Bibir Ammar di
ketap menahan perasaan marah yang mula menguasai diri.
“Bukan macam itu Amm, mama kamu
cuma..”Fuad mengeluh dan serba salah.
“Cuma apa Uncle? Papa?” cantas
Megat Ammar.
“Mama kamu mahu kamu
memperisterikan Fika Farisya dan menjaganya.” Megat Ilman bersuara tegas.
Megat Ammar terkaku. Terjawab
sudah teka –teki yang berada dia dalam kepalanya.
Fhyka Arissa yang berada disisi
adiknya mengenggam erat tangan adiknya, menyatakan dia berada di sisi adiknya.
Jelas wajah adiknya kelihatan tenang. Tidak ada riak terkejut seperti Ammar.
Dia pasti Ammar akan membantah. Dia kenal Ammar.
Permintaan apa yang mama dia
amanat kepadanya? Mengahwini Fika Farisya?Gila! Mengarut sungguh! Dia tidak cintakan
Fika Farisya.
“No! Ini
semua mengarut papa. Amm takkan berkahwin dengan perempuan kasar ini.”
Ammar bangkit menentang. Dia
harus menentang amanat ini. Dia tidak rela ada orang menentukan hala tuju
hidupnya kelak. Dia berhak menentukan pasangan hidupnya kelak, bukan secara
paksa begini.
“Papa tolonglah, ini semua
kerja gila! Tok Wan say something!” Mata Megat
Ammar memandang Engku Habibah.
“Amm..tolong bertenang kita
dengar apa yang uncle Fuad kamu nak sampaikan,” balas Megat Ilman.
“Papa,please.
Amm tak nak macam ini. Amm dah ada pilihan hati. Dia bukan perempuan yang Amm
cinta, bukan dia!! Dia bukan perempuan yang Amm nak angkat sebagai isteri
Amm…bukan dia.” jari telunjuk Megat Ammar lurus menunjuk ke arah Fika Farisya
yang sejak tadi menunduk memandang ke permaidani sambil tangannya digenggam
oleh Arissa.
“Ammar itu salah satu yang
arwah amanatkan pada kamu. Arwah mama kamu juga menyerahkan syer sebanyak 40
peratus kepada kamu dengan syarat Megat Ammar bin Megat Ilman mesti mengahwini
Puteri Fika Farisya binti Megat Ihsan.Dan selepas setahun perkahwinan
ini,barulah syer sebanyak 40 peratus itu akan di serah pada kamu secara rasmi
kepada Megat Ammar Syah bin Megat Ilman. Jika perkahwinan ini gagal
dilaksanakan dalam tempoh setahun maka secara rasminya syer sebanyak 40 peratus
itu akan kekal sebagai hak Puteri Fika Farisya. Manakala syer MIFA Holding yang
20 peratus lagi memang sah milik Fika Farisya,30 peratus syer lagi milik Fhyka
Arissa." kata-kata Fuad membuatkan Megat Ammar tersandar lesu di sofa.
Engku Habibah hanya berdiam diri sebelum bersuara.
“Mama setuju Ammar di kahwinkan
dengan Fika Farisya.” Engku Habibah tiba-tiba bersuara.
Bagai di panah
petir,semua memandang Engku Habibah yang bersuara bersetuju dengan wasiat yang
di baca oleh peguam keluarganya.
Fika Farisya tersenyum sinis,
dia tahu kenapa Mak Engku bersetuju. Dia tahu. Dia telah siap untuk menghadapi
hari esok. Dia menoleh ke belakang matanya saling berpandangan dengan mata
Zafril Zafuan. Saat mata Fika Farisya memandang sekilas ke arah Megat Ammar
jelas jelingan tajam di hadiakan padanya. Di lihat Megat Ammar bingkas bangun.
Dia tahu pasti Megat Ammar tidak boleh berlama di sini,silap-silap boleh jadi
anak derhaka, di lihat Megat Ammar melangkah keluar dari ruang tamu menuju ke arah
pintu utama. Panggilan dari Megat Ilman dan Mak Engku langsung tidak di
endahkan.Dia tahu Ammar benci pada dirinya,pasti lelaki itu mahu menjauh
darinya yang tiba-tiba muncul di banglo mewah itu.
*****
Mata Engku Habibah terbutang mendengar
apa yang baru disampaikan Megat Ammar kepadanya.
Engku Habibah bagaikan
kehilangan kata-kata. Hanya keluhan kedengaran sedari tadi,terasa hasratnya
untuk Megat Ammar bersetuju dengan segala syarat yang telah dibaca oleh peguam
keluarga. Tidak dia harus memujuk cucunya.
“Tok Wan, Amm dah habis fikir
masa Amm keluar dari rumah tadi dan Amm yakin ini keputusan yang terbaik untuk
diri Amm dan masa depan yang akan datang.” menggunung harapan Megat Ammar agar
Tok Wannya setuju dengan jawapan yang diberi.
Engku Habibah mengeluh lagi,
nafasnya di tarik panjang. Tangannya mula memicit dahi, keputusan Megat Ammar
cukup menghampakannya. Dia jadi risau.
“Sekarang ini terpulang pada
Tok Wan, Amm memang tak setuju dengan wasiat arwah mama.” Tegas Megat Ammar
mengulangi pendiriannya.
“Amm, yakin yang Tok Wan boleh
halau anak auntie Lissa keluar dari syarikat dan serahkan balik syer 40% itu
tanpa Amm terpaksa kahwin dengan dia." Keras Megat Ammar. Bukan dia tak
tahu sejarah keluarga mereka dulu. Walaupun tidak secara keseluruhan dia yakin
dengan cerita yang dibawa oleh Tok Wan, Engku Habibah. Engku Habibah
menggeleng.
“Bukan semudah itu, Amm. Tok
Wan tak boleh halau dia dengan kuasa yang ada pada Tok Wan.Tok Wan tak boleh
halau dia macam itu” keluh Engku Habibah perlahan. dulu mungkin dia berjaya
untuk semua itu. Kini? susah untuk dia melakukan sesuatu kerana wasiat itu
berkuasa.
Megat Ammar yang mendengar
sudah memandang wajah Tok Wan tanpa berkelip.
“Apa maksud Tok Wan? Kenapa Tok
Wan kata yang Tok wan tak boleh halau dia dari syarikat kita? Kenapa? Tok Wan
ada hak sebagai pemegang syer yang terbesar jugak dekat syarikat itu.? Takkan
Tok Wan nak Amm ikut amanat yang arwah mama wasiatkan? This
not fair for me.Tok Wan gunalah kuasa yang memang ada pada Tok Wan
untuk dia transferkan 40 peratus syer tu pada Tok Wan balik, bukan ke sekarang
syer 40 peratus itu atas nama dia. Kita boleh manfaatkan perkara ini supaya dia
boleh transfer.” Megat Ammar menyoal dan memberi
pendapatnya. seboleh-boleh dia akan cuba mengelak dan mencari jalan untuk tidak
berkahwin dengan Fika Farisya.
“Tok Wan pun ada terfikir
perkara yang Amm katakan tadi tapi Uncle Fuad kata secara dasarnya dia memang
pemegang saham yang terbesar di syarikat MIFA Holding, walaupun 40 peratus syer
syarikat yang dipegang itu masih belum pasti milik dia,tapi dia masih pemegang
saham terbesar buat masa ini.
Kalau dia setuju pun untuk
transfer 40 peratus syer tu pada kita, ianya tidak sah sebab arwah mama kamu
dah wasiatkan pemindahan share
tersebut hanya selepas setahun Amm kahwin dengan dia, untuk 20 milik dia dan 30
peratus lagi itu memang milik Arissa itu tak akan jadi masalah jika Amm dapat
kembali 40 peratus share itu nanti, Amm boleh
aje tendang dia keluar dari MIFA Holding. Sekarang yang Amm perlu fikirkan
macam mana nak dapatkan balik 40 peratus itu, Tok Wan tak nampak jalan lain
selain amanat yang sudah diwasiatkan oleh arwah mama Amm. Amm kena kahwin
dengan dia buat sementara ini.” Jelas Engku Habibah buntu.
Megat Ammar terlopong
mendengarnya. Kepalanya digeleng laju tanda dia tidak setuju dengan idea Tok
Wan dia, dari gayanya tidak ada harapan dia mahu membuat keputusan sendiri.
“What? Tok
Wan, want to ask me to marry him.? Nonsense! Because the shares 40
percent, I have to marry him? This is not fair to me, Tok Wan.
Ini semua idea yang paling bodoh! No way…no way…Tak Tok Wan! Tak!
Amm tak akan setuju dengan idea yang Tok Wan bagi.” Megat Ammar mula bangun
mundar-mandir seperti orang yang tiada pilihan untuk menentukan masa depannya.
“Tapi Amm, Tok wan terpaksa
setuju dengan jalan ini.Hanya jalan ini aje yang terfikir oleh Tok wan macam
mana kita nak dapatkan balik syer tu.”
Megat Ammar menggeleng
terus-terusan. Mulutnya bagai terkunci, dia bagaikan ingin menbangkang
kata-kata Tok wan namun hanya tersekat di kerongkong.
“Amm..” Engku Habibah bersuara
perlahan.
“Memanglah Amm kena kahwin
dengan dia tapi hanya untuk setahun saja. In
fact Amm tak perlu commit diri
Amm apa-apa pun bila kahwin dengan dia. Ini semua hanya diatas kertas. Kalau
Amm tak suka atau cintakan dia pun tak apa yang penting sekarang diatas
kertas Amm dan dia, Suami isteri. That's
all, as simple as that. After one year, Amm, divorced with her, terserah Amm nak ceraikan dia dengan talak
berapa pun tak apa. Then lepas Amm dah dapat 40 peratus syer. Tok wan
akan minta apa-apa lagi pada Amm. Please.. Tok Wan beg you, Amm.” rayu Engku Habibah pada cucunya.
Megat Ammar meramas
rambutnya berkali-kali. Dia bingung ketika ini.
“Tok wan penting sangat ke syer
tu pada Tok wan?Amm tak kisah kalau tak dapat syer tu pun! Amm tak rela nama
Amm tertera walaupun di atas kertas sebagai suami dia. Amm tak dapat bayangkan
bila dia dah sah jadi isteri Amm nanti! Sah, Tok wan tahu? Tok wan kenal Amm
macam mana jika Amm tak suka dekat seseorang, Amm takut Tok wan dengan semua
ini.Amm tak suka dia,tak cinta dia,dia perempuan kasar.Tok
wan dengan apa yang kita ada dan ditambah pula aset yang sedia ada Amm yakin yang
Amm mampu bangunkan satu lagi empayar perniagaaan yang baru dan setanding
dengan MIFA Holding kelak walaupun kita terpaksa bermula dari bawah.”Begitu
beri-ria Megat Ammar menyakinkan Tok wannya.
Engku Habibah yang duduk diatas
katil cucunya merengus dan bangun sambil berjalan ke pintu bilik Megat Ammar.
Sebelum dia memulas tombol pintu bilik tu,Engku Habibah berpaling ke belakang.
“Amm ni tak faham ke apa yang
Tok wan mahu! Tak akan Amm nak biar dia merampas hak yang sepatutnya menjadi
milik Amm! Amm pun tahu bukan semua syer yang dia dapat tu hak milik keluarga
kita, bukan keluarga Lissa atau anak-anak dia! Tok wan tak rela,Tok wan tak
akan biarkan dia mewah dengan cara tu! Tok wan tak peduli apa pun Amm mesti
dapatkan syer 40 peratus tu balik.
Kalau Amm memang cucu
kesayangan Tok wan ,Amm mesti kahwin dengan dia! Kalau tak Tok wan tak akan
maafkan Amm sampai bila-bila!Amm fikir elok-elok Tok wan tunggu jawapan dari
kamu!”ucap Engku Habibah lalu terus melangkah keluar dari Megat Ammar.
Megat Ammar boleh mendengar
bunyi dentuman pintu biliknya yang ditutup dengan kuat. Megat Ammar merenung
pintu yang sudah tertutup rapat seperti fikirannya di kala ini yang tertutup
jalannya.
******
“Fika…Fika…dekat sini rupanya kau”
tercungap-cungap Zafril Zafuan sambil melabuhkan duduknya di atas
buaian.Terhenti seketika buaian yang sedang berhayun.
Fika Farisya terus memandang
pelik temannya dengan perasaan yang mendongkol.
“Apa kau nak Zaf, potong stim
betullah orang baru nak berhayun sambil ditiup angin sempoi-sempoi kat taman
mewah ini, belum sempat lagi aku berangan nak jadi ‘mam besar’ kat banglo ini.”
marah Fika Farisya.
Zafril Zafuan bangun dan dia
melabuhkan duduknya disebelah Fika Farisya.
“Arghh…ini bukan masanya kau
nak makan angin sempoi-sempoi kat sini tak ada maknannya, kau tahu! Kau lupakan
dulu angan-angan minah jenin kau tu. Weii.. Fika kau pandanglah aku, aku nak
bercakap ini. Hish,sibuk pulak dia pejam-pejam mata.Kau ingat cantik ke kalau
kau pejam-pejam mata tu,”ujur Zafril Zafuan geram.
“Kau nak tahu tak Fika…”
“Entah aku tak tahu..”pantas
sahaja Fika Farisya memotong.
“Ehh..cuba kau dengar apa yang
aku nak sampaikan pada kau ini. Kau tahu tak masa aku nak turun cari kau tadi
aku tak sengaja terdengar perbualan Mak Engku dengan mamat yang akan di kahwinkan
dengan kau tu. Siapa erkk. nama mamat tu? Lantaklah aku tak ingat nama dia. Mak
Engku dan mamat tu bercerita pasal kau…”
Fika Farisya hanya membuat muka
blurr. Dia seperti dapat meneka apa yang cuba di sampaikan oleh Zafril Zafuan
padanya.
“Amboi,kau pergi pasang telinga
kuali kau kat tepi dinding bilik ‘mamat besi’ ke Zaf?Kau nak take
over Mak Tiah gosip ke dalam segmen gosip sekampung?Tak sangka-sangka
kau pun ada bakat macam Mak Tiah yang jiran awek lama kau,Shahrini erkk..”jawab
Fika Farisya Spontan.
Zafril Zafuan sudah
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih pada Fika Farisya.
“Kau ini, Fika.Kau tahu tak apa
yang aku nak sampaikan kat kau ini.Tapi sebelum aku bukak cerita aku nak
bagitahu yang aku tak sama dengan Mak Tiah gosip kat kampung kita tau, ini lagi
satu Shahrini tu bukan awek aku.” ujur Zafril Zafuan menyangkal kata-kata Fika
Farisya tadi.
“Yealah tu…cepatlah aku tunggu
ini. Apa yang kau nak cakap kat aku?” Fika Farisya mencebikan bibirnya.
“Tengok baru aku buat penafian muka
kau dah muka bosan kau, kau tak nak tahu ke apa yang dia orang bincangkan?”
marah Zafril Zafuan.
“Aku tahu apa yang kau nak
sampaikan kat aku, kau nak cakap yang dia orang mengata aku lagi? Emm..aku rasa
bukan sekali ini dia orang mengata aku dan ibu. Biarla, aku okey apa. Aku
untung adalah lagi dapat pahala percuma. Aku bukan nak kata aku tak pernah
mengata sekarang ini pun kita dah duk mengata pasal diaorang kan? Dahlah aku
malas nak ambik tahu apa yang dia orang cakap baik aku berangan kejap sambil berhayun
kat buaian ini lagi banyak faedah yang aku dapat. Belum sempat Fika Farisya
berpaling wajahnya di pegang kejap oleh Zafril Zafuan.
“Kau dengar dulu apa yang aku
nak info dekat kau..”
Fika Farisya membulatkan
matanya, lalu ditepis tangan sahabatnya. ’Hish…si Zaf ini ada ke main
pegang-pegang kang aku tumbuk lebam mata tu’ gerutu Fika Farisya.
Zafril Zafuan yang sedar yang
di terlajur salah cepat-cepat dia bersuara sebelum mood Fika Farisya bertukar
mendung.
“Opss…sorry aku tak sengaja
lagipun ini memang salah kau, cuba kau dengar apa yang aku nak cakap kat kau
mesti tangan aku ini tak gatal nak pegang-pegang wajah anak dara orang, dahlah
aku tahu kau tak suka aku buat macam tu maafkan aku,Fika…”seloroh Zafril Zafuan
sambil merayu meminta maaf.
“Dahlah aku dah maafkan pun,
cepatlah cakap aku mengantuk ini!” Fika Farisya berpura-pura menguap.
BERSAMBUNG :D...
No comments:
Post a Comment