“Tak apalah. Azzah
okey. Nanti apa kata Lisa atau orang lain yang nampak kita. Apa pulak kata
mereka nanti”
“Abang tahu Azzah sedih dan sekarang hati Azzah berbelah
bagi. Memang Azzah akan berkhawin dengan pilihan Abang Muhklis, tapi kenapa
susah Azzah nak buang abang dari hati Azzah. Sekarang ini hati Azzah cuma ingat
abang ,hati Azzah cuma terpahat nama abang tak ada nama orang lain di hati Azzah
sekarang. Kenapa? susah sangat nak lupakan abang?” luah Azzah.
“Azzah, Azzah sedar tak apa yang Azzah cakap ini?”
“Buat apa Azzah nak ingat dan pahatkan nama abang lagi
sedangkan Azzah akan berkhawin tak lama lagi? Azzah nak buat dosa ke? Atau Azzah
nak jadi isteri derhaka?” Hafiz cuba menerangkan tetapi Azzah tidak ambil
pusing apa yang Hafiz ucapkan.
“Azzah yang akan tanggung semuanya, bang. Sekarang semua
kenangan tentang kita datang balik semuanya macam dah melekat kat kepala ini
macam mana Azzah nak lupa!” jerit Azzah. Hafiz mengeluh.
“Azzah tahu tak, suatu hari Iman Ghazali pernah bertanya
pada salah seoarang muridnya apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Semua
jawapan dari muridnya betul tapi ada satu jawapan yang tepat dari Iman Ghazali.
Jawapannya ialah masa lalu. Sebab kita tetap takkan dapat dapat balik ke masa
lalu walaupun apa yang kita buat. Jadi, Azzah kena berjaga hari ini dan
hari-hari yang akan Azzah tempuh kelak dan setiap perbuatan mesti ikut landasan
yang dan ditetapkan oleh-NYA. Kalau Azzah terus macam ini mengenang dan
mengelamun tentang masa lalu kita Azzah akan berdosa pada suami Azzah kelak
sekiranya Azzah sah menjadi isterinya..” Hafiz cuba menyedarkan Azzah”.
Semakin
banyak Hafiz berbicara dan berkata-kata, semakin menyucuk-yucuk tangkai hati
Azzah.
“Azzah pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku
abang nak Azzah tabah dan bersabar dalam menempuh ujian darinya. Insyallah Azzah
boleh” kata-kata semangat dari Hafiz untuk Azzah.
“Abang...” tiba-tiba Azzah terdengar satu suara dari arah
belakang yang memanggil Hafiz dengan manja dan sopan. Serentak itu Azzah dan
Hafiz menoleh seorang gadis yang comel bertudung berdiri tidak jauh dari situ.
Wajah gadis itu Azzah nampak layu, menunjukan yang di sedang mengantuk dan
penat. Teka hati Azzah.
“Jomlah balik bang ,Lisa penat ini seharian abang bawak
shopping dari pagi tadi jomlah bang”
“Mari sini kejap, abang nak kenalkan Lisa dengan seseorang”
gadis itu menurut.
“Azzah ini Lisa” Hafiz memperkenalkan Lisa. “Lisa ini kak
Azzah yang abang ceritakan kat Lisa”
“Oh ya? Apa khabar kak?” Tutur penuh sopan dari gadis tu.
Lisa menghulurkan tangannya untuk bersalam. ‘Patut la abang cepat dapat
pengganti aku baik budaknya siapa pun terpikat. Bisik hati Azzah.
“Baik akak sihat je” sambil menyambut huluran tangan gadis
itu lalu tersenyum padanya. Senyum yang dibuat-buat. Azzah bagai hendak lari
dari situ dia tak sanggup melihat Hafiz sudah ada pengganti dirinya.
“Maaf kak. Boleh Lisa ajak abang balik sebab Lisa penat dan
mengantuk la kak penat sangat” Azzah mengangguk lemah. Matanya berkaca-kaca
menghantar langkah Hafiz dan Lisa ke tempat pangking kereta.
********
Pertemuan dengan Hafiz di Pantai Lido
tempoh hari menambahkan lagi kelukaan dan kekecewaan Azzah. Mengingat setiap
patah kata dari Hafiz bagai memukul dirinya sendiri. Sudah berapa hari dia
mengurung diri didalam bilik sejak pulang dari bercuti.
Pujukan dari Rina,
Nadia dan Dhiya langsung tidak dipedulikannya. Dia terus menyendiri sambil
melayan perasaan. Ketukan dipintu bertalu-talu dibiarkan sahaja. Sekejap Kak
Rina bersuara memanggilnya.
“Azzah keluarlah, dik. Janganlah berkurung dalam bilik itu.
Azzah kan nak khawin tak lama lagi nanti hilang pulak seri pengantin tu.
Keluarlah kita bawak berbincang apa yang patut” Rina tidak jemu memujuk Azzah
agar tidak berkurung dalam bilik. Azzah masih tetap membatu diatas katil.
Memandang sepi ke arah pintu. Dia belum siap untuk keluar buat masa ini. Selang
satu jam kemudian, Kak Rina megetuk pintu lagi.
“Azzah, ada bungkusan untuk Azzah ini dari Hafiz” sengaja
Kak Rina menekankan nama Hafiz kuat-kuat biar Azzah tertarik untuk keluar dari
biliknya. Azzah segera bangun dari katinya, sambil membetulkan rambutnya yang
sedari tadi kusut-masai, dia melangkah perlahan-lahan ke arah pintu.
“YA-ALLAH” terperanjat Rina melihat wajah Azzah yang macam
orang mati laki je.
“Eehhh Azzah kau ini nak jadi apa ini berkurung sampai muka
Azzah, Kak Rina nampak dah macam zombie hilang laki pulak” Rina melihat wajah
Azzah tak bermaya dan pucat. Tanpa bersuara, Azzah menyambut bungkusan
dari tangan Kak Rina, lalu terus melangkah masuk sambil menutup pintu biliknya
kembali. Azzah membiarkan Rina diluar tanpa ucap terima kasih.
‘Eehh sabar la wahai hati ku’bisik hati Rina. Rina hanya
mampu menggeleng kepala lalu beredar dari situ. Azzah meletakkan bungkusan itu
diatas meja solek dan merenung bungkusan itu dengan tangan yang terketar-ketar,
Azzah menyiat balutan kertas minyak.
Terdampar didepannya selendang yang cantik
dan berwarna putih dihiasi labuci yang cantik susun jahitannya, senaskah buku
yang bertajuk ‘WANITA-WANITA YANG MENGHUNI SYURGA’ dan sepucuk surat yang
terselit dicelah buku tersebut. Pantas Azzah mengeluarkannya.
Bersambung :D.....
smbng lgi ya.. ;)
ReplyDeleteSalam Ruunna Qizbal insyallah nanti DJ minta FN sambung cite dia terima kasih sudi baca dan selalu drop komen.. :D
ReplyDeletewa..islamik betul lah..
ReplyDeletesuka hafiz..
lisa tu mesti adik hafiz n azzah fikir lain pulak..