OLEH : NUR DAEYA
Baru
sahaja balik dari pasar bersama Puan Latifah, jiran sebelah rumahnya, dia
mengenggam erat barang-barang mentah yang baru dibelinya dan terus masuk ke
dapur mengikut pintu belakang rumahnya. Diselitkan senaskah surat khabar yang
dibeli di kedai Pak Mat dicelah ketiak kanannya.
Apabila
kakinya mencecah lantai dapur, dari jauh dia dapat melihat Dhia sedang khusyuk
menonton televisyen. Mungkin anaknya tak sedar yang dia sudah menjejakkan kaki ke
dalam rumah.
Barang-barang
mentah yang dibawanya, diletakkan dengan penuh cermat diatas kabinet dapur
secara perlahan-lahan. Dia tidak mahu Dhia tahu yang dia dah pulang ke rumah.
Dia mahu mengusik anaknya. Biar dia terperanjat.
Surat
khabar yang dikepitkan dicelah ketiaknya dialihkan ke tangan. Mungkin Dhia
bosan duduk dirumah ini. Itu sebab dia duduk sahaja di depan kaca telvisyen.
Dengan adanya surat khabar yang dibeli, bolehlah dia hilangkan bosan anaknya.
Mana tahu, Dhia boleh dapat kerja yang lebih baik didalam surat khabar ini
berbanding bekerja dengan bekas menantu tak guna itu?
Terhenjut-henjut
Puan Suria berjalan. Penuh hati-hati pergerakannya. Dia mahu mengusik anaknya.
Dia yang membelakangkan Dhia memerhatikan anaknya asyik menonton rancangan Sarapan
di tv3.
Tiba
dihadapan Dhia, Puan Suria mengetap bibir sambil tersenyum nipis. Tangan
kanannya dengan pantas mencengkam bahu Dhia.
Dhia
yang teruja melihat pengacara Haziq yang sedang makan dalam rancangan Sarapan,
terkejut yang amat sangat apabila ada orang yang mencengkam bahunya. Nasib baik
dia tidak cepat melatah. Dia bangun
dengan muncung di bibir.
“Ibu!
Terkejut tau Dhia. Bila ibu balik? Dhia tak perasan pun?”Dhia memaut bahu
ibunya. Dia tidak mampu nak marah ibunya.
“Macam
mana kamu nak perasan, tengok pengacara tu macam nak telan aje.”usik Puan
Suria.
“Hesy,
ibu ni. Dhia tengok Haziq makanlah, ibu. Tertelan air liur Dhia bila tengok dia
makan.”
Puan
Suria melihat sekilas pengacara itu makan dengan penuh keterujaan. Dia yang
tengok pun tertelan air liur apatah lagi orang di luar sana.
“Sedap
jugak tengok dia makan.”kata Puan Suria. Bila dia melihat pengacara itu maka,
dia rasa tak sabar pulak untuk masak makanan tengah hari. Rasa-rasanya dia
ingin membuat masak lemak cili api dan asam pedas ikan sembilang. Pasti anaknya
suka.
Dhia
tersenyum. Kan betul Haziq makan buat orang terpukau.
Puan
Suria meletakkan surat khabar diatas meja kecil yang berbentuk empat segi
didepannya. Selepas ini, dia mahu mengemas dapur sebelum meneruskan aktivitinya
dengan memasak apa yang patut.
“Ibu
beli surat khabar? Bestnya!!”katanya dengan gembira. Dia tidak lagi
menghiraukan rancangan tv didepannya, sebaliknya dia memfokuskan ke surat
khabar yang diletakkan diatas meja. Dah lama dia tidak membaca surat khabar.
Dicapai
surat khabar itu lalu dibelek sekilas. Puan Suria yang tahu keinginan anaknya
ingin membaca surat khabar, segera megambil remote
control dan menutup televisyen.
“Ibu
nak masuk dapur dulu ye. Nak masak untuk tengah hari nanti.”
Dhia
menganggukkan kepala sambil tersenyum nipis. Diteruskan pembacaannya. Puan
Suria tahu anaknya tidak mahu diganggu,
segera berpatah balik ke dapur. Jam kat di dinding dah pukul 10.30 pagi. Baik
cepat kemas, nanti lambat masak pulak nanti.getus hatinya.
****
Dhia
membelek setiap helaian surat khabar METRO dengan teliti. Setiap helaian yang dibaca,
ada sahaja kisah yang menyayat hati. Yang paling meresap ke jiwanya, kisah
perceraian artis popular yang berlaku selepas beberapa hari baru berkahwin.
Disitu wartawan itu menulis yang artis popular itu diceraikan suaminya tanpa
sebab dan alasan yang kukuh. Kisah itu seakan-akan kena tepat pada batang
hidungnya!. Diceraikan tanpa bukti yang kukuh, senang-senang sahaja bekas
suaminya melafazkan ayat yang membuatkan tiang arasy bergegar! Tidak tahu sebab
dan alasannya, dengan senang hati Muzaffar memanggilnya perempuan curang.
Menangis air mata darah sekali pun tak akan mengubah kehidupannya yang dulu
bahagia dan ceria, kini diselubungi kedukaan yang berpanjangan.
Sesudah
habis membacakan keseluruhan cerita penceraian artis popular itu, dia membelek
ke helaian seterusnya. Bulat matanya melihat perkataan yang terpampang di
helaian itu.
Classified
Iklan
Mencari Kerja
Ini
sudah bagus! Dari terperap duduk di rumah tidak berbuat apa, baik dia mencari
kerja baru yang sesuai dengan kelayakan yang diperolehi. Meneliti satu demi
satu pekerjaan yang disenaraikan dari kotak kecil yang tertera di situ. Matanya
tertancap pada iklan yang diletakkan di paling bawah sekali. Iklan kerja di
syarikat itu lebih besar berbanding iklan lain. Dia macam pernah dengarlah nama
syarikat ni. Tapi dimana erk?
Mungkin
syarikat ni terdesak sangat nak cari pekerja kut.detik hatinya. Diteliti setiap
description yang diletakkan ke dalam
iklan itu. Syarikat itu memerlukan coordinator
dibahagian production untuk
percetakan buku dan sumber-sumber lain.
Mungkin
ini peluangnya untuk mencari pengalaman baru dan melupakan kenangan lama!Dengan
semangat yang ada untuk bekerja, dia bangun dari sofa tiga berangkai itu. Apa
yang diperlukan sekarang adalah mengambil pen dan kertas lalu terus mencatit
nombor telefon yang tertera didalam iklan itu. Kalau koyakkan nanti, tak
pasal-pasal kena marah pulak pagi ini dengan ibu. Baru beli, dah kena
koyak.Hmm…
Setelah
selesai mencatit nombor itu, dia simpan didalam poket seluarnya. Sekarang, dia
mahu fokus ke televisyen. Menonton rancangan kegemarannya.
Ikutkan
hatinya, dia ingin mengajak Rayyan bekerja sekali dengannya, dapatlah Rayyan
menghantar dan membawanya pulang. Tidak perlulah dia bersusah payah menaki
pengangkutan awam.
Rayyan?
Itulah sahabat yang dia ada kini. Harap persahabatan diantara mereka akan
berkekalan dan akan setia berdua.
Entah
kenapa, hatinya berdebar-debar tatkala Rayyan mengenggam tangannya di lorong
sunyi dua hari lepas. Jiwanya tak menentu. Dia rasa seronok apabila tangannya
dipegang Rayyan. Jika boleh, dia mahu Rayyan memegang tangannya buat
selama-lamanya. Namun, dia tahu. Sebagai seorang islam, dia perlu mematuhi
syariat yang ditetapkan dalam islam dan dia tidak boleh langgar peraturan itu.
Dhia
mengepal tangan kanannya lalu dibawa ke dada. Dia ras jantungnya berdegup
kencang apabila nama Rayyan terbit di dalam hati. Takkan dia mula suka pada
sahabat sendiri kut? Tersengih-sengih dia sendiri.
Apapun,
dia tekad untuk mencari kerja dan membawa perubahan baru dalam kehidupannya
setelah bergelar janda. Dia perlu buktikan pada Muzaffar yang dia seorang
perempuan yang kuat dan rabah menghadapi dugaan hidup!
****
Rayyan
bertemu Adam Muhaimen di kedai Ice
Blended kegemarannya. Ada perkara yang dia perlu tahu dari rakan
universitinya itu. Mengenai perempuan yang telah membuatnya terpaut secara
tiba-tiba di lorong sunyi dua hari lepas, tempat dimana berlangsungnya racing
diantara rakan-rakan lamanya.
“Kau
nak minum apa?”soal Rayyan pada Adam tatkala pelayan restoran itu datang ke
meja yang mereka duduki. Dia melihat menu yang tertera diatas meja itu. Air
yang disediakan kedai ini memang sedap.
“Bagi
saya Chocolate Oreo satu ye. Tambah pearl sekali.”balas Adam. Mata lelakinya tertunak pada pelayan
wanita itu sambil bibirnya menguntum senyuman. Pelayan wanita itu membalas
senyuman Adam lalu dihalakan pandangannya kearah Rayyan.
“Baiklah.
Encik ini pulak?”
“Emm..bagi
saya yang sama macam dia lah. Chocolate
Oreo. Cuma jangan letak pearl
ye.”jawab Rayyan. Menu yang berada ditangannya diserahkan kepada pelayan wanita
itu. Disertakan sekali wang tunai RM50. Pelayan wanita itu agak terkejut
diberikan wang sebanyak itu. Namun, hanya sepatah yang Rayyan jawab…Keep the change! Biasalah, cucu nenek
yang kaya. Duit senang aje keluar masuk. Sesudah itu, pelayan wanita itu
berlalu dari situ. Adam memandang tepat wajah Rayyan.
“Kau
nak apa jumpa aku pagi-pagi ni nak buat apa?”
“Aku
nak cakap dengan kau pasal someone
ni.”
“Someone? Adam pelik. “Perempuan ke?”
Rayyan
tersengih-sengih. Ulat bulu dah naik daun. Perangai gatalnya dah muncul balik!
“Mestilah. Aku nak kenal dengan perempuan ni la. Aku baru jumpa dia dua hari
lepas masa aku tengah menari kat atas bumbung kereta tu. Cantik siot perempuan tu.
“Perempuan
yang mana?Masa aku ada kat sana, ramai jugak member kita yang bawa awek
masing-masing. Kau ingat lagi tak muka awek tu macam mana?
Aku
tak perasan sangatlah masa tu sebab aku menari kat atas bumbung kereta. Tengok
wajah dia dari jauh ajelah. Tapi muka dia memang sweet sesangat. Buat hati aku tertawan aje.
“Ala, kau ni. Tak adalah ramai sangat.
Perempuan tu rambut dia panjang tapi dia ikat satu.”
“Semua
perempuan yang datang hari tu kebanyakkannya berambut panjang. Cuba kau ingat
balik yang mana satu? Sebab malam hari
tu, aku tak join kau menari kan? Aku duduk kat tempat lain.
“Aduh…macam
mana aku nak beritahu kau ye? Aku pun dah lupalah rupa dia.”Rayyan menongkat
dagu. Memikirkan bagaimana gaya gadis itu.
Tatkala
Rayyan sibuk memikirkan tentang gadis itu, pelayan wanita tadi datang membawa
minuman yang ditempah mereka berdua. Dia mula duduk menegak. Senyuman nipis
dihadiakan kepada pelayan wanita itu. Dengan penuh hati-hati, pelayan wanita
itu meletakkan dua minuman itu diatas meja. Rayyan dan Adam masing-masing
mengucapkan terima kasih. Seraya itu, pelayan wanita itu berlalu dari situ
dengan senyuman manis.
“Hah!”
Rayyan mengetip tangannya. Baru dia ingat gaya gadis itu pada dua malam yang
lalu.
Adam
terkejut sedikit. Baru nak kacau Chocolate
Oreo ni guna straw, Rayyan pulak
mengejutkannya.
“Aku
baru ingat! Tak salah aku, gadis sweet
tu pakai cekak butterfly kat kepala.
“Cekak
butterfly?”Adam berfikir sejenak.
Setahunya, gadis yang bercekak butterfly
ni tak salah aku Nur Imani, member awek aku. Aik? Takkan kawan aku ni minat
perempuan kabaret kut?Biar betul dia ni.detik hatinya.
“Kau
tahu ke tak ni?”soal Rayyan tidak sabar.
“Aku
nak cuba ingatlah ni.”balasnya sambil mengerakkan jari di dagunya. Padahal dia
kenal sangat perempuan itu. Siapa yang tidak kenal perempuan yang menyanyi
dikelab malam pada setiap hari Isnin hingga Sabtu? Dia acapkali pergi ke kelab
yang dinyanyikan gadis itu bersama Natasha, aweknya semata-mata untuk mendengar
suaranya yang klasik itu. Natasha yang memperkenalkan Nur Imani sebagai
penyanyi kelab malam itu.
“Hesy,
kau ni. Lama betul nak bagi jawapannya.”rungut Rayyan.
Adam
merenung kawannya tajam. “ Aku kenal dengan gadis tu. Dia kawan awek aku. Dia
guru sekolah rendah.”terpaksalah Adam berbohong. Bukan dia tidak tahu. Rayyan
tidak suka dengan perempuan kabaret ini. Low
class katanya. Tapi, bagus jugak kalau Rayyan minat kat gadis tu. Tak
adalah asyik nak melilau mata memandang gadis-gadis yang cantik. Inilah
peluangnya untuk membuat Rayyan berubah perngai playboynya dari meminati perempuan disekelilingnya kepada lelaki
yang taat setia pada seorang gadis.
Rayyan
membuat muka teruja. “ Yeke? Itu yang best. Dapatlah dia didik aku dan anak aku
nanti.”Adam mengangkat kening. Biar betul member aku ni?
“Eeh,
kau dengan dia belum kenal lagi, dah pandai nak cakap pasal anak. Kau ni dah
angau sangat ke kat gadis tu?
“Hehe…aku
rasa aku dah suka kat that girl lah.”Rayyan
tergelak kecil. Malu-malu segan. Sambil tersipu malu, dia menghirup air yang
tidak disentuh tadi.
“Amboi,
kau ni. Cakap suka aje. Bila jumpa gadis lain yang lagi cantik dari Nur Imani
tu, kau lupakan gadis tu pulak.”
Rayyan
memuncungkan muka. Dia baru nak cakap pada Adam yang dia nak berubah jika dia
dapat mengenali gadis itu. Tahulah dia yang Adam tak suka dengan sikap playboynya.
“Haa…buat
muka macam tu. Aku lesing karang mulut kau tu.”ugut Adam. Rayyan mengetap
bibirnya.
“Apa
yang aku cakap ni betullah. Takkan aku nak main-main pulak. Aku serius tau.”
“Yeke
ni?Adam mengangkat kening. Tanda was-was dengan kawannya.
“Kau
nak aku lesing kepala kau pulak ke?”Rayyan mengangkat tangan.
Adam
tergelak kecil.”Hehe..Tak nak…tak nak. Aku tahu kau luku kepala mengalahkan
penukul kat rumah aku.”
Rayyan
ketawa berdekah-dekah. Ada-ada aje kawan dia ni. “ Dah tu, yang kau tak percaya
dengan aku kenapa?”
“Bukan
aku tak percaya, tapi aku tengok sikap kau tak berubah lagi. Mata tu tak boleh
tengok perempuan cantik sikit, terus nak minta nombor telefon.”
“Ala,
aku cuma nak kenal-kenal dengan diorang aje. Bukan sampai ke tahap
bercintan-cintun. Kau ni pun, aku nak berubah…kenalah slow-slow dulu.”
“Habis
tu, kalau gadis yang kau nak kenal sangat tu setakat nak berkenalan ke atau nak
jalinkan hubungn lebih serius?
Rayyan
kembali membuat muka tersengih-sengihnya. Chocolate
Oreo yang tinggal separuh itu dikacau berkali-kali. “Aku rasa aku seriuslah
nak berkenalan dengan dia. Lagipun umur aku ni dah sesuai jadi ayah orang. Kalau
dia sudi nak berkenalan dengan aku, aku janji aku takkan kacau perempuan lain
lagi.”Tekad Rayyan penuh semangat.
“Betul
ni? Aku tak nak dengar janji palsu.”
Rayyan
mengangkat tangan kanannya. Lembut jawapannya.“Betul! I swear. Bedahlah jantung, x-ray lah hati kalau tak percaya
lagi.”Adam mula ketawa berdekah-dekah melihat mimik muka Rayyan yang seakan
lelaki lembut itu
“Aku
percaya…aku percaya. “Adam menghentikan gelaknya. Dahlah, tak payah buat muka
toya kau tu. Tak pasal-pasal gadis cantik lari bila kau buat macam itu. Tak
senonohlah kau ni.”sambungnya lagi.
Mata
Rayyan melilar melihat orang yang lalu-lalang dikedai ini. “Tak ada orang
pandang kan?” Dia mula membuat muka serius.
“Ehem..ehem.
Sorry-sorry. Aku over sikit tadi. Air aku dah habis ni. Jom lepak kat tempat
lain.”Sudah tiba masanya, dia beredar dari situ. Duduk lama-lama disitu, panas
punggungnya nanti.
“Bagus
jugak cadangan kau tu. Aku pun malas nak duduk lama-lama kat sini. Apa kata aku
bawa kau jumpa Nur Imani nak tak?”Tiba-tiba idea itu datang tanpa dipinta.
Mereka
berdua serentak bangun dari kerusi yang diduduki. Adam merapati Rayyan.
Berjalan seiringan meninggalkan kedai Ice
Blended itu.
Apabila
Rayyan mendengar sahaja nama Nur Imani meniti keluar dibibir Adam, matanya
bersinar-sinar. Dipaut bahu rakannya. Adam rasa geli. Sukalah tu bila dengar
nama perempuan yang dia suka!
“Kita
nak jumpa dia? Really?”
Adam
hanya mengangguk. Geram pulak dia melihat sifat Rayyan yang penuh keterujaan
itu. Macam tak pernah jumpa perempuan setahun!
“Yang
kau paut bahu aku kuat-kuat ni, tak malu ke? Orang tengok tau! Nanti diorang cop aku dengan kau gay.
Eeii..tak nak aku.”ditepis bahu Rayyan dengan selambanya. Rayyan
tersengih-sengih bagai kerang busuk.
“Kau
ni, nak bengang sangat apasal? Relaxlah,bro.
Aku paut bahu kau sebab aku tak sabar nak jumpa Nur Imani tu. Mesti wajah dia
lagi cute dari dua hari lepas. Tak sabar aku nak jumpa dia.”Mengeleng-geleng
kepala Adam melihat telatah Rayyan yang keanak-anakan itu. Tak ada ciri-ciri
maskulin langsung Rayyan sekarang ini.
Mereka
berdua akhirnya sampai juga ke tempat letak kereta kedai Ice Blended itu. Masing-masing masuk ke dalam kereta. Kereta Rayyan
yang bersebelahan dengan Adam memudahkan mereka untuk berhubung lebih lanjut. Rayyan
segera membuka cermin tingkap keretanya. Adam yang berada sebelah kanannya
turut membuka cermin tingkap tetapi disebelah kiri.
“Kau
gerak dulu. Aku ikut kau dari belakang.”pohon Rayyan seraya dia membuka enjin
kereta. Menderum bunyi eksoz Mitubishinya.
Sengaja dia memakai kereta itu hari ini. Mahu nampak lebih powerful dimata perempuan yang melihatnya. Hendak memakai kereta Volvo, dia rasa nampak terlalu eksklusif
dan formal sangat.
“Okay…okay! Adam menunjukkan ibu jarinya
kepada Rayyan. Tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Rayyan. Keretanya mula
mengundur ke belakang. Rayyan hanya memandang sekilas pemergian Adam. Dia hanya
menanti untuk meneruskan perjalanan. Cermin mata Emporio Armani dipakai dengan
penuh gaya maskulin. Sempat lagi dia memandang side mirror untuk memastikan rambutnya rapi. Di touch-up rambutnya
dengan menaikkan sedikit pacak agar terserlah kekacakannya.
Setelah
Adam berlalu pergi, dia segara mengerakkan keretanya dan pantas mengikuti Adam
dari belakang kereta kawannya.
Tak
sabar betul aku nak jumpa dia!katanya seorang diri. Penuh teruja.
****
Dalam
kereta, Adam memandang cermin atas. Melihat Rayyan yang mengikutinya dari
belakang. Peluang yang ada ini, dia perlu menelefon Natasha. Hanya aweknya yang boleh membantu dia setakat
ini.
Tangan
kanannya kukuh memegang stereng kereta sementara tangan kirinya menyeluk poket
seluar yang mengandungi telefon bimbit.
“Tasha
sayang…Bee ni.”ucap Adam manja
setelah Natasha mengangkat panggilannya.
“Bee!
Bee kat mana ni? Sayang tunggu tau. Kata nak teman sayang pergi shopping dengan
Imani. Tak datang pun?”rungut Natasha sambil diiringi dengan rengekan manja.
Biasalah, orang tersayang tiada disisi untuk menemankan dirinya, memang sikap
manja akan muncullah. Terasa jugak ingin dihargai. Sekarang ni, dia berada
bersama Nur Imani dirumah. Menunggu ketibaan Adam datang ke rumahnya dan
mengambil mereka berdua shopping di
Bukit Bintang.
“Sayang…so sorry. Bee bukan tak nak datang. Bee
ada temujanji dengan Rayyan Zikri ni.”balasnya perlahan.
“Rayyan
Zikri? Yang menang race tu ye? He’s was a great man!”puji Natasha tanpa
berselindung. Dia pernah bertemu Rayyan Zikri sebanyak dua kali. Itu pun Adam
yang memperkenalkan dirinya. Jika hendak dibandingkan dengan Adam, Rayyan Zikri
lebih maskulin dan kacak. Teringin dia membuat match-maker diantara Rayyan
Zikri dan Nur Imani. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Boleh jugak jika
mereka menjalinkan hubungan. Daripada membiarkan Nur Imani bersendiri dan tiada
teman, baik dia membantu Nur Imani mencari teman baru dan boleh menghilangkan
rasa sunyi. Rayyan Zikri adalah lelaki terbaik yang perlu diperkenalkan kepada
Nur Imani. Namun, adakah Adam dapat membantunya?
“Tengoklah
kawan siapa.”ucap Adam dengan bangga. Dia tidak perlu cemburu apabila Natasha
memuji Rayyan. Baginya, itu hanya pujian. Dia tahu Natasha mencintainya. Dan
dia tidak perlu membuta tuli cemburu terhadap kawan sendiri.
“Bee
bila nak datang ni? Sayang tak tahan nak pergi shopping ni.”rengeknya lagi.
Adam
tersenyum nipis. Shopping aje kerja awek aku ni. Macam tak ada benda lain. “
Sayang, Bee ada kat dalam kereta ni. Bee ingat nak pergi rumah sayang lepas ni.
Dengan Rayyan Zikri. Boleh tak?”
Natasha
menjadi teruja. Matanya bersinar-sinar. Rayyan Zikri nak datang rumah dia? Wow!
Ini peluang baik untuk dia memperkenalkan Nur Imani kepada Rayyan Zikri.
“Betul
ni, Bee? Wow! I’m so impressed!
Dapatlah Tasha dengan Imani tengok muka dia dengan lebih dekat. Mesti hensem
terlebih ni!.”ujar Natasha dengan girang sekali. Terangkat badannya apabila
Adam menyatakan yang Rayyan Zikri akan datang ke rumahnya.
Nur
Imani yang sedang duduk diatas sofa sambil mengunyah keropok Twisties tersentak apabila namanya
disebut.
“Tapi
Sayang kena tolong Bee sebelum Bee sampai ke rumah Sayang. This is very-very important!”
“Important?”kening
Natasha terangkat sedikit. Nur Imani yang berada disebelah berkata dengan nada
perlahan didepan Natasha. “Kenapa?”
Natasha
mengangkat tangan kanannya di bibir. Menyuruh Nur Imani senyap. Nur Imani akur.
Dia duduk kembali menikmati makanan ringan tadi. Sambil mengunyah, matanya
memerhatikan Natasha bercakap.
“Sayang
kena pakaikan Nur Imani baju yang lawa dan cantik. Buat hati Rayyan Zikri
tertawan.”
“Memang
Imani dah pakai baju yang cantik pun. Seksi lagi tu.”jawab Natasha dengan
selamba.
“Bee
tak nak! Bee tak nak Nur Imani pakai yang seksi-seksi tu. Sayang pakaikan dia
baju yang sopan-santun sikit. Macam yang dia pakai masa kat lorong sunyi tu.”
“Oh,
yang tu ke? Okay…okay. Nanti Sayang
beritahu Imani. Abang dah sampai kat mana tu?”
“Bee
kat Highway Jalan Sri Permaisuri.
Lagi sepuluh minit Bee datang. Suruh
Nur imani cepat sikit ye. Rayyan ada kat belakang kereta Bee ni.”ujar Adam
sedikit gopoh.
“Yeke?”Mata
Natasha terbeliak. Dia memandang Nur Imani dengan perasaan gelisah.
“Betullah,
Sayang. Bee nak tutup telefon ni.
Nanti kita borak lagi ye bila Bee dah
sampai rumah Sayang. Bye-bye ,sayang.
Love you.”
“Bye-bye, Bee. Love you too.”Sebuah
kucupan dihadiahkan ke cermin telefon itu. Adam yang mendengar kuncupan itu
membalas juga dengan membuat perkataan muah sebelum menutup telefon dengan
senyuman lebar di bibir.
Adam
meletakkan telefon di atas dashboard keretanya.
Dia meneruskan perjalanan dengan senang hati. Hatinya lapang. Dapatlah dia
menyembunyikan identiti Nur Imani. Rayyan Zikri! Maafkan rakanmu kerana
terpaksa menipu untuk membuat kau berubah perangai playboynya.
***
“Siapa
Rayyan Zikri tu?”soal Nur Imani ingin tahu. Apabila namanya disebut Natasha
tadi, dia tergerak hatinya untuk mengetahui siapakah lelaki itu. Tadi dia
dengar Natasha cakap pasal race.
Lelaki yang menari kat atas bumbung kereta dua hari lepas ke? Yang padang muka
aku tak berkelip tu? Kalau lelaki itu, memang aku suka giler-giler lah! Hensem siot!
Natasha
meloncat kegembiraan. Membuatkan Nur Imani tergelak kecil dengan teman
serumahnya.
“Kau
kenapa ni? Gembira sangat aku tengok. Adam nak sampai dah ke?”
Natasha
memegang kedua bahu Nur Imani. “ Kau nak tahu, Rayyan Zikri…yang race kat atas bumbung kereta masa menari
tu dia nak datang rumah kita.”suaranya ceria sekali.
Tepat
tekaan Nur Imani bahawa Rayyan Zikri itu yang menari kat bumbung kereta dua
hari lepas. Dia nak datang sini? Wow! Aku kena pakai cantik-cantik ni. Biar dia
terpikat dengan aku.”monolognya dalam hati. Gembira tidak terkata.
“Wah!
Ini yang best. Lelaki hensem tu.”Nur Imani pulak yang teruja.
“So,
aku nak kau ikut aku naik atas, cari baju yang sesuai dan sopan-santun. Biar
dia tahu kau ni gadis yang layak dan sepadan nak bergandingan dengan dia.
Rayyan Zikri tu cucu orang kaya tau. Kau kena pikat hati dia. Jangan bagi dia
lepas. Tawan hati dia sebagaimana kau tawan hati penonton kau kat kelab,
faham?”jawab Natasha dengan tegas. Dia tidak mahu Nur Imani kesunyian lagi.
Nur
Imani mengangguk pantas. Tersenyum lebar dia ketika ini.
“Sekarang
ni, kau ikut aku naik atas. Cari baju yang sopan sikit. Bukan macam ni.”Natasha
meneliti seluar yang dipakai Nur Imani. Short pants itu memang terlalu pendek.
Kalau Rayyan Zikri nampak, terbeliak pulak mata dia tengok. Nanti dia tak
percaya pulak yang Nur Imani ni guru sekolah rendah.
“Okay.
Aku tukar. Kau carikan untuk aku baju yang sopan sikit. Jomlah, nanti dia
sampai. Aku tak sabar ni!”luah Nur Imani tidak sabar. Natasha tersenyum simpul.
Mereka
bergandingan mengorak langkah menuju ke tingkat atas. Rumah dua tingkat ini
riuh dengan dua suara yang penuh teruja.
BERSAMBUNG :D....
smbng lgi..
ReplyDeleteinsyallah..akk akn smbung nnt ;)
DeleteBest.....
ReplyDeleteKesian pula kat Rayyan kena tipu hidup2....
nak buat mcmana atiza..rayyan kne tipu hidup2 ngn kwn rpat sndiri..
Delete