OLEH : NUR DAEYA
Hati Dhia melonjak kegembiraan saat mendapat panggilan dari
operator syarikat yang dia hubungi semalam.Dia menjadi teruja untuk
ditemuduga.Sebelum ini, dia tidak pernah melakukan temuduga.Muzaffar yang
membantunya bekerja dibawah pengurusan Puan Kamelia.Teringin juga untuk
ditemuduga dihadapan pegawai yang bertugas.
Walaupun begitu, kegembiraannya tidak kekal lama.Dia terlupa
tentang satu benda yang penting untuk berhadapan dengan pegawai bertugas itu
nanti. Resume! Macam mana ni? Takkan kena pergi rumah bekas suami aku kut?Dhia
mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dahlah dia malas lagi nak jejakkan kaki kat
rumah tu. Kalau jumpa bekas ibu mertua, tak pasal-pasal kena sound direct!
Apatah lagi si perampas suami orang tu, Mariana!
Nak kena cakap dengan Rayyan ke pasal resume sendiri kat rumah
Muzaffar? Aduhai, dugaan…dugaan…
“Aik? Tadi ibu tengok dari jauh muka tu gembira aje bila letak
telefon. Dhia dapat kerja erk?”soal Puan Suria sambil menatap seraut wajah
anaknya yang mencuka.
Dhia mengangguk. Wajahnya tidak menunjukkan kegembiraan.
“Dah tu, kenapa muka anak ibu ni masam aje?Ada yang tak kenalah
tu!”sambung Puan Suria lagi. Dia membawa Dhia duduk di sofa.Digenggam erat
tangan anaknya.
“Hmm…”Dhia mengeluh.
“Hah! Tengok anak ibu ni. Mengeluh aje bila muka masam.Senyum sikit
tak boleh ke? Ibu sedihlah anak ibu ni masam aje.”Puan Suria sedikit
marah.Bukan marah betul-betul. Marah-marah sayang…
“Ibu…”Dhia mengenggam pula tangan ibunya. Puan Suria tersenyum.
“Cakaplah, kenapa masam muka ni?”
“Ibu…Dhia kena pergi temuduga hari Isnin minggu depan.”katanya
dengan berterus-terang.
Puan Suria tercengang.Terbuka mulutnya sedikit. “ Dhia nak pergi interview? Dhia nak kerja balik ye?”Allah telah memakbulkan doanya.Tak
sangka Dhia ingin bekerja kembali. Dia berharap kegembiraan dalam diri Dhia
akan bercambah semula dan melenyapkan kedukaan selepas bergelar janda baru-baru
ini.
“Ya, ibu. Dhia rasa nak pulihkan balik diri Dhia yang agak
tunggang-langgang ini dan Dhia perlukan keizinan dari ibu sendiri untuk…”terhenti
ayat Dhia disitu. Ayat seterusnya mampu membuatkan ibunya marah dengan dia.
Dhia tahu, ibunya tidak suka dia menjejakkan kaki ke rumah yang penuh dengan
manusia yang bertopengkan iblis. Tapi, apa boleh buat? Dia perlukan sangat resume itu! Tanpa resume itu, dia tidak mampu menunjukkan pengalaman dan kejayaannya
dalam bidang pelajaran kepada pegawai yang akan menemuduganya nanti.
Semalam dia telefon dan khabarkan kepada operator yang bertugas bahawa dia mempunyai pengalaman sebagai coordinator dibahagian production. Jika tidak dibawa resume yang lengkap, malulah dia! Mana
nak letak muka ini.
Puan Suria meramas rambut anaknya lembut dan penuh kasih
sayang.“Dhia, ibu izinkan Dhia bekerja.Ibu takkan menghalang Dhia dari membuat
perkara yang baik.Kerjalah selagi terdaya. Asalkan niat Dhia itu ikhlas dan
mampu membawa Dhia ke tahap yang membanggakan orang sekeliling Dhia.”ungkapan
ayat dari ibunya membuatkan Dhia sayu sedikit. Bukan ini yang dia mahu ibu
katakan padanya.
“Ibu!!”Dhia terus memeluk ibunya.
Puan Suria tersentak.
“Eh, sayang. Kenapa ni? Ibu kan dah bagi keizinan. Dahlah, Dhia tak
payah risau. Ibu doakan dari jauh.”Puan Suria mengusap rambut Dhia dari atas
hingga ke akhir rambut. Menenangkan anaknya.
Bertambah erat Dhia memeluk ibunya. Ya Allah! Harap ibu kasi aku
pergi rumah jantan tak guna tu.
“Ibu, Dhia tahu ibu bagi izin Dhia pergi kerja, tapi Dhia nak
beritahu ibu yang…”kelu lidahnya untuk berkata.
“Dhia nak pergi rumah Muzaffar
ambik resume.”Dia masih tidak berganjak dari memeluk ibunya.Dia tidak mahu memandang
wajah ibunya saat ini.Dia takut kena marah dengan ibunya.
Puan Suria terkejut. Dhia nak pergi rumah Muzaffar ambik resume?
Bahaya ni! Tak pasal-pasal anak aku kena tampar pulak dengan Muzaffar.
“Ibu tak izinkan!” Puan Suria bernada tegas.Dilepaskan pelukan
Dhia. Memang pantang dirinya apabila menyebut nama yang membuatnya marah
memuncak! Dia bangun sambil mulutnya merengus tidak puas hati.Dia berpeluk
tubuh menghadap dinding putih bersih itu.Tidak memandang anaknya langsung.
Dhia terkedu. Kan betul apa yang aku fikirkan. Mesti tak bagi
punya!
Dia bangun dari situ dalam keadaan sedikit lemah.Dihampiri ibunya
yang telah menunjukkan protes terhadapnya.Bab pujuk memujuk ni yang aku lemah
sekali. Aduh! Cara macam mana lagi nak yakinkan ibu supaya dia bersetuju.
“Ibu..”Ini sahaja cara yang ada. Memeluk ibunya dari belakang dan
meletakkan mukanya diatas bahu.
Puan Suria menarik nafas. Pelukan anaknya.
“Ibu tetap tak izinkan! Puan Suria melepaskan pegangan anaknya dan
beralih tempat. Dhia mengeluh. Mukanya memandang ibunya.
“Ibu, please. Fahami Dhia untuk kali ini sahaja.Dhia pergi rumah
Muzaffar bukan untuk suka-suka. Dhia just nak ambil balik resume Dhia. Itu
aje.”pohon Dhia bersungguh-sungguh. Cuba menyakinkan ibu bukannya perkara
senang.Walaupun ibunya lembut diluar, dalamannya terlalu keras untuk
diyakinkan.Sekali dia berkata ‘tidak’, sekali itulah dia berpegang teguh pada
janjinya.
“Ibu dah cakap banyak kali yang ibu tak suka Dhia pergi rumah
jantan tak guna tu. Resume Dhia tak ada kat rumah ini ke sampai tercari-cari
sampai ke sana?”sedikit tinggi suara Puan Suria. Dia menoleh ke
belakang.Pandangan tajam ditujukan kepada anaknya.Dhia mengetap bibir.
“Semua barang Dhia masih lagi tinggal kat rumah tu termasuk resume.
Dhia nak minta tolong ibu, berilah Dhia peluang untuk pergi ke rumah itu. Dhia
tak kisah mereka nak maki, kutuk atau apa yang boleh menyakitkan hati Dhia,
Dhia tak kisah. Janji Dhia dapat resume tu.”
“Dhia sedar tak apa yang Dhia cakapkan ni? Dhia tahu tak, semua
orang kat dalam rumah itu dah jelas-jelas tak suka Dhia datang situ lagi?Ibu
tak rasa Muzaffar masih simpan barang Dhia. Entah-entah dah kena buang dalam
tong sampah!”
“Dhia sedar,ibu. Dan Dhia sanggup redah apa jua cemuhan yang
menimpa diri Dhia asalkan Dhia dapat resume itu dan Dhia boleh bekerja dengan
senang hati. Dhia janji, Dhia takkan pergi keseorangan. Rayyan akan pergi
bersama Dhia. Dialah kekuatan Dhia untuk berhadapan dengan tiga orang manusia
kat dalam rumah itu.”
“Ibu tak nak cakap pasal hal ini lagi. Ibu takkan benarkan Dhia
pergi rumah itu lagi. Dhia pergi rumah tu, jangan harap ibu akan cakap dengan
Dhia sampai bila-bila!”arahan tegas dari ibunya menyentapkan hati Dhia. Puan
Suria naik ke atas tanpa memandang Dhia yang kaku disitu.
Terjelepok Dhia saat ibunya naik ke atas.Matanya mengalirkan
airmata jernih.Dia sedih dengan sikap tegas ibunya. Dengan siapa dia perlu
luahkan agar ketegasan ibunya akan kembali surut? Takkan dia harus meminta
pertolongan dengan Rayyan lagi?Dia sudah banyak susahkan lelaki itu.Mahu
meminta pertolongan dengan lelaki itu, dia rasa segan.
Airmatanya diseka pantas.Mungkin nenek boleh membantu dalam hal
ini.Kalau dengan nenek, ibu pasti setuju dan tidak membantah. Dia bangun dengan
satu semangat! Semangat untuk mendapatkan resume di rumah Muzaffar dan bekerja!
****
“Bolehlah nek? Dhia perlukan sangat resume tu. Ibu tak izinkan Dhia
pergi rumah Muzaffar. Dhia bukan pergi sana nak berbaik-baik dengan Muzaffar,
Dhia nak dapatkan resume tu aje. Lagipun minggu depan Dhia dah kena pergi
temuduga.”luah Dhia tanpa rasa segan kepada nenek Rayyan yang dianggap seperti
neneknya sendiri.
“Betul jugak kata ibu kamu tu, Dhia. Kalau nenek jadi ibu kamu pun,
nenek takkan benarkan Dhia pergi rumah Muzaffar. Resume tak ada pun tak
mengapa.Kerja dekat syarikat nenek tak payah resume pun.Dhia tak nak kerja
dengan Razree ke?Kat syarikat nenek, memang memerlukan coordinator.Sama dengan
kerja yang Dhia buat dulu.
“Nenek, tolonglah Dhia! Sekali ini aje. Pujuk ibu supaya Dhia dapat
pergi rumah Muzaffar.Dhia akan pergi bersama Rayyan.”luahnya lagi dengan wajah
gusar. Jika nenek nampak raut wajahnya yang sebegini, pasti nenek tidak akan
sekali-kali membantah dengan apa yang diperkatakan.
Puan Hadijah mendiamkan diri buat seketika.Dia perlu berfikir
secara realistik.Sekiranya Dhia mengetahui keadaan Muzaffar yang sekarang ini
masih lagi didalam kawalan hospital, pasti Dhia terkejut.Suasana sunyi sepi
dihujung talian membuatkan perasaan Dhia makin terdesak untuk memaksa nenek
Rayyan membantunya.
“Please, nek. Jangan berdiam diri lagi.Dhia harap
sangat-sangat.Bantulah Dhia kali ini aje. Dhia janji lepas ini Dhia tak akan
minta pertolongan dari nenek lagi.”
“Nenek akan bantu Dhia.”
“Betul ni? Dhia tak silap dengar ke?
“Betul. Tapi nenek nak beritahu Dhia sesuatu ni.”
“Apa dia?”
Puan Hadijah menarik nafas panjang.Dhia mendengar helaan nafas
nenek ditalian. Kenapa pulak nenek ni?Ada yang tak kena ke?
“Sebenarnya, Muzaffar kena pukul dengan orang-orang nenek. Sekarang
ni, dia ada kat hospital.”
“Muzaffar ke…kena be…belasah?”tergagap-gagap Dhia menuturkan kata.Puan
Hadijah mengetap bibir.Serba-salah juga untuk dia memberitahu Dhia pasal hal
ini.Lagipun, mereka sudah bercerai. Buat apa lagi untuk Dhia tahu tentang apa
yang berlaku pada bekas suaminya. Namun, dia tidak mahu pendamkan apa yang berlaku
pada Muzaffar didalam hati. Lebih baik dia katakan pada Dhia secara menerus
supaya Dhia mengerti apa yang dia buat
selama ini untuk membantu Dhia dan Rayyan dalam mengenipikan ego yang bersarang
di hati Muzaffar.
“Ya. Muzaffar kena belasah. Tapi itu semua nenek lakukan sebab Dhia
dan Rayyan.”
“Nenek cakap apa ni?”suara Dhia sedikit meninggi. Puan Hadijah
tersentak.Sampai hati Dhia meninggikan suara padanya. Dia tak tahu ke yang
dengan siapa dia bercakap?Tapi dia tahu, Dhia pasti memarahinya kerana
bertindak sejauh itu.
“Nenek mengaku nenek bersalah. Tapi nenek buat semua ini demi
kebaikan kamu berdua.Nenek tak mahu Muzaffar ganggu kehidupan korang lagi.
Maafkan nenek sebab tak beritahu Dhia awal-awal lagi.”Puan Hadijah tunduk
menekur lantai.Dia rasa bersalah sangat. Jika Rayyan tahu, entah apalah reaksi
yang akan ditunjukkan nanti. Marah atau suka dengan apa yang dibuat.
Dhia pula yang rasa bersalah.Bersalah kerana meninggikan suara
kepada orang yang lebih tua darinya.Tapi bagus juga nenek ‘mengerjakan’
Muzaffar itu. Harap jantan keparat tu menyesal selepas apa yang nenek buat pada
dia.
“Tak payah rasa menyesal, nek. Nenek tak salah apa-apa pun. Mungkin
itu yang terbaik untuk menyedarkan Muzaffar.”
“Dhia tak salahkan nenek? Betul ni?”Puan Hadijah mengangkat
muka.Bersinar-sinar matanya apabila Dhia berkata begitu.Jadi dia tidak perlulah
terlalu risau untuk memaklumkan kepada Dhia lagi.
Dhia tersenyum. “Betul. Dhia lagi gembira nenek buat macam tu.Nenek
tak payah risau erk?Nanti nenek cakap dengan Rayyan yang Dhia dah dapat kerja
tau. Mana tahu kalau ada satu lagi jawatan kosong untuk coordinator kat sana,
Dhia boleh bantu Rayyan dapatkan kerja.”
“Bagus jugak cadangan kamu tu. Insyallah…nenek akan khabarkan pada
dia tentang temuduga yang kamu akan pergi tu”Puan Hadijah turut tersenyum juga.
“Haa..nek. Rayyan mana? Dia terperap kat dalam bilik lagi ke?”Dhia
tidak lagi memperlihatkan wajah yang sedih. Dia tahu yang nenek akan membantu
memujuk ibunya, dia tidak lagi gusar.
Puan Hadijah mematikan senyumannya. Dia mengeluh.Inilah masalah
terbaru yang meresahkan dirinya.Sejak kebelakangan ini, sikap Rayyan agak
pelik.Tidak seperti biasa-biasa. Selalunya cucunya akan bangun lambat dan merungut
sekirannya ada yang mengejutkan dia bangun dari tidur. Tapi ini lain. Dia
bangun lebih awal daripada biasa.Bila dia masuk ke bilik Rayyan menggunakan
kunci pendua, dia terkejut melihat batang tubuh Rayyan tiada diatas katil.
“Dia tak ada kat rumah. Keluar jumpa kawanlah tu.”padahal dia tidak
tahu dengan siapa dia Rayyan berjumpa.
“Aik? Dia tak cakap dengan Dhia pun yang dia jumpa kawan. Biasa
kalau keluar nak jumpa kawan, dia akan ajak Dhia sekali. Aneh, “kata Dhia
sedikit pelik. “Macam ada yang tak kena aje dengan Rayyan tu. Nenek kena siasat
mana dia pergi.”
“Nenek pun rasa aneh jugak. Dia pergi langsung tak bagi tahu
nenek.Nanti kalau dia balik, nenek tanyalah dia pergi mana. Sekarang ni, Dhia
bagi telefon ni kat ibu. Nenek nak cakap dengan ibu.”
“Haa..baguslah tu! Nenek cubalah sedaya upaya nenek supaya ibu bagi
Dhia pergi rumah Muzaffar.Kalau boleh, Dhia nak pergi esok.Lagi cepat ambil,
lagi bagus.Senang Dhia nak buat persediaan.Kejap tau, nek.Dhia panggil ibu
kejap.Nanti Dhia telefon nenek lagi ye. Sayang nenek sangat-sangat.”
Puan Hadijah tergelak kecil. Dhia…Dhia…tahu nak cepat aje.
Selelsai berborak dengan nenek, Dhia melaung nama ibunya yang masih
berada didalam bilik. Berkali-kali dia memanggil nama ibunya. Akhirnya, laungan
kali ketiganya baru pintu bilik dibuka dan kaki ibu memijak tangga turun ke
bawah.
“Ada apa?”kata Puan Suria dengan muka masam. Suaranya tegas, tidak
seperti biasa.
“Err…nenek nak cakap.”kelu lidah Dhia untuk bersuara. Janganlah ibu
tahu yang aku mengadu pada nenek pasal resume
tu.kata hatinya.
“Bak sini telefon tu.”sambung Puan Suria tanpa menghiraukan
perubahan pada wajah anaknya.
“Nah.”Dhia memberi telefon itu pada ibunya seraya dia naik ke
atas.Takut jugak melihat wajah ibunya yang masih masam itu. Marah lagilah tu.
Puan Suria memandang Dhia yang berlari anak naik ke atas. Tau
takut! Telefon segera dilekapkan ke pipi.Bercakap dengan Puan Hadijah, kenalah
sopan-santun.Wajahnya sengaja dimaniskan.
“Ada apa, Puan?”
Dhia yang masuk ke bilik bersandar dibelakang pintu bilik sebentar.Dihela
nafas panjang. “Harap-harap lepas ni ibu boleh izinkan aku pergi rumah
Muzaffar.”ngomelnya dalam hati. Tidak mahu mendengar perbualan nenek dan ibu,
dia duduk diatas katil.Telefon bimbit yang terdampar diatas katil
dicapai.Rayyan pergi mana sampai tak beritahu nenek?
****
“Bila dia nak balik ni, Adam? Lama betul aku tunggu dia balik. Tak
nampak pun batang hidung dia.”rungut Rayyan sambil mengerling jam ditangan.
Adam yang sedang membelai mesra rambut Natasha tertoleh kearah Rayyan yang
nampaknya bosan. Natasha turut sama menoleh kearah Rayyan.Mesti Rayyan bosan
tunggu Nur Imani. Dah gila bayang ke Rayyan ni?
“Kejap lagi Imani balik la tu. Biasanya hari rabu ni, ada
kokurikulum kat sekolah. Tu yang lambat balik.You sanggup ke tunggu dia sampai
lewat petang?”celah Natasha. Satu lagi penipuan yang dilakukan olehnya.Adam
yang berada disitu berasa serba-salah sebab satu lagi penipuan berlaku hari
ini.Pandai betul teman wanitanya mereka cerita.
“Alamak!Dia ada kokurikulum kat sekolah?Kenapa you tak beritahu
I?Penat tau I tunggu dari pagi sampai petang.Patutnya you maklumkan pada I
awal-awal.Kalau I tahu, baik I balik rumah.”rengusnya sambil mengangkat tubuh.
Dia tidak betah untuk duduk disitu lama-lama. Buat apa duduk disitu tanpa
melihat insan yang makin mendapat tempat dihatinya. Haishh..baru nak tengok
muka dia, dia tak ada pulak.
“I baru aje dapat mesej dari dia tengah hari tadi.Sorry, I lupa nak
cakap pada you.”katanya perlahan.
“Memanglah you lupa nak cakap pada I sebab Adam ada kat sebelah
you. I yang ada kat tepi Adam pun you macam nampak tak nampak aje.”dengusnya
geram. Suaranya Dia berpeluk tubuh.Adam menjeling tajam ke arah Rayyan. Bad
mood lah tu!
“Kau kenapa? Dah buang tebiat nak marah-marah awek aku ni.”Adam
pulak yang meninggikan suara.Kesal dengan sikap kawannya yang sesuka hati
memarahi teman wanitanya.
“Dahlah, aku nak blah dulu.Dulu lama-lama kat sini bukannya dapat
tengok Imani. Dapat tengok ‘benda’ lain pulak.”peril Rayyan tanpa mempedulikan
raut wajah Adam dan Natasha yang sudah berubah. Tidak lain tidak bukan,
kemesraan yang ditonjolkan mereka berdua sejak dari tengah hari tadi.
Rayyan keluar dari rumah Natasha tanpa memberi salam. Adam dan
Natasha berpandangan sesama sendiri.
Baru sahaja Rayyan menapak keluar ke pintu pagar, bunyi telefonnya
kedengaran.Tangan kanan yang mempunyai telefon bimbitnya diseluk lalu dibuka.
Dhia?Rayyan menatap cermin telefonnya. Mesti ada hal yang nak dia
beritahu aku ni. Diangkat telefon itu sambil kakinya bergerak meninggalkan
perkarangan rumah Natasha.
“Haa, Dhia. Kau nak apa telefon aku petang-petang ni?”katanya
dengan nada tidak berpuas hati. Bengang pada Nur Imani yang tidak memberitahu
tentang kokurikulum di sekolah membawa ke Dhia. Dhia apalagi, pelik dengan
sikap Rayyan yang seakan-akan tidak suka dia menelefon.
“Kau pergi mana?Tak bagi tahu aku pun yang kau keluar.Nenek risau
tau tak?”
“Ala…aku dah besarlah.Aku keluar ke aku tak balik rumah ke, itu
urusan aku.”
Dhia menjadi pelik.Apa kena dengan mamat ni?
“Kau ni kenapa? Tetiba nak marah-marah ni. Aku ada buat salah kat
kau ke?”kata Dhia sedikit merajuk.
“Hmm…Dhia. Sorry. I’m not in the mood. Aku datang rumah kau nak
cakap sesuatu boleh?”
“Okay jugak tu. Aku pun ada benda nak cakap dengan kau. Tapi aku
nak kau datang dengan muka yang manis tau. Kau marah kat aku, aku tak nak kawan
kau lagi.”ujar Dhia sedikit tegas.
“Yelah…yelah.Aku janji aku tak marah-marah.Aku kan sayang kau, buat
apa aku nak marah kau.”pujuk Rayyan. Jika Dhia tidak berkawan dengannya, dengan
siapa lagi dia harus meluahkan apa yang tersirat dihatinya. Baginya, Dhia lah
sahabat sejatinya.
“Kan bagus macam tu.Aku pun sayang kat kau jugak.Cepat tau
datang.Aku tunggu.”ujar Dhia manja. Jantungnya berdebar-debar apabila Rayyan
berkata begitu padanya. Sayang?Semestinya dia sayang pada Rayyan.Tapi dia tidak
tahu, sayang yang macam mana kerana semenjak Rayyan bersamanya dibilik dia
sewaktu di Melaka, hatinya seakan terpaku melihat mata redup Rayyan.
Ah, hati! Janganlah kau menaruh perasaan pada sahabat sendiri.
P/S : Tak mengapalah kalau cerita kali ni x best pun..Eya dh buat yg trmampu aje..
Insyaallah, Eya akn edit sebaik mungkin sblum hntr kt syarikt penertbitan..tunggu...
MEMO: PULANGLAH PADAKU DI HENTIKAN UNTUK MENYIAPKAN MANUSKRIP
SEMOGA CERIA MENANTI PP NUR DAEYA KE VERSI CETAK INSYALLAH..... :) [sama-sama kita doakan]
Best... #^_^
ReplyDeleteTapi Why cepat sangat stop????
sorry y atiza..nk buat mss lpas ni..
ReplyDeletetq sgt2 sbb sdi bce.. ;)
Best!! :) hmm agak2 rayyan jatuh hati tak kat dhia??
ReplyDeleteinsyallah..suatu mse nnt, mereka akn jatuh cinta jgk.. ;)
ReplyDeletetq kak krana mmbaca.. ;)
Assalamualaikum eya.... hihi mai DJ mai semoga ceria bak pelangiii..btul kata atiza awat cepat sangat tamatkan.....??why?why? nak tunjuk protes lak Dj ini..hahaha
ReplyDeleteapa2 pun all the best dik semoga dapat siapkan Mss PP ini..
kompem ceq tahu yang rayyan mesti ngan dhia kan..kan..?? main tebak je..hahaha
waalaikumsalam kak.. ;)
ReplyDeleteeya akn buat yg trbaik..
klao ad mse, eya post lg..wlaupun skit..