OLEH : NUR DAEYA
“Adriana,
Farah, Fida! Kamu buat apa dalam bilik tu? Meh sini makan dengan ayah.”jerit
Ahmad Jamil apabila melihat ketiga-tiga anaknya tidak kelihatan di meja makan.
Isterinya sedang sibuk mengukus kuih talam di dapur.Hendak mengajak makan
sekali, dia takut tempahan itu lambat hantar pulak.Lagipun yang order kuih dari
isterinya kejap lagi nak sampai.Tidak sampai hati nak mengajak isterinya makan
sekali.Biarlah isterinya habis kerja dulu.
“Ya,
ayah. Fida keluar ni.”jawab Fida yang tergesa-gesa keluar dari biliknya. Hari
ini dia tak boleh lambat ke kilang.Bosnya akan datang untuk memeriksa
pekerja-pekerja yang bekerja di bahagian kilang.
“Aik,
Fida. Yang kamu tergesa-gesa ni dah nak pergi kerja ke? Awal lagi kan kilang
bukak?”Ahmad Jamil tersenyum melihat anak tirinya yang sedikit kelam-kabut itu
keluar dari bilik dan menuju ke meja makan.
Dengan beg sandang yang terletak
elok diatas bahu, dia rasa mungkin anaknya ada perkara penting di kilang.
“Hari ni
bos Fida nak datang kat kilang. Itu yang kena datang awal. Fida nak kena bantu
kawan-kawan Fida yang lain bersihkan apa yang patut.”balasnya sambil mengambil
cawan yang tertangkup diatas piring bulat. Jag yang mengandungi air teh susu
itu dituangkan ke dalam cawan lalu dihirup perlaha-lahan.
“Farah
tak bangun lagi?”tanya Ahmad Jamil setelah menyedari anak tiri yang bongsu itu
tidak keluar dari bilik Fida.
Fida
terdiam. Dia tidak tahu nak menjawab apa. Sepatutnya Farah mengikutnya pergi
kerja bersama namun pasal semalam ditampar kakak tirinya, adiknya terpaksa
cuti.
“Farah
batuk, bang. Dia tak pergi kerja hari ni.”sampuk Puan Farzana yang tiba-tiba
datang ke meja makan membawa baki kuih talam yang disediakan tadi. Diletak
cermat diatas meja.
Tersekat
kerongkong Fida apabila mendengar ibunya berkata begitu. Dia rasa Farah okay je
dalam bilik tadi. Siap tidur terlentang lagi.Nak kata batuk, tak ada pulak.
Ish! Ibu ni memang suka kelentong ayah.
“Dah
siap kerja awak kat dapur tu? Diaorang datang pukul berapa?”soal Ahmad Jamil
sambil menghirup air teh susu ditangan.
“Saya
rasa diorang tak datang kut, bang. Katanya ada kerja sikit kat dewan muafakat
tu.Nak buat persediaan untuk tetamu yang hadir.Abang hantarkan boleh?Nak
harapkan saya, jangan haraplah. Saya tak pandai nak bawak motor.”usul Puan
Farzana kepada suaminya.
Ahmad
Jamil tersentak. Orang yang tempah tu tak datang?Aduhai…baru nak berehat lepas
ni.keluhnya dalam diam.
“Kejap
lagi saya hantarlah.”katanya perlahan. Cawan yang dipegang diletakkan kembali
ke atas meja.
Fida
yang sedari diam dari tadi mencelah. “Ibu, ayah. Fida nak pergi dululah. Dah
lambat ni. Takut terlepas bas pulak.”Dikemaskan baju kilangnya yang berwarna
biru itu sebelum menyalami kedua-dua ibu bapanya.
“Eh,
kamu tak naik kereta kak Adriana ke? Bukan ke selalu kamu bawak pergi
kerja?”Ahmad Jamil baru terperasan yang hari ni Fida tidak mengambil kunci
kereta Myvi milik Nur Adriana yang tersangkut elok di dinding putih bersih itu.
Biasanya, Fida yang sering membawa kereta Myvi itu ke tempat kerja semenjak Nur
Adriana dimasukkan ke penjara.
“Takpelah,
ayah. Bila kakak Adriana dah balik rumah ni, saya seganlah nak guna kereta dia
lagi. Biarlah saya berdikari naik bas.”
“Apa
pulak nak disegannya? Kakak kamu jugak kan? Guna je. Nanti bila kak Adriana dah
turun bawah nanti, pandai-pandailah ayah cakap dengan kakak kamu tu.”pujuk
ayahnya.
Fida
terharu. Bertuah dia dapat ayah tiri yang memahami.Harap kak Adriana tak memaki
hamun dia bila balik nanti. Guna kereta orang tapi tak beritahu pemilik kereta
tu yang kita nak guna, siapa yang tak marah kan?
“Baiklah,
ayah. Fida pergi kerja dulu la. Jammed
pulak nanti highway tu. Ayah
jangan lupa cakap dengan kak Adriana
ye.”pesan Fida sebelum dia mengambil gugusan kunci kereta yang tersangkut elok
di dinding dan melangkah keluar dari rumah. Dia pergi dia senang hati. Ayah ada
untuk pujuk kak Adriana, jadi dia tak perlulah susah hati lagi.
***
“Huargh!!Mulut
Nur Adriana terbuka luas saat bangun dari tidur.Mengantuk tak hilang lagi
gamaknya.Tapi dia terpaksa bangun.Dia perlu menunjukkan diri pada ayah dan ibu
tiri tak guna tu yang dia sudah berubah.
Peraturan yang diamalkan dari penjara
akan digunakan sebaik-baiknya setelah keluar dari penjara. Bangun awal,
sembahyang kena jaga, sikap kena control apabila berdepan dengan orang. Haa!
Sikap kena control tu akan berlaku apabila di berdepan dengan ayahnya dan orang
yang baik dengannya sahaja. Manusia yang bertalamkan dua muka seperti ibu
tirinya dan dua anak dia yang lain tu, sikapnya tidak akan berubah malah
sikapnya menjadi lebih teruk berbanding asal.
Kain
tuala diambil ditempat gantung belakang pintu lalu disangkut ke bahu.Malas
betul nak mandi tapi dia terpaksa gagahkan jugak. Dia mahu nampak segar.
Kakinya
melangkah ke bilik air yang berada berdekatan dengan katilnya.Baru hendak
masuk, dia teringat sesuatu. Fida dengan Farah pergi kerja waktu macam ni kan?
Dia dah mula takut.Takut ayahnya dapat kesan perubahan pada muka
Farah.Mintak-mintaklah Farah dapat bagi alasan yang logik sikit.
Diorang
dah pergi kerja ke?omelnya perlahan. Tadi dengar suara Fida.Suara Farah pulak
dia tak dengar langsung. Farah cuti ke hari ni? Sebelum dia mandi, dia kena
siasat dulu samada diorang adik beradik tu dah pergi kerja ke belum.Lantas, dia
keluar tanpa belum sempat membersihkan badan.
Tanpa
turun ke bawah, dia melihat ayahnya sedang enak menjamu selera ditemani isteri
tersayang di meja makan.Eeii..apa yang dia melalut ni. Isteri tersayang? Jangan
haraplah perempuan tu nak jadi isteri tersayang. Isteri perampas adalah!
“Ayah!”Nur
Adriana bersuara riang.
Ahmad
Jamil yang sedang asyik menjamah kuih talam buatan isterinya berpaling ke
belakang tatkala suara anak perempuannya kedengaran di corong telinga. Puan
Farzana turut sama menoleh tetapi hanya seketika. Dia benci untuk mendengar
suara itu.Baik dia makan lagi bagus.
“Haa,
anak ayah! Baru bangun? Ayah panggil Adriana tadi suruh keluar makan sama
dengan ayah. Adriana buat apa kat dalam tu?”
Huh!
Mestilah tidur terbongkang dalam bilik tu.jawab Puan Farzana dalam hati.Dia
mencebik dalam diam.
“Adriana
baru bangunlah ayah. Lepas ni nak mandi pulak. Fida dengan Farah mana,
ayah?”Sebetulnya dia bukan hendak berbicara terlalu lama dengan ayahnya tetapi
dia hendak siasat betul ke tak diorang dah pergi kerja.
“Fida
dah pergi kerja. Farah pulak cuti hari ni.”jawab Ahmad Jamil dengan senyuman
manis.
“Farah
cuti? Dia tak sihat ke?”tanya Nur Adriana. Dia mengangkat kening.
“Ibu
kata Farah batuk. Tu yang tak pergi kerja hari ni.”
Nur
Adriana memandang ibu tirinya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Huh! Tak
sangka perempuan tak guna tu tipu ayah dia. Pandai betul dia cari jawapan
munasabah.
Puan
Farzana perasan Nur Adriana memandangnya namun dia tidak menghiraukan pandangan
itu.Dia makan dengan selamba.Mukanya ditundukkan sedikit.
“Ayah,
Adriana mandi dululah. Badan dah bau busuk.”guraunya. Dia cuba menukar topik
untuk masuk ke dalam dan mandi. Fida dah pergi kerja, Farah tinggal kat
rumah.Dapatlah dia bersemuka dengan dua beranak itu.
“Pergilah.
Kejap lagi turun makan ye. Ibu kamu masak kuih talam sedap tau!”puji Ahmad
Jamil. Puan Farzana tersenyum senang.Suaminya puji kuih talam dia sedap? Wow!
Ini yang buat hati dia kembang setaman ni.
“Tengok
dululah macam mana. Adriana tak suka sangat kuih talam ni. Bila makan, rasa
macam jadi talam dua muka pulak. Kat luar baik, kat dalam…masyaallah!”guraunya
lagi. Direnung ibu tirinya sekali lagi dengan cebikan dibibir.
Senyuman
gembira atas pujian suaminya mati tatkala perempuan itu menyebut talam dua
muka. Hesy! Ada jugak yang kena hempuk dengan lesung batu perempuan ni.
Memandai aje cakap kuih ni bila makan macam talam dua muka.rungut Puan Farzana
dalam hati.
“Apalah
anak ayah ni. Dahlah…pergi mandi.Nanti turun makan tau.Ayah nak siap pergi
hantar kuih kat dewan muafakat. Ada mesyuarat kat sana.”Ahmad Jamil bangun dari
tempat duduk manakala Puan Farzana masih setia duduk disitu.Dia perlu
bersiap.Jubah putih yang dipakai perlu ditukar.Takkan nak pergi hantar kuih
pakai jubah putih pulak?Nanti kotor pulak baju dia. Baik dia menukar baju yang
lebih ringkas supaya lebih senang bergerak.
Nur
Adriana mengangguk faham.Dia terus masuk ke biliknya tanpa berkata apa-apa.Baik
dia mandi dari tengok muka perempuan tak guna tu.
***
Didalam
bilik kecemasan, Wan Zubair berdiri disisi Zeril Iskandar yang sudah boleh
bangun tanpa dibantu orang lain. Cuma untuk berjalan, langkah Zeril Iskandar
masih lemah.
“Kau
kenal aku lagi kan Zeril Iskandar?”
“Takkan
aku tak kenal kau. Kau kan doktor yang rawat aku selama aku sakit ni.” Pandang
Zeril Iskandar dengan ekor matanya.Dia tahu doktor ini ada relationship dengan Nur Adriana.Masakan tidak, doktor lelaki ini
memanggil Nur Adriana sayang sewaktu dia menangkap tangan Nur Adriana
semalam.Hatinya luluh, jiwanya rapuh apabila dia mengetahui yang Nur Adriana
sudah berpunya.Baru ingin menyunting bunga ditaman, ada orang yang telah
merampasnya.Kecewa lagi dia nampaknya.Mungkin dia tiada jodoh untuk mengenali
rapat Nur Adriana.
“Kalau
kau tau aku doktor dan kau jugak tau yang diri kau tu ada penyakit, kenapa kau
masih lagi berdegil tak nak lakukan pembedahan?”soal Wan Zubair dengan sedikit
kasar nada bahasanya.
Zeril
Iskandar mengeluh.Sedikit pun dia tidak marah dengan kenyataan yang dilemparkan
doktor lelaki itu.Mesti mama dah bagi tahu doktor ini awal-awal. Kalau tidak,
takkan doktor ni boleh tahu yang dia tak nak buat pembedahan?
“Aku tak
suka pembedahan. Pembedahan menyakitkan tubuh badan aku.”jawabnya terus terang.
Wan
Zubair ketawa kecil. “Mudahnya jawapan kau! Cuma aku keliru sikit dengan jawapan
yang kau bagi tu. Kau tak suka pembedahan tapi kau suka nak mati awal kan?”kata
Wan Zubair tanpa berlapik.
Terkedu
Zeril Iskandar disitu. Mati? Doktor lelaki ni memang suka menakutkan dialah.
Ada ke patut doktor tu cakap mati depan dia. Dahlah dia sensitif bab mati ni.
Mati memang dia ingati tapi dia tak terfikir pulak yang mati ni ada kaitan
dengan pembedahan. Biasanya, bila dah buat pembedahan, selepas itu pasti akan
sihat semula. Dia bukannya tidak sukakan pembedahan cuma dia takut kesan yang
akan dialami selepas pembedahan itu. Pasti ada parut di dada setelah sihat
nanti.Itu yang membuatkan dia takut. Dadanya yang bersih tanpa sebarang cacat
cela akan mempunyai kesan parut?Ohno!
Dia tidak sanggup menghadapi saat itu.
“Aku
tahu kau terkejut dengan kata-kata aku kan? Tapi tulah hakikat yang kau kena
terima. Jika kau tak lakukan pembedahan, kau akan mati dan jika kau lakukan
pembedahan, kau akan selamat. Orang kaya macam kau ni mesti tak suka mati awal
kan?”sambung Wan Zubair lagi.
“Mulut
kau kurang ajar jugak kan?Macam manalah Nur Adriana boleh sangkut dengan kau
ni.Ish…ish…ish..”
“Kau tau
nama tunang aku? Siapa beritahu kau?”Wan Zubair pelik. Rasanya tak pernah Nur
Adriana bercakap dengan Zeril Iskandar. Ada yang dia tak tahu ke pasal mereka
ni bila dia tiada dihospital tadi?Dia mula panas hati.
Maknanya
Nur Adriana ni tunangan oranglah?Aduh…melepas…melepas.
“Aku
tahu sendirilah. Yang kau muka cemberut macam tu, kenapa? Tak suka ke aku tahu
nama tunang kau?”
“Bukan…bukan.”Wan
Zubair mengeleng kepala. Nampaknya dia perlu bersemuka semula dengan Nur
Adriana. Menjelaskan apa yang berlaku diantara tunangnya dan Zeril
Iskandar.Kepalanya sedikit rungsing.
Dia mahu berjumpa dengan tunangnya
sementara menunggu jawapan dari Zeril Iskandar. Hendak menelefon, Nur Adriana
bukannya nak onkan telefon.
“Aku
keluar dululah. Kau fikirkan apa yang aku cakapkan tadi. Kalau kau tak nak mati
awal, kau kena bersedia dari sekarang dan kalau kau fikir kau nak mati cepat
dan buat mama kau kecewa dengan tindakan kau, aku tak boleh fikir apa dah. Itu
jantung kau, aku sebagai doktor hanya mampu merawat.”jelasnya. Dia keluar
dengan perasaan hampa.
Zeril
Iskandar hairan. Takde angin takde ribut, tiba-tiba doktor lelaki ni berubah
sikap, apahal? Dia ada cakap apa-apa yang salah ke?
Matanya
memandang pemergian doktor Wan Zubair itu dengan persoalan yang perlu
dijawabnya sendiri.
Adakah
dia perlu setuju sahaja dengan pembedahan ini?
Hanya
dia yang mampu jawabnya!
BERSAMBUNG... :)
No comments:
Post a Comment