"Abang
minta maaf Mun,abang terpaksa mungkiri janji setia kita. Abang inginkan zuriat
Mun. Tapi dah hampir 6 tahun kita kahwin, Mun masih tak dapat bagi abang zuriat
sedangkan kita dah puas beriktiar. Abang betul-betul ikhlas berkahwin dengan
Kartika. Abang berjanji, abang akan berlaku adil." Pinta Johari pada
isterinya yang sudah lencun dengan air mata. Dia sedar tiada wanita yang mahu
berpoligami. Dia juga sedar yang bermadu juga bagaikan sumpahan untuk setiap
kaum wanita. Namun sebagai lelaki, dia tidak boleh menipu diri sendiri. Dia
mencintai dua wanita dalam masa yang sama.
Kartika adalah cinta pertamanya.
Namun, kerana cinta yang terhalang dek kerana orang tua Kartika menyebabkan
hubungan mereka terpaksa diputuskan. Akibat dari kekecewaan itu, Johari
mengahwini Maimun yang merupakan pilihan keluarganya. Kartika kembali semula
dalam hidupnya apabila kedua ibu bapanya meninggal dunia. Kartika juga yang
memberikan dia nafas untuk meneruskan perniagaannya yang hampir bankrap. Kini
syarikat barunya, adalah hasil budi baik Kartika padanya. Cinta mereka bagaikan
kembali tersulam. Sukar untuk menolak cinta itu kerana sudah bermukim di dada.
"Terpulang pada abang.
Mun, dah tak ada perkataan yang sesuai lagi untuk dikatakan, sebab hati Mun dah
terluka. Mun nak bercerai, Mun tak sanggup dimadukan." Pinta Maimun dengan
hati yang sangat terluka. Tergamak Kartika dan Johari mengkhianatinya. Bernikah
senyap-senyap di Thailand. Tidak menyangka kebaikan Kartika selama ini, hanya
lakonan semata-mata. Perempuan tak guna itu merampas suaminya hanya kerana dia
tidak mampu memberikan zuriat. Johari tergamam mendengarnya.
Tidak, dia sayangkan Maimun. Dia tidak sanggup
melepaskan isteri pertamanya. "Mun, jangan buat abang macam ni. Abang
cintakan Mun, abang sayangkan Mun. Abang tak ada niat nak mengkhianati Mun. Ini
semua takdir Mun, percayalah abang." Rayu Johari.
"Buat apa nak simpan Mun
lagi? Mun ni tak berguna kan? Tak boleh nak bagi abang zuriat. Mun ni perempuan
mandul! Abang jangan cuba nak berjanji, Mun rasa abang tak akan dapat berlaku
adil pada Mun. Bila perampas tu, dah berjaya bagi abang anak, abang dah tak
akan ingat Mun lagi dah. Mun tak mahu, kat akhirat nanti, abang menanggung
beban dosa ni. Sekarang, ni Mun dah tekad. Mun nak cerai juga...!
Wekkk!!!" Tiba-tiba Maimun terasa mual dan mahu muntah. Terus saja dia
berlari ke singki dan mengeluarkan segala isi perutnya.
Johari turut berasa bimbang
segera mendapatkan isterinya itu. "Mun....kenapa Mun? Mun....?"
Panggil Johari dengan cemas. Berulang kali Maimun muntah akhirnya, Maimun
terkulai kerana pengsan. Johari panik dan cemas melihat keadaan isterinya itu.
Meluru dia pada Maimun, terus sahaja Johari membawa isterinya ke klinik dengan
hati yang bimbang.
Maimun mengusap perutnya yang
belum kelihatan. Berita baik namun datang pada waktu yang salah. Dia
mengandung? Akhirnya impiannya ingin bergelar ibu akan tercapai. Namun, dia
telah kehilangan suaminya. Suaminya telah menduakannya hanya kerana dia tidak
mampu memberikan zuriat. Tapi kini, dia telah mengandung. Dia berjaya
membuktikan yang dia tidak mandul. Air mata mengalir lesu. Anak ini, anak ini
akan menjadi kekuatannya untuk berjuang dalam nafas hidup. Sesukar mana pun
langkah yang bakal diatur selepas ini, dia akan cuba menguatkan semangatnya
demi anak ini. "Mun, abang minta maaf Mun. Abang tahu abang dah lukakan
hati Mun. Tapi semuanya dah berlaku Mun. Janganlah kita berpisah, anak ni anak
kita.. abang sayangkan Mun dan anak kita. Abang minta ampun Mun, tolong jangan
minta perpisahan dari abang....demi anak ni, Mun sendiri tau kan impian
abang,"Johari merayu pada isterinya ini yang nampaknya semakin tawar hati
dengannya.
"Selepas saya melahirkan anak ni, kita
bercerai." Balas Maimun. "Mun, abang minta ampun mun...jangan buat
abang macam ni Mun. Tolonglah Mun," rayu Johari dengan hati yang sangat
pedih. Dia akan terus memujuk hati isterinya yang terluka. Betapa bahagianya
dia kerana Maimun akhirnya hamil setelah 6 tahun mereka berkahwin. Johari sedar
akan salahnya, namun dia tidak akan biarkan Maimun berundur dari kehidupannya.
BERSAMBUNG.... ;)
Besttt, x sbar nak tunggu sambungan
ReplyDeleteBEST ...
ReplyDeletesuka..suka..suka..
ReplyDelete