OLEH : LELA VANILA
“Nah!”
Tengku
Danial menghulurkan sebatang mop,sehelaikain buruk dan
sebatang bulu ayam kepada Farisya.Terkial-kial Farisya menyambut
hulurannya.Wajah Tengku Danial yang tampak tenang itu dipandang.
“Nak
buat apa semua ni bos?Kenapa bos bawa saya dekat rumah Nenda?”Soal Farisya
bertalu-talu.Matanya melilar melihat sekeliling rumah agam milik Nenda.
“Saja!”
Tengku
Danial memeluk tubuhnya sambil merenung Farisya.Sebaris senyuman nakal terbit
dibibirnya.Kening Farisya terangkat.Saja?Semalam Tengku Danial menelefon dia
katanya mahu membawanya pergi berjogging tapi tiba-tiba sahaja Tengku Danial
membawa dia datang ke rumah Nenda.Dia dapat rasakan pasti ada yang tidak kena.
‘Apalah
BMH ni cuba pikirkan.Dia nak kenakan aku lagilah tu’Farisya merenung tajam
wajah Tengku Danial yang tersenggih seperti kerang busuk.
“Bos
nak suruh saya buat apa sebenarnya ni?”
Farisya
mengecilkan biji matanya.Wajah Tengku Danial dipandang sipi.Kecil besar sahaja
dia tengok bos dia ni.
“Kenapa
awak pandang saya macam tu?”Soal Tengku Danial.Dia berkerut dahi.Farisya
membesarkan matanya semula.Gelengan diberi.
“Mak
Som tak ada hari ni.Anak dia demam panas jadi tak ada orang gaji yang nak
uruskan rumah nenda ni..Jadi kau ..”Ayat Tengku Danial tergantung
disitu.Harap-harap Farisya faham apa yang ingin dikatakannya.Tanduk
kejahatannya sudah tumbuh diatas kepalanya.Dia tersenyum sinis.Kedua-dua
tangannya dimasukkan kedalam kocek.
“Jadi
saya kena apa ni bos?”Soal Farisya pelik.Tengku Danial tersenyum sinis.Matanya
merenung Farisya.
“Bos!Tak
akanlah bos nak saya..”
Farisya
mengangkat segala peralatan yang dipegangnya kemudian dipandang silih berganti
wajah Tengku Danial.Sah!Apa yang bermain difikiran dia sememangnya tepat
seratus peratus.Tengku Danial memang merancang mahu memgenakannya.
“You’re
right my dear”Tengku Danial memetik jarinya.Keluhan berat dilepaskan
Farisya.Tangannya yang diangkat tadi jatuh lemah.Terasa rohnya terbang tatkala
ini.
“Tapi
saya PA bos bukan orang gaji bos”Protes Farisya.
“Betul!Tapi
saya terdesak Farisya.Tak akanlah awak nak suruh saya buat semua kerja rumah
ni.Sayakan lelaki,mana tahu semua ni.Awak tidak kesian ke dekat saya?Sampai ke
hati awak?”Tengku Danial mula membuat babak sedihnya.Wajahnya dimuramkan.Dia
memang pelakon handalan.Farisya mengeluh lagi.Apalah nasib.
“Tapi
bos...”
“No!No!
Apa pun alasan awak saya tidak mahu terima.Ini arahan.Titik.”Tengku Danial
mengerakkan jari telunjuknya kekiri dan kenanan.Suaranya juga sudah berubah tegas.Belum
sempat Farisya menghabiskan ayat-ayatnya Tengku Danial sudah memotong.Terpaksa
jugalah dia mengikuti segala arahan majikannya yang tidak berperikemanusiaan
ni.Sakit hati betul dia rasa sekarang.
“Ini
semua senarai kerja yang perlu awak lakukan hari ini.Saya nak awak pastikan
semuanya selesai hari ini juga.Kalau awak tidak selesaikan hari ini juga awak
tahulah ganjaran yang akan awak dapat.”
“Senarai?”gumam
Farisya.Perlahan-lahan matanya dilirikkan memandang kertas yang kini sudah
berada dipegangannya.Serta merta matanya membutang.Seperti tidak percaya apa
yang dilihatnya.Hampir semua tugasan didalam rumah Nenda perlu diuruskannya dan
diselesaikan secepat mungkin.Matanya digosok-gosok.Adakah dia sedang bermimpi
disiang hari?Tugasan yang diberikanmemang betul-betul kejam baginya.
“Kenapa?”Soal
Tengku Danial.Dia cuba menyembunyikan tawanya.Dia sudah agak Farisya pasti akan
terkejut apabila membaca senarai yang diberikannya.Hampir satu malam dia
merencanakan itu semua untuk mengenakan Farisya.Cuti Mak Som hari ini pun dia
yang merancang bukan kerana anaknya yang sakit.Tengku Danial memang licik.Di
fikirannya penuh dengan agenda jahat.Dia akan lakukan apa sahaja agar Farisya
akan serik bekerja dengannya dan akan berhenti dengan serta mertanya.Hati kecil
Tengku Danial mengetawakan Farisya.
“Apa
semua ni bos?tak akanlah bos nak saya bersihkan seluruh pelusuk rumah Nenda
ni?Besar kot.Matilah saya.”Protes Farisya.Geram.Matanya merenung tajam wajah
Tengku Danial.Keningnya diangkat sebelah.Dia betul-betul benggang dengan
perangai bosnya yang bernama Tengku Danial Zafuan Bin Tengku Tajudin ni.Dalam
hati sudah disumpah seranahnya.Kalau ikutkan hati memang mahu dia sumbat batang
mop yang dipegangnya kedalam mulut Tengku Danial.Tetapi dia masih waras untuk
melakukan semua itu.Sabar Farisya.Dia beristighfar dalam hati.
‘Gila
ke apa mamat ni?suruh aku bersihkan seluruh rumah agam Nenda ni.Ingat aku ni
robot ke?Patah pinggang aku kalau macam ni’Gumam Farisya.Dia memeluk tubuh
dengan tangannya masih dipenuhi batang mop dan bulu ayam.
“Mak
Som boleh je buat semua ni.Lagilah dia tu dah tua.Tak ada pun banyak songgeh
macam kau ni.Tak ada matinya.Paling teruk pun kau pengsan”Balas Tengku Danial
sinis.Sempat dia memerli Farisya.Dia juga memeluk tubuh seperti Farisya.Sengaja
mahu menyakitkan hati gadis yang berada didepannya kini.
“Saya
PA bos bukan KULI bos.Saya bukan Hamba Abdi bos.”Farisya masih tidak mahu
mengalah.Dia mengigit bibirnya.Kakinya dihentak kecil.
‘Kau
bukan hamba abdi tapi kau mangsa buli aku’detik Hati Tengku Danial.Dia
tersenyum sengget.
“Kau
tengok muka aku ni..”Tengku Danial merapati Farisya yang sedang berdiri kaku
memandangnya.Jari telunjuk dihalakan kemukanya sendiri.Farisya membutang.Dia
mengundur sedikit kebelakang.
“Kau
tengok muka aku ni ada macam muka ADA AKU KESAH!”Tengku Danial merapatkan
mukanya kemudian dia berpaling sebelum ketawa berdekah-dekah.Lebih tepatnya
ketawa yang dibuat-buat.Farisya mendengus.
“Bos
kejam!”Jerit Farisya.
“So
what?!Dah pergi buat kerja kau.Tengok Jam tu dah pukul berapa.Ingat kau perlu
lakukan semuanya hari ni juga.”Farisya menoleh kepada jam dinding yang sedang
berdetik demi detik.Dia menelan air liurnya.Kelat.Jam dah pukul 10 pagi.Sempat
ke dia nak buat semua ni.Matanya merenung jam tidak berkelip-kelip.
“Kau
termenung apa lagi tu?YOUR TIME START NOW!”Laung Tengku Danial memeranjatkan
Farisya.Tercampak segala peralatan ditangannya.Dia merenung tajam Tengku
Danial.Giginya digesel.
“Now!”Tengku
Danial menunjukkan jam dipergelangan tangannya.Satu senyuman sinis dihadiahkan.
“Eishh..Teruk
betul dapat bos macam ni”marah Farisya perlahan sambil tangannya mencapai satu
persatu peralatan rumah yang berselerakan diatas lantai.
“Apa
yang kau cakap?”Tengku Danial menadahkan telinganya kerana kurang dengar apa
yang Farisya bebelkan.
“Tak
ada apa-apalah”Balas Farisya geram sebelum mengatur langkah meninggalkan Tengku
Danial diruang tamu sendirian.Dia berjalan menuju kedapur.Sempat dia menghentak
kakinya kuat.Tengku Danial tersenyum sumbing.
‘Padan
muka kau budak kampong..Itu baru permulaan’Hatinya berbisik.Farisya dikerling
sekilas.
“Rasakan!”Tengku
Danial tersenyum sebaris sebelum berlalu ke rak kasut dan mengapai kunci kereta
yang diletakkan diatas sebelum berlalu keluar.Enjin Kereta dihidupkan.Tidak
sampai lima minit kereta Tengku Danial sudah hilang daripada perkarangan rumah
Nenda.Farisya menjenggah.
“Berambus
pun!Tahu menyusahkan aku saja.”Farisya mengherotkan bibirnya sebelum menyambung
tugasannya.
*****************************
“Pagi-pagi
lagi dah kena sental jamban.Tak guna punya bos,Ingat aku ni bibik dia
agaknya.Aku tahulah yang aku ni pernah jadi CLEANERdekat
pejabat dia tapi tak akanlah sampai kerumah Nenda pun dia suruh aku jadi
cleaner Plus orang gaji dia pulak”Ngomel Farisya sendirian didalam bilik air.
“Tadi
kata nak ajak pergi jogging.Buat penat aku aje bangun pagi-pagi buta.Sanggup
aku tinggalkan bantal peluk aku semata-mata nak ikutkan arahan dia.Alih-alih
ajak aku pergi rumah Nenda.Jadi orang gaji tak berbayar dia pula.Penipu
betul!Kalau nak suruh aku jadi bibik dia pun cakaplah awal-awal bolehlah aku
siap sedia dulu.”sambung Farisya tidak berhenti-henti membebel.Sejak dia mula
menjalankan tugasanya sehinggalah sekarang mulutnya tidak habis-habis mengomel
itu dan ini.Hatinya panas kerana Tengku Danial mempermainkannya.Sanggup Tengku
Danial membatalkan cutinya semata-mata semua ini.
“Kalau
aku tahulah nak jadi macam ni..Sumpah aku tidur tak bangun-bangun.Biarkan dia
tunggu aku sampai esok pagi dekat ofis.Dia ni memang sengaja aje nak kenakan
aku tau.Kalaulah dia ada depan mata aku sekarang ni memang aku cincang dia 18
macam Mona Fendi.Tak pun aku sumbat muka dia dalam mangkuk tandas ni.Baru padan
muka dia.”Mulut Farisya masih terkumat kamit memarahi majikannya.Tangannya
semakin kuat mengosok mangkuk tandas yang sememangnya sudah tersedia
bersih.Bagi dia sekarang mangkuk Tandas itu umpama wajah Tengku Danial.Wajah
Tengku Danial yang tersenyum sinis kepadanya semakin menyemarakkan hatinya yang
sakit.
“Hailah..Nasib..”Keluh
Farisya.Dia menongkat dagunya dengan belakang tangan sambil sebelah tangannya
lagi masih mengosok mangkuk tandas.Perlahan.Dinding marmar berbentuk bunga
dipandang Farisya.Lama.Dia tidak tahu kemana fikiran dia terbang sekarang.
“Dah
tak payah nak tenung dinding bilik air aku ni lama-lama sangat.Karang tembus
aku juga yang susah nak kena baiki.”Tiba-tiba Farisya disapa dari belakang.Dia
tersentak.Berus jamban yang dipegangnya serta merta terbang keatas kepala
Tengku Danial akibat terkejut yang teramat sangat.Matanya membulat melihat
mangsa balingannya.Dia betul-betul tidak sengaja.Semua ini tindakan serta
merta.
“Aduh!Sakitlah
budak kecik.”Ngadu Tengku Danial sambil mengosok dahinya yang terasa
perit.Nasib baik berus jamban kalau kena tempat pam tandas mahu melekap dekat
muka dia.Berus jamban pun sakit apa.Nasib Tengku Danial baik kerana Farisya
tidak membaling berus jamban itu terlalu kuat kalau tidak mahu luka kepala
dia.Mulut Farisya tergangga.
“Maaf
bos!Maaf!”Pantas Farisya meluru kearah Tengku Danial yang sedang berdiri dimuka
pintu bilik air.Sarung tangan yang dipakainya pantas ditanggalkan.Laju sahaja
tangannya menarik tangan Tengku Danial yang menekap didahai agar dia dapat
melihat kesan balingannya.Tengku Danial tersentak saat tangan Farisya menyentuh
dahinya.
“Sakit
sangat ke bos?”Soal Farisya lembut.Hilang segala amarahnya terhadap bosnya
sebentar tadi.Soalan Farisya tidak dibalas.Tengku Danial hanya memerhati
Farisya tanpa berkelip.Jantungnya berdegup pantas.Sentuhan Farisya keatas
dahinya seakan-akan telah menyentuh hatinya sekali.Tak akanlah dia..
“Bos
tak apa-apa ke ni?”Soalan Farisya dibiar sepi.Farisya memandang Tengku Danial
pelik.Dia tersenggih kambing.
“Bos!”Laung
Farisya kuat ketelingga Tengku Danial.Hilang segala khayalan Tengku Danial.Dia
tersentak pantas menekup telingganya yang binggit.Matanya memandang
Farisya.Pada asalnya mahu memarahi Farisyaa tetapi pandangan mereka
bersatu.Lama.Farisya mula merasa tidak
selesapantas dia mengalihkan pandangannya ketempat lain.Tengku Danial turut
melakukan perkara yang sama.Dia berdehem.
“Kerja
kau macam mana dah habis ke belum?”Tengku Danial mengubah topik.Dia cuba
mengawal suaranya yang bergetar.Dahinya sudah hilang sakitnya selepas disentuh
Farisya.Sebaris senyuman terukir dibibirnya sebelum dia membuang senyumannya
itu jauh-jauh.Dia tidak boleh ada perasaan dekat gadis kampung seperti Farisya
ini.Gadis ini bukan citarasanya.Hatinya mula berperang sesama sendiri.
“Belum
bos.”balas Farisyaperlahan.Wajah Tengku Danial tidak dipandang.
“Buat
kerja cepat-cepat sikit..Dah nak masuk waktu makan Tengah hari.Aku dah
lapar.”Tengku Danial kembali bersuara.Farisya angguk sekali.Bibirnya dicebik.
“Nenda
mana bos?Dari tadi saya tidak nampak?”
“Nenda
keluar.Ada urusan sikit.”
“Oh!”
“Dah
jangan nak oh!oh! sangat.. Buat kerja tu cepat sikit.Kolam ikan kau tak basuh
lagikan.Aku nak engkau siapkan semua tugasan yang aku bagi tu hari ini
juga.Ingat!”Ujar Tengku Danial keras.Sekejap sahaja mood dia sudah
berubah.Memang sukar untuk diramal.Ramalan cuaca pun tidak seperti dia.
“Baiklah”balas
Farisya lemah.Malas mahu melawan.Kalau melawan karang ada yang perang
dunia.Jadi berdiam lebih baik.Lagipun debar dihati dia tiba-tiba datang
menyerang.Jantungnya berdegup pantas seperti baru sahaja berlari keliling rumah
Nenda.Dari semalam dia berasa tidak sedap badan.Boleh jadi juga dia nak
demam.Dahinya dipegang.
‘Hemmm..mungkin!’Farisya
mengangguk sekali.Mengiakan kata-kata hatinya.
“Dah
buat kerja tu.Jangan nak berangan jek”Sergah Tengku Danial sebelum berlalu
pergi.Bahu Farisya terjongket.Kus semangat.Terasa melayang roh dia seketika.
‘Suka
sangat terperanjatkan aku.Mahu mati muda aku macam ni’marah Farisya tapi
sekadar dalam hati.Dia mendengus.
****************************
Farisya
bercangkung merenung kolam ikan yang berada didepan matanya.Sekejap-sekejap dia
mengaru kepalanya yang tidak gatal.Kemudian dia menongkat dagunya pula.Keluhan
berat dilepaskan.
‘Macam
mana aku nak basuh kolam ikan ni?tak akan aku nak kena berenang sambil basuh
pula.Dah lah besar’gumam Farisya.Dia mengaru lagi sekali kepalanya.
‘Payah
macam ni.’desis hatinya.
“Kalau
akuarium tu bolehlah juga aku basuh sebab kecil.”
“Ni
kolam macam ni manalah aku reti.Berenang pun aku tak reti.Ni ikan-ikan ni aku
nak buat macam mana ni?”ngomel Farisya sambil tangannya ditunjuk-tunjuk pada
ikan yang berenang kesana kemari.Dia mengeluh untuk kesekian kali.Dia memandang
sekeliling.Tiada orang.
“Kemana
pula BMH ni.Aku nak buat apa ni?Tak akan nak tenung ikan ni sampai esok
pagi.Dah petang dah ni.Sakit pula hati kita ni”Farisya mengosok
dadanya.Geramnya.Rasa macam nak menjerit.
“Aduh!Pening
kepala aku”Dia memegang kepalanya pula.Tudung yang dipakainya ditarik
kebelakang.Rupanya sekarang persis Makcik-makcik yang tengah kusut memilih ikan
segar dipasar.Tengku Danial pula dari tadi hanya jadi pemerhati dari koridor
atas biliknya.Dia tersenyum melihat keletah Farisya yang seperti
kebudak-budakkan.Memang dia sengaja menyuruh Farisya membasuh Kolam ikan itu
kerana itu adalah benda yang paling dia sukakan.Farisya adalah seorang gadis
yang bendul dan dia seronok mengenakan budak kampung ini.Sangat mencuit hati.
“Eh!budak
kampung.Kau tenungkan apa sampai lama sangat ni?Bila kau nak basuh kolam ikan
tu?”Tiba-tiba Tengku Danial melaung dari arah atas.Farisya mendonggak.Dia
melihat Tengku Danial tersenggih memandangnnya.
‘Sukalah
tu kenakan aku.Lelaki yang kejam.Tak ada hati perut.Suka buli budak
perempuan’kutuk hati Farisya.Dia mengigit bibir sebelum memandang semula
kekolam ikan.Malas mahu melayan perangai bosnya yang suka sangat
menyakatnya.Kalau dilayan makin menjadi-jadi.Farisya mencebik.
“Kau
pergi main mata dengan ikan-ikan tu buat apa?Kau nak goda ikan tu ke?Eh!Ikan tu
semua tak suka manusialah dia suka sama spesis dia jek”Sakat Tengku
Danial.Sengaja dia mahu menyakitkan hati Farisya.Mulut Farisya tergangga
sebelum dia berdiri dan mendonggak kembali keatas.
“Bos!Saya
pun suka manusialah.Ingat saya ni manusia jadian ke nak bercinta dengan
haiwan”Marah Farisya sambil bercekak pinggang.Tengku Danial ketawa kecil.Geli
hati dia melihat wajah Farisya yang sudah merah padam menahan marah.Lebih mengelikan
hati Farisya menyelak-yelak tudungnya yang cuba menutup mukanya sebab ditiup
angin petang.
“Habis
yang kau pergi tenung ikan Nenda tu sampai setengah jam tu kenapa?Bukan cuba
main mata ke dengan ikan tu”Balas Tengku Danial masih mahu menyakat Farisya.Farisya
mendengus.
‘Ini
dah lebih.Ingat aku ni manusia pelik ke nak bercinta dengan ikan.’Bisik hati
Farisya.
“Saya
tengah fikirlah!Bukannya main mata dengan Ikan-ikan tu.”Laung Farisya
geram.Tangannya masih dipinggang.
“Kau
fikir apa?”
“Macam
mana nak basuh kolam ni”Farisya mengecilkan matanya menahan silau matahari yang
berada betul-betul dimana Tengku Danial berdiri.Kepalanya terasa
berdenyut-denyut.Tengku Danial ketawa terbahak-bahak mendengar kenyataan
Farisya.
‘Rosak
betul budak kampung ni.Patutlah berkerut jek muka dia aku tengok.’Tengku Danial
mengelengkan kepalanya.
“Habis
kau ingat kalau kau tenung ikan tu dia nak basuh sendiri ke.”
“Habis
tu saya nak buat apa?”
“Kau
fikirlah sendiri”Tengku Danial ketawa besar sebelum berlalu masuk kedalam biliknya
semula.Farisya mengetap gigi.Satu keluhan diluahkannya.
“Tak
boleh harap betul bos aku ni”gumam Farisya sebelum kembali pusing memandang
kolam ikan yang masih belum dibuat apa-apa olehnya.
“Engkau
tu yang tak boleh harap.Nak mintak pertolongan aku juga.”Tiba-tiba Tengku
Danial muncul dibelakang Farisya.Terlompat kedepan Farisya dibuatnya.
“Kus
semangat!Bos bila pulak muncul ni?”soal Farisya pelik.Sejak bila pula bos dia
ni turun.Rasanya tak sampaiberapa minit dia berborak dengan Tengku Danial dari
tingkat atas.Tak akanlah dia berbual dengan..
“Kau
ni memang tak ada kerja lainkan.Kerja kau 24 jam asyik sajalah berangan.Kau
tahu tak orang yang suka termenung ni muka banyak kedut tau.”Seloroh Tengku
Danial mengejutkan Farisya yang sedang berkhayal.
“Macam
mana bos tau?”Soal Farisya pelik.
“Tu
tengok muka kau tu dah penuh kedut aku tengok.”Tengku Danial mengerak-gerakkan jarinya keliling wajah
Farisya.
“Tipulah”Farisya
meraba-raba wajahnya.Kemudian dia merenung Tengku Danial yang sudah ketawa
berdekah.
“Dasar
bendol”Tengku Danial menepuk dahi Farisya.Dia menolak Farisya ketepi agar dapat
memberinya ruang.
“Ada
otak tak boleh fikir kau ni.Mula-mula tangkap ikannya dulu letak dalam
baldi.Nah!Ambil jaring ni”Tengku Danial menghulurkan jaring yang sudah tersedia
ada ditepi kolam.Baldinya turut tersedia ada.Hanya Farisya sahaja yang tidak
nampak.
‘Bodohnya
aku!Benda senang macam itu pun tak tahu.Dahlah semuanya depan mata pun tak
nampak.Bodohnya!’Farisya mengetuk kepalanya.Malu.
“Kau
ni nampak sangat tak pernah basuh kolam ikan”Tengku Danial kembali berdiri
disebelah Farisya.
“Memang
tak pernah pun”Balas Farisya selamba.Tengku Danial menoleh.Keningnya terangkat.
“So?”
“Apa
dia?”Farisya pula menoleh.Mata mereka bertaup.
“Tangkaplah
ikannya”Tengku Danial memandang ketempat lain.Dia mengelabah.Setiap kali mata
mereka bertaup pasti jantungnya akan berdegup pantas.Farisya pula seperti lipas
kudung menuju ke kolam ikan.Dia tidak menoleh langsung Tengku Danial yang sudah
mula menuju ketempat lain.
Tengku
Danial berjalan menuju ke kolam renang.Dia berdiri ditepi kolam renang sambil
memandang airnya yang jernih.Terasa mahu berenang pula.Tetapi apabila
memikirkan Farisya berada disitu dia mematikan niatnya.Karang apa pula Farisya
katakan apabila dia selamba badak sahaja berenang.Lagipun mereka bukan Mahram
yang sah.Nasib baik Pak Yakob ada datang bersamanya sebentar tadi.Tidak selesa
juga dia kalau duduk berdua-duaan dengan Farisya memandangkan Nenda dengan Mak
Som tiada dirumah.Kebenarannya mereka berdua pulang kekampung Nenda selama dua
hari dan disebabkan itulah Tengku Danial rencanakan semua ini.Bosan katanya
perlu duduk seorang diri didalam rumah Nendanya yang besar ni.Tengku Danial
memang seorang yang mementingkan diri.Sanggup membatalkan cuti pekerjanya demi
kepentingan diri.
Dia tersenyum
sambil kembali memandang Farisya yang sedang ralit menangkap ikan.Farisya
memang seorang budak yang ceria.Hampir satu kolam dikelilinginya untuk
menangkap ikan yang berenang kesana kemari.Tengku Danial ketawa kecil.Sejak
kehadirannya hidup Tengku Danial seakan-akan sudah berubah.Dia yang dahulu
susah untuk tersenyum kini mudah untuk tersenyum.Farisya banyak
merubahnya.Kenangan silam banyak merubahnya menjadi lelaki yang kesepian.Yang
ada dihatinya adalah kebencian dan kesunyian.
“Bos!Tolonglah
saya ni..Ikan ni tak mahu rapat.Dia orang asyik lari jek”Jerit Farisya
memanggil Tengku Danial.Dia sudah berdiri bercekak pinggang.Wajahnya kelihatan
muram.Kusut sangat.Panggilan Farisya mematikan lamunan Tengku Danial daripada
mengingati kenangan silam.Tengku Danial menoleh.
“Kau
nyanyilah lagu ikan kaloi.Mesti dia orang rapat punya.”Gurau Tengku Danial
sambil berjalan merapati Farisya.Farisya mencebik.
‘Buat
lawak pulak dia.Kita tengah sakit hati ni dia boleh pula buat bergurau.Dahlah
degil ikannya sama macam cucu tuannya.Susah betul dikawal.’Marah Farisya
didalam hati.Wajahnya dibenggiskan.Geram betul dia.Ada ni karang jadi ikan
bakar.
“Teruknya
perangai.Tangkap ikan pun tak reti”Tengku Danial mengambil rumpai laut yang
terlekat didahi Farisya.Dia ketawa kecil melihat wajah Farisya yang masam
mencuka.Farisya terkedu dengan tindakan Tengku Danial tetapi cuba dikawalnya.
“Meh!sini
jaringnya.”Tengku Danial merampas jaring ikan dari pegangan Farisya.Dia
bercangkung ditepi kolam sambil memanggil ikan tu datang kepadanya.
“Ikan..Meh
sini datang dekat aku kalau kau tak nak mati”Panggil Tengku Danial berbaur
ugutan.Farisya yang jadi pemerhati sudah menekup mulutnya menahan tawa.Rupanya
bos dia pun sama sahaja macam dia.Berlagak macam bagus.Rupanya dua kali lima
saja.Farisya mengeleng.Dia hanya memerhati Tengku Danial yang seperti
budak-budak mahu menangkap ikan.Bercangkung sambil memerhati ikan itu bergerak
sebelum menerjahnya.
‘Baru
kau tahu macam mana susahnya nak tangkap ikan nenek kau tu’desis Farisya sebelum
ketawa kecil sambil menekup mulutnya agar tidak didengar Tengku Danial.
“Lah!Tengku
buat apa tu?”sapa Pak Yakob tiba-tiba dari arah belakang Farisya.Mereka
masing-masing terkejut.Tengku Danial hampir terjatuh masuk kedalam kolam Ikan
akibat terkejut disapa bergitu.Tiada salam main terjah sahaja.Mahu tidak
terkejut.
“Apalah
Pak Yakob ni.Terperanjat saya”Marah Tengku Danial.Farisya hanya mengangguk
mengiakan kata-kata Tengku Danial.Pak Yakob tersenyum.Dia mengaru belakang
kepalanya.Songkok yang dipakainya dibetulkan.
“Maaf
Tengku.Saya tidak sengaja.Saya pelik kenapa Tengku Danial terbongkok-bongkok
dekat kolam ikan itu.Sebab itu saya tanya.”Pak Yakob memperbetulkan
kesilapannya.Malu dengan
keterlanjurannya.Nasib tidak terjatuh cucu majikannya.Tidak pasal-pasal kena
pecat.Dia tersenggih.
“Tak
ada.Ini saya nak tangkap ikan ni..”
“Tengku
nak masak ke?ikan ni mana boleh makan Tengku”Potong Pak Yakob.Tengku Danial
menepuk dahi.Farisya pula sudah menekup mulut menahan tawanya.Buat lawak pula
Pak Yakob ni.
“Buat
masak apa pula ni Pak Yakob.Saya nak bersihkan kolam ni itu pasallah saya nak
tangkap ikan ni”
“Yeke.Saya
fikirkan Tengku nak masak Ikan-ikan ni.Buat terkejut saya saja.”Pak Yakob
mengusap dadanya.Dia pula yang terlebih.Tengku Danial mengelengkan kepalanya.Farisya
hanya tersenyum kecil.
“Tapi
bos bukan ke kolam ikan ni dah basuh dua hari yang lepas”Lancang sahaja Pak
Yakob berkata.Wajah Tengku Danial sudah berubah.
‘Aduh!Mampus.Kantoi.’Farisya
dipandangnya.Mata Farisya membutang tatkala mendengar kata-kata Pak Yakob.
“Apa
Pak Yakob.Kolam ikan ni dah basuh dua hari yang lepas?”Farisya menyoal Pak
Yakob.Dia mengetap gigi.Matanya dikecilkan merenung Tengku Danial.
“A.ah..Kolam
ni dah basuh dah.Pak Yakob yang basuh hari itu.”Balas Pak Yakob lurus.Tengku
Danial membuat gimik agar Pak Yakob tidak meneruskan kata-katanya.
“Kolam
ni selalunya dua minggu sekali baru basuh.itu yang Pak yakob pelik bila Tengku
kata nak basuh kolam ni.Nak kata Tengku tidak tahu rasanya dia ada masa Pak
Yakob basuh kolam ikan ni hari itu.”Sambungnya lagi.Kali ini Tengku Danial
betul-betul sudah terkantoi.Dia menepuk dahinya.Pak Yakob ni memang tidak boleh
bekerjasama betul dengan dia.Dah bermacam-macam cara dia lakukan tetap juga Pak
Yakob ni mahu pecahkan rahsianya.Jujur betul.
“Betul
ni Pak Yakob?”Soal Farisya sambil mengetap giginya.Wajahnya dipaling memandang
Tengku Danial yang tersenyum kambing memandangnya.Muka seperti orang tidak
bersalah.
“Bos
betul ke?”Farisya menyoal Tengku Danial pula.Dia sudah bercekak pingang.Tengku
Danial menyepi.Dia mengaru kepalanya.Dia berpusing memandang ikan-ikan yang
sedang berenangan.
‘Aduh!apa
aku nak cakap ni?’
“Bos!Saya
tanya ni”Farisya memandang Tengku Danial yang membelakangkannya.
“Bos!”
“Okey!Okeylah.Saya
bersalah.Saya terlupa yang Pak Yakob ni dah basuh kolam ni.I’m so
sorry”Akhirnya Tengku Danial mengakui kesilapannya.Kini giliran Farisya pula
mendiamkan dirinya.Hanya matanya mengambarkan perasaannya sekarang.Pak Yakob
disebelah memandang pelik kelakuan mereka berdua.Tadi bukan main ceria sekarang
berubah tegang pula.Salah dia ke?
“Tengku
kenapa ni?Farisya..”Tengku Danial
dipandangnya kemudia beralih kepada Farisya.
“Tiada
apa-apa Pak Yakob.Saya masuk dulu.”Balas Farisya sebelum berlalu masuk.Tengku
Danial mengeluh.
“Kenapa?”Soal
Pak Yakob masih tidak mengerti.Tengku Danial mendekatinya.
“Tiada
apa-apa”Tengku Danial mengeleng sambil menepuk-nepuk lembut bahu Pak Yakob
sebelum berlalu pergi.Keluhan berat terbit dibibirnya.Rasa bersalah mula
menyelubungi diri.
BERSAMBUNG... :D
No comments:
Post a Comment