“Mana dia ni? Tak datang lagi ke?”Muzaffar gigit kuku. Ke
hulu ke hilir dia menanti pasangan curang itu datang ke tempatnya. Jam
didinding sudah menunjukkan pukul 2 petang. Namun tetap tidak kunjung tiba.
Tirai tingkap ditarik sehingga menampakkan cahaya luar. Waktu petang yang
menyinar menyilaukan matanya.
Muzaffar tidak berpuas hati. Dia menundukkan kepalanya
menghadap ke bawah. Ingin melihat samada pasangan itu sudah sampai ke belum.
‘Tak ada pun!’ Muzaffar mendengus geram. Sia- sia sahaja dia
memberi duit kepada Rahim tadi. Ingatkan rancangannya sudah hampir berjaya dan
bolehlah dia bersorak sepuas-puasnya.
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Siapa lagi kalau bukan
Mariana!
“Masuk!”laung Muzaffar. Mariana masuk dengan wajah kelatnya.
Merajuklah tu!
“Abang ni kenapa?Gelisah tak tentu pasal?”Mariana meletakkan
file ke atas meja suaminya. Waktu petang beginilah nak buat muka tension. Ingat
dia tidak stress jugak ke? Sepatutnya dia tidak perlu datang hari ini. Masih
dalam mood honeymoon lah katakan!
Belum puas meluangkan masa bersama Muzaffar.
“Ah! Diamlah! Saya tengah rungsing sekarang.”Muzaffar
membentak dengan menumbuk dinding putih bersih dihadapan Mariana dengan
selamba. Membuatkan Mariana tergamam dengan perbuatan sang suami.
“Abang ingat saya tak rungsing ke tengok abang macam ini?
Saya lagi rungsing tau tak? Dahlah abang tak bangunkan saya pagi tadi. Lepas tu
pergi kerja tanpa beritahu saya. Bencilah macam ini!”rungut Mariana dengan
bibir tersungging di tepi. Terserlah sifat manjanya.
Dalam hati, Muzaffar menyumpah seranah Mariana yang
dirasakan keterlaluan sifat mengada-ngadanya. Hari itu terlampau gedik
dihadapan tetamu masa pembukaan hadiah bersama keluarga, sekarang ini
dikeluarkan pulak wajah mengada-ngada di hadapannya. Memang hatinya yang tadi
gundah-gelana dengan ketidakhadiran Dhia dan Rayyan, bercambah menjadi panas
dengan sikap isteri yang baru dikahwininya.
“Kau jangan buat aku hilang sabar dengan kau Mariana. Baik
kau keluar sekarang!!”Marah Muzaffar
tanpa belas kasihan. Perkataan awak saya telah ditukar menjadi kau aku. Memang
padanlah muka Mariana. Tak pasal-pasal kena sound
direct depan suami sendiri.
Nasib baik pintu dah tutup rapat, kalau tidak
mana nak letak muka yang cuteini.
Mariana tergamam! Sumpah dia tidak mahu membuat suaminya
marah lagi. Garang betullah Muzaffar ni.
“Erk..saya keluar dulu lah. Nanti saya masuk balik ya?”Mariana
merapati Muzaffar yang merah padam mukanya. Abang jangan marah-marah.. tak
hensemlah kalau macam ni. Muah! Sesaat, bibir Mariana bersatu dengan bibir
Muzaffar. Mata Muzaffar terbeliak.
“Kau ni kenapa hah? Dah buang tebiat main cium-cium ni?”
Geram Muzaffar dengan isterinya. Marah diatas tindakan drastik Mariana yang
keterlaluan itu.
Mariana hanya tersenyum. “Ala abang ni.. kita kan dah
kahwin,”Mariana menyentuh kot suaminya. Kelihatan segak dan sangat maskulin.
Dahlah hari itu tak dapat bermanja lebih-lebih dalam bilik.Sebab itu dia jadi
begini. Terlalu obses dengan si suami menyebabkan dia menjadi terlalu manja dan
mengada-ngada. Sebelum berkahwin, dia tidak pernah menunjukkan sifat
mengada-ngada atau manja dihadapan orang ramai.
“Apa ni?” Ditepis tangan Mariana kasar.Dia tidak suka hendak
bermanja-manja dengan perempuan ini.
“Abang ni..garang sangatlah. Cuba calm downsikit. Saya kan isteri abang. Tak baik tau marah pada
isteri, nanti Tuhan marah.”Mariana cuba juga untuk bersuara lembut pada
suaminya. Muzaffar hanya memalingkan muka. Tetapi Mariana pantas memegang wajah
suaminya yang makin muram itu.
Mariana tersenyum. Bibirnya didekatkan ke pipi Muzaffar.
Diciumnya dengan penuh asyik. Kemudian dia terus keluar dari bilik Muzaffar.
Ditutup pintu bilik suaminya rapat-rapat.
Muzaffar apalagi..terkakulah jawabnya.
***
‘Hehe..kan dah kena cium!’Mariana tersengih-sengih sendirian.
Dia kembali semula ke tempat duduknya. Ingin meneruskan kerjanya yang terbengkalai.
Indahnya peristiwa tadi!
“Amboi-amboi..tersengih-sengih ni..ada apa-apa ke yang
berlaku kat bilik bos tadi”?perli Zizie dengan selamba.Dia bersandar dimeja
depan Mariana yang tiada penghuni. Waktu sebeginilah masa yang sesuai untuk
berbicara dengan musuh ketatnya, siapa lagi kalau bukan Mariana! Pekerja yang
lain sudah pergi makan diluar, tinggallah dia dan Mariana sahaja.
Apabila tiba waktu rehat sahaja, Zizie tidak teragak-agak
untuk singgah ke pejabat yang Mariana bekerja. Sengaja untuk berlawan mulut. Mulut
Mariana pun boleh tahan laser! Namun, hari ini dia tidak mahu berlawan mulut,
dia mahu tahu akan sesuatu yang perlu dijelaskan oleh Mariana. Dia akan
mengugut musuhnya supaya berkata jujur. Hanya dia sahaja yang tahu akan hal
itu.
Mukanya diangkat. Zizie!
Hish! Perempuan ni main masuk aje. Nampak Muzaffar nanti,
pasti dia akan marah. Dia tidak suka pekerja dari department lain menganggu
pekerja didalam pejabat ini.
Mariana memandang Zizie tajam. Rasa macam nak terkam pun
ada. Mulut..berbisa betul!
Diari yang dipegang dihempas kuat.“Kau kenapa, hah? Dah tak
ada kerja nak buat ke? Asyik nak ganggu orang aje. Pergilah turun, sibuk aje
datang department orang”.katanya
dengan agak kasar.Wajah Zizie bertukar kelat.Wah! Nampaknya perempuan ini sudah
pandai meninggikan suara kepadanya.
“Aku memang ada kerja. Banyak sangat.Tapi kerja aku tak
adalah mengedik dengan bos sendiri!”Zizie mencebikkan bibir. Muka Mariana
terasa bahang. Amboi..perempuan ni memang nak kena sekeh kepala dengan aku.
Dasar perempuan biadap.
Mariana bangun dari tempat duduknya. Dia berpeluk tubuh mengadap
musuh tradisinya. “So what? Aku gedik
ke apa ke, itu bukan masalah kau!”Dicebikkan bibir. Tanda meluat dengan orang
didepannya.
“Huh! Dasar perempuan tak sedar diri! Cik Mariana oii.. Aku
tak adalah sampai menggatal sampai kahwin dengan suami orang.” Sindir Zizie
dengan pedas sekali.
“Weh, cakap tu baik-baik sikit ya. Aku cili mulut kau nanti
baru tahu.”Mariana sudah panas hati. Sindiran dari Zizie amat menyakitkan jiwa
dan raganya.
“Eleh. Cakap berlagak sangat. Kau ingat aku tak tahu yang
kau dah kahwin dengan orang dalam bilik tu.”Tangan Zizie dihalakan ke bilik
Muzaffar. Mariana terkejut yang amat sangat. Mana perempuan sial ni tahu?
Aduh..baru nak rahsiakan, dah ada orang tahu awal-awal.
“Diam-diam ubi berisi ya kau ni.”sambungnya lagi.
Mariana memandang wajah perempuan itu dengan muka yang bengis.
Bagai mahu diikat perempuan itu di tali gantung. Biar mampus lagi senang!
“
Mana kau tahu? Jangan memandai nak tuduh aku kahwin dengan En. Muzaffar ya.
Sorry sikit!”
Tergelak kecil Zizie disitu.“Semua rahsia kau dalam kocek
aku lah. Kau tak payahlah nak berahsia sangat. Aku seorang aje yang tahu hal ini.”katanya
dengan nada berlagak.
Sambungnya lagi.“Bukan ke aku duduk berhampiran dengan rumah
En. Muzaffar? Takkan kau tak ingat Pak Ali, pengawal keselamatan kat kawasan
rumah tu? Dialah ayah aku.”jawabnya dengan jujur. Buat apa hendak malu ayah
kandung bekerja sebagai pengawal keselamatan?. Kalau macam orang lain pasti
malu punya. Semuanya nak sembunyikan!
Pak Ali? Pengawal keselamatan tu?Mariana mengetap bibir.
Habislah! Dia dah tahu rahsia aku.
Err.. Zizie kau baik kan. Kau takkan beritahu sesiapapun kan
yang aku dah kahwin dengan En.Muzaffar?Tergagap-gagap suara Mariana ketika itu.
Dia merapati Zizie dengan wajah yang kelat.
Zizie tersenyum. Perangkapnya mengena! Dia akan cuba selidik
sedikit demi sedikit apa yang disembunyikan Mariana.
“Kalau kau tak nak aku beritahu orang, kau ikut cakap aku.
Apa yang aku tanya..kau mesti jawab dengan jujur.”Zizie mengugut.
Mariana mengangguk lemah. Terpaksa bersetuju sedangkan
didalam hati memberontak hebat. Dia memang tidak suka perempuan didepannya ini.
Tetapi dia terpaksa menceritakan kesemuanya pada musuhnya demi kebaikan dia.
Dia tidak mahu diceraikan Muzaffar. Dia takut akan hal itu. Sayangnya
menggunung pada Muzaffar.
“Nanti aku beritahu kau semuanya.”katanya dengan perlahan.
“Great! Itu yang aku nak dengar dari mulut kau. Esok, lunch hour..kau jangan pergi makan dekat
luar. Aku jumpa kau kat bahagian production. Tunggu aku di bilik stor. Oklah,
aku nak sambung kerja aku yang tergendala tadi. Daa..”Zizie melangkah
pergitanpa berpaling ke belakang.
***
Pintu Rayyan diketuk berulang kali tanpa henti. Puan Hadijah
bengang. Sudah petang begini masih tidur lagi! Apa nak jadi dengan cucunya pun
tak tahulah.
Rayyan Zikri, bangun cepat!! Nenek ada perkara mustahak nak
cakap ni. Buka pintu sekarang!! Jerit Puan Hadijah dari luar. Hidayat Romli
hanya mendiamkan diri di belakang Puan Hadijah. Dia hanya menundukkan muka. Rasa
bersalah kerana tidak mengejutkan Tuan Muda lebih awal.
Rayyan masih lagi tidak sedarkan diri. Leka dengan dunia
fantasi didalam tidurnya. Bantal peluk panjang dikepit agar tidurnya lebih
nyenyak. Suara dari luar tidak dihiraukan.
Muka Puan Hadijah merah membahang. Nafasnya turun naik.
Marahnya pada Rayyan semalam masih tidak padam. Ditambah pula dengan perkara
yang begitu mengejutkannya pada hari ini.
Baru sebentar tadi, pengawal keselamatan yang duduk di garaj
pintu utama telah memberikannya sampul surat
bersaiz A3. Tertera disitu nama cucunya dimuka hadapan menggunakan tulisan
tangan. Ketika itu, dia sedang membuat perjumpaan dengan seluruh pembantu rumah
yang bekerja dirumah ini. Hatinya betul-betul tersentap apabila membaca surat
yang diberi. Itu yang membuatkan moodnya tidak berapa elok. Bergegas dia naik
ke tangga untuk berjumpa Rayyan. Tetapi cucunya buat hal pulak. Nak kata terasa
hati dengannya berkenaan album yang diambil secara sengaja di laci Rayyan pun
ada jugak. Mungkin pasal itu yang membuatkannya tidak keluar langsung dari
bilik.
Apapun, surat yang diterimanya tadi membuatkan dia tidak
dapat menahan sabar untuk berjumpa cucunya. Dia perlukan keterangan dari Rayyan
berkenaan surat itu.
Diberhentikan kerja? Huh! Baru beberapa hari balik dari
oustation dah kena berhenti? ‘Baik’ punya cucu! Kita suruh dia kerja dengan
abang kandung sendiri, dia tidak mahu.
Banyak sangat alasan. Nah! Sekarang kau
terima akibat sebab buat nenek kau macam ini.
Rayyan!! Nenek cakap bangun..bangunlah!! Kenapa degil sangat
ni? Memang nak kena piat telinga tu.”jeritnya lagi. Ketukannya masih kuat seperti
tadi. Tidak bersahut juga.
Lantas, dia mendapat satu idea. Baik dia buka pintu bilik
ini sendiri. Kunci setiap bilik dirumah besar ini memang dipegangnya. Puan
Hadijah berpaling menghadap Hidayat Romli yang masih menundukkan muka. Bila dah
kena membebel tadi sebab tidak kejutkan cucunya lebih awal, itu yang tidak
banyak bercakap. Sebelahkan sangat cucunya.
Hidayat, ambil kunci bilik Tuan Muda dalam bilik saya,
sekarang!tegas suara Puan Hadijah memberikan arahan. Hidayat Romli mengangkat
muka dengan riak takut-takut. Dia hanya mengangguk dan bergegas ke bilik
bosnya.
Puan Hadijah mencebikkan bibir. Dia berpaling semula ke
pintu bilik cucunya. Nenek masuk bilik Ray lepas ni ya. Tak sabar nak kena
piat-piat telinga’katanya sendirian.
Ini Puan, kunci bilik Tuan Muda. Hidayat Romli menyerahkan
segugus kunci kepada Puan Hadijah.
Diambil segugus kunci itu lalu dipilih kunci yang
bersesuaian dengan pintu bilik cucunya.
“Awak turun bawah dulu, buat apa yang patut.”pesan Puan
Hadijah pada Hidayat Romli yang menundukkan kepala. “Kata dengan mereka semua,
jangan sekali-kali ganggu saya dengan Tuan Muda. Ingkar arahan, potong gaji”.katanya
tanpa rasa bersalah. Kali ini lebih
tegas pesanan Puan Hadijah. Memang dia tidak mahu diganggu. Apabila perkara
yang benar-benar mustahak berlaku pada cucu-cucunya, dia tidak akan membenarkan
sesiapapun yang tiada kaitan dengan ahli keluargannya masuk campur. Private is
private!??
Hidayat Romli mengangguk. Tanda faham dengan apa yang
diperkatakan majikannya. Terus dia turun ke bawah tanpa banyak soal.
Puan Hadijah membuka pintu bilik Rayyan dengan agak kasar.
Sampul surat yang dipegang dicampak ke muka cucunya. Baru puas hatinya!
Rayyan yang memejamkan mata tadi membeliakkan mata tatkala
ada sesuatu benda yang jatuh ke mukanya. Apa benda ni? Rayyan bangun dengan
keadaan terpinga-pinga. Sampul surat? Untuk dia ke? Matanya menghadap neneknya
yang berpeluk tubuh ditepi katilnya.
Alamak, nenek! Aduhai…tak habis-habis nak ganggu
ketenteraman aku. Hish! Geram betullah. Hidayat memang nak kena dengan aku ni.
Dah cakap jangan sesiapa ganggu aku nak tidur, last-last ada juga yang ganggu.
Nanti kau!
Nenek nak apa kacau orang tengah tidur ni?Ganggulah. Ray nak
tidur pun tak selesa.”suara Rayyan tidak ceria. Merajuklah katakan! Bantal yang
dikepit tadi diletakkan ke tepi.
Puan Hadijah membeliakkan mata. Dengan kasar, dia memulas
telinga cucunya yang main cakap lepas sahaja. Tidak hormat langsung orang tua!
Rayyan yang terkejut dengan tindakan neneknya itu mengaduh
kesakitan. Nyaring suaranya. “Apa ni nek, main cubit telinga Ray? Sakitlah! Pantas
dia menarik tangan neneknya dari ??
“Tahu pulak Ray rasa sakit. Hati nenek ni lagi sakit tahu
tak! Bukan main nenek ketuk pintu kuat-kuat, tapi tak dibuka juga pintu tu. Dah
petang macam ini pun masih mengantuk lagi? Kamu pergi mana semalam?”soal Puan
Hadijah dengan nada kasar. Dia mencekak pinggang. Marahnya bukan sedikit, tapi
menjulang hingga naik ke kepala.
Rayyan terkejut yang amat sangat. Masam mukanya. Macamana
nenek boleh tahu pulak ni?Digaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Mana ada Ray keluarlah nek. Main tuduh aje.”Rayyan
menafikan kenyataan neneknya, walaupun sebenarnya memang dia keluar secara
senyap malam tadi. Bosan duduk dirumah. Ingin mencari ketenangan. Semalam dia
mengajak teman seperjuangan semasa di universiti dahulu berlumba kereta di
jalan raya yang tiada satu pun kenderaan keluar masuk.
Ditambah pula dengan
gadis-gadis yang cantik yang datang menemani, dirinya rasa bagaikan berada
dikayangan.
“Mana ada Ray kata? CCTV yang tunjukkan pada nenek yang kamu
keluar semalam. Oh, patutlah tidur sampai ke petang. Pergi keluar rupanya. Jangan
nak berdolak-dalih lagi. Nenek tahu semuanya. Wah, dah pandai tipu nenek
sekarang. Sejak bila kamu dah pandai menipu ni?”
Puan Hadijah menarik nafas panjang.
“Nenek sedih dengan sikap kamu, Ray. Kamu dah berubah! Tak
macam dulu lagi. Kamu dah pandai nak sorokkan sesuatu dari nenek”.sambungnya
lagi. Airmatanya jatuh tanpa disedari. Rayyan yang perasan dengan keadaan itu,
segera bangun dari katilnya. Rasa bersalah menghantui dirinya.
“Nek?”Rayyan memaut bahu neneknya sambil tangannya mengusap
airmata yang mengalir laju dipipi wajah tua itu. “Nenek, maafkan Ray. Bukan Ray
tak mahu beritahu nenek yang Ray keluar semalam. Masa tu kan dah pukul 12
tengah malam, takkan Ray nak kejutkan nenek bangun dari tidur. Pasal album tu,
Ray akui yang Ray memang merajuk. Ray tak suka ada orang sentuh barang peribadi
Ray. Nenek kena faham, Ray sorokkan sesuatu perkara tu ada sebabnya.”jelasnya.
Puan Hadijah terdiam seketika. Matanya mengerling sampul
surat yang berada dikatil cucunya. Ditepis tangan Rayyan yang memaut bahunya
dan mencapai sampul surat itu lalu diletakkan didepan wajah Rayyan.
Rayyan tersentak.
Surat apa ni nek?Rayyan pelik.
“Bacalah. Kamu akan tahu apa yang terkandung didalam surat
itu.”Tanpa memandang wajah Rayyan, Puan Hadijah duduk dikatil sambil tangannya
menyusun bantal-bantal yang berselerak.
Rayyan mengambil surat itu. Dibaca dengan penuh teliti. Tiba
di tajuk utama surat itu, matanya terbeliak, tangannya menggigil. Dia
diberhentikan kerja?
“Siapa bagi surat ni nek?”Terketar-ketar mulut Rayyan
berbicara.
Puan Hadijah memandang cucunya. “Pengawal keselamatan yang
bagi tadi pada nenek. Nenek buka sampul surat tu. Bila nenek baca, kamu kena
diberhentikan serta-merta. Kamu ada buat silap ke masa pergi outstation dulu?
Rayyan mengelengkan kepala. “Ray rasa tak pernah buat salah
masa oustation kat Melaka tu. Ray hanya dengar ceramah sahaja. Tak buat apa-apa
pun. Kenapa pulak Mr.Antonio tiba-tiba nak berhentikan Ray? Itu yang Ray pelik
sekarang ni.
Sedang asyik memikirkan surat yang diberikan, telefon
bimbitnya tiba-tiba berbunyi nyaring diatas laci sebelah katil. Rayyan dan Puan Hadijah sama-sama terkejut.
“Siapa pulak tu?”Puan Hadijah menjengukkan kepalanya. Ingin
melihat siapa yang menelefon cucunya.
“Dhia, nek.”jawab Rayyan dengan jujur.
Puan Hadijah tersenyum. Dhia, tidak mengapa. Jika perempuan
lain, memang sRayyan sengaja cari nahaslah! “Nenek keluar dululah. Nanti ganggu
pulak perbualan kamu berdua. Kejap lagi nenek masuk balik kamu balik.” Rayyan
mengangguk.
Puan Hadijah sengaja berkata begitu padahal dia ingin
mendengar apa yang diperkatakan Dhia dan cucunya. Baginya, semua perkara yang
berkaitan cucunya wajib dia ketahui. Terus dia keluar dari bilik Rayyan. Dia
berdiri disebalik pintu. Telinganya didekatkan ke pintu bilik Rayyan.
Rayyan menarik nafas panjang.‘Fuh! Selamat nenek dah
keluar.’Butang hijau ditekan laju. Badannya mengadap tingkap bilik. Telinganya
dilekapkan pada telefon bimbit Galaxy Note
nya.
“Assalamualaikum Ray..aku ni.”suara Dhia kedengaran seperti
baru lepas menangis. Serak-serak basah.
“Waalaikumsalam. Dhia, kenapa dengan kau? Something wrong?”Rayyan mula risau.
“Hah? Aku? Mana ada apa-apa.”Dhia sedaya-upaya menafikan.
Nak beritahu Rayyan ke tidak tentang dia diberhentikan kerja?
Rayyan menarik nafas lega. Nasib baik tidak berlaku apa-apa
pada sahabatnya.
“Yang kau telefon aku ni, buat apa? Mesti ada something yang kau nak beritahu aku kan?”soal
Rayyan. Biasa Dhia tidak akan call jika tiada hal penting. Ini pasti ada
sesuatu yang cuba disembunyikan Dhia.
“Err..mana ada. Aku nak telefon kau sebab nak tahu kau sihat
ke tak. Itu sahaja.”Dhia menafikan soalan dari Rayyan. Padahal dia ingin
meluahkan perasaan terpendam pada sahabatnya itu mengenai surat dan CD yang
diterimanya awal pagi tadi.
“Aku sihat aje kat sini. Dhia, sebelum itu…aku nak beritahu
kau sesuatu yang amat penting. Penting sangat-sangat.”
“Apa dia yang penting sangat tu? Boleh aku tahu?”Takkan
Rayyan dapat surat yang sama sepertinya?
“Actually, aku dapat surat dari Mr. Antonio tadi. Aku dah diberhentikan
kerja.”
“What?! Kau kena
berhenti kerja jugak?Aku pun kena berhenti jugak. Baru pagi tadi aku terima
surat berhenti kerja.”
Rayyan terkejut yang amat sangat. Matanya membulat. “Kau pun
sama jugak?”
“Aah. Aku dapat surat itu pagi tadi. Ada seorang lelaki yang
letakkan sampul surat kat celah pagar rumah aku. Bila aku baca surat tu, aku
tak sangka aku diberhentikan kerja serta-merta. Masa tu aku tak fikir apa-apa
dah, terus pengsan.” Jelasnya dengan panjang lebar.
“Kau pengsan?Rayyan terkejut lagi. Kau okey tak ni?”
“Aku okey. Cuma sedihdengan sikap Muzaffar yang masih lagi
tidak berpuas hati dengan aku. Dalam surat itu, dia selitkan sekali CD. Tadi
aku sempat tengok apa isi kandungan dalam CD tu, ada gambar kita berdua.
Mungkin CD itu sengaja diberikan pada aku untuk menunjukkan bukti bahawa aku
curang dengan dia.”Dhia memang kesal dengan sikap Muzaffar yang tidak
mempercayainya.
“Aku tak sangka dia gunakan pendekatan ini dengan
memberhentikan aku kerja. Aku ingatkan surat dari Puan Kamelia, rupanya dari
Muzaffar.”
“Maksud kau, Muzaffar yang bagi surat tu pada kau, begitu?”
“Yup. Aku tahu pun lepas ibu aku tengok kat letterhead surat tu. Ada nama syarikat
dia. Dalam diam dia perbodohkan aku. Gunakan nama bos aku dalam surat tu.
Padahal dia yang buat. ”Dhia tergelak kecil. Walhal, hatinya ingin menangis.
Sanggup Muzaffar berdendam begitu sekali.
“Tapi, dalam surat aku, tak ada letterheadmacam kau. Dia tulis macam biasa aje.” Rayyan melihat
surat itu semula.
“Manalah tahu, si Muzaffar suruh bos kau yang tulis surat.
Dia kan berkawan baik dengan Mr. Antonio tu. Takkan kau tak tahu, kawan rapat
dalam business tu.”
“Ya tak ya jugak. Betul kata kau. Mesti Mr. Antonio berpakat
dengan jantan keparat tu nak balas dendam pada aku. “ Akhirnya, Rayyan tahu.
Muzaffar lah punca segala-galanya. “Habis tu, kau nak buat apa sekarang? Takkan
nak berdiam diri kot? Buatlah sesuatu bagi dia menyesal sebab ceraikan kau!”ujar
Rayyan penuh semangat.
“Aku tak mampu nak berbuat apa-apa, Ray. Aku harap kau faham
dengan keadaan aku sekarang.”Fikirannya tidak akan tenteram selagi memikirkan
soal Muzaffar.“Biarlah… Allah sahaja yang akan membalas perbuatan dia. Aku nak
tenangkan diri aku dulu kat rumah ni. Malas nak fikir pasal dia lagi.”
Jangan macam ni, Dhia. Kau kata nak tunjukkan pada bekas
suami kau yang kau adalah wanita yang kuat. Takkan nak mengalah sebelum
berperang? Ini bukan Dhia yang aku kenal.” Sengaja dia berkata begitu untuk
menaikkan semangat sahabatnya.
“Ray, aku bukan Nurul Haifa Nadhiya yang kau kenali dulu.
Dulu lain sekarang lain. Aku tahu, Ray. Buat masa ini, biarlah aku tenangkan diri aku.
Aku tak boleh nak tengok muka dia. Nanti aku menangis.”Dhia mengetap bibir. Air
matanya turun dipipi.
“Dhia..”belum sempat Rayyan meneruskan ayatnya, Dhia
menyambung. Mungkin dia perlu tamatkan segera perbualan ini. Segera dikesat air
matanya. Kepalanya terasa berpinar-pinar. Selepas ini dia mahu berehat.
“Okay lah, Ray. Itu aje yang mampu aku katakan setakat ini.
Aku nak rehat dulu.Pening kepala lah. Kau jaga diri baik-baik ya. Aku tak dapat
cakap banyak ni, nanti aku call kau balik.”ujar Dhia sebelum mematikan talian.Terus
dia merebahkan diri diatas katil empuk miliknya.
Rayyan mengeluh hampa. Dipandang telefon itu dengan rasa
kecewa dihati. Baru hendak meneruskan perbualan lebih lanjut, Dhia sudah tutup
telefon. Dia kesian dengan nasib yang dilalui Dhia.Nasib baik neneknya tidak
mendengar perbualan diantara dia dan Dhia.
Dia tidak mahu nenek tahu yang Dhia
sudah bercerai. Biarlah rahsia itu tersimpan rapi didalam hati. Kalau tidak ada
orang yang bercakap, rahsia tidak akan terbongkar.
Tiba-tiba pintu bilik terkuak dari luar. Rayyan terkejut
besar. Nenek!
BERSAMBUNG.. :D
BERSAMBUNG.. :D
best2
ReplyDeletesalam dik..tq y sudi bce.. ;)
Deletesalam dik
ReplyDeleteperjalanan citer semakin menarik..tertanya tanya juga apa yg Dhia akan lakukan..dan apa motif si Muzaffar memperlakukan begitu pada Rayyan..sedangkan dia tahu yg mereka berdua adalah sahabat sedari kecil dan kalau Dhia hendak curang sudah lama dia akan melakukannya..Tidak kah dia mahu menyuruh PInya menyelidiki akan kebenaran CD itu dan adakah perbualan antara mariana dan zizie didengari oleh Muzaffar secara tidak sengaja dan dia juga akan berada distor untuk mengetahui apa yg Mariana telah buat dan kenapa Mariana mesti akur dengan zizie.. Hopefully adalah e3 yg terdekat untuk mengisahkan bagaimana Dhia dan Rayyan menghadapi saat yg runcing ini..
tQ kak sbb sdi mmbaca en3 kli ini.. ;)
DeleteNext secene..d sesuatu yg nenek rayyan akn wat..
tggu n lihat sajalah..
Kantoi dengan nenek Rayyan....
ReplyDeleteApa yang jadi lepas ni?
Next entry please.... #^_^
Ada yang akan berlaku pd Muzaffar nnt.. ;) nenek Rayyan terbaik..hehe
Deletewah dek.... makin menarik ni.. padan muka muzz mati pucuk... dia ingat dhia nak dtg merayu2 kat dia? eh sorry la beb ... dhia ada cara dia sendiri .. DHIA... perlu kuat lawan ego dan sombong si muzz tu kalau dia pernah buat dhia ngangis di hari perkahwinan dia nganmariana dedik.. dhia pun bleh buat muzz nagis meratap merayu .. melutut dia hari kejayaan dhia nanti ... jangan patah semangat... rezeki dan jodoh urusan ALLAH ... terus dgn yg ESA ... DIA sentiasa ada ... aja2 fighting dhia!!!!!!
ReplyDeletehehe..dhia akn kuat selepas ini..
Deletead org yg akn brjmpa ngn Muzaffar nnt..
salam...
ReplyDeletegeram dgn sikap si bekas suami dhiya...
lagi si gedik mariana...
hrp dhiya dpt hrungi dugaan yg dberikan...
hehehehee..
waalaikumsalam
Deleteinsyallah Dhia akn hrungi dugaan itu.. ;)