“Senyum la sikit Azzah!” bisik Rina di telinga Azzah. Macam
mana aku nak senyum? memang aku tak boleh nak buat macam mana sambil menjeling
Rina yang duduk disebelahnya. Dicelah-celah itu Azzah nampak Lisa di sebelah
Nadia dan Dhiya. Mereka tersenyum dan ketawa bahagia. ‘Ertinya abang Hafiz ada
kat sini’ bisik hati Azzah. Airmatanya bagai mau jatuh semula tapi ditahannya
sambil mengigit bibirnya.
Selang beberapa minit kemudian, terdengar suara abang Mukhlis
yang menyatakan rombongan pihak lelaki sudah tiba dihalaman rumah. Rombongan
pihak lelaki sudah mengambil tempat masing-masing. Azzah tidak sanggup melihat
siapa bakal suaminya. Hatinya meronta-ronta mahu melihat siapa bakal suaminya.
Dia juga ingin tahu pilihan abang Mukhlis, dia juga nak melihat penampilan bakal
suaminya. Perlahan-lahan Azzah mengangkat wajahnya. Alangkah terkejutnya dia
melihat siapa yang di sebelah abang Mukhlis. Azzah rasa mahu pengsan bila melihat
seorang lelaki yang segak berbaju melayu. Warna baju melayunya sedondon dengan
warna baju nikahnya dan bersamping songket putih berbenang silver, sedang
diiring oleh abang Mukhlis dan Dato Muiz masuk ke ruang tamu.
“Kak Rina... kenapa abang Hafiz ada kat sini?”
tergagap-gagap Azzah menyoal kakak sepupunya. Tangan kirinya erat mengenggam
tangan kakak sepupunya. Dari jauh Nadia, Dhiya dan Lisa tersenyum melihat
kekalutan Azzah. Mereka melepaskan tawa didalam hati masing-masing. ‘Habis la kau
Hafiz lepas ini kena goreng dengan bini kau sekejap lagi’ bisik hati Kak Rina
sambil memandang Azzah yang kalut.
Azzah terkaku tatkala abang Hafiz duduk bersila didepan Tuan
Iskandar, ayah Azzah. Azzah nampak wajah Hafiz kelihatan tenang dan tersenyum.
Tergamam Azzah saat matanya bertembung dan Hafiz tersenyum manis kepadanya.
Tangannya pantas memaut bahu Rina kerana terasa dirinya bagai nak pengsan.
Puan.Amera Sakinah tersenyum melihat gelagat dan kekalutan anaknya. ‘Kak
Rina.... mak. Nadia...Dhiya tolong Azzah!’ jerit hatinya. Berkali-kali Azzah
memejam dan mencelikkan matanya, menharapkan semua yang dilihatnya adalah
mimpi.
“Azzah cuba duduk diam-diam yang dok kalut ini kenapa?” marah
Rina sambil bibirnya tersenyum melihat gelagat Azzah. ‘Hissshh kau ini tambah
kalut pulak aku tengok’ bisik hati Rina. Lalu tangan Rina mencubit pelahan paha
Azzah membuat Azzah tersedar yang dia tidak bermimpi. Azzah berpaling ke arah
ayahnya yang sedang berjabat tangan dengan Hafiz. Abah membaca lafaz keramat
itu lalu disambut oleh Hafiz.
“Aku terima nikahnya, Azzah Maria Syahira Binti Iskandar
dengan mas khawinnya dua puluh dua ringgit tunai” Hafiz melafazkan akad nikah
dengan lancar, jelas dan tenang.
“Sah?” Ayah menyoal saksi.
“Sah” jawab semua saksi serentak. Kemudian Hafiz tiba dan
menyambut sebentuk cincin yang disua oleh Datin Maira Hafizah. Lalu Hafiz
menyarungkannya dijari manis Azzah.
“Azzah cium tangan abang ini ya sayang” merah muka Azzah
apabila mendengar kata-kata Hafiz kepadanya sambil menunduk Azzah mencium tangan
suaminya. Hafiz tahu apa yang berada di kepala isterinya yang baru dinikahinya,
tapi ini bukan masa yang sesuai menerangkan segalanya pada Azzah. Airmata
Azzah mengalir saat Hafiz menunduk dan mencium dahi Azzah. Ingin sekali Azzah
bersuara dan bertanya tapi suara Rina Nadia dan Dhiya menyuruh ulang tayang
lagi sekali dan menyuruh Hafiz membuat lagi sekali mencium dahi untuk
diabadikan di dalam kemera.
“Hafiz melakukan sekali lagi”. Sambil berbisik “ini bukan
abang yang gatal tau tu kakak sepupu awak dengan kawan-kawan sayang suruh buat so, abang dengan rela hati buat lagi
ulang tayang aksi ini ....haha” riuh suara Rina, Nadia, Lisa dan Dhiya menyuruh
dia bergambar dan melakukan beberapa aksi supaya mereka merakam didalam kemera.
“Azzah tu mak dan ayah abang..” bisik Hafiz pelahan ketelinga
Azzah. Dengan penuh hormat Azzah menundukakn dan mencuim tangan mentuanya.
Selesai acara bergambar dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Ahli keluarga abang Hafiz pulang sebelah petang setelah
majlis pernikahan selesai. Ketika Hafiz berpelukan dengan ibubapanya, Azzah
melihat mata suaminya, Hafiz berkaca-kaca. Hafiz sedaya upayanya agar
airmatanya tidak mengalir dari matanya.
“Jaga isteri kamu baik-baik bimbing dia tegur kesalahan dia
dengan cara elok” itulah pesan Dato Muiz kepada Hafiz. Jelas sekali semua
keluarga Hafiz merestui pernikahan ini. Azzah melihat gadis yang bernama Lisa
memeluk Hafiz. Timbul cemburu di hati Azzah. ‘Hey, abang ini tak tahu haram ngan
halal ke main peluk-peluk perempuan itu depan aku’ suara marah Azzah didalam
hati.
Setelah gadis tersebut melepaskan pelukannya. Azzah nampak
gadis tersebut mengantur langkah ke arahnya dan gadis itu berbisik sesuatu di
telinga Azzah. “Akak masih kenal saya lagi kita pernah bertemu kat Pantai
Lido?”. Azzah mengganguk kepalanya. “Akak masih tak kenal saya tapi saya cukup
kenal akak melalui semua cerita abang pada saya. Akak mesti nak tahu siapa saya
kan?” Azzah mengganguk bagai burung pelatuk.“Kalau akak nak tahu siapa saya sila
la akak tanya kat suami kesayangan akak tu” bibir gadis tu menunjuk ke arah
Hafiz.
“Okey la kak, Datin ngan Dato dah lama tunggu saya kat atas
kereta kang bising pulak mereka kat saya. Bye kak, jangan lupa tanya tau siapa
saya di hati suami kak Azzah? sebab sekarang akak la pesaing saya!” jerit Lisa.
Azzah tersentak ketika ada tangan sasa yang melingkari pinggangnya. Ya dia
nampak Hafiz erat memeluknya sambil sebelah tangannya melambai-lambai ke arah
kereta yang bergerak pergi. Azzah masih terkaku di situ dan masih memikir kata
terakhir dari gadis itu. Pesaing?
“Jom naik sayang kita pun belum sembahyang asar lagi abang
tak sabar nak berjemaah dengan sayang” sambil memeluk pinggang isterinya mereka
beriring berjalan masuk ke dalam rumah. Hafiz tahu isterinya mesti blurr,
tengok muka pun dia tahu. Hehehe.
Setelah menunai solat asar berjemaah. Azzah tunduk mencium
tangan suaminya yang baru dinikahinya pagi tadi bersaksikan ahli keluarga. Yea
kini dia merasa bahagia tapi banyak persoalan yang masih di dalam fikiran
Azzah? macam mana abang Mukhlisnya boleh menerima Hafiz? Macam mana semua orang
merahsiakan dengan siapa di akan berkhawin? Siapa Lisa di hati suaminya. Masih
belum dijawab oleh suaminya. Selepas berjemaah suaminya terus keluar dan
menemui sanak saudara yang masih belum pulang.
best2
ReplyDeletebest...tapi tak ade smbungan nye ke...smbung lh cepat..
ReplyDeleteyea! sy pandai teka..
ReplyDeletehafiz nakal..
kesian azzah, dh mcm zombie..haha