Followers

Friday 14 December 2012

MR OREO PART 7



 “Senyum la sikit Azzah!” bisik Rina di telinga Azzah. Macam mana aku nak senyum? memang aku tak boleh nak buat macam mana sambil menjeling Rina yang duduk disebelahnya. Dicelah-celah itu Azzah nampak Lisa di sebelah Nadia dan Dhiya. Mereka tersenyum dan ketawa bahagia. ‘Ertinya abang Hafiz ada kat sini’ bisik hati Azzah. Airmatanya bagai mau jatuh semula tapi ditahannya sambil mengigit bibirnya.

Selang beberapa minit kemudian, terdengar suara abang Mukhlis yang menyatakan rombongan pihak lelaki sudah tiba dihalaman rumah. Rombongan pihak lelaki sudah mengambil tempat masing-masing. Azzah tidak sanggup melihat siapa bakal suaminya. Hatinya meronta-ronta mahu melihat siapa bakal suaminya. Dia juga ingin tahu pilihan abang Mukhlis, dia juga nak melihat penampilan bakal suaminya. Perlahan-lahan Azzah mengangkat wajahnya. Alangkah terkejutnya dia melihat siapa yang di sebelah abang Mukhlis. Azzah rasa mahu pengsan bila melihat seorang lelaki yang segak berbaju melayu. Warna baju melayunya sedondon dengan warna baju nikahnya dan bersamping songket putih berbenang silver, sedang diiring oleh abang Mukhlis dan Dato Muiz masuk ke ruang tamu.

“Kak Rina... kenapa abang Hafiz ada kat sini?” tergagap-gagap Azzah menyoal kakak sepupunya. Tangan kirinya erat mengenggam tangan kakak sepupunya. Dari jauh Nadia, Dhiya dan Lisa tersenyum melihat kekalutan Azzah. Mereka melepaskan tawa didalam hati masing-masing. ‘Habis la kau Hafiz lepas ini kena goreng dengan bini kau sekejap lagi’ bisik hati Kak Rina sambil memandang Azzah yang kalut.

Azzah terkaku tatkala abang Hafiz duduk bersila didepan Tuan Iskandar, ayah Azzah. Azzah nampak wajah Hafiz kelihatan tenang dan tersenyum. Tergamam Azzah saat matanya bertembung dan Hafiz tersenyum manis kepadanya. Tangannya pantas memaut bahu Rina kerana terasa dirinya bagai nak pengsan. Puan.Amera Sakinah tersenyum melihat gelagat dan kekalutan anaknya. ‘Kak Rina.... mak. Nadia...Dhiya tolong Azzah!’ jerit hatinya. Berkali-kali Azzah memejam dan mencelikkan matanya, menharapkan semua yang dilihatnya adalah mimpi.

“Azzah cuba duduk diam-diam yang dok kalut ini kenapa?” marah Rina sambil bibirnya tersenyum melihat gelagat Azzah. ‘Hissshh kau ini tambah kalut pulak aku tengok’ bisik hati Rina. Lalu tangan Rina mencubit pelahan paha Azzah membuat Azzah tersedar yang dia tidak bermimpi. Azzah berpaling ke arah ayahnya yang sedang berjabat tangan dengan Hafiz. Abah membaca lafaz keramat itu lalu disambut oleh Hafiz.

“Aku terima nikahnya, Azzah Maria Syahira Binti Iskandar dengan mas khawinnya dua puluh dua ringgit tunai” Hafiz melafazkan akad nikah dengan lancar, jelas dan tenang.

“Sah?” Ayah menyoal saksi.

“Sah” jawab semua saksi serentak. Kemudian Hafiz tiba dan menyambut sebentuk cincin yang disua oleh Datin Maira Hafizah. Lalu Hafiz menyarungkannya dijari manis Azzah.

“Azzah cium tangan abang ini ya sayang” merah muka Azzah apabila mendengar kata-kata Hafiz kepadanya sambil menunduk Azzah mencium tangan suaminya. Hafiz tahu apa yang berada di kepala isterinya yang baru dinikahinya, tapi ini bukan masa yang sesuai menerangkan segalanya pada Azzah. Airmata Azzah mengalir saat Hafiz menunduk dan mencium dahi Azzah. Ingin sekali Azzah bersuara dan bertanya tapi suara Rina Nadia dan Dhiya menyuruh ulang tayang lagi sekali dan menyuruh Hafiz membuat lagi sekali mencium dahi untuk diabadikan di dalam kemera. 

“Hafiz melakukan sekali lagi”. Sambil berbisik “ini bukan abang yang gatal tau tu kakak sepupu awak dengan kawan-kawan sayang suruh buat so, abang dengan rela hati buat lagi ulang tayang aksi ini ....haha” riuh suara Rina, Nadia, Lisa dan Dhiya menyuruh dia bergambar dan melakukan beberapa aksi supaya mereka merakam didalam kemera.

“Azzah tu mak dan ayah abang..” bisik Hafiz pelahan ketelinga Azzah. Dengan penuh hormat Azzah menundukakn dan mencuim tangan mentuanya. Selesai acara bergambar dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Ahli keluarga abang Hafiz pulang sebelah petang setelah majlis pernikahan selesai. Ketika Hafiz berpelukan dengan ibubapanya, Azzah melihat mata suaminya, Hafiz berkaca-kaca. Hafiz sedaya upayanya agar airmatanya tidak mengalir dari matanya.

“Jaga isteri kamu baik-baik bimbing dia tegur kesalahan dia dengan cara elok” itulah pesan Dato Muiz kepada Hafiz. Jelas sekali semua keluarga Hafiz merestui pernikahan ini. Azzah melihat gadis yang bernama Lisa memeluk Hafiz. Timbul cemburu di hati Azzah. ‘Hey, abang ini tak tahu haram ngan halal ke main peluk-peluk perempuan itu depan aku’ suara marah Azzah didalam hati.

Setelah gadis tersebut melepaskan pelukannya. Azzah nampak gadis tersebut mengantur langkah ke arahnya dan gadis itu berbisik sesuatu di telinga Azzah. “Akak masih kenal saya lagi kita pernah bertemu kat Pantai Lido?”. Azzah mengganguk kepalanya. “Akak masih tak kenal saya tapi saya cukup kenal akak melalui semua cerita abang pada saya. Akak mesti nak tahu siapa saya kan?” Azzah mengganguk bagai burung pelatuk.“Kalau akak nak tahu siapa saya sila la akak tanya kat suami kesayangan akak tu” bibir gadis tu menunjuk ke arah Hafiz.

“Okey la kak, Datin ngan Dato dah lama tunggu saya kat atas kereta kang bising pulak mereka kat saya. Bye kak, jangan lupa tanya tau siapa saya di hati suami kak Azzah? sebab sekarang akak la pesaing saya!” jerit Lisa. Azzah tersentak ketika ada tangan sasa yang melingkari pinggangnya. Ya dia nampak Hafiz erat memeluknya sambil sebelah tangannya melambai-lambai ke arah kereta yang bergerak pergi. Azzah masih terkaku di situ dan masih memikir kata terakhir dari gadis itu. Pesaing?

“Jom naik sayang kita pun belum sembahyang asar lagi abang tak sabar nak berjemaah dengan sayang” sambil memeluk pinggang isterinya mereka beriring berjalan masuk ke dalam rumah. Hafiz tahu isterinya mesti blurr, tengok muka pun dia tahu. Hehehe.

Setelah menunai solat asar berjemaah. Azzah tunduk mencium tangan suaminya yang baru dinikahinya pagi tadi bersaksikan ahli keluarga. Yea kini dia merasa bahagia tapi banyak persoalan yang masih di dalam fikiran Azzah? macam mana abang Mukhlisnya boleh menerima Hafiz? Macam mana semua orang merahsiakan dengan siapa di akan berkhawin? Siapa Lisa di hati suaminya. Masih belum dijawab oleh suaminya. Selepas berjemaah suaminya terus keluar dan menemui sanak saudara yang masih belum pulang.



BERSAMBUNG.... :D

3 comments:

  1. best...tapi tak ade smbungan nye ke...smbung lh cepat..

    ReplyDelete
  2. yea! sy pandai teka..
    hafiz nakal..
    kesian azzah, dh mcm zombie..haha

    ReplyDelete