Followers

Wednesday, 11 July 2012

KASIH SI KEMBAR PART 2


                                


Tuk…tuk…tuk…
Bunyi ketukan diluar pintu bilik menyentakkan Fika Farisya dari lamunan kenangan lalu yang masih segar diingatannya.Dia berasa seperti baru semalam kejadian itu berlaku.Dia meletakan pen untuk seketika dan segera menyekat airmata yang mula membasahi pipi.Dia melepaskan keluhan sebelum menghanyunkan kakinya menuju ke pintu bilik.

“Yea ibu, tunggu…Adik bukakan pintu untuk ibu.” jawab Fika Farisya.Lantas terkuak pintu dari dalam dan terpancul wajah Fika Farisya disebalik pintu.

‘’Assalamualaikum anak ibu.Tengah buat apa itu?.”soal Rahmah Khalissa sambil tersenyum manis kepada anaknya

“Waalaikumusalam ibu.Adik baru siap buat revision untuk exam. Sebab esok adik ada last paper, Add Maths. Ibu doakan adik tau.’’ Fika Farisya bersuara manja sambil memimpin tangan ibunya masuk ke dalam biliknya.

‘’Doa ibu sentiasa mengiringi anak-anak ibu. Ibu sentiasa mendoakan anak-anak ibu berjaya dunia dan akhirat.” Rahmah Khalissa bersuara sayu.

Fika Farisya tahu ibunya merindui ayah dan kakak kembarnya. Dia sering melihat ibunya menantap gambar ayah dan kakaknya pasti ibunya akan menangis mengenangkan mereka.

‘’Maafkan adik ibu sebab buat ibu teringat dekat ayah dan kakak?Ibu nak adik cari mereka lepas exam ini berakhir?Kalau ibu nak, adik boleh cari sebab adik tahu ibu rindukan mereka.” Fika farisya menyoal ibunya.

”Ibu memang rindu mereka tapi dengan adanya adik disisi ibu buat rindu ibu terhadap mereka terubat. Dan adik juga menjadi sumber kekuatan ibu  untuk terus hidup di dunia ini. Ibu akan terus berjuang nak..”. Rahmah Khalissa lantas memeluk anaknya.

Adik adalah kebahagian ibu di masa ini.Andai ibu dijemput macam mana nasib Adik nak. bisik hati Rahmah Khalissa. Dia tahu barah yang dihadapinya sekarang sudah sampai ke peringkat kronik. Dia langsung tidak memberitahu Fika Farisya yang dia menghadapi barah rahim. Ya ALLAH, andai aku tiada lagi di dunia ini KAU kuatkan semangat anakku Ya ALLAH.

***************

Fika Farisya yang masih belajar keluar dari biliknya hendak menuju ke dapur tapi langkahnya terhenti di depan pintu bilik ibunya. Dia mendengar sayup-sayup esakan ibunya dari pintu bilik yang sedikit renggang.

‘’Ibu… ibu… boleh adik masuk?.”Fika Farisya memanggil ibunya.

’’Masuklah adik.’’ perlahan suara Rahmah Khalissa menyuruh anaknya masuk.

Fika Farisya melangkah setapak demi setapak menuju ke arah suara ibunya. Dia sudah berdiri tegak dihadapan ibunya yang  sedang duduk di birai katil sambil memegang gambar.Lama dia memandang wajah ibunya yang sembab dan bengkak. Fika Farisya melihat ibunya mengangkat wajahnya lalu diraih tangan Fika Farisya menyuruh dia duduk disebelah ibunya. Sebaik ibunya menyuruhnya duduk. Fika Farisya terus meluru memeluk tubuh tua ibunya itu dengan sekuat hatinya.

‘’Ssshhyyy…..sayang kenapa ini menangis tiba-tiba. Esokkan nak exam. Tak baik, nanti jawab exam dengan mata sembab dan bengkak.” ujar Rahmah Khalissa.

‘’Adik takut…Adik takut ibu akan tinggalkan adik. Adik dah berapa kali mimpi yang ibu akan tinggalkan adik seorang diri dekat rumah ini.” jawab Fika Farisya dengan teresak-esak di dalam dakapan ibunya.

‘’Jangan nangis adik. Ibukan masih ada disisi adik. Adik tahukan ibu sayang sangat dekat adik.” Lembut suara Rahmah Khalissa memujuk anaknya.Dengan manja, rambut anaknya yang lurus dan ikal dibawah dibelai dengan penuh kasih.

Fika Farisya meleraikan pelukannya lalu memandang ibunya. Perlahan-lahan airmata yang mengalir di pipinya disapu bersih oleh jemari ibunya yang terketar-ketar menyeka airmata Fika Farisya.

“Bu…Adik tahu ibu sekarang tengah sakit. Sebab masa ibu pergi pekan untuk pergi ke klinik, adik ikut ibu. Adik dengar semua yang doktor cakap dekat ibu masa itu. Betul ke ibu sakit?.” soal Fika Farisya perlahan dengan nada suara yang bergetar.Mata Fika Farisya memandang tepat ke arah mata ibunya untuk mendapat jawapan.

Rahmah Khalissa tidak dapat menahan perasaannya dikala ini, lebih-lebih lagi mendengar apa yang ditanyakan oleh anaknya tentang penyakit yang dirahsiakan akhirnya diketahui oleh Fika Farisya.Kepala anaknya dikucup berkali-kali. Airmata Rahmah Khalissa merembes laju membasahi pipinya.

‘’Maafkan ibu sayang…maafkan ibu adik…Sebab ibu rahsiakan penyakit ibu dari pengetahuan adik. Ibu tak mahu adik tahu. Ibu tak mahu adik risau sampai pelajaran adik terjejas nanti.’’ pipi anaknya diusap dan airmata anaknya diseka sambil menenangkan anaknya.

‘’Kenapa? Kenapa ibu nak rahsiakan dari adik? Adik tak nak ibu sakit…Adik tak nak ibu tinggalkan adik…Adik tak nak ibuuuu…’’ teresak-esak  Fika Farisya meluahkan rasa hatinya.

‘’Pandang ibu adik…pandang ibu sayang…” Rahmah Khalissa mengangkat dagu anaknya.Fika Farisya yang terasa ibunya menyentuh dagunya ,lalu mendongakkan wajahnya  memandang ibunya.

“Mungkin ibu sakit sebab dah takdir ibu sayang. ALLAH sedang menguji kita. Ibu redha menerimanya. Adik pahamkan.” Fika Farisya hanya mengangguk kepalanya.Mereka anak beranak saling berpelukkan.

‘’Ibu, boleh adik tidur dengan ibu malam ini. Adik nak peluk ibu masa tidur nanti.”ujar Fika Farisya sambil menyeka airmatanya.

Dengan tersenyum, Rahmah Khalissa mengangguk kepala tanda dia membenarkan anaknya tidur bersamanya malam ini.Dengan manjanya Fika Farisya melentokkan kepalanya diriba ibunya sambil ibunya mengucup pipi dan membelai rambutnya. Sedikit demi sedikit mata Fika Farisya mula terpejam dan dia terlena dipangkuan ibunya.

***************

‘Maafkan ibu sayang….maafkan ibu sebab tak dapat memenuhi keinginan adik untuk sentiasa berada disisimu sayang. Ibu tahu adik dahagakan kasih sayang dari seorang  ayah. Dan ibu tahu adik rindu kakak dan ayah tapi adik selalu bohong dekat ibu. Adik selalu cakap yang adik tak pernah rindu kakak dan ayah sebab adik tak nak ibu sedih.Ibu tahu derita yang adik tanggung. Ibu juga teringin sungguh keluarga kita bersatu semula sebelum ibu menghembuskan nafas yang terakhir. Tapi disebabkan fitnah kita jadi terpisah macam ini sayang. Kesian anak ibu,dah diuji sejak kecil lagi.Abang kejam, abang sanggup halau Lissa dan anak kita. Hanya disebabkan sekeping gambar, abang sanggup gadaikan mahligai yang kita bina musnah gara-gara terlalu mengikut nafsu amarah tanpa memberi peluang kepada Lissa untuk terangkan. Abang lebih percayakan sekeping gambar dari isteri sendiri. Lissa rindu dengan abang dan kakak.’ rintihan Rahmah Khalissa yang hanya mampu dijeritkan disudut dasar hatinya.

Dikala ini azan subuh sayup-sayup kedengaran berselang-seli dengan suara esakan yang begitu sayu dari Rahmah Khalissa memikirkan siapa yang akan menjaga Fika Farisya bila dia menuntup matanya nanti.

“Abang mana Lissa nak pergi lagi kalau abang halau Lissa dari rumah ini. Macam mana dengan perkhawinan yang kita bina selama ini?” Rahmah Khalissa menyoal Megat Ihsan.

“Arghh…Aku tak nak tahu kau nak hidup kat mana?Kau yang dah musnahkan perkahwinan kau sendiri. Hati aku sakit kau tahu. Kau perempuan curang Lissa. Aku tak mahu hidup aku ditipu oleh perempuan seperti kau.” Megat Ihsan terus berdiri di bakoloni dengan perasaan berkecamuk. Marah, benci, sedih, sayang dan cinta menjadi satu perasan. Dia meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya.

Esakkan Rahmah Khalissa sudah tenggelam timbul akibat terkenangkan kisah 12 tahun yang lalu.

’’Ibu….ibu…’’ujar Fika Farisya sambil menggoyangkan sedikit lengan ibunya yang nampak begitu leka memandang kearah tingkap yang terbuka tanpa berkelip.

“Ibu..’’ Fika Farisya menguatkan suaranya lagi. Tersentak Rahmah Khalissa dibuatnya. Segala yang berlaku 12 tahun lalu hilang melayang bagai ditiup angin. Rahmah Khalissa menyekat  sisa airmata dan memberi senyuman manis kepada anak kesayangannya.

“Ibu adik dah siapkan sarapan didapur. Sebelum adik keluar pergi ke sekolah adik nak teman ibu makan. Jom ibu kita makan.” ajak Fika Farisya kepada ibunya.

Rahmah Khalissa memandang wajah anaknya yang memimpin tangannya menuju ke dapur untuk bersarapan bersama.Rahmah Khalissa melihat wajah anaknya lama sambil hatinya berbisik  ’YA-ALLAH,aku dapat rasakan  perjalanan aku di dunia ini sudah sampai ke garis penamat hidupku. Dan lebih merunsingkan Rahmah Khalissa adalah bagaimana kehidupan anaknya sekiranya dia tidak lagi berada disisi anaknya. Adik, walaupun ibu tiada disisimu nanti, ibu akan sentiasa mendoakan kebahagianmu sayang. Maafkan ibu tak dapat melihat kamu berjaya di menara gading.Maafkan ibu sayang.

‘’Ibu nampaknya hari ini nak hujanlah. Adik pergi dulu yea. Ibu doakan adik untuk exam SPM ini tau. Dan mungkin adik balik cepat. Boleh tak ibu tolong masakkan ikan keli sambal  ijo untuk adik?.” kata Fika Farisya meminta ibunya memasakkan lauk kegemarannya sambil bersuara ceria dihadapan ibunya.

“Oooo….Adik dah rindu nak makan ikan keli sambal ijo errkk…’’ujar Rahmah Khalissa lembut kepada anaknya. Rahmah Khalissa tersenyum dan menggangukkan kepalanya tanda setuju.

“Fika…..ooooo……Fika… cepat la ayah aku dah tunggu ini. Nanti lambat pulak kita ke sekolah?.” tiba-tiba Zafril Zafuan terpancul di pintu dapur rumahnya.

“Eehhh…kau tak reti baca salam ke sebelum masuk rumah aku?.” sindir Fika Farisya kepada Zafril Zafuan. Fika Farisya melihat Zafril Zafuan hanya tersenyum sambil tangannya menunjukkan tanda peace kepadanya. Dia hanya menggeleng-geleng kepalanya.

“Yealah, aku nak salam ibu aku dulu.” kata Fika Farisya kepada Zafril Zafuan sambil mengangkat tangan kanannya supaya menunggunya.

Setelah Fika Farisya menyalami ibunya, perlahan-lahan kakinya melangkah kearah pintu untuk meninggalkan dapur. Belum sempat dia melangkah ke luar, dia terus berpusing semula dan berlari kearah ibunya. Kedua-dua pipi ibunya dicium bertalu-talu dan memeluk tubuh ibunya erat seperti enggan melepaskan. Dia berasa ingin berada disisi ibunya ketika itu. Hatinya dilanda gelisah seperti bakal terjadi sesuatu.

‘’Adik sayang ibu….sayang sangat… Ibu tunggu adik balik tau.” ucap Fika Farisya sambil berlalu.

“Mak cik saya pergi dulu.” ujar Zafril Zafuan kepada ibu Fika Farisya sambil tersenyum.

Rahmah Khalissa melihat anaknya dan anak jirannya seiring berjalan menuju ke arah kereta Haji Hassan, ayah Zafril Zafuan .

*****************

“Assalamualaikum….Lissa…ooooo…. Lissa!.” laung Hajar Khadijah di luar pintu dapur Rahmah Khalissa.

“Waalaikumusalam, eehhh Kak Tija jemput masuk kak.” pelawa Rahmah Khalissa.

“Ada apa Kak Tija datang ini?.” Rahmah Khalissa menyoal Hajar Khadijah.

“Ini haaa… aku bawak gulai ikan keli masak cili api. Nanti Fika balik sekolah, bolehlah dia makan.” kata Hajar Khadijah sambil menghulurkan mangkuk tingkatyang berisi lauk gulai ikan keli masak cili api kepada Rahmah Khalissa.

‘’Buat susah Kak Tija masak lebih untuk Fika.” jawab Rahmah Khalissa sambil menyambut huluran lauk yang Hajar Khadijah berikan.

‘’Ehh…tak susah pun ikan itu memang ada lebih.Kebetulan si Zafril suruh Kak Tija masak lauk ini lebih. Dia suruh Kak Tija bagi sikit kat Fika.” jelas Hajar Khadijah  sambil tersenyum. Dia memandang Rahmah Khalissa menyalin lauk gulai ikan keli masak lemak cili api ke dalam pinggan.

‘’Kak…..Lissa nak cakap sikit boleh tak kak?” soal Rahmah Khalissa kepada Hajar Khadijah. Dia segera duduk bertentangan dengan Hajar Khadijah.

‘’Haaa..cakap lah apa yang kamu nak cakap dekat akak, Lissa’’. jawab Hajar Khadijah sambil menanti butir bicara dari Rahmah Khalissa. Dia melihat wajah Rahmah Khalissa agak pucat.

“Akak tahukan penyakit yang Lissa hadapi ini. Lissa rasa hayat Lissa tak lama lagi Kak Tija. Akak tolong tengok-tengokkan anak Lissa. Lissa tak nak dia merasa keseorangan, bila Lissa tak ada nanti. Lissa minta tolong sangat dekat Kak Tija dengan Abang Hassan  jagakan Fika untuk Lissa.”ujar Rahmah Khalissa dengan bersuara sayu menyampaikan hajatnya.

“Lissa, kenapa kamu cakap macam itu?Kalau kamu tak ada, akak dengan abang Hassan kamu yang akan jaga Fika. Lagipun kami dah anggap Fika itu macam anak perempuan kami dan adik pada Zafril.Kamu tak payah fikirkan sangat tentang itu. Apa yang penting sekarang kita cari jalan macam mana nak ubati penyakit kamu itu.” kata Hajar Khadijah sambil memegang kedua-dua tangan Rahmah Khalissa. Rahmah Khalisah bukan sahaja sahabatnya malah  dia telah menganggap Rahmah Khalissa seperti adiknya. Dia turut sedih apa yang menimpa Rahmah Khalissa tapi dia tidak boleh menunjukkan kesedihannya. Dia harus kuat agar Rahmah Khalissa dapat bertahan dan terus bersemangat untuk melawan penyakit yang dialaminya. 

“Kak Tija penyakit Lissa ini tak boleh diubati lagi kak. Kalau nak diubati jugak, Lissa takut semua duit yang Lissa kumpul untuk Fika itu habis. Sebab nak membiayai kos pembedahan Lissa. Biarlah duit itu Lissa beri pada Fika untuk dia melanjutkan pelajaran  ke menara gading untuk mencapai cita-cita dia, kak.” jelas Rahmah Khalissa kepada Hajar Khadijah. Dia amat berharap sangat yang Hajah Khadijah dapat memahami isi hatinya. 
 
Hajar Khadijah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar setiap ucapan yang keluar dari mulut  Rahmah Khalissa.Kamu tak pernah fikir tentang diri kamu, Lissa. Kamu sanggup berkorban apa saja untuk anak kamu walaupun dirimu menderita sakit tanpa diubati bisik hati Hajar Khadijah. Dia melepaskan keluhan.

‘’Ini Lissa nak masak apa ini?” soal Hajar Khadijah,bersuara setelah lama mereka berdiam diri. Dia segera menolak kerusi lalu menghayunkan kakinya mendekati Rahmah Khalissa. Hajar Khadijah tidak mahu sahabatnya masih memikirkan lagi masalah yang berkaitan tentang penyakitnya.

“Lissa masak cili hijau dengan ikan keli kesukaan Fika.” jawab Rahmah Khalisa dengan wajah yang ceria apabila teringat akan anak kesayangannya. Dia menghulurkan mangkuk tingkat yang telah dicuci kepada Hajar Khadijah. Dia mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Hajah Khadijah kerana memberi lauk gulai ikan keli masak cili api kepada Fika. Hajah Khadijah meminta diri kepada Rahmah Khalissa untuk menyimpan mangkuk tingkat ke rumah.

*************

Dalam Rahmah Khalissa sedang mengaulkan cili hijau dengan ikan keli. Rahmah Khalissa  terbatuk-batuk tanpa henti sambil menutup mulutnya dengan tangan kanannya. Nafasnya sudah mula turun naik.Tangan kirinya pula, menekan perutnya yang mulai terasa sakit yang semakin menjalar.Terasa diwaktu itu, seluruh organ dalamannya seperti diikat dengan kuat.Badannya sudah mula mengigil lalu dia terduduk menahan sakit yang dirasa semakin sakit. Dia ingin meminta tolong namun suaranya, seperti  tersekat dikerongkong.Rahmah Khalissa masih menahan perit dibahagian perutnya.Ya ALLAH…ALLAH…..Ya ALLAH. hanya itu yang mampu dijerit didalam hati.

Hajar Khadijah masuk ke rumah sahabatnya semula untuk tujuan menemani Rahmah Khalissa. Kakinya terus melangkah ke arah dapur. Alangkah terkejutnya dia melihat sesuatu  apabila kakinya sudah menapak di dapur. Wajahnya panik. Dia terus meluru mendapatkan Rahmah Khalissa yang telah terduduk disudut dapur sambil menekan perutnya. Dia duduk sambil memegang kedua belah bahu Rahmah Khalissa. Dia dapat melihat wajah Rahmah Khalissa yang berkerut-kerut menahan sakit.
  
‘’Lissa..,kenapa ini?Lissa sakit ke?Mana ubat Lissa?Mari akak ambikkan untuk Lissa.” soal Hajar Khadijah kepada Rahmah Khalissa dengan riak risau.

‘’Ya ALLAH…..Kak Tija sakitnya….Lissa dah tak tahan lagi kak…Akak…, Lissa rasa… Waktu Lissa sudah hampir. Akak janji dengan Lissa tolong jagakan Fika untuk Lissa. Akak tolong cakap dekat dia yang Lissa sayang dia dan Lissa minta maaf tak dapat berada disisinya . ” ujar Rahmah Khalissa perlahan sambil memegang kedua-dua tangan Hajah Khadijah dengan erat.

Wajahnya sudah dibasahi dengan airmata dipipi. Hajah Khadijah sudah diselubungi dengan perasaan bercampur baur sedih, cemas menjadi satu. Dia dapat melihat peluh dingin di dahi Rahmah Khalissa dan nafasnya mula tidak teratur.

</