Oleh:Lela Vanila
Kelihatan Mak
Jah mundar mandir didepan Farisya.Sekejap kekanan,sekejap kekiri.Naik juling
mata Farisya yang mengekori pergerakan Mak Jah.Wanita separuh abad itu
kegelisahan.Farisya pula memandangnya dengan wajah yang tidak bersalah.Mak Jah
mengeluh.Dia melabuhkan punggungnya disebelah Farisya yang sudah menonggkat
dagu diatas pehanya.
“itulah kamu!Mak Jah dah cakap jangan buat hal
kat sini,kamu tak nak dengar sekarang kan dah susah..aishh!degil betullah kamu
ni”bebel Mak Jah kepada Farisya yang masih membuat muka selamba.
“ala..rileklah
Mak Jah,Farisya bukan buat apa-apa pun”jawab Farisya masih tidak mengaku salah.
“Yang kamu pergi
baling kain lap kat muka dia tu kenapa?yang tu dah satu hal yang kamu pergi
pijak kaki dia lepas tu kenapa?bukannya nak mintak maaf.Buat hal lagi.Sabar
sajalah dengan kamu ni.Tu kata tak buat apa-apa..”sambungnya lagi.Farisya sudah
membuat muka muak.Sakit telingganya mendengar wanita tua ini membebel. ‘kan aku dah cakap makcik ni kalau dah
membebel tak reti nak berhenti..aduh..cair dah taik telingga aku ni..Mak Jah
oi..cukup-cukuplah tu..kejung dah telinga ni’omel Farisya dalam
hati.Kejap-kejap dia mengaru tudungnya.
Hampir setengah
jam wanita ini membebel.Sampai terlelap sekejap Farisya dibuatnya.Bukan makan
saman budak ni.Bagi dia leteran Mak Jah umpama satu nyanyian merdu menyuruhya
tidur.Siap berdengkur.Mak Jah yang kepenatan membebel menoleh kearah
Farisya.Kelihatan Gadis itu terhinggut-hinggut menahan ngantuk. Mak Jah
menggeleng.
“yaallah!budak ni.Kita bebel kat dia,boleh dia
buat taik mata pula.Tak senonoh betul anak dara sorang ni. Risya!dah-dah bangun.Masa
balik dah ni.Membuta pulak dia.Dah!dah bangun”kejut Mak Jah sambil menepuk
lembut bahu gadis itu.
Farisya
menggeliat.Dia tersenyum memandang wajah
Mak Jah yang muram.
‘marahkan akulah
tu’desis hatinya. Dia memeluk bahu Mak jah erat. Dicium lembut pipi tua wanita
itu.Mak Jah yang muram tadi sudah tersenyum.Pandai betul Farisya memujuk hati
tuanya.
“maaflah Mak
Jah.Farisya bukan sengaja nak baling kain lap tu dekat dia.Risya nak baling
dekat minah getik tu tiba-tiba dia pulak muncul, tu yang melekap kat muka dia
tu.Siapa suruh tak bagi salam.” kata Farisya selepas meleraikan pelukkannya.Dia
tersenggih.
“habis yang kamu
pijak kaki dia tu pun tak sengajalah yek?”soal Mak Jah. Farisya menggaru – garu
kepalanya yang tidak gatal.Dia ketawa kecil.
“he he he..yang
tu sengaja!”jawabnya selamba.Membutang mata Mak Jah mendengar jawapan Farisya.
“sengaja?kenapa
kamu pijak kaki dia?”Soal Mak Jah terkejut.
“siapa suruh tak makan saman,suka jiwa dia
aje nak kutuk-kutuk Farisya.Sakit jiwa tau dengar dia cakap yang bukan-bukan
kat kita.Tu nasib baik pijak kaki.Dalam hati nak aje bagi makan penampar dua
tiga bijik baru puas.Tapi nasib baik iman ni kuat.”Farisya mengurut dadanya
menahan sabar.Dia sudah ketawa mengejek
mengenangkan muka ketat lelaki itu selepas dipijak kakinya oleh dia.
“Banyaklah kamu
punya suka jiwa.Yang kamu pijak kaki dia tu kamu tau siapa?Soal Mak Jah.Farisya
menggelengkan kepalanya.
“tah!malas nak ambik tahu”Balas Farisya acuh
tak acuh.
Mak Jah
mengeluh.Dia menggelengkan kepalanya.
“Dia tu anak bos
kamu tahu”tegas kata-kata Mak Jah.Mata Farisya terbeliak keluar.
“anak
bos?”terjerit sedikit Farisya mendengar kata-kata Mak Jah.Hanya anggukan
dibalas Mak Jah. Farisya menyandar lesu.
‘mampus aku!ni betul-betul mampus ni kalau ibu tahu..hadoii..’Farisya
mengeluh berat.
********************************
“eh!perempuan
kau keluar dari bawah meja tu sekarang”suruh Tengku Danial kepada Farisya yang
masih kaku dibawah meja mesyuarat. Farisya hanya menunduk tidak berani dia
mengangkat wajahnya untuk melihat siapa mangsa balingannya tadi.
Tengku Danial
sudah baran.Dia mendengus kasar. Kasutnya menghentak kecil diatas lantai.
“aku kata
keluar!kau nak keluar ke atau kau nak aku tarik kau keluar”suara Tengku Danial
semakin meninggi. Farisya menelan air liurnya.Kelat.
Perlahan-lahan
dia keluar dari bawah meja dan berdiri.Pandangannya masih ke lantai. Menggigil
kakinya untuk berhadapan dengan manusia yang berada di depannya. Tengku Danial
sudah menyilangkan tangannya. Dia memandang Farisya tajam.
‘macam ku kenal
budak ini tapi dimana ya?’soal Hati Tengku Danial sambil mengurut dagunya yang
licin.Dia memandang Farisya atas dan bawah.
‘budak kampung’kutuk Tengku Danial.
“eh!budak kampung kau ni siapa hah?suka hati kau saja
baling kain buruk ni kat muka aku,kau ingat kau siapa?macam mana kau masuk
dalam ni?”soal Tengku Danial bertubi-tubi. Farisya masih memandang lantai.
Tengku Danial
memandang Farisya dengan sinis sekali.Baran pun ada juga.Geram dia pada
perempuan yang tidak memandangnya ketika dia sedang bercakap.
“bila aku cakap
cuba pandang sini.Kau pekak ke?”jerkah Tengku Danial memeranjatkan Farisya.
Farisya mengigit
bibirnya.Geram. ‘dasar lelaki kaya,sombong nak mampus’desis hatinya.Dia
mengangkat pandangannya.Mata mereka bertentangan.Cehwah!
Dup,dap,dup,dap.Tiba-tiba
jantung mereka berdegup laju.Cepat-cepat Farisya mengalihkan pandangannya.
Tengku Danial masih merenungnya.Cuba menepis perasaan itu.Citt!!
“kau ni makcik
yang langgar aku hari tu kan”Tanya Tengku Danial sambil jari telunjuknya
dihalakan kemuka Farisya. Pantas gadis
itu menoleh kearahnya.
“apa pulak
aku,kau tu yang rempuh aku tak sedar.Nak tuduh orang pulak”marah Farisya.Dia
meninggikan sedikit kepalanya untuk menandinggi ketinggian lelaki didepannya
yang tinggi lampai. Ewah!ada hati tu nak lawan bos.Tapi Farisya masih tak tahu
lelaki tu bos dia?
Tengku Danial
ketawa.Sinis sekali kedengaran tawanya.
Farisya
memandang Tengku Danial geram.Kecik,besar saja dia tengok lelaki
didepannya.Ikutkan hati nak saja dia ketuk-ketuk kepala lelaki ni.Nasib baik
dia ni kecik jadi susah nak ketuk kepala lelaki tu.Tiba-tiba mata Farisya
terpandang kaki Tengku Danial.Dia tersenyum
nakal.
‘tunggu kau
kejap lagi’desis hati Farisya yang sudah memasang strategi.Dia
tersenggih-senggih.
“so,betullah kau
makcik yang aku jumpa hari itu.Yang jatuh macam nangka busuk tu kan?lepas tu
sempat lagi baling kasut kat aku.Kau tahu tak bertapa sakitnya belakang aku.Kau
ingat belakang aku ni apa suka suki kau aje nak baling-baling.Lepas tu kau
baling pulak aku dengan kain buruk ni kau ingat aku ni apa?tong sampah?”jerkah
Tengku Danial.Angin dia dengan kelakuan Farisya yang membalingnya dengan kasut
sandal sekarang Kain lap pulak. Farisya mencebik.
“perangai macam
babun memang patut pun kena baling dengan aku”runggut Farisya perlahan.Nasib
baik Tengku Danial tidak dengar. Farisya memandang belakang Tengku Danial.
‘Mak
ai..ramainya penonton!tak sangka pulak aku banyak sambutan pergaduhan aku
dengan mamat ni.Segan aku.’omel Farisya.Dia memandang semua orang yang sedang
berdiri dimuka pintu ada yang terjenggah-jenggah.entah apa yang menarik dia pun
tak tahu.Yang dia tahu hati dia tengah membara.dekat siapa lagi kalau bukan
mamat kerek nilah.
Farisya
memandang Tengku Danial geram.Dia menggetap bibir.
“Yang kau mulut
tak ada insuran siapa suruh,memang padan ah dengan muka kau”jawap Farisya
selamba.Dia pun menyilangkan tangannya.Saja mahu menambah sakit hati lelaki
didepannya.
“kau..kau kan
memang perempuan tak sedar diri,Dasar budak kampung”herdik Tengku Danial
bongkak sekali.Dia tersenyum sinis.
Farisya
memandangnya dengan pandangan penuh kebencian.
‘Perempuan tak sedar diri dia kata.Perempuan kampung.OH!PEREMPUAN
KAMPUNG YER..ambik ni’Farisya memijak kaki Tengku Danial.Menggerang kesakitan
dia menahan sakit. Damn!
Dia memandang
Farisya geram.Baru saja dia ingin menampar Farisya,Tengku Tajudin memegang
tangannya.
“Stop it’s
Danny”tegur Tengku Tajudin.Perlahan-lahan Tengku Danial menurunkan
tangannya.Terkejut dia dengan kehadiran papanya.Tengku Tajudin memandang
Farisya yang sudah mengundur kebelakang ketakutan.Tahu pun takut?
Tengku Tajudin
memandangnya.Dia tersenyum.
“cik kamu boleh
buat kerja kamu balik.Kamu semua apa lagi tercegat kat situ.Pergi buat
kerja.”arah Tengku Tajudin kepada pekerja-pekerjanya yang masih berdiri dipintu
masuk.Kliennya sudah diarahkan masuk ke dalam bilik mesyuarat kedua.Nasib baik
ada banyak bilik mesyuarat.
Farisya menunduk
malu.Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Tengku Tajudin.Lelaki itu hanya
tersenyum.Tengku Danial pula dia hadiahkan satu jelingan maut dan sempat dia menjelirkan lidahnya.
“ish..perempuan ni kan”Tengku Danial sudah baran.Nak saja dia
tonyoh-tonyoh batang hidung kecik perempuan tu.
“Danny I
say,stop it”
“but pa.That
girl very annoying.hurghh…”Tengku Danial mendengus.
“enough I
say.Tak malu ke dengan orang,kamu tu bos.Sepatutnya menunjukkan teladan yang
baik bukan bergaduh macam ni.Sampaikan papa sampai pun kamu tak perasan.ikutkan
sangat kemarahan kamu tu”marah Tengku Tajudin.Dari tadi dia melihat agenda anak
dan pekerja cleanernya.Tersenyum dia bila melihat perangai Farisya yang selamba
bila melawan kata-kata anaknya.Belum ada sesiapa lagi yang berani melawan
kata-kata anaknya lebih-lebih lagi memijak kakinya.Tengku Tajudin ketawa kecil
mengenangkan pergaduhan anaknya.
“pa why you laugh?do
you think this is funny?”soal Tengku Danial pelik melihat papanya yang
tiba-tiba ketawa.
Tengku Tajudin
menggelengkan kepalanya.Dia ketawa lagi bila melihat muka kelat anaknya yang
menahan sakit bila berjalan. ‘Ganas betul gadis tu’seloroh hatinya.
BERSAMBUNG.... :D
No comments:
Post a Comment