By:Lela Vanila
“Risya!Risya!aishh..mana
pula perginya budak bertuah ni,memang nak kena dengan aku.Orang panggil bukan
nak menyahut.Tak tahu agaknya aku dah lapar ni.Memang anak tak guna
betullah”runggut Mak Siah dalam bilik.Geram dia bila memanggil nama Farisya
tapi tidak disahutnya.Mak Siah turun dari katil.Dia keluar dari biliknya.Dia
mencari-cari kelibat Farisya tetapi tidak ada diruang tamu.Dia mendengus
kasar.
‘mana pulak budak tak guna
ni?’.Kakinya dihayunkan menuju ke ruang dapur pula.Kedengaran senduk jatuh dari
ruang dapur. Mak Siah sudah mengagak siapa punya angkara.
“eh!perempuan
kau buat apa hah?”sergah Mak Siah yang sudah bercekak pinggang sambil berjalan
menuju kearahnya.Terkejut Farisya dengan kehadiran ibunya.Nasib baik tidak
dikeluarkan silat gayung yang dibelajarnya semasa disekolah menengah dulu. Dia
mengurut dadanya.
“Kenapa aku
panggil kau dari tadi kau tak menyahut hah!kau pekak ke..kau tak tahu ke yang
aku ni dah lapar”marah Mak Siah yang sudah berdiri betul-betul dihadapan
Farisya.Kecut perutnya tika itu bila berhadapan dengan ibunya.Dia hanya
mendiamkan diri.Pandangannya di alihkan ke lantai.Tidak berani mahu melawan
mata dengan ibunya.
“budak ni
kan!aku cakap dengan kau dengar ke tidak.Kau bisu ke cuba jawab”Mak Siah sudah
baran.Ditonjol-tonjolnya dahi Farisya kasar.Geram.Terdorong sedikit Farisya
kebelakang bila ditonjol ibunya.Kuat betul!
“Risya tengah
masak ibu”jawab Farisya takut-takut.Mak Siah memandangnya.
“oh!kau masak ye..tapi mana makanannya?aku tak
nampak pun?”soal Mak Siah sambil meninjau-nijau atas meja.Tiada apa-apa.Dia
memandang Farisya lagi.
“kau tipu aku
ye!aku suruh kau masak bukan main masak-masak.Kau tahu tak yang aku dah
lapar”katanya lagi.Api kemarahan Mak Siah sudah sampai kemuncaknya.Dia memulas
telinga Farisya pula.Mengerang kesakitan gadis itu minta untuk dilepaskan.
“ibu apa yang
bising-bising ni?”tanya Maria yang tiba-tiba datang.Mak Siah memandang kearah
anak keduanya.Dia melepaskan tangannya dari memulas telinga Farisya.Kelihatan
air mata sudah mula menitis dari kelopak matanya.Cuba ditahan tapi tidak
berdaya.Kedengaran esakan kecil dari Farisya.Mak Siah memandangnya dengan penuh
kebencian.
“menanggis
konon!air mata palsu aje lah.Kau ingat aku kasihan ke tengok kau bila kau menanggis.Kau
keluar air mata darah pun aku tak heranlah.Dasar ANAK TAK GUNA!ANAK PEMBAWA
MALANG!”templak Mak Siah tanpa belas kasihan.
Maria yang dari
tadi menjadi pemerhati hanya tersenyum puas. ‘padan muka kau’ejek Maria dari
lirikan matanya, sudah membuatkan Farisya dapat tangkap apa yang terlintas
difikiran kakaknya.Dia menahan tanggisnya.
“dah!kau tak
payah nak menanggis-nanggis.Dari pada kau menangis macam budak-budak lebih baik
kau masak cepat.Aku dengan kakak-kakak kau dah lapar dah ni.Sebelum aku makan
kau lebih baik kau siapkan cepat!”Arah Mak Siah sebelum berlalu pergi.Hanya
anggukan diberi Farisya.Dia mengelap air mata yang masih bersisa diwajahnya.
Maria yang dari
tadi berdiam diri datang mendekati Farisya.Dia tersenyum jahat.
“sedap kena
pulas telinga?”sindir Maria sambil ketawa sinis.Farisya hanya mendiamkan
diri.Dia cuba menyebokkan diri dengan mengemas dapur yang berselerak. Maria
benggang dengan Farisya yang tidak balas pertanyaannya.
“Eh!budak tak
guna.Aku tanya kaulah kau bisu ke?tak geti nak jawab”herdik Maria geram.Dia
memegang tangan kiri Farisya kasar.Farisya mengerang kesakitan lagi.Kenapalah
kakak dengan ibunya benci dekat dia sangat.Apa yang dibuat dia pun tak
tahu.Farisya cuba melepaskan pegangan kakanya tapi Maria makin menguatkan pegangannya.
“kak sakit
kak!”rayu Farisya dengan esakan yang masih bersisa.Maria tidak mempeduli rayuan
adiknya.Bagi dia puas sebab dapat menyakiti adiknya.Tiada belas kasihan
langsung.Memang tak ada hati perut.Muka aje lawa.
“Maria
cukup!”jerkah Arisa yang baru saja kedapur.Fikirnya mahu menyuruh adik
bongsunya membuatkannya air.Tapi tiba-tiba pula ternampak agenda
buli-membuli.Maria yang terkejut dengan kehadiran kakaknya pantas melepaskan
tangan Farisya.Dia menjengkelkan matanya memandang Farisya.Belum puas
rasanya. ‘tunggu kau’desis hatinya.Dia
meninggalkan Farisya dan Arisa berdua.Dia menghentakkan kakinya.Tanda protes.
Arisa hanya
menghantar jelingan kepada Maria.Memang tak berkenan dia dengan perangai
adiknya yang seorang ni.Perangai gedik semacam.Apalah nak jadi?
Arisa merapati
Farisya yang masih berdiri kaku di tepi singki.Kelihatan dia cuba menahan
kesakitan.Belum hilang sakit yang diberikan ibunya kini kakaknya
pula.Teresak-esak Farisya menahan tanggis.
Arisa
menghulurkan tisu kepadanya.Dia menyapai tisu itu dari tangan kakak
sulungnya.Masih ada lagi manusia yang kasihani dia,walaupun dia tahu kakaknya
yang ini juga membencinya.Dia tersenyum tawar melihat Arisa.
“terima
kasih”Farisya berbahasa basi. Arisa membuka peti ais lalu di ambilnya jus oren yang
baru dibelinya.Tidak diendahkan ucapan Farisya. Sebelum pergi sempat dia
menoleh kearah Farisya.
“kau dah siap
masak belum?”soal Arisa.Hanya anggukan yang dibalas Farisya.
“Baguslah macam
tu.Dah pergi hidangkan cepat.Ibu dah lapar tu.Aku pun dah lapar.Lain kali masak
tu cepat sikit kalau tak nak kena marah”Nasihat Arisa walaupun kedengaran
seperti satu sindiran.
“Baik kak”balas
Farisya lemah.Arisa hanya memandang Farisya sekilas sebelum pergi.Tiada
senyuman diwajahnya.Farisya mengeluh.
****************************
“Risya!tolong
Mak Jah boleh?”tanya Mak Jah kepada Farisya yang sedang terbongkok-bongkok
mengambil barang pencuci.Dia yang terkejut dengan kehadiran Mak Jah boleh pulak
terhantuk batang mop habis berselerak semua barang pencuci didalam stor.
Mak Jah sudah
ketawa berdekah-dekah.Yang paling kelakarnya boleh pulak batang mob tu
‘landing’ dekat atas kepala Farisya.Terhambur tawa Mak Jah.Tidak disangka pula
yang Farisya akan terkejut dengan kehadirannya.Farisya memuncungkan bibirnya
sambil mengosok-gosok kepalanya yang terhentak batang mop tadi.Dia terasa
pening-pening lalat.
Mak Jah
menolongnya mengosok-gosok kepalanya yang sakit.Siap dijampi-jampi lagi.Sebijik
macam budak-budak baru lepas jatuh.Mak Jah!Mak Jah!kenapalah bukan kau yang
jadi ibu si Farisya ni.Farisya tersenyum manja. ‘sayang juga mak cik ni dekat
aku’omel Farisya dalam hati.
“Mak Jah nak
minta tolong apa tadi dekat Risya?”soal Farisya selepas kepala otaknya sudah
kembali stabil.Benggal juga kepalanya selepas dihentak batang Mop tadi.Walaupun
kecik tapi sakit woo..
“Mak Jah nak
minta tolong kamu,tolong bersihkan bilik Tengku Danial.Mak Jah ada hal lah yang
nak kena buat.Boleh ye?”Balas Mak Jah meminta tolong.Kening Farisya terjongket.
“Siapa Tengku
Danial,Mak Jah?”tanya Farisya.Pelik dia sebab dah dekat 2bulan dia bekerja di
syarikat T&S HOLDING.Tak pernah pula dia jumpa manusia yang bernama Tengku
Danial.Pernahlah dia dengar desas desus pekerja-pekerja perempuan cerita pasal
lelaki tu semasa membersihkan tempat penyambut tetamu,kadang-kadang dalam bilik
air pun ada.Cerita tentang lelaki ni kacaklah,bijaklah,bergayalah itulah
inilah.Naik cair telinga dia bila dengar pekerja-pekerja memuji lelaki itu
tetapi masih tidak dijumpainya.Bagus sangat ke?
“Anak Bos
tulah.Yang kamu selalu gaduh tu”kata Mak Jah membuatkan Farisya terbatuk
kecil. ‘Babun tu ke Tengku Haikal?kenapa
nama sedap tapi orangnya?yaallah!!’umpat Farisya dalam hati.Dia menepuk
kedua-dua pipinya perlahan.Tak percaya.
“tak naklah Mak
Jah”balas Farisya.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.Mak Jah yang
muka penuh harapan tadi sudah monyok.Merajuk konon!
“ala..bolehlah
Risya”pujuk Mak Jah.Dia membuat muka sedih.Farisya mengeluh.Dia menganggukan
kepalanya.Mak Jah sudah tersenyum.Pandai juga orang tua ni memujuk.Tak sangka!
*********************
“hai..lah Mak
Jah!nasib baiklah aku sayang kan kau kalau tak memang aku tak hinggin masuk
bilik babun ni,bersihkan bilik dia ni..Menyampah gila aku!eiii…”bebel Farisya
sambil ralit tangannya menyusun majalah-majalah yang berselerak diatas meja
tetamu.Kemudian dia mengambil penyapu dan menyapu sampah yang berselerak diatas
lantai.Penuh kertas-kertas. ‘Dah macam sarang tikus’kutuk Farisya.Selepas
itu,dia menyusun pula meja lelaki tu yang penuh dengan Fail-fail yang tidak disusun.Macam
mana dia kerja aku pun tak tahu.Dasar lelaki.
“fuhh!!siap
jugak kerja aku.Nasib baik mamat poyo tu belum masuk ofis lagi.So,tak payahlah
aku menghadap batang hidung kemek dia tu”seloroh Farisya sambil melepaskan
nafas lega.Dia mengelap peluh yang memercik keluar dari dahinya.Dia tersenyum
senang. ‘Pandai juga aku mengemas pejabat mamat ni’puji Farisya masuk bakul
angkat sendiri.Dia tersengih.
Baru saja dia
mahu melangkah keluar dari bilik pejabat.Tiba-tiba dia terlanggar seseorang
dimuka pintu.
“Aduh!sakitnya
dahi aku”omel Farisya sambil mengosok-gosok dahinya yang terhentak dada sasa
orang yang dilanggarnya.Dia mengangkat pandangannya untuk melihat gerangan yang
melanggarnya.
Dup,dap,dup,dap..Tiba-tiba
jantung Farisya berdegup laju.Dia terkedu.
‘Malangnya nasib aku’ Farisya menelan air liurnya.Kelat.
“Kau buat apa
kat sini hah!perempuan?”sergah Tengku Danial. Zappp!termasuk kepala si Farisya
bila disergah macam tu.Dah rupa kura-kura ketakutan dah.Farisya mengundur
kebelakang.Satu,Dua,Tiga,Empat,Lima..dushh!langkah Farisya
terhenti.pergerakannya dihalang oleh meja pejabat lelaki tu.Dia menelan air
liurnya payah.Terasa nafasnya tersekat-sekat.
‘kenapa dengan aku ni’soal hati Farisya.Tengku Danial yang mengikuti
langkah Farisya yang mengundur ke belakang juga turut berhenti.Nasib baik
sempat brek kalau tak mungkin terpeluknya si budak kecik ni.Jarak mereka hanya
berapa inci saja.
Tengku Danial
memandangnya tajam.Bengis sekali rupa dia.Macam naga nampak mangsa dah
rupa.Tengku Danial menjojolkan matanya memandang Farisya.Membuak-buak
kemarahannya.
“wei..aku cakap
dengan kaulah”Tengku Danial memetik-metik jarinya didepan muka Farisya.Dia
tersentak.Cuba melawan perasaannya.Dia memandang muka Tengku Danial dengan riak
tenang.Padahal,dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.Farisya menarik nafas
dalam-dalam.
“aku bersihkan
bilik kaulah tak nampak ke apa yang aku pegang ni”balas Farisya sambil
mengangkat tangannya yang penuh dengan penyapu,bulu ayam,kain lap dan
penyembur.Tengku Danial memandangnya sinis.
“mana makcik
yang selalu bersihkan bilik aku ni?soal Tengku Danial.Dia masih berdiri
betul-betul bertentangan dengan Farisya.Tidak berganjak walau sedikit.
“Mak Jah ada hal
sikit tu yang dia suruh aku gantikan dia”balas Farisya selamba.Dia menarik
nafasnya dalam-dalam cuba mencari kekuatan.Bau minyak wangi lelaki ni
betul-betul menusuk jiwanya.Dia cuba
mencari ruang untuk melepaskan diri.Dia memandang kekiri kemudian kekanan.Dia
mengeluh.Tiada ruang untuknya melepaskan diri.
“kau jangan nak
tipulah,kau sengaja aje kan nak masuk bilik aku sebab nak sabotaj aku betul
tak?”syak Tengku Danial tanpa soal selidik.Terjongket kening Farisya. ‘aku pulak’
“eh!pakcik..kalau
nak cakap tu tolong tengok trafik light okey!jangan suka jiwa kau aje nak
tuduh-tuduh aku.Tak ada masa lah aku nak botaj-botaj kau ni buang masa aku
aje.kalo aku nak botaj kau tak adalah aku tolong bersihkan bilik kau yang macam
sarang tikus ni.Fikirlah!”marah Farisya.Suka hati dia saja menukar perkataan
sabotaj kepada botaj.Geram dia dengan tuduhan Tengku Danial yang tidak bernas
tu.
Tengku Danial
mendengus kasar.
‘perempuan ni
memang betul-betul menguji kesabaran aku,satu-satu hal dia buat dekat
aku.memang betul-betul budak kampunglah”Tengku Danial mengetap giginya.Geram.
“aku tak suruh
pun kau bersihkan bilik aku”perli Tengku Danial.Dia ketawa kecil. Farisya
mengetap bibir.
“suka jiwa
kaulah!”Farisya menolak badan Tengku Danial kebelakang sedikit untuk memberi
ruang kepadanya melepaskan diri.
“tunggu
kejap”Tengku Danial menarik tangan Farisya.Farisya terkedu dengan tindakan
drastik Tengku Danial yang pegang tangannya tiba-tiba.
BERSAMBUNG.... :D
No comments:
Post a Comment