OLEH : MYA AZLISHA
KELUAR dari dewan peperiksaan,
Kifayah menarik nafas lega. Tamat sudah peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia. Namun, dia tetap kecewa kerana tidak dapat memberikan sepenuh jiwa
raganya dalam mengulangkaji pelajarannya untuk peperiksaan terpenting ini.
Semoga hasilnya akan memberansangkan.
“Kifa, macam mana paper sejarah
tadi? Mesti okey kan? Kau kan sejarahwati sekolah.” Tegur Izzati.
“Kau ni, merepeklah! Bolehlah
jawab dari tak boleh. Eh, apa perancangan kau sementara tunggu result?” Soal
Kifayah.
“Aku rasa nak kerjalah. Nak
pergi Penang. Kerja kilang kot? Sebab kakak aku cakap ada kerja kosong kat
kilang dia.” Maklum Izzati.
“Yea ke? Bestnya....”
“Tak nak ikut aku? Jomlah!”
“Ishh, aku bukan tak nak, aku
nak sangat berdikari. Tapi, kau faham-faham jelah, mak dan ayah aku macam mana
kan?” Balas Kifayah.
Izzati mengangguk kepalanya
kerana dia mengerti benar sikap makcik Peah dan pakcik Pian yang begitu menjaga
dan mengongkong anak-anak daranya.
Hari ini, emak Kifayah berniaga
di Pasar Malam berdekatan bangunan pasar pagi. Hujan agak lebat menyebabkan
pelanggan agak berkurangan. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam namun,
jualan masih banyak lagi.
“Kifa, mulut tu cuba ramah
sikit panggil pelanggan. Tiru macam mak ni. Beli kak....abang....adik, makcik,
bihun sup, laksa, laksam, mee kari, bakso hanya RM2.50 sahaja.....” Emaknya
mempelawa pengunjung yang lalu lalang.
Kifayah serba salah untuk
menuruti kehendak emaknya kerana dia bukannya peramah.
“Hai Kak Peah, beli bihun sup
10 bungkus, laksa dua.” Pinta Man Boroi, pelanggan Rafeah yang paling setia.
Man Boroi mengerling gatal ke arah Kifayah yang sedang mencedok kuah sup ke
dalam plastik. 'Semakin hari semakin cantik Kifayah nampaknya. Hai, kalau aku
dapat.....' fikir Man Boroi.
“Man, baru nampak muka. Lewat
datang hari ni? Selalunya petang kamu beli. Kak Peah tertunggu-tunggu juga
tadi.” Tegur Rafeah yang begitu mesra dengan Man Boroi.
“Biasalah, hujan-hujan ni. Tertidur tadi kat rumah. Orang dah bujang sekarang
ni.” Jelas Man Boroi.
“Bujang?” Tanya Rafeah yang
terkejut.
“Baru bercerai Kak Peah, saya
dah tak sanggup simpan bini macam tu. Dah tak ada penyelesaian, mungkin jodoh
kami dah tamat kot.” Cerita Man Boroi sedih. Sedangkan dalam hati untuk
memasang niat untuk mencari isteri baru yang muda dan bergetah macam Kifayah.
Bukannya dia tua sangat, baru 42 tahun. Lagipun, dia banyak duit pasti
senang-lenang hidup Kifayah kalau menjadi isterinya.
“Allahuakbar. Kasihannya kamu
dan anak kamu Man. Sabarlah Man, sedihnya kak Peah dengar. Habis tu anak kamu
siapa jaga?” Tanya Rafeah dengan nada kasihan.
“Buat sementara ni bekas isteri
saya yang jaga. Tapi saya selalu pergi hantar makanan kat anak-anak. Saya tak
harap langsung bekas isteri saya tu.” Cerita Man Boroi lagi. Rafeah
mengeleng-geleng kepala tanda simpati.
“Sabarlah Man, kasihan Kak Peah
dengan nasib kamu ni. Kifa, Kifa tak kasihan ke, dengan abang Man ni?” Rafeah
menoleh pada anaknya yang sedang mengikat kuah sup.
Kifayah tersentak mendengarnya. Abang Man? 'Eeee, nak muntah darah aku mendengarnya. Mak pun, boleh pula tanya soalan mencari maut. Nak kasihan macam mana? Lelaki ni asyik tersenyum gatal je pada aku dari tadi, macam happy je bercerai!' Rungut Kifayah dalam hati.
“Kifa? Mak tanya ni?” Tanya Rafeah sekali lagi apabila tiada jawapan.
“Apasal tanya Kifa, Kifa mana
tau?” Kifayah mengangkat bahu, membuat muka bosan. Serius lagi.
“Mak tanya, Kifa tak kasihan
ke, lelaki baik macam abang Man ni terpaksa bercerai dengan isteri dia?” Tanya
Rafeah sekali lagi.
“Kalau nak kasihan pun,
patutnya kasihankan anak-anak dia yang jadi mangsa penceraian.” Begitu bersahaja
suara Kifayah, namun menyentap hati orang yang makan cili api itu. Man Boroi
berpura-pura selamba. Dia tahu, Kifayah nampak seperti tidak sukakannya. Dari
tadi asyik menjeling tajam aje kalau memandang.
“Baik sungguh hati Kifa. Abang
Man pun rasa macam tu jugak, kasihan anak-anak abang. Tapi dah takdir, kami
memang dah tak ada jodoh.”
Kifayah tersenyum sinis. Dia
tidak suka jawapan seperti ini. Entah mengapa?
“Kalau nak salahkan takdir,
sampai bila kita ni tak akan sedar salah dan silap kita. Bila kita ditakdirkan
gagal dalam hidup, tak kiralah gagal dalam perkahwinan ke, perniagaan ke atau
selainnya, itu tandanya Allah suruh kita belajar cermin diri sendiri. Lelaki
kan pemimpin dalam rumahtangga. Kenapa nak salahkan perempuan pula?Tentu ada
kekurangan, kesalahan atau kelemahan kita yang menjadi punca kita gagal dalam
hidup. Belajar memperbaiki kesilapan diri. Jangan asyik nak salahkan takdir dan
orang lain saja.” Sindir Kifayah dengan sinis.
Man Boroi tersenyum, cuba
kontrol gigi rongaknya. Namun sudah namanya rongak, kontrol pun akan nampak
juga.
“Kifa ni, walaupun umurnya 19
tahun, tapi berfikiran matang kan, Kak Peah? Bertuah siapa yang dapat dia!” Man
Boroi memuji Kifayah yang kini sudah diangan-angankan sebagai isteri barunya.
Dia tidak peduli Kifayah sudi
atau tidak, mulai sekarang dia akan berusaha memiliki gadis ini. Mula-mula
sekali, dia harus memikat dan mengambil hati Rafeah terlebih dulu.
“Tengoklah siapa mak dia!!!”
Rafeah dan Man Boroi sama-sama tergelak. Kifayah hanya membisu, malas mahu
masuk campur. Buang masa sahaja, tak berfaedah sikitpun.
Rafeah membeli barang-barang
basah untuk persiapan berniaga pada malam ini.
“Kak Peah! Beli ikan ke?” Tegur Man Boroi yang tiba-tiba muncul menegur Rafeah.
“Kak Peah! Beli ikan ke?” Tegur Man Boroi yang tiba-tiba muncul menegur Rafeah.
“Ahah, beli ikan nak bikin kuah
laksa ni. Kamu dari mana ni Man?” Jawab Rafeah dengan mesra.
“Biasalah beli ikan juga.
Almaklumlah, orang tak ada bini, kenalah masak sendiri. Saya bukan suka sangat
makan kat kedai.”
“Iya ke? Rajin sungguh kamu,
tak padan dengan lelaki, pandai memasak. Kasihan Kak Peah tengok kamu, kamu ni
tak teringin nak kahwin lain ke? Nanti adalah yang boleh tengok-tengokkan makan
minum kamu.” Tanya Rafeah mesra.
“Bukan tak mahu Kak Peah, tapi
serik. Takut salah pilih lagi. Bukan senang nak cari perempuan yang betul-betul
perempuan tapi betina ramailah!” Terang Man Boroi lalu membayarkan ikan Rafeah
sekali dengan ikannya.
“Ya Allah, susah-susah je bayar
untuk Kak Peah. Terima Kasih Man!” Rafeah menolaknya biarpun dia memang gembira
kerana Man Boroi membayar ikan itu. 'Save sikit modal berniaga hari ini, dapat
untung banyak sikit.'
“Sama-sama. Mari sini saya
tolong bawakan plastik Kak Peah. Berat ni, larat betul Kak Peah bawak. Kifa tak
ikut sekali ke?”
“Kifa, pagi-pagi ni sibuk
mengemas rumah, membasuh pinggan mangkuk lagi, basuh baju dan masak untuk
ayahnya nanti. Bila Kak Peah balik nanti, terus je siapkan barang-barang
berniaga. Tak payah fikir dah soal kerja rumah.” Cerita Rafeah.
“Rajin sungguh, Kifa tu ya?
Berkenan saya menengoknya. Kalau boleh saya nak cari calon isteri yang
perangainya sama macam anak Kak Peah tu. Selagi tak jumpa, saya tak akan
kahwin!” Man Boroi mula mengumpan peluang. Kata-kata itu membuatkan mata Rafeah
bersinar-sinar.
“Ishhh, kamu ni! Anak Kak Peah
tu, biasa jelah. Kamu ni puji melambung-lambung. Kifayah tu memang terdidik
budaknya. Kamu berkenan suka-suka ke, atau betul-betul ni?” Tanya Rafeah yang
mula tersengih suka jika benar anggapan yang sudah terencana dalam kepala
otaknya ini.
“Kak Peah, saya memang suka
anak Kak Peah tu, berkenan sangat. Tapi, saya sedar siapa saya ni, muka tak
seberapa. Duda pula tu! Kifa tu muda, cantik pula tu! Mana sepadan dengan saya
ni, mahu ke dia Kak Peah?” Tanya Man Boroi yang kononnya merendah diri
sedangkan dia memang lelaki tak sedar diri pun. “Jadi betullah tanggapan Kak
Peah selama ni, yang Man memang berkenan dengan Kifa?” Tanya Rafeah dengan
gembiranya.
Bertuah rasanya, Man Boroi berkenankan anaknya kerana Man Boroi lebih kaya jika
dibandingkan dengan menantunya yang lain. Stesen Minyak, Kedai telefon, dan kedai
runcit berderet-deret. Ini belum termasuk, kebun getah dan ladang kelapa sawit
yang berelung-relung.
“Ya Allah, Kak Peah. Lelaki
bodoh je yang tak jatuh cinta dengan anak Kak Peah tu. Mestilah, saya ni
sukakan Kifa! Dah lama saya pendam perasaan saya, rasa mahu pecah jantung saya
dibuatnya. Memang saya dah tak sanggup menahan rasa hati ini.” Cerita Man Boroi
tanpa malu-malu lagi.
Rafeah yang mendengarnya,
apalagi ribut gembira terus melanda dalam hati.
“Kamu ni, Man. Apasal tak cakap
awal-awal? Jangan merendah diri sangat. Kamu okey apa? Taklah tua sangat.
Sepadan je dengan anak Kak Peah tu! Macam nilah Man, nanti Kak Peah tanya Kifa
dulu? Kak Peah cuba cakap dengan dia baik-baik, jangan risau anak Kak Peah tu
anak yang mendengar kata. Bukan jenis yang suka melawan cakap Kak Peah. Mesti
dia setuju punya kahwin dengan Man!” Rafeah memberikan persetujuan dengan
yakin.Man Boroi yang mendengarnya begitu gembira. Rasa ingin melompat mencecah
bumbung market. Dia yakin Kifayah akan tetap menjadi isterinya.
“Yea ke Kak Peah? Macam nilah,
kalau Kifa setuju, saya akan beri duit hantaran sebanyak RM30 ribu untuk dia,
kenduri kendara semua saya tanggung! Kak Peah pula saya akan bagi RM10 ribu
sebab sudi bermenantukan saya.
Kalau kami kahwin nanti,
tiap-tiap bulan, saya akan bagi Kak Peah RM5 ribu sebulan, kereta Kak Pah ni
saya tukarkan yang baru, tak pun Kak Pah ambil je Myvi saya kat rumah tu, tak
ada siapa pun yang guna.
Kalau betul-betul jadilah, Kak
Peah tak payah penat-penat berniaga pasar malam. Saya bagi modal buka restoren.
Tak pun, Kak Peah duduk je kat rumah. Tiap-tiap bulan, saya akan bagi duit
poket. Lebih dari cukup untuk Kak Pah buat belanja.” Bersungguh-sungguh Man
Boroi memahatkan impian yang dirasakan akan tercapai tidak lama lagi.
Biji mata Rafeah sudah naik
perkataan RM. Dia sudah berangan-angan untuk hidup senang lenang dan hanya
bermenantukan Man Boroi sahaja segala impiannya ini akan tercapai.
BERSAMBUNG.... :D
No comments:
Post a Comment