OLEH :FIKA NAJWA
“Maaf…peluang hanya
datang sekali. Saya rasa Cik Nadia mesti ingat apa yang saya cakap tempoh hari
yang peluang kedua tiada selepas Cik Nadia menolak saya.”
“Dan saya harap Cik
Nadia jangan ganggu keluarga dan diri saya. Sebab saya tak nak dan tak
selesa dengan kehadiran Cik Nadia di sini. Lagipun dalam dua minggu dari
sekarang perkhawinan saya akan berlangsung. Kita memang tak di takdir bersama.”
Tengku Nadia
bagaikan hilang kata-kata.Bibirnya digigit menahan rasa hati atas penolakan
cinta Adi. Beginikah rasa bila cinta di tolak. Airmatanya cuba di tahan. Dia
tidak akan sesekali menyerah. Dia rela merayu pada Adi agar menyambut cintanya.
Dia tahu Adi juga masih mencintainya. Dia yakin satu pekara itu.
“Saya rasa Cik
Nadia dah tengok segala barang hantaran di atas rumah saya tadi, saya akan
berkhawin. Jadi baik Cik Nadia balik je.”
Tengku Nadia
menggeleng, dia tidak percaya.
“Adi awak tipu
sayakan. Awak sengajakan cakap awak nak kahwin. Saya yakin perasaan awak masih
mencintai saya. Saya yakin itu Adi.”
“Terserah Cik Nadia
nak percaya atau tidak. Adi mula
mengatur langkah tapi pergelangan tangannya di pegang oleh Nadia.
“Adi betul ke awak tak cintai saya lagi? Tak ada ke peluang
kedua untuk saya meraih cinta awak ,Adi” Nadia
tergelak kecil.
“Memang betul kata awak bila saya sedar mungkin masa tu saya
dah kehilangan awak,Adi?” Suara Tengku Nadia sayu.
“Dahlah Cik Nadia
saya rasa Cik Nadia berhenti mencintai saya, sebab saya tidak mungkin mencintai
Cik Nadia. Bukaklah pintu hati Cik Nadia untuk orang lain, jika suatu saat dia
hadir jangan di tolak mentah-mentah. Terima kasih Cik Nadia.Terima kasih Cik
Nadia sudi mengakui cinta pada saya, walaupun cinta yang saya rasa buat
seketika dulu. Terima kasih sudi datang mengakui cinta dihati Cik Nadia.
Seperti yang pernah saya cakap sekali saya melangkah dan sekali Cik Nadia
menolak saya, saya akan pergi jauh dari hidup Cik Nadia. Saya dah kotakan semua
janji saya untuk tidak muncul di hadapan Cik Nadia.”
“Saya harap Cik
Nadia jangan buat kecoh di sini kerana tak lama lagi saya bakal menjadi suami
orang. Saya sudah mula mencintai bakal isteri saya.”Adi Irwansyah membohongi
dirinya.
Adi terus berlalu
pergi, dia takut dia akan tewas jika Nadia merayunya.Yea,dia akui sehingga sekarang dia masih tidak dapat melupakan
gadis itu. Cintanya untuk gadis itu masih bernadi di dalam hatinya. Ada
sepasang mata yang melihat di sebalik jendela kayu itu. Tengku Nadia yang
melihat Adi berlalu pergi terjelupuk ke tanah, airmatanya yang ditahannya kini
jatuh jua. Cinta yang ingin dikejar akhirnya kecundang. Adik kembar Adi yang
masih berdiri diberanda rumah mereka terus meluru ke arah Nadia yang terjelupuk
ke tanah.
“Kak…bangun kak” Di
pegang bahu Tengku Nadia.
Nadia yang terasa
bahunya seolah-olah di pegang segera melihat gerangannya. Nadia tersenyum lalu
tangannya laju menghapuskan airmatanya.
“Akak…okey tak
ini?” Akma Aliya menyoal Tengku Nadia.
“Maaf…sikap abang
Adi kami pada akak. Mungkin dia tengah rungsing pasal perkhawinan dia yang
tinggal dua minggu lagi.
Tengku Nadia
tersenyum hambar.H atinya sakit bila mendengar kata-kata adik kembar Adi.
Tengku Nadia bersuara pada Akma Aliya.
“Dik…..boleh akak
peluk adik sekejap?”
Akma Anis memandang
kakak kembarnya. Anis melihat Kak Lia mengganguk kepalanya.
“Boleh kak.”
Setelah mendengar
persetujuan dari adik kembar Adi. Tengku Nadia meluru memeluk erat tubuh gadis
di hadapannya. Sebaik tubuhnya bersatu dengan adik kembar Adi,pecah segala
tangisan yang ditahan dari tadi. Akhirnya dia menangis di dalam pelukkan Akma
Anis. Akma Anis yang tidak tahu kenapa Tengku Nadia menangis membiarkan sahaja.
Setelah lama Nadia memeluk adik kembar Adi,dia merungkaikan pelukannya. Sambil
tersenyum Tengku Nadia mengucapkan terima kasih. Dia ingin berlalu dari situ,
dia merasa seakan-akan tidak kuat menghadapi orang yang di sayang bakal menjadi
milik orang.
‘Papa…..Mama Nad
tak kuat lagi. Cinta yang Nad kejar dah hilang. Papa….Mama Nad tak dapat
memiliki cinta Adi yang dah beralih arah, Nad terlambat mengakuinya.’ hatinya bermonolog.
Anis dan Aliya yang
melihat Tengku Nadia menuju ke arah kereta hanya memandang sayu. Belum sempat
Tengku Nadia masuk ke dalam kereta. Puan Hakimah bersuara menegah Nadia pulang.
Hati tuanya yakin yang anaknya masih mencintai gadis ini. Tapi dia tidak dapat
menolong kerana dia sudah terlanjur menjodohkan anaknya dengan Sheila.
“Eeehhh….Nadia nak balik ke? Kenapa awal
sangat nak balik kata Nad cuti dua minggu dan nak menghabiskan cuti Nad kat
sini.” Puan Hakimah melihat Nad hanya tersenyum hambar.
“Hhhhmmm….tak pelah Makcik kimah lagi pun Nad singgah sekejap je nak jumpa Adi.”
“Mari masuk ke
dalam hari pun dah nak masuk senja. Kalau Nadia balik pun mesti penat memandu
dari Kuala Lumpur ke Kedah. Bukan jarak antara Kuala Lumpur mau 5jam. Dah mari
naik rumah Ummi.”
“Haaaa….Anis, Aliya yang kamu tercegat
kat sini lagi kenapa pergi siapkan makan malam kita.”Anis dan aliya segara
berlalu ke dalam rumah.
Tengku Nadia
terpaksa akur dengan permintaan Puan Hakimah. Lagipun dia yang terlanjur
berjanji yang akan menginap di rumah Adi selama dua minggu sepanjang dia
bercuti. Adakah dia sanggup orang yang di cintai bakal menjadi suami orang.
Sebaik sahaja Adi masuk
ke dalam rumah kepalanya di sofa. Benar ke aku tidak mencintai Nadia lagi
kenapa hati aku sakit semasa aku menafikan perasaaan sendiri? Benar bakal
isteriku bisa membahagiakan aku kelak? Dapatkah aku mencintainya seperti mana
aku mencintai Tengku Nadia. Tapi jika betul kenapa setiap kali berjumpa bakal
isterinya yang bernama Sheila, hatinya tidak merasa apa-apa perasaan terhadap
Sheila. Sheila pun begitu, dia merasa seolah-olah Sheila juga tidak
mencintainya. “Apakah keputusan aku betul?”Adi mengeluh.
“Assalamualaikum….”
Adi terdengar umminya memberi salam.
“Waalaikumusalam.Ummi
masuklah dah nak masuk waktu mahgrib. Mari kita sama-sama berjemaah.”
Belum
sempat Adi berlalu ke dalam biliknya, dia terdengar umminya bersuara menyuruh
seseorang masuk ke dalam rumahnya.
“Masuk nak,” Pelawa Puan Hakimah pada Tengku
Nadia.
“Jangan segan-segan
buat macam rumah Nadia sendiri.”
Tengku Nadia
tersenyum. Terkejut Adi bila mendengar nama itu. Adi menoleh ke arah pintu
masuk rumahnya. Jelas di matanya kini Tengku Nadia masih ada di sini.
“Umi…kenapa?” Adi
menyoal umminya. Dia tahu umminya sudah tahu siapa Tengku Nadia tapi kenapa umminya
masih ingin mengajak Nadia bermalam di sini.
“Ummi Nad rasa
lebih baik Nad balik je” Tengku Nadia
merasa kehadirannya tidak diperlukan di sini kerana dia melihat bertapa
bencinya Adi padanya kini.
“Adi, tak baik buat tetamu macam tu. Umi tak ajar anak Umi layan tetamu macam
ini.”
“Ummi, tak payah gaduh-gaduh sebab Nad. Takpe biar Nad menginap kat hotel je. Pagi
esok Nad datang tolong Ummi buat persiapan untuk kenduri khawin Adi.” Tengku
Nadia mula melangkah ke arah pintu.
“Nadia..Ummi tak
suruh kamu keluar.” Potong Puan Hakimah menegah Tengku Nadia dari keluar.
Tengku Nadia yang
mendengar Puan Hakimah membahasakan dirinya Ummi membuat Nadia terkelu dan
langkahnya terus mati depan pintu.Dia kini di dalam dilema akibat terlanjur
berjanji dengan Pn.Hakimah hendak menghabiskan cuti dengan bercuti di kampung
Adi.Adi yang tidak senang dengan sikap umminya mengeluh panjang.
“Umi….apa ini? Umi
tahukan siapa Tengku Nadia pada Adi. Adi harap Ummi paham perasaan Adi
yang Adi tak senang dengan kehadiran dia di sini.”
Tengku Nadia
memejamkan matanya. Hatinya kini terasa sakit. Kini dia akan mengajar hatinya
untuk berpijak di bumi yang nyata bahawa cinta Adi tidak ada lagi untuknya.
Tengku Nadia tidak tahan lagi di situ, dia sudah menuruni anak tangga kedua.
“Nadia, masuk hari
dah maghrib…”tegas suara Pn Hakimah menyuruh Tengku Nadia masuk ke dalam
rumah.Nadia terpaksa akur dengan arahan dari Pn Hakimah.
“Adi…umi tahu dulu
kamu sangat mencintai Nadia tapi sekarang ini kamu tidak mencintainya lagikan.
Jadi kamu tak payah risau. Dia tidak akan mengganggu kamu sepanjang dia berada
di rumah Ummi sebagai tetamu.
“Anisssss…!” Puan
Hakimah menguat suaranya memanggil anak kembarnya.
Anis yang mendengar
Umminya memanggil dirinya segera meninggalkan dapur dan berlalu ke ruang tamu
depan.
“Yeaaa...Ummi adik datang”
“Tunjukan bilik
hujung itu pada kak Nadia.”
“Baik..Ibu” jawab
Anis.
“Jom kak,”ajak Anis
dengan mesra.
BERSAMBUNG.... ;D
kita suka...^_^
ReplyDelete