Followers

Tuesday 22 January 2013

KUAKUI BAB 6



OLEH :FIKA NAJWA
 
“Maaf…peluang hanya datang sekali. Saya rasa Cik Nadia mesti ingat apa yang saya cakap tempoh hari yang peluang kedua tiada selepas Cik Nadia menolak saya.”

“Dan saya harap Cik Nadia jangan ganggu keluarga dan diri saya. Sebab saya tak nak dan tak selesa dengan kehadiran Cik Nadia di sini. Lagipun dalam dua minggu dari sekarang perkhawinan saya akan berlangsung. Kita memang tak di takdir bersama.”

Tengku Nadia bagaikan hilang kata-kata.Bibirnya digigit menahan rasa hati atas penolakan cinta Adi. Beginikah rasa bila cinta di tolak. Airmatanya cuba di tahan. Dia tidak akan sesekali menyerah. Dia rela merayu pada Adi agar menyambut cintanya. Dia tahu Adi juga masih mencintainya. Dia yakin satu pekara itu.
“Saya rasa Cik Nadia dah tengok segala barang hantaran di atas rumah saya tadi, saya akan berkhawin. Jadi baik Cik Nadia balik je.”

Tengku Nadia menggeleng, dia tidak percaya.

“Adi awak tipu sayakan. Awak sengajakan cakap awak nak kahwin. Saya yakin perasaan awak masih mencintai saya. Saya yakin itu Adi.”

“Terserah Cik Nadia nak percaya atau tidak. Adi mula mengatur langkah tapi pergelangan tangannya di pegang oleh Nadia.

“Adi betul ke awak tak cintai saya lagi? Tak ada ke peluang kedua untuk saya meraih cinta awak ,Adi” Nadia tergelak kecil.

 “Memang betul kata awak bila saya sedar mungkin masa tu saya dah kehilangan awak,Adi?” Suara Tengku Nadia sayu.
 
“Dahlah Cik Nadia saya rasa Cik Nadia berhenti mencintai saya, sebab saya tidak mungkin mencintai Cik Nadia. Bukaklah pintu hati Cik Nadia untuk orang lain, jika suatu saat dia hadir jangan di tolak mentah-mentah. Terima kasih Cik Nadia.Terima kasih Cik Nadia sudi mengakui cinta pada saya, walaupun cinta yang saya rasa buat seketika dulu. Terima kasih sudi datang mengakui cinta dihati Cik Nadia. Seperti yang pernah saya cakap sekali saya melangkah dan sekali Cik Nadia menolak saya, saya akan pergi jauh dari hidup Cik Nadia. Saya dah kotakan semua janji saya untuk tidak muncul di hadapan Cik Nadia.”

“Saya harap Cik Nadia jangan buat kecoh di sini kerana tak lama lagi saya bakal menjadi suami orang. Saya sudah mula mencintai bakal isteri saya.”Adi Irwansyah membohongi dirinya.

Adi terus berlalu pergi, dia takut dia akan tewas jika Nadia merayunya.Yea,dia akui sehingga sekarang dia masih tidak dapat melupakan gadis itu. Cintanya untuk gadis itu masih bernadi di dalam hatinya. Ada sepasang mata yang melihat di sebalik jendela kayu itu. Tengku Nadia yang melihat Adi berlalu pergi terjelupuk ke tanah, airmatanya yang ditahannya kini jatuh jua. Cinta yang ingin dikejar akhirnya kecundang. Adik kembar Adi yang masih berdiri diberanda rumah mereka terus meluru ke arah Nadia yang terjelupuk ke tanah.

“Kak…bangun kak” Di pegang bahu Tengku Nadia.

Nadia yang terasa bahunya seolah-olah di pegang segera melihat gerangannya. Nadia tersenyum lalu tangannya laju menghapuskan airmatanya.

“Akak…okey tak ini?” Akma Aliya menyoal Tengku Nadia.

“Maaf…sikap abang Adi kami pada akak. Mungkin dia tengah rungsing pasal perkhawinan dia yang tinggal dua minggu lagi.

Tengku Nadia tersenyum hambar.H atinya sakit bila mendengar kata-kata adik kembar Adi. Tengku Nadia bersuara pada Akma Aliya.

“Dik…..boleh akak peluk adik sekejap?”

Akma Anis memandang kakak kembarnya. Anis melihat Kak Lia mengganguk kepalanya.

“Boleh kak.”

Setelah mendengar persetujuan dari adik kembar Adi. Tengku Nadia meluru memeluk erat tubuh gadis di hadapannya. Sebaik tubuhnya bersatu dengan adik kembar Adi,pecah segala tangisan yang ditahan dari tadi. Akhirnya dia menangis di dalam pelukkan Akma Anis. Akma Anis yang tidak tahu kenapa Tengku Nadia menangis membiarkan sahaja. Setelah lama Nadia memeluk adik kembar Adi,dia merungkaikan pelukannya. Sambil tersenyum Tengku Nadia mengucapkan terima kasih. Dia ingin berlalu dari situ, dia merasa seakan-akan tidak kuat menghadapi orang yang di sayang bakal menjadi milik orang.

‘Papa…..Mama Nad tak kuat lagi. Cinta yang Nad kejar dah hilang. Papa….Mama Nad tak dapat memiliki cinta Adi yang dah beralih arah, Nad terlambat mengakuinya.’ hatinya bermonolog.

Anis dan Aliya yang melihat Tengku Nadia menuju ke arah kereta hanya memandang sayu. Belum sempat Tengku Nadia masuk ke dalam kereta. Puan Hakimah bersuara menegah Nadia pulang. Hati tuanya yakin yang anaknya masih mencintai gadis ini. Tapi dia tidak dapat menolong kerana dia sudah terlanjur menjodohkan anaknya dengan Sheila.

Eeehhh….Nadia nak balik ke? Kenapa awal sangat nak balik kata Nad cuti dua minggu dan nak menghabiskan cuti Nad kat sini.” Puan Hakimah melihat Nad hanya tersenyum hambar.

Hhhhmmm….tak pelah Makcik kimah lagi pun Nad singgah sekejap je nak jumpa Adi.”

“Mari masuk ke dalam hari pun dah nak masuk senja. Kalau Nadia balik pun mesti penat memandu dari Kuala Lumpur ke Kedah. Bukan jarak antara Kuala Lumpur mau 5jam. Dah mari naik rumah Ummi.”

Haaaa….Anis, Aliya yang kamu tercegat kat sini lagi kenapa pergi siapkan makan malam kita.”Anis dan aliya segara berlalu ke dalam rumah.

Tengku Nadia terpaksa akur dengan permintaan Puan Hakimah. Lagipun dia yang terlanjur berjanji yang akan menginap di rumah Adi selama dua minggu sepanjang dia bercuti. Adakah dia sanggup orang yang di cintai bakal menjadi suami orang.

Sebaik sahaja Adi masuk ke dalam rumah kepalanya di sofa. Benar ke aku tidak mencintai Nadia lagi kenapa hati aku sakit semasa aku menafikan perasaaan sendiri? Benar bakal isteriku bisa membahagiakan aku kelak? Dapatkah aku mencintainya seperti mana aku mencintai Tengku Nadia. Tapi jika betul kenapa setiap kali berjumpa bakal isterinya yang bernama Sheila, hatinya tidak merasa apa-apa perasaan terhadap Sheila. Sheila pun begitu, dia merasa seolah-olah Sheila juga tidak mencintainya. “Apakah keputusan aku betul?”Adi mengeluh.

“Assalamualaikum….” Adi terdengar umminya memberi salam.

“Waalaikumusalam.Ummi masuklah dah nak masuk waktu mahgrib. Mari kita sama-sama berjemaah.” 

Belum sempat Adi berlalu ke dalam biliknya, dia terdengar umminya bersuara menyuruh seseorang masuk ke dalam rumahnya.

“Masuk nak,” Pelawa Puan Hakimah pada Tengku Nadia.

“Jangan segan-segan buat macam rumah Nadia sendiri.”

Tengku Nadia tersenyum. Terkejut Adi bila mendengar nama itu. Adi menoleh ke arah pintu masuk rumahnya. Jelas di matanya kini Tengku Nadia masih ada di sini.

“Umi…kenapa?” Adi menyoal umminya. Dia tahu umminya sudah tahu siapa Tengku Nadia tapi kenapa umminya masih ingin mengajak Nadia bermalam di sini.

“Ummi Nad rasa lebih baik Nad balik je” Tengku Nadia merasa kehadirannya tidak diperlukan di sini kerana dia melihat bertapa bencinya Adi padanya kini.

“Adi, tak baik buat tetamu macam tu. Umi tak ajar anak Umi layan tetamu macam ini.”

“Ummi, tak  payah gaduh-gaduh sebab Nad. Takpe biar Nad menginap kat hotel je. Pagi esok Nad datang tolong Ummi buat persiapan untuk kenduri khawin Adi.” Tengku Nadia mula melangkah ke arah pintu.

“Nadia..Ummi tak suruh kamu keluar.” Potong Puan Hakimah menegah Tengku Nadia dari keluar.

Tengku Nadia yang mendengar Puan Hakimah membahasakan dirinya Ummi membuat Nadia terkelu dan langkahnya terus mati depan pintu.Dia kini di dalam dilema akibat terlanjur berjanji dengan Pn.Hakimah hendak menghabiskan cuti dengan bercuti di kampung Adi.Adi yang tidak senang dengan sikap umminya mengeluh panjang.

“Umi….apa ini? Umi tahukan siapa Tengku Nadia pada Adi. Adi harap Ummi paham perasaan Adi yang Adi tak senang dengan kehadiran dia di sini.”

Tengku Nadia memejamkan matanya. Hatinya kini terasa sakit. Kini dia akan mengajar hatinya untuk berpijak di bumi yang nyata bahawa cinta Adi tidak ada lagi untuknya. Tengku Nadia tidak tahan lagi di situ, dia sudah menuruni anak tangga kedua.

“Nadia, masuk hari dah maghrib…”tegas suara Pn Hakimah menyuruh Tengku Nadia masuk ke dalam rumah.Nadia terpaksa akur dengan arahan dari Pn Hakimah.

“Adi…umi tahu dulu kamu sangat mencintai Nadia tapi sekarang ini kamu tidak mencintainya lagikan. Jadi kamu tak payah risau. Dia tidak akan mengganggu kamu sepanjang dia berada di rumah Ummi sebagai tetamu.

“Anisssss…!” Puan Hakimah menguat suaranya memanggil anak kembarnya.

Anis yang mendengar Umminya memanggil dirinya segera meninggalkan dapur dan berlalu ke ruang tamu depan.

Yeaaa...Ummi adik datang” 

“Tunjukan bilik hujung itu pada kak Nadia.”

“Baik..Ibu” jawab Anis.

“Jom kak,”ajak Anis dengan mesra.



BERSAMBUNG.... ;D














1 comment: