Followers

Sunday 6 January 2013

KU PERCAYA ADA CINTA DIHATI BAB 6



 OLEH:FR

“Amboii, amboiii, amboiiiii, cantik bahasa. Mulut tu karang abang tonyoh dengan cili baru padan muka adik.

“Cili? Dekat mana abang nak cari cili? Dekat terminal bas nie mana ada cili. Werkkkk”, ejek Nurul Arina pada abangnya.

“Balik rumah nanti abang tonyoh mulut adik dengan cili. Okay kita tutup kes pasal cili. Sekarang nie abang nak kenalkan adik dengan ‘awek’ yang adik nak tau sangat siapa dia”, ujar Aidil Firdaus sambil memaut lengan adiknya mendekati gadis yang berdiri tegak di tempat beg pakaiannya.

“Adik ini abang kenalkan Fika Najwa. Fika nie adik abang Aidil Nurul Arina. Panggil saja dia Rina. Jom kita balik, abang ada benda nak bincang dengan mama, papa dan Rina”, kata Aidil sambil mengangkat beg pakaiannya dan berjalan beriringan dengan adiknya Rina dan Fika meninggalkan terminal.

****
Prangggggggg... Lamunan Arina tentang pertemuannya dengan Fika terhenti dan digantikan dengan bunyi pinggan pecah.

“Fika kau nampak kalut dan sangat letih. Biar aku yang bersihkan serpihan kaca yang pecah tu”, ujar Rina pada Fika. Dia tahu yang Fika begitu kalut dan terkejut kerana pinggan pecah. Selepas selesai membersihkan kaca yang pecah, Rina terus menarik tangan Fika ke ruang tamu.

Arina tahu yang sahabatnya itu sedang sedih. Dia juga tahu yang Fika sedaya upaya menahan air mata dari jatuh membasahi pipi. ‘Fika aku tahu kau tahan air mata kau dari mengalir kerana aku. Sebab aku tak boleh tengok orang menangis, nanti aku pun turut menangis’, kata Rina dalam hati.

Dengan pantas Rina memalingkan badan fika supaya mengadapnya. Lantas diamemeluk fika untuk menenangkan Fika.

“Fika... menangislah, kalau dengan menangis dapat mengurangkan kesedihan kau. Aku sentiasa berada disisi kau Fika. Sentiasa ada ketika kau susah dan senang. Lepaskan apa yang kau rasa sekarang nie. Jangan kau pendam”, usai Rina berkata begitu, Fika terus menangis teresak-esak dibahu Rina. Dia juga turut menangis.
Setelah hampir setengah jam babak airmata, mereka berpandangan antara satu sama lain. Belum sempat Rina hendak bersuara, terdengar suara Fika ketawa dengan kuat. Bergema satu rumah dibuatnya dek kerana suara Fika ketawa. Rina dengan pantasnya menekup mulut Fika supaya berhenti ketawa. Macam kena sampuk pon ada jugak. Seram Rina dibuatnya. Mana tidaknya, tadi Fika menangis. Sekarang dengan tiba-tiba Fika ketawa.

“Woiiiiiiiiii !”, marah Rina pada Fika. Dalam masa yang sama dia turut risau melihat rakannya itu.

“Yang kau nie kenapa? Apasal kau gelak macam pontianak nie Fika? Ishh, seram sejuk aku dibuatnya”, tanya Rina pada Fika sambil membuat muka ‘derk’ atau dalam erti kata lain muka tiada perasaan. Selalunya Fika yang suka membuat mimik muka itu ketika sedang kebingungan atau blurr. Tapi kali ini dia pula yang buat mimik muka itu kerana kebingungan melihat sikap kawannya yang agak ‘pelik’.

“Macam mana aku tak ketawa. Yang kau menangis tu kenapa? Kuat pulak tu kau menangis, macam kau pulak yang sedih. Aku pun tertanya-tanya jugak siapa yang sedih sekarang nie. Aku ke kau? Hahahahahahah”, jawab Fika. Selepas itu dia sambung balik ketawa.

‘Malunya aku. Aku rasa pipi aku nie dah merah, kalah badut kalau mekap. Betul jugak apa yang Fika cakap tu. Aku ke Fika yang tengah sedih sekarang nie? Hehe’, kata hati Rina. Tulah, orang menangis dia pun nak menangis. Nilah padahnya, orang tak sedih mana, dia yang terover. Baru sahaja Rina mahu melangkah masuk bilik akibat malu. Dia sudah dipeluk dari belakang oleh Fika.

“Rina... Terima kasih Rina sebab kau sayang dan anggap aku macam keluarga kau sendiri walaupun aku han....”, percakapan Fika terhenti apabila dengan pantas Rina menggelengkan kepala dan menekup mulutnya.

“Kau jangan cakap macam tu. Aku sayang kau macam keluarga kandung aku sendiri. Aku sayang dekat kau, malah lebih dari mama, papa dan abang Aidil yang menyayangi kau. Aku tak nak kau cakap pasal nie lagi. Kau promise dengan aku Fika yang kau takkan cakap pasal nie lagi”, ujar Rina bersungguh-sungguh.
Lantas Fika menganggukkan kepalanya, tanda dia berjanji tidak akan cakap pasal itu lagi. Mereka berpelukkan untuk seketika. Rina seorang yang sangat penyayang. Dia menyayangi Fika dengan seikhlas hatinya.

Tiba-tiba.....

“Fika... Kau ada bau something tak? Aku rasa kan, aku bau daging hangit lah”, ungkap Rina sambil memandang anak mata Fika. Mereka memandang antara satu sama lain.
“Astaghfirullahalazim”, serentak mereka berdua mengucap. Yang bau hangit itu ialah daging yang dimasak Fika untuk hidangan makan malam mereka. Dengan pantas mereka memadamkan api. Bergema rumah itu dengan ketawa mereka.

****
“Saya tak tahu kenapa. Tapi bila saya dengar puisi awak tu, saya terus menangis. Sedangkan puisi itu hanyalah rekaan semata-mata”, Arina meluahkan perasaan sedihnya pada Miqael apabila dia mendengar puisi yang dicipta oleh Mikail untuknya.

"Kenapa awak perlu menangis pulak?", tanya Mikail kehairanan.

"Sebab saya menyesal sangat berkawan dengan orang puitis macam awak. I’m sorry. Someone’s waiting for me outside, so I gotta go now.

Miqael terus menoleh ke belakang. Dia melihat Taufik sedang menunggu Arina di luar perpustakaan.

“Ceh! Kalau dengan budak kacukan tu laju saje dia ni! Tak apa... Tak apa... Oowhh menyesal berkawan dengan aku ya? Kau tengoklah nanti. Aku akan buat kau bahagia sebab berkawan dengan aku”,  gumamnya perlahan. Dia sudah bertekad.

"Tapi kenapa?", tanya Miqael selepas Arina menutup buku dan bersedia untuk keluar dari perpustakaan.

"Sebab saya lebih suka dengar lagu daripada dengar puisi”, jawab Arina. Langkah kakinya terhenti sejenak, lantas dia berpaling memandang Miqael yang terpinga-pinga. “Background muzik tu sahaja yang buat saya menangis, puisi awak tu tidak memberi apa-apa kesan pun pada saya”, sambung Arina sinis. Miqael memuncungkan mulut.

Arina menyambung langkahnya tanpa menghiraukan perasaan Miqael. ‘Tiba-tiba datang kacau aku. Dahlah aku nak kena siapkan tesis. Sibuk pulak tu tanya pasal puisi. Aku bukan ambil kelas sastera yang nak tanya aku pasal puisi’, rungut Arina dalam hati.

Kedebuk

“Hahahahahah", Miqael ketawa terbahak-bahak. ‘Fuh, bunyi macam buah cempedak jatuh. ‘Hahahah’, kata Miqael sambil ketawa terbahak-bahak.

Cepat-cepat Arina bangun.

"Wei mangkuk! Apasal kaki kau menjalar dekat sini hah? Tak pasal-pasal aku jatuh", suara Arina yang lantang seperti langsuir. Perasaan malu plus marah bercampur aduk. Dia marah dengan Ezery Syabil. Baginya, Ezery sengaja membuat begitu.

"Sorry, aku tak sengaja”, jawab Ezery buat muka tidak bersalah.

Gamat seketika suasana di dalam perpustakaan. Arina terus memukul bahu Ezery dengan buku yang berada ditangannya. Ezery menjerit kesakitan akibat dipukul dengan sejumlah buku yang agak banyak. Arina merengus geram. Puas hatinya dapat membalas dendam.

‘Eee... Geramnya aku. Buat malu jer aku jatuh. Dahlah dalam perpustakaan pulak tu. Sabar jelah aku dengan Miqael and kawan dia yang sengal Ezery tu’, Arina menyabarkan dirinya sendiri.

"Awak tak apa-apa ke?", Taufik datang membantu. Hadir ‘si dia’ bagaikan seorang hero yang menyelamatkan heroin daripada dibaham oleh buaya darat. Tanpa berlengah, Arina terus menyilangkan tangannya ke lengan Taufik. Mata Miqael membuntang. Terkejut. Ezery pula memandang wajah Miqael, Taufik dan Arina silih berganti.

Belum sempat Arina melangkah keluar dari perpustakaan, Miqael dengan pantas mamaut pergelangan tangan Arina. Dengan tindakan spontan, Miqael terus mencium bibir mungil Arina depan Taufik dan Ezery. ‘Puas hati aku’, kata Miqael dalam hati.

Arina tergamam dan terkaku seketika. Dia terkejut dengan tindakan Miqael itu. Dengan perasaan marah yang membuak-buak dan malu, tangan Arina terus melayang ke pipi Miqael.

Pap! Miqael mengerang kesakitan akibat tamparan yang amat kuat dari Arina.

Jelas pada pandangan Arina, bibir Miqael ada darah yang mengalir keluar. Mungkin akibat tamparan Arina yang teramat kuat. Sebelum Arina melangkah keluar, dia sempat memberi amaran keras kepada Miqael.
“Jangan sesekali kau cuba buat macam mana kau buat tadi dekat aku. Dan... Jangan bagi aku benci dekat kau Miqa. Sekali aku benci, selamanya aku akan benci, ingat tu”, ungkap Arina bersama air mata yang membasahi pipi.

Dia terus melangkah keluar dari perpustakaan itu. Malu akibat diperlakukan sebegitu oleh Miqael. Bukan hanya Taufik dan Ezery saja yang menyaksikan ‘drama’ itu tadi. Malah ramai pelajar yang menyaksikan kejadian itu. Bukan hanya mereka berempat yang berada dalam perpustakaan itu. ‘Aku takkan lupakan kenangan PAHIT ini’, hati kecil Arina berbicara.

****
"Aiyoo Miqa, habis la kau kali ni. Kau ada pesaing", ujar Ezery.

"Ah! Apa kelas lelaki tu? Setekat muka keluar majalah apa barang”, kata Miqael tidak mahu kalah dengan Taufik.

"Ha`ah kan... Apa barang? Muka kau siap keluar televisyen lagi, sebagai promoter jual minyak wangi”, ungkap Ezery tanpa rasa bersalah.

"Weii, siot! Kau perli aku ke?", tanya Miqael pada Ezery.

Ezery lelaki berwajah polos. Berkaca mata besar. Nampak baik tetapi jika dia bersama Miqael, habis dibulinya Miqael.

Miqael kacak berpakaian kemeja T lengan pendek berjalur merah hitam. Dengan kaca mata hitamnya, menyerlahkan lagi kemachoannya. Dia menanggalkan cermin matanya lalu diletakkan diatas meja. Matanya dari tadi asyik memerhatikan mamat korea itu.

"Fulamak... Dia orang keluar makan dekat Restoran McDonalds tu...", ujar Miqael terus memerhatikan gelagat mereka.

"Mana? Area mana?", tanya Ezery sambil matanya melilau mencari kelibat orang yang dimaksudkan Miqael.
“Tu... Sebelah kedai kasut tu. Fuh! Siap main suap-suap lagi tuh....”, meleret nada Miqael. Berbaur cemburu tetapi dikawal supaya Ezery tidak mengetahui yang dia sedang cemburu.

"Patut la kau ajak Rina, makan pisang goreng dia tak layan. Kau tak pernah ajak dia ke tempat-tempat macam ni kut. Sengetlah kau ni Miqa... Taufik tukan anak orang kaya, kau tu pulak anak tauke kedai runcit. Apalah sangat yang kau boleh bagi dekat Rina tu?", gurau Ezery tanpa mempedulikan perasaan kawannya itu.

"Aku boleh bagi lebih dari mamat Korea tu beri dekat Rina.", ujar Miqael mempertahankan kemampuannya.
"Miqa, kau mampu ke?", tanya Ezery ragu-ragu pada kemampuan Miqael.

Aku yang patut, yang patut,

memberinya segala,

Kerna aku mampu, 

aku mampu melakukan apa-apa saja,

Untuk dia, Hey

Untuk dia, Hey

Untuk.. Dia...

Miqael menyanyi sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Menghayati lirik lagu ‘Untuk Dia’, nyanyian Sleeq ft Najwa Latif.

Ezery menepuk dahi. ‘Apasal la aku dapat kawan yang tak siuman macam kau nie Miqael?’, tanyanya dalam hati. Nasib baik tak hujan, kalau hujan aku salahkan kau Miqael. Tapi kalau hujan pun tak apa, sebab akukan dalam shopping complex. So selamat baju aku dari basah.

"Jom!", Miqael terus  menarik tangan Ezery.

"Pergi mana?", tanya Ezery kehairanan.

"Masuk dalam”, ujar Miqael sambil tersenyum lebar.

"Eh! Kau nak buat apa? Kau ada plan ke?", Ezery terus menyoal Mikail.

"Ikut je la..." Miqael sudah tersengih-sengih. Rancangan jahat sudah datang.

Arina merengus geram. Bola matanya seolah-olah mahu terkeluar sahaja. Sungguh menyinggung hati dan perasaannya ketika ini. Bukan sahaja hatinya yang sakit malah tubuh badannya juga sakit. ‘Malaun mana yang letak kulit pisang dekat sini?!. ’Bengang Arina mengenangkan kejadian yang baru sahaja terjadi tadi. Taufik cepat-cepat membantu Arina yang terjatuh. Malu Arina tidak terkata. Dua kali dia jatuh dan diselamatkan oleh Taufik.

"Awak tak apa-apa ke Rina?", tanya Taufik kerisauan.

“Auchh.. Sakitnya kaki saya Taufik. Saya tak boleh jalan.  Macam mana nie?”, tanya Arina kesakitan juga risau kerana dia tidak boleh berjalan. Kakinya bengkak. Takkan hendak suruh Taufik pimpinnya. Malu.

"Takpe. Saya pimpin awak duduk dekat kerusi", Taufik terus membantu memimpin Arina duduk di kerusi.




BERSAMBUNG..... :)

1 comment: