Followers

Friday 21 September 2012

PULANGLAH PADAKU BAB 2













Hanya Allah yang tahu apa perasaannya ketika ini tatkala melihat suami turun dari kereta mewah itu. Jiwanya meronta hebat.Hatinya remuk melihat wanita yang bernama Mariana kini menjadi madunya mengenggam erat tangan suaminya.

Pasangan pengantin melangkah seiringan menuju ke singgahsana yang telah dihias cantik itu dengan paluan kompang dan para tetamu yang hadir.

Dhia mengetap bibir.Nafasnya terasa sesak.Terasa ingin mengalirkan airmata. Tidak sanggup untuk melihat suaminya duduk diatas pelamin dengan wanita lain. Ditutup mukanya. Sakitnya hatiku ini!

Tak disangka Mariana yang bekerja sebagai pembantu peribadi suaminya akan menjadi madunya.Muzaffar pernah memperkenalkan pembantu peribadinya dua bulan lepas sewaktu dia mengajak suaminya makan bersama.Airmatanya mula mengeluarkan manik-manik jernih. Ditekup mukanya.Malu untuk menunjukkan airmatanya kepada Rayyan.

Rayyan yang berada disebelah memandang wajah sahabatnya yang menekup muka itu.Dia rasa resah.Tahu yang Dhia menangis.“Kasihannya sahabatku ini…” keluhnya.

Mungkin ini dugaan yang terhebat dalam hidup Dhia. Mana tidaknya, suami sendiri duduk di pelamin bersama wanita lain. Isteri mana yang tidak geram? Kalau dia jadi Dhia, mungkin dirinya akan menjadi gila.

Bila diingatkan kembali, bukan main teruja sahabatnya ingin memberi kejutan kepada Muzaffar yang merangkap kawannya juga. Tapi setelah mengetahui ada wanita lain yang dikahwini Muzaffar, dia jadi benci melihat wajah itu. Wajah lelaki curang!

Dhia…”panggilnya.Bahu sahabatnya dipegang. Namun hampa. Tiada jawapan.

Sahabatnya masih menekup muka.Mungkin Dhia malu untuk berhadapan dengannya dalam keadaan yang menyedihkan. “Menangislah Dhia…aku akan setia bersama kau.”katanya di dalam hati.

Aku bengang Ray.”Teresak-esak Dhia bercakap dalam keadaan mukanya ditekup.

Rayyan menarik nafas lalu dihembuskan perlahan.“Tabahkan hati kau Dhia. Jangan menangis. Buat-buat macam tak ada apa yang berlaku,ok?”jawabnya lembut. Buat masa ini, dia perlu mententeramkan jiwa sahabatnya itu dengan kata-kata yang tidak menyakitkan.

“Kalau kau rasa tak puas hati dengan apa yang berlaku sekarang, jom kita keluar dari sini.”sambung Rayyan lagi. Dhia mengangkat muka.Tangannya dijatuhkan ke sisi.Tidak percaya dengan kata-kata sahabatnya.Takkan dia tidak tahu ini rumahnya? Buat apa perlu keluar dari sini?

Dikesat airmatanya. Lama Dhia merenung wajah sahabatnya.Sampai Rayyan malu sendiri.Tak biasa jika ada perempuan yang merenungnya lama.

Dia ingin meminta kepastian tentang soalan yang diutarakan sebentar tadi. Dikesat airmatanya.

“Apa yang kau cakapkan ni, Ray? Apa maksud kau kita kena keluar dari sini? Soalnya.Dia mula marah.

“Aik?Aku tersalah cakap ke?” bisiknya didalam hati. 

“Eh tak. Maksud aku kita keluar dari sini sebab aku tak mahu tengok kau sedih, faham?”jelasnya. Aku ni pun bengap juga. Ada ke patut aku tanya soalan yang boleh menyakitkan hati Dhia. Kan dia dah mengamuk!

“Aku tak nak balik,ini kan rumah aku, buat apa aku perlu keluar dari sini!”jawabnya dengan nada tidak berpuas hati. Dhia berpaling dari menghadap wajah sahabatnya.

Tanpa isyarat Dhia mula melangkah menuju ke singgahsana yang bertemakan warna ungu dan putih itu.Rayyan mati kutu melihat reaksi sahabatnya yang berlalu pergi tanpa mengajaknya bersama.

Langkahnya mati apabila lengannya di pegang kejap oleh Rayyan.Nasib baik mereka berada di belakang rumah. Kalau tidak, memang tetamu akan memandang serong terhadapnya. Dia tidak mahu perkara itu terjadi.

“Lepaskan aku!”ditarik tangannya dengan kasar.Namun tetap dipegang erat sahabatnya.
“Kau nak pergi mana?”.Rayyan mengeluh bila melihat kepala Dhia mengangguk.Ingin saja dia bawa Dhia jauh dari sini, dia tidak mahu sahabatnya disakiti.Dia yakin andai Dhia bertemu empat mata dengan suaminya yang lengkap berpakaian pengantin pasti hati sahabatnya luka,luka yang dalam.

Semakin banyak persoalan yang berlegar di fikirannya kini, dia terasa ingin tahu kesemua jawapannya hari ini juga.Tapi dibiarkan dulu.Dia ingin tahu juga adakah Muzaffar berkahwin kerana terpaksa atau merelakan sahaja perkahwinan ini.

“Dhia aku nak kau tahu yang aku setia ada di sisi kau.kalau kau tak kuat biar aku je yang berhadapan dengan suami kau?”

“Jangan! Aku boleh berdepan dengan suami aku sendiri.”potong Dhia.Dia tahu andai Rayyan yang bersuara pasti sahabatnya akan baran bila bercakap dengan suaminya,dia tidak mahu Rayyan membuat suasana perkahwinan ini menjadi kecoh.Dia masih mahu menjaga air muka suaminya,keluarganya dan mak mertuanya.

Dhia mengesat air mata.Majils perkahwinan seperti ini tidak sepatutnya diiringi dengan air mata.Sebagai seorang perempuan, dia harus kuat untuk menghadapi semua ini.

“Dipersilakan ibu pengantin lelaki, Puan Halimah untuk memulakan upacara menepungtawar.” Ucap pengacara majlis yang berada disitu.Dhia dan Rayyan hanya berpandangan sesama sendiri di celah-celah tetamu yang ramai.

Puan Halimah melangkah naik ke tangga pelamin.Tersenyum Puan Halimah memandang anak dan menantu barunya…Tergambar ceria di wajah pengantin yang baru menjadi isteri.Diambil sedikit beras putih, beras kuning, bertih dan bunga rampai lalu menaburkannya ke atas menantunya.Disalam menantu barunya lalu dipeluk erat.

Pengapit yang berada di sebelah pengantin perempuan membersihkan taburan daun pandan yang melekat pada tapak tangan dan baju Mariana lalu diberikan bunga telur kepada Puan Halimah.Lantas kakinya melangkah ke bawah.

Tatkala kakinya melangkah turun dari tangga pelamin itu, dia sempat memandang Dhia dan Rayyan di celah-celah tetamu.

“Sepatutnya pasangan curang ini tak payah datang! Buat orang benci saja.” Hatinya mendongkol geram.Dari tadi dia tengok mereka berdua berkepit.Macam suami isteri pulak.Dengan anaknya, tak pernah dibuat begitu.Masa dia pengsan tadi pun mereka bersama.Susah kalau dapat menantu curang.Harap menantu barunya tidak mengikut perangai Dhia.

Mariana, menantu barunya yang bekerja sebagai pembantu peribadi di syarikat percetakan milik anaknya mula rapat dengannya semenjak sesi suai kenal pekerja baru di dalam bilik meeting.Dia yang terpikat dengan keramahan Mariana terus menjadikannya sebagai anak angkat.Tapi Dhia tidak tahu. Sengaja dirahsiakan.

Memang diakui Dhia dan Rayyan ialah kawan baik semenjak sekolah menengah lagi.Sejak awal perkahwinan anaknya dan Dhia, menantunya telah memberitahu dia dan anaknya bahawa dia mempunyai seorang kawan lelaki yang sangat rapat. Jadi tidak akan timbul salah faham selepas berkahwin nanti.

Tetamu yang hadir masing-masing tidak melepaskan peluang menangkap gambar pengantin dari bawah untuk dibuat kenang-kenangan.Dhia dan Rayyan hanya menjadi pemerhati sahaja.

Tiba-tiba, suara pengacara majlisbergema di dalam kawasan ruang tamu itu.Mungkin ada pengumuman agaknya. Mereka berpaling. 

“Siapa lagi mahu salam pengantin baru?”Soal pengacara majlis tadi sambil memegang mikrofon.

Dhia, kau tak nak ke? Bisik Rayyan. Sudah tiba masanya. Kali ini biarlah mereka yang membuat kejutan!Dhia menarik nafas panjang.Ditenteramkan hatinya lalu dipandang Rayyan.

“Mari! Ikut aku.”ajak Dhia.Tak mahu dia berada di atas pelamin keseorangan.Takut dia tak dapat menahan kesedihan. Cermin matanya dipakai semula.Mahu menyembunyikan airmatanya dari dilihat suaminya nanti.

Rayyan hanya menurut perintah.Nampaknya sahabatnya itu sudah ada sedikit kekuatan.

Bila tetamu tidak lagi menangkap gambar pengantin, mereka berjalan seiringan naik keatas pelamin. Muzaffar dan Mariana yang tadi tersenyum apabila tetamu mengambil gambar mereka berdua berubah muram sekaligus terkejut dengan kehadiran isterinya dan Rayyan yang tidak diduga! Terus mati senyuman mereka berdua.Terpaku melihat dua manusia dihadapan mereka.

“Sayang…”Tergamam dia melihat Dhia dihadapannya. Rayyan pun ada juga.

“Hmm..ingat pun lagi. Ingatkan anja dah lupa terus isteri pertama.” Jawabnya sambil tersengih-sengih.Padahal hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.Mariana yang berada disebelah terasa mukanya berbahang. Tahu sajalah bila madu bertemu, muka yang manis pun akan berubah masam.

Dalam diam Dhia memberontak.Tapi dia harus bertahan buat masa sekarang.Tidak mahu tetamu melihat ketegangan di wajah pengantin baru. Diambil tangan suaminya lalu dicium.Ditundukkan sedikit wajahnya. “Selamat pengantin baru anja…”Ucap Dhia sedikit kuat.Digenggam erat tangan suaminya.Sengaja dia berkata dengan suara yang sedikit kuat agar didengari Mariana. Biar dia jealous!

Mariana hanyatersenyum.Baginya, dia tak perlu merasa jealous.Muzaffar sudah menjadi milik mutlak dirinya.Dan dia tidak perlu takut untuk itu.

Tidak sabar dirinya mahu membalas dendam terhadap Dhia. Pasti kemenangan ini akan berpihak kepadanya. Mak mentuanya pun menyokongnya…apatah lagi suami yang baru dikahwininya.

Puan Halimah yang sedang melayan tetamu sempat berpaling ke sudut pelamin.Dilihat saja menantu yang tidak disukai mengenggam tangan anaknya.

“Itulah..ada lelaki, curang. Padan dengan muka kau!”Ketawanya didalam hati.Dulu dia senang memanggil Dhia dengan lemah-lembut.Bila dia dapat tahu perangai sebenar Dhia dari Mariana, panggilan itu terus bertukar menjadi kasar.Perempuan curang tak boleh berlembut. Naik kepala nanti!

Bila balik? Kenapa tak cakap?”Tergagap-gagap suara Muzaffar.Memang dia terkejut dengan kehadiran Rayyan dan isterinya.

Rayyan memandang wajah Dhia yang kelihatan agak sugul selepas mencium tangan suaminya.Tahu yang Dhia bersedih dalam diam.

Dijawab soalan bagi pihak Dhia. “Kami baru aje sampai tadi.Tahu-tahu kau dah kahwin.Congratulations!”Balas Rayyan dengan nada menyindir.

Muzaffar rasa tersindir.Dia tahu Rayyan geram dengannya sekarang ini.Dipandang wajah Dhia lama.Pelbagai persoalan ingin ditanyakan kepada isterinya.Semestinya dia mahu tahu adakah Dhia curang dibelakangnya seperti yang dilihat di CD itu. Dipendam dulu. Mungkin suatu hari nanti akan terjawab juga akhirnya.

“Oklah, kami tak boleh berlama kat atas pelamin ini. Nanti tetamu lain marah pulak tak dapat menepung tawar pasangan pengantin.So, aku bagi pihak Dhia sekali lagi mengucapkan selamat pengantin baru. Semoga kekal ke anak cucu!” Sindirnya lagi.

Tanpa membuang masa, Dhia terus turun ke bawah diikuti dengan Rayyan yang setia di belakangnya. Bagaimanalah kehidupannya selepas ini?bisik hatinya. Adakah masih bahagia atau berlaku persefahaman diantara dia dan Mariana? Entahlah…


**********

Tidak betah berdiri lama di atas pelamin yang diduduki Muzaffar dan Mariana, mereka terus melangkah keluar dari rumah itu setelah bersalaman dengan pasangan pengantin.Dhia nampaknya tidak bercakap langsung dengannya sejak adegan bersalaman dengan suami sendiri di atas pelamin.Hanya mendiamkan diri sahaja.

Rayyan rasa gelisah.Lantas dipegang bahu Dhia dan menghadapnya.

Kau okay ke tak ni?”soalnya. Dia rasa resah jika sahabatnya itu tidak berkata apa-apa dengannya.Kegembiraan Dhia bermakna kegembiraanya juga.

Namun, Dhia masih diam juga.Kepalanya masih tunduk ke bawah.

Rayyan mula bengang.Baik-baik terhadap sahabatnya masih ada hadnya.Dia tak sukakan kesedihan yang terpamer di muka Dhia.Dirinya rasa tercabar dengan sikap endah tak endah sahabatnya.Resah tidak menentu. Sepatutnya sahabat yang baik akan berkongsi segala masalah. Ini tidak, makin diam, makin banyaklah masalah dalam hati.

Bibirnya menguntum senyuman sinis.Rasanya dia perlu merancang sesuatu untuk mengenakan sahabatnya. Tak salah kalau dia kenakan sahabatnya dalam diam. Baru padan muka! Nak tunjuk sangat muka sedih tu. Ingat orang kat depan kau tak sedih ke tengok kau macam ini?”katanya hanya terluah di dalam hati.

Dia memulakan lakonannya.Memanglah dia bukan pelakon yang hebat seperti artis terkenal tanah air.Tapi dicuba juga untuk berlakon didepan sahabatnya.Biar nampak real!
Mimik wajahnya bertukar kelat.Dipandang sahaja muka sahabatnya itu.Dalam hati memang nak tergelak habis.

Hmm…it’s okay kalau kau tak mahu cakap dengan aku. Aku balik dulu!”Dirinya mula berpaling dari menghadap muka Dhia.Langkahnya diatur perlahan meninggalkan Dhia yang tidak memberikan sebarang reaksi.Sengaja dibuat muka merajuk.

Dhia mengangkat muka.Habislah…Rayyan merajuk! “Salah aku ke sebab tak layan dia dari tadi?”katanya di dalam hati.

Langkah Rayyan makin jauh meninggalkan Dhia yang masih lagi tidak bergerak dari tadi.Mahu tengok sejauh mana Dhia memujuknya.Diseluk poketnya lalu dikeluarkan train key Volvo C70nya.Butang hijau ditekan.Menandakan kereta telah dibuka dari dalam.Lalu dibuka pintu kereta dan masuk.Tingkap kereta yang bercermin gelap dibuka.Sengaja mahu mendengar namanya dipanggil Dhia.

Dhia yang masih berdiri ditempat tadi mula geram.“Nak merajuk pun agak-agaklah. Akuyang sedih, dia pulak yang lebih.”katanya perlahan.

Ini tak boleh jadi! Nak tak nak aku kena pujuk dia jugak!Kalau tidak, siapa nak temankan aku kat sini?

“Ray!!”jeritnya sekuat hati sambil berlari anak. Tetamu disekeliling hanya mengeleng melihat telatah Dhia yang berlari anak itu . Dengan hanya berbaju kurung, dia tanpa rasa malu berlari dan menjerit nama sahabatnya. Biarlah tetamu fikir dia macam orang kurang waras menjerit di depan orang ramai.Dia tidak heran dengan semua itu. Janji Rayyan dapat dipujuknya,hanya rayyan saja yg faham hatinya di kala ini.

Di dalam kereta, Rayyan tergelak kuat.Tak sangka Dhia sanggup berlari anak dan menjerit namanya. Di depan tetamu pulak tu!Tak sia-sia dia meninggalkan Dhia biarpun hanya sekejap.

Dhia semakin hampir ke arahnya.Ketawanya tadi berhenti secara tiba-tiba.Lakonan perlu diteruskan.Mukanya kembali muram.Enjin kereta dihidupkan dan di biar panas.Tingkap yang tadi terbuka ditutup kembali.Stereng kereta dipegang.

Semakin hampir…semakin hampir …”Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia pasti sahabatnya itu pasti akan memujuknya kembali.
Sampainya di kereta Rayyan,Dhia sempat menarik nafas panjang.Penatnya dia berlari mengejar sahabatnya walaupun tempat parking kereta Rayyan tidaklah jauh mana pun.

Please open the door, Ray!” Diketuk tingkap kereta bercermin gelap itu berkali-kali.Namun, tetap tidak diendahkan Rayyan.Dhia mula panas hati.Penat dia berlari ke sini semata-mata nak pujuk sahabatnya, ini yang dia dapat dari Rayyan?Terduduk Dhia di situ.

Tetamu yang lalu-lalang disitu hanya mampu mengeleng sahaja dengan tingkah Dhia yang duduk bersandar di tepi kereta Rayyan.

Matanya mula merah dan kemungkinan airmatanya bakal tumpah.Kesedihannya berulang kembali.Tadi suaminya yang membuatkannya menangis.Sekarang sahabatnya pula.Dhia mengepalkan kedua-dua tangannya.Disabarkan diri supaya airmatanya tidak tumpah.Dia bangun dari situ dan menghadap kereta Rayyan. Dia pasrah. Orang tak sayang kat kita lagi mana boleh nak paksa-paksa kan? 
Langkahnya diatur perlahan.“Ke mana harus ku pergi?” sayu hatinya.Matanya sudah mengeluarkan manik-manik jernih. Nampaknya airmata yang cuba ditahan tadi sudah tumpah buat kali kedua. Dikesat airmatanya dengan kasar.Terus dia berlari keluar dari kawasan perumahan itu.Dilari sekuat hatinya.

Rayyan yang duduk memerhatikan sahabatnya dari cermin kereta gelapnya itu tergamam melihat Dhia melangkah pergi dari keretanya. “Ala...baru nak suruh dia pujuk aku. Kesudahannya…aku yang kena pujuk dia balik!” rengusnya sendirian.

Terus dia membuka pintu kereta.Lalu dia keluar dari situ.Dihempas kuat pintu kereta tanpa menguncinya. Apa yang penting…dia harus segera mengejar mendapatkan Dhia!
Dhia…tunggu!!”jeritnya. Sebagai lelaki yang dikurniakan sepasang kaki yang mampu berlari pantas, dia tidak harus membuang masa duduk di dalam kereta.

Dhia tahu namanya dipanggil. Tapi seperti yang dikatakan tadi…dia pasrah! Biarlah Rayyan memarahinya.Dia tidak kisah.Terus dituju ke pondok keselamatan.Berjumpa dengan security guard yang dikenali sebagai Pak Ali.

Assalamualaikum Pak Ali…”ucapan salam diberikan buat pertama kalinya selepas dua minggu tidak berjumpa. Selalunya dia dan suaminya akan menegur security guard itu walaupun hanya sekejap ditingkap pondok keselamatan itu.

Pak Ali yang sedang leka mengelap cermin matanya menggunakan tisu yang berada di atas meja bersegi empat itu terkedu tatkala disapa penduduk yang hampir dua minggu tidak berjumpa. Matanya agak kabur untuk melihat siapakah yang memberi salam kepadanya.

Waalaikumsalam.Eh, kamu ni bukan Dhia ke?”soalnya. Cermin mata yang dilap tadi, dipakai semula.Maklumlah…umur semakin meningkat, penglihatan pula semakin kabur.

Dhia tersenyum lebar.Lega apabila salamnya dijawab.Dia sekadar mengangguk.Tidak sangka Pak Ali yang dianggap seperti ayah itu masih mengingatinya lagi.

“Kenapa kamu ada kat sini?”soalnya. Pak Ali rasa pelik.Dia dapat mengesan muka Dhia yang sembap dengan air mata. Mesti sebelum ini dia menangis! Detik hati kecilnya.

Bibirnya diketap geram.Dia sudah agak kenapa Dhia bersedih.Perempuan tua tu memang tak guna! Ada ke patut dia buat majlis perkahwinan besar-besaran. Sampai menantu sendiri pun tak tahu suaminya kahwin lain. Memang kejam!

Tanpa menjawab soalan Pak Ali, terus Dhia menukar soalan.“Pak Ali, boleh saya tahu bus stop yang berhampiran dengan kawasan perumahan ini?”Lembut pertanyaannya. Di dalam hati, dia sedikit gelabah.Rayyan semakin hampir ke arahnya.Dia perlu cepat keluar dari kawasan perumahan ini.

Dekat sebelah kawasan perumahan……tapi kenapa Dhia tanya?”soalnya lagi.

Soalan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.Pak Ali mengeluh. Tadi tanya tak jawab, sekarang tanya pun tak berbalas juga. Nasib kaulah jadi security guard!

Kakinya melangkah laju keluar dari kawasan perumahan itu. Tapi nampaknya dia kalah! Rayyan lagi hebat lariannya.

Nur Haifa Nadhiya!Mana kau nak pergi hah?”jerkah Rayyan. Matanya terbeliak. Jelas terlihat kemarahan di mata itu terhadapnya.

Dhia tergamam nama penuhnya disebut. Lengannya dipaut dengan agak kasar.Terkedu Dhia disitu.Tangannya terasa sakit.Ah sudah! Rayyan mula marah dan diatidak dapat terlepas lagi.

Pak Ali yang duduk di situ tercengang dengan perbuatan lelaki dihadapannya yang memaut kasar tangan Dhia.Didalam hati, dia mahu tahu siapa lelaki yang berani marah isteri Muzaffar itu.Tapi dia terpaksa pendamkan sahaja dan mendiamkan diri di dalam pondok keselamatan itu.Takut nanti dijerkahnya pula disitu.

Sampai hati Rayyan memarahinya. Depan pengawal keselamatan pulak tu!

“Aku…”Berulang-kali dia menyebut perkataan ‘Aku’. Tergagap-gagap mulutnya hendak membalas soalan sahabatnya.Rayyan tahu Dhia mesti takut dengan jerkahannya.

“Aku tanya buat kali kedua. Mana kau nak pergi?”suaranya mula kendur. Lengan Dhia dilepaskan perlahan-lahan.Dipandang muka Dhia.Terserlah kesedihan diwajahnya.

Sorry Ray, aku tak berniat buat kau marah.”sayu suaranya menjawab.

Kau nak pergi mana sebenarnya? Nak lari dari aku?”Soalan yang ditanya Rayyan membuatkan Dhia terdiam. Sahabatnya itu bagaikan seorang suami yang begitu mengambil berat akan isterinya. Bertuah siapa yang dapat sahabatnya.Dia tak boleh sebab masih isteri orang.

Aku minta maaf sekali lagi. Maafkan aku ye?”pujuk Dhia. Memang dia bersalah dalam hal ini.

Rayyan mengeluh. Sepatutnya dia tidak memarahi Dhia dengan teruk.

Maafkan aku jugak. Aku terlampau emotional sangat tadi.”Dhia mengesat airmatanya dan memandang sahabatnya itu.

It’s okay tapi lain kali jangan merajuk lagi. Nanti aku lari betul-betul baru padan muka kau!”Dhia mengugut sahabatnya. Biar Rayyan takut dengan ugutannya.

Rayyan tersenyum. Teringat kembali dengan lakonan tak menjadinya didepan pintu pagar tadi.Sumpah dia tak mahu merajuk lagi dengan Dhia. Itu tekadnya dalam hati.Apa yang berlaku, dia akan tetap bersama Dhia sehinggalah Muzaffar dapat menjelaskan kepada Dhia mengapa Muzaffar curang dan kahwin tanpa pengetahuan sahabatnya.

*******                                                          

Keputusan Dhia sudah muktamad. Dhia harus mendapatkan penjelasan dari mulut suaminya. Dengan adanya Rayyan disisi menghulurkan bantuan, dia jadi cukup kuat untuk berhadapan dengan Muzaffar, Mariana dan Ibu mertuanya.

Langkah mereka berjalan seiringan kembali ke khemah. Cermin mata hitam yang tersangkut ditengah baju diambil lalu dipakai. Biar ditutup matanya, agar tidak nampak terlalu ketara kesedihannya.

Mereka masuk ke dalam khemah yang menempatkan meja makan pengantin. Nampaknya suaminya dan Mariana sedang bersantap dengan seleranya. Termasuk Ibu mertuannya yang duduk di sebelah kiri Muzaffar.

"Kau rasa aku perlu berjumpa dengan mereka?" Soalnya sambil memandang sekilas kearah sahabatnya. Patutkah dia menganggu pasangan pengantin itu yang sedang enak menjamu selera?

Rayyan tersenyum. “Why not? Ini peluang kau nak buktikan pada mereka yang kau tak bersalah dalam ini.”jawabnya dengan lancar.

Dhia mengangguk. Inilah peluangnya. Biarlah ibu mertuanya memandang sinis terhadapnya. Dia tidak kisah tentang itu.

“Kau tunggu sini, nanti kalau Muzaffar nak slow talk dengan aku, kau just perhatikan aje, ok?”pesannya kepada Rayyan  sebelum Dhia melangkahkan kaki perlahan-lahan meninggalkan sahabatnya keseorangan disitu.


********


Dengan langkah berani, Dhia menuju kearah meja pasangan pengantin itu. Betul-betul dihadapan suaminya. Muzaffar terkejut. Sudu yang dipegangnya terjatuh disudut pinggan berwarna putih itu.Apatah lagi Mariana dan ibu mertuanya.

Terbeliak mata Puan Halimah memandangnya. Mariana sudah membuat muka keruh. Tidak suka dengan kedatangan perempuan yang tidak disukainya.

“Anje..”perlahan suaranya kedengaran memanggil suaminya.Takut nanti tetamu-tetamu VIP yang berada di meja pengantin itu akan mengetahui yang dia ialah isterinya. Biarlah menjadi rahsia.





bersambung...:D enjoy your reading..sudi2 lah tinggalkan komen tuk mempertingkatkan lagi penulisan nur daeya.....







9 comments:

  1. bestt2...nk lgi kak fika..jhat tul mariana tuh...gram tul..->_<-
    ~mila~

    ReplyDelete
  2. kak daeya , terbaik lar kak , chaiyok kak , nanak next n3 , hehhehehe

    ~Fae~

    ReplyDelete
  3. wah ni kene tahu ni kenapa maria mcm dengki sangat ngan dhia kan3.... teruskan tertanya2 ni hhehehehe

    ReplyDelete
  4. rase2 lau saya bunuh enchik suami tu...
    ok tak?? haha

    eya syang...akk ary here. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Some, however, will try to take over the garden bed. After all, they
    can be readily sourced from the internet. This sounds drastic but
    as long as you pay due care and attention when carrying the task out the removal should happen without
    a hitch.

    Feel free to visit my blog post Wart Removal

    ReplyDelete
  6. Coupon Books is where most people all over the world look for deals and ways to save money by purchasing items at a lesser cost

    Review my homepage Visit http://sixflagsticketscoupons.com/six-flags-over-texas/

    ReplyDelete