Followers

Thursday 20 December 2012

KU PERCAYA ADA CINTA DI HATI BAB 5




Dari jauh Arina nampak kelibat orang yang di nantinya dari tadi .Mulutnya sudah muncung sedepa macam itik, tetapi wajah yang sedang melangkah ke arahnya sedang tersenyum. Macam tidak  ada perasaan bersalah langsung, kerana telah membuatkannya menunggu lama di terminal bas Duta ini. Arina melihat kelibat itu semakin mendekat dan dia yang tidak bersedia terus di peluk dengan erat oleh pemuda itu. Arina yang malu di perlakukan seperti itu terus merungkaikan pelukan pemuda yang masih tersengih menampakkan gigi yang rata dan putih itu. Pipi Arina mula memerah, dia malu diperlakukan seperti itu di khalayak ramai.

“Apa lah  Abang nie , Abang janji dengan Adik pukul 10 pagi kat terminal ni. Sekarang nie dah pukul berapa ?” soal Arina sambil melihat jam dipergelangan tangannya. ‘Sekarang dah pukul satu petang dah, tak boleh harap betul Abang aku nie. Eh! Aku yang tanya, aku yang tengok jam sekarang pukul berapa’ Arina merungut dalam hati.

 “Abang tengok nie” Arina menunjukkan kulit lengannya yang sudah terbakar.  Habis kulit Adik yang putih nie terbakar sebab tunggu abang kat sini. Dah masuk tiga jam tau. Abang memang suka kenakan Adikkan? Abang nie jahat lah. Takpe nanti Adik mengadu kat mama” Nurul Arina merungut pada abangnya, Aidil Firdaus.

Aidil Firdaus tahu dia lambat dan paling dia kesalkan dia telah membuat adiknya yang manja itu menunggunya  hampir tiga jam di terminal. Nasib baik tidak ada apa-apa yang terjadi dekat adik aku, kalau tak habis aku kena bersoal jawab dengan  mama dan papa. ‘Lepas ni aku yakin yang aku tak akan terlepas dari mulut laser adik aku ni’ omel hati kecil Aidil Firdaus.

“Adik...abang mintak maaf sesangat ,sorry, maaf, beribu-ribu maaf, biane abang lambat tiga jam je takde lah lama mana pun, abang tahu adik sayang dekat abang. Janganlah marah kat abang.” Adil Firdaus cuba memujuk Nurul Arina. ‘Abis ayat korea sekali keluar, nak mintak maaf punya pasal, hehehehe. Omel Aidil dalam hati.

“Adik...abang mintak maaf sesangat ,sorry, maaf, beribu-ribu maaf, biane.” Nurul Arina mengajuk semula kata-kata abangnya.

“Hah! abang ada satu lagu untuk adik, kalau adik dengar confirm adik akan maafkan abang”, kata Aidil sambil tersenyum.

“Ehemm...ehemmm”  Aidil membetulkan suaranya sebelum menyanyikan lagu maaf buat adik kesayangannya itu. Tanpa melodi, Aidil mula menyanyi lagu ‘Maafkan kami’ dalam cerita ‘Bujang Lapok’.

Maafkan abang

Maafkan abang

Maafkan abang

Maaf..kan abang..

Wahai cik adik jangan merajuk 

Maafkan abang si Bujang Lapuk 

Jikalau sal….

Nyanyi Aidil terhenti apabila Arina menutup mulutnya.

“Abang baik abang berhenti menyanyi sekarang, Rina takut kejap lagi hujan turun sekali dengan guruh sambar menyambar sebab suara abang yang tersangatlah merdu tu” Arina memerli abangnya. Saja dia menekankan perkataan ‘ter’ tersebut. ‘Ishh, abang aku nie kalau yer pon nak nyanyi agak-agaklah. Malu kot, ada orang  yang memerhati gelagat abang aku yang sedang menyanyi. Tapi suara abang aku boleh tahan jugak yer. Hhehehehe. Boleh masuk ‘Jangan Lupa Lirik atau Vokal Bukan Sekadar Rupa. Omel Arina dalam hati.

“Banyaklah  abang punya maaf, kalau macam ni lah adik nak ‘boikot’ tak nak cakap dengan abang selama 2 minggu, abang jahat tau buat adik macam ni. Penat adik tunggu abang. Benci abang!” Nurul Arina merajuk. Tapi sebenarnya dia sudah terpujuk dek kerana nyanyian abangnya sebentar tadi. Dia cuma hendak menguji setakat mana kesabaran abangnya ‘memujuk’ dia. ‘Padan muka siapa suruh buat aku tunggu lama’ bisik hati kecil  Nurul Arina.

“Alaaa....Adik janganlah benci kat abang, abang bukan sengaja lambat dan buat adik tunggu kat sini. Takpe meh sini abang peluk adik kesayangan abang ni biar dia cool sikit. Meh kat abang meh. Alololo, sayang abang nie, lagipun abang dah rindu dekat adik abang  ni”, Aidil Firdaus terus mendepakan tangannya. Nurul Arina yang melihat abangnya mendepakan tangan terus meluru ke arah abangnya. Di peluk erat abangnya, seperti melepaskan rindu yang bertahun dipendam.

“Adik sebernanya dah maafkan abang, masa abang nyanyi lagu Maafkan Kami tadi. Tapi adik saje je nak menguji tahap kesabaran abang nak memujuk adik kesayangan abang yang comel lagi manja nie. Hheheheh. Arina yang masih dalam pelukkan abangnya.

“Nakallah adik abang nie” Aidil sambil menggosok kepala adiknya. Nakal macam mana pun Arina, dia tetap menyayangi adiknya itu. ‘Adik aku nie masuk bakul angkat sendirilah’ kata Aidil dalam hati.

Nurul Arina merungkaikan pelukan di tubuh abangnya, dahinya jelas berkerut seribu sebaik saja terpandang sesusuk tubuh yang setia memerhatikan dia dan abangnya. Gadis itu masih setia melihat perlakuan Arina dan abangnya. Gadis itu sedang berdiri tegak di tempat di mana abangnya meletakkan beg pakaiannya. Arina melihat gadis di belakang abangnya tersenyum manis ke arahnya, dia membalas kembali senyuman dari gadis itu. Di tarik tangan abangnya supaya dekat dengannya. Dia membisikkan sesuatu di telinga abangnya.

“Abang buat hal ehh?, Abang curang dengan kak Jasmine ke?, Bukan abang sayang setengah mati ke kat kak Jasmine? Tak lama lagi kan abang nak kahwin, tapi kalau abang pilih gadis yang ada dekat belakang abang pun okay, jugak sejuk mata memandang. Cun jugak kalau abang pilih dia jadi kakak ipar adik. Taklah garang macam Kak Jasmine ,kalau mengamuk kalah singa. Abang tak takut ke kalau Kak Jasmine tahu ni?”, Soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulut Nurul Arina.

‘Hamik kau, banyak tak banyak lah soalan yang keluar dari mulut adik aku nie, kan aku dah kata aku tak akan terlepas dari mulut laser adik aku ni’ kata Aidil dalam hati.

Aidil mencuit hidung adiknya yang laser melancarkan soalan yang tersangatlah bernas dekat abang dia. ‘Dia ingat aku ni kaki perempuan ke? Ada muka curang ke terlakar dekat muka aku ni?’, omel Aidil Firdaus dalam hati.

“Adoiii...sakitlah bang, apa ni main ciut-cuit hidung orang nie” runggut Nurul Arina.

“Adik lar mulut laser sangat, banyak soalan pulak tu yang keluar dari mulut adik abang ni. Sampai abang pun pening nak jawab yang mana satu”.

“Sampai hati tuduh abang curang dengan Kak Jasmine” sambung Aidil. Lagaknya seperti merajuk.

“Abang...Rina tanya ni,  siapa awek cun yang abang bawak balik tu. Rina tengok cantik jer awek tu,  sejuk mata Rina memandang,  kalau jadi kakak ipar ni mesti cool boleh Rina buli, tak macam Kak Jasmine garang yang amat, apa lagi kalau time Kak Jasmine tengah mengamuk. Confirm Rina tak boleh nak buli Kak Jasmine. Tapi kalau dengan awek tu, macam ada peluang jer nak buli” Arina mengenyitkan matanya pada abangnya.

“Abang... calon madu Kak Jasmine errkk?” tambah Arina kepada abangnya, atau kekasih gela…..”  belum sempat dia menghabiskan ayatnya, kepalanya disekeh oleh abangnya.

“Adoiii... apalar  abang nie, sakit tau kepala Rina, kenapa abang sekeh kepala Rina? Nanti  Rina report kat mama baru abang tahu langit tu bujur ke bulat. Rina memuncungkan bibirnya, tanda protes. Terdengar gelak halus dari gadis yang berada di belakang abangnya.” gelak ketawa gadis itu membuatkan Arina makin merajuk. Buat malu jer, aku kena gelak dengan minah dekat belakang abang aku nie, sebab kepala aku kena sekeh. Huh! Jatuh maruah aku. Ehh, apasal pulak aku tetibe cakap pasal maruah nie. Apalah yang aku melalut nie. Aiissshhhh.


BERSAMBUNG..... :D

2 comments: