Followers

Thursday 29 November 2012

KU PERCAYA ADA CINTA DI HATI PART 4




 
 Arina keluar sambil menolak trolinya yang sarat ke tempat letak kereta.Ketika dia terpandang keretanya,dia terus menolak troli menuju ke tempat letak kereta. Langkah kakinya dicepatkan supaya cepat sampai ke situ.Riak di wajahnya risau akan Fika.

Setelah Arina sampai di tempat letak kereta,dia langsung tidak ternampak kelibat Fika di situ.Arina mula memandang di sekeliling tempat letak kereta.Tiba-tiba dia terpandang susuk tubuh yang sangat dikenali sedang membelakanginya.

“Tu Fika,dia dengan siapa tu?” Arina mengerutkan dahinya.


Arina menyeberang jalan dan menuju ke arah gerai goreng pisang. Dia nampak Fika berbual mesra dengan seorang lelaki tua. Troli yang penuh tadi tinggalkan begitu sahaja di tepi kereta.


“Pakcik berapa semuanya?”.Fika bertanya sambil melemparkan senyuman mesra.


“Semuanya RM 6.00 nak”. Kata penjual pisang goreng.


“Nah. Baki selebihnya pak cik simpan lah ya”. Fika menyuruh pakcik yang menjual pisang goreng supaya tidak mengembalikan duit bakinya. Dia ikhlas memberinya.

“Eehh..tak boleh macam tu nak. Duit anak ini ada berbaki 4 ringgit ini.”

“Takpe pak cik saya ikhlas bagi duit baki tu dekat pakcik. Kalau pakcik tak nak duit tu pakcik bagi je kat anak pakcik yang nak beli Donut kat dalam Tesco itu.”

“Terima kasih nak. Semoga tuhan melindungi dan murah rezeki anak kelak”. Ujar pakcik penjual pisang goreng kepada Fika.

“Sama-sama pakcik,kalau macam itu saya minta diri dulu la. Nanti kawan saya tunggu pulak kat tempat letak kereta.”

Fika berlalu sambil tersenyum kepada penjual pisang goreng dan anaknya. Semasa dia hendak menoleh ke belakang dia terjerit kecil.

“Oh mak kau meletup! Kau ni Rina kalau nak berhenti tu cuba bagi bunyi sikit. Taklah kau buat aku terkejut. Nasib baik pisang goreng aku tak terjatuh ke tanah.  Kalau tak alamatnya kempunan  cacing-cacing dalam perut  aku nak makan.”

Sambil ketawa Fika menarik tangan Arina mengikut langkahnya menuju kereta. Arina yang melihat perubahan Fika terasa seolah-olah senyuman dan ketawa Fika hanya bagi menutup perasaan sedihnya. Berpura-pura ceria, ketawa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

 Dia sangat memahami sikap Fika yang satu ini. Arina hanya memandang Fika yang lincah memasukan semua barang yang mereka beli ke boot keretanya.

Ketika mereka berada di dalam kereta, suasana didalam kereta sunyi sepi. Mereka hanya di temani DJ radio  yang bising berceloteh sambil memutarkan lagu-lagu permintaan dari para pendengar. Arina memalingkan wajahnya sepintas lalu ke  arah wajah Fika yang sedang memandu.

Dia melihat wajah Fika kelihatan sangat tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Timbul persoalan di hatinya. Apa Fika tidak ada perasaan marah atau dendam kepada Ezery? Di mana Fika mendapat ketenangan itu? Tetapi sejak dia mengenali Fika,dia memang tidak pernah melihat Fika  marah atau menangis. 

“Dimana Fika mendapatkan ketenangan dan kesabaran selepas apa yang berlaku didalam Tesco tadi.” Arina menyoal dirinya sendiri. Pendek kata semua persoalan yang timbul di minda dijawab oleh dirinya sendiri.

Arina mula gelisah melihat semakin lama dia terasa kereta yang dipandu oleh Fika semakin laju.Dia dapat merasa denyutan jantungnya semakin laju. Dia memandang sekilas kepada Fika. Dia nampak betapa seriusnya wajah Fika ketika ini.

Kini apa yang dia takuti telah terjadi. Satu perangai Fika apabila dia dalam keadaan marah,dia akan membawa kereta dengan laju. Tetapi yang cukup mengerikan cara pemanduan Fika yang suka memotong jika kereta dihadapannya lambat atau lampu isyarat sedang kuning, dia akan menekan minyak untuk melajukan kereta sebelum lampu bertukar merah.

“Kurus  semangat aku kalau macam ini,” Gumam Arina.

Arina hanya mampu berdoa di dalam hati. Minta-minta mereka selamat sampai di rumah mereka di Taman Cahaya.

Tidak sampai setengah jam mereka telah tiba di hadapan rumah mereka. Padahal jarak Tesco dari rumah mereka boleh tahan jauhnya.

“Tengok aku dah cakap. Fika ini kalau bawak kereta laju-laju memang confirm  sampai cepat ke rumah,” hati Arina berkata-kata.



*************

Sampai saja di rumah, Fika terus keluar dari kereta menuju ke boot belakang dan mengambil semua barang, tanpa menghiraukan Arina yang berada di sebelahnya. Fika terus mengangkat semua barang yang di belinya tadi ke ruangan dapur.

 Arina mengekori Fika dari belakang dan menuju ke dapur, tapi belum sempat dia menuju ke dapur langkah kakinya terhenti apabila tendengar deringan telefon rumah berdering ketika itu. Dengan langkah malasnya Arina menuju ke sudut meja kecil yang di khaskannya untuk telefon rumah.

Helo..siapa di talian?” Lagak dah macam opereter pulak.

“Assalammualaikum…..Rina! Ini mama” ujar Puan Sri Qasidah Qaseh pada anaknya.

“Waalaikummussalam mama” ada apa mama telefon ni?”

“Rina, mana Fika?. Mama telefon dia tak dapat-dapat, kamu pun sama macam Fika. Mama telefon kamu tak berangkat, telefon Fika pula tak berjawab. Apa nak jadi dengan kamu berdua ni” marah Puan Sri Qasidah Qaseh pada anaknya.

Huurmm…..maaf mama, Rina punya handphone tertinggal tadi. Fiii….kaaa pulak handphone dia terjatuh dan pecah, alamatnya kena beli barulah untuk dia mama...” Arina cuba bergurau dengan mamanya.

“Pecah! Macam mana boleh pecah?” , tanya Puan.Sri Qasidah Qaseh.

“Jatuhlah mama, tak sengaja masa Fika langgar orang kot” ujar Arina selamba.

“Langgar orang? Habis orang yang Fika langgar tu cedera tak? Dekat mana? Kamu dengan Fika ada cedera tak? Nak mama pergi sana bawak kamu ke hospital?” Tanya Pn.Sri Qasidah Qaseh risau.

“Mama ni, tanya lah satu-satu. Ni tak , macam peluru je mama tanya soalan dekat Rina. Rina pun dah pening nak jawab yang mana satu soalan mama ”

“Bukan langgar pakai keretalah mama. Fika terlanggar orang tadi masa bercakap dengan mama. Itu  yang terputus talian, sebab Handphone dia terjatuh. Fika terlanggar orang tu dengan troli je mama dekat TESCO tadi. Orang tu tak apa-apa.” terang Arina pada mamanya.

“Okeylah mama, Rina nak tolong Fika kat dapur. Rina dan Fika baru balik dari Tesco ni mama. Kami nak masak, untuk makan malam kejap lagi. Mama janganlah risau, kami berdua  berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Hujung minggu ni kami balik rumah ye mama.” ujar Rina kepada mamanya.

“Hurmm…lega hati mama bila dengar suara kamu dan penjelasan kamu tadi. Nanti kalau nak datang sini, telefon mama dulu tau. Boleh mama  suruh Mak Jah tolong mama masak makanan kegemaran kamu berdua.” kata Puan.Sri Qasidah Qaseh.

“Baik Madam berita faham, roger and out “, ujar Arina pada mamanya.

“Ada pulak roger and out . Hmmm….Assalammualaikum.”, ujar Puan Sri Qasidah Qaseh. Rina yang mendengarnya tersengih sambil menepuk dahinya sendiri.

“Waalaikummussalam mama, Rina sa.....yang......mama.” Ujar Rina mengakhiri perbualan dengan mamanya.

Arina melangkah ke dapur dan dia melihat Fika sedang membasuh sayur. Semua barang yang mereka beli tadi telah di masukan oleh Fika ke dalam peti sejuk. Arina mengeluh melihat perubahan Fika Najwa, jika ada masalah pasti gadis itu akan mendiamkan diri daripada meluahkan kepadanya. Arina terus memerhatikan Fika. Memang tidak dapat dinafikan kecekapan Fika di dapur. Baru sebentar tadi dia melihat Fika sedang membasuh sayur dan sekarang Fika sedang memerap  ayam  yang baru saja diperap dengan rempah.

“Tengok punyalah cepat dia buat kerja, walaupun hati dia sakit tapi masih boleh masak lagi,  kalau aku mahu sehari suntuk nak cari mood ceria” omel Arina antara dengar dan tidak. Arina masih terpaku di pintu dapur sambil memerhatikan segala tingkah laku  Fika Najwa tanpa gadis itu sedari.

‘Fika..aku kagum dengan kau, kalau aku mahu aku tak masak kalau hati aku tengah sakit or aku tengah sedih. Tapi kau sebaliknya, kau tetap masak walaupun hati kau tengah sakit. Aku kagum dan bangga dengan kau’ kata Arina dalam hati.




Bersambung :D.....

2 comments: