COVER ‘BIS’ YANG AKAN BERADA DI
PASARAN.
BAB 10 GAY ITU SUAMI AKU?
Pada cuti
hujung minggu, Dania pulang ke Villa Qaseh seperti biasa. Pantas masa berlalu,
pejam celik sudah masuk semester ke lima Dania belajar di Universiti Malaya.
Sunyi sepi melatari suasana di villa. Babah dan Khaliff ke pejabat, manakala
ummi menghadiri mesyuarat persatuannya. Setelah membersihkan diri, Dania keluar
dari bilik. Mak munah tentu sedang memasak.
“Excuse me...”suara garau seorang lelaki menyapa telinga Dania.
Dania berpaling pada lelaki itu. Terkesima Dania dibuatnya apabila melihat anak
sulung ummi, iaitu Afiff kini berada di depan matanya. Bila Afiff pulang dari oversea? Belum pernah lagi Dania
berjumpa dengan Afiff sepanjang dua tahun berada di sini kerana setiap kali
Afiff pulang bercuti, Dania berada di kampus. Kalau hari raya pula Afiff tidak
pernah pulang kerana jadual belajarnya padat. Serta merta jantung Dania
berdebar, semakin lama semakin kencang apabila langkah lelaki itu kian
menghampirinya. Renungan tajam Afiff membuatkan Dania terpesona. Lelaki ini lebih
kacak jika dibandingkan dalam gambar.
“Hmm, new
maid? So young, boleh buatkan aku
milo ais? Kurang manis, pastikan pekat dan lepas kau letakkan ais, make sure taburkan sedikit milo di
atasnya. Kalau tak jadi, bersiap sedialah nak mandi air milo tu nanti. Faham?”
Mendatar nada suara lelaki ini.
“Err, baik tuan.” Dania akur.
“Hmm.” Lelaki itu berlalu.
Serius, langsung tak senyum. Dania mengangkat bahu. Ada ke patut dia kata aku
orang gaji? Arghh, biarlah.... Dania segera menghayun langkah ke dapur lalu menegur
Mak Munah.
“Hai mak munah, masak apa tu?”
Soal Dania. Mak munah tersenyum mesra. “Tengah masak sup tulang ni. Nia nak
buat apa tu?”Soal Mak Munah tatkala melihat Dania mencapai gelas.
“Bancuh milo...” “Oh, sejak bila suka minum
milo ni? Bukannya Nia suka teh ke?”tanya Mak Munah. Dania tersenyum membalas.
“Bukan untuk Nia, untuk abang
Afiff.” Ujar Dania sambil mengacau milo agar larut dalam air.
“Lah yea ke? Apasal dia suruh
Nia pula? Selalunya dia suruh Mak Munah. Mari Mak Munah bancuh, dia tu pelik
sikit. Cerewet, nanti tak fasal-fasal Nia kena marah. Biar Mak Munah buat, Nia
pergilah berehat. Nia kan baru sampai, Mak Munah pun dah siap masak ni.” Kata
Mak Munah.
“Takpa Mak Munah, dah siap pun.
Tapi, Mak Munah tolong hantarkan ya? Nia tahu apa yang dia nak, dia dah pesan
kat Nia tadi. ” Terang Dania yang memahami maksud Mak Munah itu.
“Err, Mak Munah, bila abang Afiff balik?”Soal
Dania.
“ Hari rabu. Tapi balik terus
kot, dah habis belajar Puan Maimun kata.” Terang Mak Munah. Dania mengangguk,
faham. Terbayang wajah tampan lelaki itu di ruang mata. Debaran jantungnya
tidak menentu. Hatinya rasa gembira, akhirnya dia dapat bertemu dengan Afiff
dan mengenali Afiff.
Afiff membaca majalah maskulin
yang baru dibelinya semalam. Terkesima dia melihat susuk tubuh lelaki yang
menjadi muka depan majalah. Hmm, macho dan kacak! Tapi, lebih kacak lagi
Rayyan.
Kerinduan pada Rayyan mula mengigit tangkai hati biarpun baru semalam
mereka menghabiskan masa bersama. Afiff segera menghubungi Rayyan. “Hai...my love. Buat apa tu?”Soal Afiff,
romantik.
“Hai dear, I baru je lepas lunch.You kat mana ni, dear?”Soal Rayyan.
“Villa ni, you berehat puas-puas sebab malam ni, I akan cari you....” usik
Afiff, ketawa nakal.
“Eee, you ni gatalnya. I miss
you, dear. Last night you're so hot! Tonight, make sure you give me more than
that,” Ujar Rayyan lagi.
“Of course my dear. Mandi wangi-wangi tau, I will see you tonight. Bye, love you!” Ucap Afiff.
“Love you to, more than
you...Muah!” Afiff ketawa mendengarnya sebelum memberi ciuman untuk kekasih
hatinya itu melalui telefon. Kedengaran pintu Afiff diketuk, terus sahaja Afiff
menyuruh pembantu rumahnya masuk. Muncul Mak Munah di muka pintu sambil membawa
segelas air. Berkerut dahi Afiff melihatnya.
“Mana budak perempuan tu?
Pemalas ya? Curi tulang, saya suruh dia yang bancuh. Kenapa dia suruh Mak Munah
pula?” Marah Afiff dalam nada terkawal.
“Err, budak mana? Dania?” Soal
Mak Munah. Afiff tersentak. Dania? Nama ini macam pernah didengarinya.
“Maksud saya orang gaji baru
ummi...”
“Oh, saya seorang je orang gaji
dalam rumah ni. Yang En. Afiff maksudkan tu, Cik Dania. Cik Dania kan anak
angkat En. Johari...” Terang Mak Munah.
Barulah Afiff mengerti
rupa-rupanya perempuan tadi adalah anak angkat ummi, Dania yang selalu
diceritakan oleh ummi setiap kali Afiff menghubunginya. Hurmmm, ummi bukan main
lagi bercerita yang Dania itu cantik, ayu, sopan santun, pandai
memasak..bla…bla…bla….tapi, uhhhh! Afiff
berasa jelek pada gadis itu.
Dania
menonton siaran ulangan Maharaja Lawak Mega. Bosan kerana tiada aktiviti yang
menarik yang boleh dilakukan. Kalau Khaliff berada di sini, bolehlah mereka
berborak-borak sambil bertukar cerita.
“Oh, jadi kau lah anak pungut yang ummi
cakapkan tu?” Berdesing telinga Dania mendengarnya.
Lalu dia menoleh, Afiff sedang
merenungnya dengan sinis. Apa halnya mamat ni? Tidak menyangka wajah tampan
yang dikagumi itu boleh mengeluarkan kata-kata yang biadap ini.
“Hmm, ya. Saya Dania. Memang
ummi pungut saya kat tepi jalan. Nama jalan tu tak ingatlah pula. Awak ‘google’
je cari ek?” Balas Dania selamba.
Tak guna berbudi bahasa dengan manusia kurang
ajar macam ni, ingat dia belajar tinggi-tinggi, dia boleh menghina orang lain.
“Seronoklah yea, dari merempat
boleh hidup mewah macam ni. Mesti sekarang ni, kau dah tak sedar diri, lupa
asal usul!” Perli lelaki itu, sinis.
Dania mengambil peluang ini
merenung Afiff. Namun pelik melihat subang yang di pakai di telinga kanan
lelaki itu. Apa jenis fesyenlah dia ni? Afiff juga memakai singlet dan seluar
pendek paras lutut.
“Kalau tak sedar diri, saya tak
duduk sini lah. Tu kat hospital, dalam wad ICU! Hurmm, betul cakap awak tu, saya
memang seronok sangat dapat tinggal di sini. Mewah, selesa, dapat banyak duit.
Malam-malam, saya tidur atas duit tau?” Bersahaja nada suara Dania.
Afiff yg mendengarnya bertambah
berang. “Hei, kau jangan ingat bila kau dah diterima dalam keluarga ni, kau
akan dapat apa yang kau mahu? Apa niat sebenar kau? Nak kikis harta ummi dan
babah aku? Nak goda adik aku?” Tuduh lelaki itu lagi.
Afiff benar-benar sakit hati
kerana perempuan ini begitu besar pengaruhnya pada ummi, babah dan Khaliff.
Mereka semua begitu menyayangi dan memuji gadis ini. Entah apa istimewanya,
semua begitu jelek di mata Afiff. Dania menepuk tangannya sambil ketawa.
“Wah, hebatnya kau! Kenapalah
kau ni bijak sangat? Orang lain tak tau pun, tapi kau boleh tahu?
Wah..wah..wah… Kau tahu niat sebenar aku rupa-rupanya? Hurmm, tengok muka kan,
macam bodoh je, tapi pandai rupanya. Alah, kau relakslah, kau tak perlu
bimbang, kau tak masuk pun dalam senarai mangsa aku.” Balas Dania bersahaja.
Afiff terkedu mendengarnya.
Celuparnya mulut perempuan ini. Kurang ajar! “Hei perempuan! Kau belum kenal
lagi siapa aku, jangan nak main-main dengan aku!” Ugut Afiff pula. Dania ketawa
lucu.
“Siapa kata aku tak kenal? Muhammad Afiff. Tu
nama kau kan? Perangai kau pula, seorang yang perasan bagus, poyo, kononnya hensem, tapi mulut macam peluru M16!
Sesuka hati je, nak cakap apa,” Dania gelak, membuatkan hati Afiff bertambah
sakit.
“Kau!” Jari telunjuk Afiff
menghala ke muka Dania.
Geram betul hatinya, rasanya
mahu mencekik leher perempuan ini. Berani betul dia melawan dan mencabar.
“Apa? Aku apa?” Tanya Dania,
berani.
Afiff mengigit bibirnya, geram.
“Kau dengar sini, aku tak akan sesekali membiarkan impian kau akan tercapai.
Aku akan pastikan kau akan ditendang keluar dari rumah ni! Kau tak layak
tinggal di sini,” tengking Afiff. Dania ketawa mendengarnya.
Seronok betul dia dituduh seperti itu. Lalu
dia bangun dan berdepan dengan Afiff. Bergerak menghampiri Afiff dan merenung
mata lelaki itu. Perlahan berbisik ke telinga Afiff.
“Ada tak orang cakap yang kau
nampak hensem sangat bila marah?” Dania berlalu meninggalkan Afiff yang
terkebil-kebil mendengarnya.
BAB 11 GAY ITU SUAMI AKU?
Suasana makan
malam begitu membahagiakan Johari dan Maimun kerana ahli keluarga mereka
kembali berkumpul setelah sekian lama. Afiff sesekali menjeling tajam ke arah
Dania yang begitu mesra dengan keluarganya itu. ‘Perasanlah tu kononnya dah
diangkat menjadi ahli keluarga aku! Eee, macam cantik sangat dok usha aku.
Sorry, aku tak berminat dengan perempuan, kau takcle je lah adik aku yang low
taste tu!’Kutuk Afiff dalam hati dengan geli gelemannya.
“Wah sedapnya Nia masak,
masakan terbaru ya? Babah suka gulai daging umbut pisang ni. Tak sangka
enaknya, kan ummi?” Puji Johari yang begitu mengemari masakan Dania. Sentuhan
air tangan Dania benar-benar memikat hati.
Khaliff tersenyum senang kerana
dia turut menyukainya.
“Iyalah babahnya. Ummi
mula-mula dengar memang pelik, tapi bila dah rasa hmmm, memang sedap!” Puji
Maimun pula.
“Sebenarnya gulai umbut pisang
ni masakan popular di utara. Nia pun baru je rasa masakan ni masa Nia pergi
kenduri rumah kawan kat Penang minggu lepas.”Terang Dania.
“Mana Nia cari umbut batang
pisang ni?”Celah Khaliff pula.
“Ada pokok pisang terbalik
seberang jalan sana, Nia pun pergi bawa parang, operate batang pisang tu. ”
Terang Dania.
“Lah, kenapa tak cakap kat
abang? Nia pergi sorang-sorang kat situ? Bahaya Nia banyak ular kat situ,” balas
Khaliff, risau.
“Nia tawakal je abang. Teringin sangat nak
makan. Tapi, legalah Nia tak terserempak dengan ular tadi,” jawab Dania.
Menyampah Maimun melihat
Khaliff yang suka menggatal dan melebih-lebih dengan Dania itu. ‘Mak dengan
anak, memang serupa je perangai. Kalau muka tu hensem, tak apalah juga. Ni macam muka orang pecah rumah! Ada hati
nakkan perempuan cantik!’ kutuk Maimun sehingga mencebik-cebik mulutnya.
Afiff ralit melihat Khaliff
yang begitu berselera makan gulai umbut pisang itu. Sedap sangat ke? Tiba-tiba
teringin pula untuk merasanya apabila ramai yang memuji. Dari tadi Dania
mencuri pandang pada Afiff. Seraut wajah yang tidak jemu dipandang. Memang dia
sudah terpaut hati, tapi tidak mungkin lelaki sekacak Afiff mahukan dia. Asyik
menjeling tajam saja setiap kali mereka bertembung.
Aduhai, silap dia juga tiba-tiba jatuh cinta
pada lelaki yang salah. Afiff perlahan-lahan merasa hidangan yang pelik ini.
Hmm, sedapnya! Bertambah berselera Afiff makan hingga menambah nasi lagi..
“Hmm, Khaliff. Bila nak kosongkan office?
Afiff dah balik kan? Sepatutnya Khaliff cuma jadi project manager je, bukannya CEO
kan?” Pinta Maimun membuatkan Afiff, Johari dan Khaliff terkedu seketika.
“Maimun, babah tak suka Maimun
memandai-mandai macam ni. Susah payah Khaliff bangunkan syarikat kita yang
nyawa-nyawa ikan dulu, sekarang ni senang-senang awak nak masuk campur urusan
syarikat. Afiff baru balik, pengalaman pun belum ada lagi, sepatutnya dia
bermula dulu dari bawah, tengok dulu macam mana kredibiliti dia memikul tugas,
barulah kita boleh pastikan Afiff mampu ataupun tidak untuk kendalikan
syarikat.” Leter Johari yang tidak berpuas hati dengan cadangan isterinya itu.
Maimun lantas mencelah. “Kenapa pula? Sebagai
anak sulung, Afiff lebih berhak. Lagipun, Khaliff tu cuma ada degree je, itu pun dalam negara. Afiff
ni, ada master oversea lagi! Itu dah
cukup membuktikan kemampuan Afiff.” Celah Maimun yang tidak berpuas hati.
“ Mun, pengalaman dan kelayakan
adalah dua hal yang sangat berbeza. Afiff harus banyak belajar lagi selok belok
syarikat. Setakat ini, abang sangat berpuas hati dengan prestasi yang Khaliff
tunjukkan. Kilang makanan segera Khaliff pun, abang tengok semakin maju dan
berdaya saing. Kredibilitinya tak perlu Mun sangkal lagi.” Sanggah Johari
lagi.Afiff mencelah.
“That's true ummi.Afiff pun belum bersedia lagi nak duduk di kerusi
CEO tu. Banyak
tanggungjawabnya...”terang Afiff yang tidak berminat untuk memegang
tanggungjawab yang besar dalam syarikat.
Banyak komitment yang harus diberikan nanti. Khaliff hanya menjadi
pendengar yang setia tanpa ada niat untuk menyampuk.
“Sudahlah cakap soal kerja ni,
sekarang ni babah nak cakap pula soal masa depan anak-anak babah ni. Afiff dah
32 tahun, Khaliff pun dah 27 tahun. Sepatutnya dalam usia macam ni, korang
berdua ni dah berkahwin, beranak pinak. Nia takpalah, masih muda lagi. Belajar
pun belum habis lagi. Hah, kamu berdua, bila lagi ni? Kalau tak ada calon, biar
babah carikan!”Soal Johari yang pertama kali mengajukan soalan ini kepada anak
bujangnya.
Khaliff dan Afiff mula menunjuk
muka bosan.
“Khaliff tunggu Nia dulu, baru
Khaliff kahwin!”Jawab Khaliff bersahaja. Terjegil mata Dania dibuatnya.
“Hishh, abang Khaliff ni nak tunggu Nia alamak
jadi bujang terlajak lah. Nia baru tahun kedua, lepas tu bila Nia keluar Nia
nak kerja. Nia belum fikir lagi soal lelaki ni babah. Babah, jangan dengar
cakap abang Khaliff tu, calon dah ada tapi nak simpan sampai berkulat!”Usik
Dania lalu sengih pada Khaliff yang menjegilkan mata padanya.
Khaliff menggigit bibir tanda
geram pada Dania.
“Abang Khaliff ni, babah tak kisahlah sangat,
yang babah kisahkan ni abang Afiff kau ni. Dari dulu sampai sekarang tak pernah
ada kawan perempuan, asyik-asyik lelaki yang diusungnya. Tak fasal-fasal orang
kata kamu tu tak normal pula. Bila nak kahwin ni Afiff, usia kamu tu dah nak
masuk 32 tahun.”Tanya Johari membuatkan Afiff mula menayang muka bosan.
Dia merengus perlahan. “Betul
cakap babah tu Afiff, Ummi pun teringin nak tengok Afiff kahwin. Teringin ummi
nak menimang cucu. Bila lagi Afiff?” Soal Maimun yang sudah membayangkan
cucu-cucunya yang pastinya comel seperti Afiff semasa kecil dahulu.
Dalam usia sebegini, impian
ingin bermain dengan cucu sendiri sering mengasak fikiran.
“Babah, ummi, please Afiff tak berminat nak kahwin
lah. I'm still young okey! Baru 32
tahun. Enjoy pun belum puas lagi.
Lain kalilah kita cakap soal ni. Afiff nak keluar sekejap, jumpa kawan. Bye ummi, babah, Khaliff!” Afiff terus
bangun dan berlalu.
“Tengok, bila cakap je fasal
kahwin mulalah tarik muka. Dua beradik ni, sama je.....” bebel Johari dengan
geram.
Khaliff tersenyum pada babahnya. “Babah,
Khaliff belum ada calon lagi. Khaliff pun tak nak langkah bendul. Biarlah abang
Afiff kahwin dulu..” celah Khaliff yang sempat mengenyitkan mata pada Dania.
Maimun menjeling tajam pada
Dania dan Khaliff yang sedang berpandangan itu. Dasar keturunan perampas.
Gatalnya sama macam emaknya.
“Hmm…..Tak payah memilih
sangatlah Khaliff. Kau tu rupa pun tak seberapa. Kalau dah orang berkenan tu,
terima jelah. Oh ya, Dania ni ummi rasa lebih sesuai kalau dijodohkan dengan
abang Afiff…iya kan babah? ” Terkedu semua mendengarnya.
Johari menggelengkan kepalanya.
Kesal dengan keceluparan isterinya. Pantas menukar tajuk perbualan yang lain.
Khaliff tersenyum tawar. Dia
sudah lali mendengar hinaan dari mulut ummi.
DAPATKAN SAMBUNGAN 'BUKAN ISTERI SIMPANAN'..... ;)
No comments:
Post a Comment