Followers

Wednesday 12 December 2012

MR OREO PART 6




 Azzah sayang. Maaf andai warkah ini menggangumu sayang.Abang ingin memohon maaf atas segala silap abang selama kita bersama.Abang harap Azzah dapat menjadi seorang isteri yang baik dan solehah serta ibu yang terbaik untuk bakal-bakal anak Azzah nanti. Abang yakin Azzah boleh menjadi seorang ibu yang penyayang dan sabar melayan kerenah anak-anak yang bakal lahir kelak. Tiada apa yang dapat abang berikan melaian sehelai selendang khas buat Azzah kalau boleh abang nak Azzah pakai semasa Azzah akad nikah nanti dan senaskah buku untuk rujukan Azzah kelak. Khas untuk mu sayang. Abang hadiahkan sebab lepas ini abang dah tak dapat nak bagi ceramah atau membebel kat Azzah lagi. Semoga buku ini dapat menjadi pedoman untuk Azzah menempuh hidup berumahtangga nanti. Selamat Pengantin Baru dan selamat berbahagia. Dari abang yang pernah mencintai dan menyayangi Azzah. 

Sekian dari Hafiz Hakimi Bin Dato Muiz Zulkarnain.


Azzah mula membelek buku yang dikirim oleh Hafiz. Azzah tertarik dengan tajuk ‘CIRI-CIRI ISTERI MITHALI’ bersama huraiannya.

*Reda dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh ALLAH

*Menjadi isteri yang setia kepada suami dikala susah dan senang

*Selalu memohon maaf kepada suami

*Sentiasa mendahulukan suami dalam segala hal

*Sentiasa ceria apabila dipandang suami

*Taat akan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat

*Sentiasa menghiburkan suami dalam dia kesusahan

*Sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraanya

*Sentiasa hormat kepada suami

*Tidak pernah menunjukkan wajah muram dan kasar terhadap suami

*Selalu nampak cantik dan berhias untuk suami

*Tidak khianat terhadap suami

*Menyambut kepulangan suami dengan senyuman dan mencium tangannya

*Tidak keluar rumah tanpa izin suami.

Azzah tidak dapat menahan air matanya jatuh mengalir di pipinya setelah dia habis membaca . Pilu hatinya selepas membaca huraian-huraian yang diberikan untuk menjadi seorang isteri yang taat dan solehah disisi suaminya dapatkah aku menjadi isteri solehah untuk bakal suamiku? Dapatkah bakal suamiku membimbing aku seperti mana abang Hafiz yang sentiasa menegur dan memberi nasihat apabila aku khilaf? Sesungguhnya perasaan Azzah makin kacau dan terdera ketika ini airmatanya bagai tidak mahu berhenti. Hanya TUHAN sahaja yang mengetahui betapa terluka dan deritanya dia kini.

Lagi tiga hari Azzah akan menempuh saat bahagia dan akan dinikahkah oleh ayah nya sendiri. Yea dia akan bernikah dengan pilihan abang Mukhlis. YA-ALLAH kau kuat kan la hati ku untuk menerima jodoh yang telah tertulis untuk aku. Berilah aku kekuatan, kuatkan la iman ku. Kau jadikan la aku seorang isteri yang taat buat suami ku dan isteri yang solehah buatnya YA-ALLAH. Doa Azzah ketika bersujud kepada yang maha ESA sambil airmatanya mengalir dengan senang sekarang. Azzah telah menyerahkan segala urusan tentang pernikahannya kepada ahli keluarganya dan Rina. Sedikitpun Azzah tidak mahu ambil tahu apa yang berkaitan dengan persiapan yang sedang berlangsung sepanjang persiapan itu. Azzah lebih senang menyendiri didalam biliknya, telefon bimbitnya yang berdering dibiarkan sepi tanpa dijawab. Azzah terdengar betapa riuhnya rumah yang dibanjiri sanak saudara dan rakan-rakannya yang turut membantu menjayakan majlisnya nanti.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Azzah langsung tidak dapat menyembunyi kesedihannya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan terkuak dari luar. Terpancul wajah Puan. Amera Sakinah disebalik pintu. Senyuman terukir dibibir emaknya. Mak andam sudah siap menyolek anak gadisnya. Azzah kelihatan ayu berkebaya lengkap berselendang berwarna putih bajunya diserikan lagi labuci penuh dibahgian hadapan. Namun wajah Azzah, masih kelihatan sedih dan murung.

“Azzah ....ingat pesan mak tak? Azzah kena jadi isteri yang baik dan taat pada suami, sayangi dan cintai dia sebagaimana suami Azzah menyayangi dan mencintai Azzah” kata-kata emaknya terus menusuk ke hati Azzah. Sedihnya bagai tidak tertahan lagi di hatinya airmatanya ingin mengalir tapi di tahannya. Puan Amera Sakinah memberi isyrat kepada Rina untuk memberi borang surat nikah yang perlu ditandatanggani oleh Azzah. Terketar-ketar Azzah menahan rasa yang berdebar dihatinya. Rina menyerahkan borang itu dan sebatang pen untuk dia tandatanggan. Azzah menyambut huluran kertas itu padanya lalu tanpa dibaca Azza terus menandatanggani surat tersebut.

“Errkk tak nak tengok ke siapa bakal suami kau Azzah?” soal Nadia.

“A’ah la Azzah kau tak teringin ke nak tahu nama bakal suami kau?” sampuk Dhiya. Azzah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu tahu siapa yang akan menjadi suaminya dia reda andai ini jodohnya. Azzah dah tekad untuk memupuk cinta buat suaminya dan melupakan kenangan dia antara abang Hafiz itu tekadnya di hati. Airmatanya menitis lagi.

“Eehh kenapa anak mak sedih ini tengok penat je mak adam solek kan dah rosak make-up tu. Kang tak cantik pulak anak mak ini. Kak Kiah ooo Kak Kiah, tolong betulkan solekan si Azzah ini ahhh. Dah rosak balik!” jerit Puan. Amera Sakinah memanggil mak andam. Setelah di betulkan solekan Azzah Puan. Amera Sakinah memberi isyarat mata sekali lagi kepada Rina agar membawa Azzah keluar dari bilik.

“Azzah, sudah-sudahlah itu nak bersedih. Sekejap lagi Azzah dah nak jadi isteri orang” tegur Rina ketika di memimpin tangan Azzah menuju ke ruang tamu dimana upacara pernikahannya akan diadakan sebentar lagi.

Begitu ramai sanak saudara, sahabat handai duduk berkumpul untuk menyaksikan upacara pernikahannya. Debaran dihati Azzah semakin laju. Dapatkah dia meneruskan perkhawinan ini bagaimana nanti dapatkah dia memupuk cinta baru dihatinya untuk bakal suaminya nanti? ‘YA-ALLAH kau kuatkan hatiku dan imanku semoga aku tidak meragui pernikahan yang akan diadakan sebentar lagi kau tetapkan la hati ku agar tidak goyah’ bisik hati Azzah.

Azzah duduk bersimpuh disatu sudut runag tamu sambil menundukkan wajahnya. Kalau diikutkan hatinya dia tidak mahu menghadapi situasi ini saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh bakal pengantin dia lebih rela duduk berkurung di dalam bilik.



BERSAMBUNG.... :)

2 comments: