Followers

Monday 1 October 2012

CERPEN : BERAKHIRNYA SEBUAH CINTA (full)











  

Kadang-kadang kita perlu hidup berdikari supaya kita belajar sesuatu di dunia. Walaupun dunia ini hanya yang penuh dengan dugaan dan pinjaman buat kita. Aku selalu mengingatkan diri sendiri supaya ,aku tidak alpa dengan segala kesempurnaan yang aku miliki. Aku selalu melihat teman-teman sekelasku yang miskin bertapa susahnya mereka mengumpul duit untuk membeli buku dan membayar yuran sekolah tapi aku… aku still beruntung kerana aku dilahirkan di dalam keluarga yang agak senang. Hanya petik jari semua akan berada di hadapan mata. Syukur alhamdulilah aku tidak pernah lupa diri atas kemewahan yang melimpah padaku.

Tengku Haziq termenung di balkoni biliknya. Di kala ini kebosanan melanda sejak dia tamat SPM sampai sekarang dia asyik memerap di rumah. Jika diberi pilihan antara menghabiskan masa di rumah ataupun luar dia akan memilih duduk di rumah. Dia lebih gemar berada di rumah dari melepak bersama-sama kawan-kawannya yang banyak menghabiskan masa dengan mengunjungi kelab-kelab malam di sekitar Kuala Lumpur. Tiada life la lepak kelab malam lebih baik lepak dekat masjid. Sejuk hati pahala pun dapat. Tak gitu.


Hhhmm….bosannya aku duduk rumah ini, bukan ada sesiapa pun di rumah mummy sibuk dengan persatuan wanitanya manakala daddynya sibuk dengan perniagaannya”


“Aku rasa aku nak cari kerjalah..Biasanya hari-hari macam ini aku mesti study dengan kawan-kawan aku tapi sejak SPM dah berakhir seminggu lebih, kawan-kawan aku pun dah bawak haluan masing-masing ada yang dah kerja ada yang menganggur sampai keputusan SPM keluar.” 


“Aku tak boleh tangguh lagi.Lagi lama aku tangguh lagi lama aku buat keputusan aku mesti tanya pendapat mummy dan daddy yang aku nak bekerja di luar. Aku tak nak bekerja dengan daddy aku nak berdikari berjuang dengan tulang empat keratku hasil titik peluhku. Malam ini aku mesti bersuara menanyakan pendapat mummy dan daddy tentang rancangan aku.” Tengku Haziq bermonolog sendiri.


*****


Selepas makan malam bersama keluarganya, Tengku Haziq menyertai mummy dan daddynya yang berada di halaman rumah mereka untuk menghirup udara malam. Rutin yang selalu di amalkan oleh mummy dan daddynya bila mereka berdua berada di rumah. Aku selalu mengimpikan kehidupan  yang romantik seperti mummy dan daddyku suatu hari nanti. Aku mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke arah mereka.

 
Mummy…Daddy…” Tengku Haziq mengambil tempat dihadapan kedua ibubapanya. Tengku Osman dan Tengku Maria  yang mendengar namanya di panggil terus menoleh ke arah anak lelakinya.Mereka tersenyum.


“Haa..Ziq ini mesti ada pekara yang nak di bincangkan dengan mummy dan daddykan?” Tebak Tengku Maria.


“Ehh...mummy ini macam tahu je Ziq ada pekara nak di bincangkan..”Tengku Haziq. Aku menarik nafas yang panjang sebelum memulakan bicara.


Daddy..Mummy sebenarnya Ziq nak kerjalah tapi bukan dekat syarikat kita. Ziq nak cari pengalaman dekat luar sebelum Ziq meneruskan perniagaan keluarga kita kelak, boleh ke?”


Tengku Osman dan Tengku Maria mata mereka bertentangan buat seketika memikirkan permintaan anak mereka. Mereka cukup masak dengan perangai anak mereka ini.Tengku Haziq lebih senang berdikari dari meminta pertolongan dari mereka tu satu sifat yang berada di dalam diri anak kedua mereka.Tengku Haziq yang melihat Mummy dan Daddynya hanya mendiamkan diri mula gelisah dan tidak senang duduk.  Setelah lama mereka mendiamkan diri, aku terdengar daddyku mula berbicara.

 
“Haziq nak berkerja di mana?”

 
Hhhmm…Haziq nak ikut Daniel ke penang, berkerja di salah sebuah hotel dekat penang sebagai waiter.”

 “Haziq yakin nak bekerja sebagai waiter walaupun Haziq tahu yang Haziq boleh bekerja di syarikat kita dan lebih tinggi gajinya dari seorang waiter?” Tengku Osman menguji anaknya. Aku tertelan air liur bila daddyku sudah bersuara. Kini aku yakin dengan keputusanku aku yakin sebelum aku melangkah ke university aku hendak cari pengalaman.


“Yea..Ziq yakin dengan apa yang Ziq buat. Ziq nak berdikari dan cuba cari duit dari hasil titik peluh Ziq sendiri.” Dengan yakin aku menjawab.

“Kalau itu keputusan Haziq Daddy dan Mummy merestui kamu nak, walaupun berat hati kami nak melepaskan kamu daddy dan mummy tak mungkin akan dapat menghalang kamu pergi.”

“Pergilah tapi ingat jika ada apa-apa masalah jangan pendam sendiri cakap pada kami” Tengku Osman memberitahu anaknya .

“Baik ...bos” tangan di tabik ke dahinya tanda hormat. Gembira akhirnya dia dapat memenuhi hajat dihati.

“Ini bila kamu nak pergi?” soal Tengku Maria.

“Kalau tak ada halangan mungkin hari isnin ini kami bertolak mummy.”

“Nanti dah kerja jangan lupa pulak kamu kena selalu telefon kami dari semasa ke semasa nanti” tegas suara Tengku Maria hatinya berat melepaskan anaknya pergi tapi dia tidak boleh memaksa Tengku Haziq kerana dia tahu perangai anaknya semakin di larang dia tentu akan buat jugak.

“Hhmm…mummy, daddy Ziq masuk dulu. Ziq nak call Daniel tentang ini yang Ziq ikut dia bekerja kat Penang dengan dia.”

“Hmm..Pergilah” serentak tengku Osman Dan Tengku Maria bersuara.

 
Aku mula melangkah masuk, hatiku mula berlagu riang. Restu kedua orang tuaku dah dapat, mahu tak tersenyum sampai ke telinga nampaknya aku ini dah macam orang tak berapa betul lak. Aku segera mencapai telefon bimbitnya lantas mendail nombor telefon Daniel. Lama Haziq mendengar deringan tapi tiada orang yang mengangkat telefon Daniel.

Hhmm...Tak ada orang angaktlah...Mana Daniel ini pergi? Takpe lah aku kirim sms je bagi tahu dia yang aku ikut dia pergi Penang.”

 
 ‘Assalamualaikum Daniel,aku nak bagi tahu kau yang aku jadi ikut kau ke Penang minggu depan. jadi kau dataang ambik aku kat rumah okey!’

 
Butang send di tekan. Hatinya kini tenang setelah meluahkan segala yang terpendam kepada orang tuanya.


*****


“Ingat… jaga diri kat sana nanti, jangan lupa selalu call mummy dan daddy kat sini”
“Solat jangan lupa”

Masih terdengar lagi suara mummynya yang berpesan padanya sebelum dia bertolak ke Penang bersama dengan Daniel. Aku termenung lagi di rumah sewaku dan kawanku, jauh aku merantau nak memerah tulang empat kerat aku ini dan esok aku ada interview kerja di sebuah hotel di Penang. Jika interview tu berjaya aku dan Daniel mungkin jadi waiter kat hotel tu sebelum keputusan SPM aku keluar.

 “Woii…Daniel aku nak bagitahu kau sesuatu sebelum kita pergi interview esok pagi.”

Ahh…katakan”

“Aku nak kau tolong rahsiakaan identiti aku sebagai anak tengku aku nak orang kenal aku Haziq. Kau ingat tu” Tengku Haziq menguatkan suaranya tanda dia serius dengan apa yang di pinta.

“Relax..Bro ini akulah kau tak payah risau mulut aku sentiasa terkunci kalau kau dah cakap macam itu.”

“Maknanya bolehlah aku buli kau nanti errkk” Daniel berseloroh.

Terbeliak mata Tengku haziq mendengar kawannya hendak membulinya.T angannya di angakat terus di kepal penumbuk ke arah Daniel tanda bergurau bersama. Kini ruang tamu bergema dengan gelak ketawa mereka.


*****
                                               
Kini dah dua minggu aku dan Daniel bekerja di hotel ini sebagai waiter. Aku dan Daniel tidak lagi duduk di rumah sewa yang mula-mula aku dan Daniel sewa kerana ia jauh dari tempat kerja kami. Kini kami duduk bersama ketua di tempat kami berkerja, kebetulan ketua kami mencari teman serumahnya yang telah berpindah memulakan hidup baru bersama pasaangannya. Ketuaku seorang bujang terlajak mungkin terlalu memilih je kerja dia nak cantik je pasal tu sampai sekarang tak laku dan jadi bujang lapok. Di tempat kerja perwatakan ketuaku pasti berubah dari sporting dan suka menyakat jadi tegas dan garang mungkin kerana jawatan yang di sandangnya. Dalam aku tengah membuat kerja, aku terdengar ada orang memanggil aku. Lalu  aku menoleh ke belakang. Kelihatan Danial berjalan menghampiri aku. 

“Ziq, ketua panggil kau kat pejabat dia sekarang”

Ehh..Beb kenapa ketua panggil aku? Aku buat salah ke beb?” Soalan bertubi-tubi dari keluar dari mulut Tengku Haziq.

“Entah mana aku tahu, apa kata kau pergi je pejabat ketua kita mungkin bukan pasal kerja kau kot” Danial menyuruh Tengku Haziq pergi menemui ketua mereka. Di dalam hatinya  berdoa agar bukan seperti yang Tengku Haziq bayangkan.

Okeylah. Beb aku ciow dulu,nanti kalau ada berlaku sesuatu aku roger kau balik”
“Thanks Danny.”

Di dalam perjalan ke pejabat ketuanya, Tengku Haziq masih memikirkan kenapa ketuanya mahu berjumpa dengannya. Ketuanya kalau tidak ada kesalahan dari pekerja tak mungkin ketuanya mencari pekerja di hotel melainkan salah laku. Tapi aku ada buat salah ke? Jantung aku pun pun dan tak sekata iramanya, perut aku pun dah mula memulas memikirkan apa yang ketua nak sampaikan pada aku,  jangan di pecatnya aku sudah. Kini aku sudah berada betul-betul di hadapan pintu yang bertulis di pintunya ‘PENGURUS HOTEL’. Nafas panjang di tarik sebelum aku mengetuk pintu bilik.

“Masuk…”

“Selamat tengahari, bos.”

Haa…Haziq duduk ada pekara yang saya nak bagitahu awak ini.” nada tegas dari ketuanya membuat Tengku Haziq semakin gugup.

Eerrr….ada apa bos cari saya? Saya ada buat salah ke bos?”

“Ini aku nak cakap kat lobi hotel ada seorang Dato nak berjumpa kau, kau gugup semacam ini kenapa? Aku tak sempat tanya Dato mana pulak tak sempat aku nak fikir kau fikirlah sendiri, mungkin dia nak jadikan kau menantu dia kot”

Ehhh... Bos ini melawak pulak mana ada orang suka saya yang hanya berkerja sebagai waiter nak jadi menantu Dato, bos. Saya tak layak.”

“Tu aku tak tahu Ziq tapi sejak Dato dan anak perempuannya menginap kat sini aku perhatikan anaknya selalu perhatikan kau dari jauh, macam dia syok kat kau je aku tengok” Ketuanya berseloroh dengannya. Tengok aku dah cakap sekarang dah datang mood sporting dia kalau tak mau muka dia ketat serius je. Sebelum sampai ke sini aku dah fikir yang bukan-bukan tadi punya lah aku melangkah laju tadi, habis basah ketiak aku sebab berjalan kaki menapak ke sini.

“Yang kau tercegat kat sini kenapa? Pergilah kat lobi tu” tengok dah datang aura bos tegas. Terkejut semua urat aku dibuatnya.

“Baik bos saya keluar dulu.”

 Tengku Haziq segera melangkah ke arah lobinya di maksudkan oleh ketuanya tadi. Di situ dia melihat ada sepasang pasangan. Seorang lelakiyang agak berusia dan seorang gadis mungkin dalam 20-an. Mungkin itu orang yang dimaksudkan oleh ketua sebentar tadi. Kelihatan mereka sedang menantinya di sofa yang disediakan oleh pihak hotel tempat dia bekerja. Dengan berhemat dia memberi salam kepada pasangan itu.

“Assalamualaikum Dato…”

“Ada apa Dato cari saya dan apa yang boleh saya bantu?” soal Tengku Haziq.

“Sila duduk dulu ada pekara yang saya nak bincang dengan  encik…” nada suara itu terhenti seketika.

“Haziq. Panggil saya Haziq.”

Okey...Encik Haziq”

“Saya Dato Kamaruddin.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

“Apa yang Dato mahu bincang dengan saya?” ujar Tengku Haziq.

“Bukan apa saya cuma tetarik pada Haziq. Lagipun sekarang ini syarikat yang saya usahakan sedang mencari muka-muka baru untuk dijadikan model. Saya boleh bayar Haziq dengan gaji yang lumayan. Angka yang syarikat saya tawarkan boleh mencecah RM 10K, itu pun kalau Haziq setuju boleh buat appoiment terlebih dahulu. Syarikat saya beroperasi di Kuala Lumpur” terang Dato Kamaruddin.

“Ini kad nama saya” Dato Kamaruddin, menghulurkan kad pada Tengku Haziq.
“Terima kasih atas tawaran Dato pada saya. kalau boleh Dato tolong bagi saya masa untuk memikirkan tawaran Dato ini, insyallah saya akan mempertimbangkannya.” Jawab Tengku Haziq.

Take your time Haziq saya sentiasa menati jawapan positif dari anda”


Dalam leka dia sedang berbual-bual dengan Dato Kamaruddin.Tengku Haziq perasan renung dari puteri Dato Kamaruddin yang dari tadi duk merenung dirinya. Dalam diam dirinya memuji kecantikan puteri Dato Kamaruddin.Pandai bergaya dan penuh karisma sebagai usahawan wanita yang berjaya kelak, mungkin dia akan mengikut jejak langkah Dato Kamaruddin kelak. Tapi entah kenapa hati Tengku Haziq tidak tenang dengan renungan anak perempuan Dato Kamaruddin.

Hhhisshh…minah ini buat jantung aku macam nak keluar je tengok renungan mengoda dari dia ini. Nasib baik aku kuat iman lagi kalau tak mau tangkap lentok aku dengan renungan dia. duk usya-usya aku dari tadi, macam ada hati je dengan aku minah ini. Kalau syok pergi kat rumah mummy dan daddy pi pinang aku’ Tengku Haziq berseloroh sendiri.

Dato Kamaruddin perasan anak perempuannya dari tadi duduk merenung pemuda yang sedang berborak dengannya. Hati tuanya kuat menyatakan anaknya jatuh cinta lagi setelah gagal bercinta dengan tunangnya dua tahun lepas. Jodoh mereka tidak kesampaian tunang anaknya yang bakal menantunya kemalangan dan mati di tempat kejadian. Mungkin hati anaknya mula terbuka untuk bercinta lagi.


*****

Pejam celik sudah masuk 6 bulan Tengku Haziq dan teman rapatnya Daniel  bekerja di hotel di penang. Kini dia dan Daniel berdebar menanti keputusan SPM yang sudah lama mereka nantikan. Lusa keputusan SPM akan keluar maka akan tamatlah kontrak dia dan hotel di mana dia bekerja. Sebelum, lusa dia akan kembali ke Kuala Lumpur. Tentu kos pembelajaran aku nanti mahal macam mana aku nak bayar yuran pengajiannya. Kalau boleh dia langsung tidak mahu mengunakan duit keluarganya untuk membayar segala kos pembelajarannya. Dia sudah punya perancangan tentang masa depannya sendiri. Dia sudah merancaang untuk bekerja sambil belajar. Tawaran dari Dato Kamaruddin 6 bulan lepas masih menanti jawapan darinya. Tengku Haziq mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Dato Kamaruddin.

Assalamualaikum… Boleh saya bercakap dengan Dato kamaruddin?”

“Waalaikumusalam… kalau tak keberatan siapa di talian?” 

“Nama saya Haziq..Saya telah di tawarankan Dato Kamaruddin sebagai model sambilan di syarikat beliau. Boleh saya bercaakap dengan Dato” terang  Tengku Haziq pada pemanggil yang berada di talian.

“Encik Haziq sila tunggu sebentar di talian nanti saya sambungkan Encik Haziq pada Dato Kamaruddin.”

“Baiklah….”

Alhamdulilah keputusan SPMnya dapat straight ‘A’. Dia mendapat banyak tawaran di dalam Negara mahupun di luar negera. Semua tawaran dari intitusi pengajian banyak menawarkan dia pekerjaan Doktor tapi dia tidak berminat untuk menjadi Doktor minatnya lebih cenderung pada seni bina lalu dia mengambil kos kesukaannya iaitu arkitek. Setelah di timba-tara dia tidak sanggup berpisah dengan mummy dan daddynya maka dia memilih university utara Malaysia sebagai tempat dia menimba ilmu sebelum menjadi seorang arkitek yang berjaya kelak. Dia jugak boleh berkerja sambil belajar, tawaran dari Dato Kamaruddin telah di terimanya. Kini semua masalah tentang kewangan tidak lagi menjadi masalah padanya.


*****

Suasana di kampus banyak mengajar Tengku Haziq tentang kehidupan. Sejak dia bergelar model separuh masa dan seorang pelajar banyak ragam yang dialaminya sendiri. Macam –macam yang menimpa Tengku Haziq masih segar di ingatannya setiap apa yang berlaku di UUM masa dia masih pelajar junior. Dia tipu oleh rakan sekuliahnya, di fitnah tapi dia mengambil semua yg berlaku sebagai pengajaran dalam hidup yang akan datang. Cuma satu di ingatannya tidak boleh dilupuskan dibelasaah beramai-ramai hanya disebabkan seorang perempuan yang hendak berkenalan dengannya sampai dia di masukakan ke hospital tanpa pengetahuan mummy dan daddynya nasib baik teman sebiliknya, Rafiq membantu. Semua yang berlaku hanya di pandang cool oleh Tengku Haziq dia yakin pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpanya. Sedang asyik memikirkan apa yang dia lalui di kampus datang teman rapatnya menyergah.

“Woiii!” Haziq tersentak dengan segahan itu.

Assalamualaikum ….”  Sindirnya.

Eeerr... Waalaikumuslam temanku yang ku sayang…” ujar Rafiq yang mengaru kepalanya yang tidak gatal menutup malu barangkali.

“Kau ini memang tak pernah nak berubah,tak habis lagi perangai kau suka sergah-sergah orang ini.” Marah Tengku Haziq sambil mengelengkan kepalanya.

Bro …kau janganlah marah aku. Maaf lain kali aku tak buat lagi.”

“Banyaklah kau maaf. Maaf tak ada makna kau minta maaf tapi kau ulangi perangai tak berapa betul kau tu.”

Okey..Kali ini aku janji dengan kau. Tengok kalau kau membebel aku lupa apa yang aku nak sampaikan kat kau tadi.” Tengku Haziq mengerut dahinya seribu.

“Apa yang kau nak bagitahu aku?”Soal Tengku Haziq. Tanpa kata Rafiq terus memeluk Tengku Haziq dan membisikan sesuatu kepadanya. Tengku Haziq yang geli dipeluk begitu oleh Rafiq terus menolak tubuh Rafiq ke tepi. Naik lemas dia di peluk macam ini kang orang fikir aku gay pulak, dah satu kerja tersebarnya cerita yang hot kat UUM ini.

Eee… kau ini kalau nak cakap just cakap je lah tak payah nak peluk-peluk aku..! Geli kau tahu.”

“Aku tak nak join kau mengorat awek baru yang kau bisikan tadi kau tackle lah sendiri aku datang sini nak belajar bukan nak mencari C.I.N.T.A kau paham!” tegas Tengku Haziq menjelaskan pendirian dirinya.

Dari jauh ada sepasang mata memerhatikan dua sahabat ini bertengkar dan berbual. Dia mula melangkah mendekati dua pemuda itu dari belakang yang sedang leka berbual tanpa mereka sedari dia sudah berdiri di belakang pemuda tersebut. Tanpa salam di menyentuh bahu Tengku Haziq dengan lembut sehingga Tengku Haziq berpaling dan terkedu dengan ke hadiran dia. Tengku Haziq yang terasa seperti bahunya di ramas dengan lembut terus menoleh ke belakang alangkah terkejutnya dia melihat gerangan perempuan yang selamba menyentuhnya. Tangan gadis itu masih terletak di atas bahunya lagi, lalu di tepis dengan lembut dan sambil tersenyum dia bersuara di dalam hati tanda pelik dengan kedatangaan gadis tersebut ke Universiti tempat dia belajar.

“Eehh… Apa yang Cik Sofea ini buat kat sini?” Setahu aku dia tak belajar kat sini dia belajar kat UITM macam mana pulak dia boleh terpacak kat sini.

‘Apa yang dia buat kat sini? Dia cari aku ke? Tapi aku tak ada sebarang urusan dengan dia?’ Kata-kata yang hanya terlontar di dalam hatinya saja.

Sofea yang agak terasa dengan Haziq mula menyedapkan hatinya yang dia tahu Haziq tidak suka di pegang oleh perempuan yang bukan muhrimnya. Dia yakin suatu hari nanti Haziq bakal menjadi miliknya, itu pasti Sofea menanam cita-cita untuk memiliki Haziq. Dia terseyum manis di hadapan Haziq dan temannya.

“Maaf…I tak sengaja kejutkan you all’s

“Takpe.. Ziq dah biasa dah”

“ Cik Sofea buat apa kat sini?” Tengku Haziq cuba beramah walaupun dia tiada hati nak beramah dengan anak majikannya.

You tak tahu ke Ziq yang I dah pindah U so, I pilih UUM boleh dekat dengan you…” nada Sofea Ilyana manja.

Haziq terkejut dengan kenyataan dari Sofea yang menyatakan dia turut belajar di sini. Lepas ini masak aku ke hulu dan ke hilir macam diawasi oleh Sofea Ilyana. Dia tidak senang dengan anak majikan dia ini seperti obsess terhadap dia tak kira tempat pasti dia akan muncul dengan tiba-tiba, seperti setiap pergerakan dia di perhatikan oleh seseorang. Dia terpaksa tersenyum untuk menyambut kedatangan Sofea Ilyana sebagai pelajar baru di ‘U’ nya.

Oowwhh…maknanya Sofea baru daftar masuklah ke UUM ini. Sofea ambik kos apa?”
I ambik kos kesenian dan photography” 

Fuhh...Nasib baik tak sama kos dengan aku kalau tak habis aku nak melayan perangai gedik dia ini” ujar Tengku Haziq antara dengar dan tidak.

“Apa you cakap I kurang dengarlah”

“Eehh…Tak ada apa-apa” Tengku Haziq tergagap sedikit.

“Haziq you bukan ambik full time ke jadi model?”

Eehh…Taklah Ziq ambil part time je kerja sebagai model untuk tampung kos pembelajaran Ziq dekat sini” jelas Tengku Haziq pada Sofea Ilyana.

Ooo..I ingat you fulltime jadi model kat syarikat papa I” sambil tersenyum mengoda Sofea Ilyana melirik manja.

‘Dia orang ini buat aku macam tak wujud pulak. Si Haziq ini satu mentanglah perempuan cantik cari dia aku yang ada kat sebelah ini macam dilupakan je. Ini tak boleh jadi ini aku mesti nak buat hint bagi dia orang sedar yang aku bukan patung kat sini nak jadi penonton babak drama mereka.’ Rafiq mula menarik nafas panjang.

Uhuukk...Uhuukk...”Rafiq memberi hint buat temannya.Tengku Haziq yang paham dengan perangai temannya yang tak boleh nampak perempuan berdahi lincin mulalah dia nak bermadah tak kena tempat.

“Ehh…Afiq kau sakit ke? Ujar  Tengku Haziq berpura-pura bertanya macam dia tak tahu yang Rafiq memberi dia hint untuk berkenalan dengan Sofea Ilyana.

“Eehh..Sofea, Ziq lupa pulak nak kenalkan Sofea dengan kawan rapat Ziq, kenalkan Syed Rafiq Hazwan” Tengku Haziq memperkenalan temannya.

“Hai saya Syed Rafiq Hazwan” Rafiq memperkenalkan dirinya daan menghulurkan tangan untuk berjabat.

“Hai.. I am Sofea Ilyana Dato Kamaruddin. Nice to meet you, Rafiq” Sofea menghulurkan tangan menyambut huluran Rafiq. Lama tangannya di genggam oleh Rafiq.

Ehem..eeehem.. Afiq aku rasa aku nak balik dulu letihlah hari ini, esok aku ada test pagi. Sofea, Ziq nak balik dulu nanti kalau ada apa-apa kita jumpa lain kali. Selamat datang ke dunia UUM”

“Sofea beboraklah dengan Rafiq. Biar Rafiq bawak Sofea jalan-jalan kat UUM ini” tingkah Rafiq.

 Beb..Kau nanti balik nak naik apa?" Tengku Haziq menyoal Rafiq.

“Takpe kau baliklah dulu hari ini aku bawa kereta sendiri kau tak payah risau tentang aku biar aku yang bawak Sofea keliling U kita.”

“Kau ingat kau bawa anak dara orang kau jangan buat apa-apa pulak dengan dia. Kau bukan boleh percaya kalau nampak perempuan cantik” sengaja Tengku Haziq menguatkan suaranya sebagai peringatan buat temannya tu. Dia nampak Rafiq menbesarkan matanya. Protes mungkin.

See you tomorrow..Ziq balik dulu.” Pamit Tengku Haziq.

Okeylah..Sofea saya minta diri dulu. Take care. Hati-hati dengan mamat kat sebelah ini” Tengku Haziq berseloroh sambil mula melangkah.

Belum jauh dia berpaling ke belakang lalu melambai ke arah Sofea Ilyana dan Rafiq sambil memberi salam. Sofea Ilyana tersenyum lebar ternyata Haziq mengambil berat tentangnya. Dia merasakan yang dia tidak bertepuk sebelah tangan, tak sia-sia menyuruh papanya untuk memindahkan dia ke sini. Rafiq yang melihat Sofea Ilyana masih memandang ke arah Haziq melayang-layangkan tangannya di wajah Sofea Ilyana.
                                               

Tengku Haziq mula melangkah menuju ke arah bus-stop yang di sediakan di UUM. Bukan dia tidak ada kereta, cuma dia malas hendak mengunakan kereta yang dihadiahkan oleh ayahnya hanya ditinggalkan di paking lot tempat asramanya saja. Dia lebih senang berjalan-jalan seperti ini. Di kejauhan Tengku Haziq melihat sekumpulan Mat Rempit yang sedang asyik mengusik seorang gadis yang jelas tergambar ketakutan di wajahnya. Tengku Haziq mempercepatkan langkahnya.

Assalamualaikum...Hey bro, buat apa tu?”

Hoiii..! Kau jangan masuk campur urusan kami”

“Kang tak pasal-pasal kau masuk hospital kami buat” Ujar salah seorang Mat Rempit.

Eh...korang dengar sini macam mana aku tak masuk campur yang karong kacau ini buah hati aku”  Tengku Haziq terpandang wajah blurr gadis tersebut bila dia memandai mengaku buah hati.
 
“Sayang…awak kalau nak merajuk dengan saya cuba jangan buat perangai macam ini, balik sorang-sorang. Sekarang tengok awak dah kena kacau siapa yang susah. Saya juga yang susah” Ujar Tengku Haziq mula berlakon padahal dalam hati dah macam nak naik seram dikelilingi Mat Rempit.

“Sa...aaya punya keret…” Gadis itu blurr dengan situasi di situ tak dapat meneruskan bicaranya.

“Saya tahu kereta awak rosakkan” tebak Tengku Haziq bila menyedari ada sebuah kereta di depan bus-stop. Gadis itu hanya mengangguk kepalanya sahaja.

 Tengku Haziq terus melangkah merapati gadis yang dia sendiri tak tahu namanya. Dia menarik lengan gadis tersebut nasib baik berlapik kalau tak buat dosa kering aku nampaknya.Dia melihat gadis tersebut hanya mengekor saja. Belum sempat Tengku Haziq menarik jauh gadis tersebut dia terasa ada tangan menarik kasar lengannya, nasib baik lengan gadis tersebut aku dah lepas kan kalau tak dengan dia-dia sekali terseret. Badan Tengku Haziq terdorong ke depan dan satu tumbukan dari Mat Rempit mengenai wajahnya.

Dussshhh….

Adoii! Sakit lah bro kau buat aku macam ini.” Adu Tengku  Haziq menahan kesakitan. Di dalam hati kesabaran dia sudah hilang tapi dia still cool kalau boleh dia mahu mengelakkan pergaduhan dari berlaku.

“Apa ini bro, main kasar” ujar Tengku Haziq. Salah satu dari Mat Rempit tu mencekak leher baju Tengku Haziq. Gadis itu melihat sedikit gerun melihat Mat Rempit mencekak baju pemuda yang menolongnya.

“Aku dah cakap dekat kau tadi jangan masuk campur tapi kau degil, apa salahnya kita share je awek kau ini dengan kita orang” nada sinis dari Mat Rempit yang berbaju kotak-kotak. Tengku Haziq yang mendengar terus melancarkan sebiji penumbuk, bukan calang-calang penumbuk di beri pada Mat Rempit itu. Penumbuk berisi ilmu yang dipelajarinya sejak dia menjadi mangsa pukul tempoh hari mula menamam azam untuk mempelajari ilmu seni mempertahannan diri.

Buukk…

Mat Rempit menahan senak di perut akibat tumbukan dari Tengku Haziq. Dua orang Mat rempit yang melihat kawannya tersungkur mula, menghampiri Tengku Haziq.  Tengku Haziq yang melihat mereka menghampirinya bersiap sedia untuk mempertahankan dirinya. Akan di manfaatkan segala yang dipelajarinya. Sebaik bermula lah pergaduhan antara Tengku Haziq dengan tangkas mengelak dan memberi penumbuk pada dua Mat Rempit yang cuba menumbuknya. Dalam terleka bergaduh Tengku Haziq lupa seorang mat Rempit yang mula-mula ditumbuknya telah mengambil sebatang kayu dan perlahan-lahan menhayunkan ke kepala Tengku Haziq. Tengku Haziq yang terasa seperti ada darah pekat yang mengalir dikepalanya mula menoleh ke belakang di sambut hayunan kedua dan dengan padu Mat Rempit itu tersungkur kesakitan di tanah akibat tedangan dan tumbukan Tengku Haziq. Melihat kawannya di tumbuk dan tendang dua lagi Mat Rempit mula menghidupkan enjin motorsikal mereka dan beredar meninggalkan kawan mereka yang sedang kesakitan. Anis yang di tolong oleh Tengku Haziq mula melangkah ke arah Tengku Haziq seakan ingin jatuh gadis itu terus meluru memaut tubuh Tengku Haziq memapahnya dan di bawa ke dalam keretanya. Tengku Haziq tidak peduli keadaan dirinya dia masih bertanya pada gadis tersebut.

“Awak boleh drive?”Tengku Haziq menyoal gadis itu. Dia melihat gadis itu hanya mengangguk mengiakan pertanyaan Tengku Haziq.

“Kalau macam itu boleh awak tolong bawa saya ke hospital terdekat?” Tengku Haziq menahan kepalanya yang berdenyut akibat di pukul oleh Mat Rempit tadi. Dia memejamkan matanya.  Anis yang melihat pemuda yang menolongnya memejamkan mata segera menghidupkan enjin keretanya.

Eeerrkk…elok pulak kereta ini tadi aku hidupkan tak boleh” Anis Saffiya berkata perlahan antara dengar dan tidak.

Tengku Haziq yang mendengar omelan dari gadis tersebut hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa yang kini merasakan kepalanya amat sakit sekali dan darah masih mengalir di kepalanya. Anis Saffiya yang sedang memandu melirik sekilas di sebelah penumpang jelas raut wajah pemuda itu kesakitan dan sedang menahannya. Sayu hati Anis Saffiya  melihat pemuda yang baik hati itu sudi cedera bagi menyelamatkannya dari di kacau oleh tiga orang Mat Remnpit yang memang tak belajar tentang adap moral dan peri kemanusian langsung apabila syaitan dah naik nafsu sering memuncak macam tu lah jadinya.

Sesampai di hospital Anis Saffiya cuba memanggil pemuda itu. Dah lah dia tak kenal, nak panggil apa dekat dia ini.

“Awak..Awak kita dah sampai…”

“Awakkk!” Anis Saffiya cuba menguatkan suaranya tapi masih gagal mengejutkan Tengku Haziq yang sedari dari tadi semasa dalam perjalanan  ke hospital telah pengsan.

 
*****


Mata terbias cahaya, kepalanya terasa sakit. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan cuba mencernakan keadaan sekeliling, dia terbau ubat-ubatan dan dia masih memerhatikan sekeliling dinding putih dan aku di atas katil. Aku di hospital ke?
 
“Ziq..Kau dah sedar syukurlah kau dah sedar” suara Rafiq menerjah gegendangnya.
“Aku kat mana ini?”

 
“Kau tak ingat ke yang kau kena pukul,sekarang ini kau ada kat hospital ada seorang gadis yang menelefon aku menyatakan kau masuk ke hospital akibat bergaduh dengan Mat Rempit.” Jelas Rafiq menerangkan pada kawannya.

Arrghh….” Tengku Haziq cuba mengingati apa yang berlaku tapi gagal. Tapi bila temannya menyebut tentang gadis tersebut dia baru teringat yang ketika balik dari UUM dia berjalan dan melihat ada gadis yang sedang di kacau oleh Mat Rempit.

“Mana gadis tu Afiq?” tanya Tengku Haziq pada Rafiq.

“Entah aku tak tahu,tapi masa aku datang dia memang dah tak ada kat sini.”

Tengku Haziq kecewa. Dia menghela nafasnya dengan berat. Hatinya ingin sekali mengenali gadis tersebut. Entah bagaimana dia tertarik dengan gadis tersebut saat dia terpandang gadis tersebut hatinya bagai seakan menyanyi lagu cinta. Tiba-tiba pintu bilik yang menempatkan Tengku Haziq di tolak kasar dari luar, jelas tergambar riak risau Sofea Ilyana. Tanpa salam Sofea Ilyana terus mendekati katil yang menempatkan Tengku Haziq lantas tanpa segan silu terus di genggam tangan Haziq dan dibelai kepala Haziq yang berbalut bandangan putih yang melilit di kepalanya. Tengku Haziq yang tidak selesa di layan seperti itu hanya memohon maaf yang dia tidak selesa di perlakukan seperti tu. Rafiq yang melihat mula tumbuh bait-bait cemburu atas sikap gadis yang di minati dalam diam melayan Tengku Haziq begitu.

Eerr...maaf Sofi tak sengaja”

I cuma terkejut bila dengar berita yang you masuk hospital tu yang I risau akan keadaan you.”

“Ziq, tak ada apa-apa cuma kepala ini je yang rasa sakit dan berdenyut sikit”

“Ziq, aku keluar dulu lah nak pergi kantin cari makanan” Rafiq meminta diri. Hatinya sakit melihat sikap ambik berat Sofea Ilyana terhadap temannya.

Eehh…kau nak pergi mana, kau kan baru sampai kau jangan tinggalkan kau berdua kat sini dengan Sofea tak manis kau tak payah lah pergi mana-mana kata kau sayang aku” Tengku Haziq cepat-cepat menegah kawannya dari berlalu meninggalkan dia berdua dengan Sofea Ilyana disini. Dia tidak selesa berdua dengan gadis tersebut.

Sofea Ilyana yang mendengar terus mencebikan mulutnya tanda dia tidak suka dengan apa yang dilakukan Tengku Haziq patutnya dibiarkan sahaja Si Rafiq pergi biar dia dapat berdua-duaan dengan Haziq. Rafiq yang tersenyum hanya mengangguk tanda dia tidak jadi melangkah dia tahu tentu Haziq tidak selesa berduaan dengan Sofea memandangkan Sofea macam tergedik sana sini bila berhadapan dengan temannya ini. Terbit rasa kagum di hati  Rafiq terhadap kawannya yang sering menjaga adap sekeliling terutamanya yang melibatkan perempuan.

Tiga hari Tengku Haziq terlantar, tapi orang yang di tunggunya langsung tidak melawatnya. Hatinya hamba. Gadis yang berjaya mengusik hatinya tidak muncul tiba hanya satu rantai yang berloketkan kunci dititipkan pada nurse di hospital untuknya. Tengku Haziq merenung rantai loket mainan kunci di tangannya, lalu di pakainya. Sejak keluar hospital banyak nota yang dia ketinggalan nasib baik ada Rafiq yang sudi menyalin untuknya semua tesis yang diberi pensyarah kalau tak masak dia nak mencari. Sejak kejadian itu Tengku  Haziq sering melalui jalan menuju ke bus-stop tapi kelibat gadis yang di tunggunya langsung menghilangkan jejaknya tanpa dapat dia kesan dan kesibukan exam terakhir berjaya melupakan sejenak gadis misteri yang ditolongi nya.

 
*****


Selepas tamat degree,Tengku Haziq mendapat tawaran bekerja di London, salah satu sayrikat yang bekerjasama dengan syarikat papanya. Dia menerima tawaran tersebut untuk melupakan detik yang berlaku di dalam hidupnya persahabatan dengan Syed Rafiq Hazwan musnah gara-gara seorang perempuan yang licik. Semenjak itu dia tidak lagi bertemu dengan Sofea Ilyana. Masih terbayang lagi terlayar di ruang fikiran bagaimana sahabat baiknya telah melamar Sofea Ilyana didepan matanya dan Sofea Ilyana menerima tapi dia tidak pernah tahu yang Sofea Ilyana menyimpan perasaan kepada dia. Dia telah di fitnah oleh Sofea, gara-gara pekara itu dia putus sahabat dengan Rafiq. Sedekit demi sedikit kejadian waktu itu terlayar di fikirannya.

“Sofea sudi tak awak jadi kekasih saya dengan bersaksikan Haziq sebagai saksi” Rafiq dengan berani mati melamar Sofea Ilyana.

 
Sofea Ilyana tergamam, saat dia di lamar di depan semua orang yang sedang lagi makan di café UUM. Dia hanya mengangguk tanda dia menerima lamaran dari Syed Rafiq. Rafiq yang melihat gadis idamannya mengangguk tanda dirinya di terima mula berdiri dan mengenggem tangan Sofea lalu di beri sebentuk cincin yang bertahtakan permata putih. Haziq yang melihat temannya sedang asyik di lamun cinta, mula melangkah meninggalkan paasangan bahagia itu. Jelas beban fikiran berkurangan ketika ini. Dia yakin Rafiq boleh membahagiakan Sofea Ilyana, dan selepas ini tak akan ada lagi orang yang suka tergedik-gedik dengan dia lagi. Terlepas satu masalah.
Dibilik asrama Tengku Haziq dia sedang melayani lagu di youtube, tiba-tiba dia tertarik dengan sebuah band lalu di klik lagu tersebut. Bait lagu diikiutinya mengikut lirik yang tetera di skrin lapptopnya. Bait dari lagu tersebut mengingatkan dia tentang seseorang. Rantai silver yang masih di pakainya di sentuh, dia kembali mendengar lagu dadali sekali lagi. Bibirnya menyanyi bersama.

Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta
Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
Maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta……

Sofea Ilyana yang terkejut dengan lamaran dari Rafiq terus tersedar dan menepis tangan Rafiq yang melinggari pingangnya. Dia terus berlari sambil menangis.Rafiq yang melihat gadis pujaannya menangis turut mengejar Sofea Ilyana yang telah berlari dahulu.

“Sofeaaa…tunggu sayang…” teriak Rafiq memanggil teman wanitanya.

Sofea yang mendengar terus berlari tanpa mempedulikan panggilan dari Rafiq. Dia terus berlari dan menangis. Pagi tadi sewaktu dia menemui Haziq di sebuah kedai emas dia sudah mula mengagak yang Haziq ingin melamar dia tapi dia salah bukan Haziq yang melamarnya tapi Rafiq dia tidak mencintai Rafiq dia mencintai Haziq. Hanya Haziq lelaki idamannya dia harus memiliki Haziq. Rafiq yang mengejar Sofea Ilyana berjaya menarik Sofea Ilyana ke pelukanya. Dia cuba menenangkan Sofea Ilyana yang tiba-tiba menangis.

Sshyy…..sayang kenapa menangis cuba bagi tahu Fiq?” dagu Sofea Ilyana didongak air mata dipipi gadis itu di lap. Cuba mengusir sekala kesedihan gadis itu.

Sofea Ilyana hanya mendiamkan diri. Dia tidak ingin bersama dengan Rafiq dia harus mencari akal supaya dia putus dengan Rafiq tapi bagaimana caranya dia terlanjur mengiakan lamaran dari Rafiq akibat sakit hati dengan Haziq yang hanya tersenyum bahagia atas lamaran Rafiq terhadap dirinya. Dia perlu mencari helah. Tiba-tiba satu akal jahat mula merasuk ke dalam fikiran Sofea Ilyana.

“Sofea tak layak untuk you, Rafiq…I tak layak” ulang Sofea Ilyana dan terus berlakon.

“Apa yang sayang cakap ini, apa yang tak layak?” Rafiq yang blurr terus menyoal Sofea Ilyana kembali.

I….I….sebenarnya perempuan kotor Fiq! I tak layak untuk you. You masih sanggup nak ambik I walaupun I perempuan yang tak suci lagi.” Sofea Ilyana nampak muka Rafiq yang seakan terkejut dia pasti Rafiq tentu tidak mahu perempuan yang kotor macam dia walaupun dia hanya mereka cerita.

Youuu….tak suci lagi Sofea” jelas tergambar kekecewaan di wajah Syed Rafiq. Dia memegang kepalanya tanda dia tidak dapat menerima bunga yang di puja rupanya telah rosak tapi dia tidak peduli itu semua dia tetap cintakan Sofea Ilyana  biar apa orang akan berkata yang dia lelaki dayus yang menerima sisa dari orang.

“Fiq tak kisah. Apa yang Fiq rasa sekarang adalah Fiq cintakan Sofea, Fiq tak kisah tentang masa lalu Sofea asalkan Fiq dapat mengubati hati Sofea yang terluka.”

Sofea Ilyana tersentak dengan kenyataannya sangkaan dia Rafiq akan meninggalkannya. Lain yang di rancang lain yang menjadi, kini akalnya mencari lagi idea untuk memutuskan hubungan. Lelaki bodoh! pekik hati Sofea Ilyana.

“Fiq…I tak boleh terima you sebab I tak boleh…”

“Kenapa…Fiq janji yang Fiq tak akan mengungkit tentang masa silam Sofea.Asal Sofea sudi terima cinta Fiq.”

I tak boleh terima atau mencintai orang lain sebab I dah terlanjur mencintai orang yang I telah serah seluruh jiwa dan raga I padanya.” 

“Maksud Sofea orang yang telah merosakan Sofea?” tebak Rafiq.

Yea..Hanya dia yang ada di ingatan I sejak kejadian yang telah menyatukan dua jasad” tanpa segan dan silu Sofea Ilyana terus meneruskan pembohongannya.

“Siapa orangnya Sofea?” Rafiq tidak sedar di mencengkam bahu Sofea Ilyana.

Lepaslah. Sakit I, you buat macam ini” protes Sofea Ilyana yang terasa sakit akibat cengkaman Rafiq dibahunya.

“Fiq nak tahu siapa orangnya Fiq kenal ke?” Rafiq mendesak Sofea Ilyana supaya memberitahunya.

“Fiq kenal dan Fiq rapat dengannya,dia ialah teman sebilik you Haziq…” Selepas nama Haziq di sebut Sofea berpura-pura menangis kembali kali ini lebih kuat.

Syed Rafiq bagai di pukul. Dia tidak menyangka kawannya sebegitu keji perangainya. Apa yang dia tahu kawannya itu sungguh menjaga tingkah lakunya. Tapi ternyata hanya untuk menutup dengan semua kebaikannya. Dia tidak sangka sama sekali, sungguh perit dia menelan semua yang terluncur di bibir gadis kesayangannya bahawa dia dan terlanjur bersama kawannya. Kenapa kawannya masih mendiamkan diri. Dasar lelaki tak guna habis madu kau dah sedut kau buang dia macam itu aku patut ajar kau supaya kau tak lakukan lagi perbuatan tak bermoral kau pada orang lain. Syed Rafiq terus mengatur langkah menuju ke asrama yang menempatkan dia dan rakannya. Dia yakin kini rakannya ada di bilik. Dia pergi tanpa menoleh ke arah Sofea yang menangis sendiri, hatinya kini sakit.
Sesampai di asrama yang menempatkannya, Rafiq terus berlari ke bilik. Pintu bilik di tolak kuat dari luar. Matanya mula mencari kelibat temannnya, saat matanya singgah di meja belajar dia menganturkan langkah menuju ke arah Tengku Haziq yang masih tidak mendengar temannya yang berada di belakangnya.Tengku Haziq yang merasa seperti ada makhluk dibelakangnya terus menangalkan earphone dan menoleh ke belakang.

“Fiq...” 

Bbuuk! Penumbuk sulung dihadiahkan oleh Rafiq.Tengku Haziq yang mahu berdiri terus terduduk akibat tumbukan dari Rafiq.Darah di tepi bibirnya di kesat kasar.

Woiii! Apa hal kau ini, Fiq?”

“Itu untuk kau yang dah merosakan perempuan,solat lima waktu tapi perangai macam setan” jerit Rafiq pada  Tengku Haziq.

“Kau ini tak layak jadi kawan aku kau tahu, harap muka je macam muka orang baik tapi perangai macam bangkai kau tahuuuuu

“Aku menyesal sebab dapat kawan macam kau” 

Tengku Haziq bangkit. Dia mengepal buku lima sebelum melepaskan tumbukan yang mengenai pipi Rafiq.

 Rafiq terduduk di lantai akibat tumbukan dari Tengku Haziq.

“Itu khas untuk sahabat yang suka bertindak melulu macam kau!”

Rafiq bangun. Pipi yang mula bertukar warna diraba.

“Kau dah rosakan seseorang kau langsung tak mahu bertangungjawab, jangan kau cuba nak buat tak tahu dengan apa yang kau buat”

“Rosak? Aku rosakan siapa ini aku tak faham apa yang kau cakap ini,Fiq?”

“Kau yang dah rosakan Sofea, bila dah sambut cinta kau kau ragut kesucian dia. Habis madu kau hisap kau buang dia macam itu dengan rasa tak bersalah kau setuju je aku lamar dia jadi makwe akukan!” Rafiq menujah-nujah dada bidang Tengku Haziq.Tengku Haziq menepis kasar jari Rafiq yang menujah dadanya.

“Untuk pengetahuan kau aku tak pernah lagi melakukan zina di muka bumi ini, aku masih takut dengan ALLAH”

“Dan aku tak pernah cintakan dia, aku cintakan gadis yang aku tolong” Tegas Tengku Haziq.

Arrrgghhh…kau tak payah nak berlakon konon kau cintakan gadis yang kau selamatkan. Kenapa kau nak rosakkan gadis kau selamatkan ?” amuk Rafiq.

“Aku menyesal sebab kenal dengan kau”

“Mulai detik ini jika kau jumpa aku jangan kau cuba dekati atau tegur aku sebab aku tak ada kawan yang berhati busukkk macam kau!!” sambung Rafiq. Dia beredar tanpa mendengar penjelasannya.

Disitulah pertemuan terakhir dan persahabatanya rosak angkara fitnah Sofea Ilyana Dato kamaruddin pada dirinya. Dia duduk di satu bangku yang selalu dia duduk sejak menetap di London. Dia rasa dia mula hanyut dengan lamunan tentang masa silamnya. Dia bangkit lalu ingin berlalu dari situ. Tanpa dia tahu dia di langgar seseorang dari arah bertentangan. Orang yang melanggarnya terduduk di timbuna salji begitu juga dirinya yang terduduk sama akibat pelanggaran itu.Tengku Haziq bangun perlahan-lahan dan menyapu belakangnya yang terkena salji. Dia melihat wajah yang melanggarnya. Dia tergamam. Kaku seketika melihat seraut wajah yang telah lama ingin di temuinya.

“Saudari okey…” Tengku Haziq memula bicara dan menghulurkan tanganya untuk membantu gadis yang melanggarnya bangun tapi huluran tangannya tidak bersambut. Dia paham dan mula tersenyum.

“Maaf…maaf saya tak sengaja langgar awak tadi”

 
“So..sorry Sir…” nada cemas dari gadis tersebut tapi wajahnya masih menunduk.

Okey je.” ringkas dari Tengku Haziq yang masih melihat wajah gadis yang telah mencuri hatinya.Wajah kalut.

Ahh..apa yang aw….aak caa..kaap”  tergagap-gagap Anis Saffiyah menyudahkan ayatnya.

Di saat dia mengangkat wajah, dia terkaku dan merenung wajah yang berada di hadapannya. Wajah yang sering menganggu mimpinya kini sudah berada dihadapan matanya. Matanya masih bulat membesar merenung seraut wajah yang sering bermain di fikiraannya. Dia jadi kalut, tidak di sangka dia akan bertemu jejaka yang suatu ketika dulu yang telah menyelamatkan dari di ganggu sewaktu keretanya rosak di UUM dulu.

“Hai….Assalamualaikum” Tengku Haziq menghulurkan salam bila melihat gadis yang berada di hadapannya tidak terkutik merenungnya.  Naik seram pulak aku rasanya macam kena scan je dengan mata bundar gadis ini.

Hoii!! Eerrkk salah hai…waalaikumusalam” jawab gadis itu.

“Saya rasa kita belum berkenalan lagikan apa kata saya belanja saudari minum kat café di depan itu? Sudikah saudari menemani saya dengan secawan kopi sebagai perkenalan dari saya?” Tengku Haziq membuka kata dia tidak mahu terlepas lagi gadis yang sering ada dihatinya.

Anis Saffiyah yang mendengar tertelan air liur di buatnya. Tidak pernah dia keluar dengan lelaki atau di pelawa oleh lelaki kerana sifat dia yang kalut dan terburu-buru. Anis Saffiya yang nampak pemuda yang pernah selamatkan dia dahulu terus mengangguk tanda setuju. Mereka beringin ke café yang berdekatan dan pemuda dihadapannya memesan semuanya untuknya macam tahu-tahu je yang dia suka capucino.

“Maaf…saya kejadian silam waktu saya terpaksa tinggalkan awak dekat hospital. Saya tak sengaja kerana saya ada hal yang lebih penting untuk di uruskan” Jelas Anis Saffiya.

Errkk…awak masih ingat lagi kejadian itu, saya pun dah lupa kejadian tu, okey. Tak ada hal” ujar Tengku Haziq. Dia sengaja berkata begitu untuk melihat wajah gadis yang berada di hadapannya. Jelas riak kecewa tergambar di wajah gadis yang sehingga kini tidak di ketahui namanya. Anis Saffiya menundukakan wajahnya tanda kecewa cuma dia seorang sahaja mengingatkan kejadian dimana dia bertemu dengan pemuda di hadapan sedangkan pemuda di hadapannya sudah melupakan kejadian yang telah memberi satu seribu rasa pada dirinya.

“Encik…”

“Tak payah berencik-encik dengan saya panggil saya Haziq” potong Tengku Haziq memperkenalkan diri.

“Kalau saya boleh tahu siapa nama saudari yang cantik ini?” Tengku Haziq bermain madah. Dia nampak pipi gadis yang dipujaanya sudah mulai merah.

“Nama saya Anis Saffiya…panggil Anis” sambil tersenyum dia pada pemuda yang berada di depannya.

Tengku Haziq terpana dengan senyuman manis yang di lemparkan oleh Anis Saffiya padanya. Mahu gugur imannya jika selalu terpandang wajah manis Si Anis ini.

“Anis buat apa di London ini? Masih belajar lagi ke?”

“Yup..saya masih belajar lagi tapi belajar sambil bekerja di salah satu kedai roti di sekitar kawasan ini.”

Oowwhh…”

“Encik Haziq buat apa di London ini? Masih belajar juga ke?” tanya Anis Saffiya pada Tengku Haziq.

“Ehhh..tak saya di sini bekerja di sebuah syarikat pembinaan di London sebagai arkitek. ”

“Boleh saya nak kenal rapat lagi dengan Anis” Tengku Haziq beterus terang dia tidak mahu lagi kehilangan Anis Saffiya.

Hhhmmm…maaf saya tak berminat nak berkenalan kalau Haziq sudi mari berkenalan dengan keluarga angkat saya terlebih dahulu.”

“Baik…dimana mereka tinggal? Bila boleh saya berkenalan dengan mereka?”

“Haziq rasa tak terlalu cepat ke kita nak berkenalan paadahal kita baru sahaja suai kenal.”

“Ziq rasa tak perlu suai kenal kan lebih elok kita dulukan pekara yang penting yang lain boleh datang kemudian.”

“Kalau macam itu saya minta diri dulu Haziq.” Anis Saffiya malu bila soal hati dibualkan bersama sedangkan dia tidak pernah merasa pengalaman bercinta sebelum ini. Belum jauh dia melangkah dia berpaling ke belakang.

“Insyallah andai ada jodoh di antara kita tak akan ke mana biarlah masa menentukan segalanya.” Dia terus berlalu dari situ. Tengku Haziq tersenyum lebar dan melihat sehingga kelibat Anis Saffiyah berlalu pergi dari situ.dalam dia hendak bangun ada tetamu yang duduk di tempat Anis Saffiya.

“Mesra nampak? You ada hubungan apa dengan dia?”  bicara gadis yang sedang duduk di mejanya. Di jemput tidak terus menanyakan soalan peribadi dengannya.

“Itu bukan urusan anda?” tegas Tengku Haziq.

“Dah jelas itu urusan aku, you pakwe I saayang…”

Pleaseeam not your boyfriend okey and not your friend.” Sindir Tengku Haziq. Dia mula bangun untuk beredar dari situ tapi lengannya di pegang kejap oleh si gadis yang tidak di undang.


Pleasee..your hand girl…” 

Ooopss..so sorry sayang..”

Baru hendak melangkah meninggalkan cafe tetapi dihalang oleh gadis tersebut.Tengku Haziq sudah bosan dengan pelbagai agenda dari Sofea Ilyana.Kemana sahaja dia pergi, pasti gadis itu mengekorinya.

“Kau nak apa lagi?Tak puaslagi apa yang fdah kau buat kat aku?”

 “Dulu kawan aku kau hasut supaya dia membenci aku, lepas tu keluarga aku. kau kata kau mengandungkan anak aku. Kau ini perempuan jenis apa haa…!”Jerit Tengku Haziq dan menolak Sofea Ilyana sampai terjatuh ke lantai. Dia tidak mempedulikan Sofea Ilyana yang terjatuh yang dia tahu dia hanya ingin berada jauh dari perempuan yang terlalu obsess untuk memilikinya. Perempuan seperti Sofea Ilyana tidak pernah mengenal erti kecewa selagi hajatnya tidak di penuhi. Dia tidak akan membiarkan hubungan yang baru terjalin antara dia dan Anis Saffiya dihancurkan oleh Sofea Ilyana.

Sofea Ilyana yang di tolak oleh Tengku Haziq mulai bangun perlahan-lahan. Dia merengus kemarahan pada Tengku Haziq. Dia tidak akan membiarkan perempuan yang baru duduk di sisi Haziq tadi merampas Haziq darinya.

‘Haziq milik aku seorang tak ada siapa yang boleh pisah aku dengan dia’ Sofea Ilyana bermonolog dalam dirinya. Dia tekad untuk merampas Haziq tak kira terpaksa mengorbankan banyak nyawa. Dia tersenyum sinis dibibirnya.

Pertemuan demi pertemuan mula terjadi di antara Anis Saffiya dan Tengku Haziq. Bibik cinta yang mereka pendam mula berbunga berkembang mewarnai taman hati masing-maasing. Dengan restu keluarga angkat Anis Saffiya dan keluarganya,  Tengku Haziq tekad pada hari ini dia ingin melamar gadis itu. Segala persiapan di buat dengan rapi supaya apa yang dirancangnya menjadi.Tengku Haziq memberi pesanan ringkas buat buah hatinya.

Assalamualaikum sayang. Nanti bersiap tau abang ambik Anis pukul 8 mlm ini kita dinner bersama.

Lalu tekan send dihantar. Tidak sampai 5 minit pesanan di balas oleh Anis saffiya.

Waalaikumusalam abang insyallah kita bertemu malam ini..’

Sebelum bertolak Tengku Haziq menunaikan solat maghrib. Dia tunduk di sejadahnya dan berdoa kepada yang MAHA esa. 

“YA-ALLAH andai dia jodohku perkenankanlah doa ku untuk menyunting dia menjadi teman sehidup dan semati buatku. Pendamping ku Dunia dan akhirat. Sesungguhnya aku sangat mencintainya dan menyayanginya keranamu YA-ALLAH.YA-ALLAH kau lindungilah diri ku dari hasutan syaitan yang sentiasa menyesat hambamu ke jalan kesesatan.Kau berilah Rahmat-Mu dan petunjuk-MU. Andai benar dia tercipta untukku kau bimbinglah kami dan kau tuntutlah hati kami Ya-ALLAH agar kami tidak tersasar dari landasan-MUAminnn

Suasana di halaman rumah keluarga angkat Anis Saffiya terus berubah dari bentuk taman menjadi tempat dinner yang paling romantik dia sediakan buat seorang wanita yang ingin di sunting menjadi teman hidup sematinya dan penyeri untuk hari-harinya kelak, anak kepada anak-anaknya suatu hari nanti. Anis Saffiya yang sampai di situ terpegun melihat dekorasi yang disediakan oleh Tengku Haziq. Dia tidak menyangka Tengku Haziq dan keluarga angkatnya menyediakan candle light dinner biarpun di halaman rumah mereka. Mereka makan dengan tertib. Habis sahaja mereka menjamu selera, ada alunan muzik yang menyapa di gegendang telinga mereka. Haziq tersenyum manis pabila matanya bertentangan dengan Anis Saffiya. Anis Saffiya yang kalut terkejut akibat senyuman dari Tengku Haziq untuknya dia jadi gelisah dan secara tak sengaja dia telah menjatuhkan gelas.

Pranggg…’ Anis Saffiya yang kalut terus menunduk untuk menyutip serpihan kaca yang pecah tapi di tegah oleh Tengku Haziq yang menyuruhnya duduk dan bertenang.

“Macam mana aku nak bertenang kalau dia ini asyik tengok dan renung aku mahu gugur iman yang aku tanam ini”omel Anis Saffiya antara dengar dan tidak.

“Apa Anis cakap? Saya tak berapa dengar” soal Tengku Haziq. 

Ahh..tak ada apa-apa saya cuma tak biasa makan macam ini. Maaf.”

Tiba-tiba Tengku Haziq bangun dari kerusi yang didudukinya,lalu dia menyeluk saku seluarnya.Anis Saffiya nampak Haziq mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan menghulurkannya pada Anis Saffiya.Anis Saffiya yang mula kalut lagi menjatuhkan kotak tersebut.Tengku Haziq tersenyum melihat sifat kalut Anis Saffiya. Anis Saffiya melihat Haziq mengambil kotak yang berwarna biru baldu itu yang berada di tangan Haziq. Dengan tangan terketar-ketar Anis Saffiya membuka kotak baldu biru tu dengan perlahan-lahan.Terlopong mata Anis melihat sebentuk cincin yang bertahtakan berlian unggu di tengahnya.

“Cantiknya..”

“Nur Anis Saffiya Binti Muhamad sudikah kamu menemani aku hingga ke hujung nyawaku? Sudikah Anis menjadi pemaisuri dihati saya, dan bakal ibu buat anak-anak kita kelak? Insyallah Anis menjadi cinta pertama dan terakhir dengan izin dari -NYA.”

Anis Saffiya yang ingin menjawab soalan yang bertubi-tubi dari Tengku Haziq terus di tegah. Tengku Haziq menarik nafasnya dengan panjang ada satu rahsia lagi yang Anis Saffiya tak tahu. Dia tidak mahu Anis Saffiya  tahu dari orang lain dan mungkin akan merosakakn hubungan mereka kelak.

“Anis saya ada sesuatu nak bagi tahu awak tentang diri saya.”

Anis Saffiya mengerut dahinya.

“Maaf  jika awak marah pada saya.Tapi saya nak awak tahu saya lakukan ini sebab saya mahu awak kenal diri saya dan bukan harta saya.”

“Maaf saya menipu semasa berkenalan dengan awak waktu kita bertemu semula. Disini saya ingin memulai perkenalan kita lagi sekali tanpa ada penipuan lagi. Saya nak mulanya dengan kejujuran saya nak awak percaya yang saya benar-benar mencintai dan menyayangi awak sepenuh hati saya. Nama sebenar saya Tengku Haziq Bin Tengku Osman.”

“Ahh..awak anak orang berada? Saya rasa saya tak sesuai untuk awak mungkin mama dan papa awak tak bersetuju nak bermenantukan anak yatim seperti saya” Anis Saffiya bangun dari tempat duduknya dan dia ingin berlalu pergi dari situ. Tapi langkahnya mati pergelangan tangannya di pegang kejap oleh Tengku Haziq. Tengku Haziq tahu dia yang salah sebab tidak berterus terang tentang siapa dia yang sebenarnya.

“Aniss..” 

“Maafkan saya sayang sebab merahsiakan dari awak tentang saya, saya nak awak tahu mummy dan daddy saya merestui hubungan kita kalau awak tak percaya ini mereka di dalam talian sekarang.” Tengku Haziq menghulurkan telefon bimbitnya pada Anis.

Assalamualaikum…” suara lembut seorang perempuan berada di talian menyapa cuping telinga Anis Saffiya.

Waalaikumusalam, Tengku..”

“Anis..apa pulak bertengku-tengku dengan mummy kan tak lama lagi Anis nak jadi menantu kami. So, mula dari malam ini tolong panggil mummy.”

Eerr..baik  teng..ku…tengok…errkk salah mummy

Haaa…kan sedap didengarnya lembut suara menantu mummy nasib baik mummy tak ada di sana kalau tak mau mummy ajak Anis shopping beli persiapan khawin Anis tapi mummy dah di beri amaran oleh bakal suami Anis yang dia tak mahu adakan majlis dia hanya mahu akad dan nikah sahaja insyallah kami akan ke London 2 minggu dari sekarang. Jadi mummy harap Anis dah bersedia memikul tanggungjawab tuk menjaga putera mummy yang manja tu?”

Eerrr…..” Anis Saffiya buntu mahu menjawab apa dia berasa kekok.

“Takpe mummy faham yang Anis sekarang rasa terkejut dengan semua perancangan rapi yang di atur oleh anak mummy tapi mummy harap Anis dapat maafkan dia sebab tak jujur memperkenalkan dirinya. Mummy boleh nampak sinar cinta dia hanya untuk Anis dah lama dia menunggu kamu nak.”

Tengku Haziq mengambil huluran Anis Saffiya. Dia masih memandang Anis, ketika ini dia merasa seperti Anis Saffiya mungkin tidak dapat menerimanya. Di tundukan wajahnya tanda kecewa, Anis langsung tidak bersuara walaupun telah bercakap dengan mummynya.Tengku Haziq yang faham ingin cepat beredar dari situ. Dia tidak mahu airmata lelakinya jatuh di depan Anis Saffiya.

“Anis..Terima kasih kerana sudi meluangkan masa Anis untuk saya, maaf andai ini yang buat Anis tidak boleh menerima saya.”

Anis Saffiya memandang belakang Tengku  Haziq yang ingin berlalu pergi. “Boleh saya simpan cinta Anis sampai bertemu cinta yang memang tercipta untuk saya andai saya menemui cinta baru tidak akan pernah sekali saya akan melupakan cinta Anis pada saya, izinkan saya menyimpan cinta Anis dan memuja Anis dari jauh,boleh tak Anis?” lembut Tengku Haziq menyoal. Anis Saffiya hanya mendiamkan diri.

“Terima kasih Anis, saya balik dulu,”ujar Tengku Haziq perlahan.

Namun sebaik sahaja kaki Tengku Haziq mengantur langkah, Anis Saffiya bersuara.
“Kenapa abang nak tinggalkan Anis setelah Anis menyerahkan seluruh cinta Anis pada abang? kalau abang pergi Anis macam mana?” Tengku Haziq meraup wajahnya dengan penuh kesyukuran, wajahnya yang murung terus ceria mendengar apa yang di lafaz oleh Anis Saffiya padanya. Dikala ini mata mereka bertentangan.

“Terima kasih sayang…Ziq erkk salah abang janji akan menjaga sayang dengan seluruh hidup abang hanya untuk sayang, dan abang akan menjaga sayang melebihi nyawa abang sendiri .Terima kasih sayang.”

“Ingat tak apa mummy cakap kat talian dua minggu dari sekarang Anis bakal sah dan halal untuk abang. Anis dah bersedia ke nak jadi isteri abang dan siapakan segala keperluan abang dari segi zahir dan batin?” Tengku Haziq menyoal Anis Saffiya.

Anis Saffiya yang merasa pipinya merah terus masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan panggilan dari Tengku Haziq. Tengku Haziq yang tersenyum dengan gelagat bakal isterinya tergelak bersama keluarga angkat Anis Saffiya yang menyaksikan babak percintaan mereka pada malam ini. Dia melihat ke arah meja pasti Anis malu sampai lupa nak bawak kotak yang berisi cincin ini untuknya.Tengku Haziq mengangkat kotak cincin tersebut perlahan-lahan dia cuba membukanya tapi terdengar seperti ada oraang yang sedang memanggilnya dari atas rumah dua tingkat tu. Jelas di matanya Anis Saffiya sedang berdiri di bakoloni rumah keluarga angkatnya dengan tersenyum Anis melayangkan jari manisnya yang kini tersarung cincin bertahta berlian dijarinya sambil melayangkan flying kiss buat Tengku Haziq. Tengku Haziq tersenyum riang melihat kenakalan Anis Saffiya yang jarang sekali dilihatnya.

Hhhmmm..ada kemajuan sekarang dah berani nak layang flaying kiss dengan aku erkk’ bisik hati Tengku Haziq. 


*****

Akhirnya dengan sekali lafaz Tengku Haziq sah menjadi suami kepada wanita yang bernama Nur Anis Saffiya binti Muhamad. Bersaksikan mummy, daddy,kak intan, keluarga angkat isterinya dan teman-teman kuliah isterinya dan rakan sepejabatnya. Masing-masing yang berada disitu tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Tengku Haziq dan isterinya. Kali ini Tengku Haziq akan menetap sebulan sahaja di sini sebelum dia mengambil alih syarikat daddynya untuk di teruskan memajukan lagi syarikat yang di bina oleh daddynya,manakala isterinya akan dipindahkan ke UITM untuk menyambung pelajarannya.

Setelah makan malam bersama keluarga besar Tengku Haziq dan keluarga angkat Anis, semua orang duduk di ruang tamu rumah dua tingkat itu berborak dan mengeratkan lagi siratulrahim.Anis Saffiya yang sudah mengemas meminta diri untuk ke atas.

“Abang,mummy, daddy, Walid, Ummi, Kinah Anis minta diri ke bilik nak rehat sebentar dan bersihkan badan yang dah melekit ini.”semua yang berada di ruang tamu menagganguk kepala tanda menyiakan.

 
Sebaik sahaja selesai menunaikan solat isyak, Anis Saffiya merebahkan dirinya ke katil yang di hiasi dengan cadar yang berwarna putih. Warna kegemarannya. Saat dia mengelamun matanya terpandang sebuah kotak kecil di atas meja solek biliknya. Dia bangun dan melangkah ke meja solek.

Eeerr….siapa punya ini, untuk aku ke?” Anis Saffiya meneliti kotak yang berwarna kuning keemasan, bahunya dijongketkan dan dia kembali meletakkan kotak tersebut di atas meja solek semula dan mula berjalan ke arah bakaloni ,pintu gelungsur kaca di tolak perlahan-lahan, angin malam mula terasa sampai ke tulang. Dia memeluk tubuhnya dan mula terbayang saat ketika majlis nikahnya berlangsung walaupun tiada keluarga kandung disisinya tapi dengan adanya keluarga Tengku Haziq dan keluarga angkatnya dia langsung tak merasa di pinggirkan atau merasa dia tidak mempunyai keluarga. Dia tersenyum sendiri lagi bila teringat pada gurauan Ummi dan mummynya ketika dia sah bergelar isteri kepada Tengku Haziq bin Tengku Osman dengan sekali lafaz. Ummi dan mummynya  mengusik dia supaya mengambil gambar berdua, tapi dia malu dengan orang yang asyik memerhatikan dia dan Tengku Haziq.Tapi tidak pada Tengku Haziq dengan selambanya menarik dia rapat kesisi dan dikala itu dia terkedu dengan bisikan dari Tengku Haziq

 
“Tak payah nak malu nak peluk abang, sebab abang pun tak malu kalau nak peluk sayang” ujar Tengku Haziq di telinganya. Mukanya di kala itu sudah membahang merah akibat usikan dari suami yang baru menikahinya.

“Anis….”Perlahan namaku disebut sambil sepasang tangan melingkari pinggangku.

Anis yang sedang mengelamun terus terbayang segala ingatannya di majlis nikahnya pagi tadi.Kini perasaan kalut dan kaku dirasakan kini ketika pinggangnya dipeluk dari belakang.Dia menoleh ke belakang sambil tersenyum dia meronta ingin melepaskan pelukan Tengku Haziq,tapi pelukan semakin erat di rasakannya. Entah bila Tengku Haziq masuk ke bilik dia tidak sedar.

“Kenapa isteri abang yang cantik ini berdiri sorang-sorang kat sini, tak ajak abang pun? Sampai abang masuk sayang tak sedar”

Eeeerr…Anis tak buat apa-apa Cuma nak ambik angin malam je” Anis Saffiya tersengih .

“Mari abang temankan sayang ambik angin malam” sakat Tengku Haziq pada isterinya. Dia tahu isterinya tika ini mula kalut semacam. Badan isterinya terasa kaku di dalam pelukannya. Dia tersenyum sambil menghidu rambut isterinya.

“Sayang abang menung apa tadi sampai abang masuk dan berdiri kat belakang tak sedar?” Pelukan dieratkan lagi.

“Ani..ss..Aniss..” tergagap-gagap dia cuba bersuara. Dia kekok dengan situasi ini.Ini kali pertama dia bersama seorang lelaki berada di satu bilik. Dan seorang lelaki yang akan mendampinginya dalam susah senang dan berkongsi segala-galanya. Tanpa sempat dia bersuara Tengku Haziq merungkaikan pelukan dari belakang dan di pegang bahu Anis supaya menghadap ke hadapan. Anis Saffiya yang kaku bertambah kalut bila kini wajah mereka saling bertentangan dan mata Tengku Haziq jelas mengodanya dan tersenyum nakal. Tangan Tengku Haziq mula membelai wajahnya dan terus di dakapnya daku dari depan. Lama Anis berasa selesa bila diperlakukan seperti itu oleh Tengku Haziq dia seperti rasa di lindungi dan mula merasa cintanya kini hanya untuk Tengku Haziq iaitu suamimnya. Tengku Haziq merungkai pelukan. Dia nampak wajah Anis yang menunduk ke lantai lantas tangannya memagut dan mengangkat dagu isterinya supaya mereka bertentangan mata.

“Anis…kenapa Anis takut abang baham Anis ke?” Tengku Haziq mula mengusik isterinya kembali dia suka melihat wajah isterinya membahang merah. Terasa sungguh comel wajah Anis Saffiya ketika itu.Satu cubitan terus mengena di lengan Tengku Haziq.

“Aduh…sayang ini sejak bila pulak belajar sepit ketam?” sambil tertawa Tengku Haziq meraih tangan Anis lalu di bawa ke bibirnya. Di kucup lama tangan isterinya.

“Anis..kalau Anis tak bersedia abang tak akan sesekali paksa Anis, mari kita tidur abang tahu mesti Anis penat seharian ini. Tapi…abang tak janji tau esok malam Anis boleh lepas macam malam ini” Tengku Haziq mengusik isterinya lagi.Anis Saffiya yang mendengar mula berasa malu dan terasa pipinya seakan merah kini, dia tak tahu mana nak di larikan wajahnya. Tanpa sedar Anis membenamkan wajahnya ke dada bidang Tengku Haziq dan memeluk erat suaminya.

“Alahai sayang ini yang buat abang…rasa…”

Anis Saffiya yang mendengar terus memukul dada bidang suaminya. Tangan kecil yang memukul Tengku Haziq di sambut dan digenggan erat, mata mereka saling berpandangan dan akhirnya mereka tertawa bersama.

“Tapi sebelum tidur abang nak test isteri abang ini berat ke tak?” Tanpa isyarat Tengku Haziq terus mencempung tubuh isterinya menuju ke katil.Anis Saffiya yang tergamam dengan pelakuan suaminya hanya membenamkan sahaja wajah di dada bidang suaminya.Dapat dirasakan mukanya kini membahang merah.Dimerasa ciuman di ubun-ubunnya.Dia bahagia kini.

*****

Sudah empat bulan Tengku Haziq dan Anis Saffiya hidup sebagai suami isteri. Indahnya meniti kehidupan bersama. Walaupun Anis Saffiya sibuk belajar dan Tengku Haziq sibuk berkerja di syarikat daddynya. Anis tetap menguruskan makan pakai suaminya. Kini mereka suami isteri duduk menetap di Ampang. Hari ini suaminya akan pulang dia mahu menyambut kepulangan suaminya.

Hhmm..Masak dah..Mengemas dah.. Apa lagi aku tak buat, kalau macam itu baik aku bertolak sekarang boleh sampai cepat sampai ke LCCT”

Sesampai Anis Saffiya di LCCT Kuala Lumpur,dia memerhatikan suasana di dalam LCCT agak sibuk pada hari minggu ini. Anis Saffiya menunggu penuh sabar. Dia telah sampai setengah jam lebih awal dari daripada waktu yang dinyatakan suaminya. Dia tidak mahu terlambat. Biarlah dia menunggu daripada Tengku Haziq tertunggu-tunggu.

Tengku Haziq yang baru tiba terus keluar, dan matanya melilau mencari isteri tersayang. Tiba-tiba Tengku Haziq terasa ada orang memanggil sambil bahunya di sentuh dari belakang. Dia pantas menoleh ke arah belakang dan mula lebar tersenyum.

‘Ini mesti Anis aku ini’ Tengku Haziq bermonolog di dalam hati sambil tersenyum lebar. Tapi senyumannya mati bila matanya terpaku pada saatu susuk tubuh yang sudah lama tidak di temuinya. ‘Eeee…minah ini ada je kat mana aku ada, sibuk aysik mengekor aku je dari dulu sampai sekarang. Ingat dah tak ikut aku lagi lepas aku tertolak dia masa kat London dulu!.

“Hai…Ziq lama tak nampak you, last kita jumpa dekat London kan?”

Eehh..Sofea awak buat apa kat sini?” Tengku Haziq bertanya semula sambil matanya melilau mencari kelibat isterinya. Malas Tengku Haziq menjawab pertanyaan dari Sofea Ilyana.

“Jom teman I minum, I hauslah lagipun kita dah lama tak jumpa sejak you pindah ke Kuala Lumpur.” Sofea Ilyana terus memaut lengan Tengku Haziq. Tengku Haziq tergamam dengan perlakuan Sofea gedik semacam bila berjumpa dengan dia. ‘tak hilang-hilang lagi rupanya gedik dia ini, patutnya aku tolak dia kuat masa kat London biar system saraf dia bercantum.’

“Kalau awak nak minum, haus ke awak pergilah sendiri. Saya tak haus lagi” Tengku Haziq merentap lengannya yang dipegang kejap oleh Sofea Ilyana.

“Elehh..You ini sejak dah berpindah dan jadi arkitek terkenal ini dah sombong dengan I
“Maaf. saya tak dapat teman awak sebab sekarang saya tengah tunggu isteri saya!” Perkataan isteri sengaja dikuatkan biar gadis di hadapannya ini sedar yang dia sudah berkhawin.

Sofea Ilyana tersentak. Dia bagai tidak percaya Tengku Haziq telah berkhawin. Bila? Di mana? Kenapa dia tak tahu. Bentak hatinya mendongkol marah.

What?You dah khawin? Dengan siapa? When?”Belum sempat Sofea Ilyana menyoal dengan soalan bertubi-tubi .Sofea Ilyana dan Tengku Haziq terdengar satu suara lembut menyebut.

“Abang…..”

Mereka berdua menoleh ke belakang. Tengku Haziq yang sememangnya sedia tahu yang suara itu adalah kepunyaan isterinya terus tersenyum dan terus melangkah ke arah isterinya sambil dahi isterinya di kucup lama. Tidak pada Sofea Ilyana yang masam mencuka sambil bibirnya mencebik melihat kemesraan Tengku Haziq dan isterinya. Tengku Haziq yang lupa ada sepasang mata merenung tajam ke arah dia dan isterinya terus merungkai pelukannya. Tapi pinggang isterinya masih erat di peluk.

“Anis..ini abang kenalkan teman masa abang study kat U dulu, Sofea Ilyana.”

Anis Saffiya tersenyum manis sambil menghulurkan tangannya ke arah Sofea Ilyana tanda salam perkenalan darinya. Tangan yang duhulurkannya tidak bersambut dan perlahan-lahan dia menurunkan tangannya dan masih setia tersenyum pada gadis yang bernama Sofea Ilyana. Anis Saffiya yang masih merenung Sofea terus merenung gadis itu kerana maata gadis itu seakan-akan sedang scan dirinya dari atas ke bawah.

‘Ada yang tak kena ke pakaian aku hari ini?’ Anis Saffiya melihat penampilannya dan cuba mengesan jika ada yang tak kena pada pakaiannya.

“Sayang…jom kita balik abang tak sabar nak makan masakan sayang dah rindu ini” Tengku Haziq yang diam dari tadi perasan dengan renungan tajam Sofea Ilyana yang meniti penampilan isterinya.

“Ooo..yea Sofea saya baalik dulu, take care friend” Tengku Haziq terus menarik isterinya untuk beredar dari situ.

Sofea Ilyana yang masih berdiri disitu mendongkol marah.Mukanya merah sebab menahan marah tidak di sangka selama dia menghilangkan diri dia bakal menerima perkhabaran dari Tengku Haziq yang sudah berkhawin dia tidak dapat menerima kenyataan ini. Dendam mula bercambah di hati Sofea Ilyana Dato Kamaruddin.

*****


Tengku Haziq yang sedang khusuk meneliti plan projek perumahan di atas meja, diganggu dengan deringan I-phonenya.Tanpa dia melihat siapa pemanggilnya terus butang hijau di tekan.

“Assalamualaikum…”

“Hai..sayang you sibuk ke hari ini?”satu suara lembut menyapa gegedang telinganya. Terkedu dia seketika,Sofea!

“Sayang kenapa you lambat pick phone, naik lenguh I tunggu you angkat tau” renggek Sofea Ilyana ala-ala manja.

“Tak ada masa lain ke kau nak call aku?Sekarang aku sibuk tak ada masa aku nak layan perempuan macam kau.”

Syyhhh..sayang you tak boleh marah macam ini tak baik untuk kesihatan you sayang. I bukan nak ganggu you, I ada pekara nak bincang dengan you

“Kau nak bincang apa lagi dengan aku kalau pasal malam itu baik  kau lupakan aku dah tegaskan kat kau yang aku tak akan ubah keputusan aku kau paham!!” tegas Tengku Haziq.

You jangan sombong sayang I tahu you tengah runsing pasal pekara itu? Apa kurangnya I dengan isteri you, I lagi cantik berbanding dia. I setia dengan you sanggup tunggu you sampai sekarang you je yang curang dengan I

“Nanti..nanti bila masa kita pernah jatuh cinta dan bila masa aku curang dengan kau. Kalau kau nak tahu aku hanya jatuh cinta sekali itu pun aku jatuh cinta pandang pertama dengan isteri aku isteri aku yang bernama Anis Saffiya binti Muhammad” Tengku Haziq mula hilang sabar dengan permainan dan ugutan dari Sofea Ilyana. Perempuan macam Sofea Ilyana sentiasa mencari peluang dan licik.

“Maaf aku tak berminat berborak dengan kau. Dan Sofea aku nak tegaskan kat kau, kau patut sedar diri kau sebelum kau jatuh cinta!” Tengku Haziq yang marah terus menekan butang merah untuk menamatkan perbualan dengan Sofea Ilyana.Rambutnya di tarik tanda di buntu dengan ini semua. Kedengaran dia menghembuskan nafas panjang sebelum meneruskan kerja yang tertangguh akibat panggilan dari Sofea Ilyana tadi.

“Ziq….. Helooo Haziq!! Jerit Sofea Ilyana bila tedengar telefon diletak oleh Tengku Haziq. Dia merengus. Marah kerana di layan seperti ini.

“Tak guna punya jantan!!Aku belum habis cakap dia dah letak, nanti kau Ziq kau tak akan terlepas dari aku macam itu saja.”

“Lambat atau cepat kau pasti khawin dengan aku juga,kau tak boleh nak elak lagi.” Habis dia berkata-kata Sofea tergelak bagai orang gila di biliknya.Dia berhenti gelak digantikan dengan senyuman sinis.” Kau hanya milik aku Tengku Haziq. Otak Sofea mula merancang sesuatu agar Tengku Haziq berpisah dengan Anis Saffiya. Di reyuk gambar Anis Saffiya.

Tengku Haziq pulang lewat malam ini fikirannya serabut dengan gangguan dari Sofea dan desakan dari Dato Kamaruddin. Dia pasti dia tidak dapat mengelak lebih lama lagi. Bagaimana dia nak sampaikan pada Anis Saffiya mengertikan isterinya apa yang di alami kini? Di takut kehilangan Anis Saffiya, dia tidak rela jika Anis meninggalkan dirinya. Kenapa Sofea Ilyana tidak memberi dia bernafas untuk seketika. Kenapa harus dia yang menjadi mangsa perempuan licik itu demi mencapai hasratnya Sofea sanggup mengunakan seribu cara untuk memilikinya.

“Aggrrhhh…..” terjerit kecil dia bila mengenangkan semua ini. Tengku Haziq mula beristifar atas keluhannya sebentar tadi dan mula melangkah dengan longlai menaiki satu persatu anak tangga. Tiba di pintu biliknya dia menarik nafas panjang sebelum menolak pintu dengan perlahan dia tidak mahu kepulangannya mengejutkan isterinya yang sedang tidur sekarang. Keadaan bilik tidurnya kini hanya diterangi lampu bilik tidur, 
samar-samar dia melangkah ke arah dia melangkah ke arah katil. Dilihat isterinya sedang tidur dengan lena.Dia membaringkan dirinya di sebelah isterinya. Tengku Haziq membelai kasih wajah Anis segala kasih,cinta dan sayang tercurah buat isterinya seorang. Dia merenung lunak wajah isterinya bagai tidak puas menatapnya,seketika masalahnya bagai hilang bila terpandang wajah lena isterinya. Dia sangat bersyukur dan beruntung dapat memiliki seorang isteri yang sentiasa memahaminya tidak kira dalam senang atau duka Cuma dia masih takut untuk memberitahu tentang ugutan dari Sofea Ilyana. Dia takut isterinya akan tinggalkan dirinya. Dia tidak dapat bayangkan jika pekara itu berlaku. Terima kasih ALLAH telah menganugerahkan aku seorang insan yang bergelar isteri pendamping daan penyeri hidupku dirasakan sejak dia menjadi seorang suami segalanya lengkap dan memandai dari apa yang dia miliki. Dia memeluk pinggang isterinya dengan erat bagai tidak mahu dilepaskan. Tidak lama selepas itu dia terlena di sisi isterinya.

 
*****

Sofea Ilyana yang berdiri di balkoni rumah banglo di atas bukit memeluk tubuh, dia tidak dapat menerima kenyataan yang Tengku Haziq tidak mencintainya tapi mencintai gadis lain. Dia ingat sewaktu di London semasa Tengku Haziq menolaknya dia merajuk membawa hati yang lara dan bekerja sebagai model sepenuh masa di sana. Tidak di sangka pertemuannya di LCCT Kuala Lumpur merupakan titik hatinya di carik oleh Tengku Haziq. Tengku Haziq tidak nampak akan cinta yang telah disemainya sejak Tengku Haziq bekerja di salah satu hotel yang terkemuka di Penang,lebih mencintai gadis lain. Dia tidak dapat menerimanya. Dia pasti akan dapat terima jika gadis yang mendampingi Tengku Haziq sama taraf dengannya, ini tidak isteri Tengku Haziq hanya seorang anak yatim yang tak tahu di mana asal usulnya. Walaupun malam kian berarak mata Sofea Ilyana masih segar akibat penangan daripada dadah yang di ambilnya. Dia khayal.

“Hai..sayang? Seorang lelaki menghampiri Sofea Ilyana dengan dua gelas minuman.

Minuman itu dihulurkan kepada Sofea Ilyana. Sofea Ilyana tersenyum melihat gerangan yang menegurnya dan membiarkan tangan sasa lelaki itu merayap di sekitar tubuhnya. Sofea tahu keinginan lelaki itu membelainya.Sofea Ilyana mula rimas dengan perlakuaan lelaki tersebut dan menolak jauh tubuh sasa yang cuba memeluknya.

Leave me alone!”Ujar Sofea Ilyana. Dia tiada mood untuk melayani keinginan lelaki di hadapannya. Lelaki itu tersenyum dan tidak mempedulikan kata-kata Sofea Ilyana, diletaknya minuman ditangannya dan Sofea Ilyana di meja yang memang tersedia di bilik itu.

Come on sayang you janganlah marah nanti you tak cantik” lelaki itu cuba memujuk Sofea Ilyana. Dia ingin Sofea Ilyana menjadi miliknya seperti malam-malam yang di laluinya bersama Sofea Ilyana.

I said leave me alone! You tak faham ke!!” Sofea Ilyana mula naik angin.

No, I’m never let you go honey, you be mine”ujar lelaki itu lalu mendakap erat tubuh Sofea Ilyana. Dia yakin Sofea Ilyana pasti akan menyerah jika dia terus membelai gadis yang kini sedang khayal. Dibelainya wajah mulus Sofea Ilyana dengan mesra, akhirnya Sofea Ilyana yang khayal dah dahagakan kasih seorang lelaki tewas dengan belaian lelaki itu. Bersatulah dua jasad tanpa sebarang ikatan. Malam terkutuk untuk mereka. Tanpa rasa takut pada ALLAH mereka melakukan zina akibat hasutan dari pihak ketiga.

‘Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka.’
-Hadis riwayat Baihaqi-


 
*****

Sofea Ilyana merebahkan dirinya diatas tubuh lelaki itu. Kini dia harus pandai memujuk lelaki ini untuk menjayakan semua yang di rancangnya. Dia yakin yang lelaki itu akan menurut segala kemahuannya, sudah 8 tahun dia mengenali lelaki yang bernama Mustafa. Lelaki itu banyak mengenalkannya dengan pelbagai-bagai minuman yang dilarang dalam Islam dan bermacam-macam pil yang dicuba semua di ajar oleh Mustafa.

“Sayang…mungkin ini masanya kita berbincang hal kita.” Mustafa tiba-tiba bersuara.

Sofea Ilyana yang sedang asyik menikmati sentuhan Mustafa tiba-tiba kaku. Sofea Ilyana benci mendengar setiap kali Mustafa menimbulkan persoalan. Dia tidak mungkin dapat hidup bahagia dengan Mustafa yang tidak punya apa-apa hanya muka yang tampan saje, cintanya hanya pada Tengku Haziq. Tidak mungkin dia bersama dengan Mustafa. Mustafa hanya teman di kala dia lagi sunyi dan memerlukan belaian.

“Apa yang nak dibincangkan? I rasa you sendiri tahu apa yang I nak dalam hidup I?”

“Bukankah apa yang apa yang you mahu sama dengan apa yang I mahu Sofea?” balas Mustafa. Dia tersenyum sinis. Masih terbayang segala aksi manja Sofea Ilyana dan ciuman mesra dari Sofea  Ilyana sebentar tadi. Sofea Ilyana bingkas bangun dari pembaringan. Matanya tajam memandang Mustafa yang ketika itu sedang merenung ke arah pintu gelungsur kaca yang terbuka di dalam biliknya.

“Maksud you? I yang terhegeh-hegeh mahukan you begitu?” Suara Sofea Ilyana meningggi. Tangannya pantas menyarungkan T-shirt putih yang longgar ke badannya. Dia melangkah turun dari katil sambil melangkah ke meja solek. Di capainya kotak rokok dan dikeluarkan sebatang rokok. Dihisapnya sedalam-dalamnya, asap rokok dihembus sedikit memenuhi ruang bilik tidurnya. Mustafa tergelak sinis.

“Pandai you melenting” Sofea Ilyana menarik muka masam, muncung bibirnya.

“I tak melenting,”ujar Sofea tegas.

I tahu apa yang I rancangkan semua tak akan berjaya tanpa bantuan you.”

Mustafa hanya mendengar dan menanti dengan sabar setiap butir bicara yang keluar dari mulut Sofea. Sofea Ilyana menguntum senyuman. Dia bagai terlihat kemenangan yang bakal dikecapinya. Bahagia bersama Tengku Haziq.

“Angan-angan you tinggi Sofea” Perli Mustafa sinis.

“Tengku Haziq tak akan sebodoh tu nak menyerah pada you.You ingat dia takut ugutan dari you dan your papa Dato Kamaruddin?”

I dah bersedia dengan sebarang kemungkinan, I nak tengok sejauh mana Haziq mampu bertahan jika isterinya tinggalkan dia atau isterinya harus M.A.T.I.” di eja perkataan itu menunjukakn dia tidak suka gadis yang bernama Anis Saffiya menjadi wanita yang paling di cintai oleh Tengku Haziq.

She must die!”

Mustafa bangkit dari pembaringan. Dia mengambil kemejanya, lalu dikutip seluar dan di pasang. Tangannya pantas memetik suis lampu. Kini cahaya lampu menerangi keseluruh bilik tidur. Sofea Ilyana mengecilkan sedikit matanya yang silau dengan cahaya lampu.

“Apa you fikir I akan duduk diam? I tak akan biarkan macam itu, you milik I?” Sela Mustafa tajam dan tegas.

“Mus.. Dari dulu I dah bagi tahu dan you patut faham dan jelas dengan pekara tersebut. You tak perlu ungkit tentang kita?” bentak Sofea Ilyana.

“Dari dulu I tak setuju dengan plan gila you. Tapi disebabkan I cintakan you, I teruskan juga semua yang you rancang. You langsung tak fikirkan perasaan I pada you, Sofea.” Mustafa menghamburkan segala rasa dihatinya.

‘Gila!’ Sofea Ilyana mencemuh didalam hati. Rasanya di sudah banyak kali menjelaskan pekara yang sama  berulang-ulang kali. Dia tidak sanggup lagi mendengar leteran Mustafa dan amukan ugutan dari Mustafa lagi. Dia benci akan dirinya yang berada ketakutan jika Mustafa marah. Dan dia sering kalah bila amukan Mustafa menakutkan dirinya, pasti Mustafa bijak mengambil kesempatan akan kelemahannya.

You fikir you siapa? You langsung tak ada ciri-ciri lelaki kaya yang I idamkan. I anak Dato sedangkan you hanya hidup berlandaskan layanan baru you akan dapat duit dari I, youkan anak ikan? Macam mana you nak suruh I hidup dengan you? You ada apa? Nothing” Lancang sekali Sofea Ilyana memerli Mustafa dengan sinis.

Jelas riak wajah Mustafa menahan marah. Dia mengatur langkah perlahan-lahan menghampiri Sofea Ilyana. Melampau ! Bukan sekali sekali Sofea Ilyana berkata begitu padanya, sering kali dia rasa tercabar. Ingin di carik-carik mulut lancang Sofea Ilyana. Sofea Ilyana mencebik. Kali ini dia tidak akan gentar dengan gertakan dari Mustafa. Dia harus berani. Di balas tatapan mata Mustafa yang tajam.

I rasa you dah lupa dengan apa yang kita dah buat bersama selama ini? I rasa lambat atau cepat orang akan tahu dengan apa yang kita lakukan.Apatah lagi jika I yang dedahkan” ugut Mustafa. Sofea Ilyana ketawa.

“Apa bukti yang you ada? Kalau orang tahu pun mungkin masa itu I dah jadi bini si Tengku Haziq. I pasti yang I akan hidup bahagia bersama Tengku Haziq. Entah-entah semua bukti yang you tunjuk dah basi tak laku atau you yang syok sendiri dan frust akibat cinta you di tolak oleh I”. Mustafa tersenyum. Dia dah agak pekara seperti ini akan berlaku. Dia bukan lelaki yang bodoh bisa Sofea Ilyana permainkan.

“Siapa cakap I tak ada bukti semua yang kita lakukan, atau you nak I ingatkan satu persatu-satu perbuatan you dan I. Mari I tolong ingatkan you. Masih ingat ke you tentang kejadian 8 tahun lalu yang mengorbankan  nyawa bakal tunang you? Segala yang kita lakukan aksi ranjang? I simpan semua bukti itu ,jangan ingat I bodoh!” Bentak Mustafa. “Atau you nak I tunjukan semua bukti tu pada papa kesayangan you Dato Kamaruddin lepas dia mati terus terkejut jantungnya lepas itu mati.” Mustafa menyambung sambil tergelak kecil. Sofea Ilyana tertelan air liur dan mula cuak, tapi dia buat seperti tidak takut dengan ugutan dari Mustafa. Sofea Ilyana terkaku bila Mustafa mula mengungkit kegiatan jahat yang di lakukannya. Sofea terasa ada tangan sedang membelai dan mencium rambutnya. Ada suara Mustafa berbisik di cuping telinganya.

I tahu you sayang I….I boleh rasakan tapi I nak ingatkan you jangan main-main dengan I. You belum kenal I siapa, Sofea” Suara Mustafa yang perlahan di telinga Sofea Ilyana.

Sofea Ilyana yang mulai ketakutan dan gentar, tapi cuba di kuatkan semangatnya.Dia mengantur ke arah suis yang di pasang di biliknya. Suis itu di pasang papanya untuk tujuan jika ada berlaku kecemasan. Suis tersebut terus di sambungkan ke pondok pengawal yang berada di depan pagar rumah banglo dua tingkat.

“Mungkin you patut keluar sekarang, sebab bila-bila masa papa I akan balik dan bibik I akan masuk ke bilik I untuk mengemas. Atau you nak I tekan suis ini!” Tindakan Sofea Ilyana berjaya menghentikan langkah Mustafa dari melangkah menghampirinya. Mustafa terhenti dari mendekati Sofea Ilyana, jelas tangan mulus itu bersedia menekan suis. Tangannya di kepal erat rasa ingin menumbuk wajah cantik Sofea Ilyana.

You ego Sofea.” Ujar Mustafa sebelum berlalu. Langkah Mustafa berhenti di hadapan pintu bilik.

I cakap keluar kalau tak I tekan suis ini!” Mustafa tersenyum sinis.

I akan kembali sayang” sambil tangannya melayankan flying kiss pada Sofea Ilyana. Sofea Ilyana yang melihat terus menekan dan menjerit.

“Keluar!!” bergema bunyi di pondok keselamatan yang berada di luar rumah banglo dua tingkat .Mustafa yang mendengar terus terkoncoh-koncoh menghilangkan dirinya.

*****

Tengku Haziq membelok keretanya masuk ke perkarangan rumahnya. Suasana di pandang ke luar, hari gelap dan rasa nak hujan malam ini. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30pagi,seharian dia berada di pejabat. Dia buntut dengan ugutan dari Sofea Ilyana dan desakan dari Dato Kamaruddin supaya dia cepat menikah dengan Sofea Ilyana. Untuk pulang ke rumah di dia akan buntu merenung isterinya, sejak peristiwa dia menolong Sofea Ilyana dia dan isterinya jarang bermesra atau bergurau seperti hari-hari yang di laluinya. Dia tahu pasti isterinya terasa dengan tingkah lakunya selalu mengelak dari bersua muka walaupun isterinya pernah bertanya padanya akan perubahan sikapnya,tidak diendahkan pertanyaan yang keluar dari mulut isteri sebaliknya barannya datang setiap kali sikap dan perubahannya di persoalkan. Betapa bodohnya dia masa itu menolong Sofea Ilyana pada malam itu. Niat untuk menolong jadi perangkap buat dirinya. Pada malam itu dia menerima panggilan dari Sofea Ilyana yang mengatakan dia berada dalam kesusahan di sebab tiada langsung perasaaan curiga dia bergegas ke tempat yang di maksudkan oleh Sofea Ilyana.Sebaik dia sampai ke situ dia melihat Sofea Ilyana bergegas mendapatkannya.

“Tolong I Ziq, teman lelaki I dah gila. Dia minta I gugurkan kandungan I.”Suara sayu dari Sofea Ilyana .Dari kejauhan dia melihat Dato Kamaruddin dan dua orang yang mengiring Dato melangkah menghampiri dia dan Sofea Ilyana.

“Pang…!! “Satu tamparaan hinggap di pipi Tengku Haziq. Tengku Haziq tersentak dengan tamparan dari Dato Kamaruddin.

“Apa ini Dato?” terasa pijar pipinya akibat tamparaan dari Dato Kamaruddin.

“Aku tak sangka selama ini, aku kagum dengan kau sebab kau seorang yang berdikari walaupun kau dari golongan berada. Aku kagum dengan kejayaan kau sebagai arkitek muda. Tapi sayang perangai kau sama je macam anak orang berada pandai buat tapi tak mahu bertanggungjawab!”

“Apa yang Dato cuba saampaikan dekat saya.Saya tak faham?”

“Aku tak kira , aku nak kau bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat dekat anak aku!” jelas suara Dato kamaruddin marah. Tengku Haziq mengerut dahinya. Kenapa dia pulak yang harus bertanggungjaawab dengan Sofea? Dia bukan pelakunya. Belum sempat dia menjelaskan di lihat dua orang yang mengiringi Dato tadi maju dan terus di seratnya dia ke belakang bangunan dan di situ di dibelasaah teruk-teruk oleh dua orang suruhan Dato kamaruddin. Dia Cuma menahan sakit di segenap badannya, dia cuba berdiri tapi terasa sakit di rasanyakan kini, dia hanya mampu bersandar pada dinding bangunan.
 Derapan bunyi kasut tinggi jelas di telinganya menghampiri dia, dia melihat dalam samar-samar lampu malam senyuman sinis dari Sofea. Sofea menunduk daan duduk di sisinya. Sofea mendekatkan wajahnya lalu membisikan sesuatu.

I harap you tak terkejut dengan surprise yang I baagi dekat you sayang” Sambil tangan Sofea mengelus pipinya yang bengkak. Di tepis tangan Sofea dan di merenung tajam ke arah Sofea yang masih tersenyum.

“Jangan marah sayang nanti you bertambah sakit, I harap you bertanggungjawab seperti yang papa I bagi tahu tadi.”Tengku Haziq bingung.

So apa kaitan dengan I?” Tengku Haziq bersuara walaupun di tepi bibirnya sakit.Sofea Ilyana  menjungkitkan bahu dan tersenyum sinis kali ini diiringi gelak kecil.

I nak you jadi daddy buat anak yang ada dalam kandungan I.”

“Pergi mampus dengan kau punya kandungan, aku tak ada kaitan dengan anak yang kau kandungkan itu!” Marah Tengku Haziq nada bahasa dirinya telah bertukar kasar. Sofea Ilyana masih tersenyum dan jari telunjuknya dinaikkan di goyang ke kiri dan kanan. Dada bidang Tengku Haziq di sentuh sambil berkata.

Not so fast, sayang!”

I nak you yang jadi daddy untuk anak I hanya you yang mempunyai semua lelaki idaman I, you lengkap semuanya.”

This rubbish! Aku tak akan khawin dengan kau dan bukan aku yang buat kau mengandung!!” Jerit Tengku Haziq.

“Sofea tolonglah! Aku dah penat dengan segala helah kau. Sejak dulu lagi aku tak mencintai kau.” Tengku Haziq mula mengendurkan suaranya dan cuba memujuk Sofea supaya berterus terang pada papanya.Sofea Ilyana mengeleng-gelengkan kepalanya,dan tergelak.

“I tak fikir ada orang yang layak bergelar daddy untuk anak I selain you Haziq atau Tengku Haziq. Pandai you sembunyikan identity you dari pandangan orang.”

“Kau gila Sofea..gila. Kau ingat aku siapa? Pak sanggup untuk kau? Aku dah ada isteri dan aku tak pernah sentuh perempuan lain selain isteri aku. Aku tak pernah melakukan zina!”
“Baik kau cakap siapa bapak budak ini?” merah padam wajah Tengku Haziq menahan marahnya. Sakit yang di rasakan tidak dirasakannya lagi akibat marahnya pada Sofea yang sanggup melakukan perangkap untuk dirinya.

Cold down sayang kan I dah cakap kat you, you are the father.”

“Hei..Perempuan tak sedar diri!!” Tengku Haziq mengumpul segala tenaganya dan mula mencekak kolar baju Sofea. Geram! Tapi cekakannya terlepas akibat penumbuk oleh orang Dato Kamaruddin yang masih berada di situ. Bukan setakat di tumbuk tapi disepak, perutnya terasa senak di rasakan. Sofea menghampiri Tengku Haziq yang tak lagi berdaya melawan, dia menundukan sedikit wajahnya.

You akan khawin dengan I Tengku Haziq Tengku Osman”

“Cepat atau lambat semua family you akan tahu dengan berita ini terutamanya isteri tersayang you, I yakin jika I cakap mesti dia tak sanggup nak bermadu atau dia akan lari tinggalkan you sayang” Sofea bangun dan mula melangkah perlahan-lahan ke arah kereta jaguar hitam. Langkah Sofea terhenti bila terdengar teriakan dari Tengku Haziq dia menoleh ke belakang.

“Cukup dengan apa yang kau buat, sekarang ini aku nak kau dengar apa yang aku nak cakap dekat kau!” Tengku Haziq bersuara tegas.

“Aku tak akan khawin dengan perempuan gila macam kau, dan kau tak akan dapat cinta aku walaupun isteri aku tinggalkan aku. Kau tak akan berjaya memiliki aku menjadi suami mahupun ayah buat anak haram kau!” Tengku Haziq melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya. Jelas kelihatan riak wajah Sofea berubah ketika dia berkata begitu dan berlalu pergi.

Bunyi guruh di langit malam telah mengejutkan Tengku Haziq tentang kejadian 2 minggu lepas hampir seminngu dia tidak pulang ke rumah setelah kejadian yang menimpanya. Dia tidak mahu jika dia pulang ke rumah masa itu pasti persoalan demi persoalan akan keluar dari mulut isterinya. Dia melangkah kea rah pintu dengan lemah, dimasukan kunci ke dalam lubangnya. Di kuak pintu rumahnya dengan perlahan-lahan dia tidak mahu mengejutkan isterinya. Dia tahu ketika ini pasti isterinya sudah lena. Di depan pintu jelas terlihat isterinya Anis Saffiya tertidur di ruang tamu.barangkali Anis Saffiya menunggunya pulang dari kerja.Dia melangkah ke arah sofa dan terjelepuk di lantai di sisi sofa, tubuhnya di sandarkan. Bibirnya lama menyentuh dahi isterinya dengan penuh berhati-hati dia tidak mahu Anis Saffiya terjaga.

I love you sayang” bisiknya sambil membelai rambut Anis Saffiya yang terurai. Beberapa  minit berlalu, Tengku Haziq masih menantap wajah isterinya. Tidak jemu dia menatap wajah yang membuat hidupnya sangat bermakna. Akhirnya dengan berhati-hati,dia mengangkat tubuh kecil isterinya dan dibaringkan di atas katil. Dia tersenyum melihat isterinya sedikit pun tidak sedar dengan pelakuannya. Begitu lena sekali. Tengku Haziq menyelimuti tubuh isterinya hingga ke paras dada.Setelah menyelimuti Anis Saffiya, dia melangkah ke tempat letak baju kotor di sudut bilik tidurnya. Dicampakkan baju yang sudah di pakainya seharian dan bergegas untuk membersihkan dirinya. Lama dia merendam dirinya di bath-tub di bilik air. Rasa hilang semua masalahnya buat seketika. Keluar dari bilik air, dia hanya mengenakan seluar pendek dan T-shirt. Hujan turun dengan lebatnya pada mala mini, sejuk terasa udara ketika dia berdiri di bakolani rumahnya. Ditutup perlahan-lahan gelungsur pintu dengan berhati-hati supaya tempias hujan tidak sampai ke dalam. Perlahan-lahan dia membaringkan dirinya disebelah Anis, sambil tangannya memeluk pinggang isterinya dengan erat seperti tidak mahu di lepaskan. Dipejamkan rapat.

Keesokan pagi Anis Saffiya merasa ada seseorang sedang memeluknya, dia pasti itu suaminya bila dia menoleh ke sisi sebelah di lihat suaminya lena sambil memeluk pinggangnya. Dia bahagia di perlakukan seperti itu. Sudah lama mereka suami isteri tidak berhujung minggu seperti biasa. Biasanya mereka akan mengisi masa mereka dengan melakukan segala aktiviti bersama tapi kini semuanya bagai berubah dia tidak tahu apa menyebabkan suaminya berubah diingin dengannya. Dia pasti ini mesti berkaitan tentang seorang perempuan yang menemuinya pada 2 minggu lepas ketika suaminya baru berangkat ke pejabat. Dia tidak mahu larut mengenakan pertemuan perempuan itu, kali ini dia mahu merungkai apa masalah suaminya. Dia percaya akan suaminya. Dicium dahi suaminya lama segala kasih tertumpah pada suaminya.

“Sayang abang…”bisik Anis Saffiya di telinga Tengku Haziq.

 
*****


Tengku Haziq terjaga dari lenanya setelah merasa bahang panas matahari tertebar di segenap bilik tidurnya. Selimut yang membalutinya tubuhnya ditolak ke tepi. Di renung ruang kosong disebelahnya. Anis sudah tiada. Hari minggu biasanya dia akan bersantai bersama isterinya dan melakukan segala aktiviti bersama. Sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama isterinya di nekad akan menghiburkan isterinya pada hari ini dia tidak mungkin mengelak lagi dari bersua muka dengan Anis. Dia rindu senda gurau, gelak, jelingan Anis padanya. Dia bangkit dan menuju ke bilik air untuk mandi dan turun ke bawah. Di pintu dapur Tengku Haziq melihat isterinya tekun menyiapkan sarapan pagi untuknya sambil menyanyi lagu. Dia melangkah perlahan-lahan, sambil kakinya terjengkit-jengkit. Dilihat isterinya asyik membuat air Milo kegemarannya.

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta..

 
Perlahan-lahan di memeluk isterinya dari belakang. Terus mati nanyian isterinya bila dipeluk dari belakang.

“Abang….”Anis terasa pipinya dicium sekilas oleh suaminya.

“Selamat pagi sayang..Assalamualaikum cinta”

“Kenapa Anis biakan abang tidur balik lepas subuh tadi tengok abang dah terlepas peluang nak masak dengan Anis.Anis masak apa untuk breakfeast kita pagi ini?” Tengku Haziq menyoal isterinya. Pelukannya tidak dirungakai. Dicuit hidung isterinya, terjerit kecil Anis dibuat. “Abang….dah mula dah tu ulat bulu dah naik dapur pagi-pagi ini”Anis Saffiya berseloroh. 

“Anis masak special pagi ini,nasi lemak lauk sotong tumis kegemaran abang. Suka tak?”
Eehh..Apa je yang Anis buat asal dari tangan Anis mesti abang makan. Jom kita ke depan biar abang yang bawak air ini.” sambil dia meraih tangan isterinya.

Tengku Haziq meletakkan air milo yang dibancuh oleh Anis di meja makan. Dilihat isterinya menarik kerusi sambil tersenyum padanya.

“Silakan duduk wahai suamiku yang tercinta.” Anis Saffiya cuba menceriakan lagi suasana di hujung minggu. Di lihat suaminya mengeleng kepala dan tersenyum melihat kenakalan dia.
“Amboiii…dah rasa macam kat hotel enam bintang pulak.Siap ada bidadari yang menemani putera raja makan.”

“Patik setia menemani beta”. Tergelak Tengku Haziq. Di terasa beban yang di tanggungnya hilang melayang apabila terhibur dengan kerenah isterinya ini.

“Baik…beta terima tawaran tuan puteri yang sudi menemani beta hari ini, sebagai hadiah beta nak kasi…cup…”

Terlopong mulut Anis Saffiya mendapat cium buat kali kedua pada pagi ini, di cubit lengan suaminya. Mukanya mula memerah menahan malu di perlakukan begitu. Dia langsung duduk sambil menyeduk nasi lemak ke pinggan suaminya dan wajahnya masih di tundukan. Tengku Haziq yang melihat tersenyum,dia tahu walaupun dah masuk 4 bulan lebih dia mendirikan rumahtangga dengan Anis perasaan malu isterinya tak pernah surut masih pemalu lagi jika dia berlagak romantik.

******


Anis Saffiya menatang air dan cucur udang untuk mereka menikmati berhujung minggu di rumah. Matanya tercari-cari kelibat suaminya. Dia mulai tersenyum melihat suaminya berada di halaman rumah sedang termenung lagi. Dia melangkah perlahan sambil meletakkan dulang yang berisi air dan cucur udang ke atas meja. Dia melabuhkan punggungnya dan melentok manja dibahu suaminya. Tengku Haziq yang sedang termenung tersentak dengan kehadiran isterinya, tangannya terus membelai rambut iakal isterinya yang terlentok manja di bahunya. Dia suka sikap manja Anis. Walaupun belum di kurniakan anak dia bahagia disisi Anis. Mungkin tuhan masih belum bagi dia rezeki untuk menimbang anak.

“Hmm…ni Anis lentok-lentok goda abang, mesti ada pekara yang Anis nak sampaikan kan?”
“Mana ada…Anis saja nak bermanja dengan abang dekat taman ini. Yelalah sejak dua menjak ini nak manja dengan abang susah.Abang asyik pergi pagi dan balik bila Anis dah tidur” protes Anis Saffiya meluahkan isi hatinya.

Alolo….mai sini ceq peluk. Maaf sayang abang banyak kerja di office tu yang terbawa sampai ke rumah tapi abang rasa Anis gedik-gedik kat abang ini mesti ada pekara kan?” Tengku Haziq menjongketkan keningnya.

“Abang ini tahu je kalau Anis buat macam ini. Memandangkan abang dah tahu yang Anis ada perkara nak cakap tak payahlah Anis lentok gedik lagi kan?” Anis Saffiya cuba merungkai pelukan Tengku Haziq tapi suaminya mengetatkan pelukakan.

“Anis cakaplah abang dengar tapi abang tetap nak peluk” potong Tengku Haziq.

“Anis minta maaf jika pekara yang akan Anis bahas ini buat mood mendung abang datang balik. Anis tengok sejak 2 minggu lepas abang mula berubah? Kenapa? sharelah dengan Anis mana tahu Anis boleh selesaikan?”

“Atau abang tengah runsing sebab ada perempuan kejar abang?” Tengku Haziq tersenyum hambar.Dia tidak tahu bagaimana nak disampaikan pada isterinya tentang desakan Dato Kamaruddin dan ugutan dari Sofea Ilyana. Bolehkah isterinya percaya akan dirinya? Tak ada apa masalah pun cuma masalah kecik je.Mana ada perempuan kejar abang. Tapi abang memang ada rasa ada seorang perempuan cantik yang kejar abang lepas itu siap goda abang lagi sekarang.” Tengku Haziq cuba mengelak dari berbicara tentang masalahnya. Biarlah dia yang selesaikan tanpa melibatkan isterinya. Anis Saffiya tersenyum manis memandang wajah suaminya.Dia tahu suaminya tidak mahu dia susah hati tapi dia sedih melihat keadaan suaminya sering kali tertekan apabila ada panggilan telefon. Anis Saffiya meraih tangan suaminya lalu di bawa ke bibirnya lama dikucup tangan suami.

“Abang…Anis tahu abang tak nak Anis risau dengan masalah abang tapi kalau abang pedam sendiri boleh meletup tau!”

“Anis tahu sekarang abang tengan fikiran bagaimana cara nak mengelak dari Sofea Ilyana  anak Dato Kamaruddin yang duk kejar abangkan?”Terlerai pelukan di bahu isterinya. Tengku Haziq mengerutkan dahinya sambil memandang isterinya.

“Tidak..macam mana Anis boleh tahu?Sofea bertemu Anis ke?” Persoalan mula bersarang di benak Tengku Haziq. Dia gelisah kini. Takut isterinya akan termakan hasutan Sofea Ilyana. Anis Saffiya yang melihat Tengku Haziq gelisah pada wajahnya lalu tangan suaminya digenggam dengan erat.

“Kenapa abang pandang Anis macam itu. Abang pelik dari mana Anis tahu pasal Sofea kan?’ Anis saffiya melihat suaminya mengangguk.


*****

 Lonceng yang berbunyi membingitkan telinga Anis yang berada ditingkat atas rumah banglo dua tingkat.Dia tersenyum sambil turun dari tangga satu persatu.

Hhmm..ini mesti abang,mesti ada barang yang tertinggal lah tu?” sambil tangganya membuka pintu dilihat di depan pagar ada seorang wanita seksi berdiri dip agar rumahnya. Di tekan remote automatik untuk membuka pagar. Di lihat wanita seksi itu melangkah masuk dan melangkah ala-ala catwalk.

“Tak ada baju lagi seksi ke dari ini?” omel Anis Saffiya sendiri.

“Assalamualaikum…Cik ini cari siapa?”

I Sofea Ilyana Dato Kamaruddin, dan I bakal madu you.” Anis saffiya terkejut sedikit melopong mulutnya bila mendengar wanita itu memperkenalkan dirinya. Di lihat wanita tu terus masuk ke dalam rumahnya tanpa izin darinya. Wanita itu memerhati sekitar ruang tamunya lalu naik ke atas. Anis Saffiya yang melihat mengekor wanita yang bernama Sofea Ilayana dari belakang di perhatikan segala tindak tanduk wanita tersebut. Sofea Ilayana menolak bilik peraduan mereka, dilihat kelihatan kemas dan cantik berserta dengan bau wangian dari bilik tersebut.

“Maaf cik Sofea awak tak sepatutnya masuk ke ruang privacy  kami. Sila keluar dari bilik saya.” tegas kedengaran suara Anis Saffiya yang tidak suka kehadiran tetamu yang di undang. Di lihat wanita itu keluar dan turun satu persatu tangga dan akhirnya duduk di sofa di ruang tamunya.

“Dahlah gedik.Masuk rumah orang tak ada adap agaknya dia ini anak manja pasal tu tak ada harga diri langsung sampai kenalkan diri,I Sofea Ilyana Dato kamaruddin,I bakal madu you” bebel mulut mungil Anis yang mengajuk percakapan Sofea Ilyana tadi.

Anis yang malas hendak beramah mesra dengan tetamunya terus duduk bertentangan.Di pandang raut wajah wanita di hadapannya.

“Cantik tapi sayang terlalu murah disebabkan pakaian yang tak cukup kain dia ini”desis hati Anis Saffiya. Anis Saffiya melangkah ke dapur. Di dapur tangannya lincah menyedia air buat tetamunya, walaupun hatinya tidak senang dengan kehadiaran tetamu yang tak di undang ke rumahnya. Anis Saffiya melangkah dan duduk berhadapan Sofea Ilyana selepas membawa sebiji gelas berisi minuman oren sejuk ke atas meja tetamu dihadapan wanita yang memakai baju yang agak terdedah di bahagian dadanya. Lama diperhatikan geri-geri Sofea Ilyana yang asyik meneliti semua ruangan yang terdaapat di rumahnya. Tiba-tiba Anis Saffiya yang mendiamkan diri mula berbicara.

“Cik siapa? Saya kenal Cik ke? Apa tujuan Cik datang ke sini? Bertubi-tubi soalan yang keluar darinya. Kedatangan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Sofea pada pagi ini membuatnya yang sedang bersendirian di rumah terkejut dengan kehadiran wanita itu yang mengaku bakal madunya, kebetulan Tengku Haziq baru sahaja keluar untuk pergi ke pejabat. Sofea Ilyana menghela nafasnya.Dia tersenyum sinis dan yakin wanita yang ada dihadapannya bakal meninggalkan Tengku Haziq untuknya.Dia tidak peduli akan melukai perasaan banyak orang apa yang pasti dia mahu meraih cinta Tengku Haziq dan memiliki lelaki itu.Tidak di kira halaangan yang macam mana dia pasti akan menghapuskan sesiapa yang menganggu dia termasuk wanita di hadapannya ini.

Hubungan Anis Saffiya dan Tengku Haziq mulai dingin. Sejak suaminya tidak pulang selama seminggu. Dia melihat suaminya cepat marah dan sering mengelak dari bertembung dengannya. Persoalan demi persoalan muncul dibenaknya tentang perubahan suaminya tapi dia yakin pasti suaminya punyai masalah.

I teman wanita suami you

Ohh..cari abang Haziq, kenapa tak cari abang Haziq kat pejabat atau kenapa tak telefon dia aje?”

I tahu sekarang dia ada di pejabat tapi I datang bukan nak cari dia tapi I nak cari you!” Anis Saffiya mengerut dahinya seribu.Dia datang cari aku?Aku pun tak kenal dia? Nama dia pun aku tak tahu,tapi kenapa dia nak jumpa aku?

“Nama I Sofea Ilyana Dato Kamaruddin, I datang ini nak beritahu you something tentang hubungan I dan Tengku Haziq suami you.”Akhirnya wanita yang bernama Sofea menjawab soalan yang ditanya tadi. Anis Cuma mencari di mana dia pernah mendengar Tengku Haziq ada menyebut tentang seoraang gadis yang obsess memiliki cintanya dulu. Wajah wanita di hadapan Anis tenang. Sofea mengambil air yang disediakan oleh Anis, dihirup air oren sejuk itu perlahan.Sofea meletakkan kembali gelas itu ke atas meja.

Hmmm…sedap pandai you buat air”

I tak pasti sama ada you kenal atau tidak pada I? Tapi I kenal dengan you melalui semua cerita Tengku Haziq pada I. Untuk pengetahuan you, I bakal isteri Tengku Haziq dan tak lama lagi kami bakal berkhawin dan Tengku Haziq bakal ayah pada anak yang I kandung sekarang. I nak you tahu I dan Haziq adalah sepasang kekasih dan I pernah wujud di hatinya sebelum you muncul merebut dia dari I”.

Sepi. Suasana di ruang tamu rumah Anis Saffiya bagai sunyi tanpa bicara dengan penjelasan dari Sofea. Anis tersenyum sinis dan wajahnya tenang saat perkhabaran tentang suaminya.

“Mungkin Haziq takut nak bagi tahu dengan you tentang I, yealah kami masih berhubung dan masih bersama semula.Walaupun dia tahu yang dia kini dah bergelar suami pada you tapi I yakin dia tak pernah cintakan you sebenarnya Dia berkhawin dengan you sebab simpati tak lebih dari itu. Dan dia bahagia bersama dengan I semula walaupun kami dah berpisah tapi jodoh kami kuat”

“Apa you sanggup Haziq tinggal you atau you sanggup bermadu dengan I?” Sofea Ilyana  menambah perisa. Tapi wajah Anis Saffiya tetap tenang dilihatnya tiada riak marah atau cemburu dengan apa yang dia sampaikan pada Anis Saffiya sebentar tadi.Wajah itu tetap tersenyum dan tenang.

“Cik Sofea Ilyana Dato Kamaruddin! Dah habis berbicara ke?”

“Sekarang Cik Sofea dengar apa yang saya nak sampaikan pada Cik Sofea pulak.”
“Kalau kedatangan Cik Sofea ke rumah saya untuk menghasut saya supaya berprangsaka buruk pada suami saya baik Cik Sofea lupakan sebab apa yang cik Sofea sampaikan pada saya tak mungkin saya terima bulat-bulat. Saya lebih kenal siapa Tengku Haziq yang sebenar dia Suami saya dan saya yakin dia tidak akan sesekali melakukan zina pada perempuan yang bukan halal untuknya”

“Saya juga yakin dengan cinta suami saya,dan tidak pernah meraguinya.Saya rasa Cik Sofea dah salah alamat untuk memporak perandakan rumahtangga kami,dan lagi satu saya malu sebagai perempuan tak sangka Cik Sofea sanggup merendahkan diri cik Sofea begitu hina di mata saya sanggup menikam kaumnya sendiri tuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya pada orang sekeliling”

“Jadi tak perlu ada apa lagi nak dibicarakan daan saya tegaskan di sini semua cerita Cik sofea tu tak akan berjaya tuk mngaburi saya supaya benci pada Tengku Haziq kerana cinta saya pada dia bukan kerana obsess seperti yang Cik Sofea lakukan sekarang jadi saya harap Cik Sofea di persilakan keluar dari rumah saya sebab kedatangan Cik Sofea tak di alu-alukan disini.” Kedengaran tegas suara Anis Saffiya sambil jari telunjuknya menunjuk pintu.Merah padam wajah Sofea di kala ini. Tidak di sangka Anis yang yakin akan termakan hasutannya selancang ini berbicara dengannya. Sofea yang marah terus melangkah ke luar, sebaik kakinya mencecah ke pintu dia menoleh ke belakang.

I akan buat you menyesal!” ugut Sofea pada Anis Saffiya.

Anis yang merasa bahunya dipeluk erat oleh suaminya.Lamunan tentang kedatangan Sofea kerumahnya hilang begitu saja.Dilihat wajah risau suaminya.Anis meraih dan mengenggam tangan suaminya dan tersenyum manis.

“Apa Sofea pernah datang ke rumah semasa abang tak ada?Dia buat apa kat Anis?” tanya Tengku Haziq berang.

“Buat apa bang,mana ada dia berani buat apa-apa kat Anis.Tak akan Anis nak biar dia belasah Anis, kalau dia buat pasti Anis akan balas balik sehingga ke titisan akhir” Anis Saffiya cuba berseloroh.

“Anis..baik Anis cakap apa dia buat dekat Anis.Anis jangan tipu abang!” Tengku haziq cemas.

“Bila dia jumpa Anis kenapa Anis tak cakap dengan abang yang Sofea pernah datang ke rumah kita.” Tengku Haziq menyoal Anis.

“Dia ada buat apa-apa dekat Anis? Tengku Haziq bimbang.Tubuh isterinya dibeleknya.Dia bimbang Sofea ada mencedera kan isterinya.

“Abang…abang tenang. Dia tak ada apa-apa kan Anis.Abang jangan risau Anis ok.”

“Maaf sebab Anis tak sempat nak bagi tahu abang yang Sofea pernah datang ke rumah kita,Anis tak ada kesempatan nak bincang dengan abang sebab dah dua minggu abang tak hirau dengan Anis  abang selalu elak bertemu dengan Anis.” ujar Anis Saffiya melepas rasa di hatinya. Jelas kini mata Anis berkaca. Tengku Haziq diam.Kemudian dia menarik Anis ke dadanya. Dia cuba menenangakan isterinya agar mutiara isterinya tidak jatuh. Dia tahu dalam hal ini dia yang bersalah. Tengku Haziq sesekali membelai belakang Anis dengan lembut.

“Abang tahu kenapa dia jumpa dengan Anis.Abang minta Anis jangan percaya segala kata-katanya.Sofea hanya nak memisahkan Anis dan abang.Abang tak anggup kehilangan Anis.Abang sayang dengan Anis dan abang nak Anis tahu abang tak pernah khianati cinta yang kita bina.”ucap Tengku Haziq bersunguh-sungguh menyakin kan Anis Saffiya.
“Abang minta Anis percaya pada abaang dan yakin dengan cinta kita. Abang kenal Sofea itu,dia tak akan berhenti selagi apa yang dia hajati tak tercapai,abang takut Anis terpengaruh dengan dia suatu hari nanti.” Potong Tengku Haziq menambah.

Anis mendongak memandang tepat ke mata Tengku Haziq.Anis Saffiya tersenyum manis.
“Aban….gg “belum sempat Tengku Haziq berkata tangan jari isterinya berada di bibirnya. Pandangan mata isterinya tajam ke arahnya. Keningnya berkerut.

“Abang jangan risau Anis lebih kenal abang dari dia. Dia tak mungkin akan mempengaruhi Anis.Anis percaya pada suami Anis. Kalau dia nak rampas abang dia kena langkah mayat Anis dulu, ingat senang ke Anis nak serahkan suami Anis yang hot ini.”

“Anis tak mungkin akan tinggalkan abang” tegas Anis Saffiya pada Tengku Haziq. Tengku Haziq tersenyum.Jari-jemari isterinya di kucup lembut.Kemudian wajah bujur isterinya dibelai dengan kasih. Dicium lama dahi isterinya.

“Terima kasih sayang sebab tak meragui cinta abang,dan terima kasih sebab Anis percaya pada abang” dipeluk erat tubuh isterinya dengan erat. Hari demi hari kasih dan cinta buat isterinya bercambah mekar setiap hari hatinya sejuk kala memandang waajah isterinya.

“Abang sayang dekat Anis,dan tidak pernah terfikir nak tinggalkan Anis. Bukan senang abang nak tinggalkan Anis tuk perempuan yang tak betul itu. Isteri abang sentiasa buat abang hot bila berada disamping dia” seloroh Tengku Haziq. Anis yang mendengar tergelak mukanya mula merah akibat di usik suaminya.

“Mulalah…nakal dia dah datang”bisik hatinya sambil dia membenamkan wajahnya ke dada bidang suaminya.

“Haziq…!”

Tengku Haziq dan Anis Saffiya sama-sama tersentak. Tengku Haziq terkejut dengan kedatangan Sofea ke rumahnya. Serta merta suasana romantik yang tercipta antara Tengku Haziq dan Aniz Saffiya terhenti. Sofea Ilayana memandang tajam ke arah paasangan yang bahagia didepannya.


*****


“Pak Mat bawak saya balik ke rumah sekarang” Dato Kamaruddin mengarah pemandunya.

Dato Kamaruddin sangat marah akibat berita yang disampaikan padanya selepas meeting tadi. Sofea yang berada di rumah tidak senang melihat kemesraan yang terjalin antara Tengku Haziq dan isterinya. Di sudah buntu untuk mengambilkan langkah seterusnya. Semua yang di lakukan semua tidak termakan oleh isteri Tengku Haziq seolah-olah cinta mereka tidak ada bisa yang mengugat mereka. Dia mesti cepat memisahkan Tengku Haziq dan isterinya. Dia akan merancang sesuatu supaya mereka terpisah. Dalam Sofea Ilyana merencanakan niat jahat dia terdengar kereta papanya. Dia tersenyum lebar, kali ini dia akan mendesak papanya supaya mendesak Tengku Haziq untuk mengkhawani dia. Dia yakin papanya boleh memaksa Tengku Haziq. Dato Kamaruddin turun dari kereta dan terus melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia mencari kelibat anaknya, akhirnya matanya terpaku pada satu susuk tubuh yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu sambil melayan televisyen. Dia melangkah laju ke arah anaknya.

“Sofea..!”

“Apa yang cuba kamu buat?Kamu nak malukan papa?” Sofea yang tersentak dengan tengkingan papanya. Di lihat papanya melangkah menghampirinya lalu tangan papanya naik ke pipinya.

Pang…! Satu tamparan dari Dato Kamaruddin mengena di pipi mulus anaknya.

Terasa pijar pipi Sofea merasa tamparaan dari papanya. Dia terkejut, selama ini papanya tidak pernah melekat tangan ke atasnya tapi sekarang papanya menamparnya. Airmata Sofea mula mengalir.

“Papa..! Apa ini?”

“Apa kamu cakap,kamu tahu tak apa yang kamu buat ini boleh buat papa malu pada Tengku Osman dan Tengku Maria. Kamu pun tahu yang syarikat kita ada kerjasama dengan Syarikat mereka. Sanggup kamu fitnah Tengku Haziq untuk kepuasan kamu Sofea!” marah Dato Kamaruddin.

“Apa papa cakap ini Sofea tak paham!”

“Kamu tak payah nak tegakkan benang yang basah semuanya papa dah tahu.Muzafar dah cerita semua dekat papa.Anak dalam kandungan kamu tu bukan anak Tengku Haziq tapi anak kamu dengan si Muzafar kan?” tangan Dato Kamaruddin menuding ke perut Sofea.
“Papa akan khawinkan kamu dengan Muzafar secepat mungkin lepas ini papa tak mahu kamu menganggu hidup Tengku Haziq dan isterinya lagi.” Tegas kata Dato Kamaruddin pada anaknya. Dia berlalu dari situ dan membiarkan anaknya terkaku di ruang tamu melihat papanya berlalu selepas bercakap. Sofea yang terkaku dengan ucapan terakhir papanya,mengelengkan kepalanya  tanda dia tidak sudi bersuamikan Muzafar. Dia tidak mencintai lelaki itu.Dia harus cepat bertindak sebelum semuanya musnah.

“Tak guna kau Muzafar” bentak hati Sofea sambil menghentakkan kakinya ke lantai.Dia berlalu ke biliknya.Pintu biliknya di hempas kuat.

“Haziq kau tak akan terlepas dari aku.Kalau aku tak dapat kau tak ada siapa yang boleh memiliki kau.kau milik aku!” Sofea berbicara sendiri. Lama dia diam dan akhirnya bergema gelak dari Sofea.Sofea berhenti gelak,dia mendail nombor Muzafar.Dia perlu Muzafar membantunya kali ini sebelum dia sendiri menghapuskan Muzafar dengan tangannya sendiri.

Heloo….” terdengar suara Muzafar di talian. Dia tesenyum cuba melebutkan suaranya”

Heloo.. Dear ini I lah.Tak akan you tak kenal bakal isteri you sendiri”

You nak apa Sofea, kenapa you boleh kata you bakal isteri I

You masih nak tanya. Atau you nak I ingatkan you, dengan apa yang you pada I.You sendiri tahu perangai papa I. Dia nak you bertanggungjawab dengan apa you dah buat kat I

I tahu. Kenapa you tak sudi jadi isteri I” soal Muzafar di talian.

I dah penat nak kejar Tengku Haziq. Baik I kejar you yang pasti boleh bawa I khayal bila berada di samping you sayang”.

Muzafar tersenyum sendiri bila mendengar bahawa Sofea Ilyana akhirnya sudi memulakan hidup bersamanya. Dia merasa rindu dengan Sofea. Dia tahu Sofea sengaja mengodanya dengan suara begitu.

“Tapi sebelum I jadi isteri you, I nak you buat sesuatu untuk I? Boleh ke sayang?”
“Apa saja untuk mu”

“Baik kita jumpa tempat biasa. I tunggu kedatangan you sayang. Sofea Ilyana meletakkan telefonnya. Di yakin yang Muzafar bakal mengikut apa yang dia hendaknya. Sofea bersiap-siap untuk berjumpa Muzafar.

“Kau bodoh Muzafar, kau ingat aku nak kau jadi suami aku. Kau hanya tempat aku bila kesunyian dan kau hanya permainan aku bagi mencapai impian aku untuk hidup bersama orang yang aku cintai. Dia berlalu pergi ke bilik air.


 *****
                       
Kenduri kesyukuran di rumah banglo dua tingkat di Bukit Cendawan kepunyaan Tengku Osman dan Tengku Maria di penuhi sanak-saudara dan sahabat handai. Kehidupan Tengku Haziq dan Anis Saffiya kini mula tenang dan tidak ada lagi masalah yang akan ditimbulkan lagi oleh Sofea. Akhirnya Sofea telah selamat diijabkabulkan dengan seorang jejaka yang mengangkui dia yang bertanggungjawab ke atas kandungan yg berada di rahim Sofea.

Anis Saffiya duduk bersendirian di tepi kolam,di renung kolam buatan di rumah mertuanya.Air kolam  yang berwarna kebiru-biruan di simbah cahaya bintang dan bulan.Dia duduk sambil kakinya di rendam ke dalam kolam sambil menguak air kolam menggunakan kakinya.Kini dia bahagia dengan kehidupannya.Di usap perutnya yang kian memboyot,dia tersenyum apabila merasa ada pergerakan di dalam perutnya.Di letakkan tangannya di bahagian yang terasa tendangan si comel.

“Amboi..Nakal si comel Ummi, ini tendang Ummi mesti ada apa-apa yang dia nak errkk!”
“Tengok si comel Ummi tendang lagi.Okey Ummi faham mesti si comel Ummi dah laparkan?”Anis Saffiya duduk berbisik pada si comel yang di kandungnya.Tanpa sedar kini usia kandungannya hampir memcecah tujuh bulan.

“Anak Walid lapar errkk. Ini Walid ada bawak makanan untuk si comel Walid.”Diusap perut isterinya.Tengku Haziq tersenyum terasa tangan yang mengusap perut isteri menendang.

“Amboi..si comel Walid tak sabar nak makan lagi,sabar nanti Walid minta ummi makan untuk si comel yang ada kat dalam ini.”

Anis Saffiya ketawa dan melirik ke arah suaminya yang sedang duduk disisinya.Tengku Haziq yang duduk  disisi isterinya tersenyum saat mata mereka bertentangan, tangannya terus melingkari pinggang isterinya dan menarik rapat tubuh isterinya.

“Abang..saja nak usik Aniskan mentang-mentang lah Anis sekarang ini banyak makan, Abang terus ambikan untuk Anis.”

“Abang tak takut ke Anis gemuk nanti?”

“Jangan risau abang yakin badan Anis akan kembali seksi dan bertambah hot”seloroh Tengku Haziq. Anis Saffiya yang mendengarnya membulatkan matanya.

“Macam mana kalau berat badan Anis tak turun nanti lepas bersalin?”

“Lepas itu kuat makan pulak”Anis Saffiya memandang suaminya dan menanti jawapan dari Tengku Haziq.

Hhhmm…jujur abang cakap, abang tak berapa suka kalau Anis gemuk. Sebab apa abang tak suka Anis gemuk sebab takut masa abang peluk dia, abang yang akan tenggelam dalam pelukan dia.” Tengku Haziq tergelak kecil sambil menoleh ke arah isterinya. Isterinya memuncung bibirnya.

“Anis…jangan buat mulut macam tu kang abang cium kat sini baru tahu”ugut Tengku Haziq.
“Abang ini gatal lah itu je yang di ingat”tangannya terus hinggap di peha suaminya.

“Aduii…sakitlah sayang. Tengok comel, Ummi cubit Walid”Tengku Haziq mengadu pada si comel yang berada di perut Anis Saffiya.Anis tersentak.

“Aduii….” terasa si comel menendang di dalam. Anis Saffiya berpura-pura sakit untuk mengusik suaminya.

“Sayang..Kenapa ini? Nak bersalin lagi ke? Due tarikh dia lama lagikan lagi dua bulan kalau tak salah abang”jelas riak wajah Tengku Haziq cemas. Kedengaran gelak dari Anis Saffiya, barulah reda hati Tengku Haziq yang di telah dimainkan oleh isterinya. Nakal bisik hatinya.

Cupp’ satu cium hinggap dibibir Anis.Membuat ketawanya terus berhenti.

“Anis jangan risau walaupun Anis dah gemuk abang dah buat persedian untuk Anis mengekalkan bentuk badan Anis. Abang dah buat appointment tuk Anis ke gim lepas habis berpantang semua pakej abang ambik. Abang nak Anis tahu cinta abang bukan berlandaskan nafsu atau bentuk fizikal seseorang tapi cinta abang pada Anis kerana Anis adalah Anis. Abang sayang Anis.”

“Anis tahu, Anis tak pernah meragui cinta abang untuk Anis” balasnya lembut bersama lirikan mata manja.Tengku Haziq yang mendengar terus merangkul tubuh isterinya dengan erat dan kemas.


Tengku Osman dan Tengku Maria yang memerhatikan kelakuan anak dan menantunya di kolam rumah mereka hanya tersenyum dan merasa bahagia melihat kemesraan yang terjalin antara anaknya dan menantunya.Mereka bahagia kerana Tengku Haziq tidak silap memilih isteri.Sejak perkhabaran dari anak dan menatunya bahawa mereka akan menjadi nenek dan atuk mereka mengambil keputusan untuk menantunya tinggal d sini sepanjang tempoh bersalin dan berpantang.Tengku Osman memeluk erat Tengku Maria.

 

*****
                                                           

Pagi ini suasana cerah.Anis Saffiya baru saja keluar dari klinik Dr Haziqah, wajahnya kini lebih bersemangat dan ceria jika dibandingkan dengan pagi tadi yang risau akan keadaan kandungannya yang sejak semalam terasa sakit. Penerangan dari Dr. Haziqah sedikit sebanyak melegakan hatinya. Masih di ingat lagi kata-kata dari Dr. Haziqah tentang kandungannya.

“Puan Anis tak payah risau itu pekara normal untuk orang mengandung. Itu salah satu tindak balas dari si comel yang ada di dalam perut Puan Anis. Sambil tersenyum Dr Haziqah menerangkan dengan lancar dan jelas kepada Anis Saffiya.

Anis Saffiya melangkah sampai ke keretanya. Dia menyelongkar handbagnya mencari telefon bimbit untuk menghubungi suaminya dan ibu mertuanya. Pasti suami dan ibu mertuanya menunggu panggilan darinya. Tengku Haziq tidak dapat menemaninya kerana ada mesyuarat tergempar tentang projek di Johor, manakala ibu mertuanya tidak sihat. Belum sempat dia menghubungi suaminya, ada panggilan masuk. Anis Saffiya tanpa melihat siapa gerangan yang menelefon terus di tekan punat hijau.

“Anis Saffiya?Dengar sini baik-baik! Suami kau dalam bahaya sekarang. Suami kau, Tengku Haziq ada dalam tawanan aku sekarang!”

Jantung Anis Saffiya bagai di retap kasar bila mendengar tentang perkhabaran dari pemanggil yang tidak diketahui siapa. Rasa lemah seluruh tubuhnya ketika ini, mujur dia cepat bersandar pada keretanya.

“Awwakk…siapa? Kenapa suami saya awak tawan? Apa yang awak nak? Tolong lepaskan suami saya!” Pupuk mata Anis Saffiya mula mengeluarkan mutiara jernih.

“Jangan banyak cakap! Kau tak perlu tahu siap aku! Dengar sini baik aku tak akan ulang apa yang aku ucap kat kau buat kali kedua! Aku nak kau naik teksi yang akan menjemput kau, teksi itu akan bawak kau ke sini! Ingat jangan lakukan sesuatu yang bodoh atau cuba menghubungi keluarga dan polis,kalau aku dapat tahu aku tak teragak-agak dan aku jamin bunuh suami kau faham!” Anis mendengar lelaki itu ketawa. Hatinya kini dilanda gelisah dan resah memikirkan keselamatan suaminya.

“Ingat! Orang-orang aku selalu perhatikan tindak tanduk kau. Jangan kau berani buat apa yang aku cakap kat kau tadi.” Amarah lelaki tersebut.

“Tuhan selamatkan suamiku.YA-ALLAH selamatkan dia untukku dan untuk bayi yang aku kandungkan ini.”Anis Saffiya tak berhenti-henti berdoa suaminya selamat dan lindungi.



Tengku Haziq kegelisahan memikirkan Anis Saffiya hatinya dicuit rasa bersalah. Dia kesal membiarkan Anis Saffiya pergi bersendirian, memang niat dia mahu menemani isterinya tapi pagi itu dia ada mesyuarat tergempar tentang tapak projek di Johor. Dia duduk sambil menengok jam. Kini, sudah lima jam Anis pergi tanpa menelefonnya. Tengku Haziq buntu dia tahu Anis tidak pernah begini. Selalunya Anis pasti menelefonnya walaupun lambat. Kini dibenaknya timbul perkara-perkara yang tidak elok tentang isterinya.

Mummy? Mungkin Anis dah sampai ke rumah tapi lupa nak telefon aku.”

“Assalamualaikum mummy, Anis dah balik ke?” Jelas kedengaran getar suara Tengku Haziq.
“Haziq kamu ini kenapa cemas mummy dengar suara kamu?”

Mummy Anis dah sampai ke rumah ke? Dia ada dengan mummykan sekarang?” Soal Tengku Haziq.

“Anis? Bukan dia ada di pejabat ke dengan kamu?Anis tak balik lagi dari klinik, mummy fikir dia ke pejabat kamu”

“Tak ada mummy dia tak dataang sini,Ziq dah risau keadaan dia.Sepatutnya dia akn telefon Ziq tapi sampai sekarang dia tak telefon bila Ziq cuba telefon dia deringan ada tapi tak ada orang angkat mummy!Ziq risau mummy.”

“Cuba kamu telefon dia lagi mana tahu dia angkat kali ini” Tengku Maria cuba menenangkan anaknya. Hatinya kini mula risau akan keadaan menantunya, sudah la kini menantunya berbadan dua.

Mummy Ziq dah cuba banyak kali call hand-set dia tapi tak ada jawab pun.Sebab itu Ziq call mummy mana tahu Anis ada call mummy tadi.?”

“Haziq mummy rasa baik kamu balik ajak papa balik sekali kita bincang kat rumah.”

Mummy Ziq menyesal tak temankan Anis pergi buat check-up pagi tadi,kalau Ziq temankan dia tadi tentu perkara macam ini tak jadi.” Terdengar suara Tengku Haziq mengeluh.

“Ziq tak baik mengeluh, balik ke rumah dulu nanti kita bincang macam mana nak cari Anis,nak.Mummy yakin Anis tak ada apa-apa” Tengku Maria berkata padaanaknya.

Semua orang di banglo dua tingkat di lereng bukit risau akan keadaan Anis Saffiya yang tiada khabar berita tentangnya. Kini sudah 36 jam Anis Saffiya hilang. Masih tiada berita tentang isterinya lagi.Dia sudah membuat laporan polis sebaik sahaja tempoh 24 jam cukup untuk mereka melaporkan kehilangan Anis Saffiya.

Deringan telefon dari ASP Zafri Adam bergema. Segera lelaki itu menghidupkan pembesar suara agar maklumat yang akan disampaikan Inspector Aryssa Najwa sampai dan dapat didengari semua orang yang berada di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu.

“Tuan, kami dah jumpa kereta BMW series 7 Puan Anis Saffiya. Kereta tu elok di terletak di parking lot. Kami juga pergi ke klinik di mana Puan Anis Safiya mendapatkan rawatan pagi tadi. Menurut kata penjaga kaunter, Puan Anis Saffiya memang ada datang ke klinik pada pukul 10.10 pagi dan keluar dari klinik pada pukul 11.00 pagi seperti yang tercatat pada buku log yang di tulis. Kebetulan kami mahu pergi ke rumah seorang pekerja klinik bertugas syif pagi, mungkin dia boleh menolong kita mencari di mana keberadaan Puan Anis Saffiya. Sebelum dia tukar syif dengan Amy, Amy melihat Puan Anis Saffiya menaiki sebuah teksi yang berhenti di belakang kereta BMWnya.” Terang salah seorang orang bawahannya.ASP Zafri Adam diam.

“Baiklah jika ada sebarang perkembangan dan sebarang maklumat lagi sila laporkan pada saya.” Sebaik ASP Zafri Adam memutuskan talian wajah sahabatnya di renung dalam-dalam dia tahu ketika ini sahabatnya runsing.

“Aku rasa ada orang dah perhatikan kau dan mengekori setiap pergerakan di rumah ini,Ziq.” Tengku Haziq yang dari tadi diam dan menunduk wajahnya kita mendonggak ke arah sahabatnya. Jelas kelihat kerutan di dahi Tengku Haziq.

“Maksud aku dia tahu setiap apa yang berlaku di rumah ini. Buktinya, kau mendapat panggilan untuk mesyuarat tergempar dan dia tahu kau tak dapat temankan isteri kau buat check-up seperti biasa jadi tak mustahil dia buat panggilan palsu pasal isteri kau menyatakan kau ada di dalam tawanan dia atau dia khabarkan kau kemalangan.”

“Kalau betul apa yang Inspector Aryssa Najwa bagi tahu tadi ada sebuah teksi yang datang ambil isteri kau.Mungkin teksi itu yang bawa Anis pergi kepada penculiknya.Teksi itu di gunakan untuk mengaburi mata kita supaya mereka tidak di kesan oleh pihak polis.”Asp Zafri Adam menambah kemungkinan yang terfikir di dalam benaknya.

“Tolong aku Ad, buat sesuatu. Aku risau sangat keadaan isteri dan anak aku. Tolong cari Anis dan anak aku. Demi aku. Demi persahabatan kita,” rayu Tengku Haziq bersungguh-sungguh pada ASP Zafri Adam.

ASP Zafri Adam bangun dan melangkah ke arah sahabatnya yang lesu duduk di sofa sejak perkhabaran yang isteri hilang tanpa dapat di kesan oleh mereka.Belakang sahabatnya ditepuk-tepuk. “Be strong friend! Kuatkan hati kau.Tabahkan diri. Daripada kau fikir yang bukan-bukan baik kau bawa berdoa dan dekatkan diri kau pada-NYA buat solat hajat supaya isteri kau baik-baik saja dan di lindungi oleh-NYA.”

 

*****
                                               
Anis Saffiya merasa teksi yang dinaikinya telah lama berhenti.Dia tidak dapat melihat atau menjerit meminta tolong kerana matanya di tutup dan mulutnya di sumbat dengan kain kerana dia dia dalam teksi meronta-ronta dan menjerit.Anis Saffiya tidak sabar hendak menemui suaminya.Anis saffiya tersentak ketika pintu teksi dibuka kasar dari luar.Ada suara garau menyuruhnya supaya segera bangun dan keluar dari teksi. Di dalam hatinya semoga mummy dan daddynya sedar akan kehilangannya dan suaminya.Semoga papa dan mummy melaporkan pada polis akan kehilangan mereka. Dia yakin dengan kebolehan pihak polis dalam membenteras jenayah tidak di raguinya, Polis Di Raja Malaysia cekap dalam menyelesaikan sesuatu kes. Dia hanya mengikut gerak tarikan di tangannya.

“Kita dah sampai, masuk!” perintah suara garau itu padanya. Sekali lagi tubuhnya di tolak dengan kasar untuk memasuki rumah.

“Apa ini, kau main kasar?Tak nampak ke mata aku bertutup mana aku nampak jalan? Dengan perempuan tak berdaya je kau berani buat macam ini hah! Tak ada rasa hormat ke dalam diri kau”Anis Saffiya sengaja menguatkan suaranya supaya suaminya yang berada di dalam rumah ini dengar akan suaranya.

Shhyyyy…..kau tak payah nak jerit-jerit sebab I tak suka dengar you bersuara, well you tak sabar nak jumpa dengan suami you nampak! Hai Anis Saffiya kita bertemu lagi. Apa khabar you dan anak dalam kandungan you ini” Anis Saffiya terasa ada usapan di perutnya lantas di tepis tangan itu dari mengusap perutnya, dia tidak sudi.

Suara itu! Jantungnya bagai di rentap. Suara itu sudah lama tidak didengarinya. Sangkaanya, perempuan itu sudah bahagia bersama suaminya. Rupa-rupanya perempuan itu senyap mengatur startegi untuk muncuk kembali untuk merosakan kebahagian dia dan suaminya.

Dikala ini darah bagai tidak mengalir seperti biasa. Takut dan gentar? Ya hatinya takut dan gentar sedikit kerana yang ada dihadapannya kini bukan suaminya tetapi perempuan gila yang terlalu obses mengejar sesuatu yang pasti bukan milik perempuan ini. Dia terkenang suaminya yang turut di jadikan tawan oleh perempuan ini. Hatinya galau dan resah. Di manakah suaminya kini?Apa yang perempuan ini telah buat pada suaminya. Hatinya  tidak putus-putus berdoa pada tuhan agar dia dan suaminya dilindungi. Di benaknya kini muncul pelbagai-bagai andaian yang tidak elok.cepat-cepat di bawa istifar di hati supaya dijauhkan dari fikiran yang tidak sepatutnya.

Anis Saffiya terasa ada hembusan di pinggir telinganya,membuatkan Anis bergerak menjaarakkan dirinya.Dalam keadaan mata yang tertutup dia bertanya dengan suara yang kuat supaya sesiapa yang mendengar jeritannya bakal menolong dia.”Mana suami aku?Mana abang Haziq?Apa kau dah buat pada dia hah?”

Kedengaran suara itu mendengus marah.

“Tak guna you nak jerit-jerit kat sini sebab tak akan ada siapa akan jumpa you atau dengar suara you kat sini, you sekarang berada di bilik bawah tanah jadi lupakan niat you nak teriak dan meroyan kat sini, sebab tak ada gunanya dear

You nak tahu you perempuan bodoh yang dah masuk perangkap I.You sepatutnya fikirkan tentang keselamatan you dan anak you bukan suami you.You sedar yang suami you memang tak ada disini tu semata-mata nak perangkap you je. Dan I nak you tahu yang I akan seksa you dan anak you ini sampai mati, mati!” tambah perempuan itu di cuping telinganya. Tanpa Anis Saffiya sedar perempuan itu menampar pipinya denga kuat saat pipinya di tampar kuat badannya tidak dapat diimbangi dia jatuh terduduk di atas lantai. Pipinya terasa perit. Kini dirasakan ari-arinya bagai mencucuk secara tiba-tiba. Namun Anis saffiya enggan menunjukan kesakitan yang dia alami pada perempuan dihadapannya kini.

“Kau perempuan yang tak ada maruah kau tahu! Kau tak malu ke sering menjadi perosak dalam rumah tangga orang!Kau gila! Sebenar kau perlu rawatan sakit jiwa!”

“Hanya perempuan gila je yang buat macam ini,kau tak ada pedoman dalam hidup kau.Kau sesat sebab nafsu kau.Nafsu lebih menguasai pemikiran kau dari berfikiran waras.Tahu tak?”

Lepas Anis Saffiya meluahkan isi hatinya dia terjerit kecil akibat rambutnya di rentap  dan di tarik oleh perempuan itu. Kain yang menutup matanya dirungkai kasar. Tubuh Anis Saffiya di seret di atas lantai tanpa ada ihsan di hati perempuan itu. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

You boleh cakap apa yang you nak, tapi I nak tunjukakn sesuatu yang boleh buat you diam. Mukanya di pegang dan disuakan ke satu arah yang menempatkan susuk tubuh yang terduduk sambil mataanya terbeliak ada kesan tembakan di dahinya. Darah percikan dari kepala lelaki itu jelas ada di dinding dan masih segar bau darahnya. Tandanya lelaki itu baru saja di tembak.

 Anis Saffiya memandang perempuan yang ketawa terbahak-bahak. Rasa takut kini menyelubungi dirinya, dia tidak mahu nasibnya seperti lelaki yang ada di hadapannya. Dia tidak mahu mati di sini jika di izin kan dia ingin mati di dalam pelukan suaminya. Perlahan-lahan Anis Saffiya berbicara setelah lama dia berdiam diri melihat mayat yang tak bernyawa di depannya.

“Kaa….uuu..kauu..bunuh suami kau sendiri Sofea? Kau bunuh dia? Kau pembunuh Sofea?”Jelas ada getaran di dalam suara Anis Saffiya. Anis Saffiya cuba meronta-ronta melepaskan ikatan di tangannya tapi sia-sia. Kesakitan yang dialamainya kini semakin kuat mencucuk dirasakan kala ini. Dengan kudrat yang masih ada Anis Saffiya ,masih berani bersuara lagi.

“Memang aku berani, kau tak payah nak berdolak dalik lagi aku tanya mana suami aku!” jerit Anis Saffiya pada Sofea. Anis Saffiya melihat Sofea ketawa terbahak-bahak bagai orang gila sekali lagi. Tidak pernah Anis Saffiya melihat keadaan seperti ini. Dengan rambut yang kusut, dengan muka yang comot dan mata yang kemerah-merahan jauh bezanya Sofea Ilyana di waktu mereka bertemu di rumahnya suatu ketika dulu.

You tentu terkejut I muncul balik dalam hidup you kan? You fikir I akan lepaskan you dan Tengku Haziq hidup bahagia sedangkan I terseksa dengan jatan keparat ini? Sekali lagi kedengaran tembakan yang di hala ke Muzaffar. Ngeri Anis Saffiya melihat mayat Muzafar yang di tembak lagi dengan jarak dekat oleh Sofea Ilyana.

 
Sofea mendekati Anis Saffiya. “Berani you jerit-jerit kat I. You tak takut ke nasib You macam dia?” Sekali lagi pipi Anis Saffiya di tampar kuat dan berulang-ulang kali.

You dengar sini, I tak tahu di mana suami you, sebab I tak akan sesekali menyakiti orang I cinta.You patut tahu dari awal ini semua perangkap dari I nak you ikut semua kehendak I. I tak ada dendam dengan Tengku Haziq, I berdendam dengan you orang yang merampas cinta I.” Ditunjalnya pistol ke arah kepala Anis Saffiya. Anis Saffiya hanya berdoa di beri perlindungan sambil matanya terpejam dan dia mengucap syukur kerana suaminya tidak ada disini. Matanya masih dipejam, dia tahu Allah pasti melindungi dia dan kandungannya, dan amat yakin tidak lama dirinya akan selamat.Tengku Haziq tidak akan membiarkan diri dan kandungannya di dalam bahaya.

“Apasal you diam? You dah takut?” sekali lagi Sofea menarik rambut Anis Saffiya.

“Memang patut you takut dan you kena rasa betapa I terseksa hidup dengan jantan tu?”Anis Saffiya melihat Sofea yang ketika itu sedang bangun berdiri di hadapannya dan tersenyum sinis. Anis Saffiya mengaduh kesakitan akibat di sepak oleh Sofea,Makin lama Sofea Ilyana ketawa dan menyepak-yepak mengelilingi.

You akan menyesal! Dari dulu I dah nasihat you tinggalkan Tengku Haziq tapi you degil, so sekarang you harus mati sebab you penghalang I mengecapi bahagia.” Kening Sofea bercantum dan dahinya berkerut melihat Anis Saffiya masih bertenaga dan kini gadis itu sedang gelak.

Anis Saffiya ketawa dalam kesakitan. Dia menahan kesakitan itu.Sengaja dia menertawakan Sofea. Anis Saffiya tahu Sofea bertindak semasa keadaannya yang tidak berdaya untuk melawan,dengan perut yang sedang memboyot. Dia tidak akan sesekali  tunduk dan takut pada Sofea Ilyana.

“Macam mana Tengku Haziq nak jatuh cinta pada perempuan macam kau?Dan dengar sini baik-baik apa yang aku nak sampai kat kau! Aku tak akan biarkan perempuan gila macam kau merosakkan kebahagian aku dan suami aku dan aku tak akan sesekali tunduk dengan permintaan kau atau takut permianan kau ini? Kerana aku yakin cinta aku dan Tengku Haziq hanya mati saja yang akan memisahkan kami. Jangan kau bermimipi akan mendampingi Tengku Haziq kerana kau tak akan boleh mengantikan aku di hatinya.Kau hanya perempuan gila yang akan kesunyian sepanjang hidup kau. Kau sakit jiwa tak ada lelaki yang nak dekat mahu pun cinta kat kau!Faham?” Sofea yang mendengar tidak dapat bersabar. Dia tidak dapat menerima apa yang di ucap oleh Anis Saffiya padanya. Dia harus seksa Anis Saffiya supaya bibir mungil yang pandai berkata-kata itu tidak bias mengeluarkan suara lagi. Dia kan membuat Tengku Haziq jatuh cinta padanya,dia tidak suka melihat Anis Saffiya sedang mengandungkan anak Tengku Haziq,patutnya dia yang mengandungkan anak jejaka itu. Dia tidak suka dan dia menerimanya. Kali ini dia nekad Anis Saffiya dan anaknya harus mati. Anis Saffiya disepak sekali lagi. Dia tidak akan berdiam diri selagi kedua-duanya mati ditangannya.

 Suasana banglo dua tingakat itu sunyi dan hening. Penghuninya resah daan runsing sejak kehilangan Anis Saffiya, masih belum mendapat berita yang positif dari pihak polis. Tiada sebarang petunjuk tentang kehilangan Anis Saffiya, sehingga sekarang masih tiada sebarang panggilan yang dikesan. Dari semalaman mereka menunggu jika ada panggilan yang berupaya ugutan atau meminta wang tebus dari sesiapa. Hampa. Mata Tengku Maria sudah bengkak akibat terlalu banyak menangis. Sedih hati tuanya bila mendapat tahu kehilangan anak menantunya. Terlalu banyak yang menghuni benaknya. Kehilangan Anis Saffiya telah meninmbulkan kemungkinan yang buruk  tentang perkara yang menimpa menantunya. Anis Saffiya hilang tanpa di kesan.
 
“Abang apa salah Anis? Kenapa mereka sanggup buat keluarga kita macam ini? Apa dosa Anis pada mereka? Tak kesian ke mereka dengan keadaaan Anis yang mengandung?” Rintih Tengku Maria pada suaminya. Tengku Osman yang mendengar rintihan isterinya segera memeluk bahu isterinya. Dipeluk tubuh isterinya dengan erat untuk menenangkannya.

 Tengku Haziq yang lesu hanya duduk mendengar rintihan dari mummyya.Dia tidak mampu  bersuara, dia hanya diam tanpa sebarang riak. Tiada seorang pun tahu bagaimana perasaannya yang menunggu khabar dari isteri tercinta yang hilang begitu saja. Hanya doa dan tawakal kini. Tengku Osman yang melihat kelesuan Tengku Haziq hanya mampu melihat dan memberi sokongan agar anaknya terus tegar menghadapi ujian dari-NYA.

“Ziq,tenanglah nak, sabar dan berdoa. Jangan pernah jemu berdoa, jangan berhenti berdoa. Insyallah, isteri dan anak kamu selamat” Tengku Osman bersuara sambil tangannya menepuk-nepuk perlahan bahu isterinya yang sedang teresak-esak di pelukannya.

 
 Malam mula melabuhkan tirainya. Tengku Haziq kini diatas tikar sejadah memohon perlindungan dan kekuatan dari yang SATU. Airmatanya mula mengalir lagi, dikala ini dia tidak peduli jika ada orang menyatakan dia seorang yang cengeng, katalah selagi isterinya tidak di temui hatinya tidak tenang.

“Ya-Allah bagaimana keadaan isteriku?Apakah yang sudah berlaku padanya?Bagaimana dengan anak kami?Ya-ALLAH Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui,Kau dengarlah rayuan hambamu ini.Tolonglah..Tolong selamatkan isteri dan anakku,lindungilah mereka wahai tuhan!Tolonglah…” Kedengaran esakan dari Tengku Haziq. Selesai dia berdoa dia melangkah ke balkoni memandang pemandangan malam sendirian. Jika isterinya ada pasti mereka bersama-sama merenung malam. Dia memandang kosong ke luar semua perasaan bersatu kini geram, marah, sakit hati.risau,resah bertindih di kala ini. Hatinya kuat berkata kehilangan isterinya pasti ada kaitan dengan Sofea Ilyana Dato Kamaruddin. Dia yakin dan pasti pelakunya Sofea yang sangat berdendam dengan isterinya yang di tuduh mehalang kebahagiannya hidup bersama dengannya. Kalau betul apa yang difikirkannya Anis Saffiya berada di dalam tawanan Sofea, maka nyawa isterinya di dalam bahaya.

“Ziq,Ad nak jumpa Ziq ini”Tengku Maria berbicara.
Entah bila Tengku Maria kebiliknya,tidak Tengku Haziq sedari bila mereka masuk ke biliknya.

“Teksi yang dikesan membawa Anis dah dikesan semalam. Pemilik teksi tersebut Anuar bin Ahmad, setelah puas inspector Aryssa Najwa cari-cari dan selidik rupa-rupanya Pakcik Anuar hanya digunakan oleh Sofea atas segala yang dia tabur pada orang tua tu.Dan Pakcik Anuar dah membuat pengakuan yang dia sama sekali tidak terlibat dalam penculikan Anis. Teksi itu memang miliknya tapi di sewa oleh Sofea dan suaminya, Pakcik Anuar menyerahkan begitu saja tanpa bertanya apa yang Sofea dan suaminya hendak buat.”

“Dia langsung tak tahu di mana Anis berada?”Tanya Tengku Haziq pada Asp Zafri Adam.

“Dia tak tahu dan sama sekali tak terlibat dalam penculikan kau sebab dia ada alibi yang kukuh.Sepanjang kejadian dia hanya berada di rumah bersama keluarga dia menyambut hari jadi anak mereka dari siang hingga ke malam”jawab Asp Zafri Adam.Asp Zafri Adam melihat lirikan mata dari sahabatnya di tahu pasti ada sesuatu yang ingin di sampaikan padanya tanpa di ketahui oleh mummy dan daddynya yang masih setia menanti di biliknya untuk mengetahui perkembangan kes yang dikendalikan oleh sahabatnya.

Mummy,Daddy Ziq rasa baik daddy dengan mummy bawak berehat di dalm bilik.Kita masih perlu bertenaga untuk mencari Anis”

Tengku Osman dan Tengku Maria mengangguk serentak bila anak tunggalnya bersuara. Sebelum mereka melangkah ke bilik Tengku Osman sempat berpesan supaya Tengku Haziq berehat jugak. Tengku Haziq hanya menganggukkan kepalanya tanda mengiakan saranan dari daddynya.

“Ada sesuatu yang kau nak cakap dengan aku Ad?” Tengku Haziq meneka. Mata Tengku Haziq memandang sahabatnya yang sedang menutup pintu biliknya.

“Ad kalau kau ada sesuatu nak cakap mengenai kehilangan isteri aku baik kau cakap sekarang! Jangan serabutkan kepala aku yang memang dah serabut dengan masalah ini semua sampai aku nak muntah bila memikirkan keselamatan isteri aku!” Tengku Haziq mendesak sambil meraup mukanya.
 
“Ziq, pasukan aku dah dapat tangkap orang-orang yang menculik Anis Saffiya. Dan mereka juga dah tunjukan dimana mereka menurunkan Anis.”

“Aku dah arahkan pasukan aku pergi ke rumah itu sekarang pihak polis daah mengepung kawasan rumah itu.”

“Habis kenapa kau masih kat sini lagi?” Tengku Haziq tidak sabar untuk mengetahui perkembangan kes tersebut.

“Sabar Ziq, anggota aku dan mengenal pasti siapa dalang di sebalik kehilangan Anis”

“Siapa dalang dia?”

“Orang yang bertanggunjawab itu Sof…”belum sempat Asp Zafri Adam memberitahu nama pelakunya Tengku Haziq memotong percakapan dia.

“Dia Sofea dan suami dia kan? Sofea Ilyana Dato Kamaruddin dan Muzafar?”
  
I knew it. It is Sofea!”

Anis Saffiya, isterinya hilang angkara Sofea dan suami Sofea. Berita yang disampaikan oleh sahabatnya lebih menakutkan. Dia tahu Sofea bukan mahu wang diinginnya. Sofea hanya mahu dia. Perempuan licik tu tak habis-habis nak susahkan kehidupan dia.

“Ziq, macam mana kau tahu?”Asp Zafri Adam menyoal sahabatnya.Kerutan di dahi Asp Zafri Adam jelas kelihat menanti jawapan dari Tengku Haziq.

Tengku Haziq melepaskan keluhan sambil terduduk di atas katil. ”Dimana?” Tengku Haziq tidak menjawaab pertanyaan dari sahabatnya malah dia menyoal sahabatnya balik.
“Dekat bukit Cendana,Ziq. Sekarang polis dah mengepung kawasan itu. Lagi satu salah anggota aku menemui ini” Asp Zafri Adam menghulurkan seutas gelang tangan yang bertulis Anis Saffiya kepada Tengku Haziq.


Saat gelang tangan itu bertukar tangan, rasa sebak mula bertandang di dalam haati Tengku Haziq.Kini matanya berkaca-kaca,sepasang matanya merenung sayu gelang yang bertulis nama isterinya. Yea, ini memang gelang milik isterinya dia yang menghadiahkan gelang silver terukir nama isterinya sempena harijadi isterinya tahun lepas. Tengku Haziq bangun dan terus menuju ke meja solek di biliknya, di segera  mengapai kinci kereta. Dia ingin mendapatkan isterinya.langkahnya mati bila pergelangan tangannya dipegang oleh sahabatnya.

“Ziq, kau nak pergi mana?”

“Aku nak cari isteri aku, Ad”

“Maaf aku tak benarkan kau kesana. Jika kau ke sana mungkin akan membahayakan nyawa kau dan isteri kau sendiri.”

“Kau gila ke, Ad. Jangan cuba halang aku. Sekarang isteri aku dalam tawanan perempuan gila kau tahu. Kau ada hati suruh aku tidur dan duduk diam bila aku tahu dimana Anis berada?” Tengku Haziq menepis pergelangan tangan Asp Zafri Adam.

“Ziq..!” Panggilan dari Asp Zafri Adam tidak di endahkannya. Di lihat Tengku haziq  semakin laju menuruni anak tangga.

“Aduh! Degil!” Asp Zafri Adam mengomel sambil berlari mendapat sahabatnya.

 

*****

 
“ Anis..Anis..” Tengku Haziq menjerit dengan kuat. Dia tidak peduli arahan dari polis yang cuba menghalang dia memasuki rumag banglo tersebut. Dia masih menjerit lagi memanggil-manggil isterinya. ”Anis…Anis..abang datang sayang..” malang tiada sahutan yang didengari hanya bunyi cengkerik yang menyahut.

Sofea Ilyana yang terdengar ada suara lelaki menyeru nama Anis Saffiya tergelak. Sayu dia mendengar suara Tengku Haziq yang lagi memanggil-manggil nama isterinya dah terbaring kaku dikerjakannya. Dia yakin dengan melenyapkan Anis Saffiya pasti Tengku Haziq merasa kehadiran dia. Dan mula mencintainya. Dia ketawa lagi, yakin polis atau Tengku Haziq tak akan menemui bilik di bawaah tanah ini. Sofea Ilayana melangkah ke arah tubuh kaku Anis yang berlumuran darah. Rambut Anis ditarik sebelum menunduk ke arah cuping telinga Anis.

“Hey…you ,you dengar tak Tengku Haziq dah jumpa kat mana You berada. Kenapa You tak nak bangun…bangun lah bodoh” Digongcang tubuh kaku Anis Saffiya dengan kuat, melihat tiada tanda Anis Saffiya bangun tubuh itu dihempaskan ke lantai. Sofea Ilyana bangun dan melangkah ke arah suis lampu dibilik tu. Belum sempat dia melangkah ke situ dia mendengar polis berteriak.

“Tuan..kami dah jumpa lagi satu bilik di bawah tanah ini” Sofea Ilyana yang mendengarnya cepat-cepat mencari pistolnya yang jatuh ke lantai. Matanya dihalakan ke arah pintu dan bersedia untuk berhadapan dengan lelaki yang di cintainya. Dia tersenyum bila mengingatkan perbuatannya pada Anis Saffiya dan Muzafar. Muzaffar telah di tembaknya dengan jarak dekat dia berdendam dengan suaminya tu,segala penderaan yang di lakukan padanya telah dibalas hatinya puas menamatkan riwayat Muzaffar. Dia tak perlukan Muzaffar untuk menolong dia, dia boleh buat sendiri. Bila mengingatkan Anis Saffiya pula, dia tertawa lagi tingkahnya seperti orang kurang siuman. Hatinya puas membalas semua kesakitan yang dirasakan akibat Anis telah merampas cinta hatinya. Dia sakit hati bila melihat gadis tu mentertawakan dirinya. Dia benci melihat Anis Saffiya mengandung anak Tengku Haziq dia tidak layak nak mengandungkan anak Tengku Haziq hanya dia yang layak. Masih terlayar lagi perbuatan dia, cara dia memukul Anis, menendang tubuh Anis dengan sekuat hati. Diseret tubuh tu sehingga tubuh gadis tu kaku, dan dia yakin anak yang di kandung oleh gadis itu telah mati seperti mana tubuh kaku Anis yang langsung tak mengaduh kesakitan setiap kali pukulan atau tenangan yang di hadiahkan pada tubuh gadis itu. Dia menyakiti tubuh gadis tu seperti mana Muzafar menyakiti badannya sampai dia keguguran segala perbuatan Muzafar di lakukan pada tubuh Anis Saffiya.

“Anis….” Tengku Haziq terpancul di balik pintu yang dibuka oleh anggota polis yang bertugas. Keadaan bilik itu gelap tanpa ada sebarang cahaya. Belum sempat Tengku Haziq dan aggota polis melangkah tiba-tiba bilik itu menjadi terang menerang, Cahaya terbias ke semua sudut bilik itu. Mata Tengku Haziq mengesan susuk tubuh yang berdiri di satu sudut bilik itu, Sofea Ilyana. Dilihat tangan Sofea Ilayana ada supucuk pistol. Sofea tersenyum lebar sebaik melihat Tengku Haziq.

“Mana isteri aku Sofea?”

“Hai sayang…” Tegur Sofea Ilyana kepada Tengku Haziq. Tengku Haziq tidak membalas teguran tu sebaliknya matanya melilau ke segenap penjuru bilik itu. Dia mencari isterinya, tiba-tiba matanya terpaku pada satu tubuh yang kaku di lantai dan berlumuran darah. Dia kenal tubuh yang terbaring itu. Dia meluru ke arah tubuh tu dan dipangkunya tubuh sejuk tersebut.

‘Anis’ rintih Tengku Haziq.

“Apa yang kau dah buat Sofea? Apa salah isteri aku dan anak aku pada kau? Sampai kau seksa mereka sampai macam ini?”

You tak nak tanya khabar I ke Ziq? Sihat ke? Kenapa perempuan itu jugak yang you tanya dulu? I kecik hati tau!” renggek Sofea Ilyana.

“Kalau you nak tanya juga tentang isteri you tu mari I bagi tahu macam mana I seksa dia? I pukul dan tendang dia berkali-kali sampai dia kaku dan berdarah. I benci bila tengok perut dia yang buncit tu sepatutnya I yang mengandungkan anak you bukan dia. Sekarang I dah puas isteri you dah mati. M.A.T.I dear…hahaha..” kasar Sofea bersuara. Dia sudah tenggelam dengan perasaan dendam.

“Tak guna kau Sofea? Hati kau dah jadi batu ke mana pergi perasaan kau hah!” tengking Tengku Haziq. Tengku Haziq bangun dan menepis pistol yang berada di tangan Sofea Ilyana. Sofea tersentak. Tengku Haziq memegang bahu Sofea Ilyana dan tangannya  dilayangkan ke pipi gadis tersebut. Sofea terasa tamparan yang berulang-ulang kali di pipinya perit dan matanya berpinar-pinar akibat tamparan Tengku Haziq di jatuh terduduk. Setelah puas dia mengajar Sofea dia kembali memaut tubuh kaku isterinya. Terasa sejuk tubuh itu ketika ini.

“Sayang…sayang bangun sayang abang datang nak bawak sayang dan anak kita balik ke rumah kita”bisik Tengku Haziq di cuping telinga Anis Saffiya.

Dibelakang Tengku Haziq tidak sedar yang Sofea sudah bangun dan kini berdiri di belakang Tengku Haziq. Pistol diacukan ke arah Tengku Haziq. Sofea yang mendengar esakan dan tangisan Tengku Haziq mula ketawa terbahak-bahak.

You nak buat apa dengan dia, you tak tahu ke yang dia dah mati. I tak akan benarkan you bawak dia kemana-mana. Kalau you nak ikut dia sekali boleh, I pun dah muak dengan you yang asyik lebihkan dia dari I. I boleh hantar you bersama dengan dia di syurga.”

Tengku Haziq diam. Dia tiada suara dan kudrat untuk menjawab segala soalan dari Sofea. Apa yang dia tahu kini dia perasaan sedih dan sayu. Tubuh tubuh kaku isterinya dipeluk. Dia merasa seperti tidak berguna ketika ini, janji yang di beri pada isterinya seakan-akan satu hukuman pada dirinya. Dia pernah berjanji yang dia akan sentiasa melindungi Anis tapi kini apa yang berlaku dia buntu. Dia memeluk tubuh isterinya dengan erat.Disaat ini dia merasakan isterinya tidak lagi bernafas.


Sofea yang mula geram semua pertanyaannya tidak di jawab oleh Tengku Haziq. Kini tangannya kembali menujah kepala Tengku Haziq dengan pistol yang ada di tangannya.

“Kenapa you pilih dia hah? kenapa? Apa kurangnya I ,you tak pernah nak layan atau balas cinta I dari dulu, kenapa? Kalau you balas mungkin bini you tak mati terseksa.” Tengking Sofea. Tengku Haziq diam. Kini air matanya mengalir dengan laju, dia menundukan wajahnya ingin di kucup bibir isterinya, ingin dibisikan kata-kata cinta di telinga isterinya. Ketika Tengku Haziq mendekatkan bibirnya ke bibir isterinya, dia melihat bibir isterinya menghela nafas walaupun perlahan dan bibir itu mula bergerak-gerak. Dia terpaku dan tergamam.

‘Ya-Allah..isteri aku masih hidup lagi. ucapan syukur t .Terima kasih Ya-Allah kau makbulkan doa ku kau selamatkanlah isteri ku.’ Tengku Haziq mengucup dahi Anis lama dan dia bangun dan mencempung tubuh isterinya. Sofea yang melihat Tengku Haziq mencempung tubuh Anis segera mengacukan pistol ke arah belakang Tengku Haziq belum sempat Sofea bertindak. Polis segera melepaskan tembakan ke atas Sofea. Sofea rebah akibat tembakan di kepalanya, sambil matanya terbeliak. Tidak sempat mengucap kalimah syadah.


 *********


 
Tengku Haziq berada di kamar biliknya sambil berdiri merenung malam yang nyaman.Masih terlayar kejadian tiga bulan lepas di matanya ketika dia membawa isterinya ke hospital. Kata-kata Dr Haziqah masih teriyang-iyang di telinganya.

“Maafkan saya Tengku, isteri Tengku berada dalam keadaan kritikal, anak Tengku tak dapat diselamatkan. Bayi yang berada di dalam kandungan isteri Tengku disahkan mati di dalam perut akibat hentakan dan tendangan yang sangat kuat dan bertalu-talu di tubuh isteri Tengku. Kami juga mengesan sejenis cecair yang sedang mengalir di dalam tubuh isteri Tengku daan kami percaya cecair itu adalah racun, sekarang racun yang berada di tubuh isteri Tengku dah merebak ke seluruh badannya jadi isteri Tengku perlu di bedah dengan segera. Dan kami perlu tandatangan Tengku dan keputusan Tengku sekarang supaya pembedahan itu di bisa di lakukan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa isteri Tengku”. Sebaik isterinya selamat dibedah seminggu isterinya koma. Sebaik sahaja isterinya sedar dia dikejutkan denga satu lagi berita yang menghiris perasannya.

“Maaf Tengku buat masa sekarang tak boleh melawat isteri Tengku lagi sebab dia trauma dan dia takut didekati oleh orang.” Bagai ditusuk sembilu hatinya. Keadaan isterinya membuatkan dia lemah. Kenapa begitu hebat dugaan yang menimpa isterinya.

Perkhabaran itu disampaikan padanya ketika dia baru saja pulang dari Cameron dan terus ke hospital di mana isterinya di rawat tapi lain yang jadi pada hari itu. Ketika kakinya melangkah masuk ke wad di mana isterinya di tempatkan. Dia tersenyum ke arah isterinya yang merenung tajam ke arahnya. Belum sempat dia mendekati isterinya di lihat isterinya turun dari katil dan tangannya yang masih terpasang IV di cabut, darah memancut dari tangan isterinya bila dia cuba melangkah menenangkan isterinya. Isterinya lari ke satu sudut katil dan badannya memeluk lutut perutnya dilindungi.

“Pergi..pergi…pergi jauh…jangan dekat aku minta ampun kat kau” rayu Anis Saffiya.

“Sayang ini abang sayang..bukan Sofea”Tengku Haziq cuba memujuk isterinya.

“Pergiiiiii... Jangan sakiti tubuh aku dan anak aku…jauh..jauh…”

Jeritan isterinya didengari oleh pertugas hospital dan segera meaporkan pada Doktor yang merawat isterinya. Satu suntikan di suntik ke tubuh isterinya. Jeritan dan rotaan dari isterinya mula lemah akibat suntikan ubat penenang. Alhamdulilah berkat usaha dia dan keluarganya Anis Saffiya berjaya di rawat. Kini isterinya masih di beri kaunseling, bagi memberi semangat pada diri Anis Saffiya. Walaupun tiap malam tidur isterinya masih di ganggu oleh kejadian itu tapi dia ada selalu ada disisi tak akan meninggalkan isterinya.


Lamunan dia terhenti bila ada tangan halus yang sedang memeluknya dari belakang. Dia tahu siapa yang ada dibelakangnya. Dia turut memegang erat tangan yang memeluknya.
“Sayang Anis berangan apa ini sampai Anis masuk tak sedar pun”

“Tak ada apa-apa”

“Tipulah tak ada apa-apa yang buat abang termenung ini” nada rajuk Anis Saffiya.Anis Saffiya segera merungkaikan pelukan di tubuh suami dan mula melangkah. Tapi langkahnya mati bila Tengku Haziq memegang bahunya dengan lembut dan mengadapnya. Tika ini mata mereka bertentangan ada satu debaran di hati Anis ketika ini, renungan dari suaminya seakan-akan nakal ketika ini.

“Abang..lepaslah Anis nak tidur dah.Mengantuklah.”

“Sayang abang mengantuk atau nak abang dodoikan dia tidur” Tengku Haziq berseloroh. Tengku Haziq melihat pipi isterinya sedang merah dan menunduk malu bila di usik. Dagu Anis di angkat oleh Tengku Haziq dan sebuah ciuman mendarat di bibir isterinya lama. Bila pautan bibir mereka terlerai Tengku Haziq mencempung tubuh kecil isterinya menuju ke arah katil. Di letak tubuh isteri kesayangannya perlahan-lahan lalu Tengku Haziq membisikkan sesuatu ke cuping telinga isterinya.


“Sayang…cinta abang tak akan pernah berakhir walaupun ajal menjemput kita. Cinta sayang tetap ada di hati, insyallah cinta kita akan bersatu di dunia dan di akhirat.

Izinkan abang meluahkan padamu sayang….assalamualaikum”

Anis Saffiya mengerti apa yang diiginkan oleh suami. Tanpa kata dia terus memeluk suaminya dengan erat. Salam dari suaminya dibalas “Walaikumusalam ..Anis sentiasa cintakan abang…..”


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~the EnD~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`




Sekian sebuah cerita dari Hafiz n FR..andai ada kekurangan dari karya yg mengabungkan kami berdua byk kekurangan harap sudi memberi komen buat kami.Terima kasih sudi membaca cerpen yg tak seberapa dari kami. :D

12 comments:

  1. hadirr~~>>>> ary here.

    saspen ni. . cepat2 la up yg full ye. hihi
    ^^

    ReplyDelete
  2. eh ingatkan dah siap....yeye akak nak baca hihihi

    ReplyDelete
  3. Keseluruhan ok, ada jalan cerita yang menarik. Tapi cara olahan yang agak kurang cikit. Ada part-part yang perlu diperbaiki lagi. Hope pas nie ada penambahbaikan... ok.. gud luck

    ReplyDelete
  4. erkkk...ada slap lah pasal u tu...kt uum x dak seni bina @ arktcr.... seni bina x byk tmpa yg ada...kt sri iskndar n uitm jer yg ada.....swta kt twntch kot....UUM universiti cos perniagaan.law,n mltmedia,accnt....

    ReplyDelete
  5. huhuhu..wlpn ade kekurangan tapi jln cerita sweet huhu

    ReplyDelete
  6. best sngat2... tapi ksian la baby mati

    ReplyDelete
  7. wah! dahsyat la cerpen ni! Terbaik! tapi nasihat saya, check spelling ye..hehe...saya pon baru belajar...anyway, story THE BEST!!!

    ReplyDelete
  8. Cerpen ni panjang gila...tak nak jadikan novel ke? nanti boleh cerita lagi detail...plus, cerpen ni kalau dijadikan drama atau filem mmg best! lain drpd yg lain! Tahniah kpd penulis cerita ni yg sanggup ambil risiko...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam farra DeLee terima kasih sudi menegur FN n ZIFFIZ kang DJ sampaikan depa ..owhh kalo nak buat novel tu kang DJ tanyakan kat mereka berdua...insyallah kalo depa buat novel kang mesti DJ war2kan kat blog MSF... :D

      Delete
  9. cerpen yang sangat menarik. hati turut berdebar-debar. nak menangis jugak bila baca story nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Dyana shazleen..

      Terima kasih sudi baca gabungan pertama antara ziffiz n fika najwa ini... DJ harap semoga ceria bak pelangiii :)

      Delete
  10. Sweet and seram tgok sofea camtu

    ReplyDelete