Followers

Thursday 15 November 2012

PULANGLAH PADAKU BAB 4





Suasana di dalam kereta terasa sunyi dan sepi.Sepatah perkataan pun tidak muncul di bibir Dhia apatah lagi Rayyan yang sedang fokus memandu.Masing-masing melayani perasaan sendiri.Rayyan mengerling kearah Dhia yang nampaknya lebih gemar memandang ke luar tingkap.Rasa simpatinya melimpah ruah. Dia tahu Dhia cuba menyembunyikan segala lara dan duka dihatinya sendirian.

Timbul di benak Rayyan untuk memulakan perbualan kerana dia bagaikan cacing kepanasan.Dia tahu Dhiya memerlukan seseorang untuk meluahkan masalah dan kesedihannya.Dia mengerti luka yang sedang merebak rakus dlm hati Dhia ketika ini.

“Dhia, aku faham perasaan kau.Sabarlah. Aku pun tak sangka semua ni boleh berlaku dengan sekelip mata. Maafkan aku.Gara-gara aku, kau diceraikan.Tapi, kau kena tahu, ini bukan salah kita.Ini salah suami kau tu, memang tak berhati perut betul. Kau fikirkan apa ni? Rungsing aku tengok kau macam ni?” Soalnya, ingin tahu.

Lamunan Dhia di cermin tingkap terhenti.Rasa bersalah muncul di hatinya.Memang agak lama dia mendiamkan diri tanpa bercakap sepatah perkataan pun.Bukan bosan kerana tiada perkara yang perlu dibualkan, tetapi fikirannya masih lagi mengingati kejadian dia diceraikan secara tiba-tiba oleh bekas suaminya.Jiwanya rasa kosong.

“Eh, nothing, aku cuma fikir bila aku sampai rumah ibu nanti, apa yang aku nak cakap dengan ibu aku bila dia tahu aku baru aje kena cerai dengan  Muzaffar, aku takut aku yang akan disalahkan,”jawabnya dengan tergagap-gagap.

Jangan nak tipu aku ler....”Rayyan tersenyum sinis.Dari nada sahabatnya yang tergagap-gagap itu dia dah boleh tahu jawapan yang terkeluar dari mulut Dhia betul ataupun satu perbohongan.Dipandang sekali lagi wajah sahabatnya yang duduk menegak disebelahnya.

Kini mereka berhenti di lampu isyarat.Dhia rasa pembohongannya dapat dihidu oleh sahabatnya.Lantas dia menjawab dengan setenang yang mungkin supaya sahabatnya mempercayai setiap kata-katanya.

“Betul lah. Kau ni, aku serabut sekarang ni. Tolong, bagi aku pujuk hati aku ni. Sudahlah.. Bawa ajelah kereta tu. Lampu dah tukar hijau tu.  Jangan banyak cakap, boleh?”arahnya dengan mata yang membulat.

“Pandai ya tukar topik.Aku tahu apa yang kau fikirkan. Aku kenal kau bukan sehari dua,”jawab Rayyan sambil menekal pedal kereta.  Ingat dia tidak tahu apa yang sahabatnya fikirkan?

******

Dhia memalingkan kepalanya ke sisi, cuba menyembunyikan wajahnya dari ditatap oleh Rayyan yang sedang memandu kereta. Airmata turun bagaikan hujan.Dia tidak mahu Rayyan melihatnya menangis.Dia malu, malu pada lelaki itu.Tidak pasal-pasal lelaki ini dikaitkan dengan masalah peribadinya.Namun hatinya benar-benar sudah lemah.Tidak disangka, dia sudah bergelar janda.Bagaikan tidak percaya yang Muzaffar tergamak menuduhnya sedemikian rupa dan menjatuhkan hukuman dengan begitu kejam. Ya Allah, kuatkanlah hatiku...

"Dhia, kau menangis? Sudah tu, tak guna nak tangisi lelaki tak guna tu! Memang dasar lelaki dayus! Bodoh! Tergamak dia buat kau mcm ni!" kata Rayyan dengan penuh amarah.

“Aku rasa takutlah Ray.”Dhia meluahkan rasa bimbangannya. Bukan apa, dia takut ibunya akan memarahinya disebabkan penceraiannya dengan Muzaffar.

“Kau takut ibu kau akan marah kau bila dia dapat tahu yang kau kena cerai dengan Muzaffar, begitu?”selamba sahaja Rayyan menyoal.

Dhia mengangguk.Wajahnya suram ketika ini.

“Ala, kau buat relax aje. Lagipun kau bukan orang yang bersalah dalam hal ni. Si Muz tu aje yang fikir bukan-bukan.”

“Tak patut Muzaffar buat macam ni kat aku.”Dhia mengeluh.

“Memang tak patut pun! Sepatutnya Muz kena faham, kau pergi seminar  sebab kerja. Bukan nak membuat maksiat. Takkan dia tak faham lagi kot tugas kau sebagai coordinator?Rayyan meluahkan juga ketidakpuashatinya. Tangannya memukul stereng kereta. Memang dia marah apabila Muzaffar  mengungkapkan perkataan cerai pada sahabatnya.

“Mungkin jodoh aku dengan dia memang Allah dah tetapkan sampai hari ini aje.Aku pasrah.

“Kau ni asyik pasrah, pasrah, pasrah! Aku tak suka kau sebut perkataan tu.”jelas Rayyan dengan nada marah. Dia rasa Dhia terlalu lembut hati.Apa yang Muzaffar katakan, sahabatnya dengan senang hati menurut perintah. Dia tidak suka dengan sikap Dhia sebegitu.Dia mahukan sahabatnya yang aktif dan pandai berkata-kata seperti di alam universiti dulu.

“Ray, kau marah ke?”Dhia memandang Rayyan yang sedang menarik nafas sambil memegang stereng kereta.

“Memang aku marah.Kau bukan Dhia yang aku kenal dulu.”Rayyan membalas pandangan sahabatnya.

Dhia menundukkan mukanya.Memang benar kata sahabatnya,dirinya memang sudah berubah. Dulu, dialah perempuan yang ceria dan berani meluahkan kata-kata.Tapi selepas berkahwin, keberanian itu hanya dipendam sahaja.

“Dah, tak payah cakap apa-apa lagi sekarang ni. Lagi 200 meter kita nak sampai rumah ibu kau. Fikirkanapa yang patut kau cakap dengan ibu kau.Nanti tak pasal-pasal kau menangis kena marah lagi.”sambung Rayyan lagi.Dia membelokkan keretanya masuk ke perkarangan kampung Malaysia Tambahan.

Dhia tersenyum nipis.Apa yang perlu aku cakap ya?

**********

Akhirnya tiba juga mereka di rumah teres dua tingkat berwarna coklat kepunyaan Puan Suria.Tangan Dhia mula seram sejuk.Tanpa pamit, Dhia keluar dulu dari Rayyan yang masih berada didalam kereta.Direnung keseluruhan rumah itu yang sudah lama tidak dijejaki dihadapan kereta Rayya.Rasa rindu pula pada ibu tersayang.

Rayyan yang berada didalam kereta hanya tersenyum sendiri memerhatikan Dhia yang leka memandang rumah Puan Suria.

Kunci kereta dikeluarkan .Pintu bonet ditekan punatnya di sebelah kunci kereta berlabuh.Bagasi Dhia perlu dibawa keluar dari keretanya. Sebentar lagi dia akan pulang ke rumahnya. Bertemu dengan  abang dan neneknya. 

Dhia menekan bell ring ditepi pagar berulang kali sambil memberi salam. Berharap ibunya akan muncul dan membuka pagar ini. Namun hampa.Ibunya tidak juga keluar menyambutnya. Ditarik nafas perlahan lalu diucapkan salam.

“Assalamualaikum!”jeritnya dari luar. Mana pulak ibu aku ni?bisiknya dalam hati. Takkan pergi keluar kot? Setahu Dhia, ibunya jarang keluar. Kalau keluar pun, ke kedai Pak Din sahaja.Itu pun tidaklah jauh mana.

Tiba-tiba, pintu depan rumah ibunya terbuka.  Hah, ibunya!Matanya membulat.

Siapa?Mata Puan Suria dikecilkan.Cermin matanya tertinggal di dalam bilik tidur.Baru sekejap tadi dia menunaikan sembahyang asar.Kunci pagar diambil ditepi dinding.

“Ibu, Dhia ni! Jawabnya dengan penuh teruja.Dilambai-lambai tangannya diluar pintu pagar.Rayyan tiba dibelakang Dhia sambil membawa bagasi Dhia.Tersenyum dia melihat keterujaan sahabatnya.

“Dhia? Ya Allah, anakku! Telekung yang tidak dibuka sejak tadi tidak menghalang Puan Suria dari keluar menyambut anaknya. Pagar hitam yang dikunci dibukanya dengan  sedikit gopoh. Maklumlah, satu-satunya anak perempuan kesayangan.

Lantas, dipeluk anaknya dengan erat.Dhia turut sama membalas pelukan ibunya. Tahu yang ibunya merindui dirinya semenjak dia pergi ke Melaka selama dua minggu.

Rambut anaknya diramas lembut.“Anak ibu dah balik.Alhamdulilah. Ibu selalu doakan setiap kali solat Dhia akan pulang dengan selamat. 

Pelukan dilepaskan.Wajah anaknya direnung lama.

“Ibu jangan risau, kalau Rayyan ada, Dhia pasti akan selamat.”jawabnya sambil tersengih-sengih.  Rayyan disebelah hanya membeliakkan mata.

“Ray, apa khabar nak?tegur Puan Suria sambil menganggukkan kepala. Bila anak tersayang didepan mata, orang lain tidak akan dihiraukan.

“Baik, mak cik.”balasnya sambil tersenyum.

“Marilah, masuk dalam dulu Ray, Mak cik buatkan air.”ajak Puan Suria.

“Hmm..tak mengapalah mak cik. Saya kena balik dulu. Nanti nenek tunggu pulak kat rumah tu.”jawabnya dengan tenang.

Nenek Rayyan, Puan Hadijah  memang dikenali sebagai perempuan yang sangat cerewet.

Umurnya yang sudah menjangkau 60 tahun tidak menghalangnya dari membuat sesuatu perkara diluar jangkaan.Pernah sekali Rayyan membawa neneknya ke rumah ini, dia dikritik hebat kerana tidak menjaga kebersihan dapur.  Dalam hati, dia menyumpah seranah nenek Rayyan yang main sedap mulut aje mengkritik dapur orang lain. Terngiang-ngiang di fikirannya kritikan pedas Puan Hadijah.

“Jagalah dapur Sue ni macam Sue jaga diri Sue sendiri. Kalau tetamu datang, mereka akan datang dapur. Suka ke kalau ada tetamu yang datang kritik dapur ni kotor?”kata Puan Hadijah dengan nada sinis. Terdiam Puan Suria.

Ada benarnya juga kata-kata Puan Hadijah itu, Dan sekarang, dia lebih mengutamakan kebersihan dapur.Anaknya tiada dirumah membuatkan dirinya lebih senang untuk membersihkan dapur.

“Oh. Lupa pulak, nenek kamu ada di rumah.Mesti dia rindu pada kamu. Dah lama tak jumpa kan?sambung Puan Suria lagi.

Rayyan mengangguk.

“Aku lupa la nenek kau ada kat rumah. Lama sangat aku kat Melaka tu sampai lupa nak call nenek.” Dhia menepuk dahinya.Dia memang rapat dengan nenek Rayyan.Itulah satu-satunya nenek yang masih dia ada di dunia ini.Walaupun tiada ikatan persaudaraan, namun nenek Rayyan tetap menganggapnya cucu. Ramai yang sedia tahu mengenai cerewetnya nenek Rayyan, tapi bila Puan Hadijah berada disisi dia, serta-merta cerewet itu akan hilang.

Kadang-kadang dia berasa pelik dengan sikap Puan Hadijah yang terlalu baik dengannya.Mesti ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuannya.

“Padan muka.Nenek merajuk, aku tak nak tolong pujuk.”Ujar Rayyan dengan selamba.
“Apa ni, kata sahabat?”

“Sahabat tak sahabat.Apa yang penting aku nak balik sekarang. Mak cik, saya balik dulu. Hari dah petang ni. Nanti apa pulak kata nenek kat.”

“Tak nak sembahyang asar dulu?”

“Gulp!”Seakan-akan terhenti nafasnya bila mendengar perkataan sembahyang dari mulut Puan Suria. Aduh! Apa aku nak jawab ni?

“Err..mak cik, tak apalah. Saya sembahyang kat rumah aje.Balik dulu ya semua.” Jawab Rayyan. Beg bagasi diberikan kepada Dhia.  Cepat-cepat tangan Puan Suria diambil lalu disalaminya.  Rasanya itulah jawapan yang paling munasabah setakat ini yang dapat membantunya menjawab soalan.

Dhia rasa hairan.Apa kenalah dengan mamat ni? Pelik aku.

******

Fuhh! Selamat aku! Katanya sendirian tatkala dirinya masuk ke dalam kereta.Ditarik nafas panjang.

‘Kalaulah Dhia tahu yang aku ni susah sangat nak solat lima waktu, memang aku kena leter cukup-cukup dengan minah tu. Mampus aku!’

Kereta Volvo C70 miliknya berlalu pergi meninggalkan  Dhia dan Puan Suria. Sempat dia melambaikan tangan kearah mereka berdua.

Dhia dan Puan Suria membalas lambaian Rayyan dengan senyuman.

“Apa kena dengan Rayyan tu?tanya ibunya.

“Entahlah ibu, Dhia pun pelik.Tadi tak adalah tergopoh-gopoh sangat masa nak datang sini.Bila dah sampai sini, cepat aje nak balik.”jelasnya lagi.

“Hmm..Takpelah.Biarkan dia balik.Apa yang penting, anak ibu dah balik dengan selamat.Jom, kita masuk dalam.”ajak Puan Suria sambil tersenyum. Pintu pagar dikunci semula.

‘Jom!”balasnya dengan nada gembira walaupun hatinya masih lagi dalam keadaan gelisah. Harap ibunya dapat terima apa yang bakal dicakapkan nanti. Bagasinya dibawa bersama.
Mereka terus masuk ke dalam tanpa sebarang bicara.

******

“Dah lama Dhia tak jenguk rumah ni. Rindu pula rasanya.”katanya setelah duduk diatas sofa yang berwarna merah itu. Diletakkan bagasinya ditepi sofa.

“Memang dah lama pun Dhia tak datang sini. Ibu pun tinggal kat sini sorang-sorang.Takde orang nak diajak berbual.”keluh Puan Suria. Dia duduk bersebelahan dengan anaknya.

“Ibu,  jangan cakap begitu.Dhia rasa bersalah.”Diambil tangan ibunya lalu digenggam erat.Direnung mata ibunya.

Patutkah diberitahu ibunya tentang kejadian tadi? Adakah ibu akan memarahinya?
Rasa takut mula menghantui diri.Kepalanya ditundukkan dari menghadap muka ibunya.Diketap bibirnya.

“Sayang, anything wrong?”soal Puan Suria. Ingin tahu.Rambut Dhia dibelai lembut sambil tangannya mengenggam tangan Dhia.

“Hah?”Kepalanya diangkat semula.‘Perlu ke aku cakap sekarang?’Ditatap wajah ibunya.

“Ibu..”

“Kenapa, Dhia? Ada sesuatu yang Ibu perlu tahu ke?”

Dhia melepaskan tangannya dari dipegang ibunya.Dia bangun dari sofa dan menuju ke televisyen.Bunga yang terletak di sebelah televisyen itu disentuh.Rasa bersalah makin menebal.

“Kalau Dhia cakap  Ibu jangan marah Dhia ya?

“Cuba terus-terang pada ibu.” Puan Suria turut bangun sama. Dituju kea rah anaknya.

“Ibu..”Dipeluk ibunya seerat mungkin.Tanpa dipinta, air mata jatuh juga.Ya Allah, berikan aku kekuatan.Aku tak cukup kuat.

Puan Suria terkejut. Kenapa pulak anak aku ni? Detik hatinya.

“Cuba terangkan pada ibu apa yang dah berlaku.Muzaffar marah Dhia ke?”Diusap badan belakang Dhia dengan penuh kasih sayang.Takkanlah menantunya ada buat perkara yang tak elok dibelakang Dhia sehingga anaknya menangis didakapannya.

Teresak-esak Dhia menangis.Mulutnya bagaikan terkunci untuk menjawab pertanyaan ibunya. Sanggupkah ibu menerima aku sebagai seorang  janda?

“Bukan. Tapi..Dhia baru aje kena cerai ibu.”katanya dengan terus-terang. Segalanya telah terbongkar.Biarlah ibunya tahu.Tangisannya makin kuat.

Puan Suria tergamam.Tangannya yang mengusap lembut belakang Dhia terus terhenti.Dilonggarkan pelukannya.Renungannya  menikam tajam ke mata anaknya. Bagaikan meminta kepastian dari mata itu.

“Betul ke apa yang ibu dengar ni?”bibir Puan Suria terketar-ketar. Mungkin sebentar lagi air matanya pula akan jatuh berderai seperti Dhia. Anaknya dah bercerai? Tak mungkin!

Terduduk Dhia di hadapan ibunya sambil memaut kaki ibunya.Puan Suria menarik nafas panjang.

“Maafkan Dhia, ibu! Dhia tak sangka perkara sebegini boleh berlaku pada Dhia.Dhia minta maaf sangat-sangat.Dhia tak dapat nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.”ucapnya bersama tangisan yang masih tidak henti turun.

“Dhia, jangan menangis nak!Ibu tak sangka kamu diceraikan.”Airmata Puan Suria akhirnya berderai jua. Dia juga turut terduduk sama.

Puan Suria kembali memeluk anaknya.Erat sekali pelukannya.” Astagfirullahalazim!

Patutlah Dhia terus ke rumah Ibu.Siap bawa bagasi lagi.Apa yang Dhia dah buat sehingga berlaku perceraian ni?”soal Puan Suria. Adakah Muzaffar cemburu Dhia bergaul rapat dengan Rayyan sehingga perkataan cerai meluncur di bibir menantunya?

“Dhia tak tahu ibu.Muzaffar senang-senang aje ceraikan Dhia tanpa alasan yang kukuh.”jawabnya dengan jujur. Memang dia sendiri tidak tahu sebab apa suaminya membenci dirinya. Bekas suaminya ada berkata tentang CD yang diberikan oleh seseorang.Tapi siapa?

Pelukan tadi kembali longgar.Mata anak-beranak itu saling bertatapan.Puan Suria mengelap airmata anaknya.

“Lagi satu Dhia nak bagitahu lagi. Muzaffar dah kahwin lain! Dengan PA syarikat dia sendiri.”sambungnya lagi.

“Apa!”bulat mata Puan Suria tatkala mendengar  jawapan dari Dhia. Ya Allah! Tak sangka anaknya mendapat dua kejutan yang berlaku secara mendadak ini. Kesiannya anakku!

Kedua-dua bahu Dhia dipegang.Matanya melekat pada pada pipi Dhia yang agak merah itu.Tadi muka itu dilihatnya tiada kesan kemerahan.Adakah bekas menantunya menampar pipi anaknya? Jika benarlah telahannya, maka dia tidak akan teragak-agak hendak menampar kembali muka Muzaffar semula!

“Sayang, kenapa pipi tu merah?”tanya Puan Suria. 

Dhia menyentuh pipinya. Alamak! Macam mana aku boleh lupa aku kena tampar dengan Muzaffar tadi.Memang ibu lagi terperanjatlah jawabnya.

“Ibu tanya ni. Jangan diam.”

“Err..”tergagap-gagap Dhia hendak menjawab. Bibirnya diketap kuat.

“Muzaffar tampar Dhia, itu yang Dhia nak cakapkan?”

Dhia diam. Habislah aku! Ibu memang pandai meneka.

“Betulah tu.Ibu tak sangka menantu ibu yang sorang tu dalam diam ubi berisi.Dalam diam dia curang dibelakang kamu.Ingatkan dia mampu jaga anak ibu dengan baik. Tapi, apa yang berlaku sekarang ni memang buat ibu rasa nak hantukkan aje muka dia tu kat dinding! Biar dia rasa menyesal ceraikan anak ibu yang selama ni setia pada dia. Huh! Memang tak guna si Muzaffar tu. “ujar Puan Suria dengan  geram.

Dhia menarik nafas panjang. Lalu disentuh lembut paha ibunya yang masih memakai telekung.

“Biarlah ibu.Apa yang berlaku sekarang sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ibu jangan risau. D.ia masih kuat hadapi semua ini.”Sengaja dia berkata begitu dihadapan ibunya.Dia tidak mahu melihat ibu tertekan lagi dengan permasalahannya.Cukuplah ibu tertekan sewaktu ayahnya meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat sakit jantung yang telah lama dihadapi.

“Sabar ya nak.Ibu ada untuk Dhia. Hadapilah semua ni dengan tenang. Ada kebahagiaan untuk Dhia suatu hari nanti.Ini ujian dari Allah buat Dhia.”jelas Puan Suria dengan selembut mungkin. Dipegang tangan anaknya dengan erat.

Dhia menganggukkan kepalanya. Sekarang ini, dia akan cuba untuk  tidak menangis dihadapan orang yang disayanginya. Walaupun hatinya bagaikan ditusuk duri yang tajam, seboleh mungkin dia akan menyembunyikan kesedihannya. Dia akan menangis didalam bilik atau tempat-tempat yang tiada orang sahaja.

“Sekarang ni, apa yang perlu Dhia buat ambil wuduk dan pergi sembahyang asar.Mohon pada Allah semoga hati sentiasa tenang apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak dingini.”

“Dhia masuk bilik ya ibu, nak sembahyang.”Dhia mula berdiri.Dikesat airmatanya yang masih meninggalkan sedikit kesan.

“Pergilah.”senyuman mula terukir dibibir Puan Suria.

Bagasi yang berada ditepi sofa tadi diambil lalu dibawanya menuju ke tangga yang berwarna coklat itu.Tatkala dia sedang memanjat tangga membawa bagasi, sempat juga dia menoleh ke belakang.Memandang wajah ibunya yang masih lagi duduk di tempat tadi.

“Dhia sayang ibu selamanya..”katanya didalam hati. Terus dia melangkahkan kakinya menuju ke bilik tanpa memandang ke belakang lagi.





Bersambung :D Salam Maal Hijrah buat semua warga pembaca blog MSF...jgn lupa tinggalkan komen tuk NUR DAEYA..... 





























5 comments:

  1. Best2 cpt smbng yeb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah..Nur Daeya akn smbung dlm mase terdekat.. :)

      Delete
  2. best sngat2... smbng lgi ya writer
    klau bleh konflik jganlah jhat sngat tau writer
    uat yg sweet2 dah le..
    hehe jgan marah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkn kepuasan sy pd enovel sy ni lebih trtumpu ke pada cite yg byk suspen n konflik. insyallah sy akn buat konflik yang tidak lah trlalu jahat n tidaklah terlalu sweet..mknanya separuh2..tq y Ruunna Qizbal sebb sdi mmbacanya. saya appreciate sgt2..:)

      Delete
  3. best2....suke sgt2...
    chaiyok2 kak eya....hihihi

    ReplyDelete