Followers

Tuesday 2 April 2013

KU PERCAYA ADA CINTA DI HATI BAB 9



OLEH : FR

  
         Miqael termenung di halaman rumahnya. Pemandangan disekeliling tidak menarik minatnya. Kejadian dua minggu lalu banyak merubah sikap Miqael. Dia lebih banyak termenung. Kalau dulu dia sering mengunjungi kelab malam tetapi tidak sekarang. 

Perasaan bersalah sering menghantuinya. Kejadian dimana dia nekad untuk ‘memiliki’ Rina dengan cara yang salah. Dia masih terdengar suara gadis itu merayu-rayu sambil menangis meminta dilepaskan. Tapi dia telah dikuasai oleh syaitan. Dia tidak mempedulikan rayuan  dan tangisan gadis itu. Langsung tidak hadir perasaan bersalah pada ketika itu. Dia akui, dia khilaf dalam memiliki cinta dan kasih sayang Rina. Dan dia amat pasti, sekarang ini Rina amat membenci dirinya. ‘Tapi kenapa pada hari rina sedar, gadis itu langsung tidak melaporkan pada pihak polis?’, Miqael tertanya-tanya. Sudah lama dia memikirkan kenapa Rina tidak melaporkan apa yang telah dia lakukan pada Rina dan Fika kepada pihak polis. Tapi dia tidak mempunyai jawapan.

Dia mahu mendekati gadis itu semasa di kolej. Tapi Rina seperti mengelak dari berjumpa dengannya. Mungkin gadis itu teramat membenci dirinya. Dan lagi satu perubahan yang amat ketara dalam diri Rina ialah banyak mendiamkan diri dan lebih suka menyendiri. Dia tidak lagi seperti Rina yang dulu. Rina yang sentiasa ceria. Murah dengan senyuman. Gadis itu seperti memendam segala luka dan cuba untuk mengubati lukanya itu tanpa orang disisinya. 

Miqael sedar bahawa perubahan gadis yang dicintainya itu adalah disebabkannya. Gadis itu telah kehilangan insan yang sangat bererti dalam hidup. Rina telah kehilangan seorang sahabat bernama Fika.

‘Fika... maafkan aku Fika. Disebabkan aku, kau jatuh dari tangga. Maafkan aku Fika’, Miqael menangis apabila mengingati kejadian yang hampir meragut nyawa Rina. Tapi.. Fika?. Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku Ya Allah. Aku manusia yang tak pernah bersyukur. Aku bertaubat padaMu Ya Allah. Maafkan atas segala kekhilafanku Ya Allah’, Miqael menangis ketika menghambakan dirinya di tikar sembahyang. Dia tidak dapat membendung air matanya dari mengalir. Betapa besarnya dosa dia kepada orang di sekelilingnya. Dia menangis teresak-esak di malam yang hening. Tanpa dia sedari, ada sepasang mata turut menangis bersamanya.

“Tolong aku Ezrey. Aku takut... Aku banyak buat salah kepada orang di sekeliling aku”, Miqael menangis teresak-esak.

Ezrey berdebar. Dia merasa hairan apabila melihat wajah Miqael. Wajah Miqael pucat seperti ada sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang telah Miqael lakukan. 

“Wei Miqa. Kau buat lawak apa nie? Aku tahu kau saja nak kenakan aku”, ujar Ezrey sambil ketawa. Ketawanya terhenti apabila melihat wajah Miqael yang serius. ‘Tiada perubahan pada wajah Miqael. Bererti apa yang dikatakan Miqael adalah benar. Apa yang telah Miqael lakukan?’, Ezrey tertanya-tanya dalam hati. 

“Wei Miqa... apa yang kau dah buat? Kau cerita dekat aku sekarang. Apa yang kau takutkan sangat nie?”, tanya Ezrey kebingungan. Miqael menarik nafas panjang sebelum menceritakan satu persatu insiden yang berlaku didalam rumah dua tingkat milik Rina dan Fika. Apa yang telah dia lakukan pada Rina dan Fika. Ezrey yang mendengar tergamam. Dia tidak menyangka sama sekali Miqael berbuat begitu.

“Apa..! Miqael.. kau sedar taka pa yang kau dah buat?! Kau tak ada perasaan ke masa tu? Kau tau tak yang kau nie syaitan yang bertopengkan manusia!. Aku menyesal sangat sebab ikut rancangan bodoh kau nie! Kau tahu tak, kes kau nie dah melibatkan nyawa orang. Kau tahu tak!”, marah Ezrey berbakul-bakul terhadap Miqael. 

Tidak cukup dengan marah, Ezrey memberi penumbuk sulung pada Miqael sehingga dia terjelupuk jatuh di atas tanah. Ezrey merenung tajam kearah Miqael. “ Kau memang tak ada otak Miqa. Kau tergamak guna cara kotor semata-mata kau nak jadikan Rina hak milik mutlak kau. Kau tau tak, dengan cara kau macam nie Rina akan bertambah benci pada kau? Kau tau tak?!”, tengking Ezrey masih tidak berpuas hati.

“Aku tak sangka, sepupu yang aku sanjung selama nie rupa-rupanya bodoh. Otak cetek. Buat sesuatu tidak fikir panjang. Aku malu ada sepupu macam kau. Mulai dari hari ini, detik ini, saat ini, aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau anggap saja aku sudah mati. Kalau dekat kolej, jangan tegur aku. Anggap kita tidak pernah kenal antara satu sama lain”,  Setelah Ezrey meluahkan segala amarahnya pada Miqael, dia terus berlalu pergi meninggalkan banglo tiga tingkat itu. 

Sudah dua minngu Mikail dan Ezeryy tidak bertegur sapa. Hati Ezery masih panas mengenangkan sikap Miqael. Miqael juga sedar bahawa pintu kemaafan untuknya belum terbuka. Dia tahu dia berdosa. Dia bersalah kerana tidak pernah mendengar nasihat sahabat dan merangkap sepupunya itu. Kini dia kehilangan Rina dan Ezrey.

Miqael mendekati Ezery yang sedang menyiapkan tesis. Dia duduk bersebelahan dengan Ezery di dalam perpustaakan itu. Namun Ezery buat tidak nampak sahaja, seperti tiada sesiapa disebelahnya. Miqael mahu meminta maaf. Walaupun hanya sekelumit kemaafan. Sudah cukup memadai buatnya.

”Aku nak minta maaf”.

“Bukan pada aku yang kau patut minta maaf, tapi pada Rina dan Fika”, kata Ezrey seraya terus melipat buku notanya dan lantas mengangkat punggung beredar dari situ. Malas dia hendak melayan orang seperti Miqael yang bertindak tanpa berfikir. Selama ini dia ingatkan Miqael seorang yang sangat matang dalam berfikir, tapi sangkaannya meleset.

“Ezrey..!”, panggil Miqael, namun panggilan itu langsung tidak diendahkan oleh Ezrey.

****
Kereta Miqael tiba-tiba dihalang oleh sebuah kereta. Kenderaan yang dipandu Miqael terpaksa diberhentikan serta merta. Seorang lelaki keluar dari kereta yang menghalang kereta Miqael sebentar tadi. Lelaki itu berjalan menuju ke pinta kereta Miqael.

“Kau keluar sekarang”, lelaki yang tidak sikenali Miqael itu mengetuk cermin keretanya. Kereta Miqael yang tidak kunci itu dibuka kasar oleh lelaki itu. Pantas lelaki itu menarik kolar baju Miqael. Miqael terpaksa keluar gara-gara lelaki itu bertindak kasar.

“Korang nie siapa? Apa yang korang nak? Tiba-tiba tarik baju orang”, soal Miqael.

“Dah habis tanya? Sekarang rasakanlah...”,tanya lelaki berbadan tegap itu. Kemudian Miqael menerima tumbukan bertubi-tubi dari dua orang lelaki yang tidak dikenalinya itu. Miqael cuba untuk melawan tetapi kudratnya tidak standing dengan dua orang lelaki yang berbadan sasa dan bortopeng itu.

“Siapa korang nie? Apa yang korang nak? Kalau korang nak duit, aku boleh bagi”, tanya Miqael. Tanpa dia sedari salah seorang lelaki mengambil kayu yang berada di tepi jalan lalu dihayunkan kayu itu ke kepala Miqael. Miqael yang tidak tahu apa-apa, bertanya kepada dua orang lelaki itu. “Apa yang kor...”, ayat Miqael terhenti apabila kayu itu tepat mengena belakang Miqael. Miqael tersembam jatuh dan matanya berpinar-pinar. Perlahan-lahan matanya tertutup. Dua orang lelaki it uterus melarikan diri setelah Miqael rebah dan tidak sedarkan diri.

****
“Beb, aku nak tanya sesuatu. Boleh tak?”, wajah Fika begitu ceria ketika menuturkan sebaris ayat pertanyaan itu. Itu ialah kali terakhir Rina bercakap dengan Fika sebelum kejadian yang menimpa mereka berdua.

“Hurm.. Kau nak tanya apa?”

“Kalau aku dah tak ada nanti, kau nangis tak? Dan.. aku nak kau cari pengganti aku. Kau cari kawan yang boleh buat kau ketawa dan selalu tersenyum. Boleh kau cari pengganti aku, bila aku tak ada nanti?”, tanya Fika sambil tersenyum.

“Pertanyaan ka utu pelik. So... aku tak nak jawab”, jawab Rina.

“Ye ke pelik? Bagi aku biasa jer pertanyaan aku tadi”, jawab Fika dengan selamba. “Walaupun aku hanya anak angkat daalm keluarga kau, tapi aku sangat menyanyangi keluarga kau macam keluarga aku sendiri. Banyak jasa kau dan keluarga kau pada aku”, sambung Fika lagi.

“Stop It! Aku tak nak kau cakap pasal nie lagi. Kau dah janji dengan aku kan, yang kau takkan cakap lagi pasal nie. Dan soalan kau tu aku tak boleh nak jawab”, kata Rina. Dia terus bangkit untuk beredar dari meja makan tapi belum sempat dia melangkah pergelangan tangannya dipegang oleh Fika.

“Rina.. kalau aku mati, apa kau akan buat? Kau akan menangisi ke bila aku ‘pergi’?”, tanya Fika.

“Fika... Jangan sesekali kau sebut perkataan tu dekat aku”, Rina berkata dengan nada yang marah. ‘Jika itu berlaku, aku tidak bersedia. Aku tak bersedia untuk kehilangan kau Fika. Aku tak boleh hidup tanpa kau’, rintih Rina dalam hati.

“Mati itu sesuatu yang pasti. Setiap manusia akan menemui mati. Dan mengigatinya adalah sunat. Salah ke aku cakap pasal mati?”, tanya Fika.

“Aku tahu tu. Aku tahu kita sunat mengingati mati. Tapi... aku...aku tak sedia lagi untuk kehilangan kau Fika. Dan aku tak boleh hidup tanpa kau disisi aku. Kau selalu ada disisi aku semasa aku senang dan susah. Kau banyak memberi sinar baru dalam hidup aku”, sayu suara Rina. Betapa dia takut untuk kehilangan sahabat seperti Fika.

“Arina.. aku pun sayangkan kau. Aku sayang mama, papa, abang Aidil dan kak Jasmin. Kau dan keluarga kau amat bererti daalm hidup aku. Walaupun aku hanya orang luar dalam dalam keluarga kau, tapi mereka layan aku macam keluarga sendiri. Sedangkan keluarga aku.. buang aku”, ujar Fika dengan nada sayu.

“Tapi... seandainya aku ditakdirkan pergi dulu dari kau. Aku nak kau teruskan hidup. Jangan bersedih terlalu lama. Kau kena bangkit demi aku. Bergembiralah selagi kau ada kesempatan di dunia ini dan bahagiakn keluarga, orang disekeliling kau. Dan... kau harus rajin buat assignment dan memperolehi segulung ijazah. Boleh kau janji dengan aku Rina?”, kata Fika menagih janji Arina.

Ada tangan seseorang yang mendarat dikedua-dua bahu Arina. Arina berpaling, rupa-rupanya mama yang berada dibelakangnya sambil tersenyum hambar. Entah bila masa mamanya itu masuk, dia tidak pasti.

“Mama, papa, abang Aidil dan kak Jas baru lepas melawat Fika”, kata mama Rina.

Ayat mamanya itu menimbulkan satu persoalan dibenaknya. Namun dia tidak mampu untuk meluahkan apa yang dia fikirkan. Dia takut untuk mendengar jawapan dari mulut mamanya. Dia lebih rela berkurung diri di dalam bilik. Berulang alik dari kolej dan menelaah buku setiap hari.

“Kenapa sejak kejadian itu, Rina tak pernah sekali pun melawat Fika?”, tanya Pn.Sri Qasidah Qaseh kehairanan.

“Rina tak kuat mama... Rina takut. Bagi Rina masa ye mama?”, ucap Rina. Pengecut! Pahit tekak Arina menelan perkatan tersebut. ‘Ya! Aku memang pengecut. Aku pengecut sebab aku tak boleh terima kenyataan yang Fika sudah tidak ada lagi di dunia ini’, bisik hati kecil Rina.

“Sampai bila Rina nak berperang dengan perasaan Rina? Berkurung. Menyisihkan diri dari orang. Sampai makan minum Rina pun tak jaga. Ingat dengan semua yang Rina buat ni, dapat selesaikan masalah? Dapat merubah apa yang dah berlaku?”, Pn.Sri Qasidah Qaseh cuba untuk menyedarkan anaknya itu.



BERSAMBUNG.... ;D




 

 

1 comment: