Followers

Tuesday 11 December 2012

KASIH SI KEMBAR BAB 15



    
 Lamuanan Megat Ilman terganggu akibat suara Megat Ammar yang bertanya padanya. Kenangan 12 tahun lalu terbang bagai di bawa angin malam. 

“Kemana auntie Khalissa dan Fika Farisya sekarang?” Soal Megat Ammar.

Hhhmm..papa tak tahu di mana mereka berada Amm” Megat Ilman terpaksa berbohong. Dia perlu merahsiakan dulu keberadaan Fika Farisya dari Megat Ammar. Jika Megat Ammar tahu pasti Fhyka Arissa akan tahu. Fikirannya kini berat dengan pelbagai persoalan. Dia buntu bagaimana dia nak memberitahu adiknya Megat Ihsan dan Fhyka Arissa bahawa Rahmah Khalissa tiada lagi di dunia ini. Mahukah Fika Farisya tinggal bersama mereka? Dia mengeluh perlahan lalu bangun dari kerusi.

“Amm duduklah berehat dulu, papa nak masuk ke dalam. Papa belum solat isyak lagi. Nanti jangan tidur lewat sangat.” Megat Ilman tiada niat untuk memanjangkan perbualan dengan anak lelakinya. Dia takut andai lama lagi dia duduk di situ pasti keberadaan Fika Farisya akan di ketahui oleh Megat Ammar.

Megat Ammar mengangguk kepalanya dan tersenyum memandang Megat Ilman yang sudah berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah.

“Papa..”

Megat Ilman berpaling memandang Megat Ammar dengan riak kehairanan. Wajah Megat Ammar ditatap tepat menanti kata-kata yang ingin keluar dari bibir anaknya.

Good night, Papa.” ujar Megat Ammar perlahan.

Megat Ilman tersenyum. Dia megangguk kepalanya. Di renung anaknya lama sebelum beredar dari situ. Dapatkah anaknya menerima wasiat dari arwah isterinya nanti? Macam mana dengan reaksi mamanya jika mendapat tahu tentang pekara itu? Detik hati Megat Ilman.

Kata-kata gadis yang di temui di Melaka tempoh hari mengasak fikiran Megat Ammar.



Hey..Aku cakap kau bodoh nanti kau marah dekat aku pulak.Kau ini masa sekolah subjek bahasa melayu kau gagal ke?Aku dah cakap aku bukan Rissa!”

Sejak kejadian itu dia tidak dapat melupakan sepasang mata berwarna coklat hazel  yang dimiliki gadis itu sampai sekarang. Dia seperti pernah melihat sepasang mata itu dulu. Dia menyeluk saku baju tidurnya. Dia mengeluarkan seutas rantai  berloket huruf ‘FF’ yang bertahtakan berlian yang berwarna putih. Di renung rantai itu lama. 

Rantai yang dijumpanya 12 tahun lalu ketika dia dan mamanya balik selepas berjumpa seseorang di pondok perhentian teksi yang tidak jauh dari banglo mewahnya. Adakah rantai ini milik Fika Farisya? Peristiwa 12 tahun yang lalu kini berbalam-balam semula mengunjungi kotak memori Megat Ammar. 

“Lissa !” dalam kegelapan dan hujan yang bertaburan membasahi bumi, seorang wanita dan anak lelakinya sedang berpayung menanti Rahmah Khalissa di pondok perhentian teksi.

“Kak Ainur! Bagaimana Kak Ainur berada disini?” Soal Rahmah Khalissa cemas. Rahmah Khalissa tidak menjangkakan Aina Ainur akan menunggunya disitu. Pasti Aina Ainur keluar secara curi tanpa pengetahuan Engku Habibah dan Megat Ilman.

“Akak keluar melalui pintu belakang. Ini pun akak terpaksa bawak Si Ammar ini. Dia tak mahu tinggal. Lissa terima lah ini. Hanya ini yang mampu akak berikan” Aina Ainur mendapatkan Rahmah Khalissa lalu menghulurkan sepucuk sampul surat.

“Apa ni Kak Ainur?”

“Lissa guna duit ni untuk kegunaan Lissa dan Fika.”

“Tapi….”

Pantas Aina Ainur menggeleng.Perlahan-lahan dia mengusap pipi Rahmah Khalissa. Dia sudah mengangap Rahmah Khalissa adiknya. Airmata Aina Ainur mula merembas keluar bila mengenangkan nasib Rahmah Khalissa dan anaknya kelak. Kenapa Engku Habibah sanggup membiarkan kehancuran rumahtangga anaknya sendiri?

“Terima kasih, kak !”Dengan pantas Rahmah Khalissa merangkul tubuh Aina Ainur seerat-eratnya bersama tangisan.

“Maafkan akak dan abang Ilman kerana tak dapat membantu Lissa lebih dari ini.”

“Tidak kak, Lissa faham. Jika Engku Habibah sudah bersuara dan membuat keputusan tiada siapa yang boleh merubah keputusannya tu. Lissa tak pernah salahkan Kak Ainur dan abang Ilman.” Tersentak Aina Ainur seketika apabila Rahmah Khalissa tidak lagi menyebut ‘mama’. Dia memandang sayu wajah Rahmah Khalissa hatinya yakin yang Rahmah Khalissa sedih,luka dan terkilan.

Aina Ainur tersenyum hambar. Matanya kini terarah sesusuk tubuh kecil yang berada di belakang Rahmah Khalissa. Dia menunduk sambil memanggil sekecil yang kebasahan.

“Adik, salam dengan Maklong Ainur dan Ammar sayang ” Anak kecil yang bersembunyi di belakang mula melangkah dan menuruti arahan Rahmah Khalissa.

Aina Ainur yang melangkah ke arah gadis kecil tu menyambut huluran tangan anak kecil tersebut lalu dirangkul dengan erat. Megat Ammar yang melihat segala perbuatan mamanya dan gadis kecil yang berada di samping mamanya.

“Amm…mari sini sayang. Salam dengan Fika, Amm”Aina Ainur memanggil anaknya yang berdiri tidak jauh darinya. Megat Ammar hanya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu melangkah ke arah mamanya.

Tajam mata Megat Ammar pada gadis yang berada di dalam pelukan mamanya ada terbit rasa cemburu di hatinya ketika ini. Mata Megat Ammar dan Fika Farisya saling berpandangan ketika ini. Lama.

Aina Ainur faham yang anak lelaki cemburu apabila dia merangkul Fika Farisya sebentar tadi. Di lepaskan pelukan pada tubuh anak kecil itu dan dicium bertalu-talu wajah Fika Farisya.

“Maafkan akak Lissa,akak tidak boleh lama disini.”

“Lissa faham kak. Kak Ainur pergilah balik dulu. Tolong tengok-tengokkan abang Ihsan dan Rissa dan jaga Engku Habibah baik-baik. Tolong katakana pada anak Lissa yang Lissa sayang padanya.” Pesan Rahmah Khalissa untuk terakhir kali. 

Aina ainur mengangguk sayu. Dia melangkah perlahan di dalam hujan yang semakin lebat sambil menuntun anak lelakinya. Meninggalkan kedua-dua beranak tersebut bersendirian.

Megat Ammar sempat berpaling kebelakang ketika itu jelas di matanya sampai sekarang sepasang mata bewarna coklat hazel merenung melihat langkah dia dan mamanya. 

Lamunan Megat Ammar terganggu dengan detik jam di dalam banglo mewah yang berdetik dua belas kali menandakan sudah tepat pukul dua belas malam. Megat Ammar bangun dan melangakah masuk ke dalam rumah. Sebentar tadi dia asyik mengelamun di halaman rumahnya. Rantai yang di genggam disimpan balik ke saku baju tidurnya.

**********


“Ayah...Ibu…Ayah…Ibu... jangan tinggalkan adik !”Jerit Fika Farisya.
Teman sebilik Fika Farisya, Arnina terus terjaga dari tidur, Arnina duduk di katilnya lalu melihat Fika Farisya masih merancau-racau di dalam mimpinya memanggil-manggil ayah dan ibunya  pantas Nina mendapatkan sahabatnya.

“Fika bangun..bangun Fika. Kau mimpi ini!” Tubuh Fika Farisya di goyang perlahan.

Fika Farisya yang merasa tubuhnya digoncang perlahan,tersentak. Lalu dia membuka matanya.

“Nina, maaf mesti aku mengigau errkk? Maaflah ganggu tidur kau aje.” Jelas  Fika Farisya  separuh berbisik. Jelas di wajah Fika Farisya peluh membasahi dahinya di lap perlahan.

Nina tersenyum dan mengeleng. “Tak..kau tak ganggu aku pun. Aku tahu kau mesti rindu ibu dengan ayah kau kan?” Lembut suara Arnina menyapa digegedang telinga rakan sebilik memerangkap rakan sekuliahnya dalam bidang perniagaan di University Of  Nottingham,UK.

 




bersambung....:D

6 comments:

  1. kak fika nak lagi..nk yg panjang2 punya..tak puas nak bacala.:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. arifuka...terima kasih dik kang DJ bg tahu kat FN up lagi panjang sikit...hihi :)

      Delete
  2. Nak lagi... Best ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dik ...insyallah kang DJ minta FN up lagi .. :)

      Delete
  3. dah sampai UK?? yeah, sambung laggiii...;)

    ReplyDelete