Followers

Monday 18 March 2013

DILARANG MASUK KE HATIKU BAB 2


OLEH : MYA AZLISHA



Jam di dinding dikerling, sudah pukul 2.00 petang. Kifayah mengesat peluh di dahi. Sempat mencuri masa untuk solat zohor, itu pun dileteri maknya kerana banyak kerja yang harus diselesaikan di dapur. Sejak dari pagi tadi, kerjanya asyik memotong bahan-bahan untuk dilambakkan atas laksa, laksam, bihun sup, bakso dan moi sup.

Emaknya pula sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja memasak. Adiknya, Eja sedang memotong daging untuk diisi dalam bungkusan bihun sup. Selalunya pukul 4.00 petang, emaknya akan bergerak ke Pasar Malam untuk berniaga. Dalam seminggu, empat hari emaknya akan berniaga. 

“Mak, pergilah solat dulu.” Tegur Kifayah sambil mata mengerling ibunya yang ralit memasukkan bihun dalam bungkusan.

“Kejap lagi, banyak kerja ni. Alah sempat lagi nak solat. Korang berdua ni bukannya boleh harap. Pemurah tak kena tempat, jual sebungkus RM 2.50 tapi, bubuh bahan bukan main banyak. Macam harga RM 10 sebungkus. Eja, potong daging tu nipis-nipis, jangan tebal-tebal. Bankrap mak nanti, barang semua mahal-mahal sekarang ni.” Leter Rafeah seperti biasa. 

Eja hanya mendengar. Kasihan kakaknya, Kifayah yang akan mengambil peperiksaan STPM tidak lama lagi. Langsung tidak berpeluang hendak belajar. Harus menolong emak berniaga saja sejak Kak Rihanna berkahwin.

“Tak baik lewat-lewatkan solat mak. Sikitnya bihun mak isi. Nak buat tahi gigi pun tak cukup.” Tegur Kifayah tidak puas hati. 

Kadang-kadang emaknya ini kedekut yang tahap melampau. Bila ditegur, tidak pernah mahu mendengar, degil lebih pada budak-budak.

“Mak, Kifa tak nak ikut mak berniaga hari ni boleh tak? Adik jelah yang ikut. Kifa nak belajar, tak lama lagi kan nak STPM.” Pinta Kifayah dengan harapan agar emaknya bersetuju. 

Sejak kakaknya berkahwin, dia pula membantu emaknya berniaga di Pasar Malam hampir setiap malam, kalau dulu dia akan bergilir-gilir dengan kakaknya. 

Kalau mengikut emaknya berniaga di Pasar Malam, mesti sampai ke rumah dalam pukul 11.00 malam kerana emaknya akan menunggu sampai jualannya habis, baru akan balik. Bila balik, badan pun penat. Sudah tidak larat untuk belajar.

Hujung minggu beginilah, dia boleh menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Dia juga menganyam impian ingin belajar tinggi-tinggi. Keputusan percubaannya tidak berapa baik sangat. Hanya dapat Bahasa Melayu C, Sejarah B, Pengajian AM D, Kesusateraan Melayu B dan Pengajian Perniagaan B.
“Kalau Kifa ikut mak, Kifa lagi cekap buat kerja dari adik. Adik tu tak berapa cekap lagi. Lagipun, peperiksaan percubaan Kifa bukannya ada A pun, tak payah nak bagi alasan.

Kalau dah tak pandai tu, pulun belajar 24 jam, tak kan pandai punyalah! Lagipun boleh percaya ke nak belajar? Entah-entah nak tengok TV, nak menaikkan bil elektrik dalam rumah ni!” Rafeah tidak menerima alasan. 

Opah Jah, ibu pada Rafeah yang sedang makan sirih mencelah. Dari tadi dia sibuk juga membantu anaknya itu mengupas bawang merah.

“Kamu ni, Peah. Bagilah peluang Kifa belajar. Sebab keputusan percubaan dia tak elok lah, dia nak belajar bagi dapat elok. Cubalah kasihankan anak-anak kamu ni sama. Hidup mati, asyik berniaga saja. Biarlah dia nak belajar, mana tau dapat peluang nak pergi universiti.” Tegur Opah Jah membuatkan Rafeah ketawa besar.

“Mak, mak agak-agaklah nak cakap pun. Anak-anak Peah semuanya tak bertokoh langsung nak masuk U. Percayalah cakap cucu mak tu, nak belajar konon? Entah-entah berlingkar buat tahi mata dalam bilik. Lebih berfaedah kalau ikut Peah berniaga,” beritahu Rafeah. 

Sudah jadi tradisi dari anak sulungnya, belajar setakat SPM lepas itu dia akan menerima pinangan dari lelaki kaya yang akan memberikan duit bulanan untuknya. Hanya Kifayah yang tiba-tiba lepas sampai ke peringkat STPM hasil sokongan Opah Jah. Kalau tidak jangan harap dia akan benarkan anaknya itu belajar lagi.

Hidayah, anak sulungnya telah berkahwin dengan tauke balak, Hussein. Rihanna, anak ke duanya pula sudah dikahwinkan sebulan yang lalu dengan anak Ketua Kampung, Rosli yang mempunyai banyak kebun-kebuh getah. Hantaran anaknya saja berpuluh ribu, memang membuatkan dia bangga dan dipuji oleh seluruh orang kampung. Kifayah juga pastinya bakal dikahwinkan dengan orang kaya


BERSAMBUNG... ;D

8 comments:

  1. Amboi..maknya pula yang mata duitan ! Tak patut sungguh!


    salam sayang,

    Pa'ah Mohd Isdris

    ReplyDelete
  2. flow perlahan sedikit dari bab 1 - tapi masih best
    ada beberapa kesilapan kecillah...
    tak besar, kecil aje...

    ....emaknya ini kedekut yang tahap melampau... cuba baca betul2
    ....emaknya ini kedekutnya yang tahap melampau
    ....emaknya ini kedekut tahap melampau
    ....emaknya kedekut tahap melampau

    mana lebih bagus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM atas teguran...akan diperbetulkan...Insha-allah

      Delete
  3. degilnya lebih pada budak
    degilnya lebih daripada budak-budak

    hanya dapat bahasa melayu
    hanya mendapat bahasa melayu

    tradisi dari...
    dari digunakan utk tempat/masa selain itu gunakan daripada


    anak ke duanya
    anak keduanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM atas teguran, akan diperbetulkan....sy akui masih byk kelemahan utk karya ini..

      Delete
  4. gud lak. utk bab ni, penulis berjaya timbulkan mood menyampah pembaca terhadap cik Peah. Buatkan pembaca tertanya-tanya sbb nak tahu apa jadi pd cik peah kerek tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM...setia membaca DMKH dimasa akan dtg...Maaf jika terdpt sebarang kekurangan. sy masih dlm proses utk belajar menulis

      Delete