Followers

Monday 3 December 2012

KASIH SI KEMBAR BAB 12





Ammar yang sedang duduk di halaman rumah mengambil angin malam. Dia masih memikirkan kejadian yang berlaku beberapa minggu lalu sewaktu dia ke Melaka bersendirian. Masih terasa kesan tumbukan gadis yang seiras sepupunya Rissa terus-terusan mengasak fikirannya memikirkan siapa gerangan gadis tersebut. Tak mungkin ada dua orang yang mempunyai wajah seiras melainkan dia kembar? Atau itu kembar Rissa yang terpisah dari kecil? Tapi kalau betul kenapa kembar Rissa nampak kasar? Pelbagai persoalan yang timbul di benaknya.

Megat Ilman  yang baru turun dari kereta melihat anak lelakinya seperti mengelamun. Perlahan-lahan dia menghampiri anaknya. Sudah lama dia dan anaknya tidak bercakap dan bersantai bersama. Jika dulu dia, isteri ,dan anaknya sentiasa mempunyai masa bersama sambil berborak. Tapi sejak isterinya meninggalkan dia, dia bagai merasa satu kehilangan besar masanya banyak di habiskan di pejabat dan di luar daripada di rumah.

Sampai dia terlupa yang anaknya kini semakin jauh darinya dan semakin dewasa.Tidak pernah dia melihat Megat Ammar memberontak atau membangkang segala keputusan darinya. Cuma satu sahaja yang di risau kini, amanat terakhir dari arwah isterinya dan arwah Rahmah Khalissa. Dia takut jika anaknya dan mamanya tidak bersetuju dengan pesan terakhir dari Aina Ainur dan Rahmah Khalissa. Megat Ilman menghampiri Megat Ammar yang masih tidak perasan lagi kehadirannya yang lama merenung wajah anak bujangnya.

“Assalamualaikum..boleh papa join anak papa ini?”

“Papa tengok Amm jauh termenung? Teringatkan siapa? Cuba bagi tahu papa siapa yang dah buat anak papa ini termenung jauh sampai papa dah berdiri 10 minit dekat depan Amm pun Amm tak perasan.”

Megat Ammar yang tersentak terus memandang papa yang masih lengkap berpakaian pejabat lagi. Dia tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

Eeerr…tak ada apa-apalah papa Amm ambik angin kat luar sekejap.”

“Duduk, pa” ujar Megat Ammar dengan senyuman.

“Nah tadi sebelum papa ke sini Mak Leha ada buat kita berdua kopi untuk kita malam ini.” Megat Ilman menyuakan cawan kopi panas yang terletak di atas meja untuk anaknya.

“Amm dah makan?” Soal Megat Ilman pada anaknya.

“Amm dah makan, pa. Perut Amm pun dah kenyang pasal Mak Leha hari ini masak makanan ala-ala kampung.” Megat Ammar berseloroh.

“Baguslah kalau macam tu.” lama wajah anak bujangnya di pandang.

“Amm,papa minta maaf …” ujar Megat Ilman dengan keluhan perlahan. Ammar tersentak mendengar ungkapan yang lahir dari bibir papanya.

“Kenapa papa minta maaf dengan Amm. Papa tak ada salah pun dekat Amm” Megat Ammar memandang wajah papanya yang suram. Dia bagai tidak sedap hati melihat papa walaupun dia dan papa jarang bertemu dan bersua muka di rumah, tapi sikap papanya tidak pernah lepas tangan papa tetap menyediakan semua keperluan yang dia perlukan.Papanya sentiasa mengambil tahu segala perkembangannya dari Mak Leha. Dia tahu itu.

Megat Ilman tersenyum hambar. “Papa tahu Amm tak pernah bahagia lagi sejak mama tinggalkan kita. Keluarga kita tak seperti dulu lagi.” ujar Megat Ilman perlahan. Dia tahu mesti anaknya terasa kehilangan seperti yang di rasakannya tapi Ammar tidak pernah meluahkan padanya. Mungkin Ammar takut dia akan bersedih lagi jika dia bertanya mamanya.

“Papa tahu papa banyak habiskan masa papa di pejabat dari di rumah sampai papa abaikan Amm, seolah-olah Amm tak wujud di mata papa…”

“Tapi papa bangga mempunyai anak seperti Amm. Papa bersyukur mama lahirkan Amm jadi anak papa. Walaupun papa tak selalu di sisi Amm satu pesan dari mama Amm tak pernah tinggalkan, Amm tak pernah memberontak seperti anak-anak kawan papa yang sebaya umur dengan Amm. Amm sentiasa menjaga nama baik keluarga kita dan Amm pandai bawak diri.” Megat Ammar terdiam. Apa yang mahu di jawab, pun dia tidak tahu. Apa yang terluah dari mulut papanya ada benarnya.

Sejak mama meninggal dunia papa tidak lagi betah di rumah. Papanya sering menghabiskan masa di pejabat. Yea keluarganya tidak seperti dulu lagi. Dia pasti papanya dapat merasa kesunyiannya. Walaupun papa hanya sibuk di pejabat seharian tapi papa tidak pernah mengabaikannya segala keperluan dirinya dan tangungjawab sebagai papa. Semuanya sentiasa di penuhi.

“Papa Amm faham perasaan papa. Tak ada apa yang papa perlu risau dengan Amm. Am akan jaga diri dan nama keluarga kita.” Balas Megat Ammar sekadar menyedapkan hati tua yang berada di depan, padahal dia terasa hati bila papanya berubah sejak mama meninggal dunia. Dia tidak akan sesekali memberontak atau melawan kata papanya. Kini hanya papa saja yang tinggal tempat dia bergantung seperti mana dia pernah berjanji dengan mama, bahawa dia akan menjaga papa.

“Eeemm..terima kasih Amm sudi maafkan papa.”

“Amm duduklah bersantai sambil mengambil angin malam, papa nak masuk ke dalam nak salin pakaian dan tidur. Esok papa ada meeting kat Melaka.”

“Nanti jangan tidur lewat sangat.” Jika dia tidak ada urusan esok pasti dia akan duduk lagi bersama dengan anaknya sambil berborak bersama.

Megat Ammar menggangguk kecil sebelum dia tersenyum memandang papanya yang sudah berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah.

“Papa..” Megat Ilman berpaling memandang Ammar dengan riak kehairanan. Wajah anaknya di tatap tepat menanti kata-kata yang ingin keluar dari bibir anaknya.

“Papa! Anak Uncle Ihsan kembarkan ke? Maksud Amm Rissa ada kembarkan?”Serta-merta Megat Ilman tersentak dengan soalan yang keluar dari mulut anaknya. Apa anaknya sudah tahu yang dia tahu di mana keberadaan Fika Farisya?

“Kenapa Amm tanya?”Soalan anaknya tidak di jawab tapi Megat Ilman pula memberi anaknya soalan.

Nothing….Sebab Amm macam pernah jumpa dengan kembar Rissa sewaktu Amm turun ke Melaka beberapa minggu lepas. Muka mereka sama persis papa tak ada bezanya kalau mereka kita gandingkan.” Megat Ilman tersenyum, dia tidak jadi melangkah masuk tapi langkah kakinya kembali ke tempat duduk di halaman rumahnya.

“Yea, Uncle Ihsan memang mempunyai dua anak perempuan kembar. Anak kembar yang tak pernah kita kenal dan tengok pembesaran dia, Puteri Fika Farisya. Dia adik kembar Rissa.”

 “Kenapa dia dah tak ada di rumah tu lagi papa?”

“Ke mana isteri Uncle Ihsan?”Soal Megat Ammar lagi.

“Dia masih ada Amm, tapi hanya kenangan dia yang tinggal di rumah itu. Dimana mereka berada papa tak tahu.”



BERSAMBUNG :D......

10 comments:

  1. Replies
    1. salam Acu sabo2 ini nak up lagi satu tuk kamu semua...amboiii lagi errkk :D

      Delete
  2. kak fika,nape pendek sangat..tak puas sya nak baca..kak fika,nak lagi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam arifuka~~ sat2 ini DJ tengah up n3 baru tuk KSK lagi satu biar lepas rindu kamu... :D terima kasih dik sudi sokong kami...

      Delete
  3. best best best...nak lagi pleaseeeeeeeee...agaknya bilalah fika akan jumpa dengan rissa dan ayah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi~~ bila tu DJ tak dapat jawab FN yg dapat jawab..insyallah kang DJ minta FN temukan depa semua... :D terima kasih

      Delete
  4. pendeknyee...nak lagiiiiiii

    ReplyDelete